SOALAN DAN JAWAPAN INSPIRE TUTOR MUDA JPN SELANGOR Buku “Nuclear Weapons: The State Of Play” menyatakan bahawa risiko perang nuklear semakin meningkat di sebalik jumlah senjata nuklear yang lebih kecil berbanding sewaktu perang dunia. Ini memandangkan lebih banyak negara yang semakin tidak stabil di samping jumlah kumpulan pengganas yang semakin meningkat. Di samping itu, Wakil Tetap Malaysia ke PBB Datuk Hussein Haniff berkata, amat menyedihkan bahawa usaha pelucutan senjata yang menjadi keutamaan tertinggi masyarakat antarabangsa masih jauh dari sasarannya. Kurang kesungguhan politik akan terus menjejaskan usaha mencapai permuafakatan di samping menjadikan usaha pelbagai jenis jentera ke arah pelucutan kurang berhasil.
SOALAN DAN JAWAPAN INSPIRE TUTOR MUDA JPN SELANGOR ❖ Risiko perang nuklear semakin meningkat ❖ Ketidakstabilan politik dan kemunculan kumpulan pengganas ❖ Pelucutan/gencatan senjata - langkah mengelakkan perang nuklear ❖ Kesungguhan pemimpin untuk mencapai permuafakatan antara negara ❖ Perang nuklear membawa kesan buruk terhadap politik, sosial, ekonomi negara terlibat ❖ Rakyat dan pemimpin perlu bersatu menstabilkan keadaan negara ❖ Hubungan diplomatik penting untuk mengelakkan perbalahan ❖ Peranan pertubuhan antarabangsa/serantau perlu diperkasakan ❖ Mana-mana jawapan yang munasabah
INSPIRE TUTOR MUDA 20 JANUARI 2024 MENTOR TUTOR NUR AIN NAJWA BINTI KHAIR MUHAMMAD NORHIMAH BINTI OTHMAN SMK JUGRA KUALA LANGAT, SELANGOR
BAB 10 TING 4 : PEMASYHURAN KEMERDEKAAN O u r V i s i o n
Jelaskan maksud merdeka. Merdeka bermaksud bebas daripada cengkaman kuasa asing. Negara yang merdeka bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju negara. Merdeka juga bermaksud bebas daripada penjajahan, kurungan dan naungan. Negara merdeka ialah negara yang bebas daripada masalah seperti penindasan dan kemiskinan. Merdeka diertikan juga sebagai bebas selama-lamanya. Negara yang merdeka bebas untuk berfikir dan bertindak. Mengikut Tunku Abdul Rahman, kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat. Menurut Tun Dr Mahathir Mohammad pula, merdeka bermaksud sayang negara dengan sepenuh hati dan sanggup berkorban demi negara.
Jelaskan persediaan yang dilakukan untuk menjayakan upacara pemasyhuran kemerdekaan negara. [6 markah]
Jelaskan persediaan yang dilakukan untuk menjayakan upacara pemasyhuran kemerdekaan negara. [6 markah] Jawatankuasa sambutan
O u r V i s i o n Wakil Parti Perikatan dari PTM dan Singapura mengambil tempat duduk 300 orang pemuda membentuk barisan kehormat Semua lampu dipadamkan Lampu dipasang semula Bendera Union Jack diturunkan diikuti lagu God Save The Queen. Bendera PTM dinaikkan diikuti lagu Negaraku TAR menerima tabik kehormat dan memeriksa perbarisan perwakilan negara TAR menyampaikan ucapan dengan penuh semangat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat. 10.00 pm 10.30 pm 11.58 pm 12.00 pm 12.00 pm 12.10 pm 12.25 pm Terangkan detik pemasyhuran kemerdekaan negara di Padang Kelab Selangor pada malam 30 Ogos 1957. [6 markah]
O u r V i s i o n TAR tiba di perkarangan stadium disusuli oleh Raja-raja Melayu dan YDPA. Bunyi nafiri kedengaran setiap kali pembesar negara tiba Duke of Gloucester memberikan ucapan dan menyerahkan Surat Perlembagaan Serahan Kuasa kepada TAR TAR membaca pemasyhuran kemerdekaan mengisytiharkan PTM berdaulat TAR melaungkan merdeka 7 kali diikuti para hadirin Laungan azan menandakankan tanda kesyukuran terhadap kemerdekaan Bendera PTM dinaikkan diiringi lagu Negaraku 101 das tembakan dilepaskan menandakan PTM menjadi negara merdeka Jelaskan upacara sambutan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada pagi 31 Ogos 1957. [6 markah]
Terangkan kesan kemerdekaan pada peringkat awal di negara kita. [6 markah] O u r V i s i o n Peringkat Negara Pengamalan Sistem Raja Berperlembagaan. YDPA ketua utama negara Demokrasi Berparlimen . Rakyat berkuasa memilih pemerintah melalui pilihanraya Pentadbiran Negara. TAR menjadi Perdana Menteri PTM yang pertama POLITIK
Terangkan kesan kemerdekaan pada peringkat awal di negara kita. [6 markah] O u r V i s i o n Peringkat Antarabangsa Dasar luar. Negara menjalinkan hubungan dengan negara luar seperti Indonesia, India, Australia Menganggotai Komanwel – menjadi medan untuk negara mempamerkan komitmen terhadap isu yang dihadapi oleh negara anggota. Pertahanan Negara. Negara memeterai perjanjian pertahanan yang dinamakan Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA). Penyertaan dalam Blok Sterling. Penyertaan PTM memperkukuh kedudukan ekonomi ahli-ahlinya kerana kedudukan ekonomi negara yang kukuh dalam Sistem Keutamaan Tarif Komanwel. Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Dengan penyertaan ini, negara kita menjunjung prinsip PBB untuk melindungi hak asasi manusia. POLITIK
Terangkan kesan kemerdekaan pada peringkat awal di negara kita. [6 markah] O u r V i s i o n EKONOMI Rancangan Malaya Pertama Mempelbagaikan keluaran pertanian dan menambah peluang pekerjaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Memajukan tanah baharu secara besar-besaran Institusi Kewangan Tempatan Malay Nasional Bank, Bank Negara dan Kwong Yik Bank Pembangunan Luar Bandar Ditubuhkan kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Majlis Pembangunan Luar Bandar Rancangan Buku Merah Mengandungi projek berkaitan kemudahan asas seperti jalan kampung dan jambatan.
Terangkan kesan kemerdekaan pada peringkat awal di negara kita. [6 markah] O u r V i s i o n Pendidikan Penyata Rahman Talib dikeluarkan dengan memberi penekanan kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar di sekolah Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka Merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran bagi mengukuhkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan. Jabatan Penerangan Menjadi lidah rasmi kerajaan bagi menyampaikan maklumat tentang peristiwa di dalam dan di luar negara. Kesihatan Pusat kesihatan dan hospital ditubuhkan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk luar bandar Kemudahan asas Kemudahan bekalan elektrik dan air bersih diutamakan untuk keselesaan dan kesihatan penduduk. SOSIAL
CONTOH SOALAN ESEI Kemerdekaan sememangnya dinantikan oleh seluruh rakyat di negara kita. Bagi memastikan detik ini bermakna kepada rakyat dan negara, maka beberapa persediaan diatur pada peringkat Persekutuan dan negeri. (a) Jelaskan persediaan yang dilakukan untuk menjayakan upacara pemasyhuran kemerdekaan negara. [6 markah] (b) Terangkan kesan kemerdekaan pada peringkat awal di negara kita. [6 markah]
(c) Teliti poster berikut. Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut. [8 markah] KIBARKAN JALUR GEMILANG
Huraikan mesej yang terkandung dalam poster tersebut. [8 markah] KIBARKAN JALUR GEMILANG O u r V i s i o n Contoh Isi : Kibarkan Jalur Gemilang Identiti negara yang perlu dibanggakan Kukuhkan jati diri Mencapai kesepakatan Semarakkan semangat patriotisme Menyertai sambutan Bulan Kebangsaan Menghargai jasa perajurit negara Memperjuangkan kemerdekaan Setia kepada raja dan negara Payung kedaulatan negara
CONTOH JAWAPAN: Poster tersebut mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang. Ini kerana Jalur Gemilang merupakan identiti negara yang perlu kita banggakan. Selain itu kita perlu mengukuhkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Pengukuhan jati diri membolehkan kesepakatan antara masyarakat mudah dicapai seterusnya membentuk perpaduan yang utuh dalam masyarakat. Poster ini juga menyeru kita semua agar menyemarakkan semangat patriotisme dalam diri. Ini boleh dilakukan dengan menyertai sambutan Bulan Kebangsaan beramai-ramai. Selain itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghargai jasa parajurit negara. Ini kerana mereka telah berkorban apa sahaja demi memperjuangkan kemerdekaan negara. Akhir sekali kita perlu setia kepada raja dan negara. Ini kerana raja merupakan payung negara kita. Ketaatan kita kepada raja dan negara membolehkan kedaulatan negara terus terpelihara sekaligus dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.
THE END Semoga kawan-kawan dipermudahkan menjawab SPM, diberikan keputusan yang cemerlang. Aamiin!!!