Sara :
Si Gadis Baik Hati
Pada hari minggu yang ceria, Sara dan ibu ke pasar
raya untuk membeli barang keperluan di rumah
seperti makanan, barang dapur dan barang cucian.
Tiba di pasaraya, Sara membantu ibu memilih sayur-
sayuran dan buah-buahan untuk bekalan di rumah.
Apabila tiba di bahagian mainan, Sara yang teruja itu
tadi berlari mengambil tiga jenis permainan
kesukaannya.
Lalu ibu menasihati Sara untuk hanya memilih satu
mainan sahaja kerana ibu ingin mengajar Sara untuk
berjimat cermat dalam berbelanja.
Ibu berkata “kita hendaklah berjimat cermat dalam
berbelanja, supaya tidak berlaku pembaziran”
Sara yang memahami kata-kata ibu pun menjawab
“baik ibu, Sara akan ambil satu sahaja mainan”.
Ibu yang gembira dengan sikap Sara yang memahami
tentang amalan berjimat cermat itu memberi
ganjaran kepada Sara dengan membeli minuman
kegemaran Sara iaitu susu.
Setelah habis mereka berbelanja, Sara membantu ibu
meletakkan barang-barang mereka ke dalam troli.
Apabila Sara dan ibu ingin keluar dari pasar raya,
Sara terlihat seorang nenek tua yang sedang
mengangkat barang-barangnya.
Sara berkata kepada ibunya “ ibu, mari kita bantu
nenek mengangkat barangnya ke tempat duduk,
kasihan nenek itu berseorangan”.
Sara yang mempunyai sikap peramah itu berkata
“selamat sejahtera nenek, nama saya Sara”. Lalu nenek
tua itu pun menjawab “selamat sejahtera Sara, terima
kasih kerana sudi membantu nenek”.
Lalu Sara membantunya mengangkat barang-barang
nenek itu bersama ibu.
Sara yang kasihan terhadap nenek itu berkata kepada ibu
“ ibu, mari kita temankan nenek sehingga teksi datang”.
Ibu yang berasa bangga akan sikap anaknya itu bersetuju
untuk menemani nenek sambil melihat telatahnya.
Apabila teksi sudah tiba, nenek pun dibantu oleh
pemandu teksi untuk mengangkat barang dan menaiki
teksi. Sara dan ibu mengucapkan selamat tinggal
kepada nenek itu.
Sebelum nenek pulang, nenek memberikan sebiji
buah epal kepada Sara sebagai tanda terima kasih
atas sikap baik hati Sara yang membantunya.
Sara yang berasa gembira itu, pulang ke rumah
dengan senyuman kerana mendapat ganjaran atas
sikapnya yang baik hati.
TAMAT
Nilai Murni:
1) Kesederhanaan
berjimat cermat
dalam berbelanja
2) Baik hati
saling membantu
orang lain yang
memerlukan bantuan