The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zha_1007, 2022-04-19 20:33:45

SLIDE TAKLIMAT EMAHABBAH BERSAMA PPD

SLIDE TAKLIMAT EMAHABBAH BERSAMA PPD

PERTANDINGAN
E-MAHABBAH PENDIDIKAN

KHAS
Peringkat Negeri Sarawak

Secara Dalam Talian

Kementerian Pendidikan Malaysia

Tahun 2022

Pengenalan

Pertandingan e-Mahabbah Pendidikan Khas Peringkat Negeri
Sarawak yang akan dilaksanakan secara dalam talian adalah satu
aktiviti ko-akademik untuk memperkasakan kecemerlangan Murid
Berkeperluan Khas (MBK) dalam bidang kurikulum. Disamping itu,
ianya juga memberi peluang kepada MBK daripada kepelbagaian
kategori mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah bagi
memenuhi tuntutan rohani. Melalui aktiviti ini, murid-murid
berkeperluan khas akan dapat turut serta di dalam pertandingan
sama seperti pelajar-pelajar normal yang lain di peringkat negeri.

OBJEKTIF

Mencungkil bakat Murid Berkeperluan Khas dalam aktiviti e-Tarannum,
e-Hafazan, e- Bercerita kisah dari al-Quran, e-Syarahan Agama,
e-Nyanyian Solo Dakwah, dan e- Deklamasi Sajak.

Memberi ruang dan peluang kepada MBK untuk menampilkan
kecemerlangan dan potensi diri di peringkat tertinggi aktiviti
kokurikulum.

Meningkatkan hubungan silaturahim antara warga Pendidikan Khas.

Menerapkan budaya harmoni sesama kaum dan budaya antara MBK.

OBJEKTIF UTAMA

Memilih calon-calon untuk mewakili
Negeri Sarawak ke Pertandingan
e-Mahabbah Pendidikan Khas ke
Peringkat Kebangsaan

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

KAEDAH
SECARA
RAKAMAN
(OFFLINE
RECORD)

KELAYAKAN DAN HAD UMUR PESERTA

 Kategori Rendah (7 tahun - 12 tahun +2 tahun di sekolah
rendah)

 Kategori Menengah (13 tahun - 17 tahun +2 tahun di sekolah
menengah)

Seseorang peserta hanya dibenarkan menyertai
pertandingan dalam satu kategori sahaja bagi satu jenis
pertandingan dalam masa yang sama kecuali sesuatu
ketetapan khas dilakukan.

TERMA DAN SYARAT

 Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu rakaman sahaja kepada urus setia untuk dinilai.

 Semua rakaman tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal/media sosial/blog sebelum keputusan
diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur.

 Setiap penyertaan rakaman pertandingan adalah berdasarkan kepada rakaman tahun semasa.

 Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut atau
memenuhi terma dan syarat pertandingan.

 Suntingan audio dan video rakaman tidak dibenarkan.

 Rakaman perlu dibuat secara solo di dalam premis peserta.

 Pakaian hendaklah menutup aurat dengan sempurna dan tanpa tanda pengenalan sekolah, daerah atau
negeri. Bagi peserta bukan Islam hendaklah berpakaian sopan.

 Penyertaan MBK beragama Islam dibuka untuk semua acara kecuali acara e- Pertandingan Deklamasi
Sajak yang dikhaskan untuk MBK bukan Islam sahaja.

PERTANDINGAN E-TARANNUM: BP/BL/PH Ren/Men

 SENARAI AYAT TILAWAH Ayat Al-Quran

Kategori Al-Baqarah Ayat 124
1. Sekolah Rendah Al-Baqarah Ayat 50
Ali-Imran Ayat 33
Kategori Bermasalah Pembelajaran Ali-Imran Ayat 133
(Lelaki dan Perempuan)

Kategori Kurang Upaya Penglihatan
(Lelaki dan Perempuan)

Kategori Kurang Upaya Fizikal Terbuka

2. Sekolah Menengah Al-Baqarah Ayat 104
Kategori Bermasalah Pembelajaran Al- Nisaa Ayat 36
(Lelaki dan Perempuan) Al-Hashr Ayat 1
Ad-Dukhaan Ayat 1
Kategori Kurang Upaya Penglihatan Al-Jumuah Ayat 1
(Lelaki dan Perempuan)

Kategori Kurang Upaya Fizikal Terbuka

 Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

Tajwid dan Fasohah - (60 markah)
Tarannum dan Suara - (40 markah) minimum 3 lagu tarannum

PERTANDINGAN E-TARANNUM

 Rakaman video e-tarannum (paparan perlu meliputi kepala dan sebahagian dada) dalam format
mp4 diambil dari telefon bimbit dengan rakaman berkualiti berdurasi 5 minit tanpa disunting
hendaklah dimuatnaik ke youtube (tetapan unlisted) seterusnya melengkapkan borang pendaftaran
(pautan rakaman video di youtube diperlukan) yang disediakan oleh urus setia.

 Penggunaan mikrofon sangat digalakkan bagi mendapatkan kualiti suara yang terbaik.

PERTANDINGAN E-HAFAZAN AL-QURAN: BP/BL/PH Ren/Men

 SENARAI AYAT HAFAZAN

Penghakiman acara Hafazan Al-Quran terbahagi
kepada 4 bahagian sepertimana berikut:
Bahagian Hafaz, Lancar dan Suara (50 markah)
Bahagian Tajwid dan Fasohah (50 markah)

PERTANDINGAN E-HAFAZAN AL-QURAN

 Peserta dikehendaki membaca secara hafazan ayat dari kelompok yang telah dipilih
berdasarkan senarai ayat yang ditetapkan. ‘Saya akan membaca kelompok 1/2/3/4…’

 Perserta dikehendaki mendahului bacaan surah hafazan dengan Surah Al- Fatihah.
 Semua peserta dikehendaki memakai penutup mata termasuk murid Kurang Upaya

Penglihatan.

PERTANDINGAN E-BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN : BP/BD REN
&

PERTANDINGAN E-SYARAHAN : BP/BD MEN

 Masih menunggu tajuk yang ditetapkan oleh jawatankuasa peringkat Kebangsaan.

 Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

Penyampaian - 40 markah

Isi - 30 markah

Bahasa - 30 markah

PERTANDINGAN E-SYARAHAN & E-BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN

 Rakaman video bercerita dan syarahan (paparan perlu meliputi keseluruhan anggota
badan) dalam format mp4 diambil dari telefon bimbit dengan rakaman berkualiti berdurasi 5
minit tanpa disunting hendaklah dimuatnaik ke youtube (tetapan unlisted) seterusnya
melengkapkan borang pendaftaran (pautan rakaman video di youtube diperlukan) yang
disediakan oleh urus setia.

 Bercerita hendaklah disampaikan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Isyarat
Bahasa Melayu sahaja.

PERTANDINGAN E-DEKLAMASI SAJAK : BP MEN

Setiap daerah dibenarkan menghantar seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan yang bukan
beragama Islam bagi kategori ini

TEMA SAJAK :

 Teks Sajak dan Video deklamasi sajak yang dihasilkan boleh diadaptasi daripada karya penulis lain.

Karya tidak boleh menyentuh sensitiviti, subversif dan negatif mana-mana pihak.
 Teks sajak/syair hendaklah ditaip di atas kertas A4 dalam jarak 1.5 langkau
 Ditaip menggunakan font Arial bersaiz 12 dan dicetak pada sebelah muka setiap helaian.
 Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati sajak yang ingin dideklamasikan.

 Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

Gaya/Penghayatan - 50 markah

Suara/Nada - 25 markah

Kelancaran - 25 markah

PERTANDINGAN E-DEKLAMASI SAJAK : BP MEN

 Rakaman video deklamasi sajak (paparan perlu meliputi keseluruhan anggota badan)
dalam format MP4 dan diambil dari telefon bimbit dengan rakaman berkualiti berdurasi tidak
kurang dari 2 minit dan tidak melebihi 5 minit tanpa disunting hendaklah dimuatnaik ke
youtube (tetapan unlisted) seterusnya melengkapkan borang pendaftaran (pautan rakaman
video di youtube diperlukan) yang disediakan oleh urus setia.

 Deklamasi sajak hendaklah disampaikan menggunakan Bahasa Melayu.
 Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan tema sajak.

PERTANDINGAN E-NYANYIAN LAGU DAKWAH SOLO: BP/BL TERBUKA

TEMA:

Tema nyanyian adalah lagu berunsur kerohanian Islam.
 Setiap penyanyi solo dikehendaki mempersembahkan sebuah lagu SAHAJA.
 Lagu dan lirik lagu yang dinyanyikan BUKAN ciptaan baharu di mana BOLEH menyanyikan lagu yang sedia ada di pasaran.
 Sebarang intro dan outro lagu tidak dibenarkan.

 Lirik lagu HANYA menggunakan Bahasa Melayu sahaja.
 Lirik lagu TIDAK boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.
 Setiap penyanyi solo DILARANG mempersembahkan unsur puisi, sajak, pentomen dan seumpamanya dalam persembahan.

 Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara minus one.

 Hanya pergerakan yang bersesuaian dengan lagu, lirik dan muzik yang disampaikan dan tidak keterlaluan dibenarkan. Pergerakan
yang tidak keterlaluan bermaksud tiada unsur tarian dan unsur yang mengganggu sensitiviti agama Islam.

Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut:

Suara - 50 markah
Persembahan - 30 markah
Kreativiti - 20 markah

PERTANDINGAN E-NYANYIAN LAGU DAKWAH SOLO: BP/BL TERBUKA

 Rakaman video persembahan (paparan perlu meliputi keseluruhan tubuh badan) dalam
format MP4 dan diambil dari telefon bimbit dengan rakaman berkualiti berdurasi tidak
kurang dari 2 minit dan tidak melebihi 5 minit tanpa disunting.

 Peserta lelaki memakai pakaian kebangsaan (baju melayu “cekak musang” versi tradisional
atau moden) yang lengkap (bersampin dan bersongkok hitam).

 Peserta perempuan berbaju kurung kebangsaan dan bertudung sempurna.
 Hanya hiasan yang bersesuaian dengan pakaian kebangsaan sahaja yang dibenarkan.


Click to View FlipBook Version