44 - Fungsi Pakaian ❖ Sama seperti Uniform BSMM No.3 Kadet Lelaki Pakaian Kerja - Aksesori Pakaian
45 • Susunan Pemakaian Lencana Kecekapan Kadet Nota: Jenis lencana kecekapan tidak mempunyai sebarang pengaturan. Susunan keutamaan bergantung kepada lencana kecekapan yang diperoleh terdahulu • Susunan Pemakaian Lencana pada Lengan untuk Kadet
46 • Uniform BSMM No.4 Kadet Lelaki Pakaian Kawalan Kehormat Atau Perbarisan - Fungsi Pakaian ❖ Penggunaan pakaian seragam ini hendaklah dipakai semasa menjalankan tugas tertentu yang tidak membentuk sebarang operasi atau latihan fizikal. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: ✓ Platun pengawal kehormatan untuk perarakan khas; ✓ Kawalan kehormat semasa sebarang majlis atau acara rasmi yang memberi penghormatan dan mengalu-alukan VIP; ✓ Mana-mana peringkat pertandingan kawad kaki; ✓ Sebarang perarakan atau upacara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan - Aksesori Pakaian
47 • Uniform BSMM No.4 Kadet Perempuan Pakaian Kawalan Kehormat Atau Perbarisan - Fungsi Pakaian ❖ Sama seperti Uniform BSMM No.4 Kadet Lelaki Pakaian Kawalan Kehormat Atau Perbarisan
48 - Aksesori Pakaian • Uniform Mufti BSMM Pemuda Lelaki dan Perempuan Pakaian Mufti - Fungsi Pakaian ❖ Penggunaan baju kemeja Polo dan uniform ini hendaklah dipakai oleh Ahli Muda (10 – 12 tahun) untuk aktiviti harian mereka semasa menjalankan sebarang operasi, perkhidmatan atau acara mengikut 7 Prinsip Asas. Ia juga boleh dipakai seperti yang diarahkan atau untuk latihan simulasi. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: ✓ Pakaian harian sekolah untuk aktiviti kokurikulum. ✓ Latihan berkala mengenai lencana kemahiran atau bidang khusus junior belia relatif.
49 ✓ Tugas pertolongan cemas. ✓ Aktiviti perkhemahan. ✓ Aktiviti mengumpul dana. ✓ Menerima lawatan pertukaran antarabangsa daripada rakan Persatuan Kebangsaan. ✓ Latihan, bengkel, forum anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia. ✓ Sambutan, perhimpunan atau pameran dalam mempromosikan karya Bulan Sabit Merah Malaysia. ✓ Sebarang acara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. - Aksesori Pakaian - Pengesyoran
50 • Susunan Pemakaian Lencana Kecekapan Muda Nota: Jenis lencana kecekapan tidak mempunyai sebarang pengaturan. Susunan keutamaan bergantung kepada lencana kecekapan yang diperoleh terdahulu • Uniform Mufti BSMM Ahli Belia & Kadet Lelaki dan Perempuan Pakaian Mufti
51 - Fungsi Pakaian ❖ Penggunaan baju kemeja Polo ini hendaklah dipakai oleh Sukarelawan Belia (antara 18 – 30 tahun) semasa menjalankan sebarang operasi, perkhidmatan atau acara mengikut 7 Prinsip Asas. Ia juga boleh dipakai seperti yang diarahkan atau untuk latihan simulasi. Acara yang memerlukan penggunaan pakaian seragam ini adalah seperti berikut: ✓ Bertugas semasa sebarang peristiwa tindak balas bencana. ✓ Latihan berkala untuk kakitangan dan sukarelawan mengenai tindak balas bencana atau bidang khusus yang relatif. ✓ Aktiviti perkhemahan. ✓ Aktiviti mengumpul dana. ✓ Menerima lawatan pertukaran antarabangsa daripada rakan Persatuan Kebangsaan. ✓ Latihan, bengkel, forum anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia. ✓ Sambutan, perhimpunan atau pameran dalam mempromosikan karya Bulan Sabit Merah Malaysia. ✓ Sebarang acara lain yang mewajarkan penggunaan pakaian seragam ini seperti yang diarahkan. - Aksesori Pakaian - Pengesyoran
52 2.7 Perlantikan Jawantankuasa Unit • Terdapat banyak persatuan yang ditubuhkan di Malaysia. Setiap satunya berbeza cara penubuhannya mungkin kerana terikat dengan perlembagaan. Terdapat dua cara perlantikan jawatankuasa bagi sesuatu persatuan iaitu: • i. Mesyuarat Agong - Semua ahli berhak membuat pencalonan, memilih dan melantik sesiapa sahaja di kalangan ahli menjadi Jawankuasa. - Jawatan yang di pertandingkan antaranya ialah Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan jawatankuasa kerja. - Pemilihan dibuat secara mengangkat tangan atau undi rahsia dengan menggunakan kertas. • ii.Perlantikan oleh penasihat - Perlantikan dibuat melalui perbincangan dengan ahli atau ujian tertentu terutamanya untuk pasukan beruniform. - Ia berbeza kerana perlantikan melalui penasihat mengikut kepada kebolehan seseorang ahli yang tertinggi berbanding dengan ahli yang lain. - Carta organisasi untuk perlantikan oleh penasihat juga berbeza daripada perlantikan ahli jawatankuasa melalui mesyuarat agong. - Ia bergantung kepada keperluan sesuatu pasukan. • Biasanya, jawatankuasa akan dibentuk mengikut carta organisasi seperti berikut;
53 2.8 Pengurusan badan beruniform secara sistematik • Struktur unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di sekolah rendah dan sekolah menengah diterajui oleh Guru Besar/ Pengetua selaku Penaung lalu diikuti oleh Penolong kanan kokurikulum (PK.KOKU) dan Guru Penasihat. • Struktur unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di Institut Pendidikan Guru (IPG) diterajui oleh Pengarah selaku Penaung lalu diikuti oleh Ketua Jabatan/ Ketua Unit Kokurikulum dan Guru Penasihat. • Hierarki ini diteruskan dengan Pengerusi dan Naib Pengerusi daripada kalangan pelajar. • Struktur dan organisasi in juga dilengkapkan dengan jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari, Komander, Kuarter Master dan Ketua Patrol/Biro
54 Jawatan Bidang tugas Penasihat • Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan. Pengerusi • Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankusa Kerja atau Mesyuarat Agong. • Mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja. • Merancang, malaksana dan menyelia aktiviti persatuan • Membuat kertas kerja dan berbincang dengan pentadbir • Mencari inisiatif untuk memantapkan lagi persatuan Naib Pengerusi • Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir persatuan. • Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi apabila ketiadaan pengerusi. • Menjalakan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan Setiausaha • Menyimpan pendaftaran ahli. • Membuat urusan surat–menyurat dengan pihak luar, pentadbir institusi pendidikan atau ahli persatuan. • Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis mesyuarat. • Berkerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. • Merekod kegiatan gerak kerja kokurikulum. Bendahari • Menyimpan rekod dan stok harta persatuan. • Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli. • Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. • Menyimpan dan menyiapkan penyata kira – kira persatuan. • Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan persatuan. Ketua Patrol/ Ketua Biro • Mengetuai satu kumpulan kecil bagi melaksanakan sesuatu tugas yang ditetapkan mengikut biro, bahagian atau patrol. • Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang telah ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan. Carta Organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia IPGKPT 2023/2024 Penaung : Dr. Hanani Binti Harun Rasit Penolng Kanan Kokurikulum : Dr. Shamsharizal Bin Abd. Aziz Setiausaha kokurikulum : Pn. Che Rohani Binti Che Aziz Pengerusi : En. Lee Xin Yi
55
56 3.0 Sejarah Pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit Merah 3.1 Sejarah 3.2 Prinsip-prinsip asas bulan sabit merah 3.3 Struktur dan organisasi pertubuhan palang merah/bulan sabit merah antarabangsa 3.4 Struktur dan organisasi pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 3.5 Undang-undang kemanusiaan antarabangsa 3.6 Pembangunan konvensyen - konvensyen Geneva 3.7 Protokol-protokol tambahan 3.8 Tanggungjawab negara-negara. 3.9 Konvensyen-konvensyen Hague 3.10 Lambang/emblem 3.11 Pengenalan/indikatif & perlindungan dengan penggunaan lambang dan signifikannya 3.12 Undang-undang asas konvensyen
57 3.1 Sejarah • Pengasas Palang Merah Palang Merah ditubuhkan oleh Jean Henry Dunant, yang dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Ayahnya merupakan seorang usahawan berpengaruh di Geneva, dan ibunya adalah seorang wanita yang lemah lembut dan teguh dalam kepercayaan agama. Jean mencontohi tingkah laku ibunya, walaupun dibesarkan dalam kemewahan. Meskipun demikian, dia dididik dengan disiplin dan memiliki disiplin dalam keimanan. Jean sangat menitikberatkan nilai kepercayaan dan moral yang tinggi, dan masa remajanya diisi dengan penyertaan dalam pelbagai gerakan serta aktiviti keagamaan dan kemanusiaan. Jean Henry Dunant Antara pergerakan yang disertai oleh Jean ialah Kesatuan Kristian dan Yahudi dan League of Alms yang bertujuan untuk membantu golongan miskin, sakit dan menderita. Dia juga sering melakukan lawatan ke penjara untuk memulihkan banduan. Pergerakan yang paling diminati Jean ialah Kesatuan Pemuda-pemuda Kristian (YMCU) yang pada masa itu aktif di Switzerland, Perancis dan Belgium. Pada masa yang sama, kesatuan ini juga terdapat di England bergabung untuk membentuk Kesatuan Sedunia. Cadangan penggabungan ini dicetuskan oleh Jean Henry sendiri. Semasa berumur 21 tahun, Jean Henry bekerja sambil belajar di sebuah bank di Geneva. Tujuannya adalah untuk mempelajari selok-belok perbankan sehingga dilantik menjadi Pengurus Besar di sebuah bank di Algeria. Kemudian, beliau meletakkan jawatan kerana ingin melibatkan diri dalam perniagan. Perniagaan yang diusahakan Jean Henry berjaya dan beliau mendapat banyak keuntungan. Walau bagaimanapun, Peperangan Solferino mengubah perjalanan hidupnya.
58 • Peperangan Solferino Pada Jun 1859, ketika berumur 31 tahun, Jean Henry pergi ke Castiglionedelta Pieve di utara Itali. Ketika itu, Peperangan Solferino sedang berlangsung tidak jauh dari situ. Peperangan itu berlaku antara tentera Austria dengan gabungan tentera Perancis dan Sardinia. Selepas berlangsung peperangan berlangsung selama 16 jam, medan perang dipenuhi dengan 40000 askar yang terkorban dan cedera. Kenangan pahit di Solferino meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada Jean Henry. Apabila kembali ke Switzerland, beliau mula memikirkan cara-cara mengelakkan penderitaan dalam peperangan. Pengalamannya di Solferino ditulis dalam sebuah buku yang diberi judul 'A Memory of Solferino'. Jean Henry memperuntukkan masa selama tiga tahun menulis buku itu dan diterbitkan pada November 1862. Buku itu telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di Eropah bagi menyedarkan mereka penderitaan mangsa peperangan tidak kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat. Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua- ketua kerajaan dan mahu merealisasikan dua cadangan Jean Henry, iaitu: Inisiatif Jean Henry 1.Membantu tentera yang cedera dan sakit. 2. Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa peperangan. 3.Menjadikan rumah dan gereja berdekatan sebagai hospital sementara. 4. Meminta pertolongan penduduk setempat agar memberi pertolongan cemas tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit. 5.Menggunakan kempen dan slogan Tutti fratelli" (Kitakan bersaudara). Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar Castiglione delle Stiviere.
59 - Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan. - Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera daripada mana- mana pasukan hendaklah dibantu. • Sejarah Penubuhan Jawatankuasa Berlima - Pada tahun 1863, sebuah jawatankuasa dinamakan Persatuan Kebajikan Awam Geneva atau dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima telah ditubuhkan yang terdiri daripada Gustava Moynier, Dr. Maunior, Dr. Louis Appia, General Dufour dan Henry Dunant. Matlamat jawatankuasa ini berfokuskan untuk merangka peraturan-peraturan bagi pelaksanaan dan mempraktikkan cadangan-cadangan yang terkandung dalam buku 'A Memory of Solferino'. - Pada 26 hingga 29 Oktober 1863, satu Konvensyen Antarabangsa telah diadakan di Geneva yang dihadiri oleh perwakilan dari 16 buah negara. Di akhir konvensyen ini, para perwakilan telah menerima dan bersetuju melaksanakan sebanyak 10 resolusi dan tiga cadangan untuk merasmikan penubuhan Persatuan Palang Merah. Keputusan Konvensyen Antarabangsa yang Pertama yang dihadiri oleh 16 buah negara telah memberi peruntukan seperti berikut: ❖ Setiap negara perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan yang boleh membantu ❖ Perkhidmatan Perubatan Tentera di masa peperangan. • Ambulan, hospital tentera dan kakitangan perubatan adalah dilindungi semasa peperangan. ❖ Mengesahkan satu jenis lambang yang seragam, iaitu gelangan tangan dengan lambang palang merah yang berlatarbelakangkan putih.
60 • Konvesyen Geneva Jawatankuasa Berlima kemudiannya menjemput beberapa negara untuk mengadakan persidangan diplomatik pada tahun 1864. Tujuan persidangan itu adalah untuk mencapai konvensyen pertama mengenai undang-undang peperangan seperti yang dicadangkan oleh Jean Henry. Ini adalah persidangan diplomatik pertama. Konvensyen yang dibuat, yang juga dikenali sebagai Konvensyen Geneva Pertama, dinamakan Geneva Convention for the Amelioration of the Condition of the Wounded Armies in the Field. Ia mengandungi sepuluh artikel. Konvensyen Geneva Pertama pada tahun 1864 adalah peristiwa penting dalam sejarah kemanusiaan kerana ia membantu anggota tentera yang sakit dan cedera di medan perang. Walau bagaimanapun, peperangan dan undang-undang dianggap tidak boleh dilaksanakan serentak kerana kedua-duanya mempunyai tujuan yang dianggap bertentangan. Tetapi Jean Henry Dunant, pengasas Persatuan Palang Merah, berpendapat bahawa undang-undang tetap boleh digunakan semasa peperangan dan boleh memberi perlindungan sewajarnya kepada mangsa yang tidak berdaya untuk berperang. Secara keseluruhan, empat Konvensyen Geneva ialah: - Konvensyen Geneva Pertama (1864) - Konvensyen Geneva Kedua (1899) - Konvensyen Geneva Ketiga (1929) - Konvensyen Geneva Keempat (1949
61 • Tempoh Sengsara Jean terlalu fokus pada jawatankuasa baharu dan mengabaikan perniagaannya, menyebabkan syarikatnya di Algeria bankrap, seperti firma kewangan Cridit Genevois akibat skandal. Mahkamah Perdagangan Geneva mengisytiharkan muflisnya pada 17 Ogos 1868 atas tuduhan penipuan. Oleh itu, masyarakat Calvinist ingin dia dibuang. Pada 25 Ogos 1867, Jean meletakkan jawatan sebagai Setiausaha, dan pada 8 September 1867, dia meletakkan jawatannya sebagai ahli Jawatankuasa Kesatuan Kuning. Nama baru diberikan kepada ICRC, yang merupakan Jawatankuasa Antarabangsa untuk Membantu Orang yang Luka-luka Semasa Perang. Sejak itu, Gustave Moynier memainkan peranan penting dalam ICRC dan menggantikan Jean Henry sebagai presiden. Gustave Moynier Pada Februari 1868, ibu Jean Henry meninggal dunia. Pada 1868 juga Jean Henry disingkir dari YMCA kerana muflis. Pada 1867, Jean Henry meninggalkan Geneva dan enggan kembali lagi. Gustave Moynier pula merancang agar semua wang insurans tidak diserahkan kepada Jean Henry. Malah, cenderahati 'Sciences Morales' daripada Festival Paris Sedunia tidak diberi kepadanya, sebaliknya diserahkan kepada Gustave Moynier dan Dufour serta wang diserahkan kepada Majlis. Napoleon III setuju membayar separuh hutang-hutang Jean Henry jika kawan-kawannya membayar yang lain. Tetapi usaha ini juga dihalang oleh Moynier. Napoleon III Jean Henry tinggal di Perancis. Walau bagaimanapun, beliau terus mengambil bahagian dalam usaha kemanusiaan dan organisasi sukarela. Jean Henry menubuhkan Persatuan Bantuan Bersama (Common Relief Society) dan Perikatan Bersama untuk Tamadun dan Pemerintahan semasa Peperangan Perancis-Rusia (1870-1871). Beliau mencadangkan perlucutan senjata dan penubuhan mahkamah antarabangsa untuk menyelesaikan konflik antarabangsa. Selain itu, beliau menyokong pembentukan negara Yahudi di Palestin. Selepas itu, dia bekerja di perpustakaan. Apabila dia mengabaikan kehidupan peribadinya dan tidak mempunyai sumber pendapatan, Jean Henry masih hidup dalam kesusahan dan hutang. Baik rakan baik dan musuh menjauhkan diri. Dia telah dilantik sebagai ahli kehormat Persatuan
62 Palang Merah Austria, Belanda, Sweden, Rusia dan Sepanyol, tetapi dia telah menjadi semakin dibuang. Dia telah tinggal di Stuttgart, Rome, Corfu, Basel, dan Karlsruhe. Beliau bertemu dengan Rudolf Muller di Universiti Tubingen, Jerman, di Stuttgart. Beliau kembali ke Heiden, kampung halamannya di Geneva, pada 1881, dengan bantuan rakannya. Peperangan Perancis-Rusia (1870-1871) Jean Henry pergi ke London pada 1887 dan menerima bantuan kewangan daripada banyak orang. Pada Julai 1887, dia kembali ke Heiden. Di hospital Dr. Hermann Altherr pada 30 April 1892, dia jatuh sakit. Jean Henry bertemu Wilhelm Sonderegger, seorang guru muda, dan isterinya, Susanna di Heiden. Cawangan Palang Merah Heiden diasaskan oleh mereka. Beliau berhasrat untuk meneruskan visi kemanusiaannya apabila dia menjadi Presiden Kehormat pada tahun 1890. Walau bagaimanapun, Gustave Moynier terus memusuhinya. George Baumberger, editor Die Ostschweiz di St. Petersburg, pada September 1895 Gallen menulis rencana tentang pengasas Palang Merah dan menemu bual Jean Henry di Heiden. Akhirnya, Jean Henry menerima banyak pingat, termasuk pingat Pope Leo XIII dan Swiss Binet-Fendt. Beliau juga menerima sokongan Tzar Rusia, Maria Feodorovna. Selepas itu, beliau telah menerima banyak sumbangan dan wang derma. Pada 1901, Henry Dunant menerima Hadiah Keamanan Nobel atas jasanya menubuhkan Palang Merah Antarabangsa dan memulakan Konvensyen Geneva. Moynier turut dicadang untuk menerima anugerah tersebut.
63 • Kematian Jean henry Dunant Jean Henry Dunant menerima ijazah doktor kehormat pada tahun 1903 selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Heidelberg, Jerman. Beliau kemudiannya dirawat di hospital sehingga dia meninggal dunia pada 30 Oktober 1910. Akibat kemelesetan dan kritikan Moynier, beliau mengalami tekanan perasaan pada akhir hayatnya. Universiti Heidelberg, Jerman Gustave Moynier dan Henry Dunant tidak pernah mencapai persetujuan. Di perkuburan Sihlfeld Zurich, Switzerland, Jean Henry dikebumikan tanpa upacara. Beliau berhasrat untuk menyumbang wang kepada rumah kebajikan Heiden, pertubuhan kebajikan di Norway dan Switzerland, dalam wasiatnya. Selain itu, beliau mahu wang itu dikembalikan kepada pemiutang. Hari lahirya pada 8 Mei diisytihar sebagai Hari Bulan Sabit Merah/Palang Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Genevadan dan pelbagai tempat di serata dunia dinamakan sempena nama Henry Dunant. Hari Palang Merah Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh IRCR kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja-kerja kemanusiaan. Malah, filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau. filem Henry Dunant Muzium Henry Dunant
64 • Sejarah Pertubuhan BSMM Logo BSMM Tahun Peristiwa 1948 • Ditubuhkan sebagai sebuah Negeri Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak 1957 • Cawangan-cawangan Negeri BSMM di Semenanjung Tanah Melayu telah dianjurkan sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Ini kemudiannya diperbadankan secara berkanun oleh Akta Persatuan Palang Merah (Pemerbadanan) Persekutuan Tanah Melayu 1962. 4 Julai 1963 • BSMM menerima pengiktirafan rasmi sebagai Persatuan Kebangsaan bebas daripada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) 24 Ogos 1963 • Ia telah diterima sebagai ahli Liga Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa 16 September 1963 • Dengan pembentukan Persekutuan Malaysia, Akta untuk menggabungkan Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu dan cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak di bawah nama 'Persatuan Palang Merah Malaysia' telah diluluskan oleh Parlimen melalui Malaysia. Akta Persatuan Palang Merah (Pemerbadanan) 1965 1975 • Parlimen Malaysia meluluskan Akta Persatuan Palang Merah Malaysia 1975, menukar nama pertubuhan itu kepada nama semasanya, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS)
65 1995 • Akta telah disemak dan dikemas kini serta dirujuk sebagai Akta 540 pada hari ini Kini • BSMM adalah salah satu daripada 191 Pertubuhan Kebangsaan yang menjadi ahli Persekutuan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, yang bersama-sama dengan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) merupakan komponen Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (Pergerakan). 3.2 Prinsip-prinsip Asas Bulan Sabit Merah Prinsip Huraian Kemanusiaan Gerakan, lahir keinginan untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada yang tercedera di medan perang, usaha, dalam kapasiti antarabangsa dan negara, untuk mencegah dan meringankan penderitaan manusia di mana-mana. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan dan untuk memastikan rasa hormat terhadap manusia. Ia menggalakkan persefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan dikalangan semua pihak. PBSM berpegang kepada Prinsip Asas Gerakan dan mengikuti moto "Inter Arma Caritas" (Peperangan Amal) dan Per humanitatem dan pacem" (Keamanan melalui kemanuasiaan) yang bersama-sama menerangkan cita-cita gerakan secara keseluruhan).
66 Kesaksamaan Gerakan tidak mempunyai diskriminasi terhadap bangsa, kewarganegaraan, kepercayaan agama, darjat atau fahaman politik. Ia berusaha untuk melegakan penderitaan individu, yang berpandukan semata-mata oleh keperluan mereka, dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius. Keberkecualian Untuk memiliki keyakinan daripada semua, Gerakan mungkin tidak boleh memilih pihak dalam suatu konflik atau melibatkan diri dalam kontroversi yang bersifat politik, perkauman, agama atau ideologi pada bila-bila masa. Kebebasan Gerakan adalah bebas. Persatuan Negara, manakala unit-unit servis kemanusiaan dalam kerajaan mereka dan tertakluk kepada undangundang negara masing-masing, mesti sentiasa mengekalkan autonomi mereka supaya mereka boleh dapat pada setiap masa untuk bertindak selaras dengan prinsip Gerakan. Perkhidmatan Sukarela Ia adalah Gerakan bersifat sukarela yang tidak didorong dalam apa-apa keinginan untuk mendapatkan keuntungan. Ketunggalan Hanya boleh terdapat satu Persatuan Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah di setiap negara. Ia mesti terbuka kepada semua. Ia mesti menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di seluruh wilayahnya. Kesejagatan Gerakan di mana semua Persatuan mempunyai taraf yang sama serta berkongsi tanggungjawab dan tugas yang sama dalam membantu antara satu sama lain, di seluruh dunia
67 3.3 Struktur dan Organisasi Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa • Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan, iaitu: - Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) - Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) - Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah kebangsaan • Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Pengenalan Ditubuhkan pada Tahun 1863 oleh 5 warganegara Swiss bagi membantu orang yangcedera tanpa berpihak kepada mana-mana pihak. Keputusan mereka berasaskan kepada pertimbangan kemanusiaan Peranan Utama - Kemanusiaan Antarabangsa 1) Pemaju Konvensyen Geneva: Memajukan UUKA untuk kefahaman dan penyebaran Konvensyen Geneva.
68 2) Orang tengah yang berkecuali: Bertindak selaku orang tengah di antara pihak-pihak yang bermusuhan; Memastikan mangsa awam dan tentera dalam peperangan mendapat perlindungan/pertolongan. 3) Penjaga prinsip-prinsip: Memastikan prinsip-prinsip asas dihormati; Memutuskan mengenai pengiktirafan persatuan- persatuan kebangsaan. • Federasi Internasional Perhimpunan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) Pengenalan IFRC (International Federation of Red Cross) 1919 Dahulu: Liga Persatuan Antarabangsa Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Bebas daripada pengaruh kerajaan Tujuan Memberi semangat, galakan dan promosi kepada semua bentuk aktiviti kemanusiaan bagi mencegah dan meringankan penderitaan manusia Fungsi - Bertindak sebagai badan tetap berkenaan perhubungan, penyelarasan dan pengkajian di antara persatuan-persatuan kebangsaan - Menggalakkan dan mempromosi di setiap negera penubuhan dan pembangunan persatuan kebangsaan yang bebas serta diiktiraf - Memberi bantuan dengan apa jua cara kepada mangsa bencana alam - Mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan antarabangsa - Menggalakkan penyertaan persatuan kebangsaan dalam aktiviti menjaga kesihatan umum - Membantu JAPM memaju dan membangunkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa - Menjadi perwakilan rasmi dalam urusan perakuan yang diterima pakai serta menjadi penjaga kepada kepentingan mereka - Melaksanakan mandat yang diamanahkan
69 • Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan (PBSMK) - Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam dan persatuan-persatuan kebangsaan menjalankan tugasnya - Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan - Melantik anggota-anggota pertolongan cemas Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan - Membantu orang-orang tawanan perang, menghantar perutusan orang awam - PERSIDANGAN JAPM, IFRC, PBSMK dan kerajaan yang menandatangani Konvensyen Geneva berjumpa 4 tahun sekali - Badan yang membuat keputusan yang tertinggi - Semua terikat dengan keputusan dan resolusi (pembaharuan) yang dibua 3.4 Struktur dan Organisasi Pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Penaung BSMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Presiden BSMM YAB Perdana Menteri Timbalan Presiden BSMM YAB Timbalan Perdana Menteri Naib Presiden BSMM Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Menteri Pendidikan Tinggi Menteri Kesihatan Menteri Luar Negeri Menteri Belia & SukanMenteri Pelajaran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Menteri Pendidikan • Carta Organisasi BSMM
70 Jawatan Huraian Senat BSMM - Badan yang tertinggi dalam BSMM tetapi tidak mempunyai kuasa eksekutif - Terdapat 25 senator pada suatu masa - Pelantikan senator ditentukan atas budi bicara Majlis Kebangsaan dan dilantik di kalangan ahli BS - Peranan utama adalah meningkatkan imej dan matlamat persatuan sejajar dengan prinsip pergerakan MAJLIS KEBANGSAAN - Badan yang membuat polisi dan dasar BSMM - Mesyuarat dijalankan sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun dan memerlukan 1/3 kehadiran ahl untuk membentuk korum - Majlis ini dianggotai oleh Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, 4 orang Naib Pengerusi Kebangsaan, Bendahari Kehormat Kebangsaan, 8 orang ahl yang dipilih, 2 orang wakil setiap Cawangan, wakil-wakil agensi kerajaan, Kementerian dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan - Badan yang menjalankan polisi dan dasar yang diputuskan oleh Majlis Kebangsaan - Pengurusan seharian mengenal persatuan - Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya 2 bulan sekall Tugasnya adalah melaksanakan arahan Majlis Kebangsaan dan menjalankan aktiviti-aktiviti seharian - Dianggotai oleh Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, 4 orang Naib Pengerusi Kebangsaan, Bendahari Kehormat Kebangsaan, 8 orang ahli yang dipilih, 5 orang wakil zon dan Setiausaha Agung Pengerusi Kebangsaan Bsmm - Berkuasa dalam ❖ Menamakan calon bagi perlantikan Setiausaha Agong oleh Majlis Kebangsaan ❖ Memberi pertimbangan dan melulus sebaliknya perlantikan ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan yang dipilih ❖ Mendisiplinkan dengan pertimbangan yang saksama menentukan pemerhatian, pembuangan/ memansuhkan keahlian (tidak termasuk ahli-ahli Senat BSMM, Majlis Kebangsaan) Jawatankuasa Kebangsaan - Belia - Kewangan - Kutipan Derma - Lathan - Pembangunan Organisasi Pentadbiran & Perjawatan - Perhubungan Antarabangsa - Perkhidmatan Ambulan & Pengurusan Bencana - Perkhidmatan Masyarakat - Program Darah / HIV-AIDS & Penyalahgunaan Dadah - Lembaga Tender - Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa - Pengurusan setiap Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan akan melantik ahli-ahli Jawatankuasa masing- masing
71 • Struktur dan Organisasi Pertubuhan BSMM Peringkat Sekolah dan Kumpulan Struktur dan Organisasi Pertubuhan BSMM Peringkat Sekolah Rendah Struktur dan Organisasi Pertubuhan BSMM Peringkat Institusi Tinggi • Fungsi Majlis Tertinggi - Pengerusi ❖ Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan Cabang. ❖ Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cabang. ❖ Mempunyai satu undi Penentuan dan akan menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan. Sebagai SU
72 ❖ Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Cabang dalam perlaksanaan tugas mereka. ❖ Menentukan akaun Cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan. ❖ Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan Cabang tersusun rapi. ❖ Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan Kementerian, JabatanKerajaan dan BSMM. - Naib pengerusi ❖ Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. ❖ Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik. ❖ Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan Cabang. ❖ Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Cabang. - Setiausaha ❖ Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit. ❖ Membantu Jawatankuasa Cabang dalam memelihara perhubungan dengan Badanbadan Kerajaan, Swasta dan Pertubuhan lain di peringkat Cabang. ❖ Bertanggungjawab memberi bantuan sekretariat dan susulan untuk Jawatankuasa Cabang terutama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi. ❖ Menyelaras semua kegiatan Cabang. ❖ Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan Peruntukan Tahunan dan Penyata Kewangan. ❖ Menjadi Pegawai Pentadbiran peringkat Cabang termasuk bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan Cabang.
73 3.5 Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Pengenalan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Kepentingan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Pengaplikasian Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa • Pengenalan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangs • • • • • • a (UUKA) • Kepentingan UUKA - UUKA adalah salah satu undang-undang yang paling penting yang dimiliki oleh masyarakat antarabangsa bagi menjamin keselamatan dan maruah manusia semasa perang. - Bertujuan memelihara satu tahap kemanusiaan yang tertentu, berpandukan prinsip bahawa peperangan juga ada hadnya. • Penggunapakaian uuka - UUKA digunakan apabila melibatkan dua keadaaan: ❖ Konflik bersenjata antarabangsa ❖ Konflik bersenjata yang tercetus dalam sebuah negara - UUKA juga digunapakai ke atas semua pihak yang bersengketa, tanpa mengambil kira pihak mana yang memulakannya. • Golongan Sasaran - UUKA melindungi mereka yang tidak mengambil bahagian dalam pertempuran, seperti: - UUKA merupakan satu badan peraturan yang mengenakan had terhadap penggunaan senjata dan kaedah peperangan. - Undang-undang tersebut bertujuan untuk melindungi maruah manusia dan menghadkan penderitaan semasa peperangan. - Juga dikenali sebagai: ❖ Undang-undang peperangan ❖ Undang-undang konflik bersenjata. - Undang-undang memberikan perlindungan sewajarnya kepada mangsa yang tidak berdaya.
74 ❖ Orang awam ❖ Anggota perubatan dan kor agama angkatan tentera ❖ Mereka yang tidak lagi terlibat di dalam pertempuran tawanan perang - Terdapat juga peraturan-peraturan khas yang melindungi wanita dan kanak-kanak yang selalunya mudah menjadi mangsa dalam peperangan. • Bagaimana UKKA menlindungi? - UUKA menghadkan penggunaan jenis senjata yang boleh menyebabkan kemusnahan yang tidak wajar dan tidak membezakan antara penempur dan orang awam - Membezakan anatar penempur dan orang awam, serta tidak menyerang orang awam. - Membantu mereka yang cedera dan sakit, serta melindungi anggota perubatan. - Memelihara maruah tawanan perang dan tahanan awam dengan membenarkan perwakilan ICRC melawat mereka. 3.6 Pembangunan konvensyen-konvensyen Geneva • Konvensyen Geneva Pertama 1864 Penandatanganan Konvensyen Geneva yang pertama oleh beberapa kuasa besar Eropah pada tahun 1864 - Melindungi mereka yang tidak terlibat dalam peperangan di daratan. - Dihormati dan dilindungi tanpa diskriminasi jantina, bangsa, kewarganegaraan, agama, fahaman politik dan aspek-aspek lain. - Tidak boleh dibunuh, dimusnah, diseksa atau untuk tujuan eksperimen biologikal. - Menerima rawatan yang mencukupi. - Dilindung daripada dirompak dan jangkitan penyakit.
75 - Semua parti terlibat dalam konflik mesti mencari dan mengumpul mereka yang sakit dan cedera selepas peperangan dan memberi maklumat kepada Pusat Agensi Menjejak Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (CRC). - Organisasi lain yang diberi kuasa dalam memberi rawatan secara saksama, kerajaan yang berkecuali dan penduduk tempatan boleh dipanggil untuk memberi perkhidmatan kemanusiaan kepada mereka yang sakit dan cedera. • Konvensyen Geneva Kedua 1907 Kapal hospital USNS Mercy - Melindungi askar-askar yang cedera dan sakit ketika diatas kapal atau di laut. ❖ Mewajibkan pihak yang terlibat dalam peperangan mencari, mengumpul dan merawat mereka yang cedera, sakit dan terkaram di laut. ❖ Pegawai agama, perubatan dan hospital yang berkhidmat di atas kapal perang harus dihormati dan dilindungi. - Kapal hospital tidak boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan. ❖ Ia tidak boleh diserang atau ditahan. ❖ Pengangkutan air berkecuali termasuk kapal saudagar dan kapal pesiar boleh mengumpul dan merawat mereka yang cedera dan terkaram. ❖ Tidak boleh ditangkap selagi kekal berkecuali. - Pegawai perubatan kapal hospital tidak boleh ditangkap, namun mereka yang cedera, sakit dan terkaram boleh ditahan sebagai tahanan perang dengan syarat memindahkan tahanan dengan selamat dan kapal perang tersebut mesti mempunyai kemudahan perubatan.
76 • Konvensyen Geneva Ketiga 1929 Pekerja Palang Merah menyediakan bungkusan makanan untuk tawanan perang - Tahanan perang mesti dilayan dengan baik, disediakan tempat kediaman yang sempurna dan menerima bekalan makanan yang mencukupi serta rawatan yang memadai. ❖ Diberi perlindungan dengan sebaiknya ❖ Diberi keselesaan dan keperluan hidup yang terbaik ❖ Tahanan yang dilakukan perlu tertakluk kepada undang-undang penahanan ❖ Penahanan tidak boleh bertindak secara diskriminasi terhadap tahanan perang dari aspek agama, bangsa, kewarganegaraan, fahaman politik dan lain-lain kriteri • Konvensyen Geneva Keempat 1949 Warsaw 1939 pelarian dan askar - Melindungi orang awam yang berada dalam lingkungan konflik bersenjata dan pengganas
77 ❖ Orang awam tidak boleh dibuang negeri atau dikurung kecuali ketika perintah berkurung atas keselamatan mereka ❖ Kegiatan negatif seperti rompakan, pembalasan permusnahan harta benda adalah dilarang ❖ Perlindungan kanak-kanak dan orang awam diutamakan ❖ Orang awam tidak boleh dipaksa untuk melakukan kerja ketenteraan untuk penjajah ❖ Pihak penjajah mesti menyediakan bekalan ubat-ubatan dan makanan untuk bekalan penduduk ❖ Hospital dan zon-zon keselamatan perlu diwujudkan untuk ibu mengandung dan kanak-kanak umur bawah 15 ❖ Orang kurungan mesti menerima makanan dan rawatan perubatan yang secukupnya kesan daripada risiko peperangan ❖ Keselamatan, penghormatan, hak keluarga, agama, adat resam perlu dihormati 3.7 Protokol Tambahan • Protokol Tambahan 1 (1977) - Serangan membuta tuli yang dilakukan kepada penduduk awam dan pemusnahan sumber makanan, air dan bahan-bahan yang lain untuk hidup adalah dilarang. - Empangan-empangan, benteng-benteng, stesen pemancaran nuclear, objek- objek bersejarah dan tempat bersembahyang tidak boleh diserang. - Perlindungan khas diberikan kepada wanita, kanak-kanak dan pegawai perubatan awam serta had perlindungan kepada wartawan dispesifikasikan. - Dilarang mengerah kanak-kanak di bawah umur 15 tahun untuk tujuan angkatan tentera. - Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkan kecederaan dan penderitaan yang melampau serta kemusnahan alam sekitar yang berpanjangan adalah dilarang. - Penggunaan salah satu emblem (lambang) yang disahkan dalam Konvensyen Geneva untuk menipu pihak musuh atau menggunakan corak penipuan yang lain dikenali sebagai jenayah parang. • Protokol Tambahan ll (1977) - Individu yang ditahan semasa konflik bersenjata mesti dilayan dengan baik seperti yang disyaratkan dalam Konvensyen Geneva. - Individu yang tidak terlibat secara langsung atau berhenti terlibat dalam permusuhan patut diberikan penghormatan.
78 - Protokol II melarang keganasan atas kehidupan, kesihatan, fizikal atau mental seseorang individu. - Kanak-kanak mesti dipindahkan ketempat yang selamat jika perlu dan disatukan semula dengan ahli keluarganya. - Serangan tidak boleh dibuat ke atas penduduk awam dan objek-objek yang mustahak bagi penduduk untuk terus hidup seperti tanaman, system pembuangan atau sumber minuman air, objek-objek bersejarah dan tempat bersembahyang. - Ia menambahkan perlindungan kepada mereka yang cedera, sakit dan yang terkaram serta pegawai-pegawai perubatan dan ahli-ahli agama. - Organisasi bantuan saksama seperti ICRC adalah dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatan kemanusiaannya. 3.8 Tanggungjawab Negara • Timur Tengah dan Afrika Utara - Seperti yang dinyatakan sebelum ini, “Auxiliary Role” bukanlah jaminan automatik yang mampu dilakukan oleh “National Society” untuk menyokong matlamat kemanusiaan dan pembangunan pihak berkuasa di semua peringkat. Untuk menjadi mantap dan berjaya, sebuah “National Society” mesti mempunyai kapasiti untuk melaksanakan program dan aktiviti. Pihak berkuasa boleh memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan dan penyelenggaraan “National Society” yang kukuh dan berdikari, seterusnya boleh memberi manfaat yang besar kepada pihak berkuasa. - Terdapat banyak cara untuk pihak berkuasa menyokong “National Society”. Sebagai contoh, melibatkan diri dalam pertukaran kemahiran dan perkongsian pengetahuan boleh menyumbangkan kepada manfaat bersama bagi semua pihak. Ini bermaksud koordinasi perlu dijaminkan dalam aktiviti mahupun dalam perancangan. Kedua-dua
79 pihak berkuasa dan “National Society” akan dapat untuk memperoleh lebih banyak pengalaman dan kepakaran demi manfaat semua. - Tujuan “Auxiliary role” asasnya bukan sahaja ditubuhkan untuk mengumpul dana tetapi mempunyai sumber yang dapat mempengaruhi keupayaan “National Society” untuk menjalankan aktiviti kemanusiaan dan menyokong pihak berkuasa dalam mencapai bantuan kemanusiaan mereka supaya matlamat dan kewajipan dapat direalisasikan. Negara telah, melalui resolusi - Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah mengesahkan peranan mereka dalam menyokong Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Kebangsaan melalui penyediaan sumber dan barang yang diperlukan. - Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menyumbang tenaga kepada kejayaan “National Society” Contohnya: ❖ memberi sumbangan secara langsung kepada pihak yang memerlukan bantuan ✓ sumbangan secara langsung tahunan (untuk programmatik ataukos operasi teras) ✓ bayaran untuk penyediaan perkhidmatan ❖ memberi sumbangan secara tidak langsung ✓ pengecualian cukai dan konsesi fiskal (termasuk adat, hadiah dan warisan) ✓ insentif fiskal untuk penderma ✓ sumbangan dalam bentuk barangan (ruang pejabat, tanah, dan sebagainya.) ✓ faedah istimewa (iaitu, kadar terbaik untuk telekomunikasi, cukai atau yuran yang dikenakan untuk “National Society” dan sebagainya.) ✓ lesen untuk menjalankan usaha mengaut keuntungan (kedai jualan amal, kursus pertolongan cemas komersial, penyediaan darah, dan sebagainya.) ❖ memastikan persekitaran yang kondusif ✓ penciptaan atau penyesuaian dasar dan undang-undang untuk memudahkan kerja kemanusiaan “National Society” seperti dalam bidang kesukarelawanan ✓ –memastikan akses telah disediakan kepada mereka yang memerlukan bantuan dan kemanusiaan dapat dilindungi.
80 National Socities - Sebab tanggungjawab negara adalah penting Lubnan: Tradisi menyediakan perkhidmatan awam yang penting pada skala nasional Syria: Bantuan bebas dan neutral Semasa perang dari 1975 hingga 1990, Lubnan Palang Merah (LRC) adalah satusatunya organisasi kebangsaan yang mampu melepasi garisan persempadanan dan pusat pemeriksaan militia untuk menyediakan perkhidmatan kemanusiaan yang penting kepada penduduk di semua bahagian negara. Walaupun pada masa itu tidak termasuk penyediaan perkhidmatan ambulans secara khusus, hakikatnya LRC dapat kekal sepenuhnya bebas, neutral dan tidak berat sebelah semasa perang yang mempolarisasi penduduk mengikut garis mazhab mengubahnya menjadi pembekal Apabila Bulan Sabit Merah Arab Syria (SARC) adalah ditubuhkan pada tahun 1946, ia dinyatakan dalam dekrinya bahawa SARC adalah bantuan kepada perubatan tentera perkhidmatan semasa peperangan dan berperanan dalam persediaan dan latihan pada masa aman. Apabila krisis Syria bermula pada Mac 2011, terdapat panggilan daripada pihak berkuasa Syria untuk mengaktifkan bantuan peranan dan menyokong perkhidmatan perubatan. Walau bagaimanapun, SARC menyatakan kebimbangan mengenai keupayaannya untuk bekerja secara neutral dan cara bebas untuk memastikan bahawa apa-apa bantuan
81 ambulans nasional yang sebenarnya (de facto). Menyediakan perkhidmatan awam yang penting ini secara konsisten adalah sebab kadar penerimaannya yang sangat tinggi di kalangan semua penduduk. Penerimaan ini telah membenarkan LRC mempunyai akses ke semua kawasan di negara ini dan telah meletakkannya sebagai rakan kongsi utama dan pihak berkuasa dalam bentuk formal dan tidak formal. Inilah sebabnya, apabila perang Julai 2006 meletus dan memusnahkan negara, LRC adalah satu-satunya organisasi kemanusiaan yang beroperasi di kawasan konflik dalam tempoh sepuluh hari pertama. Pengorbanan sukarelawan LRC menekankan kepentingan “National Society” dan memperbaharui kedudukannya sebagai sebuah persatuan yang kukuh, boleh dipercayai dan bebas. Sejak itu, LRC telah menjadi salah seorang pembicara utama dengan pihak berkuasa dengan usaha mereka untuk membangunkan pelan untuk menangani bencana negara. Hari ini, cabaran untuk LRC adalah untuk mengukuhkan dan mengekalkan kapasitinya. Ini bermakna bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk tentukan dengan lebih jelas apakah maksud “auxiliary role” dan bagaimana pihak berkuasa boleh itu disediakan hanya berdasarkan keperluan dan sokongan. SARC juga menyatakan kebimbangan bahawa, kerana ia adalah organisasi berasaskan sukarelawan dengan pendekatan berprinsip untuk menghadapi bencana, sebarang penyelewengan daripada prinsip tersebut akan memberi kesan negatif kepada “National Society” dan disiplin sukarelawannya. Dalam rundingan, SARC bersetuju untuk melaksanakan permintaan daripada pihak berkuasa, mengikut peranan bantunya, selagi permintaan tidak menjejaskan neutraliti dan kesaksamaannya. Ia mengingatkan pihak berkuasa bahawa memelihara keberkecualian dan kemerdekaan akan membolehkan SARC menjadi pengantara dan bertindak sebagai parti neutral antara pihak; ini akan memberi manfaat yang besar jika krisis menjadi berlarutan. SARC mengisytiharkan komitmennya untuk memberikan bantuan neutral dan saksama kepada semua orang yang memerlukan, terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan pertolongan cemas yang menyelamatkan nyawa dan untuk memindahkan semua orang yang cedera, tanpa mengira hubungan mereka, pilihan pesakit, hanya berdasarkan keutamaan kecederaan pesakit.
82 memberikan lebih banyak sokongan, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Melalui rundingan yang membuahkan hasil ini, pendekatan ini diterima terlebih dahulu oleh perkhidmatan perubatan tentera, yang mempunyai kebaikan hubungan dengan SARC berkat latihan yang Panjang dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan tindak balas bencana. Mereka menyokong konsep membenarkan SARC diteruskan perkhidmatannya berdasarkan penilaiannya sendiri, yang ketika itu diluluskan oleh pihak berkuasa. 3.9 KONVESYEN HAGUE 1899 & 1907 • Objektif - Perbincangan berkaitan Undang-undang Antarabangsa - Perlindungan kepada objek-objek balai seni dan tugu peringatan - Perlindungan mangsa-mangsa perang dari senjata - Tandatangani persetujuan dan persefahaman perjanjian antarabangsa • Pengenalan - Adalah undang-undang peperangan - Memberi hak dan menerangkan cara tugas pihak yang berperang dalam menjalankan operasi ketenteraan - Berkenaan tentang hak perlindungan kemanusiaan bagi mereka yang terbabit dalam peperangan
83 - Sebanyak 50 buah negara telah menyertai mesyuarat keamanan ini di Hague, Netherlands pada tahun 1899 dan 1907 - Mesyuarat tersebut telah berlancar dari 18 Mei dan ditandatangani pada 29 Julai 1899 - Perjanjian tersebut berkuatkuasa dari 4 September 1900 • 2 kovensyen hague - Persidangan Keamanan Pertama 1899 - Terdapat 4 bahagian perjanjian dan 3 sumpahan persefahaman ditandatangani Persidangan Kedua mengenai peperangan laut dan darat pada 1907 - Kebanyakan kandungan Persidangan 1899 digantikan dengan undang-undang lebih lengkap 1907 • 4 bahagian Perjanjian Hague - Hal-hal antarabangsa yang menjadi isu-isu pertikaian di Benua Pasifik Undangundang dan amalan kebiasaan berkenaan dengan peperangan darat - Penambahan syarat peperangan di lautan kepada Prinsip Konvensyen Geneva pada tahun 1864 Melarang penggunaan bom yang dipancar dan mengebom di udara Hague I ❖ Pacific Settlement of International Disputes ❖ Ditandatangani pada 29 Julai 1899 ❖ Dikuatkuasa pada 4 september 1900 ❖ Bertujuan mengekalkan keamanan antara negara ❖ Jika terdapat pertelingkahan hendaklah ditandatangani secara rundingan sebelum mengangkat senjata ❖ Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa bertindak sebagai badan pengaman perlu dirujuk jika sesuatu konflik tidak dapat diselesaikan secara diplomasi Hague II ❖ Ditandangani pada 29 Julai 1899 ❖ Dikuatkuasa pada 4 September 1900 ❖ Diilhamkan semasa persidangan Brussels 1874 ❖ Pihak yang bertelagah perlu menghormati undang-undang dan cara-cara peperangan darat ❖ Undang-undang, hak dan tugas peperanagn perlu dipatuhi oleh semua pihak ❖ Sekiranya mereka ditawan, mereka berhak dilayan sebagai tahanan perang
84 Hague III ❖ Undang-undang peperangan adalah adaptasi peperangan maritim (22 Ogos 1864) ❖ Prinsip Konvensyen Geneva: Penyesuaian peperangan di laut ✓ Kemudahan perubatan (hospital kapal tentera) ✓ Kapal tersebut tidak boleh digunakan dalam tujuan peperangan Hague IV ❖ Antara persetujuan-persetujuan adalah ✓ Contracting Power telah bersetuju untuk menyekat pembebasan gas beracun ✓ Kewujudan deklarasi tersebut terikat kepada Contracting Power dalam kes peperangan antara dua atau lebih pihak yang terlibat ✓ Deklarasi harus disahkan segera dan pengesahan seharusnya dimulakan di Hague dengan cara menulis notis kepada Kerajaan Netherland • 3 sumpahan persefahaman - Berkenaan pelancaran bom udara - Berkenaan penggunaan objek akan menyebarkan gas racun melalui udara yang akan membunuh manusia - Berkenaan penggunaan peluru yang senang mengembang dan mengalahkan di dalam tubuh manusia • 4 bab utama dalam Konvensyen Hague - Kawalan ❖ Director-general of the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization mempunyai kuasa dalam memastikan bahawa objek-objek dan warisan sesebuah negara yang berlaku konflik adalah terpelihara - Perlindungan Istimewa ❖ International Register of Cultural Property under Special Protection ❖ Sesebuah negara berhak mendaftarkan barangan, objek yang dianggap bernilai dalam masa 30 hari ketika tercetusnya konflik
85 - Pengangkutan ❖ United nations educational, scientific, and cultural organization akan menyediakan pengangkutan untuk membawa keluar barangan tersebut ke tempat yang lebih selamat - Lambang kenderaan ❖ Kenderaan yang membawa barangan ini mestilah melekatkan lambang ini. – ❖ Pihak yang terbabit dalam konflik tidak boleh memusnahkan, merosakkan atau merampas kenderaan tersebut ❖ Sehingga kini, konvensyen Hague masih lagi digunakan untuk melindungi sesetengah hak barangan untuk kepentingan sejagat • Penggunaan lambang bulan sabit merah ❖ Semasa peperangan ✓ Sebagai pelindung daripada diserang ✓ Bersaiz besar dan bersesuaian pada tempat yang digunakan supaya senang diperhatikan dari jauh ✓ Ia mesti dipasang di tempat yang jelas dilihat dari jauh supaya anggota BSM tidak diserang semasa peperangan ❖ Semasa keamanan ✓ Sebagai pengenalan ✓ dikenali pasukan yang bertugas seperti semasa sukan, perhimpunan awam dan sebagainya ✓ Bersaiz kecil ✓ Digunakan supaya tidak menimbulkan kekeliruan dengan lambang yang digunakan sebagai pelindung
86 3.10 Lambang/emblem Jawatankuasa Berlima mencadangkan penggunaan lambang Palang Merah pada Persidangan Geneva Antarabangsa pada tahun 1863. Sebenarnya, lambang ini adalah bendera negara Switzerland dengan warnanya diterbalikkan sebagai penghormatan kepada negara itu. Negara-negara yang hadir dalam Persidangan Diplomatik yang membentuk Konvensyen Geneva Pertama pada tahun 1864 bersetuju untuk memasukkan lambang tersebut dalam peraturan peperangan dan mengiktirafnya sebagai lambang perkhidmatan perubatan dalam perang. Bendera di hospital, ambulans, dan pasukan penyelamat mempunyai lambang ini. Lambang ini menunjukkan bahawa orang yang memakainya berada di pihak neutral. Bangunan, kereta atau individu yang mempunyai lambang ini tidak boleh diserang atau dibantu oleh mana-mana pihak. Pada November 1876, Turki mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss supaya menggunakan lambang bulan sabit menggantikan palang merah yang menghina agama Islam. Sejak itu, negara Islam menggunakan lambang bulan sabit. Kedua-dua lambang dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929. Bendera Negara Turki • Sejarah Perkembangan Lambang Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Antarabangsa Logo Sebab Logo Digunakan Pada tahun 1864, Lambang Palang Merah sebagai tanda pengenalan dan perlindungan untuk anggota unit perubatan tentera telah diterima pakai dalam Konvensyen Geneva I mengenai "Perlindungan anggota tentera yang cedera dan sakit di medan perang darat."
87 Pada tahun 1876, semasa perang Balkan, kerajaan Uthmaniyyah (Turki) mencadangkan satu lagi simbol untuk unit perubatan tentera diraja, dalam bentuk bulan sabit merah di atas putih. Pada tahun 1929 Parsi mencadangkan simbol lain, iaitu Singa Merah dan Matahari. Persidangan Antarabangsa memutuskan untuk mengenali hanya dua simbol tambahan, iaitu simbol Bulan Sabit Merah pada latar belakang putih. Walau bagaimanapun, sejak 1980, apabila Parsi bertukar kepada Republik Iran, simbol ini tidak lagi digunakan. Pada tahun 2005, Protokol Tambahan III telah diluluskan mengenai simbol Kristal Merah di atas bendera putih. Simbol ini mempunyai status dan fungsi yang sama seperti simbol Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dan merupakan penutup kepada negara-negara untuk mencadangkan penggunaan simbol lain untuk unit perubatan tentera mereka. Bendera BSMM Ukuran Piawaian BSMM
88 3.11 Pengenalan/indikatif & perlindungan dengan penggunaan lambang dan signifikannya • Makna Palang Merah - Palang mengandungi 5 kotak yang memberi maksud : ❖ Persidangan Antarabangsa Palang Merah ❖ Negara-Negara Yang Menandatangani Perjanjian Geneva ❖ Liga Persatuan Palang / Bulan Sabit Merah ❖ Palang / Bulan Sabit Merah Kebangsaan ❖ Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah. - Tujuan Lambang Palang / Bulan Sabit Merah : ❖ Konvensyen Geneva mengiktiraf lambang dengan tujuan : ❖ Untuk Perlindungan ( Protection Sign) – Artikel 39 KG1 ❖ Untuk Pengenalan Persatuan Palang / Bulan Sabit Merah (Indicator Sign) Artikel 44 KG1 - Penggunaan lambang bulan sabit merah ❖ Boleh rujuk kepada bahagian Konvesyen Hague 1899 & 1907 3.12 Undang-undang asas konvensyen • Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat Eleanor Roosevelt memegang Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat versi bahasa Inggeris pada November 1949 - Mukadimah
89 ❖ Bahawasanya pengiktirafan keutuhan kemuliaan dan hak samarata serta asasi yang tak terpisah bagi seluruh umat manusia adalah asas kebebasan,keadilan dan kedamaian dunia. ❖ Bahawasanya pengabaian serta penghinaan terhadap hak asasi manusia telah pun mengakibatkan tindakan terkutuk yang telah melanggari perasaan hati umat manusia, dan munculnya sebuah dunia di mana manusia akan menikmati kebebasan berucap dan menganut kepercayaan serta kebebasan dari rasatakut dan citarasa telah pun diisytiharkan sebagai aspirasi toragung seluruh umat manusia. ❖ Sekiranya kita tidak mahu mendorong manusia dalam keadaan terdesak, sebagai pilihan terakhir, memberontak mementang kezaliman serta penindasan, maka adalah penting bagi hak asasi manusia dipertahankan oleh kedaulatan undang-undang. ❖ Bahawasanya adalah penting bagi memajukan perkembangan perhubungan persahabatan di antara negara-negara. ❖ Bahawasanya rakyat Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam Piagamnya telah sekali lagi menegaskan kepercayaan mereka terhadap hak asasi manusia, terhadap kemuliaan serta nilai diri manusia dan terhadap hak samarata lelaki dan perempuan dan telah menetapkan keazaman untuk memajukan perkembangan sosial dan taraf hidup yang lebih sempurna dalam suasana kebebasan yang lebih luas. ❖ Bahawasanya Negara-Negara Anggota telah berikrar untuk masing-masing mencapai, dengan kerjasama Bangsa-Bangsa Bersatu, pengutaraan kehormatan sejagat terhadap, serta pematuhan, hak asasi manusia dan kebebasan asasi. ❖ Bahawasanya satu fahaman bersama terhadap hak serta kebebasan ini seluruhnya adalah terpenting demi menjadikan ikrar ini kenyataan sepenuhnya. - Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengan BBSM ❖ Perkara 1. Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan. ❖ Perkara 3. Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri. ❖ Perkara 5. Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan. ❖ Perkara 7. Semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan berhak tanpa apa-apa pembezaan kepada perlindungan yang samarata di sisi undang-undang. Semua orang adalah berhak kepada perlindungan yang samarata daripada sebarang
90 perbezaan yang melanggar Perisytiharan ini dan daripada sebarang hasutan terhadap perbezaan sedemikian. ❖ Perkara 25 1. Setiap orang adalah berhak kepada suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan serta perkhidmatan sosial yang perlu, dan berhak kepada perlindungan ketika berlakunya pengangguran, kesakitan, ketidakupayaan, diperjandaan, keuzuran atau lain-lain kekurangan kehidupan dalam keadaan di luar kawalannya.