The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bengkel teknik menjawab pendidikan moral 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-38145667, 2022-09-27 01:30:12

Bengkel teknik menjawab pendidikan moral 2022

Bengkel teknik menjawab pendidikan moral 2022

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB
PENDIDIKAN MORAL

SMK KEMAYAN

KANDUNGAN

• 1. SKOP PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 DAN
TINGKATAN 5

• 2. FORMAT PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2022
• 3. CONTOH SOALAN STRUKTUR
• 4. CONTOH SOALAN ESEI
• 5. TOPIK YANG BOLEH DIFOKUSKAN
• 6. KESIMPULAN

SKOP BIDANG PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

•BERFOKUS PADA 3 BIDANG:
•BIDANG 5 : INSAN BERMORAL
•BIDANG 6 : JATI DIRI MORAL
•BIDANG 7 : MORAL DAN KENEGARAAN

Bidang 5: Insan Bermoral Tingkatan 4

• 5.1 Norma Masyarakat
• 5.2 Individu Berkeperibadian Mulia
• 5.3 Prinsip Keadilan dan Keprihatinan

dalam Membuat keputusan
• 5.4 Penggunaan Teknologi Maklumat

dan Komunikasi Secara Beretika

Tingkatan 5

• 5.1 Norma Masyarakat Global
• 5.2 Individu Glokal
• 5.3 Kerohanian Membentuk Individu

Bermoral
• 5.4 Penggunaan Sumber dan Penyebaran

Maklumat demi Kesejahteraan Sejagat

Bidang 6: Jati Diri Moral Tingkatan 4

• 6.1 Integriti Individu
• 6.2 Integriti Keluarga
• 6.3 Berperikemanusiaan untuk

Kesejahteraan Masyarakat

Tingkatan 5

• 6.1 Integriti Organisasi
• 6.2 Integriti demi Pembangunan

Negara
• 6.3 Berperikemanusiaan ke Arah

Kesejahteraan Global

Bidang 7: Moral dan Tingkatan 4
Kewarganegaraan
• 7.1 Hak dan Tanggungjawab Sebagai Warganegara
Berlandaskan Perlembagaan Malaysia

• 7.2 Perpaduan dalam Masyarakat
• 7.3 Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika
• 7.4 Keunikan Rakyat Malaysia
• 7.5 Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama

Tingkatan 5

• 7.1 Penglibatan Diri dalam Program Komuniti
Bersama-sama Badan Kerajaan atau Bukan
Kerajaan

• 7.2 Semangat Kerjasama dalam Masyarakat Global
• 7.3 Pengurusan Kewangan Secara Beretika
• 7.4 Meningkatkan Pengiktirafan Dunia Terhadap

Negara
• 7.5 Malaysia Dalam Hubungan Antarabangsa

FORMAT PEPERIKSAAN PENDIDIKAN MORAL

•MASA : 2 JAM 30 MINIT
•BILANGAN KERTAS BERTULIS: SATU

KANDUNGAN KERTAS SOALAN

• BAHAGIAN A – 5 SOALAN STRUKTUR (JAWAB
SEMUA)50%

• BAHAGIAN B – 2 SOALAN ESEI (PILIH DAN JAWAB 1
SAHAJA)10%

• BAHAGIAN C – 2 SOALAN ESEI (4 PECAHAN) (JAWAB
SEMUA)40%

PERSEDIAAN MENJAWAB SOALAN

• 1. KUASAI SEMUA KANDUNGAN DAN TEMA DALAM BUKU TEKS
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 DAN 5

• FAHAMI ISI PENTING DAN BUAT RUJUKAN TAMBAHAN
• BACA DAN FAHAMI KEHENDAK SOALAN BAGI SETIAP BAHAGIAN
• JAWAB DENGAN TEPAT MENGIKUT KEHENDAK SOALAN DAN

MARKAH YANG DIPERUNTUKKAN

CONTOH SOALAN STRUKTUR 1

Sally, bendahari Kelab Rukun Negara didapati
menggunakan yuran kutipan kelab untuk membeli
telefon bimbit. Hal ini diketahui oleh guru penasihat
kelab.

a) Bincangkan cara Sally dapat menjadi insan bermoral

dari aspek penaakulan moral [4 markah]

Jawapan Contoh Soalan a:

i. Sally harus memikirkan bahawa perbuatannya tidak
jujur dan dia akan hilang kepercayaan guru penasihat
serta ahli kelab.

ii. Sally perlu berpegang kepada integriti dalam memikul
tugas sebagai bendahari supaya tidak menjatuhkan
maruah diri.

Soalan Contoh b:

b) Jelaskan kesan terhadap Sally apabila guru

penasihat melaporkan tindakannya kepada guru

displin. [4 markah]

i) Sally akan dikenakan tindakan disiplin dan ini akan
menjejaskan imej diri dan keluarganya.

ii) Sally akan dilucutkan jawatan daripada kelab dan mungkin
tidak berpeluang untuk dilantik kemana-mana jawatan lain
pada masa akan datang.

Soalan Contoh c:

c) Sebagai seorang setiausaha persatuan, senaraikan
tugas anda selepas sesuatu aktiviti dijalankan.

[2 markah]

i) Mencatat kehadiran ahli semasa aktiviti di dalam buku
BLAK (buku laporan kokurikulum).

ii) Menulis laporan aktiviti dengan tepat dan
memfailkan.

Soalan Contoh Struktur 2:

Masalah obesiti dalam kalangan murid semakin
membimbangkan.
a) Sejauh manakah masalah obesiti dalam kalangan
golongan muda boleh menjejaskan produktiviti negara.

[3 markah]

Jawapan Contoh a:[3m]
i) Golongan muda mengalami banyak penyakit pada

usia muda dan perlu menjalani rawatan.

ii) Ini menjejaskan pertumbuhan yang sihat untuk
memimpin negara.

iii)Golongan muda tidak aktif dan tidak bertenaga.

iv)Mereka tidak mampu bersaing dengan orang lain
dalam membangunkan negara.

Soalan contoh b:

b) Bincangkan cara untuk mengatasi masalah obesiti ini

berdasarkan perlakuan moral. [4 markah]

i) Amalkan senaman yang konsisten, sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu.

ii) Amalkan piramid makanan yang betul, kurangkan
makanan berlemak, bergula dan berkarbohidrat
tinggi.

Soalan Contoh c:

c) Cadangkan program yang boleh dilakukan oleh

pihak sekolah untuk mengurangkan kadar obesiti

dalam kalangan murid. [3 markah]

Contoh Jawapan Soalan c:

i) Memperkenalkan menu makanan yang sihat di
kantin sekolah.

ii) Memanfaatkan masa Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan (PJPK) termasuk melakukan
aktiviti senaman bagi menurunkan berat badan.

iii) Mengadakan kempen gaya hidup sihat setiap masa
dan bekerjasama dengan ibu bapa untuk memantau
berat badan murid.

Soalan Contoh Struktur 3

Isu ragut menjadi semakin serius
dan perlu ditangani dengan
segera.

a) Sekiranya anda melihat situasi ini, apakah

perlakuan moral anda? [4 markah]

Contoh jawapan c:[4m]

i. Saya akan memberi sokongan moral kepada mangsa
tersebut dengan membantu dan membawanya ke
hospital jika dia tercedera.

ii. Saya akan mencatat nombor motosikal tersebut dan
menghubungi pihak polis untuk membuat laporan.

Soalan Contoh b:

b) Berdasarkan jawapan anda di (a), nyatakan dua

prinsip keprihatinan yang boleh dicontohi bagi

menangani isu ragut. [2markah]

i) Prinsip berperikemanusiaan iaitu bersimpati dengan
mangsa ragut tersebut.

ii) Prinsip kepedulian iaitu membantu mangsa yang
memerlukan pertolongan.

Soalan Contoh C:

c) Huraikan cara untuk mengelakkan diri daripada

menjadi mangsa ragut. [4 markah]

i) Tidak berada di jalan atau tempat yang sunyi dan
gelap.

ii) Elakkan memakai barang kemas yang banyak.

iii) Tidak keluar berseorangan, lebih baik berteman.

iv) Elakkan membawa beg galas yang besar.

Soalan Contoh Struktur 4

Cukai pendapatan perseorangan dikenakan ke atas
warganegara yang berpendapatan dan hanya mereka
yang layak akan dikenakan cukai. Kadar cukai yang
dikenakan bergantung pada jumlah pendapatan yang
diperoleh seseorang individu dalam setahun.

a) Huraikan dua nilai universal yang seharusnya

diamalkan oleh setiap warganegara yang dikenakan cukai

pendapatan. [4 markah]

Jawapan Contoh a: [4m]

i. Nilai bertanggungjawab. [1m] Setiap warganegara
perlu memikul tugas dengan membayar cukai
pendapatan yang dikenakan berasaskan
pendapatan masing-masing.[1m]

ii. Nilai kejujuran.[1m] Setiap warganegara perlu
bersikap amanah dan ikhlas dengan melaporkan
jumlah pendapatan yang sebenar dalam borang
nyata cukai pendapatan individu (BE).[1m]

Soalan Contoh b:

b) Jelaskan tujuan kerajaan mengutip cukai. [4 markah]
i. Perbelanjaan untuk menguruskan pentadbiran negara.
ii. Menjaga keselamatan rakyat dan negara.
iii. Menaik taraf kemudahan infrastruktur rakyat seperti

sekolah, lebuh raya, jalan raya, hospital.
iv. Untuk aktiviti pembangunan negara.
v. Membayar gaji kakitangan awam.

Soalan Contoh c:

c) Senaraikan dua tindakan yang dikenakan terhadap
individu yang enggan membayar cukai. [2 markah]

i. Dikenakan denda wang
ii. harta disita
iii. Tindakan mahkamah

SOALAN ESEI

• Biasanya perlu ada (1) FAKTA (2) HURAIAN (3) CONTOH
• Perlu ditulis dalam AYAT LENGKAP
• Ayat lengkap dalam bahasa Melayu

= Subjek (benda) + Predikat (cerita)
• Ayat lengkap dalam Pendidikan Moral

= WATAK + PENERANGAN
• Dalam esei Pendidikan Moral WATAK (Sangat penting)
• PENERANGAN TANPA WATAK TIDAK DIBERI SEBARANG

MARKAH

BAHAGIAN B
10 markah

Diberi dua soalan

(Jawab satu soalan sahaja)

BAHAGIAN B: SOALAN CONTOH ESEI 1
Pemerdagangan manusia ialah perdagangan dan peniagaan
yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara
haram. Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk
memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi
seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti
perhambaan dan pengambilan organ manusia.

Isu ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan

Malaysia. Bagaimanakah pihak kerajaan membendung isu ini?

Berikan hujah anda berdasarkan nilai-nilai universal yang

dipelajari. [10 markah]

Contoh Gaya Penulisan Jawapan Murid

Nilai rasional.
Nilai bertanggungjawab.
Nilai kasih sayang.
Kerajaan harus kuat kuasa undang-undang.
Kerajaan harus kenakan hukuman lebih berat kepada sindiket
pemerdagangan manusia.
Kerajaan harus kenakan kawalan keselamatan yang ketat di
pintu masuk utama negara.
Kerajaan harus gunakan sistem keselamatan canggih dan
berteknologi tinggi di lapangan terbang, di kawasan perairan
dan sempadan negara.

Kerajaan harus menjalinkan kerjasama dengan negara jiran
untuk menumpaskan aktiviti sindiket.
Kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran anti
pemerdagangan manusia.
Kerajaan boleh menguar-uarkan info kempen melalui media
sosial dan media massa.
Kerajaan harus jalankan operasi untuk banteras sindiket
secara berterusan sepanjang masa.
Kerajaan harus memperketatkan kemasukan pelancong asing
bagi menutup peluang penyeludupan manusia daripada
berlaku di negara kita.

BAHAGIAN B: SOALAN CONTOH ESEI 2

Jelaskan perasaan anda apabila melihat golongan
gelandangan ketika anda membeli-belah di ibu kota.
Berikan tiga jenis bantuan yang dapat dihulurkan
kepada golongan gelandangan. Jawapan anda perlu
berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.

[10 markah]

Contoh Gaya Penulisan Jawapan Murid
Sedih. Nilai baik hati. Nilai kasih sayang. nilai
bertanggungjawab.
Pertama, bantuan keperluan asas.
Kita perlu menyediakan tempat tinggal sementara.
Kita boleh derma makanan dan minuman untuk mereka.
Kita derma pakaian kita.
Kita juga boleh menyediakan kemudahan kesihatan
kepada mereka.

Kedua, bantuan nasihat dan khidmat kaunseling.
Kita boleh mendalami masalah mereka.
Kita boleh beri sokongan moral agar mereka dapat
mulakan kehidupan baharu.
Ketiga, wujudkan peluang pekerjaan.
Kita memberi peluang untuk mereka belajar cari rezeki
dan hidup berdikari.
Kita boleh bantu mereka keluar daripada kehidupan
yang daif.

BAHAGIAN C
40 markah

Diberi dua soalan

Setiap soalan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu (a) dan (b)

(Jawab semua soalan)

BAHAGIAN C: SOALAN CONTOH ESEI 1
Budaya hedonisme merupakan pegangan atau pandangan hidup
yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup sahaja.
a) Pada pendapat anda, mengapakah golongan muda kini

mengutamakan budaya hedonisme?
Jawapan anda perlu disokong dengan nilai-nilai
universal yang dipelajarai. [10 markah]

b) Langkah tertentu perlu diambil untuk mengelakkan
golongan muda tempatan terjerumus dalam budaya
hedonisme.
Jelaskan jawapan anda dengan menggunakan dimensi moral.
[10markah]

Contoh Jawapan 1(a)

Nilai harga diri. Nilai kesederhanaan. Nilai hemah tinggi.
Kurangnya didikan agama.
Natijahnya, golongan muda tidak dapat ketenangan jiwa.
Maka, mereka cari keseronokan melalui budaya hedonisme.
Pengaruh media massa.
Golongan muda dapat pendedahan meluas tentang budaya ini dalam
media sosial dan media utama yang lain.
Terdapat segelintir filem barat yang memaparkan adegan kurang
bermoral seperti kunjungi pusat hiburan, berparti liar, pengaulan bebas
dan sebagainya.
Keruntuhan institusi kekeluargaan.
Masalah rumah tangga seperti perceraian, poligami dan sebagainya beri
tekanan jiwa kepada golongan muda.
Hal ini mendorong mereka mencari ketenangan di luar rumah bersama
kawan-kawan.

Jawapan Contoh 1(b)
Penaakulan Moral.
Ibu bapa boleh berfikir kepentingan didikan agama dalam
membentuk sahsiah yang cemerlang dalam diri anak-anak
mereka.

Emosi Moral.
Melalui didikan agama, golongan muda akan miliki perasaan
cinta pada Tuhan.
Golongan muda menzahirkan rasa syukur kepada Tuhan.
Maka sudah tentu mereka tidak akan terlibat dalam budaya
hedonisme.

Perlakuan Moral.
Ibu bapa perlu beri perhatian dan mencurahkan kasih
sayang sepenuhnya kepada anak-anak mereka.
Ibu bapa harus meluangkan masa berkualiti bersama-
sama anak-anak mereka agar dapat mengeratkan lagi
hubungan dalam institusi kekeluargaan.
Ibu bapa perlu menjadi suri teladan dengan tidak
amalkan budaya kunjungi pusat hiburan dan berparti
liar.
Pihak sekolah harus menyemai budaya ketimuran
dalam diri murid melalui aktiviti kokurikulum.

Kerajaan patut anjurkan kempen kesedaran mencintai
budaya ketimuran dalam kalangan golongan muda.
Kerajaan perlu memantau operasi pusat hiburan.
Kerajaan harus menyekat laman web yang berupaya
merosakkan akhlak golongan muda.
Kerajaan harus menapis filem dan program hiburan
dari barat yang mempu menghakis budaya ketimuran
golongan muda.
Media massa harus paparkan implikasi buruk yang
bakal menimpa golongan muda apabila terlalu
mengagungkan budaya hedonisme.

BAHAGIAN C: SOALAN CONTOH ESEI 2
Gambar di bawah menunjukkan contoh kerjasama antara
negara Malaysia dengan negara Korea Selatan.

a) Anda telah terpilih untuk menyertai program pertukaran
pelajar ke Korea Selatan di atas. Jelaskan kepentingan
program tersebut. Jawapan anda perlu disokong dengan
nilai-nilai universal yang dipelajari. [10 markah]

b) Huraikan cabaran yang akan anda hadapi ketika mengikut
program tersebut. [10 markah]

Jawapan Contoh soalan 2(a)
Nilai kerjasama.
Nilai bertanggungjawab.
Nilai rasional.
Saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Saya dapat mendalami ilmu saya dalam bidang sains
dan teknologi.
Misalnya, saya akan diperkenalkan dengan teknologi
realiti maya (virtual reality technology) di Korea
Selatan.
Saya dapat mengenali budaya masyarakat negara
Korea Selatan.

Saya juga dapat mempelajari bahasa Korea Selatan
melalui program ini.
Saya berperanan sebagai duta kecil kerana mewakili
negara Malaysia.
Saya dapat mengasah bakat kepimpinan saya.
Saya akan menceritakan keunikan dan keindahan
Malaysia kepada rakan-rakan saya di Korea Selatan.

Jawapan contoh soalan 2(b)
Cabaran budaya.
Budaya yang dibawa oleh saya sebagai murid Malaysia jauh
berbeza dengan budaya Korea Selatan.
Walaupun sukar, saya perlu ambil inisiatif untuk mengetahui serba
sedikit tentang budaya Korea Selatan.
Perkara ini dapat elakkan saya alami kejutan budaya yang drastik.
Cabaran bahasa.
Saya perlu kuasai bahasa Korea Selatan untuk memudahkan proses
komunikasi saya dengan murid Korea Selatan.
Walupun memakan masa, saya perlu berusaha untuk elakkan
menjadi mangsa penipuan atau mangsa diskriminasi.

Jawapan contoh soalan 2(b)
Cabaran Perbezaan Iklim.
Saya perlu hadapi iklim empat musim di negara Korea
Selatan.
Saya perlu bersedia dengan pakaian yang sesuai bagi
jalani kehidupan di negara yang mempunyai empat musim.
Cabaran perbezaan nilai mata wang.
Nilai mata wang Korea Selatan yang tinggi akan tingkatkan
kos sara hidup saya.
Saya perlu hidup berjimat-cermat dan mencari kerja
sambilan untuk menampung kos sara hidup saya di Korea
Selatan.

Topik yang boleh difokuskan:

1. Kempen Budi Bahasa
2. Pemakanan sihat (isu obesiti, penyakit kencing

manis)
3. Rukun Negara
4. Malaysia prihatin
5. Jenayah siber
6. Pengabaian warga tua
7. Scam alert
8. Penularan berita palsu

Topik yang boleh difokuskan:

9. Perniagaan dalam talian
10. Penyalahgunaan Teknologi Maklumat dan

komunikasi
11. Isu vandalisme, gangsterisme, kongsi gelap
12. Hubungan antarabangsa
13. Norma Masyarakat global
14. Keunikan rakyat Malaysia
15. Kerjasama antarabangsa dalam pelbagai bidang
16. Isu pelarian dan pendatang asing tanpa izin

Kesimpulan
1. Baca soalan dengan baik dan fahami kehendak

soalan.
2. “Highlight”kan kata kunci soalan.
3. Buat rangka jawapan supaya mudah

menjawab.
4. Tulis maklumat yang diperlukan sahaja – tiada

markah bagi maklumat yang tidak berkenaan.
5. Memperuntukkan masa yang seimbang untuk

semua soalan.(10minit untuk setiap soalan
struktur)

Terima kasih!


Click to View FlipBook Version