1. Bersetujukah anda bahawa penglibatan diri dalam program komuniti sangat
penting untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh negara kita? Bincangkan.
• Setuju, penglibatan diri dalam program komuniti memang sangat penting
untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh negara kita.
• Program komuniti dapat memupuk semangat patriotik dan perpaduan
dalam kalangan masyarakat. Ini disebabkan penglibatan masyarakat tanpa
mengira kaum. Perpaduan masyarakat sangat penting untuk kemakmuran
negara.
• Program komuniti juga dapat membina jalinan kerjasama yang berterusan.
Ini akan mewujudkan semangat kekitaan dan kerja berpasukan. Dengan
adanya semangat kekitaan di kalangan rakyat Malaysia, masalah negara
juga akan diselesaikan dengan senangnya.
• Rakyat yang melibatkan diri dalam program komuniti akan lebih
menghargai harta benda , ruang dan fasiliti yang dikongsi bersama. Jadi,
gejala sosial seperti vandalism juga akan berkurang.
2. Ramalkan implikasi jika kurangnya penglibatan masyarakat dalam
program seperti yang di atas.
• Golongan yang memerlukan bantuan sukar mendapat pembelaan.
• Manusia akan lebih bersikap individualistik.
• Jurang sosial akan semakin meluas.
• Sikap prihatin dan timbang rasa dalam kalangan masyarakat menjadi
berkurangan.
3. Berikan contoh program komuniti yang boleh dilaksanakan bersama-
sama dengan badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.
• Badan kerajaan:
• Program Khidmat Bantu di Rumah(Jabatan Kebajikan Masyarakat)
• Program Cegah COVID-19(Kementerian Kesihatan Malaysia)
• Program Prihatin Keluarga Angkat (PROTEK) (Pertubuhan Keselamatan
Sosial(PERKESO))
• Pertubuhan Bukan Kerajaan
• Pendidikan untuk Anak-anak Orang asli(Yayasan Salam Malaysia)
• Program Penjagaan Haiwan Liar(Trap-Neuter-Release-Manage (TNRM)
Malaysia)
• Program Pendidikan Kanak-kanak(Yayasan Sabah)
B. Bagaimanakah anda dapat menggalakkan individu menggunakan e-
komuniti sebagai platform untuk terlibat dalam program komuniti.
• Mempromosikan program komuniti dalam media massa.
• Menggalakkan rakan atau keluarga untuk menyertai program
komuniti.
• Meluangkan masa dan menyumbangkan tenaga dalam menjayakan
program komuniti supaya menunjukan suri teladan yang baik kepada
orang ramai.