The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanisafie.96, 2022-02-12 04:33:58

MINIT MESYUARAT PIBG BIL 2/ 2021

3/12/2021

Tarikh SEKOLAH KEBANGSAAN SRI JELOK ,
Masa KAJANG, SELANGOR.
Tempat
Pengerusi MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL 2 SESI 2021/2022
Kehadiran(Bilangan)
Nama Yang Hadir : : 3.12.2021 (Jumaat)

: 8.30 malam – 10.00 malam

: Secara atas talian (google meet)

: En. Ahmad Syujairi Bin Hassan

: 21 orang

1. En. Ahmad Syujairi bin Hassan
2. En. Ismail Hakim bin Sukemi
3. Pn. Nur Hafizah binti Jamal Abdul Nasir
4. Pn. Noor Syazwani binti Safie
5. Pn. Nur Hidayah binti Mansor
6. En. Shairuli Famie bin Ramli
7. En. Muhamad Azhari binti Mohamad Nordin
8. Pn. Zainon binti Sidik
9. En. Illias bin Azmi
10. Pn. Hanidzah binti Ismail
11. Pn. Hazrina binti Hamidon
12. Pn. Kartini binti Subari
13. Pn. Hasinawati binti Hashim
14. En. Mohd Roseli bin Embong
15. Pn. Normah binti Harun
16. Pn. Hasinawati binti Hashim
17. En. Mohd Munaim bin Mahmud

Turut Hadir : 1. Pn. Hajah Noraini binti Surif (Guru Besar)
2. Pn. Nor Sharima binti Shaharuddin (PKP)
3. Pn. Halina binti Ali(PK HEM)
4. En. Fairos Azmi bin Marzah (PK Kokurikulum)

Nama Yang Tidak Hadir : 1. Pn. Aileen Halinda binti Abdul Hamid
2. En. Mohd Nozlan bin Khadri
3. En. Mohd Shahriza bin Ismail
4. En. Jimi bin Jusoh (PK Petang)

AGENDA MESYUARAT
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Ucapan Penasihat
3.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Bil 1 2021/2022
4.0 Pembentangan Kewangan
5.0 Perkara Berbangkit

5.1 Pembentangan Kertas Kerja Naik Taraf Bilik Muzik
5.2 Pembentangan Kertas Kerja Sambutan Hari Kanak-kanak
5.3 Pembentangan Projek dan Cadangan Mencari Dana PIBG
6.0 Hal-hal lain
7.0 Penutup

AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 YDP selaku pengerusi mengalu-alukan kedatangan NYDP dan semua AJK
PIBG sesi 2021/2022 dan mengucapkan terima kasih kerana hadir ke
mesyuarat PIBG kali kedua.
1.2 Beliau juga mengalu-alukan kedatangan semua barisan pentadbir
SKSJ.
1.3 Sebelum memulakan mesyuarat, bacaan doa telah dibaca oleh Ustaz
Shairuli Famie bin Ramli.
1.4 YDP menyatakan bahawa mesyuarat PIBG perlu diadakan regularly.
Pada masa yang sama, beliau berpesan kepada guru-guru untuk
sentiasa mengingatkan murid-murid dan ibu bapa untuk menjaga SOP
pada cuti sekolah yang akan datang iaitu pada bulan November dan
Disember disebabkan kemunculan varians baharu.
Tindakan : Semua AJK PIBG

2.0 UCAPAN PENASIHAT
2.1 Pn. Noraini binti Surif mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG
atas usaha mencari dana infak SMART TV. Beliau menyatakan 8 buah
Smart TV berjaya dibeli menggunakan dana tersebut.
2.2 Beliau turut menyatakan terdapat 8 buah SMART TV yang belum dipasang
dan memerlukan RM 8000.00 lagi termasuk kos wiring. Hal ini adalah salah
satu usaha untuk memenuhi keperluan SMART TV di setiap kelas sebelum
memasuki tahun hadapan.
2.3 Beliau memaklumkan kehadiran murid ke sekolah sebanyak 87%. Hal ini
disebabkan terdapat ibu bapa yang memohon untuk anaknya berada
di rumah dan tidak membenarkan anak mereka hadir ke sekolah.
2.4 Beliau juga memaklumkan bahawa bantuan PIBG yang telah disalurkan
untuk bilik khas sedang dijalankan. Terdapat lagi kertas kerja
penambahbaikan bilik khas untuk dibentangkan seperti Bilik Muzik.
Makluman
2.5 Pemasangan kipas di bilik guru masih belum dipasang sepenuhnya. Beliau
berharap agar tindakan segera diambil daripada pihak IKBN kerana
permohonan telah dibuat.
Tindakan : En Ismail Hakim, IKBN

2.6 Guru besar juga memaklumkan pada tahun 2022, hanya tahap 2 sahaja
yang membeli buku kerja manakala tahap 1 tidak membeli buku kerja.
Makluman

3.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT BIL 1/2021
3.1 Pn. Nur Hafizah binti Jamal Abdul Nasir membentangkan Minit Mesyuarat Bil1
yang telah diadakan pada 24 Oktober 2021 yang lalu.
3.2 En. Illias bin Azmi mencadangkan Minit Mesyuarat Bil 1 disahkan dan disokong
oleh En. Mohd Roseli bin Embong

Makluman : Semua AJK PIBG

4.0 LAPORAN KEWANGAN

3. 4.1 Pn. Nur Hidayah binti Mansor membentangkan laporan kewangan berakhir
2 Disember 2021 dengan jumlah kutipan sumbangan PIBG adalah sebanyak
RM 17 080.00. Beliau memaklumkan seramai 342/64 telah memberi
sumbangan PIBG dengan anggaran 52.80% keluarga yang telah
membayar. Hal ini menunjukkan berlaku peningkatan yang sangat
memberansangkan kerana pembayaran boleh dilakukan secara dalam
talian.

Makluman

3. 4.2 Pn. Nur Hidayah binti Mansor membentangkan laporan kewangan berakhir
02 Disember 2021 ;
4.2.1 Makan Malam Amal : RM 36 147.99
4.2.2 Akaun Tumpang Komisen Sahabat : RM 1.47
4.2.3 Infaq - Smart TV : RM 1780.00
4.2.4 Sumbangan Adik Arissa : tiada baki
4.2.5 Sumbangan Tabung Covid-19 : tiada baki
4.2.6 Infaq - Kertas A4 : RM60.00

Makluman

3. 4.3 Pada 30 September 2021, dana telah disalurkan kepada beberapa bilik khas
dan pembelian kemudahan bilik darjah seperti yang telah dipersetujui dalam
mesyuarat yang lepas.
4.3.1 Makmal Sains : RM796.00
4.3.2 Bilik Matematik : RM1000.00
4.3.3 Pembelian dan pemasangan kipas : RM 2360.00

Makluman

4.4 Pn. Nur Hidayah juga memaklumkan jumlah perbelanjaan pada tahun 2021
ialah sebanyak RM 21 373.20
Makluman

4.5 Pn. Nur Hidayah binti Mansor memaklumkan melalui semakan penyata
kewangan pada 12/8/2021 terdapat kemasukan wang atas nama Suzana
binti Kamaluddin. Namun bendahari tidak dapat mengesan pengirim
tersebut. Pn. Nur Hidayah bertanya kepada AJK PIBG sekiranya terdapat
maklumat atas penama di atas.
Tindakan : Bendahari

4.6 En. Ahmad Syujairi bin Mahmud memaklumkan Suzana binti Kamaluddin
adalah kenalan sekerja beliau yang menyumbangkan wang untuk dana
Infaq Smart TV.

Makluman

4.7 Pn. Nur Hidayah binti Mansor memaklumkan melalui semakan penyata
kewangan pada 12/8/2021 terdapat kemasukan wang atas nama
Bendahari Negeri Selangor. Namun tiada rujukan diletakkan dalam transaksi
tersebut.
Makluman

4.8 Pn. Hajah Noraini binti Surif meminta wang tersebut dimasukkan ke dalam
akaun Smart TV.
Dipersetujui sebulat suara oleh semua AJK PIBG

4.9 Pn. Nur Hidayah binti Mansor memaklumkan akaun Smart TV sebanyak RM
1780.00 secara tunai manakala RM1280.00 secara dalam talian.

Makluman

4.10 Maklumat kewangan boleh dirujuk dalam lampiran sehingga 2 Disember
2021
Rujuk lampiran 1

5.0 PERKARA BERBANGKIT
5.1 Pembentangan Kertas Kerja Naik Taraf Bilik Muzik
Dibentangkan oleh Pn. Nur Hafizah binti Jamal Abdul Nasir (wakil Pn. Norhani
binti Ishak)
5.1.1 Wakil daripada Ketua Panitia Muzik telah memohon dana sebanyak
RM 1895.00 untuk menaik taraf keceriaan bilik muzik.
5.1.2 En. Ahmad Syujairi selaku YDP PIBG meluluskan permohonan yang
dimohon oleh Ketua Panitia Muzik.
Rujuk lampiran 2

5.2 Pembentangan Kertas Kerja Sambutan Hari Kanak-Kanak
Dibentangkan oleh Pn. Hanidzah binti Ismail
5.2.1 Guru Besar memaklumkan Pn. Syarifah Nadia binti Syed Amirruddin/ Pn.
Hanidzah binti Ismail selaku penyelaras Sambutan Hari Kanak-Kanak
memohon dana sebanyak RM 2.00 bagi seorang murid untuk
pembelian aiskrim sempena program tersebut yang akan dijalankan
pada tahun hadapan.
Permohonan diluluskan oleh YDP dan ahli mesyuarat sebulat suara.
5.2.3 En. Ahmad Syujairi bin Hassan meminta setiausaha untuk menyediakan
surat sumbangan ibu bapa sempena Hari Kanak-Kanak.
5.2.4 Pn. Hajah Noraini binti Surif meminta Pn. Hanidzah binti Ismail untuk
memberi penjelasan tentang pelaksanaan Hari Kanak-Kanak yang akan
dijalankan.
5.2.5 Pn. Hanidzah memaklumkan dana yang dimohon sebanyak
RM 2.00 tersebut adalah bagi tujuan pembelian aiskrim sebanyak
RM 1.00 dan hadiah sebanyak RM1.00.

5.2.6 Sumbangan daripada guru-guru telah diperolehi sebanyak RM300.00.
5.2.7 Pn. Hajah Noraini binti Surif meminta untuk membuat surat sumbangan

secara umum daripada ibu bapa.
5.2.8 En. Illias berpendapat bahawa sekiranya nilai sumbangan ditetapkan

akan menjadi isu dalam kalangan ibu bapa.
5.2.9 En. Ahmad Syujairi bin Hassan menetapkan sumbangan secara seikhlas

hati dan terbuka sehingga akhir cuti persekolahan.
Rujuk Lampiran 3

5.3 Pembentangan Projek dan Cadangan Menambah Dana PIBG

En. Ahmad Syujairi bin Hassan meminta kerjasama daripada semua AJK
PIBG untuk mencadangkan beberapa usaha bagi menambah
dana PIBG sekolah.

5.3.1 Kalendar Organiser
5.3.1.1 Pn. Hajah Noraini binti Surif, Guru Besar SK Sri
Jelok mencadangkan jualan kalendar organiser kepada
murid dan menyatakan penggunaan kalendar organiser
ini dapat mengajar murid mencatat perkara penting.
5.3.1.2 Beliau meminta Pn. Nur Hafizah binti Jamal Abdul Nasir untuk
membentangkan kalendar organiser yang telah dihasilkan
oleh Pn. Nadira Idari binti Sufa’at dan Pn. Wan Shakimah binti Wan
Ngah.
5.3.1.3 En. Ahmad Syujairi bin Hassan memberikan respons agar
memperincikan bilangan muka surat, kos seunit dan jumlah
bayaran secara jelas agar tidak membebankan ibu bapa.
Kalendar ini akan mula dijual pada Mac 2022 sekiranya
dipersetujui ahli mesyuarat.
5.3.1.4 Pn. Norsharima binti Shaharuddin memaklumkan bahawa
sekiranya kos melebihi RM10.00 adalah membebankan ibu
bapa.
5.3.1.5 En. Syujairi bin Hassan bertanya tentang saiz kalendar
organizer yang akan dihasilkan.
5.3.1.6 Pn. Hajah Noraini binti Surif menjelaskan saiz kalendar
organizer berukuran saiz A5 dan akan dibuat lebih ringkas secara
hitam putih. Kos pencetakan yang diperuntukkan adalah
sebanyak RM 2.50 - RM3.00 dan harga jualan sebanyak RM 5.00.

5.3.2 ‘Jumble Sale’
Dibentangkan oleh Pn. Hajah Noraini binti Surif
5.3.2.1 ‘Jumble Sale’ ini merupakan jualan pakaian, buku-buku,
perabot-perabot, alatan sukan, kasut-kasut dan mainan yang
masih elok, bersih dan boleh digunakan.
5.3.2.2 Cadangan tempoh jualan selama 3 minggu.
5.3.2.3 Pengumpulan barang-barang ‘Jumble Sale’ adalah
daripada guru-guru SKSJ dan ibu bapa yang ingin
menyumbang barang terpakai.
5.3.2.4 Jualan ‘Jumble Sale’ bagi perabot terpakai, penjual
hanya perlu mengambil gambar untuk ditunjukkan kepada
pembeli. Sekiranya pembeli berminat, perabot tersebut perlu
diambil sendiri di rumah penjual.
Makluman

5.3.2.5 En. Mohd Roseli memberi respons setuju dengan
cadangan ‘Jumble Sale’ kerana tiada modal yang perlu
dikeluarkan.
Dipersetujui oleh ahli mesyuarat sebulat suara.
5.3.2.6 Pn. Hajah Noraini binti Surif meminta Pn. Halina binti Ali
untuk menyemak SOP pelaksanaan ‘Jumble Sale’.

Tindakan : Pn Halina binti Ali, GPK HEM

5.3.3 ‘Charity Car Wash’
Dibentangkan oleh En. Mohd Munaim bin Mahmud
5.3.3.1 Memohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan
diri pada mesyuarat kali pertama.
5.3.3.2 Cadangan beliau ialah untuk mengadakan ‘Charity
Car Wash’ di kawasan sekolah.
5.3.3.3 Beliau menyarankan untuk menyediakan nasi lemak
untuk pelanggan yang datang pada waktu pagi.
5.3.3.4 Beliau mencadangkan supaya pihak sekolah mencari
orang yang berkemahiran untuk membasuh kereta dan
berbincang tentang harga yang ditawarkan.
5.3.3.5 En. Ahmad Syujairi Bin Hassan bertanya tentang
cadangan lokasi ‘car wash’ sekiranya ingin dilaksanakan.
5.3.3.6 En. Mohd Munaim bin Mahmud mencadangkan lokasi ‘Car Wash’
boleh dijalankan di kawasan sekolah contohnya di hadapan kantin.
5.3.3.7 Pn. Hajah Noraini binti Surif memaklumkan bahawa aktiviti
Car Wash ini tidak boleh dilaksanakan pada waktu sekolah.
5.3.3.8 En. Mohd Munaim bin Mahmud mengesyorkan cadangan
ini dilaksanakan waktu musim panas pada tahun hadapan.

6.0 HAL - HAL LAIN

6.1 Pn. Hajah Noraini binti Surif menetapkan penglibatan KSIB dalam
menceriakan kelas pada tahun 2022 bermula tahun 1. Selepas taklimat, ibu
bapa akan bergerak ke kelas anak masing-masing untuk berbincang
tentang keceriaan kelas. Perjumpaan dengan ibu bapa perlu dilakukan
antara Pn. Halina binti Ali, En. Ismail Hakim bin Sukemi dan En Jimi bin Jusoh
sebelum cuti akhir persekolahan.
Tindakan : NYDP, PK HEM, PK Petang

7.0 PENUTUP

6.167.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang hadir. YDP
YDP meminta Pn. Nur Hafizah binti Jamal Abdul Nasir dan Pn. Nur Hidayah binti
mansor bertindak awal dan ambil maklum tentang program yang telah
dirancang. YDP berharap segala program yang dibincang dan dirancang
dapat dijayakan dengan cemerlang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11. 15 malam.

Disediakan oleh,

...................................
( Nur Hafizah Binti Jamal Abdul Nasir )
Setiausaha PIBG
SK Sri Jelok,
Kajang
Bertarikh: 03 Disember 2021
SNI/sni/mesyuarat AJK PIBG

Lampiran 1

Lampiran 2

Sekolah Kebangsaan Sri Jelok
Taman Sri Jelok,

43000 Kajang, Selangor
Tel/Fax : 03 87376172

Ruj. Kami : SKSJ.100-7/1/5 ( )
Tarikh : 29 November 2021

Kepada:
Yang Dipertua PIBG,
SK Sri Jelok
Taman Sri Jelok,
43000 Kajang,
Selangor.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN DANA PIBG UNTUK PEMBIAYAIAN NAIK TARAF BILIK MUZIK
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Pihak sekolah sedang berusaha untuk menaiktaraf bilik muzik yang sedia ada kepada satu bilik yang lebih
kondusif untuk kegunaan murid-murid. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan daripada
pihak tuan untuk membiayai kos naik taraf berkenaan. Semoga dengan sumbangan pihak tuan dapat
merealisasikan impian pihak sekolah untuk mewujudkan sekolah ceria dan kondusif. Bersama ini disertakan
kertas kerja yang berkaitan.

3. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( NORAINI BINTI SURIF )
Guru Besar
SK Sri Jelok, Kajang.

9

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PEMBIAYAIAN NAIKTARAF BILIK MUZIK

1.0 PENDAHULUAN
Mata pelajaran Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran yang digemari dan ditunggu-tunggu oleh
murid. Justeru kewujudan sebuah bilik muzik yang kondusif adalah sangat diperlukan. Bilik ini bukan
sahaja untuk menyimpan bahan bantu mengajar malahan turut digunakan untuk menarik minat murid
untuk terus terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran muzik. Selain itu, memberi peluang
kepada murid untuk meneroka dunia muzik serta mengasah bakat terpendam mereka secara tidak langsung
dalam sesuatu persembahan. Oleh itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan daripada PIBG bagi
membiayai projek naik taraf ini.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menaik taraf dan menceriakan bilik muzik
2.2 Menarik minat murid belajar dalam suasana yang baru
2.3 Menambah sudut pembelajaran dan informasi dalam bilik muzik

3.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
1 Cat dinding (warna) – (1 - 5 liter – RM95.00) 5 RM475.00
2 Cat dinding (putih) – (1 - 7 liter)- RM30.00) 3 RM 90.00
3 Cat minyak – (1 – RM20.00) 3 RM60.00
4 Banner (1 – RM80.00) 3 RM240.00
1 RM150.00
5 Pendawaian soket plug 3 RM480.00
6 Floor coating – (1 – RM160.00) 2 RM400.00

7 Pintu stor

JUMLAH: - RM1,895.00

10

4.0 SUMBER KEWANGAN
4.1 PIBG

5.0 PENUTUP
Semoga dengan adanya sumbangan ini, projek kecerian bilik muzik ini dapat membantu guru-guru muzik
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkualiti. Selain itu, dapat
membina suasana pembelajaran yang seronok dan gembira. Malahan juga, pihak sekolah yakin dengan
adanya bilik muzik yang ceria dan kondusif, murid akan lebih bersemangat untuk belajar. Sehubungan itu,
besarlah harapan pihak sekolah agar pihak tuan dapat memberikan sumbangan bagi membiayai projek
naik taraf bilik ini. Segala kerjasama dan keprihatinan tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(NORHANI BINTI ISHAK) (NORAINI BINTI SURIF)
Setiausaha Panitia Pendidikan Muzik, Guru Besar
SK Sri Jelok, Kajang. SK Sri Jelok, Kajang.

Lampiran 3

11

SK SRI JELOK
JALAN TSJ 6, TAMAN SRI JELOK,

43000 KAJANG,
SELANGOR

TARIKH: 28 Januari 2022
HARI: Jumaat

TEMPAT:Dewan Sri Gemilang

Anjuran:
Unit Bimbingan dan Kaunseling,SK Sri Jelok

Dengan Kerjasama:
PIBG SK Sri Jelok

KERTAS KERJA

12

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH
2021

1.0 TAJUK PROGRAM
- Kertas Kerja Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah 2021
2.0 ANJURAN
- Unit Bimbingan dan Kaunseling dan PIBG SK Sri Jelok

3.0 PENDAHULUAN

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, setelah Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengishtiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan meminta semua Negara
meraikannya setiap tahun sebagai “Satu Hari Bagi Persaudaraan Dunia dan Persefahaman di Kalangan
Kanak-Kanak”. Malaysia adalah di antara 150 buah Negara yang menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia pada
bulan Oktober setiap tahun.

4.0 MATLAMAT

Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran kepada

kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab menentukan perlindungan, kebajikan,

kesejahteraan dan hak-hak mereka sentiasa dipelihara.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Meraikan kanak-kanak sempena Hari Kanak-kanak Sedunia dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.
5.2 Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
5.3 Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan

kanak-kanak.
5.4 Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian terpuji, cemerlang, berbakat dan berwibawa

6.0 METODOLOGI
- Perkongsian Informasi Melalui Facebook UBK. Telegram UBK dan Whatsapp kelas
- Pertandingan secara atas talian

7.0 BUTIRAN PELAKSANAAN
Tarikh : 28 Januari 2022
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan SK Sri Jelok
Tema : Hawai

8.0 KUMPULAN SASARAN
- Semua murid Pra Sekolah , Tahun 1 hingga 6 SK Sri Jelok

13

9.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn Hjh Noraini binti Surif (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Pn Halina binti Ali (PK HEM)
Timbalan Pengerusi 1 : Pn Norsharima binti Shaharuddin (PK Tadbir)
Timbalan Pengerusi 2 : En Fairos Azmi bin Marzah (PK Kokurikulum)
Timbalan Pengerusi 3 : En Jimi bin Jusoh (PK Petang)
Penyelaras : Pn Sharifah Nadia binti Syed Amirruddin (GBKSM)
Setiausaha : Pn Hanidzah binti Ismail (GBKSM)
Bendahari : Pn Marieannie binti Othman (PT Kewangan)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA TUGASAN

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

Pengacara Majlis Penutup Sambutan Hari Kanak- - Mempengerusikan majlis Penutup Sambutan

kanak Hari Kanak-kanak
- PRS

- Pn Nur Hidayah binti Mansor

Bacaan Doa -

-PRS

Gimik - Menyediakan gimik semasa pelancaran

-Pn Mazlinda binti Ismail penutup
-Pn Rohaiza binti Abd Rahman

-Pn Ayuni Shahirah binti Amat

-Pn Normah binti Harun

PA Sistem - Memastikan PA Sistem pada hari tersebut

-En Muhammad As’ad bin Abd Majit dapat berfungsi dengan baik
-En Illias bin Azmi

Fotografi - Mengambil gambar sepanjang majlis
-Cik Wan Norshakimah binti Wan Ngah berlangsung
-Pn Sypafwati binti Abdullah
Pentas - Menyediakan perhiasan pentas
- Pn Yusfazila binti Md Yusuf
-Pn Hanidzah binti Ismail - Menyediakan Sijil dan Plak untuk Tokoh
-Pn Sharifah Nadia binti Syed Amirruddin Kanak-kanak
-Pn Sharifah Noordiran binti S. Othman
-En Muhammad Shairuli Famie bin Ramli - Menyediakan Hadiah untuk pertandingan
Hadiah -
-Pn Lailatun Izma binti Malek Ibrahim
-Pn Hasimah binti Jusoh - Memastikan makanan dapat diagihkan kepada
-Cik Azrina binti Hamzah murid-murid mengikut kelas
-Pm Azlin binti Zulkufli
-Pn Suriana binti Saa’id 14
-Cik Norfaizah binti Abu Bakar
Makanan
-Pn Siti Zaridah binti Che Abd Rani

-Pn Loh Fui Fui
-Pn Sharifah Nadia binti Syed Amirruddin
-Pn Hamidah binti Yaakob
-Pn Norhashimah binti Abdullah
-Pn Rabiah binti Abdullah

Disiplin - Mengawal disiplin murid pada hari penutup
-En Azman bin Mohamad
-Pn Dayang Sari binti Mail
-Pn Rusilawati binti Ahmad
-Pn Roha binti Abdullah
-Semua Guru

ANUGERAH TOKOH KANAK-KANAK

Pemilihan Tokoh - Memilih Tokoh Kanak-Kanak Lelaki &
-Pn Khairiyah binti Samari Perempuan
-Pn Juhaini binti Johan
- Mempersiapkan tokoh pada hari penutup

sambutan.

SEROJE KIDS TALK SHOW

Moderator - Mempengerusikan kids talk show
-En Mohd Roseli bin Embong

Penyediaan Soalan - Menyediakan soalan-soalan untuk murid
-Pn Hazrina binti Hamidon
Peralatan - Menyediakan set setti untuk penceramah
-En Aidil Iman bin Abdullah dan murid di atas pentas
-En Muhd Azhari
SEROJE MASTERCHEF
Hakim - Menyediakan syarat-syarat pertandingan
-Pn Norliza binti Md Noor - Menyediakan 15oring penyertaan dan
-Pn Jamnah binti Abd Manaf markah
-Pn Hasinawati binti Hashim - Menjadi hakim pertandingan
-En Mohd Baseri bin Sa’id
- Menyediakan peralatan yang akan digunakan
Peralatan semasa pertandingan
-En Wan Ahmad Kasbeno bin Wan Zain (perkakas memasak dan meja)
-En Sukimi bin Said
-En Faizal bin Abd Kadir SEROJE GOT TALENT
- Menyediakan syarat-syarat petandingan
Hakim - Menyediakan 15oring pendaftaran dan
-Pn Engku Zaharah binti Engku Yusof markah
-Pn Nadira Idari binti Sufa’at - Menyediakan link telegram untuk
-Pn Norhani binti Ishak penghantaran video
-Pn Kanthinee AP Gopal - Menjadi Hakim pertandingan
-En Nazrin bin Said Doll Hardari
SEROJE FASHION SHOW
Hakim - Menyediakan syarat-syarat petandingan
-Pn Asidah binti Misran
-Pn Rushaliza binti Shafiee 15

-Pn Norhafezah binti Othman - Menyediakan 16oring pendaftaran dan
-Cik Wan Aziawati binti Wan Yahaya markah

- Menjadi Hakim pertandingan

- IMAM MUDA / USTAZAH PILIHAN

Hakim - Menyediakan syarat-syarat petandingan
-Pn Rushaliza binti Shafiee - Menyediakan borang pendaftaran dan
-En Nazrin bin Said Doll HArdari
markah

- Menjadi Hakim pertandingan

10.0 TENTATIF PROGRAM

HARI MASA AKTIVITI PENCERAMAH / TINDAKAN
SEROJE MASTERCHEF TEMPAT
8.30 – 10.00 Kantin AJK Terlibat
PN Sharifah Nadia
26/1 (Rabu)

21/1 – 27/1 SEROJE GOT TALENT Telegram AJK Terlibat
(Jumaat-Khamis) PN Sharifah Nadia
Pn Hanidzah binti Ismail
21/1 – 27/1 IMAM MUDA / Telegram
(Jumaat-Khamis) USTAZAH PILIHAN AJK Terlibat
PN Sharifah Nadia
28/1/2022 08.OO-9.00/ MAJLIS SAMBUTAN DEWAN SRI Pn Hanidzah binti Ismail
(Jumaat) 2.40 – 3.40 PENUTUP HARI KANAK- GEMILANG
AJK Terlibat
9.00-10.00 KANAK

10.00 – 10.30/ SEROJE KIDS TALK
3.40 – 4.10 SHOW
10.30-11.00
REHAT
11.00 – 11.30/
4.10 – 6.10 ANUGERAH TOKOH
KANAK-KANAK

PENYAMPAIAN HADIAH

11.0 PENDAPATAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN
11.1 Pendapatan : PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling

: PIBG
11.2 Perbelanjaan :

Bil Perkara Harga Bilangan Harga Jumlah Sumber
Seunit Unit Kewangan

16

1. Plak Tokoh RM 30.00 2 RM 60.00 RM 60.00 PCG UBK

2. Plak RM 15.00 5 RM 75.00 RM 75.00
RM 200.00
3. Plak RM 10.00 20 RM 200.00 RM 300.00

3. Hamper Alat Tulis RM 15.00 20 RM 300.00 RM 1900.00
950 RM 1900.00 RM 2535.00
(Seroje

Masterchef)

4 Makanan Murid RM 2.00 PIBG

Jumlah Keseluruhan

12.0 PENUTUP

Diharapkan agar program Sambutan Hari Kanak-kanak ini dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat
kerjasama yang baik daripada semua pihak.

Disediakan oleh,

(SHARIFAH NADIA BINTI SYED AMIRRUDDIN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SK Sri Jelok.

Disemak oleh,

(HALINA BINTI ALI)
PK Hal Ehwal Murid,
SK Sri Jelok.

Disahkan oleh :

(HJH NORAINI BINTI SURIF)
Guru Besar,
SK Sri Jelok.
Tarikh:

17


Click to View FlipBook Version