‘ PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT LEBUH LIGHT PULAU PINANG LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG KE-50 TARIKH :10 JUN 2022 MASA :9.00 PAGI DEWAN SK CONVENT LEBUH LIGHT
CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT LEBUH LIGHT SIDANG 2022/2023 Setiausaha : Cik Nurul Syafiqah binti Shariff Bendahari : Puan Thevi a/p Arumugam AJK Ibu Bapa : Encik Gobi Kanniah Puan Siti Zurizan binti SK Ahmad Puan Nor Anita binti Abdul Aziz Encik Shamsudin bin Ahmad Puan Siti Hasma binti Haja Mohideen AJK Guru : Puan Aziah binti Hassan Puan NorShahida binti Mohd Noor Puan Gloria Arul Pakiam Puan Shahina Shabnam Cik Teoh Hui Feng Juru Audit : Puan Khoo Lee Shee Juru Audit : Encik Muhammad Zamri bin Ariffin Yang Dipertua : Encik Loganathan a/l Kuppan Penasihat : Puan Mazliza binti Abu Bakar Naib Yang Dipertua : Encik Zol Hilmi bin Hamdan
SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU KE MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT LEBUH LIGHT KALI KE-49 SIDANG 2022/2023 Tarikh : 18 Jun 2022 Masa : 9:00 Pagi Tempat : Dewan SK Convent Lebuh Light Kehadiran : Bil. Nama Ibu Bapa Bil. Nama Guru 1. Encik Loganathan a/l Kuppan 1. Puan Mazliza binti Abu Bakar 2. Encik Zol Hilmi bin Hamdan 2. Puan Aziah binti Hassan 3. Puan Siti Hasma binti Haja Mohideen 3. Puan Gloria Arul Pakiam 4. Encik Gobi a/l Kanniah 4. Puan NorShahida binti Mohd Noor 5. Encik Muhammad Zamri bin Ariffin 5. Puan Thevi a/p Arumugam 6. Puan Siti Zurizan binti SK Ahmad 6. Cik Nurul Syafiqah binti Shariff 7. Puan Nor Anita binti Abdul Aziz 7. Cik Yuhashinee a/p Seladorai 8. Encik Shamsudin bin Ahmad 8. Encik Lim Kheng Chye 9. Puan Ummu Haram binti Sahul Hamid 9. Cik Khoo Lee She 10. Puan Rosmini binti Mohd Yusoff 10. Puan Shahina Shabnam binti M. Sharifudeen 11. Encik Aizy Hasnan Zain bin Abdul Hamid Zain 11. Cik Teoh Hui Feng 12. Encik Mohamed Kathirudeen bin Ahmed Jamaluddin 12. Puan Siti Ami Nadiah binti Zakaria 13. Puan Kassima Begam binti Seeni Pakir 13. Puan Seah Li Im 14. Puan Azrinbadrinas binti Abu Bakar 14. Cik Mazlina binti Sahul Hamid 15. Puan Nurhalimah binti Sutrisno 16. Puan Zulaiha Bee binti P.Ameer Hamja 17. Puan Noorjahan Begam binti Abdul Wahab 18. Encik Mohd Tajuddin bin Akbar Ali 19. Encik Zainul Abidin bin Meedeen 20. Encik Abdul Kader bin Mohamed Mydin 21. Encik Mohd Zailani bin Zakaria
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT LEBUH LIGHT KALI KE-49 SIDANG 2022/2023 1. Ucapan Penasihat 2. Ucapan Pengerusi 3. Ucapan Naib YDP PIBG 4. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Tahun Yang Lalu 5. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 6. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir Mei 2022 7. Membahaskan Usul dan Cadangan 8. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi Tahun 2022/2023 9. Pemilihan Juru Audit Dalaman 10. Hal-Hal Lain 11. Ucapan Penangguhan Oleh Yang Dipertua PIBG Sidang 2022/2023
Agenda 1 : Ucapan Penasihat Puan Mazliza binti Abu Bakar, Guru Besar Sek. Keb. Convent Lebuh Light 1.1 Penasihat mengalu-alukan kedatangan semua guru dan ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 SK Convent Lebuh Light. 1.2 Penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang sudi melapangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung kali ini. 1.3 Penasihat memaklumkan enroleman murid di sekolah ini iaitu seramai 76 orang kepada semua ahli mesyuarat. 1.4 Penasihat turut memaklumkan bahawa hanya terdapat empat kelas sahaja yang sedang beroperasi iaitu dua buah kelas tahun 5 dan dua buah kelas bagi tahun 6. 1.5 Penasihat menjelaskan bahawa sekolah ini dalam proses penyuraian secara berperingkat-peringkat. Oleh itu, semua guru di sekolah ini memegang banyak jawatan dan memikul banyak tugas. 1.6 Penasihat memaklumkan bahawa beliau dan guru-guru sedang dalam proses untuk mengemas kini aset sekolah. Aset sekolah ini perlu melalui proses pindah hak milik ke sekolah yang lain atau pelupusan bagi aset yang telah rosak. 1.7 Menurut penasihat juga, proses penyuraian ini memerlukan komitmen dan tenaga kerja yang banyak agar proses ini dapat berjalan dengan lancar. 1.8 Penasihat juga memaklumkan bahawa aktiviti sekolah akan berjalan seperti biasa walaupun sekolah dalam proses penyuraian. Aktiviti seperti sukan tahunan, sambutan hari kanak-kanak, merentas kota atau apa sahaja program yang dijalankan oleh KPM akan dilaksanakan di sekolah ini tanpa pengecualian. Terbaharu, KPM telah melancarkan satu Program Sekolahku Sejahtera. Pihak sekolah telah menyambut baik program ini dengan mewujudkan suasana seperti yang diharapkan oleh KPM. Malahan, pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti seperti pertandingan menulis esei dan melukis poster. 1.9 Penasihat menyatakan kebimbangan beliau tentang peratus kehadiran murid. Menurut beliau, pada awal semester tahun ini, kehadiran murid ke sekolah adalah amat membimbangkan. Namun, beliau faham akan dilema ibu bapa yang mungkin risau akan kesihatan murid kerana penularan Covid-19. Beliau menjelaskan pihak sekolah telah mencuba sedaya upaya untuk memastikan keselamatan murid-murid di sekolah ini. 1.10 Penasihat meminta agar ibu bapa mengambil berat akan kehadiran murid ke sekolah. Beliau berharap agar murid tidak ponteng sekolah atas urusan yang tidak mustahak.
1.11 Penasihat juga memaklumkan murid tidak lagi dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja. Kini, prestasi murid akan dinilai secara berterusan melalui Pentaksiran Bilik Darjah, ujian psikometrik, dan PAJSK. Oleh itu, murid haruslah aktif dan hadir ke sekolah setiap hari agar murid dapat dinilai dan dibantu oleh pihak sekolah. 1.12 Penasihat juga memaklumkan bahawa cop stamp PIBG sekolah juga ditukar baharu memandangkan cop yang lama telah rosak. Agenda 2 : Ucapan Encik Loganathan a/l Kuppan Yang Dipertua PIBG SK Convent Lebuh Light 2.1 Yang Dipertua PIBG mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua ibu bapa yang sudi hadir ke mesyuarat PIBG kali ke-49 sidang 2022/2023 2.2 Menurut Yang Dipertua PIBG, beliau amat berbesar hati dapat berkhidmat di sekolah ini. Beliau akan terus membantu pihak sekolah untuk bersama-sama meningkatkan prestasi dan membantu murid di sekolah ini. 2.3 Yang Dipertua PIBG menyuarakan rasa kagum kepada semua guru dan ibu bapa yang berusaha menyertai Mesyuarat Agung kali ini. Bagi beliau, masa yang diluangkan adalah sangat bermakna untuk bersama-sama berganding bahu meningkatkan prestasi murid dan sekolah. 2.4 Yang Dipertua PIBG menyatakan bahawa sekolah ini sedang dalam proses penyuraian secara berperingkat-peringkat. Oleh itu, murid di sekolah ini semakin berkurang. Namun, ini tidak bermakna pihak sekolah atau ibu bapa boleh mengambil ringan akan kebajikan murid. 2.5 Yang Dipertua PIBG juga menyatakan sokongan beliau kepada pihak sekolah dalam mengendalikan aktiviti di sekolah. Beliau akan membantu pihak sekolah terutamanya dari segi kewangan. 2.6 Menurut YDP PIBG, sumbangan PIBG tidak lagi dikutip kepada murid yang bersekolah di sekolah ini memandangkan duit yang ada sudah memadai sehingga penutupan sekolah. Duit yang masih berbaki di dalam akaun PIBG akan digunakan sepenuhnya kepada murid dan juga guru yang berkhidmat di sekolah ini sebagai tanda penghargaan. 2.7 YDP PIBG juga berharap agar ibu bapa dan guru-guru menjaga keselamatan murid ketika di sekolah. Beliau juga mengingatkan supaya memandu dengan berhati-hati semasa berdekatan dengan kawasan sekolah.
Agenda 3 : Ucapan Encik Zol Hilmi bin Hamdan, Naib Yang Dipertua PIBG SK Convent Lebuh Light 3.1 Naib YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ini. 3.2 Naib YDP PIBG menjelaskan kepentingan menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kepada semua ibu bapa yang hadir. 3.3. Naib YDP PIBG menjelaskan Mesyuarat Agung PIBG ini amat penting kepada semua dalam membantu pihak sekolah agar proses pembelajaran murid berjalan lancar. 3.4 Naib YDP PIBG juga amat berharap agar ibu bapa yang hadir sudi untuk menyampaikan pesanan kepada rakan yang lain agar melapangkan sedikit masa untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG agar ibu bapa lebih peka akan perkembangan sekolah dan anak-anak mereka. 3.5 YDP PIBG juga menjelaskan bahawa PIBG sekolah akan memberikan sokongan yang padu kepada pihak sekolah agar dapat memudahkan urusan pentakbiran sekolah. Sokongan ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti untuk membantu murid di sekolah ini. 3.6 Menurut YDP PIBG juga, sekolah ini dalam proses penyuraian secara berperingkatperingkat. Namun ini tidak bererti proses pembelajaran tidak berjalan. Oleh itu, ibu bapa dan para guru perlu saling berkomunikasi agar murid mendapat manfaat sepenuhnya. Agenda 4 : Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47 dan 48 4.1 Setiausaha PIBG membentangkan laporan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 dan 48 4.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 dan 48 telah dicadangkan oleh Puan Shahina dan disokong oleh Puan Ummu. Agenda 5 : Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 5.1 Setiausaha PIBG membentangkan Laporan Tahunan PIBG. 5.2 Pengesahan Laporan Tahunan PIBG oleh Puan Shahina dan disokong oleh Puan Ummu.
Agenda 6 : Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir pada Mei 2022 6.1 Bendahari membentangkan laporan kewangan yang berakhir pada Mei 2022 6.2 Pengesahan Laporan kewangan disahkan oleh Puan Gloria dan disokong oleh Encik Lim. Agenda 7 : Membahaskan Usul dan Cadangan 7.1 Rujuk Lampiran 1 Agenda 8 : Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2022/2023 8.1 Yang Dipertua PIBG membubarkan AJK Sidang 2021/2022. 8.2 Pemilihan dan pelantikan AJK PIBG Sidang 2022/2023 dilakukan secara undian oleh semua AJK PIBG yang hadir Yang Dipertua PIBG Encik Loganathan a/l Kuppan Cadang : Puan Gloria Arul Pakiam Sokong : Encik Lim Kheng Chye Naib Yang Dipertua PIBG Encik Zol Hilmi bin Hamdan Cadang : Puan Aziah Hasan Sokong : Puan Shahina Shabnam Bendahari Puan Thevi a/p Arumugam Cadang : Cik Khoo Lee Shee Sokong : Cik Nurul Syafiqah AJK Ibu Bapa 1. Puan Siti Hasma binti Haja Mohideen Cadang : Cik Teoh Hui Fung Sokong : Cik Yuhashinee 2. Puan Siti Zurizan bin SK Ahmad Cadang : Cik Nurul Syafiqah Sokong : Puan Shahina Shabnam 3. Encik Gobi Kanniah Cadang : Puan Siti Ami Nadiah Sokong : Cik Nurul Syafiqah 4. Puan Nor Anita binti Abdul Aziz Cadang : Cik Mazlina Sahul Hamid Sokong : Puan Thevi Arumugam
5. Encik Shamsudin bin Ahmad Cadang : Puan Seah Li Im Sokong : Encik Kheng Chye Cadangan ditutup oleh Puan Gloria dan disokong oleh Cik Teoh Hui Fung. AJK Guru 1. Puan Aziah binti Hassan Cadang : Cik Teoh Hui Fung Sokong : Puan Seah Li Im 2. Puan Gloria Arul Pakiam Cadang : Cik Nurul Syafiqah Sokong : Puan Seah Li Im 3. Puan NorShahida binti Mohd Noor Cadang : Cik Mazlina Sahul Hamid Sokong : Cik Nurul Syafiqah 4. Cik Teoh Hui Feng Cadang : Puan Siti Ami Nadiah Sokong : Cik Mazlina binti Sahul Hamid 5. Puan Shahina Shabnam Cadang : Cik Nurul Syafiqah Sokong : Puan Ummu Haram Cadangan ditutup oleh Puan Ummu dan disokong oleh Cik Nurul Syafiqah Agenda 9 : Pemilihan Juru Audit PIBG bagi tahun 2022/2023 Juru Audit Dalaman Puan Khoo Lee Shee Cadang : Puan Shahida Sokong : Puan Siti Ami Nadiah Cadangan ditutup oleh Puan Gloria dan disokong oleh Puan Aziah Juru Audit Luar Encik Muhammad Zamri bin Ariffin Cadang : Puan Suhaili Sokong : Encik Zol Hilmi Cadangan ditutup oleh Puan Shahina dan disokong oleh Puan Aziah binti Hassan
Agenda 10 : Hal-hal Lain 10.1 Penasihat menerangkan bahawa pada tahun ini, pihak sekolah tidak akan mengutip sumbangan PIBG memandangkan wang dalam bank simpanan PIBG dijangka mencukupi sehingga aktiviti akhir tahun tahun depan. 10.2 Penasihat juga meminta kerjasama ibu bapa supaya mengambil berat akan kehadiran murid ke sekolah. 10.3 Penasihat juga meminta kerjasama ibu bapa memantau perkembangan pembelajaran murid di rumah dan sentiasa menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Agenda 11 : Ucapan Penangguhan oleh Yang Dipertua PIBG Sidang 2022/2023 11.1 Yang Dipertua PIBG mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG Sidang 2022/2023 yang baru dilantik. Beliau memohon kerjasama daripada semua AJK PIBG Sidang 2022/2023 untuk bekerjasama bagi membantu sekolah untuk meningkatkan prestasi semua murid di sekolah ini. 11.2 Yang Dipertua PIBG sangat berterima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang masih menaruh kepercayaan kepada beliau untuk terus menerajui persatuan PIBG sekolah. 11.3 Yang Dipertua PIBG juga berharap agar ibu bapa dan guru-guru tidak akan berputus asa membantu murid untuk menuntut ilmu. Encik Loganathan A/L Kuppan, Yang Dipertua PIBG SK Convent Lebuh Light 2022/2023 Cik Nurul Syafiqah binti Shariff, Setiausaha PIBG SK Convent Lebuh Light 2022/2023
USUL DAN CADANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT LEBUH LIGHT KALI KE-49 SIDANG 2022/2023 BIL. USUL/TINDAKAN PENCADANG 1. Usul dan Cadangan : Wujudkan kantin sekolah CADANGAN DAN TINDAKAN Puan Mazliza memaklumkan bahawa pihak sekolah telah membuka tawaran tender kantin sekolah. Namun, tiada pihak yang berminat memandangkan jumlah murid yang sedikit. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil langkah bagi mengatasi masalah ini dengan memohon bantuan pihak kantin dari Sekolah Kebangsaan Hutchings untuk membekalkan makanan kepada murid. Hal ini juga telah dimaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut. Encik Mohd Tajudin (Nur Fatimah 6 Kristal) 2. Bagaimanakah proses pemilihan murid ke tingkatan 1 dilakukan sedangkan murid tidak lagi menduduki peperiksaan UPSR? CADANGAN DAN TINDAKAN Puan Mazliza menjelaskan prestasi murid kini dinilai melalui penilaian berterusan yang dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah. Guru-guru setiap subjek akan menilai tahap penguasaan murid di dalam bilik darjah berpandukan kriteria yang telah ditetapkan. Puan Siti Hasma (Erina Johara 6 Delima) 3. Diharapkan kelas tambahan pada hari Jumaat dapat dihentikan awal supaya murid dapat pulang awal sedikit memandangkan kebanyakan bapa murid yang beragama Islam perlu mendirikan Solat Jumaat. CADANGAN DAN TINDAKAN Puan Mazliza bersetuju dengan cadangan tersebut. Beliau akan membenarkan murid untuk pulang pada pukul 12.45 tengah hari. Puan Rosmini binti Mohd Yusoff (Dania Syakiera 6 Kristal)
Pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Convent Lebuh Light ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada : Jabatan Pendididkan Negeri Pulau Pinang Pejabat Pendidikan Negeri Pulau Pinang Jemaah Pengurusan Sekolah Kakitangan Sekolah Kebangsaan Convent Lebuh Light Ibu bapa Penderma-penderma PENGHARGAAN