The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nforceteambpgk, 2022-08-30 00:06:26

Buku Memoir 50 Tahun Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP

Memoir 50 Tahun Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP

Keywords: Memoir 50 Tahun Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP

ISI KANDUNGAN

PRAKATA

Memoir 50 Tahun Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP ini adalah kesinambungan daripada Buku Memoir
40 Tahun Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP yang pernah diterbitkan sebelum ini. Ianya merupakan salah
satu wadah untuk pembaca menghayati sejarah penubuhan Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP yang menjadi
tulang belakang kepada Kementerian.

Memoir ini disusun dalam bentuk naratif bergambar supaya ianya mudah dan menarik untuk dihayati oleh
generasi kini dan akan datang berkaitan sejarah penubuhan Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP hasil
daripada usaha gigih Pengurusan Tertinggi dan warga penguat kuasa KPDNHEP terdahulu sehinggalah kepada
era terkini sepanjang tempoh 50 tahun.

Bahan-bahan bergambar dalam memoir ini diambil dan dikumpulkan daripada terbitan sebelum ini dan
diteruskan kesinambungan rentetan peristiwa dan kejayaan yang dilakar oleh Bahagian Penguat Kuasa
KPDNHEP sehingga kini. Bahan-bahan juga dikumpulkan daripada sumber dalam Kementerian dan luar
seperti Arkib Negara dan BERNAMA.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua individu dan organisasi yang telah memberikan
sumbangan dalam penyediaan Buku Memoir 50 Tahun yang tentunya akan menjadi dokumen penting yang
tidak ternilai buat kita semua khususnya warga Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP.

Sidang Editor Zarif Anwar
Aris Mamat
V. Ravichandran Hilmey Jamaludin
Taha Julai Norasmah Jemain
Sha’arani Miskat Siti Norain Rosman

KANDUNGAN

4 PERUTUSAN YB MENTERI
6 PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENGUAT KUASA
8 HURAIAN MAKSUD LOGO RASMI SAMBUTAN 50 TAHUN BAHAGIAN PENGUAT KUASA
9 VISI, MISI, MOTO, SLOGAN DAN TERAS STRATEGIK BAHAGIAN PENGUAT KUASA
10 BARISAN KETUA PENGARAH PENGUAT KUASA (1972 - KINI)
12 AWAL PENUBUHAN
14 ERA EVOLUSI - BERMULANYA ERA SEJARAH TERCIPTA
20 ERA TRANSFORMASI - MENITI KEGEMILANGAN MELAKAR KEJAYAAN
36 ERA PEMODENAN DAN PENDIGITALAN - MENJUNJUNG ASPIRASI MEMACU DIGITALISASI
48 TRANSFORMASI KURSUS-KURSUS PENGUATKUASAAN
52 PENTAULIAHAN KEJURULATIHAN KAWAD, JASMANI DAN MENEMBAK BAHAGIAN PENGUAT KUASA
56 LATIHAN MENEMBAK
57 TRANSFORMASI SENJATA API
58 PELUPUSAN EKSHIBIT
60 PEMERIKSAAN PEMATUHAN SOP AKTA 342 DAN KIT UJIAN PANTAS COVID-19
62 PEWARTAAN HARGA MAKSIMUM MINYAK MASAK BOTOL
64 PENGUATKUASAAN PEMBELIAN MINYAK PETROL RON95 OLEH KENDERAAN ASING DI STESEN MINYAK DI SELURUH NEGARA
65 PENGUATKUASAAN KAWALAN SEMPADAN BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN
66 OPS BLING
67 OPS PANTAU
68 SKIM KAWALAN HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN DAN SKIM KAWALAN HARGA MAKSIMUM KELUARGA MALAYSIA
70 KEBAJIKAN
72 MESYUARAT PENYELARASAN TUGAS-TUGAS PENGUATKUASAAN BERSAMA KPPN DAN KPPD
74 IMBASAN MAJLIS PERBARISAN KAWALAN KEHORMATAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KE-50 DAN TAMAT LATIHAN

KURSUS ASAS SAINS PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

80 GALERI
89 SAJAK - "BIAR REBAH, PANTANG MENGALAH"
92 SEIMBAS PENCAPAIAN

PERUTUSAN

YB MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Tahun 2022 amat istimewa sekali buat saya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) kerana sekali lagi saya dapat bersama-sama dengan warga kerja Bahagian
Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk
menyambut ulang tahun jubli emas malah lebih manis lagi pada genap usia 50 tahun pada tahun ini.
Saya begitu bangga sekali dengan Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP kerana selain komitmen tinggi
yang diberikan dalam memastikan pertumbuhan perdagangan domestik, hak-hak pengguna turut
dipelihara untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif. Bahagian Penguat Kuasa
KPDNHEP juga telah berada pada tahap yang setanding dengan agensi-agensi penguatkuasaan
berwibawa yang lain.

Saya begitu tertarik sekali dengan penerbitan Buku Memoir 50 Tahun Bahagian Penguat Kuasa
KPDNHEP ini kerana saya berpeluang menyelusuri sejarahnya sejak awal tertubuhnya Bahagian ini
sejak 50 yang tahun lalu, sehinggalah pada era kini. Pelbagai cabaran ditempuhi namun berkat
kerjasama dan usaha gigih barisan kepimpinan dan anggota Bahagian ini, saya dapat melihat banyak
transformasi dan kemajuan dikecapi sehingga meletakkan Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP berada
pada tahap yang membanggakan.

Syabas dan tahniah diucapkan!

Selamat Menyambut Jubli Emas Ulang Tahun ke 50 Bahagian Penguat Kuasa saya ucapkan!

YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI

50 Tahun Menabur Bakti 5

PERUTUSAN

KETUA PENGARAH PENGUAT KUASA

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana pada tahun ini saya sekali lagi berpeluang bersama-sama
dengan barisan kepimpinan tertinggi Kementerian serta anggota Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP
untuk menyambut ulang tahun penubuhan Bahagian ini dan lebih manis lagi pada usia 50 tahun
penubuhannya.

Buku Memoir 50 Tahun Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP ini telah membawa kita kepada sejarah awal
penubuhannya bermula iaitu pada tanggal 17 April 1972. Pelbagai peristiwa penting yang bersejarah dan
penuh bermakna dapat kita lihat menerusi gambar-gambar dan coretan yang sudah cukup untuk
menceritakan seribu satu kisah pengorbanan, usaha dan komitmen barisan kepimpinan dan anggota
terdahulu sehinggalah ke hari kini. Semoga dengan apa yang dipaparkan di dalam Buku Memoir ini dapat
menjadi pembakar semangat dan motivasi buat kita semua warga Bahagian Penguat Kuasa
KPDNHEP untuk bersama-sama dengan barisan kepimpinan tertinggi Kementerian untuk terus
menjadikan KPDNHEP cemerlang sepanjang zaman.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan tertinggi
Kementerian kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada Bahagian Penguat Kuasa
KPDNHEP dan kerjasama dalam penerbitan memoir ini. Tidak lupa juga kepada Sidang Editor yang telah
bertungkus-lumus menyediakan buku ini walaupun berdepan tugasan hakiki yang semakin mencabar.

Selamat Menyambut Jubli Emas Ulang Tahun Ke 50 Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP.

Komited Mendepani Cabaran!

AZMAN BIN ADAM

50 Tahun Menabur Bakti 7



50 Tahun Menabur Bakti 9



50 Tahun Menabur Bakti 11

AWAL PENUBUHAN

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

Selepas perang dunia ke Il berakhir iaitu semasa Persekutuan Tanah Melayu berada di bawah Pentadbiran
Tentera British, kawalseliaan ke atas harga barang-barang telahpun diperkenalkan melalui Ordinan Kawalan
Harga 1946. Badan yang bertanggung jawab ke atas kawalseliaan ini ialah Jabatan Kawalan Harga sehingga ianya
digabungkan dengan Jabatan Bekalan pada tahun 1947. Pada bulan April 1956, setahun sebelum negara mencapai
kemerdekaan Jabatan Bekalan ini telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan dan Perusahaan yang
baru ditubuhkan. Awal penubuhannya tugas dan tanggung jawab Kementerian ini adalah tertumpu kepada
bidang perdagangan dan mengawasi prestasi eksport barang-barang utama Persekutuan Tanah Melayu,
menggalakkan perindustrian melalui Seksyen Pembangunan Industri, mentadbir rancangan Kerajaan ke atas
RIDA (Rural and Industrial Development Authority) dan Lembaga Letrik Negara serta mengawasi
‘Government Reserve Stock for Rice’. Pada awal tahun 1971, semua pegawai dari Jabatan Bekalan ini telah
menyertai sebuah agensi baru yangditubuhkan iaitu lembaga Padi dan Beras Negara. Ini telah menyebabkan
Ordinan Kawalan Harga dan Ordinan Kawalan Bekalan tidak dapat dikuatkuasa kekangan ketiadaan kakitangan.
Dalam masa yang sama, krisis ekonomi yang melanda dunia akibat daripada kenaikan harga minyak setelah
tertubuhnya Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC), telah memberi kesan yang buruk
kepada negara sehingga menyebabkan kadar inflasi meningkat kepada 18 peratus. Peristiwa rusuhan kaum pada
tahun 1969 dan banjir besar yang berlaku pada tahun 1971 juga telah turut mengganggu kedudukan bekalan dan
pengedaran serta harga barang-barang keperluan di seluruh negara.

Rentetan dari masalah-masalah tersebut telah memaksa kerajaan memberi perhatian yang serius dan mencari
jalan penyelesaian yang berkesan bagi mengatasinya. Penyusunan semula telah dibuat dan nama Kementerian
Perdagangan dan Perusahaan ketika itu telah diubah kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian yang
antara objektifnya adalah mengawal import dan eksport, menentukan harga barang-barang keperluan
dan mengawasi amalan dan praktik perdagangan yang bersih. Ekoran penyusunan semula ini dan atas usaha
gigih YB Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Encik Mohamed Khir Johari, Bahagian Penguat Kuasa telah
ditubuhkan dengan rasminya pada 17 April 1972.

Objektif penubuhan Bahagian Penguat Kuasa adalah:

Mengawasi kedudukan harga barang-barang perlu supaya sentiasa berada di paras yang munasabah dan
berpatutan.

Mengawal kedudukan bekalan barang-barang perlu supaya sentiasa mencukupi dalam semua keadaan
masa.

50 Tahun Menabur Bakti 13

ERA EVOLUSI BERMULANYA ERA SEJARAH TERCIPTA

ERA REVOLUSI

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

A C

B

A. Pejabat pertama Bahagian Penguat Kuasa yang terletak di Tingkat Bawah Tanah,
Wisma Damansara, Kuala Lumpur.
B. Banjir besar yang berlaku pada tahun 1971.
C. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn semasa Sidang Akhbar Kempen
Anti-Sorok di Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.

ERA EVOLUSI BERMULANYA ERA SEJARAH TERCIPTA 50 Tahun Menabur Bakti 15

D

E

D. Pegawai Penguat Kuasa sedang menjalankan pemeriksaan di Pasar Jalan Chow Kit ekoran
aduan yang diterima berhubung harga bawang. En. Mohd Kassim Hj. Zainal sedang melakukan
catatan. Gambar: Straits Times 17 Oktober 1972
E. Pegawai Penguat Kuasa merampas gula yang disorok bernilai RM1.5 Juta di Permatang Pauh,
Pulau Pinang. Gambar: Straits Times 17 Mac 1974

ERA EVOLUSI BERMULANYA ERA SEJARAH TERCIPTA

ERA REVOLUSI

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

B

Tugasan pertama
‘Kempen Anti-Sor

membawa kejayaa

dan memudahkan

la kemudian diik
mengawasipenjual
tahun 1977, pengu
atas Akta tersebut
peruntukan sivil sa

A. 35,000 gun

B. Anggota Po
salah sebua

C. “Boneka se
Inilah hasil

D. Pegawai Pe
sekitar Kua

A C E. Seruan Y.A

1974

ERA EVOLUSI BERMULANYA ERA SEJARAH TERCIPTA

50 Tahun Menabur Bakti 17

D E

a yang ditangani adalah isu kenaikan harga dan penyorokan barang-barang perlu yang berleluasa.
rok’ yang dilancarkan oleh YAB Dato’ Hussein Onn, Timbalan Perdana Menteri pada 1 Mac 1974 telah
an besar melalui operasi-operasi yang dijalankan. Sebagai langkah memperkemaskan lagi ‘Kempen Anti-Sorok’
n penguatkuasaan,urusniaga beberapa jenis barang kawalan telah dilesenkan mulai 22 Mac.

kuti dengan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 1972 pada 3 November 1972 yang bertujuan untuk
lanbarang-barangtiruandanpernyataanpalsuataumengelirukanberhubungbarangbarangdanperkhidmatan.Pada
uatkuasaan Akta Sewa Beli 1967 pula diserahkan kepada Bahagian Penguat Kuasa apabila pindaan dibuat ke
t dengan memasukkan beberapa peruntukan kesalahan jenayah. Sebelum pindaan, Akta ini hanya mempunyai
ahaja.

ni gula bernilai kira-kira 1 juta dirampas dalam Ops Sorok di Butterworth, Pulau Pinang.

olis membantu pegawai Penguat Kuasa yang dihalang ketika merampas barang-barang kawalan yang disorok oleh
ah kedai di Kuala Lumpur. Gambar: Straits Times 7 Mac 1974.

eorang saudagar yang ditangkap dipertunjukkan kepada ramai sebelum dibicarakan pada malam 15 Mei 1974.
l dari Kempen Anti-Sorok “. Gambar: Straits Times 16 Mei 1974.

enguat Kuasa menunjukkan sebahagian daripada penapis minyak tiruan yang dirampas dari tiga buah premis di
ala Lumpur termasuk kilang pembuatnya di Batu Caves. Gambar: Berita Harian 5 Mei 1981

A.B. Datuk Hussein bin Onn, Pemangku Perdana Menteri sewaktu melancarkan ‘Kempen Anti-Sorok’ pada 1 Mac

ERA EVOLUSI BERMULANYA ERA SEJARAH TERCIPTA B

ERA REVOLUSI

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

A

C

ERA EVOLUSI BERMULANYA ERA SEJARAH TERCIPTA

50 Tahun Menabur Bakti 19

D

Bahagian Penguat Kuasa turut mencatat sejarahnya sendiri apabila buat pertama kalinya mengambil pegawai-pegawai penguat kuasa dari kalangan wanita iaitu pada Julai 1979. Mereka ialah PZ
Teoh Ah Lui, Puan Faridah Hashim dan Puan Khalilah Mohd Yassin.
A. Antara peserta Kursus Asas Penguat Kuasa pengambilan Mac 1981 yang diadakan selama 2 minggu di Universiti Malaya.
B. Pegawai dari sebuah syarikat minyak sedang memberi penerangan teknikal berhubung fungsi dan penggunaan meter di stesen minyak.
C. Lawatan kerja ke Makmal Metrologi Sah di Brisbane, Australia pada tahun 1984. Dua dari kiri: En. Mohd Sharthah A. Aminuddin, En. Mohd Nor Yunus, En. Abdul Rahman Ghazali dan En. Mohd
Asri Yusof.
D. Gambar Kursus Asas Penguat Kuasa tahun 1980 di Dewan Sri Jugra, Kuala Selangor. Pegawai wanita dari kiri: Puan Teoh Ah Lui, Puan Faridah Hashim, Puan Azizah Yan, Puan Khalilah Mohd
Yassin, Puan Zaitul Haji Karim, Puan Latifah Begum Sheikh Jussein, Puan Halijah Sandiman, Puan Wong Yoke Eng dan Puan Siti Fatimah Mohamed.

ERA TRANSFORMASI

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

Tahun 2006 melakar sejarah baru apabila diwujudkan mini Kementerian di peringkat negeri.
Pengarah-pengarah negeri yang selama ini terdiri daripada kalangan pegawai penguat kuasa telah diganti dengan
pegawai-pegawai dari skim perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Banyak jawatan diwujudkan
termasuk pertambahan anggota penguat kuasa dari pelbagai gred. Beberapa Seksyen baru juga diwujudkan
untuk melaksanakan tugas dalam bidang masing-masing manakala pegawai penguat
kuasa pula mengkhusus kepada tugas-tugas yang dikenali sebagai 4P iaitu perisikan, pemeriksaan,
penyiasatan dan pendakwaan. Pengkhususan ini kemudiannya ditambah dengan tugas pengurusan ekshibit
menjadikannya kepada 5P.

Usaha membanteras kegiatan cetak rompak oleh Bahagian Penguat Kuasa terutamanya yang melibatkan
cakera optik mendapat sokongan pihak industri. Pada bulan Mac 2008, Motion Pictures Association (MPA)
menyumbang 2 ekor anjing pengesan bernama Paddy’ dan ‘Manny’ untuk membantu mengesan
pembuatan dan pengedaran bahan-bahan cetak rompak dalam bentuk cakera optik. Serentak dengan itu juga
Unit K9 iaitu yang pertama di dunia untuk memerangi cetak rompak telah ditubuhkan di Bahagian
Penguat Kuasa. Peranan Unit tersebut telah mencatat kejayaan yang membanggakan dan berjaya mengesan
lebih 50 juta keping cakera optik yang disorok dalam stor, premis-premis berkunci dan juga
bungkusan-bungkusan yang diedarkan melalui penghantaran. pelabuhan, lapangan terbang dan juga agensi
penghantaran.

Tahun 2011 pula menyaksikan banyak undang-undang lama dipinda secara drastik atau dimansuhkan. Akta
Kawalan Harga 1946 yang tertua dikuatkuasakan telah dimansuhkan dan diganti dengan Akta Kawalan Harga
dan Antipencatutan 2011. Walaupun masih belum dapat dikuatkuasakan sepenuhnya kerana beberapa isu
perundangan tetapi akta ini dijangka akan memberi kesan besar kepada Bahagian Penguat Kuasa.

50 Tahun Menabur Bakti 21

Begitu juga dengan Akta Jualan Langsung 1993 turut dimansuh dan diganti dengan Akta Jualan Langsung
dan Anti Skim Piramid 1993 yang lebih berkesan dalam menangani eksploitasi jualan barang-barang atau
perkhidmatan ‘ala skim cepat kaya’ yang berbentuk skim piramid.
Satu lagi undang-undang lama yang dimansuhkan ialah Akta Perihal Dagangan 1972. Akta ini diganti dengan Akta Perihal
Dagangan 2011 yang baru selaras dengan keperluan semasa. Serentak dengan pindaan itu juga, ramai pegawai dari Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diwartakan sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan khusus untuk
menguatkuasakan peraturan-peraturan berkaitan dengan halal.

ERA TRANSFORMASI MENITI KEGEMILANGAN MELAKAR KEJAYAAN

ERA TRANSFORMASI

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

AB

A. Special 301 Report dari Priority Watch List oleh United States Trade (USTR). Pada Tahun 2012 D
Malaysia telah dikeluarkan daripada senarai Watch List (USTR) berhubung tahap perlindungan
harta intelek yang tinggi setara dengan negara-negara maju yang lain.

B. YB. Menteri bersama-sama Timbalan Menteri, Pengarah Penguat Kuasa dan pemilik-pemilik cap
dagang semasa melancarkan Basket of Brand di KLCC sempena Konvensyen Penguatkuasaan
Hak Harta Intelek pada 20 oktober 2011.

C. Anggota Pasukan K9 Dari kiri: Wee Swee Chiang, R. Sankaran, S. Sritharan, P. Vanitha,
Duduk: Michael pele Perry Bonging Duduk Jackson Gomalid, Manny, V.Sathyseelan, Paddy.

D. Majlis Pelancaran Kempen Membanteras Cetak Rompak 10 Mei 2010 oleh YB Menteri.

C

ERA TRANSFORMASI MENITI KEGEMILANGAN MELAKAR KEJAYAAN

50 Tahun Menabur Bakti 23

D

ERA TRANSFORMASI MENITI KEGEMILANGAN MELAKAR KEJAYAAN

ERA TRANSFORMASI

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

Di bawah kepimpinan Pengarah Penguat Kuasa di era ini, En. Mohd Roslan Mahayudin, banyak perubahan
drastik dan berani telah dilakukan dalam usaha untuk mentransformasikan Bahagian Penguat Kuasa. Usaha
sedang giat dilakukan untuk melakukan business process re-engineering bagi menggantikan cara kerja lama untuk
memenuhi keperluan semasa. Banyak inisiatif baru telah diperkenalkan selaras dengan arus perubahan dan
transformasi negara. Pendekatan penguatkuasaan telah dipelbagaikan dengan memperkenalkan pendekatan
baru Smart Enforcement (Penguatkuasaan Bestari) sebagai usaha ke arah Self Regulatory (Kawalan Kendiri),
pengenalan Basket of Brand atau B.O.B dalam menangani isu komitmen pemilik cap dagang dalam membanteras
pengedaran barang-barang tiruan dan pengenalan kepada 'Sistem Tanda Aras Amaran Awal' dalam menangani isu
bekalan barang-barang perlu.
Banyak tugas-tugas penguatkuasaan telah mula diukur melalui kaedah KPI termasuk yang dilaksanakan di peringkat
negeri. Walaupun masih di peringkat awal, namun ianya mula menampakkan kesan positif apabila buat pertama
kalinya dalam sejarah negara, Malaysia dikeluarkan daripada senarai Watch List oleh USTR berhubung tahap
perlindungan harta intelek tinggi setara dengan negara-negara maju yang lain.

ERA TRANSFORMASI MENITI KEGEMILANGAN MELAKAR KEJAYAAN

50 Tahun Menabur Bakti 25

ERA TRANSFORMASI MENITI KEGEMILANGAN MELAKAR KEJAYAAN

ERA TRANSFORMASI

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

AB

C

ERA TRANSFORMASI MENITI KEGEMILANGAN MELAKAR KEJAYAAN

50 Tahun Menabur Bakti 27

A. Majlis Perasmian Pusat Gerakan Antipencatutan (PGAP)
Dan Aplikasi MyKira GST oleh YB Menteri KPDNKK
pada 30 Mac 2015.

B. Pelancaran Aplikasi MyKira GST.

C. Lawatan oleh YB Menteri ke Pusat Gerakan Antipencatutan
(PGAP).

D. Sidang Akhbar GST Antipencatutan pada 8 April 2015.

E. Penyerahan Prosedur Standard Operasi (SOP) Bersepadu
Kastam dan KPDNKK (Ops Pematuhan GST-Catut
Ops Catut Fasa II) Mid Valley Megamall KL pada 2 April 2015.

DE

ERA TRANSFORMASI MENITI KEGEMILANGAN MELAKAR KEJAYAAN

ERA TRANSFORMASI

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

Majlis Penyerahan Kenderaan Pegawai Penyiasat
oleh YB Menteri KPDNKK, Dato' Sri Hassan bin
Malek kepada Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK,
YBhg. Dato' Mohd Roslan Mahayudin sempena
sambutan Hari Penguat Kuasa ke-42 Tahun pada 29
Mei 2014.

ERA TRANSFORMASI MENITI KEGEMILANGAN MELAKAR KEJAYAAN

50 Tahun Menabur Bakti 29

ERA TRANSFORMASI MENITI KEGEMILANGAN MELAKAR KEJAYAAN

ERA TRANSFORMASI

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

ERA TRANSFORMASI MENITI KEGEMILANGAN MELAKAR KEJAYAAN

50 Tahun Menabur Bakti 31

Majlis pelancaran pakaian seragam oleh YB Menteri KPDNKK, Dato' Sri Hassan bin Malek sempena sambutan Hari Penguat
Kuasa ke-42 Tahun pada 29 Mei 2014

ERA TRANSFORMASI MENITI KEGEMILANGAN MELAKAR KEJAYAAN

EVOLUSI PAKAIAN SERAGAM

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

VEST PENGUAT KUASA BERWARNA
CREAM (1996 HINGGA 2003)

VEST PENGUAT KUASA BERWARNA
MAROON (2004 HINGGA 2010)

VEST PENGUAT KUASA BERWARNA PAKAIAN NO. 2
HITAM (2011 HINGGA 2014) PAKAIAN (BUSH JACKET) BAGI GRED

PAKAIAN NO. 5 KP29 DAN KEATAS KPDNHEP
PAKAIAN KHIDMAT PEGAWAI BERSAMA BOWLER HEAD
PENGUAT KUASA KPDNHEP

BERSAMA BOWLER HEAD

ERA TRANSFORMASI MENITI KEGEMILANGAN MELAKAR KEJAYAAN

50 Tahun Menabur Bakti 33

PAKAIAN NO. 3 PAKAIAN NO. 3 PAKAIAN NO. 3A PAKAIAN NO. 4
PAKAIAN HARIAN BAGI GRED PAKAIAN HARIAN BAGI GRED PAKAIAN KAWAD BAGI GRED PAKAIAN OPERASI KPDNHEP
KP19 DAN KE ATAS KPDNHEP KP19 DAN KE ATAS KPDNHEP
KP19 HINGGA GRED KP41 BERSAMA BERET
BERSAMA BOWLER HEAD BERSAMA BERET
KPDNHEP BERSAMA BERET

ERA TRANSFORMASI MENITI KEGEMILANGAN MELAKAR KEJAYAAN

EVOLUSI KAD KUASA

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

En. Mohd Roslan Mahayudin menyampaikan
Kad Kuasa Pegawai-pegawai yang baru
diwartakan kepada YBhg. Dato' Wan
Mohamad bin Dato' Sheikh Abd Aziz,
Ketua Pengarah JAKIM. Bersama beliau
ialah YB Senator Dato' Dr. Mashitah
Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri.

ERA TRANSFORMASI MENITI KEGEMILANGAN MELAKAR KEJAYAAN

50 Tahun Menabur Bakti 35

ERA PEMODENAN DAN PENDIGITALAN

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

Selaras dengan peredaran zaman dan kemajuan teknologi, Bahagian Penguat Kuasa tidak ketinggalan dan telah bergerak ke arah pemodenan dan
pendigitalan terutamanya dalam proses dan prosedur kerja selain memastikan Bahagian Penguat Kuasa tidak lagi menggunakan kaedah konvensional di
dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan.

Usaha berterusan Kementerian khususnya Bahagian Penguat Kuasa untuk ke era pendigitalan, penggunaan teknologi tinggi dan memperkasakan
pengurusan maklumat dengan lebih strategik, mudah capai dan terkini, Pusat Arahan Penguatkuasaan atau lebih dikenali sebagai Enforcement
Command Center (ECC) telah digunakan. Tujuan ECC adalah bagi menggabungkan Bilik Gerakan yang beroperasi sebagai sebahagian
daripada pusat merancang dan kawalan penguatkuasaan Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP, Pusat Operasi Government Integrated Radio Network
(GIRN) dan Pusat Gerakan Antipencatutan (PGAP).

Seawal penubuhan Bahagian Penguat Kuasa, anggota penguat kuasa yang menjalankan tugas menguatkuasakan undang-undang berhubung
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hanya mengenakan pakaian preman atau pakaian pejabat bersama vest. Pemakaian vest oleh
Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP semasa di lapangan dilihat kurang memberi impak terhadap tugas-tugas penguatkuasaan. Masyarakat umum dan
para peniaga seakan-akan tidak menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa semasa menjalankan tugas dilapangan. Perkara ini memberi impak yang
minima terhadap tindakan dan tugasan penguatkuasaan. Ketegasan dan disiplin pegawai penguat kuasa tidak dapat ditonjolkan sepenuhnya.

Sehubungan itu, pada tahun 2014 pengurusan tertinggi Bahagian Penguat Kuasa mengambil ketetapan bahawa semua pegawai dan anggota penguat
kuasa KPDNHEP akan dibekalkan dengan pakaian seragam lengkap seperti mana agensi berpakaian seragam yang lain.

Selain itu, aset-aset juga telah diperkasakan dengan menambahbaik kenderaan, senjata api dan Unit Bergerak menggunakan van yang dinamakan
Skuad Tindakan Aduan & Resolusi Pengguna (STAR) pada tahun 2016 untuk menunjukkan keberadaan anggota penguat kuasa KPDNHEP di lapangan
terutamanya di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Sistem Pengurusan Penguatkuasaan Bersepadu (IEMS) juga telah dilancarkan sekitar tahun 2020 yang menjadi inovasi terkini bagi mempertingkatkan
tugas-tugas penguatkuasaan. Kaedah konvensional yang diguna pakai sejak 50 tahun lalu iaitu cara pengkompaunan on the spot secara manual agak
ketinggalan dalam era teknologi masa kini. Pemeriksaan di lapangan juga menjadi lebih berkesan selain penjanaan data/maklumat yang lebih tepat
dan pantas melalui sistem IEMS.

Penghujung tahun 2019, Negara dan dunia telah dikejutkan dengan penularan pandemik Covid-19 yang menyebabkan situasi panik dan di luar jangkaan.
Pelaksaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diambil oleh Kerajaan bagi mencegah penularan wabak ini telah memberikan impak yang besar ke
atas rantaianpengedaran dan pembekalan barang keperluan.

Adalah menjadi tanggungjawab Kementerian bagi memastikan bekalan makanan dan keperluan rakyat mencukupi sepanjang tempoh krisis ini.
KPDNHEP melalui Bahagian Penguat Kuasanya telah berusaha keras mencurah khidmat bakti tanpa mengenal penat dan lelah serta berhadapan dengan
pelbagai cabaran dalam sebuah landskap tempoh pandemik yang panjang bagi memastikan bekalan makanan dan keperluan rakyat mencukupi serta
mudah diperolehi oleh rakyat di samping harga yang berpatutan.

50 Tahun Menabur Bakti 37

Bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berkangkit 1988 (Akta 342) dipatuhi
sepenuhnya oleh semua masyarakat di dalam Negara bagi mencegah penularan Covid-19, Bahagian Penguat Kuasa juga telah diberi tanggungjawab
untuk menguatkuasakan undang-undang ini bagi memastikan pematuhan yang tinggi terutamanya dalam sektor pengedaran dan peruncitan.

ERA PEMODENAN DAN PENDIGITALAN MENJUNJUNG ASPIRASI MEMACU DIGITALISASI

ERA PEMODENAN DAN PENDIGITALAN

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

A
B

ERA PEMODENAN DAN PENDIGITALAN MENJUNJUNG ASPIRASI MEMACU DIGITALISASI

50 Tahun Menabur Bakti 39

A. Majlis Perasmian Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) KPDNKK oleh YB
Menteri KPDNKK, YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin pada 2 Mac 2016.

B. Sesi Lawatan ke Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) oleh Perdana Menteri, YB Tan Sri Dato' Haji
Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin pada 23 April 2021

C. Sesi Lawatan ke Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) oleh YB Menteri dan KSU KPDNHEP
pada 20 Januari 2021.

D. Sesi Lawatan ke Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) oleh KSU KPDNHEP PADA 12 oGOS 2022.

C



D

ERA PEMODENAN DAN PENDIGITALAN MENJUNJUNG ASPIRASI MEMACU DIGITALISASI

ERA PEMODENAN DAN PENDIGITALAN

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

ERA PEMODENAN DAN PENDIGITALAN MENJUNJUNG ASPIRASI MEMACU DIGITALISASI

50 Tahun Menabur Bakti 41

PENAMBAHBAIKKAN SISTEM LOGISTIK BAHAGIAN PENGUAT
KUASA KPDNHEP

SKUAD TINDAKAN ADUAN & RESOLUSI PENGGUNA (STAR)

Unit Bergerak menggunakan van yang dinamakan Skuad Tindakan Aduan
Rakyat yang kemudiannya diberikan penjenamaan semula pada tahun
2016 sebagai Skuad Tindakan Aduan & Resolusi Pengguna (STAR)
membuktikan pegawai penguat kuasa boleh ditemui di mana sahaja. Ia telah
menangkis pandangan sinis tahap keprihatinan kerajaan amnya dan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
khasnya. Masyarakat pengguna dapat merasakan wujudnya agensi yang
membantu mereka dan peniaga menjalankan perniagaan dengan beretika.
Pegawai penguat kuasa ditempatkan di kawasan tumpuan ramai
bagi membendung salah laku peniaga lebih-lebih lagi pada musim perayaan.

Para pengguna boleh terus membuat aduan berhubung peniaga yang tidak
beretika kepada KPDNHEP menerusi van STAR yang ditempatkan di kawasan
yang menjadi tumpuan ramai. Van STAR yang dilengkapi dengan fasiliti
pejabat bertujuan untuk meningkatkan indeks keberadaan Pegawai Penguat
Kuasa KPDNHEP di lapangan bagi mewujudkan nilai kepercayaan kepada
pengguna dan peniaga.

Pada tahun 2019, tiga buah kenderaan Mobile unit STAR yang baharu telah
diserahkan kepada Bahagian Peguat Kuasa KPDNHEP oleh Ketua Setiausaha
KPDNHEP, YBhg. Datuk Muez bin Abd Aziz kepada Pengarah Penguat Kuasa
KPDNHEP, YBhg. Dato' Iskandar Halim bin Hj. Sulaiman ketika Majlis
Perhimpunan Bulanan KPDNHEP pada bulan November 2019 di Dewan
Serbaguna, KPDNHEP.

ERA PEMODENAN DAN PENDIGITALAN MENJUNJUNG ASPIRASI MEMACU DIGITALISASI

ERA PEMODENAN DAN PENDIGITALAN

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

KENDERAAN TAMBAHAN UNTUK KEGUNAAN PENGUATKUASAAN
Pada bulan Oktober 2019, Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP telah menerima
sebanyak 71 buah kenderaan baharu sebagai tambahan kepada 157 kenderaan sedia
ada dalam usaha untuk memperkasa tugas-tugas penguatkuasaan di seluruh negara.
Sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kepentingan
pengguna, kenderaan-kenderaan baharu ini akan memudahkan urusan siasatan,
pemantauan, penguatkuasaan dan pendakwaan selain tugas-tugas pentadbiran
harian.
Ketua Setiausaha KPDNHEP, YBhg. Datuk Muez Abd Aziz telah melakukan simbolik
penyerahan kenderaan ini kepada Pengarah Penguat Kuasa, YBhg. Dato’ Haji
Iskandar Halim Sulaiman dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Dewan
Serbaguna kementerian.
Penambahan kenderaan ini sebagai keprihatinan pihak kementerian dengan
keperluan dan kekangan pegawai-pegawai penguat kuasa ketika menjalankan tugas
seharian. Perkembangan semasa yang menuntut pegawai-pegawai penguat kuasa
bertindak pantas dan cekap dalam memenuhi tuntutan pengguna.
Dalam majlis ini, terdapat dua jenis kenderaan yang diterima yang merangkumi 55
unit Perodua Arus dan 16 unit Toyota Hilux yang telah diagihkan ke semua daerah
mengikut kesesuaian muka bumi dan keperluan penugasan.

ERA PEMODENAN DAN PENDIGITALAN MENJUNJUNG ASPIRASI MEMACU DIGITALISASI

50 Tahun Menabur Bakti 43

ERA PEMODENAN DAN PENDIGITALAN MENJUNJUNG ASPIRASI MEMACU DIGITALISASI

ERA PEMODENAN DAN PENDIGITALAN

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

ERA PEMODENAN DAN PENDIGITALAN MENJUNJUNG ASPIRASI MEMACU DIGITALISASI

50 Tahun Menabur Bakti 45

KENDERAAN PENGIRING

Pada 24 bulan Disember 2020, Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP telah mengumumkan penerimaan 16 unit
model Honda Civic 1.8S dari pihak Honda Malaysia menjadikan tambahan kepada sejumlah 228 unit kenderaan
sedia ada di Bahagian Penguat Kuasa.

Kenderaan tersebut dijadikan kenderaan penguatkuasaan dan tugasan rasmi Bahagian di kementerian ini. Ia
merupakan kali pertama Bahagian ini menggunakan kenderaan keluaran Honda. Untuk meningkatkan
keberadaan pegawai penguat kuasa di tempat-tempat umum, penambahan 16 buah sewaan
kenderaan baru ini dilengkapi dengan lampu mata arah, pelekat pantulan cahaya dan dashboard kamera
untuk kegunaan Bahagian Penguat Kuasa dan pejabat KPDNHEP Negeri. Dengan peningkatan yang tinggi
kenderaan persendirian dan awam yang berada di atas jalan raya pada satu-satu masa terutamanya di
kawasan-kawasan bandar, kenderaan baharu ini dapat membantu kerja-kerja operasi penguatkuasaan yang
sangat mencabar dari segi kecepatan masa.

Kenderaan pengiring ini akan memudahkan pergerakan pasukan operasi penguatkuasaan dalam menjalankan tugasan
seperti mengiring Orang Kena Tahan (OKT) bergerak ke sesuatu lokasi seperti perbicaraan di mahkamah, balai polis
dan lokap berpusat yang terdapat di seluruh negara. Kenderaan pengiring ini juga membantu melancarkan
pergerakan kenderaan yang membawa barangan rampasan kes untuk di bawa keluar daripada tempat operasi,
penghantaran ekshibit ke stor penyimpanan eksibit, mahkamah atau mana-mana lokasi bagi menjamin keselamatan
ekshibit terutamanya ekshibit yang bernilai dan berisiko tinggi.

Pemilihan kenderaan ini sebagai kenderaan jabatan juga mampu untuk melancarkan tugasan penguat
kuasa bagi tujuan mempromosi dan mempertahankan hak pengguna serta perdagangan domestik di
Malaysia. Kenderaan ini turut menjadikan Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP setaraf dengan agensi
penguatkuasaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain lagi dengan peranannya yang lebih efisien dalam melaksanakan tugasan.

Ia juga penting dalam usaha untuk membangunkan ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan
pada masa membantu kerajaan sebagai agensi barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak itu di kalangan
rakyat Malaysia.

ERA PEMODENAN DAN PENDIGITALAN MENJUNJUNG ASPIRASI MEMACU DIGITALISASI

ERA PEMODENAN DAN PENDIGITALAN

BAHAGIAN PENGUAT KUASA

PELANCARAN SISTEM PENGURUSAN PENGUATKUASAAN BERSEPADU OLEH
YB DATUK SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL, MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP)
Sistem Pengurusan Penguatkuasaan Bersepadu telah dibangunkan pada Ogos 2019
oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
bagi menyahut cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dengan melakukan perubahan ke
atas sistem penguatkuasaan di Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP. Pembangunan fasa
1 sistem ini merupakan penambahbaikan ke atas kaedah pemeriksaan dan
pengkompaunan yang mana ia membantu melaksanakan pengurusan penguatkuasaan
secara menyeluruh berdasarkan 11 akta yang dikuatkuasakan di bawah seliaan
KPDNHEP.
Sistem Pengurusan Penguatkuasaan Bersepadu digunakan sepenuhnya di seluruh
Malaysia; ibu pejabat KPDNHEP dan 72 cawangan Bahagian Penguat Kuasa
di setiap daerah di Malaysia. Inisiatif ini dilihat mampu memberi impak positif terhadap
pengurusan penguatkuasaan secara dalam talian kerana ia membolehkan kompaun
dikeluarkan secara elektronik dan bersistematik, ia turut membolehkan pelaporan
diperolehi dan dikemaskini dalam tempoh 24 jam berbanding satu hingga dua minggu
sebelum ini, seterusnya meningkatkan produktiviti serta kompetensi pegawai-pegawai
penguat kuasa KPDNHEP dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan yang mana akan
meningkatkan kebolehpercayaan orang awam dalam menangani persepsi negatif.


Click to View FlipBook Version