The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU23052 SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mamirul414, 2023-05-07 13:07:26

Kelebihan Aplikasi Al-Quran Dalam Smart Phone

MPU23052 SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Keywords: Kelebihan Aplikasi Al-Quran Dalam Smart PhoneKelebihan Aplikasi Al-Quran Dalam Smart Phone

NAMA NO. PENDAFTARAN MOHAMMAD AMIRUL BIN MOH ARIFFIN O7DTP22F1001 MOHAMMAD AFIQ BIN CRISPIN 07DTP22F1020 AMIEZI BIN WESTTONLARGE 07DTP22F1003 MPU23052 SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM BIDANG : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TAJUK : KELEBIHAN APLIKASI AL-QURAN DALAM SMART PHONE PENSYARAH : USTAZ HAIDER AHMAD FAZLI KELAS : DTP2A


Pada era ini, perkembangan teknologi telah mewujudkan pelbagai alat komunikasi yang lebih canggih serta moden. Antaranya ialah telefon pintar,telefon pintar telah menjadi keperluan dalam kehidupan sehari manusia. Bukan itu sahaja telefon pintar juga lebih canggih berbanding telefon bimbit biasa. Tambahan pula, dapat memudahkan umat Islam untuk mendapat pelbagai maklumat, malahan boleh memuat turun ayat Al-Quran ke telefon bimbit. Dengan itu, tidak hairanlah apabila telefon pintar telah menjadi salah satu benda penting dalam pengurusan kehidupan manusia. PENDAHULUAN


PENGENALAN APLIKASI ALQURAN Penggunaan aplikasi al-quran dalam telefon pintar menjadi salah satu medium pembacaan serta rujukan terhadap ayat-ayat al-quran sama ada dalam aspek pendidikan, penyelidikan dan sebagainya.Kepelbagaian aplikasi Al-Quran dalam telefon pintar semakin kian berkembang mengikut peredaran zaman teknologi maklumat. Aplikasi Al-Quran dalam sistem android yang dibangunkan di dalam telefon pintar oleh pembangun merangkumi pelbagai aspek pengurusan Contohnya; • Pengurusan kewangan • Pengurusan perniagaan, • Sistem pembelian secara atas talian Pengurusan perbankan Dan tidak terkecuali aspek yang melibatkan keagamaan seperti; • Aplikasi solat, puasa dan haji • Bacaan Al-Quran.


HUKUM PENGGUNAAN APLIKASI AL-QURAN Apa hukumnya membaca Al-Quran di smartphone tanpa wudhu? Bolehkah membaca Al -Quran di smartphone tanpa menutup aurat? -Menurut para ulama, tidak ada kewajiban berwudhu dulu dalam adab membaca Al -Quran digital di smartphone atau perangkat lainnya. Ini karena smartphone tidak sama dengan mushaf fizik yang hanya boleh disentuh dalam keadaan yang suci. -Membaca Al-Quran tanpa memakai tudung bagi wanita selama ia berada di tempat yang aman dari pandangan orang lain yang bukan mahramnya seperti di rumahnya, itu boleh.


MENGAITKAN TAJUK DENGAN DUA ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN Dengan penghasilan Al-Quran dalam bentuk digital yang terdapat dalam smartphone dapat memudahkan umat islam untuk • Membaca Al-Quran dengan lebih mudah tampa perlu membawa mushafnya kemana-mana • Pembaca juga boleh memilih dengan mudah surah yang mahu di baca tampa pertu menyelak helaian kertas. Hanya perlu klik di hujung jari, semua mudah untuk dicari. Oleh itu, Al-Quran boleh dibaca dimana sahaia kita berada dan tiada lagi masalah terlupa atau tidak mampu membeli Al-Quran. Walaupun kemungkinan berlakunya Kekhilafan pada susunan ayat-ayat Al-Quran di dalam aplikasi. Maka dengan itu kesahihan sebuah aplikasi perlu dipamerkan agar tidak berlakunya keraguan. Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia. 1.


2. Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi nilai tambah kepada peningkatan kualiti • Dengan pembinaan teknologi, telefon pintar ini telah banyak memberi kemudahan kepada semua pengguna dengan kecanggihan kualitinya dan fungsinya yang dapat memberikan kesemua pengguna berasa gembira. • Dalam penciptaan telefon pintar ini telah terciptanya aplikasi yang dapat memberi banyak manfaat kepada semua orang antaranya ialah aplikasi Al-Quran. • Dengan adanya aplikasi Al-Quran ini ia capat memudahkan semua pengguna untuk membaca al guran dan dapat menghayati bacaan Al-Quran tidak kira di mana mereka berada. Oleh itu, jelaslah bahawa dengan adanya kewujudan aplikasi yang begini ia dapat membantu semua orang dalam melakukan aktivitiaktiviti yang berfaedah dan dapat meningkatkan kualiti dalam bidang teknologi.


AL-UMUR BI MAQASIDIHA AL-MASHAQQAH TAJLIBU ATTAISIR AD-DARAR YUZAL MENGAITKAN TAJUK DENGAN TIGA KAEDAH FIQH :


AL-UMUR BI MAQASIDIHA (SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT JAHAT) Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar Al-Khatta RA. bahawasanya aku mendengar Baginda Rasullah SAW bersabda: "Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat Maka sesiapa yang hirahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya (Hadis riwayat Bukhari,Tirmizi, Abu Daud dan lain-lain" Berdasarkan sabda Rasullah SAW diatas, niat adalah untuk menentukan baik atau buruk, dosa dan pahala, dalam mencapai redha Allah SWT. Sekiranya smartphone dan aplikasinya digunakan untuk tujuan yang baik dalam mencari redha Allah SWT dan untuk meningkatkan ibadat, dengan izin Allah SWT berdasarkan niat tersebut kita dapat memperolehinya. Tetapi jika sebaliknya kita menggunakan smartphone dan aplikasinya untuk tujuan yang buruk, maka haram dan mendatangkan kemurkaan terhadap Allah SWT.


AL-MASHAQQAH TAJLIBU AT-TAISIR (KESUSAHAN MEMBAWA KEMUDAHAN) Menurut dari Hadith daripada Abu Hurairah RA.Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu dibangkitkan dengan kesenangan dan tidak dibangkitkan kamu dengan kesusahan" (HR Tirmizi) Kemudian terdapat firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 78: "dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" Berdasarkan dalil dan hadis di atas ini telah membuktikan bahawa dalam syariat Islam ini tidak membebankan dan konsepnya sangat mudah serta hukumnya juga tidak membebani semua orang. Kaedah fiqh yang kedua adalah kesusahan membawa kemudahan (At- Mashaqqah Tajilibu at-Taisir) dalam tajuk ini dimana dengan adanya kewujudan teknologi smartphone, dapat memudahkan semua orang melakukan urusan mereka dan adanya aplikasi Al-Quran dalam smartphone ini Al-Quran boleh dibaca oleh semua orang, tidak kira di mana mereka berada, tidak kira peringkat umur. Oleh itu, menggunakan smartphone dan aplikasinya adalah harus bagi membawa kemudahan dan mengatasi kesusahan terhadap perkara-perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT dan bukannya larangan Nya.


AD-DARAR YUZAL (KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHAPUSKAN) Sebuah hadis Rasulullah S.A.W, yang membawa maksud: Tidak harus seseorang it melakukan kemudaratan terhadap saudaranya sama ada memulakan atau membalas. Berdasarkan hadis tersebut, islam adalah agama yang membawa keselamatan dan menjauhi kemudaratan. Namun banyak keburukkan atau kemudaratan ketika kita menggunakan telefon bimbit dengan kerap ataupun salah. Islam mengajar kita agar segala maklumat yang diakses di dalam internet hendaklah dipastikan dahulu sumbernya sama ada sah atau tidak. Keburukkan yang boleh berlaku kepada umat islam ketika kerap menggunakan aplikasi al-quran dalam terlefon bimbit adalah, boleh mengakibatkan kerosakan mata, telefon boleh meletup apabila seseorang lalai dengan mengecas telefon terlalu lama dan banyak Lagi. Oleh itu, jadilah seseorang pengguna yang bijak semasa menggunakan kemudahan teknologi yang telah dicipta untuk menggelakan kemudaratan berlaku dengan menentukan sama ada telefon bimbit dan aplikasi itu selamat digunakan. Utamakan keselamatan dan jauhilah perkarapekara yang memudaratkan.


PENUTUP Kesimpulannya, telefon pintar dapat memudahkan kita untuk melakukan ibadah tidak kira dimana dan bila kita ingin mengerjakannya. Tetapi, banyak aspek-aspek yang perlu kita mengambil perhatian agar tidak berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku. Selain aplkasi Al-Quran kita juga dapat menggunakan aplikasi lain untuk menambah ilmu agama dalam diri kita. Contohnya, mendengar ceramah ilmu agama melalui aplikasi 'YouTube'. Oleh itu, sebagai umat islam kita haruslah menggunakan kelebihan yang telah dicipta dengan bijak dan dapat membezakan kesan yang positif dan negatif dalam diri kita. Bak kata pepatah. 'Buang yang keruh, ambil yang jernih'.


RUJUKAN https://online.anyflip.com/ujsna/phux/mobile/ https://mpu2305pkkdka2cdis2019.blogspot.com/2020/03/?m=1 https://www.ikim.gov.my/index.php/2006/02/09/sains-danteknologi-suatu-kelebihan-atau-kemudaratan/ 1. 2. 3.


NAMA / TUGASAN AMIRUL AFIQ AMIEZI MENGHASILKAN BLOG MENCARI MAKLUMAT MEMBUAT PERBINCANGAN CARTA GANTT (PENGAGIHAN TUGASAN)


Click to View FlipBook Version