The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU NOORAIDAH AHMAD, 2021-08-19 10:35:57

KITAR SEMULA

KITAR SEMULA

Kitar Semula

kitar semula

Nama saya Fikri dan dalam keluarga saya, ibu selalu menekankan
tentang kitar semula. Semua sampah di rumah perlu di asingkan,
pesan ibu. Saya juga selalu menggunakan semula kertas, surat
khabar dan tin terpakai untuk membuat pelbagai hiasan di rumah.
Ibu juga menggalakkan saya memasuki beberapa pertandingan
Kitar Semula yang dijalankan di taman perumahan kami.

Hari ini di kelas saya, Cikgu Zuraidah memberi penerangan tentang
proses kitar semula. “Cikgu nak tahu, apa yang awak semua buat
dengan sampah di rumah, cuba kita kongsi hari ini”, kata Cikgu
Zuraidah. Saya segera menjawab, “ Di rumah, saya asingkan
sampah sebelum buang cikgu, dan yang mana boleh digunakan
semula, ayah saya akan gunakan. Contoh, tayar kereta baru-baru
ini ayah jadikan tempat duduk cikgu”.

Cikgu Zuraidah berkata “Saya akan mengadakan Minggu Kitar
Semula untuk kelas kita. Untuk itu setiap kumpulan diberi masa
sehingga minggu depan untuk menyediakan persembahan, boleh
ke?”, tanya Cikgu Zuraidah. Saya dan rakan-rakan yang lain terus
menjawab “ Setuju Cikgu!!!”.

Rakan saya Aida terus mengajak kami berempat menjadi
satu pasukan untuk menyertai persembahan tersebut.



Kami mula membincangkan tajuk yang sesuai untuk dipertandingkan.
Aida berkata “Bahan-bahan yang boleh dikitar semula ini banyak
antaranya kertas, kaca, plastik dan logam, jadi kita nak persembahkan
yang mana satu?”. Saya segera memberi cadangan agar kumpulan
ini hanya memberi fokus kepada satu jenis bahan iaitu kertas yang
boleh dikitar semula.



Oleh kerana keesokkannya adalah hari cuti sekolah, kami sepakat
untuk pergi ke rumah saya bagi membincang dan seterusnya
membuat bahan yang akan di kitar semula.

Ibu saya sangat gembira melihat kami berkumpul dan segera
menyediakan kentang goreng dan air untuk juadah petang .
Kami berbincang dan sepakat untuk memproses semula kertas
suratkhabar dan kertas-kertas terpakai untuk dijadikan hiasan untuk
meletak pen dan pensil serta jam dinding.



Tanpa membuang masa, kami mula merendam semua kertas dan
suratkhabar lama ke dalam mangkuk besar. Kemudian nya kami
mula membentuk kertas tersebut seperti sebuah pinggan berbentuk
bulat untuk di jadikan tapak jam dinding.

Kami juga membuat tiga biji gelas yang berlainan saiz untuk
di jadikan hiasan meletak pen dan pensil. Semua bahan-bahan
yang siap di jemur di bawah matahari yang kemudiannya akan di
warnakan.



Pada hari yang ditetapkan, kami memulakan persembahan kami
dengan memaklumkan bahawa projek kitar semula kami adalah
untuk membuat jam dinding dan tempat meletak pen dan pensil
menggunakan kertas terpakai dan suratkhabar. Jam dinding dan
tempat meletak pen dan pensil ini diharapkan dapat dijadikan
hiasan sama ada di sekolah, rumah atau pejabat.

“Tahniah kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian.
Saya harap selepas persembahan dari rakan-rakan awak ini ,
ianya dapat memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang
kepentingan kitar semula. Kita mahu pelajar-pelajar balik ke rumah
dan memberitahu keluarga masing-masing kerana peratus yang
mengamalkan budaya kitar semula ini masih di tahap yang rendah.
Saya berharap pendedahan di peringkat sekolah ini akan memupuk
sikap berterusan terhadap usaha kitar semula. Saya juga mahu
semua hasil kitar semula yang dipersembahkan tadi di letakkan di
dalam kelas ini “, kata Cigu Zuraidah sambil di sambut tepukan dan
sorakan dari pelajar-pelajar.


Click to View FlipBook Version