The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohamisa79, 2021-09-08 00:24:27

anyflip meeting sukan bil 1-2021

anyflip meeting sukan bil 1-2021

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN MAJLIS SUKAN DAN PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH
BIL.1/2020

Tarikh : 19 Januari 2020
Hari : Ahad
Masa : 2.00 petang
Tempat . Bilik Mesyuarat, SMK Jitra

KEHADIRAN : - Pengetua SMK Jitra
1. Cg. Suhaimi Bin Haris.,BCK - PK Pentadbiran
2. Cg. Raja Sarifah Binti Raja Ismail - PK Kokurikulum
3. Cg. Harishah Binti Othman - PK Petang
4. Cg. Azizah Binti Osman - GK Kemanusiaan
5. Cg. Siti Hajar Binti Abdullah - GK Bahasa
6. Cg. Salma Binti Hashim - GK Teknik & Vokasional
7. Cg. Shahrizan Bin Lahman - Setiausaha Sukan
8. Cg. Mohamad Hanif Bin Mat Isa - Penolong Setiausaha Sukan
9. Cg. Mohd Rozaimi Bin Mohamad - Bola Baling
10. Cg. Robiyaton Adawiyah Binti Omar - Bola Tampar
11. Cg. Shahroni Binti Ismail - Olahraga / Merentas Desa
12. Cg. Noor Syuhada Binti Yaafar - Bola Jaring.
13. Cg. Nurshilla Binti Md Noor - Bola Jaring
14. Cg. Azizah Binti Othman - Bola Jaring
15. Cg. Ismajuhana binti Che Ismail - Softball
16. Cg. Aida Syafina Binti Shahidan

17. Cg. Wina a/p Asim - Bola Keranjang
18. Cg. Azlin Binti Shahar - Olahraga / Tenpin Bowling / Ragbi
19. Cg. Norhasliza Binti Hashim - Bola Tampar / Gimnastik / Gimrama
20. Cg. Mohamad Nazri Bin Abdullah - Bola Sepak
21. Cg. Shahrul Nizar Bin Nordin - Bola Sepak
22. Cg. Khatijah binti Mohamad Arshad - Hoki
23. Cg. Munirah binti Mokhtar - Bola Tampar

ALUAN PENGERUSI

1. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Cg. Suhaimi bin Haris. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
guru-guru yang dapat hadir pada mesyuarat kali pertama pada tahun ini. Tujuan diadakan mesyuarat kali ini adalah untuk
merancang Program Pembangunan Sukan Sekolah bagi tahun 2020. Selain itu, mesyuarat hari ini juga untuk memperkenalkan
kaedah pembangunan sukan dengan kaedah Grow Model. Pengetua berharap agar pencapaian sukan dan olahraga bagi SMK
Jitra di peringkat Daerah dan juga Negeri setanding dengan pencapaian dari segi akademik.
TINDAKAN : MAKLUMAN

II MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2. Cg. Mohamad Hanif Bin Mat Isa selaku Setiusaha Sukan Sekolah membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Cadangan
pengesahan oleh Cg. Sharoni binti Ismail, dan disokong oleh Cg. Nursyuhada bt. Yaafar.
TINDAKAN : MAKLUMAN

III PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3. Menubuhkan satu pasukan quarter master atau pengawas sukan yang terdiri daripada kalangan pelajar sekolah bagi membantu
guru dalam mengendalikan program dan aktiviti sukan di sekolah.
TINDAKAN : MAKLUMAN

IV LAPORAN DAN POST MORTEM PRESTASI SUKAN SEKOLAH

4. Cg. Mohamad Hanif Bin Mat Isa selaku Setiausaha Sukan membentangkan Laporan & Post Mortem dan Program
Pembangunan Sukan bagi tahun 2019. Guru-guru diberikan satu salinan laporan untuk rujukan.
TINDAKAN : MAKLUMAN

5. Antara laporan Post-Mortem yang dilaporkan oleh Cg. Mohamad Hanif Bin Mat Isa adalah berkaitan dengan:
a) Pencapaian sukan SMK Jitra di peringkat MSSD bagi tahun 2019.
b) Penglibatan guru dan pelajar SMK Jitra di peringkat MSSD, MSSK dan MSSM pada tahun 2019. Berdasarkan maklumat
yang diperolehi dari laporan post-mortem ini, akan digunakan oleh pihak sekolah untuk menentukan pelajar yang layak
menerima anugerah semasa Hari Anugerah.
TINDAKAN : MAKLUMAN

6. Cg. Mohamad Hanif mencadangkan supaya pelajar yang layak untuk menerima anugerah sukan hanyalah mereka yang
mewakili sekolah diperingkat MSSM. Hanya pertandingan sukan dibawah Majlis Sukan Sekolah seperti MSSM, MSSK, MSSD
dan ASG sahaja diambil kira sebagai merit untuk menerima anugerah. Tujuannya adalah untuk memastikan pelajar yang
menerima anugerah tersebut mempunyai kualiti dalam sesuatu sukan.
TINDAKAN : MAKLUMAN

7. Berdasarkan laporan yang dibentangkan, sukan bagi SMK Jitra boleh dikategorikan kepada:
a) Coacher – mempunyai jurulatih dikalangan guru untuk melatih pelajar dalam sukan tertentu seperti bola sepak, bola tampar,
bola jaring, merentas desa, catur, boling tenpin.
b) Helper – sekolah perlu menggunakan khidmat jurulatih luar seperti ragbi, olahraga, bola keranjang
c) Loner – ibu bapa pelajar yang terlibat dalam sesuatu sukan yang menguruskan latihan pelajar untuk menyertai sesuatu
pertandingan sukan seperti squash, golf, gimnastik, memanah, badminton dan ping pong.
TINDAKAN : MAKLUMAN

V PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH

8. Cg. Mohamad Hanif Bin Mat Isa memohon guru-guru memberikan tumpuan bagi meningkatkan pencapaian sukan pada tahun 2020 terutamanya
dalam acara olahraga. Pihak sekolah menetapkan sasaran mendapat sekurang-kurangnya 5 pingat emas bagi acara balapan dan padang pada
tahun ini dan mengekalkan pencapaian yang diperolehi dalam sukan lain pada tahun 2019 yang dipertandingkan di

peringkat MSSD dan peringkat luar.
TINDAKAN : SEMUA JURULATIH SUKAN & PERMAINAN

9. Cg. Mohamad Hanif Bin Mat Isa memaklumkan bahawa terdapat kemasukan beberapa orang pelajar yang mempunyai latar
belakang sukan memanah, oleh itu Cg. Mohamad Hanif Bin Mat Isa mencadangkan agar sekolah SMJ dijadikan sebagai pusat
latihan untuk aktiviti memanah dengan membuat kerjasama dengan pihak UUM.
TINDAKAN : SETIAUSAHA SUKAN

10. Dapat mengekalkan fasiliti sukan yang terbaik di daerah Kubang Pasu seperti padang bola, gelanggang bola tampar,
gelanggang bola keranjang dan gelanggang badminton. Mencadangkan agar kemudahan ini dapat disewakan pada pihak luar
bagi mendapatkan dana untuk tujuan membaik pulih padang dan gelanggang sedia ada.
TINDAKAN : MAKLUMAN

VI KEWANGAN

11. Cg. Mohamad Hanif Bin Mat Isa meminta semua guru mengisi maklumat berkaitan dengan perbelanjaan pasukan yang
bertanding di peringkat MSSD di dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM) yang di sediakan di dalam Google Share. Tujuan
guru-guru diminta untuk mengisi borang ABM adalah untuk memudahkan pihak pengurusan untuk mengagihkan wang
peruntukan bagi setiap unit sukan dan permainan
TINDAKAN : SEMUA JURULATIH SUKAN & PERMAINAN

12. Guru perlu menyediakan kertas kerja kejohanan, Anggaran Belanja Mengurus, Nota minta, senarai nama pelajar dan surat
kejohanan sekiranya mahu membuat tuntutan perbelanjaan pasukan. Guru-guru diminta tidak menyenaraikan yuran
penyertaan di dalam perbelanjaan pengurusan pasukan.
TINDAKAN : SEMUA JURULATIH SUKAN & PERMAINAN

13. Cg. Muhamad Nazri Bin Abdullah meminta dipertimbangkan untuk menaikkan belanja makan dari RM5 ke RM7 atau RM8 bagi
sukan tertentu yang bertanding dari waktu pagi sehingga waktu petang.

TINDAKAN : MAKLUMAN

14. Maklumat dari pihak PPD, memohon pada semua guru yang membawa pelajar semasa pertandingan supaya tidak membuat
tuntutan resit pada urusetia pengelola kerana urusetia pengelola kejohanan tidak lagi mengeluarkan resit untuk tuntutan
pembayaran kecuali pembayaran dibuat menggunakan LO.

TINDAKAN : SEMUA JURULATIH SUKAN & PERMAINAN

VII HAL-HAL LAIN

15. Pengetua – sukan-sukan elit seperti Bola Tampar dan Bola Sepak boleh cuba mencari individu perseorangan atau syarikat
untuk menaja pasukan sekolah dalam mana-mana pertandingan diperingkat daerah, negeri atau kebangsaan.

TINDAKAN : SEMUA JURULATIH SUKAN & PERMAINAN

16. Pengetua mahu memulakan program pembangunan sukan untuk tiga tahun bermula dari tahun 2020 hingga tahun 2022. Setiap
pengurus pasukan, jurulatih, guru pembimbing bagi sukan dan permainan akan menghadiri bengkel yang menggunakan Model
Grow bagi merancang projek pembangunan untuk tiga tahun.
TINDAKAN : SEMUA JURULATIH SUKAN & PERMAINAN

17. Membuat kerjasama dengan pihak luar yang dapat memberikan manafaat kepada sekolah dan pelajar SMK Jitra. Contohnya
sekolah mendapat manfaat dari segi kejurulatihan, peralatan sukan dan tempat untuk membuat latihan.
TINDAKAN : MAKLUMAN

18. Pengetua meminta guru-guru yang terlibat dalam mana-mana sukan perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam
memajukan sukan dari segi pengurusan pertandingan dalam kejohanan, menguruskan atlet, menguruskan peralatan,
penyusunan jadual latihan dan projek pembangunan sukanserta boleh berkorban masa dan tenaga.

TINDAKAN : SEMUA JURULATIH SUKAN & PERMAINAN

19. Cikgu Azlin meminta persetujuaan dari cikgu shahrul untuk menggunakan padang pada waktu petang setiap hari Sabtu
sehingga kejohanan Ragbi MSSD yang dijadualkan pada hujung bulan Februari. Pengetua minta kedua-dua pengurus/jurulatih
pasukan ragbi dan bola sepak dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengelakkan pertindihan penggunaan
padang bola untuk latihan .
TINDAKAN : CIKGU AZLIN & CIKGU SHAHRUL

20. Cikgu Shahrizan bin Lahman memohon guru-guru dapat memberikan kerjasama dengan memberikan kelonggaran kepada
beberapa orang pelajar yang terlibat dalam beberapa sukan untuk menghadiri latihan sukan. Hal ini disebabkan kerana jadual
kejohanan sukan pada bulan Februari tahun ini yang begitu padat bermula dengan sukan bola tampar, sofbol, bola jaring,
olahraga dan ragbi.
TINDAKAN : SEMUA JURULATIH SUKAN & PERMAINAN

21. Cikgu Azizah Binti Osman, meminta penjelasan dari pengetua berkenaan jumlah hari yang dibenarkan untuk pelajar sesi petang
menghadiri latihan pada sebelah petang. Pengetua membenarkan pelajar petang untuk menghadiri latihan pusat pada sebelah
bermula jam 5.00 petang sebanyak 3 hari latihan sebelum kejohanan berlangsung.
TINDAKAN : MAKLUMAN

22. Cikgu Shahrul Nizar bin Nordin menyuarakan beberapa pandangan dalam mesyuarat antaranya:

i. Meminta pihak pentadbiran dapat memberikan kerjasama kepada guru-guru semasa menjalankan tugas berkaitan
dengan sukan supaya guru-guru dapat memberikan sumbangan yang terbaik utk pelajar dan sekolah.

ii. Pengurusan pasukan bola sepak telah lama menggunakan kaedah penajaan untuk pasukan bola sepak, Cikgu Shahrul
juga meminta urusan berkaitan keluar masuk duit penajaan dalam akaun sekolah dapat dimudahkan dan tidak di audit
serta pihak penaja diberikan Anugerah Sumbangsih semasa Majlis Anugerah Gemilang.

iii. Mengucapkan ribuan terima kasih pada perkhidmatan bas yang membantu pasukan bola sepak dari sudut
pengangkutan.

iv. Memohon pihak sekolah dapat memberikan sokongan kepada pelajar yang telah memberikan sumbangan dalam bidang
kokurikulum dengan menghargai jasa mereka dengan cara membantu dalam akademik.

TINDAKAN : MAKLUMAN

23. Cikgu Muhammad Hanif bin Mat Isa mencadangkan agar duit sumbangan dari pihak penaja boleh dimasukkan ke dalam akaun
PIBG, tidak perlu menggunakan akaun sekolah untuk mengelakkan dari di audit.

TINDAKAN : MAKLUMAN

24. Pengetua berharap setiap guru penasihat, jurulatih atau pengurus pasukan dapat mengadakan satu sesi di antara peserta atau
atlet dengan pengetua sebelum menyertai pertandingan peringkat daerah, bagi tujuan untuk memberikan sokongan dan
dorongan kepada peserta.
TINDAKAN : SEMUA JURULATIH SUKAN & PERMAINAN

25. Cikgu Muhammad Hanif bin Mat Isa meminta semua guru penasihat atau pengurus pasukan untuk mengisi borang laporan
pencapaian aktiviti sukan di dalam Google Drive setiap kali tamat sesuatu kejohanan sukan. Tujuannya untuk memudahkan
pihak pemgurusan kokurikulum untuk mengenal pasti pelajar- pelajar yang layak mendapat Anugerah Sukan.
TINDAKAN : SEMUA JURULATIH SUKAN & PERMAINAN

26. Cikgu Muhammad Hanif bin Mat Isa memohon agar Pengetua memberikan satu tarikh untuk mengadakan gotong royong di
padang sekolah. Pasukan bola sepak, ragbi dan sofbol diminta untuk hadir bagi membaik pulih keadaan padang yang berlopak.
TINDAKAN : MAKLUMAN

27. Cikgu Muhammad Hanif bin Mat Isa memohon kerjasama guru-guru supaya dapat menasihati pelajaruntuk tidak meletakkan
motosikal di pavilion.
TINDAKAN : SEMUA JURULATIH SUKAN & PERMAINAN

28. Jersi pasukan sofbol, bola baling dan hoki telah siap dan boleh digunakan oleh pasukan tersebut semasa MSSD. Guru perlu
pastikan jersi tersebut dipulangkan semula di bilik sukan untuk simpanan.
TINDAKAN : MAKLUMAN

29. Cikgu Nurain bercadang untuk membuat mural untuk sukan di bangunan Firus dan mengubah suai lampu-lampu jalan yang
tidak digunakan kepada bentuk bola dan beliau memohon sumbangan dari pihak sekolah untuk program tersebut.
TINDAKAN : MAKLUMAN

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.21 petang dan disudahkan dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-‘Asr.
Disediakan oleh,

__________________________
MOHAMAD HANIF BIN MAT ISA
Setiausaha Sukan
Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra



LAPORAN MAKLUM BALAS STATUS PELAKSANAAN KEPUTUSAN MESYUARAT

TAJUK : MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN MAJLIS SUKAN DAN PEMBANGUNAN SUKAN
Tarikh SEKOLAH BIL.1/2020

: 19 Januari 2020

Hari : Ahad
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Jitra

Bil. Rujukan Perkara Tindakan Status Pelaksanaan Catatan
Minit SU Sukan Dalam perbincangan

1. Agenda III Menubuhkan satu pasukan quarter master atau
pengawas sukan yang terdiri daripada kalangan

No. 3 pelajar sekolah bagi membantu guru dalam
mengendalikan program dan aktiviti sukan di

sekolah.

2. Agenda V Cg. Mohamad Hanif Bin Mat Isa memaklumkan SU Sukan Dalam perbincangan
bahawa terdapat kemasukan beberapa orang dengan Unit Pembangunan
Sukan UUM
No. 9 pelajar dari sukan memanah, oleh itu Cg.
Mohamad Hanif Bin Mat Isa mencadangkan agar
sekolah SMK Jitra dijadikan sebagai pusat latihan
untuk aktiviti memanah dengan membuat
kerjasama dengan pihak UUM.

3. Agenda VII: Pengetua mahu memulakan program PK Kokurikulum Maklumat berkaitan telah

pembangunan sukan untuk tiga tahun bermula dari disebarkan di kursus
No.16 tahun 2020 hingga tahun 2022. Setiap pengurus
dalam telegram

pasukan, jurulatih, guru pembimbing bagi sukan

dan permainan akan menghadiri bengkel yang

menggunakan Model Grow bagi merancang

projek pembangunan untuk tiga tahun.

4. Agenda VII: Cikgu Nurain bercadang untuk membuat mural SU Sukan & PK Dalam perbincangan

untuk sukan di bangunan Firus dan mengubah suai Kokurikulum

lampu-lampu jalan yang tidak digunakan kepada

bentuk bola dan beliau memohon sumbangan

dari pihak sekolah untuk program tersebut.













KEJOHANAN SUKAN TAHUN 2021

JADUAL PERLASANAAN SUKAN

Pertandingan Kemahiran Sukan MSSM Secara Dalam Talian di peringkat kebangsaan akan dilaksanakan mulai bulan September
sehingga Oktober 2021 mengikut sukan dan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian seperti ketetapan berikut:

i. 1 hingga 14 Ogos 2021
Pertandingan Kemahiran Sukan Secara Dalam Talian Peringkat Sekolah

ii. 22 Ogos hingga 4 September 2021
Pertandingan Kemahiran Sukan Secara Dalam Talian Peringkat MSSD

iii. 12 hingga 25 September 2021
Pertandingan Kemahiran Sukan Secara DalamTalian Peringkat MSSN

iv. 3 hingga 16 Oktober 2021
Pertandingan Kemahiran Sukan Secara Dalam Talian Peringkat MSSM

JENIS SUKAN
Pertandingan Kemahiran Sukan Peringkat MSSD, MSSK dan MSSM Secara Dalam Talian melibatkan kesemua 24 sukan iaitu:

1. Akuatik 8. Boling Tenpin 15. Memanah 22. Skuasy
2. Badminton 9. Catur 16. Merentas Desa 23. Sofbol
3. Bola Baling 10. Gimnastik Artistik 17. Olahraga 24. Tenis
4. Bola Jaring 11, Gimrama 18. Pelayaran
5. Bola Keranjang 12. Golf 19. Ping Pong
6. Bola Sepak 13. Hoki 20. Ragbi
7. Bola Tampar 14. Kriket 21. Sepak Takraw

SUKAN ELIT SMK JITRA 9. Catur 17. Olahraga
1. Akuatik 10 E-Sukan 18. Ping Pong
2. Badminton 11. Gimnastik Artistik 19. Ragbi
3. Bola Baling 12, Gimrama 20. Sofbol
4. Bola Jaring 13. Golf 21. Tenis
5. Bola Keranjang 14. Hoki
6. Bola Sepak 15. Memanah
7. Bola Tampar 16. Merentas Desa
8. Boling Tenpin

KEMAHIRAN YANG DIPERTANDINGKAN MENGIKUT SUKAN DI PERINGKAT MSSD, MSSK & MSSM

BIL SUKAN BILANGAN JENIS KEMAHIRAN YANG DI PERTANDINGKAN
1. Akuatik KEMAHIRAN
2. Badminton
3. Bola Baling 5 1. Half squat
4. Bola Jaring 2. Diver push-up
3. Leg raise
5. Bola Keranjang 4. Sit-up
6. Bola Sepak 5. Burpee

5 1. Kemahiran Netplay
2. Kemahiran Net Lifting
3. Kemahiran Pukulan Drive
4. Kemahiran Pukulan Backhand
5. Kemahiran Pukulan Smash

3 1. Menggelecek Dinamik
2. Mengacah
3. Menjaring

8 Bawah 15 dan 18 Tahun:
1. Cross Run & Backwards
2. Round Under Knees
3. Chest Pass
4. Varities Of Run
5. Shoulder Pass
6. Controlling Ball With 1 Hand
7. Fast Feet & Catch
8. Footwork (Landing)

8 1. 5 High, 5 Low Right Hand Dribble
2. 5 High, 5 Low Left-Hand Dribble

2 1. Pertandingan Kemahiran Kreatif Bola Sepak Individu
2. Pertandingan Kemahiran Menimbang Bola Sepak Individu

7. Bola Tampar 3 1. Menyangga
2. Mengumpan
3. Gabungan

8. Boling Tenpin 3 1. One-step Drill
2. Five (5) Steps / Four (4) Steps footwork/approach
3. Ulasan berkenaan kedua-dua rutin

9. Catur Kejohanan sebenar

10. E-Sukan Kejohanan sebenar

11. Gimnastik Artistik 1 1. Senaman Lantai

12. Gimrama 4 2. Freehand
3. Gelung
4. Bola
5. Belantan

13. Golf 3 1. Putting
2. Juggling (Timbang Bola)
3. Driving

14. Hoki 3 1. Mengelecek Slalom
2. Ketangkasan mengelecek
3. Jinking

15. Memanah 2 1. Basic Bow Recurve
2. Advanced Bow Recurve

16. Merentas Desa 1 1. Larian menggunakan aplikasi larian

17. Olahraga 3 1. Standing Broad Jump
2. Sargent Jump
3. Standing Triple Jump

18. Ping Pong 3 1. Kemahiran Pukulan ‘Forehand’ dan ‘Backhand’ Secara
19. Ragbi Berselang Seli
20. Sofbol
21. Tenis 2. Kemahiran Servis Pendek
3. Kemahiran Servis Bersasaran

5 1. Larian Zig Zag
2. Handling Grip Mobility
3. Round The Waist & Rotate
4. Figure of 8
5. Pitta Patta

3 1. Memukul (Batting)
2. Menampan (Bunting)
3. Baling dan Tangkap (Throwing and Catching)

1 1. Kemahiran menimbang bola secara berterusan gaya bebas
(Sukan Tenis Gaya Bebas)

PELAPORAN PENCAPAIAN SUKAN & PERMAINAN SMK JITRA TAHUN 2021
Menggunakan aplikasi “GoogleForm”

RUMUSAN PELAPORAN
Guru-guru yang mengisi “googleform” ini akan menerima rumusan pelaporan dalam bentuk PDF melalui email yang guru berkenaan
isi.

 Jika berlaku kesilapan, guru
berkenaan perlulah maklum kepada
saya untuk saya ubah data yang
dimasukkan oleh guru-guru.

 Selepas itu saya akan menghantar
rumusan pelaporan kepada guru-
guru dalam bentuk PDF melalui
aplikasi whatsup, telegram atau
email.




Click to View FlipBook Version