The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanisafie.96, 2022-06-13 07:18:05

MINIT MESYUARAT PIBG BIL 4/2022

MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI JELOK ,
KAJANG, SELANGOR.

MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL 4 SESI 2021/2022

Tarikh : 9.4.2022 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi – 11.00 pagi

Tempat : Bilik wawasan

Pengerusi : En. Ahmad Syujairi Bin Hassan

Kehadiran(Bilangan) : 17 orang

Nama Yang Hadir : 1. En. Ahmad Syujairi bin Hassan
2. En. Ismail Hakim bin Sukemi
3. Pn. Noor Syazwani binti Safie
4. Pn. Nur Hidayah binti Mansor
5. En. Shairuli Famie bin Ramli
6. En. Muhamad Azhari binti Mohamad Nordin
7. Pn. Hanidzah binti Ismail
8. Pn. Hazrina binti Hamidon
9. Pn. Kartini binti Subari
10. Pn. Hasinawati binti Hashim
11. En. Mohd Roseli bin Embong
12. En. Illias bin Azmi
13. Pn. Nur Azlin binti Zulkifli

Turut Hadir : 1. Pn. Hajah Noraini binti Surif (Guru Besar)
2. Pn. Halina binti Ali(PK HEM)
3. En. Fairos Azmi bin Marzah (PK Kokurikulum)
4. En. Jimi bin Jusoh (PK Petang)

Nama Yang Tidak Hadir : 1. Pn. Nor Sharima binti Shaharuddin (PKP)
2. En. Mohd Nozlan bin Khadri
3. En. Mohd Shahriza bin Ismail
4. Pn. Aileen Halinda binti Abdul Hamid
5. Pn. Zainon binti Sidik
6. Pn. Normah binti Harun
7. En. Mohd Munaim bin Mahmud

1

AGENDA MESYUARAT
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Ucapan Penasihat
3.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Bil 3 2021/2022
4.0 Pembentangan Kewangan
5.0 Perkara Berbangkit

5.1 Pembentangan Kertasa Kerja Bacathon
5.2 Program Ceramah bersama Ustaz Shamsul Debat
5.3 Seroje Bundle
5.4 Mesyuarat Agung Tahunan 2022
6.0 Hal-hal lain
7.0 Penutup

1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 YDP selaku pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih
atas kehadiran semua AJK PIBG sesi 2021/2022 ke mesyuarat kali keempat
serta mengucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada
semua yang hadir.
1.2 Beliau juga mengalu-alukan kedatangan semua barisan pentadbir
SKSJ.
1.3 Sebelum memulakan mesyuarat, bacaan doa telah dibaca oleh Ustaz
Shairuli Famie bin Ramli.
1.4 YDP memaklumkan kehadiran murid ke sekolah tanpa penggiliran dan
semua murid perlu hadir 100 peratus. Namun demikian, SOP perlu dijaga
dan dititikberatkan.
Tindakan : Semua AJK PIBG

2.0 UCAPAN PENASIHAT
2.1 Pn. Noraini binti Surif menyatakan kesyukuran dapat mengadakan
mesyuarat kali keempat ini walaupon dalam keadaan berpuasa.
2.2 Beliau menjelaskan murid-murid akan hadir ke sekolah 100 peratus tanpa
penggiliran mulai 18 April 2022, namun SOP lain masih tidak berubah. Oleh
hal yang demikian, guru-guru masih tertakluk dengan SOP lama kecuali
murid. Sekolah yang mempunyai murid kurang daripada 600 orang tidak
ada penggiliran, namun sekolah kita mempunyai murid melebihi 900
orang dan ada penggiliran.
2.3 Beliau berharap mesyuarat kali keempat ini dapat memutuskan banyak
perkara mengikut agenda mesyuarat.

Makluman

3.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT BIL 3/2021
3.1 Pn. Noor Syazwani binti Safie membentangkan Minit Mesyuarat Bil
3 yang telah diadakan pada 12 Februari 2022 yang lalu.
3.2 En. Illias bin Azmi mencadangkan Minit Mesyuarat Bil 3 disahkan dan disokong
oleh Pn. Hanidzah binti Ismail.

2

Makluman : Semua AJK PIBG

4.0 LAPORAN KEWANGAN

3. 4.1 Pn. Nur Hidayah binti Mansor membentangkan laporan kewangan sehingga
8 April 2022 dengan jumlah kutipan sumbangan PIBG adalah sebanyak
RM7950.00 Beliau memaklumkan seramai 159/600 telah memberi
sumbangan PIBG dengan anggaran 26.5% keluarga yang telah membayar.
Makluman

3. 4.2 Pn. Nur Hidayah binti Mansor membentangkan laporan kewangan sehingga
8 April 2022;
4.2.1 Makan Malam Amal : RM 32 398.66
4.2.2 Akaun Tumpang Komisen Sahabat : RM 1.47
4.2.3 Infaq - Kertas A4 : RM 60.00
4.2.4 Infaq – Coway : RM 2256.00
4.2.5 Akaun Tumpang Sumbangan Asnaf : RM 250.00
4.2.6 Akaun Tumpang Keceriaan Kelas : RM 355.00
4.2.7 Akaun Tumpang Lain-lain : RM 200.00
Makluman

4.3 Pn. Nur Hidayah binti Mansor membentangkan laporan kewangan sehingga
8 April 2022;
4.3.1 Caj bank : RM 1.50
4.3.2 Faedah bank : RM 7.85
Makluman

3. 4.4 Pn. Nur Hidayah juga memaklumkan jumlah perbelanjaan sehingga 8 April
2022 ialah sebanyak RM 8541.70, manakala jumlah pendapatan sehingga 8
April 2022 ialah sebanyak RM22 497.74. Keseluruhan dana yang tinggal ialah
sebanyak RM11 349.72.
Makluman

4.5 Pn. Nur Hidayah binti Mansor memaklumkan jumlah sumbangan kipas adalah
sebanyak RM 1740.00 iaitu RM 1132.00 secara tunai manakala RM 608.00
secara ‘online banking’.
Makluman

4.6 Pn. Nur Hidayah memaklumkan guru kelas 5 Ibnu Qaiyim telah menyerahkan
semula wang keceriaan kerana tiada keceriaan kelas yang dibuat.
Makluman

4.7 Pn. Hajah Noraini binti Surif mencadangkan untuk memberi hadiah
kepada guru yang berjaya membuat kutipan sumbangan PIBG 100
peratus sehingga bulan Jun.
Tindakan: Bendahari PIBG

4.8 En. Mohd Roseli bin Embong memaklumkan bahawa surau ingin meminta
penyata kewangan PIBG untuk permohonan sumbangan.
Tindakan: Bendahari PIBG

3

4.9 Pn. Nur Hidayah memaklumkan tentang kemasukan wang dalam penyata
kewangan di bawah nama ‘Muhd Amin bin Rozak’. En. Ahmad Syujairi
memaklumkan penama berikut merupakan kawan beliau dan sumbangan
tersebut adalah sumbangan untuk PIBG.
Makluman

4.10 En. Mohd Roseli bin Embong mencadangkan penyata kewangan disahkan
dan disokong oleh Pn. Hasinawati binti Hashim.
Makluman

4.11 Maklumat kewangan boleh dirujuk dalam lampiran sehingga 8 April 2022.
Rujuk lampiran 1

5.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

5.1 Pembentangan Kertas Kerja Bacathon
Dibentangkan oleh Pn. Hazrina binti Hamidon
5.1.1 Pn. Hazrina memaklumkan projek asal adalah sepatutnya dijalankan
pada tahun 2020 bagi tujuan menaik taraf pusat sumber. Disebabkan
pandemik berlaku pada tahun 2020, program ini tidak dapat diteruskan.
Walau bagaimanapun, beliau masih dapat mengumpul sebanyak
RM20,000 hasil sumbangan orang perseorangan dan juga guru-guru
untuk menaiktaraf pusat sumber.
5.1.2 Sasaran kutipan untuk projek bacathon ini adalah sebanyak RM100 000
dan anggaran peruntukan sebanyak RM40 000 adalah untuk pusat
sumber bagi menaiktaraf keceriaan pusat sumber dan membeli
komputer untuk kegunaan murid mengisi data nilam.
5.1.3 Cadangan kutipan yang diputuskan adalah minimum RM100 bagi setiap
murid, walaubagaimanapun Pn. Noraini merasakan jumlah ini agak
tinggi bagi setiap murid dan kutipan minimum mungkin dapat
dikurangkan sedikit. Dalam mesyuarat juga telah diputuskan sebanyak
40% hasil kutipan adalah bahagian pusat sumber dan sebanyak 60% lagi
adalah dimasukkan di bawah dana PIBG.
5.1.4 Cadangan tarikh untuk penutup program ini dijalankan adalah pada
bulan September 2022 iaitu pada 25.9.2022 (Ahad) dan tempoh selama
satu bulan sebelum akan diberikan kepada murid bagi mengutip
sumbangan.
Rujuk lampiran 2

5.2 Program Ceramah bersama Ustaz Shamsul Debat

5.2.1 Tujuan program ini dijalankan adalah bagi mengumpul dana untuk
menaik taraf sekolah dan juga merupakan satu usaha pihak sekolah
dalam memberi kesedaran dan mengajak masyarakat bersedekah
dalam kehidupan seharian di samping melahirkan dan memupuk rasa
tanggungjawab para guru, pelajar dan orang awam mengenai amalan
membantu golongan yang berada dalam kesusahan.

4

5.2.2 YDP PIBG, En. Ahmad Syujairi memaklumkan tarikh terbaru yang diterima
daripada pihak penceramah iaitu pada 12 Ogos (Jumaat).

5.2.3 Beliau memaklumkan cadangan tempat pada awalnya ialah di stadium
kajang tetapi tidak dapat diteruskan kerana tempat tersebut dalam
proses penaiktarafan. Beliau meminta pandangan daripada AJK PIBG
tentang tempat pelaksanaan ceramah tersebut.

5.2.4 En. Fairos mencadangkan untuk mengadakan ceramah di surau namun,
memerlukan kertas kerja dan surat pentauliahan dari JAKIM.

5.2.5 En. Illias memberi cadangan untuk mengadakan ceramah tersebut di
masjid penjara, namun Pn. Noraini menyatakan bahawa penjara tidak
berapa sesuai kerana tempat tertutup.

5.2.6 Pn. Nur Hidayah memberi cadangan adalah lebih baik jika ceramah
dapat dijalankan secara live dan secara bersemuka bagi menarik lebih
ramai penonton dan sekaligus dapat mengutip sumbangan daripada
orang ramai.

5.2.7 Pn. Noraini mencadangkan agar YDP dapat berbincang lebih lanjut
dengan pihak penceramah dari segi tempat dan cara penyampaian
ceramah iaitu secara live atau bersemuka.
Makluman

5.3 Seroje Bundle

5.3.1 Pn. Hanidzah memaklumkan bahawa program ini wajar diteruskan
5.3.2 kerana banyak baju dan barang terkumpul.
Beliau juga memaklumkan bahawa program ini tidak dapat
5.3.3 dilaksanakan pada tarikh awal seperti yang dirancang kerana
pandemik.
5.3.4 Pn. Hanidzah juga memaklumkan jualan telah dapat dilakukan kepada
5.3.5 murid-murid. Sebanyak RM 53.00 telah dapat dijana dengan harga
5.3.6 jualan sehelai baju berharga RM1.00.
Pn. Hanidzah memberi cadangan untuk membuka khemah dalam
kawasan sekolah sekiranya ibu bapa boleh masuk ke kawasan sekolah.
En. Roseli memaklumkan jualan di tapak pasar malam memerlukan
lesen dan kelulusan MPKJ.
Pn. Hanidzah akan memohon kebenaran dari MPKJ untuk jualan amal
di tapak pasar malam.

Makluman

5.4 Mesyuarat Agung Tahunan 2022.

5.4.1 Pn. Hajah Noraini memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan
perlu dilakukan sebelum 30 Jun 2022.

5.4.2 Beliau memaklumkan tarikh yang dicadangkan ialah pada 28 Mei
2022 iaitu pada hari Sabtu. Namun demikian, tarikh tersebut tidak
dapat dijalankan kerana terdapat lawatan penanda aras guru-guru
besar.

5.4.3 Oleh hal yang demikian, beliau mencadangkan tarikh baru untuk
pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan 2022 ialah pada 18 Jun 2022
(Sabtu), pukul 9.00 pagi.

5

5.4.4 Berikut merupakan prosedur dan tarikh pelaksanaan MAT 2022:
5.4.4.1 Membuat permohonan kelulusan dan surat makluman ke PPD
5.4.4.2 Membuat usul secara google form (12/5/2022 – 26/5/2022)
5.4.4.3 Mengutip usul (26/5/2022)
5.4.4.4 Menjawab usul (26/5/2022 – 31/5/2022)
5.4.4.5 Tarikh akhir untuk pentadbir menjawab usul (31/5/2022)
5.4.4.6 Perbincangan usul dan mesyuarat AJK (12/6/2022)

5.4.5 Pn. Hajah Noraini binti Surif mencadangkan En. Johan bin Abdul Azmi
sebagai perasmi Mesyuarat Agung Tahunan 2022.
Makluman

6.0 HAL - HAL LAIN

6.1 Pn. Nur Hidayah binti Mansor mengajukan soalan tentang pengeluaran resit
PIBG untuk kutipan sumbangan PIBG boleh dikeluarkan atau sebaliknya. Pn.
Noraini memberi maklum balas bahawa resit boleh dikeluarkan berdasarkan
penetapan kutipan sumbangan PIBG dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang
lalu.

6.2 En. Jimi memaklumkan tentang tinjauan yang dilakukan terhadap bilangan
cermin tingkap kelas memandangkan terdapat banyak kelas yang tiada
cermin tingkap. Beliau juga memaklumkan panel cermin bagi setiap kelas juga
tidak sama. Pn. Noraini memberi respon terhadap jumlah cermin yang hendak
digunapakai dan berapa dana yang diperlukan untuk membaiki cermin kelas
tersebut.
Dipersetujui sebulat suara.

6.3 En. Fairos memaklumkan tentang dana yang diperlukan untuk bilik PA Sistem
adalah sebanyak RM4000. Beliau meminta persetujuan daripada semua
jawatankuasa untuk menarik dana Pavilion untuk bilik PA Sistem.
Dipersetujui sebulat suara

6.4 En. Ismail Hakim memaklumkan pihak IKBN tidak dapat membuat pendawaian
dan pemasangan kipas.

6.5 Pn. Halina memohon sumbangan daripada PIBG untuk pembelian pelitup
muka kanak-kanak sebanyak 15 kotak dengan anggaran harga sebanyak RM
50.00. Beliau memaklumkan kebanyakan pelitup muka yang terdapat di
pejabat bersaiz orang dewaza dan tidak bersesuaian untuk kanak-kanak.
Pelitup muka bersaiz kanak-kanak ini perlu disediakan untuk situasi seperti tali
pelitup muka yang putus, terlupa bawak dan sebagainya.

6.6 Pn. Hajah Noraini memberi cadangan untuk membuat pecah lot dengan
menggunapakai dana Pavilion sebagai modal untuk melukis plan dan
membuat quotation termasuk pemasangan kipas dan lampu.

6.7 Pn. Hazrina memohon sumbangan untuk pemberian cenderahati kepada
murid-murid sempena program Nilam bagi memupuk minat murid membaca
dan meningkatkan semangat murid untuk memasukkan data Nilam.

6

6.8 Pn. Noraini memberi respon bahawa ramai murid membaca buku tetapi tidak
memasukkan data tersebut dalam sistem Nilam. Beliau berpendapat bahawa
dengan ganjaran ini dapat meningkatkan semangat murid untuk
memasukkan data Nilam. Beliau berharap dengan pemberian ganjaran ini
dapat meningkatkan jumlah pemenang Nilam pada tahun ini.

Makluman

7.0 PENUTUP

6.167.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang hadir. YDP
YDP berharap segala program yang dibincang dan dirancang dapat berjalan
dengan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.40 pagi.

Disediakan oleh,

...................................
( Noor Syazwani binti Safie )
Setiausaha PIBG
SK Sri Jelok,
Kajang
Bertarikh: 10.5.2022
SNI/sni/mesyuarat AJK PIBG

7


Click to View FlipBook Version