The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU NOORAIDAH AHMAD, 2021-10-31 09:56:54

BILA HATI DAH SUKA

BILA HATI DAH SUKA

bila hati dah suka

Dua Belas

“ALHAMDULILLAH... Pandai dah anak mak masak...”
puji Puan Khadijah bersama senyuman meleret.
“Mana pandai lagi, mak. Tu ayam masak kicap dengan
sayur campur je. Agar-agar Milo tak menjadi, entah apa
rasa. Lembik berair,” rungut Jiya memandang Zahin yang
masih meratah ayam.

“Okeylah ni. Dari telur dadar hangit, ni dah ada
kemajuanlah. Nak pula masak time puasa. Masin sikit,
aku boleh je terima. Cuma lepas ni kurangkan sikit garam
ya...” senyum Juni.

“Haa... Tulah, masin sikit,” keluh Jiya.
“Tak apa. Sedap dah ni. Lepas ni kita kurangkan
garam. Kalau kurang rasa, boleh tambah kemudian, kan
kak?” sahut Zahin.
“Kau orang berdua bayar tak dengan Mak Cik Siah,
mak si Ani untuk belajar masak ni?” Puan Khadijah
bertanya.
“Bayar, mak. Jenuh jugalah Mak Cik Siah mengajar.
Dia kata, dah jadi buluh baru nak belajar. Kalau ada anak

47

OGY YUSOF

nanti, ajar dari kecil. Tapi, takkan aku nak ajar anak aku
masak masa dia orang kecil, kan? Bahaya dengan pisau dan
api,” juling mata Jiya berfikir.

“Isskkk dia ni... Datanglah bendulnya tu. Maknanya,
tak delah biar sampai dah besar panjang macam kau
dengan Yin baru nak belajar. Dari kecil ajar sikit-sikit. Ajak
mengemas, ajak basuh pinggan, susun meja. Aku pun salah,
biar je kau main, tengok TV. Aku je yang tolong mak dari
kecil dulu,” keluh Juni.

Dia memang sangat manjakan Jiya. Al-maklumlah,
dapat adik waktu dalam darjah satu. Happy sangat-sangat,
sampai semua benda dibuatkan untuk Jiya.

“Salah aku juga, kak. Ambil kesempatan. Kau baik,
asyik suruh aku main, tengok kartun, baca buku je. Suruh
belajar. Walhal boleh je kalau nak tolong kau.”

“Tak pe. Kita belajar dari kesilapan. Ada anak nanti,
tak kira lelaki atau perempuan, kita ajar sama-sama
bertanggungjawab dalam menguruskan rumah dan diri
sendiri.” Zahin menyampuk.

Terasa juga dia sebab dia pun memang kosong bab
kerja-kerja rumah. Sejak berkahwin barulah dia tahu
betapa penatnya menguruskan hal-hal kerja rumah. Tak
mampu dek akalnya berfikir macam mana emaknya boleh
buat semua sendirian tanpa bantuan. Terasa kejamnya dia
sebagai anak.

“Yin, kau gaduh apa dengan Haikal?” Juni menumpukan
perhatian pada Zahin.

Terpelangah Zahin dibuatnya. Jiya juga sama mula
ambil perhatian.

“Mana ada saya bergaduh, kak.”

48

bila hati dah suka

Zahin cuba ingat kembali. Seingat dia, Haikal dan
Farok mula menjauhkan diri sejak bertelagah di dalam
ofisnya. Itu sahaja ingatannya paling terkini tentang kedua-
duanya. Itu pun sebab dia pertahankan Jiya, isterinya.

“Beria Mak Uda cerita yang kau gaduh dengan Haikal
kat ofis. Siap kata anak dia buruk, busuk. Apa kes?”

Berkerut dahi Jiya mendengar kenyataan Juni. Dah
kenapa pula dengan Mak Uda tu?

“Hahahaha.... Nasib baik saya dah siap makan, kak.
Kalau tak, mau tercekik tulang ayam ni,” sengih Zahin
sambil meneguk air.

“Ceritalah, bang...” Jiya mendesak.

“Tak de apa pun. Dia kutuk Jiya, takkan saya nak
diamkan je. Sebelum puasa hari tu, kalau kena ke ofis, saya
bawa bekal. Dia dan Farok tak percaya Jiya masak. Saya
bidas balik. Itu saja,” malas Zahin mahu ulang apa yang
keluar dari mulutnya. Biar sajalah.

“Aku dah agak. Mana boleh percaya bulat-bulat kat
Haikal tu. Dia berjalan pun kadang-kadang senget. Nak
pula baik dengan Farok. Bertambah senget jadinya.” Juni
mencebik.

“Kak... Tak baik kutuk fizikal dia. Dah macam tu cara
dia jalan. Jangan salah langkah longkang, sudahlah...” Jiya
mula gelak.

Juni sama ikut serta. Adalah kisah lama, Haikal
jatuh longkang sebab salah melangkah. Berlumur dengan
lumpur. Tapi, Mak Uda tetap salahkan longkang yang penuh
lumpur sebab hujan.

“Jiya, pandai buat kuih raya?” Puan Khadijah mula alih
perhatian mereka. Kalau boleh dia tidak mahu anak-anak

49

OGY YUSOF

dan menantunya memanjangkan cerita tentang keburukan
orang lain.

“Jiya tak belajar buat kuih raya. Mak nak buat ke? Ajar
Jiya, mak!” suka Jiya mendengarnya.

Seolah-olah dapur bukan musuhnya lagi. Walaupun
masih belum sempurna, Jiya tetap bersungguh buat apa
saja yang seharusnya.

“Haa... Jangan suruh abang beli barang dapur ya. Jiya
ajaklah kak Juni beli barang. Dah boleh keluar berdua,
kan?” Zahin mengelat.

“Dah agak dah. Tak apa. Kita buat sama-sama. Zahin
kalau tak kerja boleh tolong mak kemas rumah, ya? Tahun
ni, kita raya kat sini. Zahin tak balik rumah mak sana ke?”
Puan Khadijah bertanya.

“Tak boleh rentas negeri, kan... Mak pun kata tak
apalah tak balik tahun ni.”

“Tu kat dapur, ada tiga set periuk. Cantik-cantik warna.
Siapa punya?” soal Puan Khadijah lagi.

“Jiya belikan untuk mak dengan Kak Juni. Abang
Yin belanja. Satu set untuk Jiya pun ada,” menyengih Jiya
menjawab.

“Ala, mak... Dia nak ganti mak punya barang kat
dapurlah tu. Non-stick pan mak kan dah calar siap pakej
kemek. Periuk hangit ada dua, entah apalah korang masak.
Sudip mak sumbing satu. Senduk mak, dua patah. Lagi apa
ya? Aku lupa...Ha... Batu lesung aku. Kau punya angkara,
kan Yin? Aku tengok alunya patah dua. Gila punya kuat kau
menumbuk?” Juni cuba ingat kembali.

“Alaa... Aku dah beli baru, ganti semua yang rosak.
Semua aku beli dua set. Untuk mak satu, untuk kau satu.

50

bila hati dah suka

Haa... Untuk aku pun ada satu. Batu lesung pun aku dah
minta kawan aku yang kat Baling tu belikan. Batu lesung
sana cantik. Tunggu dia pos. Lepas ni, aku pakai barang aku
jelah kalau masak. Kalau rosak, Abang Yin boleh belikan
baru. Kan bang?...”

“Abang lagi?”
“Haa laa... Jiya pun dah join kutu pressure cooker dan
periuk Noxxa. Abang tolong bayarkan ya?” senget je kepala
Jiya sambil menyengih.
“Masak kau, Yin. Bini dah pandai belek barang dapur.”
Berduet Puan Khadijah dan Juni gelakkan Zahin yang
menepuk dahinya berkali-kali.

51

OGY YUSOF

Tiga Belas

JIYA tersenyum sendirian. PKP, bersambung dengan
PKPB mengeratkan hubungan dia dengan suami.
Zahin yang hanya dikenali lebih rapat setelah mereka
berumah tangga adalah seorang suami yang sangat baik
dan penyabar. Sungguhpun adakalanya mereka bertelagah
kerana masing-masing baru menyesuaikan diri, namun
semua itu tak menjadi kudis.

Walaupun hanya baru beberapa bulan dia mula ambil
keputusan untuk belajar menguruskan keperluan dan
kehidupan harian, tapi Jiya lakukan dengan bersungguh.
Rasa rugi yang sesekali menguasai hati ditepis jauh-jauh.
Rasa malas yang datang bertandang, dia campak nun ke
hujung dunia.

“Jiya! Ni kenapa hujung tudung kau yang bahagian
belakang ni hitam? Terbakar masa iron ya?” Juni mencuit
bahu Jiya.

“Haahlah kak. Aku lupa control temperature iron.
Sayang pula kalau tak pakai. Bawal Swarovski ni.” Jiya
menggosok tepi tudungnya.

52

bila hati dah suka

“Adoi kau ni. Pusing sikit, bawa ke tepi kesan hangus
ni. Nanti bila kau simpul hujung, tak adalah nampak kesan
tu. Kena kutuk dengan Mak Ngah nanti, pedih telinga kau.
Nanti kau belilah iron yang mahal tu. Rasanya Tuan Khairy
ada sekali kut kutu untuk iron tu, kan?” senyum Juni. Dia
bolehlah tumpang sekaki kalau Jiya beli iron yang menjadi
idaman ramai kaum wanita. Cuma harga, memang mampu
senyum sahaja dahulu.

“Kita memang kena pergi ke rumah Mak Ngah tu?
Aku malaslah, kak.” Jiya merungut sambil membetulkan
tudung yang dipakainya.

Gosok tudung pun hangit! Memang kena beli iron
mahal tu lah nampaknya! Bertambah masam mukanya bila
memikirkan yang dia malas sungguh mahu menghadap
keluarga bekas mentuanya itu.

“Pergi jelah. Zahin ada, boleh jadi perisai kau. Dia
takkan biar isterinya kena kutuk dan buli. Biar Jamal tu
terbuntang mata tengok kau sekarang. Sambil-sambil tu
mana tau boleh dapat balik hutang.” Juni memujuk.

“Aku malas nak fikir bab hutang tu, kak. Biarlah. Cuma
aku malas nak menghadap mulut ‘hari raya’ Mak Ngah tu.
Mesti meriah.” Muncung Jiya.

“Sabar, dik. Kita jaga hati mak. Mak Ngah tu tetap
kakak mak. Lagipun dah dia mengajak. Raya tahun ini,
hari raya pertama je yang kita boleh pergi beraya. Esok
tak boleh dah.”

“Hmmm... Yalah.”

“Kak Juni, mak mana? Siap dah? Jiya dah siap? Jom,
kita gerak.” Zahin yang berada depan pintu rumah mula
bergerak ke kereta.

53

OGY YUSOF

“HAA... Sampai pun budak bertuah laki bini ni. Susah betul
nak jumpa.”

Terkulat-kulat Jiya memerhati Mak Ngahnya yang
berdiri di ruang tamu. Dia melangkah masuk perlahan
selepas Zahin.

“Selamat hari raya, Mak Ngah. Tak boleh salam.
Covid.” Jiya menyengih sambil tegakkan jari telunjuk dan
jari hantu. Peace sangatlah!

“Makin cantik pula kau ya sekarang? Reti pun bergaya.
Kenapa masa dengan Jamal dulu, kau selekeh je aku
tengok?” Mak Ngah mula menyembur.

“Jamal tak bagi saya duit untuk melawa, Mak Ngah.
Kalau tak, mesti saya cantik bak ratu dunia.”

Puan Khadijah menepuk bahu Jiya perlahan dan
menggeleng. Tanda dia tak suka Jiya bercakap begitu.

“Huh! Anak aku jelah yang tak betul. Kau tu yang
semuanya serba tak reti. Takkan anak aku nak bagi duit.
Tu... Set barang kemas yang anak aku beli, bila nak bagi
balik?”

Aduhai Mak Ngah... Jangan sampai Jiya buka mulut.
Nanti terbentang pekung di dada!

“Eh, awak ni. Adik awak satu keluarga datang nak
beraya. Kenapa pula nak sebut pasal barang kemas? Meh,
Khadijah. Ajak anak-anak sekali. Usah peduli kakak kamu
ni. Kita nak beraya, bukan nak berperang.” Pak Ngah
Jamil mula bersuara. Tak berkenan betul dia dengan sikap
isterinya.

“Tak pe, bang. Faham dah perangai Kak Ngah. Memang
macam tu.” Puan Khadijah senyum tawar.

54

bila hati dah suka

“Haa... Ni tau tak nak senduk sendiri? Ke masih bodoh
gak, senduk dengan sudu tak tau beza?” berapi betul mulut
Mak Ngah Sipah ni!

“Tak apa, Mak Ngah. Biar saya senduk.” Zahin mula
mencapai hidangan.

Jiya keras di sebelahnya. Dia faham perasaan isterinya.
Tiba-tiba Jamal muncul.

“Eh, ada dah Mak Usu. Ha... Kak Juni dengan Jiya pun
ada,” sengih Jamal.

“Ada. Kenapa? Kau nak bagi duit raya kat kita
orang ke?” keras suara Juni. Dia tahu yang dia pun sama
bertanggungjawab menyebabkan perceraian yang berlaku
antara Jiya dan Jamal. Tak sanggup dia melihat adiknya
menanggung biawak hidup.

“Eh? Kenapa pula saya kena bagi duit raya? Saya
yang patut minta duit raya, sekali duit ganti rugi.” Jamal
mencebik.

Panas ruang makan. Adakah begini pagi hari raya yang
perlu mereka tempuhi?

“Jamal! Mak saudara kamu datang dengan keluarga
nak beraya. Kenapa kurang ajar pula ni?” Pak Ngah Jamil
meninggikan suara.

“Alah, biar bang. Memang saya ajak Khadijah anak-
beranak datang sebab nak minta ganti rugi. Aku sakit hati
dengan anak kau, Khadijah. Jiya ni menyusahkan Jamal!”

“Bila masa Jiya susahkan Jamal, Kak Ngah? Setahu
saya, Jiya tak ambil apa pun hak milik Jamal. Saya pun
tunggu bila Jamal nak ganti balik duit yang dia pinjam dari
Jiya.” Puan Khadijah bersuara perlahan.

55

OGY YUSOF

“Pinjam? Bila masa anak aku pinjam duit anak kau
yang tak guna tu?” Mak Ngah Sipah mula cekak pinggang.
Berasap telinga mendengar kata-kata Puan Khadijah.

“La... Takkan Kak Ngah tak ingat lagi masa dia orang
nak kahwin dulu? Jiya beli semua barang hantaran. Saya
ulang, SEMUA, termasuk set barang kemas dan cincin
nikah. Jiya yang tanggung hampir semua belanja termasuk
duit hantaran untuk diri sendiri. Lepas tu ada lagi Jamal
pinjam masa Kak Ngah nak beli motosikal untuk Hafiz.
Dia kata Kak Ngah suruh pinjam dari Jiya.” Puan Khadijah
menerangkan.

Buntang mata Mak Ngah Sipah mendengar bidasan
adik bongsunya.

“Duit Jiya ke yang Jamal guna untuk beli motosikal
Hafiz? Pak Ngah tak tau pula. Jamal kata duit untung
pelaburan dia,” mencerlung mata Pak Ngah Jamil
memandang Jamal yang mula menikus.

“Duit Jiya, Pak Ngah. Jiya bagi sebab Jamal kata tak
baik kedekut dengan mak saudara sendiri,” terkulat juga
Jiya mahu menjawab.

“Aku tak percaya! Entah kau menipu je. Anak aku tak
sengkeklah nak minta duit kau. Lagipun engkau yang tak
reti uruskan hidup ni boleh ke uruskan duit?” Mak Ngah
mula menempik.

“Duit adik saya, Mak Ngah. Bukti dokumen semua ada.
Memang Jiya tak tau urus keperluan hidup, tapi dia bijak
uruskan kewangan, Mak Ngah. Kalau Jamal ni tak sengkek,
kenapa lepas kahwin duduk sekali dengan kita orang?” Sakit
hati Juni. Pagi raya sepatutnya bermaafan sesama saudara
sudah bertukar menjadi medan perang.

56

bila hati dah suka

“Jamal kata mak Juni yang takut tinggal seorang.” Pak
Ngah Jamil menggeleng kepala perlahan.

“Tak kan Pak Ngah tak kenal dengan mak? Mak bukan
penakut. Ke sana ke sini mak biasa pergi seorang lepas abah
meninggal, setakat duduk rumah seorang diri mana ada
masalah. Jamal tu yang penakut. Kalau mak keluar pergi
pasar atau ke mana-mana, dia yang lari keluar. Pernah sekali
mak balik, pintu rumah semua ternganga. Pak Ngah tau
kan yang Jamal penakut.” Juni menegakkan kebenaran.

“Berani kau nak kutuk anak aku macam-macam! Hei,
Khadijah! Kenapa anak kau Juni ni kurang ajar sangat?
Patutlah tak laku. Mulut puaka. Aku tak peduli tu semua.
Yang aku tau set barang kemas yang anak aku beli, kau
bagi balik jadi ganti rugi sebab kahwin dengan kau yang
tak guna ni!”

Nyaris tangan lebar Mak Ngah Sipah sampai ke muka
Jiya kalau Zahin tak sempat halang.

“Macam inilah Khadijah, Juni. Bagi Pak Ngah setelkan
semua dengan budak bertuah ni. Bukan nak halau, tapi
korang baliklah dulu,” sesak dada Pak Ngah Jamil melihat
isterinya menyerang Jiya sekeluarga.

“Bagi balik dulu rantai gelang tu semua!” Mak Ngah
Sipah seperti mahu mengamuk.

Jiya sudah melompat keluar rumah menarik Zahin
sekali. Tak sanggup dia melihat Mak Ngah yang mula
hilang kawalan.

“Bawa mengucap, Sipah! Jangan jadi gila sebab anak
awak yang tak berguna ni!” Pak Ngah Jamil sama naik suara.

“Abang jangan nak cakap lebih. Anak saya, saya tau dia
macam mana. Anak Khadijah tu yang tak guna!”

57

OGY YUSOF

“Jom.. Kita balik dulu, mak...” perlahan Juni menarik
Puan Khadijah yang sudah mengalir air mata.

Sampai hati Mak Ngah Sipah!

“HMMM... Kan bagus kita beraya di rumah ni je tadi. Tak
adalah dapat penyakit,” keluh Jiya perlahan.

“Sebab duit, orang hilang pertimbangan. Itu sebab
mak selalu pesan, hidup biar jujur. Jangan berlagak.
Jangan hidup nak bergaya sampai lupa kemampuan diri
takat mana. Dengan adik-beradik jangan bermusuh. Nak
nasihat pasal anak, korang belum ada anak,” perlahan saja
Puan Khadijah berkata.

“Jamal tu mesti dah goreng Mak Ngah cukup-cukup.
Mak Ngah pula, sama je macam Mak Uda. Manjakan anak
sangat-sangat. Apa yang keluar dari mulut anak semua
terus percaya,” omel Juni.

“Tak apalah. Kita abaikan. Cuma sekarang ni saya
lapar. Kita tak sempat jamah apa pun. Baru sempat senduk
sikit masuk pinggan, tapi dah start perang. Lepas solat
raya pagi tadi terus gerak rumah Mak Ngah. Apa kata kita
makan dulu? Kejap lagi kita transfer online duit raya. Pakai
e-wallet boleh? Nak salam bermaafan, kan tak boleh?” Zahin
cuba menceriakan suasana.

“Jiya tak tau nak potong nasi himpit tu macam mana.
Kau tolong ya, kak? Aku panaskan kuah kacang.” Jiya mula
bangkit mahu ke dapur.

“Perlahankan api tu, Jiya. Nanti hangit lagi sekali kuah
kacang tu. Tak sanggup mak nak masak lagi sekali.” Puan
Khadijah beri peringatan.

58

bila hati dah suka

Semalam sewaktu memasak juadah untuk hari raya,
kuah kacangnya hangit dek kerana Jiya bantai besarkan
api dapur, konon nak cepat gelegak supaya kacang pantas
keluarkan minyak. Penyudahnya, hangit!

“Yin, kau jangan cekur rendang tu!” cekak pinggang
Juni memerhati Zahin yang mula gatal tangan mahu
mencekur isi periuk.

“Sama je laki bini. Pening aku!” Puan Khadijah sudah
menggelengkan kepalanya.

59

OGY YUSOF

Empat Belas

“KAK... Ruang tepi rumah ni aku nak cucuk tanam.
Boleh?” Jiya memerhati laman di tepi rumah
mereka.

Laman itu agak kosong. Sejak arwah abah mereka
meninggal, langsung mereka tidak endah dengan ruangan
yang menjadi tempat arwah abah mereka petang-petang
hari suatu waktu dulu. Ada sahaja jenis tanaman yang
ditanam. Banyak kali juga mereka merasai hasil arwah abah
mereka yang berbudi pada tanah.

“Ada masa ke?” Juni menoleh ke arah Jiya.
Selepas berkawin dengan Zahin, adiknya sentiasa ceria.
Makin rajin pula tu. Sangat jarang mendengar cecehan dan
omelan tentang betapa malasnya dia membantu Puan
Khadijah dan Juni. Tambah pula bila bersuamikan lelaki
yang sama rajin membantu dan belajar sama-sama uruskan
hal ehwal rumah tangga.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing!
“Ikut suka kaulah. Tapi, jangan sesekali kau tanam
pokok hiasan yang warna hijau dan tak berbunga. Aku tak

60

bila hati dah suka

suka tengok pokok daun. Kalau sayur, pokok herba atau
yang boleh datangkan manfaat, tak apa.”

“Aku baru ingat nak tanam pokok viral yang boleh
perangkap habuk tu...”

“Memanglah boleh perangkap habuk kalau rumah pun
tak bersihkan langsung. Bukan setakat pokok, kerusi, meja,
almari tu semua akan penuh habuk kalau malas.”

Mengekek Jiya. Dia tahu yang dia selalu beri alasan
kalau kena menyapu atau mop lantai. Yang lain dia rajin
nak buat, tapi entah kenapa, batang mop, batang penyapu
dan segala alat pembersihan yang berbatang semua akan
cari gaduh dengannya.

Kalau tak sebab patah dua, batang kayu itu semua
akan MIA. Missing In Action! Entah mana menghilang.
Lembangan Maliau juga ke?

“Bayam Brasil ni dah boleh ambil, laju beranak-pinak.
Nanti kau masak kuah lemak putih rencah ikan bilis ya?”
laju Juni menonong ke botol air yang menjadi tempat
tanaman bayam itu.

Pukk!!
“Adoi!”
“Errkk... Jatuh pula ke sebelah,” bergegas Juni ke
pagar yang terbuka untuk melihat siapa yang kena!
“Kot ya pun nak memetik, janganlah ganas sangat
sampai jatuh kena kepala saya ni, cik adik. Hilang ingatan
saya nanti, rugi cik adik sebab hati saya tak mampu hendak
dipetik sekali.”
Jiran mereka itu bangun dari bertinggung sambil
gosok kepala dengan tangan lagi sebelah memegang botol

61

OGY YUSOF

air yang sarat daun sayuran itu. Tanah hitam pun ada
melekat di kepala lelaki sasa itu.

“Sorry, Encik. Sungguh, saya tak perasan Encik
mencangkung dekat situ,” Juni cuba ambil kembali botol
air berdaun itu.

Pantas lelaki itu menjauhkan botol air tersebut.
“Jep! Kenapa tu?” terkocoh Puan Maria keluar dari
rumah.
“Juni, kenapa ni? Kenapa Juni ada dekat sini?” Hairan
Puan Maria melihat anak gadis cantik yang menjadi jiran
mereka, ada di situ.
Juni sudah menggaru kepala sambil memandang Jiya
yang sudah ketawakannya dari sebelah pagar sana. Nanti
kau, Jiya!
“Maaf, mak cik. Botol air sayur saya terjatuh ikut
celah pagar ni tadi. Saya letak celah tembok tu, biar elok
kena matahari. Tak sangka pula ada manusia yang dok
mencangkung tepi tembok. Entah buat apa kat sini,”
jengkel sungguh Juni melihat lelaki itu asyik menyengih.
Tanah ada atas kepala pun tak perasan.
“Saya tengah bertinggung menunggu bidadari muncul
dari celah sinaran mentari untuk saya luahkan rasa yang
ada dalam hati. Tak apa, Mama. Sikit je ni. Botol air ni jatuh,
sama-sama dengan rasa jatuh cinta.”
Hesy, sengih lagi!
“Jep, apa ni? Jangan kacau anak dara orang, boleh?
Maaf Juni, anak mak cik ni baru je pindah sini. Dulu duduk
dengan atuknya,” Puan Maria menerangkan.
Patutlah tak pernah nampak...

62

bila hati dah suka

“Tak apalah, mak cik. Saya minta maaf, ya Encik. Saya
betul tak sengaja. Boleh saya dapat botol air saya tu balik?”
Juni menghulurkan tangan.

“Boleh... Saya bagi hati saya sekali ya?”
Eh, dia ni. Jual minyak ke apa?
“Jep!” menyinga Puan Maria dibuatnya. “Maaf Juni.
Anak mak cik ni memang kuat sangat menyakat. Jep, bagi
balik! Mama cubit karang.” Terbeliak mata Puan Maria
memandang anaknya.
Juni menggeleng. Handsome tapi sengalnya, ya
ampun...
“Baik, Mama. Sudilah terima botol air berdaun
bersama rasa cinta yang meresap di dalam setiap urat dan
akarnya. Moga akan bercambah kasih sayang kita...”
“Balik dulu, mak cik.”
Merah, hijau, kuning... berkelip-kelip. Sudah macam
lampu isyarat rosak muka Juni. Berani lelaki yang tidak
dikenalinya itu membuat hatinya melancarkan ribut.
“Haa... Ikut jalan kampung memang best, kak. Nak
pula bila ada panorama yang sangat indah untuk dilihat.”
Jiya tergelak tengok muka kakaknya.
Juni diam sahaja menahan rasa. Entah kenapa
jantungnya berdebar-debar pula sekarang ini. Sudah mula
tumbuh kudup bunga dalam hati ke? Pelangi cinta sudah
menyinarkan warna ceria?
“Kak! Habislah daun bayam tu kau kutil!”

63

OGY YUSOF

“TADI, Pak Ngah Jamil telefon mak. Dia tanya selain dua
puluh lima ribu yang Jamal pinjam tu, apa lagi yang dia
hutang kamu?” Mak mulakan bicara petang itu, sewaktu
mereka duduk menghadap televisyen.

“Yang lain tak ada pula Jiya kira, Mak. Kenapa tiba-tiba
Pak Ngah tanya? Lepas kita pergi beraya tu langsung senyap
je,” peluk bantal Jiya bertanya.

“Pak Ngah cerita tadi, ada kawan Jamal datang minta
hutang. Lama dah tunggu Jamal bayar. Rupanya memang
Jamal ada hutang kat kawan dia. Tu yang dia menggila nak
set barang kemas tu. Mak Ngah mula-mula macam biasalah.
Mana dia percaya anak dia buat onar. Kawan si Jamal siap
tunjuk bukti yang Jamal pinjam. Nak pula Pak Ngah kenal
bapak budak tu. Mula-mula Jamal tak mau mengaku, bila
Pak Ngah ugut nak biarkan Jamal tidur lokap lagi sekali,
tu yang terbongkar semua kisah,” panjang lebar Puan
Khadijah bercerita.

“Kesian Pak Ngah. Tapi, maaflah mak. Juni rasa salah
Pak Ngah dengan Mak Ngah juga sebab dia orang biarkan
Jamal sampai jadi macam tu. Macam kita biarkan Jiya tak
reti buat kerja rumah. Dah berkali-kali berlaki baru nak
belajar,” Juni memiat telinga adiknya perlahan.

“Alaa... Tak maulah cakap macam tu. Mak... Tak apalah
kalau Abang Jamal tu lambat bayar duit Jiya. Bagitau je Pak
Ngah, bayar ansur-ansur takat mana yang boleh,” perlahan
Jiya memberikan pendapatnya.

Baginya hubungan persaudaraan lebih penting. Duit
tu bila-bila boleh dicari.

“Mak pun cakap macam tu tadi dengan Pak Ngah.
Lagipun sekarang Jamal dah kerja. Pak Ngah dah daftar

64

bila hati dah suka

untuk dia buat e-Hailing. Dari asyik merayap tak ada hala
tuju, baik dia kerja macam tu. Pak Ngah kata memang
Jamal sekarang dah rajin ke sana sini hantar, ambil orang.
Ada juga kadang-kadang jadi runner. Hobi dia, merayap.
Bila dia dapat kerja macam tu, seronok pula gayanya.
Tambah bila bawa perempuan. Lagi ramah dan rajin,”
terburai gelak Puan Khadijah sambil ingat betapa Pak Ngah
Jamil cemuih dengan perangai anaknya. Tapi, ditahan juga
bila ada perubahan sikap pada Jamal.

“Eloklah tu, mak. Tapi, Mak Ngah tu okey ke?” Jiya
terfikir tentang bekas emak mentuanya.

“Abaikan saja Mak Ngah tu. Kita tau dia memang
macam tu. Nak diapakan lagi. Selagi dia bising, tapi masih
nak bercakap dengan mak, kita abaikan sajalah kata-kata
yang keluar dari mulut dia.” Puan Khadijah senyum.

“Betullah tu, kan mak? Sikap manusia, kita tak suka
macam mana pun, bukan hak kita hendak membenci
sampai hujung nyawa. Dan bukan kita boleh arah sesuka
hati.” Juni menggaru dagunya.

Walau macam mana pun, itulah saudara mara mereka.
Tetap punya pertalian hingga akhirnya.

“Betul kak... Jangan membenci, terutama yang nak
beri hati,” cendekel sudah si Jiya sambil menyengih.

Juni dapat menangkap akal adiknya.
“Jangan nak mula ya...” tajam mata merenung Jiya
yang dah senget senyum.
“Dah kenapa?” Pelik Puan Khadijah memandang dua-
beradik itu tiba-tiba berbalah tanpa tahu pucuk pangkal.
“Tak ada apa, mak. Jiya ni saja nak menyakat Juni.”

65

OGY YUSOF

“Mak, Puan Maria sebelah ni rupanya ada anak lelaki.
Kacak!” Jiya terus menyakat Juni.

“Haa... Ada. Budak tu dulu duduk dengan atuknya.
Lama. Ni dengar atuknya tu dah meninggal, tu yang Puan
Maria ajak duduk sama semula. Baik budak Jep tu. Selalu
tegur mak.” Puan Khadijah menerangkan.

Seketika, Puan Khadijah memandang Juni. “Kamu
berkenan?”

Meletus tawa Jiya. Juni hilang kosa kata.

66

bila hati dah suka

Epilog

URUSAN harian terus berjalan seperti biasa. Walaupun
masyarakat perlu mengamalkan norma baru dalam
kehidupan, tapi tidak menghalang dari melakukan semua
aktiviti seperti biasa. Cumanya ada sesetengah perkara
perlu dititik beratkan. Ikut sahaja prosedur atau SOP yang
ditetapkan supaya wabak pandemik yang menyerang akan
semakin menurun bilangan kesnya.

Jiya – Bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKP buat
dia rasa lebih seronok. Belajar menguruskan rumah tangga
buat dia sedar, tak rugi pun buat semua benda sendiri.
Selain tidak menyusahkan orang sekeliling, dia boleh
berjimat lebih banyak duit. Kenapa perlu upah orang lain
kalau boleh buat sendiri?

Bila kecenderungannya lebih berpihak untuk membuat
kek dan brownies, buat dia berfikir untuk meletak jawatan.
Tambah pula sememangnya syarikat tempat dia bekerja
tidak mampu bertahan dalam kegawatan ekonomi yang
melanda akibat Covid-19. Lalu, dia bersama Ani, mula
menjalankan perniagaan kek dan brownies secara atas
talian. Runner mereka untuk menghantar segala pesanan?

67

OGY YUSOF

Siapa lagi kalau bukan Jamal!

Juni – Masih solo. Susahnya Jep hendak pikat hati
Juni. Tapi, mereka masih dalam fasa berkawan. Seringkali
mendengar Jep menyakat Juni. Pernah sekali Juni baling
batang bunga kertas ke rumah sebelah sebab Jep beri dia
baja. Kata Jep, nak baja cinta yang bersemi.

Boleh pula tu dia sambut batang bunga kertas yang
dibaling. Kata Jep, balingan cinta Juni tepat untuknya. Juni
pun sudah hilang sedikit garangnya terhadap Jamal. Malah
disebabkan Mak Ngah Sipah, dia yang membantu Jamal
uruskan kewangan. Mak Ngah Sipah bising sebab Jamal
sangat boros bila ada duit dalam tangan.

Sepupu. Tak dapat tidak, tetap ada perasaan belas
dan sayang. Cuma Mak Ngah Sipah tetap begitu. Peluru
berpandu yang keluar dari mulutnya memang tak boleh
dikawal. Cuma bukan lagi pada mereka. Selalunya pada
back-out buyer yang Jamal terpaksa hadap. Payah juga
hendak mengawal mak cik mereka dari menyerang orang.
Nasib baik Pak Ngah Jamil ada.

Zahin – Hidupnya tetap tenang. Bahagia dengan
isterinya. Tetap sama seperti Jiya, ada saja kerja rumah yang
masih mereka tak tahu uruskan. Berapa kali kena jerkah
dengan Juni. Reda sajalah.

Sebagai suami, dia tetap bangga dengan Jiya. Walaupun
isterinya masih dilabel macam-macam dengan saudara
mara, Jiya tetap selamba. Tambah bila tahu Zahin menjadi
perisai terkuat untuknya. Nak risau apa, biarkan sahajalah
mulut orang tu.

PKP punya pasal, memang buat ramai orang hilang
pekerjaan. Itu yang mulut dan pemikiran mula asyik mahu

68

bila hati dah suka

buat kerja lain. Anyam ketupat memang best, tambah pula
yang tak guna daun. Guna mulut lagi pantas!

Haikal dan Farok – Masih rakan sekerja Zahin. Masih
begitu sikap mereka. Masih ego dengan pendirian mereka.
Masih suka mengutuk dan mengata.

Lelaki, bila mengumpat lagi dahsyat! Ada saja salah
manusia yang singgah di mata mereka. Ada saja sikap
manusia yang tak berkenan di hati mereka. Nak ubah
mereka ini? Buluh tua, mahu patah jadinya.

Doa sahajalah ubatnya.

“BANG... Cordless vacuum ni best, kan? Celah-celah ceruk
semua dia boleh masuk,” ralit Jiya memerhati televisyen
yang menyiarkan rancangan pembelian atas talian.

Zahin menjeling. Mula dah dia...
“Kenapa? Batang penyapu patah lagi ke?”
Masam muka Jiya. Pagi tadi bising Juni bila tengok
batang penyapu patah entah kali ke berapa.
“Itulah. Tak menyapu karang, bersampah. Bila sapu,
menyampah.”
“Belilah. Nanti bagi Kak Juni. Mesti dia suka.”
“Bang...”
“Ya...”
“Treadmill ni pun bagus, kan? Boleh kurangkan perut
yang makin ke depan.” Jiya mula menyengih.
“Perli abang ke apa ni? Dah abang ni umpama ‘tikus
makmal’. Semua benda baru yang Jiya masak, abang kena

69

OGY YUSOF

makan. Dah tu, bila dah masak, lupa diri. Macam ramai
sangat dalam rumah ni.” Zahin menepuk perutnya. Dia
tahu, perutnya sudah sedikit ke hadapan. Semuanya gara-
gara menghabiskan makanan yang Jiya masak.

Sejak Jiya berhenti kerja, memang isterinya itu suka
masak. Biasanya memang sedap. Tapi, kadang-kadang tak
menjadi. Haru, dia yang menjadi mangsa. Orang lain awal
dah surrender!

“Jiya taulah yang Jiya tak mengandung lagi. Agaknya
betullah apa Mak Uda Leha selalu sebut, Jiya tak pandai
buat anak...” Jiya mula muram.

“Jiya... Dengar sini. Abang cintakan Jiya dari awal,
tanpa isyarat. Abang berkahwin dengan Jiya, tak ada syarat.
Bukan sebab nak hambakan isteri. Bukan sebab semata
nak anak. Rumah tangga, banyak lagi hala tuju kita. Kasih
sayang yang kita bina bukan sebab nak anak saja.”

“Tapi, mulut orang...”

“Kenapa peduli pada kata-kata orang yang sentiasa
sinis dan memeritkan? Semuanya atas kekuasaan Allah.
Kalau kita pertikai kenapa dan kenapa, maknanya kita
pertikai kekuasaan Allah. Yang penting sekarang, kita
sentiasa usaha perbaiki kehidupan kita agar lebih diberkati
dan jaga kasih sayang antara kita agar kekal hingga
akhirnya. Tentang anak, biar saja. Ada rezeki, adalah nanti.
Tak ada, kita paksa Jep ajak Kak Juni kahwin.”

Bergabung gelak tawa mereka.

“Maaf sebab Jiya ni selalu susahkan abang.”

“Memang Jiya selalu susahkan abang. Tapi, itulah
yang menjadi ikatan antara kita makin kuat. Sikap Jiya
yang selalu harapkan abang buat abang sentiasa yakin

70

bila hati dah suka

yang abang memang untuk Jiya. Dah. Jangan sedih-sedih.
Berdoa dan bersyukur selalu, okey?” Zahin mengusap
lembut kepala Jiya.

Jiya mengeluh perlahan. Dia tahu, apa yang
diperkatakan oleh suaminya itu semua benar. Dia tak
perlu ragu dengan kasih sayang yang diberi oleh Zahin
kepadanya. Matanya ralit kembali ke televisyen.

Moga sinar bahagia menerjah kehidupan mereka,
kekal selamanya.

“Bang... Cordless vacuum ni memang boleh ganti
tugas menyapu, kan?”

“Ya...”
“Bang... FPX minta klik akaun bank. Bank mana satu
nak klik ni?”
“Abang juga?”
“Alaaa... Boleh ya?”

TAMAT

71

OGY YUSOF

Nasihat

3 KUNCI - KITA, KITA DAN PERKAHWINAN
Memahami dan mendalami Deen Islam sebagai

cara hidup
Mengamati dan fahami perbezaan antara lelaki

dan perempuan (sangat penting dan ramai
terlepas pandang).

Mengutip kefahaman sedalamnya tentang
perkahwinan itu sendiri.

TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN ISTERI DALAM
PERKAHWINAN

TANGGUNGJAWAB SUAMI
1. Memberi sara hidup kepada isteri seperti
pemberian makanan dan tempat tinggal.
2. Memberi nafkah batin termasuklah
menggauli isteri dengan baik.

72

bila hati dah suka
3. Menyara isteri dan anak-anak.
4. Melindungi isteri dan anak-anak dari segi

keselamatan dan kesihatan.
5. Sentiasa membimbing isteri dengan ajaran

Islam menuju keredhaan Allah.
6. Menjadi penasihat dalam menyelesaikan

masalah isteri dan anak-anak.
TANGGUNGJAWAB ISTERI

1. Menjaga kehormatan diri.
2. Patuh terhadap suruhan suami selagi

bukan perkara maksiat.
3. Menumpukan sepenuh kasih sayang

kepada suami dan anak-anak.
4. Menjaga kebersihan rumah tangga dan

kesihatan diri serta anak-anak.
5. Sentiasa menyimpan rahsia pergaulan

suami isteri dan berhias diri hanya untuk
suami. Ketika berada di khalayak, harus
pandai menjaga kesopanan.
6. Menjaga amanah dan harta suami.

73

OGY YUSOF

74


Click to View FlipBook Version