PERANAN
    MEDIA
   SOSIAL
DALAM MEMUPUK PERPADUAN
              
                 MUHAMMAD HAZIQ BIN KASMAN
               AINUR SYAMIRA BINTI SAIFUL AZMI
MEDIA SOSIAL
    Apakah itu media sosial?
 “Media Sosial didefinisikan sebagai satu kumpulan
aplikasi berasaskan internet yang berkembang atas
       dasar ideologi dan teknologi web 2.0”
                 - Andreas Kaplain dan Micheal Haenlein.
ISI KANDUNGAN
Pengenalan                   1-2
Peranan Media Sosial         3- 4
Dalam Memupuk Perpaduan       5
                            6-8
Kebaikan Media Sosial
Keburukan Media Sosial      9 - 16
Cabaran/Halangan            17 - 20
Penggunaan Media              21
Sosial di Malaysia            22
Langkah Media Sosial Dalam
Memupuk Perpaduan
Kesimpulan
Sumber Rujukan
1
PENGENALAN
                                      
 Bahagian "media"        Bahagian "sosial":
merujuk kepada alat       merujuk kepada
komunikasi, seperti    berinteraksi dengan
internet (sementara      orang lain dengan
TV , radio, dan surat  berkongsi maklumat
                        dengan mereka dan
    khabar adalah      menerima maklumat
    contoh bentuk         daripada mereka
  media yang lebih
     tradisional).
2
  Frasa "media sosial" merujuk kepada laman web
dan program yang menekankan komunikasi, input
  berasaskan komuniti, penglibatan, perkongsian
       kandungan dan kerjasama. Orang ramai
       menggunakan media sosial untuk kekal
berhubung dengan rakan, keluarga dan komuniti.
   Perniagaan menggunakan media sosial untuk
  menjual dan mempromosikan produk mereka,
serta untuk mengambil tahu masalah pelanggan.
                                   
           Di peringkat global, media
          sosial mempunyai pengaruh
        yang besar. Platform ini boleh
       dilawati melalui aplikasi mudah
             alih. Twitter, Facebook,
       Instagram, TikTok dan LinkedIn
              ialah beberapa contoh
         rangkaian media sosial yang
               tular pada masa kini.
3
PERANAN MEDIA
SOSIAL DALAM
MEMUPUK
PERPADUAN
1. Menambah kenalan yang baru di samping
  hubungan yang telah lama terputus dapat
  dieratkan semula.
    Laman sosial digunakan sebagai suatu medium utama
    untuk mencari kenalan lama yang telah terputus.
    Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah
    diceburi oleh rakan dan dapat berinterasi antara satu
    sama lain.
4
         2. Menarik perhatian pengguna media sosial
              Media sosial membantu usahawan atau artis
              menarik perhatian pengguna media sosial bagi
              tujuan khidmat masyarakat. Sebagai contoh,
              seorang ahli muzik boleh mengaut keuntungan
              apabila dia mempromosikan lagunya di Facebook
              yang kemudiannya ditularkan di Youtube oleh
              pengguna media sosial yang lain di mana kita tahu,
              Youtube juga boleh dijadikan sebagai salah satu
              sumber kewangan. Hasil kewangan yang diperoleh
              dapat digunakan untuk didermakan kepada pihak
              yang lebih memerlukan.
3. Mengeratkan silaturahim
    Melalui rangkaian media sosial ini seseorang dapat
    berhubung semula dengan rakan-rakan ataupun
    ahli keluarga lain yang telah lama tidak
    berhubung.
KEBAIKAN                                5
MEDIA SOSIAL
1.Perniagaan dan pemasaran produk
Platform di media sosial membolehkan
perniaga mempromosikan produk dan
perkhidmatan mereka dengan cepat kepada
khalayak ramai. Perniaga juga boleh
menggunakan kemudahan media sosial untuk
menstabilkan perniagaan dan menguji
2.Menarik perhatian    pasaran baharu.
pengguna media sosial
    Media sosial membantu usahawan atau artis menarik perhatian
  pengguna media sosial bagi tujuan khidmat masyarakat. Sebagai
  contoh, seorang ahli muzik boleh mengaut keuntungan apabila dia
mempromosikan lagunya di Facebook yang kemudiannya ditularkan di
  Youtube oleh pengguna media sosial yang lain di mana kita tahu,
Youtube juga boleh dijadikan sebagai salah satu sumber kewangan.
 Hasil kewangan yang diperoleh dapat digunakan untuk didermakan
                   kepada pihak yang lebih memerlukan.
                                           
                                 3.Mengeratkan silaturahim
                                              Melalui rangkaian media sosial ini
                                            seseorang dapat berhubung semula
                                              dengan rakan-rakan ataupun ahli
                                            keluarga lain yang telah lama tidak
                                                           berhubung.
6
 KEBURUKAN
   MEDIA SOSIAL
   1.Penyebaran berita dan maklumat
                  yang tidak sahih
 Laman sosial dan forum dijadikan medan untuk menyebarkan fitnah
dan berita yang kurang tepat. Berita dan maklumat yang palsu juga
dikirimkan melalui e-mel dan tersebar secara meluas dan tujuan untuk
   mengaibkan individu tertentu. Kadangkala blog juga dijadikan
       medium untuk menaburkan fitnah dan memecah-belahkan
    masyarakat di Malaysia. Ancaman dan ugutan juga disebarkan
    melalui medium komunikasi yang boleh menjejaskan keamanan
                                      negara.
   2.Penipuan
 Berlakunya penipuan atau dipanggil ‘Scammer’. Sejak kebelakangan
   ini terdapat banyak kes penipuan dan pemalsuan di media sosial
        terutamanya penipuan terhadap golongan yang kurang
      pengetahuan dari segi penipuan di media sosial dan juga di
  kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka
  yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan
  mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman
  sosial tersebut. Selain itu, berlakunya penipuan jenayah kewangan
                               dalam media sosial.
3.Buli siber                                                       7
Pembulian siber ini berlaku di alam maya dan ia tidak seperti kes
 pembulian lain di alam sebenar. Tambahan pula, pembulian siber
   ini mudah untuk berlaku kerana mangsa buli di alam maya ini
    senang untuk dicari dan mangsa susah untuk melindungi diri
 mereka dari kes pembulian siber ini. Pembulian siber yang sering
    berlaku adalah di mana pengguna-pengguna media sosial
  mendapat komen-komen yang negatif seperti ‘body shaming’
 kerana mereka tidak suka melihat orang lain bahagia dan ingin
menjatuhkan maruah mangsa buli ini. Dengan itu, pembulian siber
dapat memberi kesan yang teruk kepada mangsa, lebih-lebih lagi
  dari aspek psikologi di mana mangsa akan menjadi anti-sosial,
 kurang keyakinan diri, kemurungan yang melampau yang boleh
                   membawa kepada membunuh diri.
      4.Lalai dalam melakukan sesuatu
                          tugasan
     Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang
terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman
sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok
   sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka.
 Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan
   kepada prestasi kerja dan pelajaran dalam kalangan anggota
   masyarakat. Hal ini akan menyebabkan negara kita mengalami
   kebejatan idea untuk meningkatkan prestasi negara. Golongan
 pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat
  dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat.
  Oleh itu, penggunaan laman sosial akan melahirkan tenaga kerja
                            yang kurang berkualiti.
8
 5.Kedaulatan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan s
emakin terpinggir.
      Kedaulatan bahasa Melayu akan tercemar ekoran daripada
kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak.
     Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat amat
       membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana
   penggunaanya semakin meluas. Penularan bahasa rojak ini akan
  menghakis keaslian dan nilai-nilai estetika bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara kita. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa
  penggunaan teknologi ini boleh mencemarkan kedaulatan bahasa
  Melayu yang menyebabkan kita seperti ditelan mati emak, diluah
                                    mati bapak.
                                           
  6.Tersebarnya pengaruh atau unsur
          pornografi daripada Barat.
     Unsur pornografi mudah didapati di laman sesawang internet.
  Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah
   diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal
        ini demikian kerana, laman sosial seperti “Facebook” dan
    “Myspace” diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan
  seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti “Black
    Metal”, “Punk”, “Gothic”, dan “Skinhead” akan menular dalam
     pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan mempengaruhi
   remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme
  dan gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman
       sosial dapat mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga
                   menghakis nilai-nilai moral masyarakat.
CABARAN/ 9
HALANGAN
PENGGUNAAN
MEDIA SOSIAL
DI MALAYSIA
1. Ancaman Privasi
Media sosial sering dianggap sebagai
saluran komunikasi yang sangat
baik. Walau bagaimanapun, ramai
antara kita pengguna yang tidak
sedar secara umumnya media sosial
adalah tidak selalu melindungi
keselamatan dan privasi pengguna.
Pengguna media sosial cenderung
untuk berkongsi banyak perkara
dengan orang lain atau sesiapa
sahaja yang mereka percaya tanpa
berhati-hati sehingga boleh
didedahkan kepada orang yang
tidak dikenali.
10
2. Ketagihan Seks Siber
Golongan belia khususnya gemar dan telah menjadi hamba seks
siber sehingga amalan melayari laman web yang berunsur negatif
telah menjadi satu tabiat yang negatif. Hal ini memberikan
cabaran yang amat besar terutama sekali pihak kerajaan kerana
golongan belia merupakan golongan yang akan mewarisi dan
mengambil alih pembangunan negara. Menurut responden yang
ditemu bual, golongan belia sering terjebak dan dipengaruhi
rakan sebaya mereka untuk menonton video-video atau gambar
lucah yang banyak tersebar di laman web. Apabila menonton atau
melihat web yang berunsur negatif ini, golongan belia akan
terpengaruh dan secara tidak langsung akan mengadaptasikannya
ke alam realiti. Oleh itu, gejala sosial seperti merogol, meragut,
permainan dan perjudian online semakin giat berlaku. Dengan
itu, hal ini menjadikan cabaran buat Malaysia dalam mewujudkan
kesedaran sosial terhadap golongan belia.
11
3. Penyebaran berita yang tidak sahih sehingga
mengancam keselamatan negara.
Media sosial sering dianggap sebagai saluran komunikasi yang
sangat baik. Walau bagaimanapun, ramai antara kita pengguna
yang tidak sedar secara umumnya media sosial adalah tidak
selalu melindungi keselamatan dan privasi pengguna. Pengguna
media sosial cenderung untuk berkongsi banyak perkara
dengan orang lain atau sesiapa sahaja yang mereka percaya
tanpa berhati-hati sehingga boleh didedahkan kepada orang
yang tidak dikenali.
                  4. Penyebaran fitnah dan gosip
Melalui media sosial, fitnah dan gosip bertebaran meluas tanpa
sempadan. Perkara ini menjadikan sukar untuk negara
menghasilkan golongan belia yang proaktif. Media sosial banyak
digunakan sebagai satu medium untuk menyebarkan fitnah dan
gosip berkenaan negara dan sebagainya.
                      Misalnya seperti fitnah berkenaan dengan
                    kerajaan dan pihak-pihak anti kerajaan yang
                    sedikit sebanyak membuatkan masyarakat mudah
                    dipengaruhi. Bukan itu sahaja, gosip-gosip liar
                    berkenaan artis dan sebagainya juga banyak
                    tersebar di media sosial. Oleh itu, perkara ini
                    menjadi satu cabaran yang sangat besar buat
                    negara dalam mewujudkan kesedaran sosial
                    terhadap golongan belia melalui penggunaan
                    media sosial.
12
               5. Medium penyebaran dakyah jahat
 Media sosial juga telah dijadikan sebagai medium penyebaran
 dakyah jahat sehingga menyesatkan fahaman pengikut agama
 lain atau ajaran sesat, memberi maklumat palsu untuk
 kepentingan puak tertentu dan mewujudkan satu sentimen
 perkauman bagi masyarakat berbilang kaum, memburukan imej
 negara serta pemimpin dan cubaan untuk meruntuhkan
 sesebuah kerajaan. Malah terdapat juga laman web yang
 mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan
 oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'.
6. Medium penyebaran virus
Penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti
virusMutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus
CIH yang menyerang sistem komputer hingga
lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan
virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC.
Pecah-masuk ke sistem lain iaitu pencerobohan
memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti
penyelewengan akaun bank.
7. Pornografi                                             13
Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh
mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama
kepada remaja belasan tahun kerana Internet
membenarkan access tanpa had. Ia sudah tentu boleh
melekakan masyarakat di negara kita dari kehidupan yang
sihat. Che Wan Badrul Alias (2010), menyatakan laman web
seks dan pornografi kekal di tempat tertinggi iaitu pada
tempat keempat dan kelima daripada 100 laman web yang
kerap dikunjungi oleh kanak-kanak dan remaja sepanjang
2009. Di Malaysia, kajian yang dijalankan oleh Pengarah
Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra
Malaysia, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan (dalam Mazlina
Abdul Majid, 2010), mendapati bahan pornografi yang
terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet
menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dalam
gejala ponteng sekolah.
              8. Pengendapan (Cyber Stalker)
Amalan pembuli siber yang lebih terarah atas dasar
seks tidak hanya terhad kepada kanak-kanak tetapi
juga kepada orang dewasa. Taktik biasa yang
dilakukan oleh penghendap siber adalah dengan
merosakkan enjin carian atau ensiklopedia,
mengancam pendapatan mangsa, pekerjaan, reputasi
atau keselamatan. Satu corak yang berulang-ulang
tindakan terhadap sasaran ini dianggap sebagai
pengendapan siber.
14
9. Aktiviti perjudian
Aktiviti perjudian ini sangat mudah untuk
mempengaruhi golongan belia. Berdasarkan temu bual,
golongan belia gemar mengunjungi pusat-pusat
Internet yang menyediakan pelbagai perkhidmatan
penggunaan Internet. Namun begitu, ada antara pusat
Internet yang menyalahgunakan premis mereka dengan
menawarkan pusat perjudian kepada pengunjung.
Permainan video yang berasaskan judi banyak disediakan
dan perkara ini menarik minat remaja dan belia untuk
menggunakan perkhidmatan tersebut. Perkara ini
sedikit sebanyak memberi cabaran kepada golongan belia
kerana sudah terang-terangan lagi judi adalah suatu
perbuatan yang salah dan haram. Perkara ini
memberikan cabaran kepada pemimpin negara dalam
mentadbir negara serta membanteras gejala judi dalam
kalangan belia.
15
10. Penyelenggaraan kos yang tinggi
Kos penyelenggaraan internet atau jalur lebar yang
tinggi diperlukan terutamanya kawasan luar bandar
yang berpendapatan rendah.
                                   11.Kecurian identiti
 Kecurian identiti online bukanlah satu fenomena baru
kepada banyak pengguna media internet. Walau
bagaimanapun, sekarang ini setiap minit, beribu-ribu
individu dan syarikat yang telah menjadi mangsa
penjenayah siber kolar putih ini. Mereka menggunakan
pelbagai teknik seperti kejuruteraan sosial, phising dan
modus operandi licik melalui internet yang mensasarkan
mangsa berpotensi tidak bersalah. Mereka mengenalpasti
segala kelemahan dan mengeksploitasikan e-mel, mesej
segera (IM) dan web untuk mengelabui potensi mangsa
supaya menghantar kelayakan, maklumat peribadi di
samping maklumat sulit berkaitan dengan kewangan mangsa
atau sesebuah syarikat.
16
12. Pengguna menjadi anti-sosial
Penggunaan media sosial ini jika disalahgunakan akan
memberi kesan negatif seperti mengalakan pengguna
internet duduk di rumah tanpa bersua dengan orang ramai.
Ini secara tidak langsung juga telah membuat hubungan
kekeluargaan menjadi renggang. Orang-orang tua yang
tidak mahir menggunakan media sosial akan berasa
kesunyian dan terpinggir.
                                 13. Masalah kesihatan
Pengguna tegar internet juga lebih cenderung untuk
menjadi obesiti akibat ketagihan layari laman web sosial dan
permainan komputer. Hal ini disebabkan kerana pengguna
tidak lagi suka bergerak atau bersenam sebaliknya sanggup
makan di depan komputer. Lebih memburukkan keadaan,
waktu makan juga tidak diendahkan.
17
         LANGKAH
    MD AELDA MIAMSEOM USPIUAKL
            PERPADUAN
1.Menyiarkan rancangan yang berkaitan
dengan budaya yang berlainan.
  Media sosial menjadi platform masyarakat untuk memahami
  budaya kaum lain. Dalam konteks ini, rakyat Malaysia akan
  mengetahui dengan lebih mendalam tentang budaya
  masyarakat lain. Masyarakat dapat meraikan hari-hari
  istimewa bersama. Hal ini akan membantu mengeratkan
  hubungan antara masyarakat majmuk yang wujud di sini.
  Sebagai contoh, rakyat Malaysia dapat mengetahui tentang
  perayaan yang wujud, makanan dan pakaian tradisional
  pelbagai kaum. Oleh yang demikian, akan wujudnya
  persefahaman antara masyarakat yang berbilang kaum
  serta dapat menambah ilmu pengetahuan tentang tradisi
  kaum lain.
18
                    
2.Menyebarkan maklumat yang boleh
       memberi kesedaran tentang
          kepentingan perpaduan.
                                        
Media yang mula berkembang bagai
cendawan tumbuh selepas hujan
memainkan peranan penting sebagai agen
penyampai maklumat dalam membentuk
dan mengasah minda masyarakat supaya
dapat mengelakkan berlaku perselisihan
faham antara satu sama lain. Perpaduan
kaum juga memainkan peranan dalam
mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan
penglibatan semua kaum dalam kegiatan
ekonomi. Hal ini, kedudukan negara dapat
dipertingkatkan di seluruh dunia serta dapat
menjadikan Malaysia sebagai negara yang
berbilang bangsa, agama dan budaya kerana
keharmonian dan kemakmuran antara kaum
serta budaya menjadi pegangan.
19
3.Mengadakan kempen atas
            talian.
Platform media sosial dapat mempromosi nilai-
nilai murni mengenai kepentingan perpaduan
kepada masyarakat. Oleh hal yang demikian, ia
juga dapat merapatkan lagi hubungan yang baik
antara masyarakat Malaysia dengan adanya
kempen atas talian ini. Walau bagaimanapun,
impak positif dengan mengadakan kempen ini
adalah dapat menangani isu etnik dan
perkauman yang semakin berleluasa di media
sosial.
20
4.Menyiarkan drama atau video yang
    menerapkan nilai-nilai murni.
Dengan adanya drama atau video yang
menerapkan nilai-nilai murni ia dapat
menanamkan semangat perpaduan,
muhibah dan jati diri dalam kalangan
rakyat. Media sosial perlu sering
memaparkan  tentang  lagu-lagu
kebangsaan, rukun negara, drama dan
video yang menunjukkan kewujudan
masyarakat yang berbilang kaum. Video
dan drama yang ditayangkan akan
meningkatkan kesedaran dalam kalangan
masyarakat bahawa perpaduan itu amat
penting bagi menjamin keharmonian
negara.
21
  Kesimpulan
                        
        Sebagai penghias bicara akhir dapat kita teliti sehingga ke akar
            umbi bahawa media merupakan satu wadah dalam membina
         sesebuah hubungan etnik terutamanya di Malaysia yang sangat
terkenal dengan negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan berbilang
    kaum. Memetik peribahasa Melayu seikat bak sirih serumpun bak serai
 begitulah diumpamakan perpaduan masyarakat Malaysia yang begitu erat
    dan tidak dapat disangkal lagi di sebalik kejayaan masyarakat Malaysia
       mengecapi perpaduan ini terselit peranan media yang membantu
   tersemainya benih-benih perpaduan dalam jiwa masyarakat. Kita dapat
   melihat bahawa media juga dijadikan platform untuk memperkenalkan
   tradisi-tradisi yang unik daripada kepelbagaian etnik yang wujud bukan
sahaja kepada rakyat Malaysia bahkan ke peringkat antarabangsa di samping
menjamin kelestarian tradisi ini agar ia tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
  panas. Media juga memberi sumbangan penting sebagai ejen penyampaian
     maklumat kepada semua lapisan masyarakat tidak kira di pendalaman
  mahupun kawasan bandar. Kita juga dapat menyaksikan bahawa media ini
merupakan penggerak interaksi berbilang kaum yang sangat penting dalam
       sesebuah hubungan etnik. Sesungguhnya, media ini sememangnya
  memberikan kesan yang positif dalam menjana perhubungan masyarakat
     Malaysia namun seandainya kita salah menggunakan media ini ia juga
    berpotensi menjadi musuh utama yang mampu memporak-perandakan
 hubungan sesama etnik yang terdapat di Malaysia yang mungkin membawa
negara Malaysia ke lembah kehancuran yang masih belum pernah dirasai oleh
                              mana-mana tamadun yang lain.
22
     RSuujmubkearn
                   Bangsa Daniel, (2021), Apakah Media Sosial?,
                https://ms.eyewated.com/apakah-media-sosial/
     Anonymous, (n.d), Apa itu media sosial - Pengenalan & Ringkasan
     Sejarah, https://cari-idea.blogspot.com/2020/04/apa-itu-media-
                                         sosial.html
  Anonymous, (2o15, Disember 17), Cabaran/Halangan Penggunaan Media
      Sosial, http://evolusimediasosial.blogspot.com/2015/12/cabaran-
                          halangan-penggunaan-media.html
       Ambar, (2018, May 8), Peranan Media Sosial dalam Masyarakat,
  https://pakarkomunikasi.com/peranan-media-sosial-dalam-masyarakat
          Anonymous, (2021), Kebaikan dan Keburukan Media Sosial,
     https://cmnacademy.com/kebaikan-dan-keburukan-media-sosial/
                             TheInspirasi, (2021 Jun 1),
  Sejauhmana Media Sosial Memberi Kesan Buruk Kepada Masyarakat?
https://theinspirasi.my/sejauhmana-media-sosial-memberi-kesan-buruk-
                                 kepada-masyarakat/
                                     STPMEsei, (2017)
    Kesan-Kesan Buruk Penggunaan Laman Sosial Terhadap Masyarakat,
https://stpmesei.blogspot.com/2017/02/kesan-kesan-buruk-penggunaan-
                                         laman.html
23
     RSuujmubkearn
                                 CMN Academy, (2021),
                      Kebaikan dan keburukan media sosial,
    https://cmnacademy.com/kebaikan-dan-keburukan-media-sosial/
                                               
                       Michele Chow Jia Yee, (2016, Ogos 5),
               Peranan Media Sosial Dalam Memupuk Perpaduan,
https://prezi.com/bplxkxsenh1x/peranan-media-sosial-dalam-memupuk-
                                        perpaduan/
               Muhammad Hazim Bin Harun, (2016, Desember 1),
Refleksi kendiri pengalaman harian dan pelan tindakan individu sebagai
                                agen penyatupaduan ,
  https://www.openlearning.com/content/583fc2c126f81b6ecb6f2249/