The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURFATIN IZATI, 2020-11-02 03:50:43

SEMARAK CINTA RASUL SKPT 1 2020

MAULIDUR RASUL

‫اومة رباني نݢارا هرموني‬

 Pembinaan modal insan yang seimbang dari aspek rohani dan
jasmani merupakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pelbagai program telah disusun untuk mencapai matlamat
tersebut di peringkat sekolah.

 Justeru itu, pihak sekolah telah berusaha mempelbagaikan
aktiviti bercorak kerohanian ke arah mencapai matlamat
Pendidikan Negara.

Buat pertama kalinya, negara kita diuji dengan penularan wabak
covid-19, walaubagaimana pun program Sambutan Maulidur
Rasul di peringkat sekolah akan tetap dilaksanakan secara atas
talian.

 Pihak penganjur mengharapkan program ini dapat berjalan
dengan lancar dan dapat membantu perkembangan murid dalam
pelbagai aspek serta mencapai objektif-objektif yang dirancang.

 Memperingati sejarah kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
dan perjuangannya dalam menegakkan syiar islam.

 Mengambil contoh teladan dari peristiwa yang tersurat dan
tersirat dari sejarah kerasulan baginda.

 Mencungkil bakat dan pengetahuan pelajar berkaitan
dengan sirah Rasulullah S.A.W

 Menanam sifat kecintaan kepada diri Rasulullah S.A.W,
dengan mengikuti apa yang disuruh dan meninggalkan apa
yang dilarang oleh baginda.

 Murid dapat mempraktikkan sunnah dan ajaran-ajaran yang
dibawa oleh Rasulullah S.A.W

 Murid dapat mengingat kembali sirah hidup Rasulullah
S.A.W

 Murid dapat mencontohi ciri-ciri pendakwah yang
dilakukan oleh Rasulullah S.A.W

Penasihat 1: Pn. Rohana Binti Tumirin (Guru Besar SK Padang Tembak 1)
2: Pn. Noridah Binti Hashim (Penolong Kanan Pentadbiran)
Penyelaras 3: Pn. Norsyaliza Binti Fadzil (Penolong Kanan HEM)
Setiausaha 4: En. Azhari Bin Ramli (Penolong Kanan Kokurikulum)

: Us. Ahmad Solihin Bin Sabani
: Us. Mohd Fahmi Bin Badruesham

Jawatankuasa Pelaksana

Buku program : Ust. Nurfatin Izati Binti Mohamad Amin

Ust. Suriya Binti Abd Aziz

Kuiz Maulidur Rasul : Us. Mohd Fahmi Bin Badruesham

Pertandingan Bercerita Kisah Nabi : Ust. Wan Shaheda Binti Wan Rasyid

Ust. Amelia Binti Mustapah

Pertandingan Video Nasyid Selawat Nabi : Ust. Suriya Binti Abd Aziz

Ust. Harisah Binti Awang

Hadiah : Ust. Siti Khadijah Binti Mohamed

 Bacaan Yasin dan selawat – Guru-guru dan
kakitangan SKPT 1

 Pertandingan kuiz Maulidur Rasul – Tahap 1 dan 2
Pertandingan rakaman video bercerita kisah nabi

Muhammad S.A.W – Tahap 1
 Pertandingan rakaman video nasyid selawat - Tahap 2

Tarikh : 30 Oktober 2020
Masa : 9.00-10.00 pagi
Pimpinan : Ustaz Ahmad Solihin Bin Sabani
Penglibatan : Semua guru dan kakitangan SKPT 1
Tempat : Kediaman masing-masing
Pautan : google meet (http://meet.google.com/btp-evkt-brw)

Tarikh : 4 November – 10 November 2020
Pelaksanaan : Dalam talian melalui medium ‘google
classroom’
Sasaran : Murid-murid tahap 1 & 2 SKPT 1 (murid tahun 1-6)
Penyelaras : Ustaz Mohd Fahmi Bin Badruesham

Tarikh : 4 November – 16 November 2020

Durasi Video : Tidak kurang daripada 3 minit

Sasaran : Murid tahap 1 SKPT 1 (murid tahun 1, tahun 2 dan tahun 3)

Penyelaras : Ustazah Wan Shaheda Binti Wan Rasyid

* murid akan menghantar video kepada ustazah/melalui link yang
diberikan

Tarikh : 4 November – 16 November 2020

Durasi : Tidak kurang daripada 3 minit

Sasaran : Murid tahap 2 SKPT 1 (tahun 4, tahun 5 dan tahun 6)

Penyelaras : Ustazah Suriya Binti Abd Aziz
Ustazah Harisah Binti Awang

* murid akan menghantar video kepada ustazah/melalui link yang
diberikan

Pihak sekolah berharap agar program ‘Semarak Cinta
Rasul 2020’ sempena menyambut sambutan Maulidur
Rasul dapat memberikan impak perubahan yang besar
kepada murid-murid dalam usaha menghayati
kebesaran junjungan Nabi Muhammad S.A.W dalam
kehidupan seharian mereka









“Di tanah Arab gurun melata,
Masyurnya Makkah dengan kabilahnya,
12 Rabiulawal lahirnya putera,
Menjadi sanjungan serata dunia”

“Jejaran mengkudu bias kesuma,
Di celah angsana di Kuala Sedeli,
Akhir di sini noktah bersama,
Di lain masa bersua kembali”


Click to View FlipBook Version