The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norrafidah2020, 2021-04-18 19:42:45

Tokoh Pemimpin Johor

TOKOH JOHOR TUN DR ISMAIL

TUN DR ISMAIL

TOKOH JOHOR YANG
MENYINAR

BIODATA PESERTA :

NAMA & TING

UMI AMANIE BINTI
MOHAMMAD NIZAM
NO K/P:060412-01-1166
3UPM

ALAMAT

SEK MEN AGAMA (ARAB)
AN-NUR
82200,BENUT PONTIAN

JOHOR

EMAIL

[email protected]

ISI KANDUNGAN: MUKA SURAT

 PENDAHULUAN 4

 BIODATA TOKOH PEMIMPIN 5

 PENDIDIKAN TOKOH YANG DIPILIH 6

 KERJAYA TOKOH 7

 SUMBANGAN TOKOH 9-16

 NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI GENERASI

SEKARANG 17

 PENUTUP/KESIMPULAN 18

 SUMBER RUJUKAN 20

PENDAHULUAN:

 Tun Dr Ismail bin Dato’ Abdul Rahman merupakan seorang Tokoh negara yang tidak kurang pentingnya dalam sejarah Malaysia
yang telah memberi sumbangan kepada bangsa dan negara. Tun Dr Ismail merupakan negarawan yang cukup tegas terutamanya
dalam memerangi rasuah. Perwatakan beliau yang bersih dan telus harus dicontohi.

 Beliau juga seorang tokoh yang telah berusaha mendapatkan kemerdekaan negara. Peranan beliau dianggap penting apabila beliau
telah dipilih oleh Tunku Abd Rahmann untuk berkhidmat dalam cabinet British. Beliau juga seorang yang berperanan penting
dalam proses mencapai kemerdekaan negara dengan membentuk Perikatan UMNO-MCA,pilihanraya dan seterusnya beliau
bersama-sama rombongan Tunku Abdui Rahman ke London untuk berunding mencapai mencapai kemerdekaan.

 Di dalam kajian ini juga kita akan melihat tentang sikap dan pandangan Tun Dr Ismail terhadap soal-soal politik,ekonomi dan
sosial yang patut dicontohi oleh generasi akan datang dalam kehidupan.

 Ketokohan beliau dalam kepimpinan telah mendapat pengiktirafan dari kalangan pemimpin dalam negara dan luar negara.

BIODATA TOKOH TUN DR ISMAIL

01 02 03 04

KELAHIRAN KETURUNAN PERWATAKAN KELUARGA

4 NOV 1915 Berketurunan Bugis Seorang yang tegas dan Berkahwin dengan Pn
Di Bandar Johor Orang Kaya Muar berterus terang Norashikin bin Dato’
Bharu BapanyaDato’ Abdul Banyak bekerja dan Mohd Seth
Rahman bin Mohd Yassin kurang bercakap. Mempunyai 6 orang anak
Ibunya Zaharah binti 4 lelaki dan 2 orang
Abu Bakar dan meninggal perempuan.
dunia ketika beliau
berumur 9 Tahun

PENDIDIKAN TUN DR ISMAIL :

PENDIDIKAN 1922 English Collage Tamat Sekolah menengah
MENENGAH 1936-1939
1940-1945 King Edward College of Tidak dapat menamatkan
PENDIDIKAN Medicine, Singapura pengajian
UNIVERSITI 1
Queen's College, The Ijazah Sarjana Muda Perubatan
PENDIDIKAN University of Melbourne, dan Pembedahan (MBBS)
UNIVERSITI 2
Australia

KERJAYA TUN DR ISMAIL

Membuka klinik 1946
Tawakkal di Johor Bharu
Menyertai Jabatan
kesihatan Johor

1960-1967 Menteri Perdagangan
dan Perindustrian
Ahli Majlis mesyuarat 1948-1954
Kerajaan Negeri Johor Timbalan Perdana
Menteri Malaysia
1971

Menteri Perdagangan 1956
dan Perindustrian
Terpilih wakil
Rombongan
Kemerdekaan di London

“Tak adil saya menolong seorang sedangkan
10 juta penduduk memerlukan pertolongan.
Saya tidak terdaya hendak menolong semua

orang,jadi saya tidak dapat menolong
seorang”

Prinsip Tun Dr Ismail

SUMBANGAN TUN DR ISMAIL

DOKTOR PERUBATAN

Tun Dr Ismail telah memulakan tugasnya di Jabatan perubatan Johor Bharu.Kemudian beliau telah membuka
klinik sendiri yang dikenali sebagai Klinik Tawakkal selama 7 tahun.Sepanjang perkhidmatannya beliau telah
menjalankan tugas memberikan khidmat dan bakti kepada masyarakat. Dalam banyak hal beliau lebih berhati-
hati dan meletakkan disiplin sebagai perkara utama. Tidak hairanlah dalam menjalankan tugasan beliau berusaha
memberikan perkhidmatannya yang terbaik dan sempurna,dang berusaha mengkaji secara terperinci penyakit
pesakitnya bagi mentukan rawatan yang bakal dilaksanakan. Beliau tidak akan memberitahu penyakit yang
dialami oleh pesakitnya melainkan setelah dirawat dengan teliti dan sempurna.

SEBAGAI AHLI POLITIK

Tun Dr Ismail menceburkan diri dalam bidang politik sejak beliau masih menuntut lagi,dengan bergiat cergas dalam
kegiatan pelajar terutamanya dalam soal kemerdekaan Tanah Air.Justeru apabila kembali ke tanah air setelah tamat belajar
di Australia Tun Dr Ismail telah melibatkan diri secara aktif dalam politik Tanah Melayu. Bermula dengan penglibatannya
dalam Dewan Undangan negeri Johor sehiggalah menjadi Timbalan Perdana Mentari Malaysia.

Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk pertama kalinya Tun Dr Ismail dilantik sebagai
anggota bebas Dewan Undangan Negeri Johor. Bermula dari tahap ini beliau telah memainkan peranan aktif dalam politik
Tanah Melayu.

Kemampuan Tun Dr Ismail sebagi ahli politik dalam pemimpin terbukti apabila beliau telah dilantik
sebagai Mentari dalam Kabinet British melalui Sistem Ahli 1951, ini sebagai langkah keselamatan dan kerjasama dan
memberi pengalaman ahli Perikatan mendapat pengalaman dalam mentadbir kerajaan.

RUNDINGAN MEMBENTUK PERIKATAN UMNO-MCA

Tun Dr Ismail turut memainkan peranan yang penting sebagai Ahli Jawatankuasa yang merundingkan
untuk membentuk satu perikatan antara UMNO dengan MCA bertujuan bagi menghadapi Pilihanraya dan seterusnya
menentukan kemerdekaan daripada British. Dalam Rundingan meja Bulat antara UMNO dan MCA Tun Dr Ismail dilantik
sebagai Naib Yang Dipertua UMNO. Rundingan tersebut telah dilaksanakan beberapa kali dan seterusnya 16 Mac 1953 di
Johor Bharu.

PILIHANRAYA PERSEKUTUAN 1955

Tun Dr Ismail juga turut memainkan peranan penting dalam usaha mendapatkan pilihan raya bagi
Persekutuan Tanah Melayu. Beliau merupakan salah seorang ahli yang mewakili pertubuhan UMNO bagi menuntut
pilihan raya Persekutuan 1954 yang telah diadakan di Johor Bahru pada 11 Ogos 1953. Dalam pilihan raya 1955Tun Dr
Ismail telah memenangi kerusi menunjukkan beliau mempunyai pengaruh yang ramai.

RUNDINGAN-RUNDINGAN KEMERDEKAAN

Selepas memenangi pilihan raya 1955, perikatan telah membuat tuntutan untuk mendapat kemerdekaan
Tanah Melayu. Tun Dr Ismail antara 4 orang mewakili Perikatan yang dihantar ke London. Rombongan tersebut telah
berlepas pada 1 Januari 1956 dan perundingan tersebut telah berlangsung dari 18 Januari hingga 8 februari 1956. Hasil
dari rundingan tersebut tarikh kemerdekaan Tanah Melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

Peranan Tun Dr Ismail lebih jelas lagi dalam mengisi kemerdekaan tersebut. Pengaruh latar keluarga
sebagai pentadbir dan pembesar johor telah menaikkan nama Tun Dr Ismail sebagai seorang pemimpin yang Berjaya.

SUMBANGAN SELEPAS KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Persekutuan Tanah melayu telah diterima menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke-82
serentak dengan kemerdekaan Tanah Melayu. Tun Dr Ismail merupakan Menteri Tak berjawatan yang telah dilantik
sebagai wakil tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu. Beliau juga dilantik sebagai Duta Persekutuan Tanah Melayu
ke Amerika Syarikat.

Dengan pemilihan beliau sebagai ketua Perwakilan dan Duta negara beliau terpaksa menjalankan dua tugas
secara serentak. Tanggungjawab ini telah dilaksanakan dengan baik dan beliau sentiasa mengemukakan idea yang
bernas.Hal ini telah menaikkan imej negara di mata barat dan dan negara-negara asing.

Tun Dr Ismail juga telah dilantik sebagai Menteri keselamatan dalam negeri apabila Kabinet Tunku Abdul
Rahman disusun semula pada Nov 1960.

SUMBANGAN PADA PASUKAN POLIS DAN TENAGA BURUH

Peranan beliau dalam membentuk pasukan Polis Diraja Malaysia tidak kurang pentingnya sehingga digelar sebagai
Arkitek Ulung Polis Diraja Malaysia. Tun Dr Ismail telah memberikan kerjasama dan bimbingan sehingga pasukan polis
menjadi pasukan yang terbaik. Pasukan polis telah mendapat peluang yang ditawarkan oleh negara-negara lain dalam
Rancangan Colombo, dan dianugerahkan Panji-panji di Raja oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1961.

Selain itu Tun dr Ismail juga telah memberi sumbangan terhadap pertubuhan kaum buruh.Lidah rasmi
kongres kesatuan sekerja (MTUC) kaum buruh melahirkan rasa penghargaan atas jasa Tun Dr Ismail menetapkan 1 Mei
sebagai cuti Hari Buruh. Beliau juga telah mengenalkan pas pekerja bagi memastikan rakyat Malaysia diberi
keistimewaan dalam mendapatkan pekerjaan.

GABUNGAN PELAJAR SEMENANJUNG , KETUA AJK PARTI UMNO DAN MAJLIS
KESELAMATAN NEGERI

Tun Dr Ismail juga aktif dalam kegiatan pelajar-pelajar dalam mahupun luar negara.Ini dapat dilihat
melalui tugas beliau sebagai pengerusi Penyiasat kedudukan pelajar Malaya di united kingdom dan Republik Ireland tahun
1960. Beliau juga melibatkan diri dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dalam memberikan idea baru
dan bernas kepada pelajar dalam negeri.

Beliau juga bergiat cergas pada Parti UMNO kawasan Johor,dan telah dilantik sebagai ketua jawatankuasa
Negeri oleh Tunku Abdul Rahman pada Mac 1961.

Tun Dr Ismail juga merupakan anggota Majlis Keselamatan dalam negeri Singapura sebagai wakil
Malaysia.1962 sekali lagi menjadi ketua delegasi negara ke Persidangan Bangsa-bangsa bersatu. Kepimpinan yang
terserlah apabila beliau telah memenangi Pilihanraya kerusi Parlimen kawasan Johor Timur tiga kali berturut-turut dalam

Pilihan raya Persekutuan 1964.

MENTERI KEHAKIMAN DAN TIMBALAN PENGARAH MAGERAN

Tun Dr Ismail telah dilantik sebagai mentari kehakiman dan mentari dalam negeri,dan telah menghadiri

sidang Menteri undang-undang Komanwel di Australia. Beliau juga telah mengahadiri sidang keamanan dunia melalui

undang-undang Washington pada tahun 1965.Buat kali yang ke-3 telah mengetuai delegasi negara ke Persidangan Bangsa-

bangsa Bersatu pada tahun 1964 .

Setelah beliau berundur dari Kabinet atas faktor kesihatan beliau masih lagi ahli Parlimen kawasan

Johor.Beliau juga telah dilantik menjadi Timbalan pengarah MAGERAN(Majlis Gerakan Negara)dan telah berkhidmat

dengan baik walau kesihatannya tidak berapa baik,beliau sanggup berkorban demi membantu Tun Abd razak dalam

menghadapi peristiwa 13 Mei. Beliau kemudian kembali ke kabinet semula kerana khidmtnya amat diperlukan dan

menjadi Timbalan Perdana Menteri, ketua Perhubungan UMNO negeri Johor.Dalam menghadapi kemelesetan dan inflasi

Tun Dr Ismail dapat mengawasi aliran harga barangan dan mengekalkan kestabilan harga bagi tempoh yang panjang.

NILAI KEPIMPINAN TUN DR ISMAIL YANG BOLEH
DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG

 Seorang yang sangat tegas, Tun Dr Ismail tidak akan sekali-kali menggunakan kedudukannya untuk kepentingan
peribadi.

 Seorang pemimpin yang memerangi rasuah.
 Tun Dr Ismail seorang yang amat mementingkan ketepatan masa apabila beliau menjalankan urusan.
 Seorang yang berdisiplin dalam menjalankan tugasnya,menerima pendapat orang lain
 Beliau juga sentiasa dihormati kerana sikapnya tidak memandang darjat.
 Sentiasa mengambil berat hal-hal pekerjanya dan seorang pemimpin yang jujur
 Seorang yang menitikberatkan perpaduan negara,tentang pentingnya rakyat sesebuah negara berfikir bersama-sama

tanpa mengira kaum,agama dan warna kulit.
 Seorang pemimpin yang gigih dan komited dalam menjalankan tugas,walaupun dirinya tidak berapa sihat

KESIMPULAN

Kepimpinan Tun Dr Ismail bin Dato’ Abdul Rahman memang tidak dapat di sangkal lagi. Beliau

telah meninggal dunia pada 2 ogos 1973 dalam usia 57 tahun dan telah dimakamkan di makam Pahlawan. Ibarat Harimau

mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama. Beliau merupakan orang yang berperanan penting dalam

mengukir sejarah politik Johor dan Malaysia. Seorang negarawan yang cukup tegas terutamanya dalam memerangi rasuah.

Segala nilai positif yang ada pada kepimpinan Tun,harus dijadikan panduan dan ikutan kepada pemimpin dan generasi

masa kini.

Beliau juga boleh dikatakan sebagai pemimpin lapisan kedua yang memimpin Johor selepas Dato’ Onn.

Beliau seorang negarawan yang berjasa kepada bangsa dan negara khasnya dalam memberikan sumbangan pemikiran ke

arah negara yang bersatu padu. Beliau pemimpin yang tegas dan berani dan rela mengorbankan kepentingan diri sendiri.

Khidmat baktinya wajar dikenang dan kekal abadi dalam sejarah Malaysia.

LAMPIRAN BERGAMBAR:

Gambar Tun Dr Ismail dengan isteri tercinta,
Tun 2 dari kiri bersama rombongan ke London 1957
Tun Dr Ismail duduk barisan depan 2 dari kanan bersama Tun

Abd razak dan mentari cabinet.

Tun Dr ismail berucap dalam mesyuarat badan pencegah Rasuah
Sultan Johor mengurniakan darjah kebesaran (SPMJ)kepada Tun dr

Ismail

RUJUKAN :

Thajununnisa Mohamed Ibrahim,Tun Dr Ismail Kejora Timur yang
Mengerdip, Utusan Pulication & Distributors Sdn Bhd 2004

Shahirah Mustafa,MyJurnal
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22942/070_087.PDF

Wikipedia Ismail Abd Rahman
https://en.wikipedia.org/wiki/Ismail_Abdul_Rahman


Click to View FlipBook Version