The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanisafie.96, 2021-12-03 00:36:03

MINIT MESYUARAT PIBG BIL 1 2021

24 OKTOBER 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI JELOK ,
KAJANG, SELANGOR.

MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL 1 SESI 2021/2022

Tarikh : 24.10.2020 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang

Tempat : Bilik Wawasan

Pengerusi : En. Ahmad Syujairi Bin Hassan

Kehadiran(Bilangan) : 25 orang

Nama Yang Hadir : 1. En. Ahmad Syujairi bin Hassan
2. En. Ismail Hakim bin Sukemi
3. Pn. Nur Hafizah binti Jamal Abdul Nasir
4. Pn. Noor Syazwani binti Safie
5. Pn. Nur Hidayah binti Mansor
6. En. Shairuli Famie bin Ramli
7. En. Muhamad Azhari binti Mohamad Nordin
8. Pn. Zainon binti Sidik
9. En. Illias bin Azmi
10. Pn. Hanidzah binti Ismail
11. Pn. Hazrina binti Hamidon
12. Pn. Kartini binti Subari
13. Pn. Hasinawati binti Hashim
14. En. Mohd Roseli bin Embong
15. Pn. Aileen Halinda binti Abdul Hamid
16. Pn. Hasinawati binti Hashim

Turut Hadir : 1. Pn. Hajah Noraini binti Surif (Guru Besar)
2. Pn. Nor Sharima binti Shaharuddin (PKP)
3. Pn. Halina binti Ali(PK HEM)
4. En. Fairos Azmi bin Marzah (PK Kokurikulum)
5. En. Jimi bin Jusoh (PK Petang)

Nama Yang Tidak Hadir : 1. En. Nazri bin Awang
2. Pn. Normah binti Harun
3. En. Mohd Munaim bin Mahmud
4. En. Mohd Shahriza bin Ismail

1

AGENDA MESYUARAT
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Ucapan Penasihat

2.1 Pelantikan Biro-biro Khas
3.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23

3.1 Dokumentasi Mesyuarat Agung PIBG - 02 Oktober 2021
3.2 Montaj Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022
4.0 Perkara Berbangkit
4.1 Kad Elektronik Pintar - E-Wallet
4.2 Pembentangan Kertas Kerja

4.2.1 Jom Infaq - Smart TV
4.2.2 Kertas Kerja Keceriaan Bilik Guru
4.2.3 Kertas Kerja Keceriaan Makmal Sains
4.2.4 Kertas Kerja Keceriaan Bilik Matematik
4.3 Keceriaan Bilik RBT
5.0 Pembentangan Kewangan
6.0 Hal-hal lain

AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 YDP selaku pengerusi mengalu-alukan kedatangan NYDP dan semua AJK
PIBG sesi 2021/2022 dan mengucapkan terima kasih kerana hadir ke
mesyuarat PIBG kali pertama.
1.2 Beliau juga mengalu-alukan kedatangan semua barisan pentadbir
SKSJ.
1.3 Sebelum memulakan mesyuarat, bacaan doa telah dibaca oleh Ustaz
Shairuli Famie bin Ramli.
1.4 YDP mengucapkan tahniah kepada barisan jawatankuasa PIBG sesi
2021/2022 yang baharu dilantik. Beliau berharap jawatankuasa ini dapat
memberi komitmen dan kerjasama yang padu dalam menaikkan
kecemerlangan sekolah.
Tindakan : Semua AJK PIBG

2.0 UCAPAN PENASIHAT
2.1 Pn. Noraini binti Surif mengalu - alukan kehadiran serta mengucapkan
tahniah kepada semua AJK PIBG ibu bapa dan guru yang hadir pada hari
ini.
2.2Beliau turut meminta semua jawatankuasa PIBG yang baharu
memperkenalkan diri masing-masing.
Tindakan : AJK PIBG

2.3 Beliau berharap Jawatankuasa PIBG SK Sri Jelok sesi 2021/2022 yang baharu
dilantik dapat bergerak dengan lebih aktif dalam menaiktaraf
pembangunan sekolah ke arah keselesaan murid-murid untuk
pembelajaran yang kondusif.

Tindakan : AJK PIBG

2

2.4 Program - program yang dijalankan perlu mendapat sokongan
padu daripada PIBG. Beliau menegaskan bahawa bantuan kewangan
yang disalurkan kepada pihak sekolah tidak mencukupi bagi menampung
kos baik pulih.
Tindakan : AJK PIBG

2.5 Biro-biro yang ditubuhkan untuk sesi 2021/2022 perlu
memainkan peranan dalam mengendalikan dan menyebarkan maklumat
tentang program-program sekolah yang akan dijalankan.
2.5.1 Antara biro-biro yang telah ditubuhkan ialah :
2.5.1.1 Biro Akademik - Pn. Aileen Halinda binti Abdul Hamid
2.5.1.2 Biro Kebajikan dan Rohani - Pn. Zainon binti Sidik
2.5.1.3 Biro Sukan - En. Ismail Hakim bin Sukemi
2.5.1.4 Biro Keceriaan dan Keselamatan - Pn. Kartini binti Subari
2.5.1.5 Biro Ekonomi - En. Mohd Shahriza bin Ismail
2.5.1.6 Biro Disiplin dan Bina Insan - En. Mohd Munaim bin Mahmud
2.5.1.7 Biro Projek Khas - En. Ahmad Syujairi bin Hassan
2.5.1.8 KSIB - En. Ismail Hakim bin Sukemi

Tindakan : Semua AJK PIBG

2.6 Beliau memaklumkan kerja-kerja menaiktaraf pembangunan sekolah telah
dijalankan oleh barisan pentadbir, guru-guru dan staf sokongan sekolah.
Makluman

2.7 Antara pembangunan sekolah yang telah dinaiktaraf ialah;
2.7.1 Tandas murid dinaiktaraf menjadi Bilik Segar Diri
2.7.2 Bilik-bilik Khas
2.7.3 Bilik Darjah

Makluman

2.8 Bilik Segar Diri adalah hasil sumbangan Puan Anita Yeo Chye Luan, Mantan
PK HEM sempena persaraan beliau.
Makluman

3.0 PEMBENTANGAN DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG
3.1 Pn. Nur Hafizah binti Jamal Abdul Nasir membentangkan Dokumentasi
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 23 yang telah diadakan pada 02 Oktober 2021.
yang lalu.
3.2 Penyediaan dokumentasi tersebut telah disediakan oleh Pn. Norhani binti
Ishak dan dibantu oleh Pn. Nur Hafizah binti Jamal Abdul Nasir.
3.3 Pn. Nur Hafizah binti Jamal Abdul Nasir menayangkan Video Montaj
Pelantikan AJK PIBG sesi 2021/2022 yang baharu.

Makluman : Semua AJK PIBG

3

4.0 PERKARA BERBANGKIT
4.1 Pembentangan kegunaan Kad Elektronik Pintar - E-Wallet
4.1.1 Pn. Hajah Noraini binti Surif meminta wakil daripada pihak Kad Elektronik
Pintar untuk memberi penerangan tentang kegunaan kad tersebut
secara terperinci.

4.2 Pembentangan Kertas Kerja
4.2.1 Jom Infaq - Smart TV
Dibentangkan oleh Pn. Nor Sharima binti Shaharuddin
4.2.1.1 Sasaran Jom Infaq Smart TV sebanyak RM30,000.00. Namun,
pihak sekolah telah berjaya mendapatkan 6 unit Smart TV
bernilai RM12,000 hasil sumbangan En. Mohd Nozlan bin Khadri,
Mantan YDP PIBG 2020/2021, barisan pentadbir dan pihak luar.
4.2.1.2 Sebanyak 6 unit Smart TV telah lengkap dipasang di enam buah
kelas iaitu Prasekolah Permata, 4/2 Ibnu Qaiyim, 4/2 Ibnu
Haitham, 4/2 Ibnu Sina dan 4/2 Ibnu Khaldun.
4.2.1.3 Hasil daripada pemasangan Smart TV ini dilihat telah memberi
impak yang positif terhadap perkembangan pembelajaran
semua murid SK Sri Jelok.
4.2.1.4 Pn. Hajah Noraini binti Surif meminta Pn. Noor Syazwani binti Safie
untuk memberi sedikit penerangan tentang kesan penggunaan
Smart TV dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
4.2.1.5 Pn. Noor Syazwani binti Safie menjelaskan bahawa sepanjang
penggunaan Smart TV murid berasa lebih teruja dan seronok
untuk belajar. Murid dapat mengalami pengalaman
pembelajaran secara realistik.

Rujuk Lampiran 1

4.2.2 Kertas Kerja Keceriaan Bilik Guru
Dibentangkan oleh Pn. Hajah Noraini binti Surif
4.2.2.1 Pn. Normah Binti Harun telah memberi sumbangan sebanyak
RM1000.00 untuk dana keceriaan bilik guru.
4.2.2.2 En. Mohd Roseli bin Embong telah memberi sumbangan
sebanyak RM800.00 untuk dana keceriaan bilik guru.
4.2.2.3 Pn. Hajah Noraini binti Surif memaklumkan bahawa beliau
telah meminta guru yang terlibat di bilik guru memberi
sumbangan dana sebanyak RM200.00 seorang, namun dana
yang diperlukan untuk keceriaan bilik guru masih belum
mencukupi sebanyak RM5400.00.

Rujuk Lampiran 2

4.2.3 Kertas Kerja Keceriaan Makmal Sains
Dibentangkan oleh Pn. Nur Hidayah binti Mansor dan En. Illias bin Azmi
4.2.3.1 Wakil daripada Ketua Panitia Sains memohon untuk
mendapatkan dana bagi membeli keperluan seperti ‘netting’
dan semua bangku murid dalam makmal sains.
4.2.3.2 Pn. Hajah Noraini Bin Surif mengajukan soalan berkaitan hapus
kira aset sekolah seperti bangku makmal sains sama ada telah

4

dilaksanakan atau sebaliknya.
4.2.3.3 Pn. Nor Sharima binti Shaharuddin memaklumkan bahawa En.

Aidil Iman bin Abdullah, selaku Penyelaras Aset Sekolah telah
menjalankan hapus kira semua aset sekolah kecuali bangku
makmal sains.
4.2.3.4 Pn. Hajah Noraini Binti Surif memaklumkan bahawa sekiranya
pihak sekolah tidak melakukan hapus kira terhadap aset
sekolah termasuk bangku makmal, sekolah tidak dapat
menerima aset yang baharu.

Rujuk Lampiran 3
4.2.4 Kertas Kerja Keceriaan Bilik Matematik

Dibentangkan oleh Pn. Hasinawati binti Hashim
4.2.4.1 Pn. Hasinawati binti Hashim, selaku Juruaudit Guru merangkap

Ketua Panitia Matematik membentangkan kertas kerja untuk
memohon mendapatkan dana sebanyak RM2430.00 bagi
menaiktaraf bilik matematik.

Rujuk Lampiran 4

4.3 Keceriaan Bilik RBT
4.3.1 Tiada kertas kerja yang dibentangkan. Keceriaan bilik RBT akan
dibincangkan semula.
Makluman

5.0 LAPORAN KEWANGAN

3. 5.1 Pn. Nur Hidayah binti Mansor membentangkan laporan kewangan berakhir
24 Oktober 2021 dengan jumlah kutipan sumbangan PIBG adalah sebanyak
RM 15 680.00. Beliau memaklumkan seramai 314/648 telah memberi
sumbangan PIBG dengan anggaran 48.47% keluarga yang telah
membayar. Hal ini menunjukkan berlaku peningkatan yang sangat
memberansangkan kerana pembayaran boleh dilakukan secara dalam
talian.

Makluman

3. 5.2 Pn. Nur Hidayah binti Mansor membentangkan laporan kewangan berakhir
24 Oktober 2021 ;
5.2.1 Makan Malam Amal : RM 36 148.00
5.2.2 Akaun Tumpang Komisen Sahabat : RM 1.47
5.2.3 Infaq - Smart TV : RM 120.00
5.2.4 Sumbangan Adik Arissa : RM 18 141.00
5.2.5 Sumbangan Tabung Covid-19 : RM1370.00
5.2.6 Infaq - Kertas A4 : RM60.00
5.2.7 Infaq - Coway : RM4512.00
5.2.8 Big Cleaning Day 2020 : RM192.70

Makluman

5

3. 5.3 Setelah dipersetujui oleh AJK PIBG sesi 2021/2022, En. Ahmad Syujairi bin
Hassan telah memutuskan untuk menyalurkan dana PIBG sebanyak ;
5.3.1 Bilik Guru : akan dibincangkan kemudian
5.3.2 Makmal Sains : RM1000.00
5.3.3 Bilik Matematik : RM1000.00
5.3.4 Bilik RBT : akan dibincangkan kemudian
5.3.5 Tandas Murid : akan dibincangkan kemudian

Makluman

5.4 En. Ahmad Syujairi memaklumkan tiada pindaan pada perlembagaan PIBG
dengan tunai di tangan bendahari sebanyak RM2000 untuk tahun 2020/2021
diselaraskan bagi tahun 2021/2022.
Tindakan : Bendahari PIBG

5.5 Maklumat kewangan boleh dirujuk dalam lampiran sehingga 24 Oktober
2021.
Rujuk lampiran 5

6.0 HAL - HAL LAIN

6.1 Pn Nur Hidayah binti Mansor memohon agar penyata secara dalam talian
bagi urusan maklumat pengeluaran dan kemasukan wang kerana
penyata kewangan PIBG sering mengalami kelewatan.

Tindakan : YDP, Setiausaha dan Bendahari

6.2 Pn. Nur Hidayah binti Mansor membentangkan jumlah kewangan yang
diterima bagi tabung Arissa iaitu sebanyak RM 18 141.00 yang akan
diserahkan oleh guru besar kepada ibu bapa murid tersebut.

Tindakan : Guru Besar dan Pn. Hanidzah

6.3 Pn. Nur Hafizah binti Jamal Abdul Nasir memaklumkan bahawa bahawa
jumlah keluarga adalah seramai 648 buah keluarga melibatkan keseluruhan
murid bagi tahun 2021.
Makluman

6.4 Pn. Hajah Noraini binti Surif memaklumkan bahawa Kumpulan Sokongan Ibu
Bapa (KSIB) akan dipimpin oleh En. Ismail Hakim bin Sukemi. Beliau juga
memohon agar KSIB akan bergiat dengan lebih aktif bagi tahun 2021/2022.

Makluman

6.5 Pn. Nor Sharima binti Shahruddin mengajukan soalan sama ada Kad
Elektronik Pintar akan mula digunakan pada tahun 2021 atau tahun
hadapan.
Makluman

6

6.6 Pn. Hajah Noraini binti Surif memaklumkan Kad Elektronik
Pintar akan mula digunakan pada tahun 2022.

Makluman

6.7 Pn. Hajah Noraini binti Surif memaklumkan projek besar pada tahun 2022
ialah Projek Pavilion.
Makluman

6.8 Pn. Nur Hafizah binti Jamal Abdul Nasir memaklumkan bahawa En Nazri bin
Awang yang dilantik sebagai Juruaudit Dalaman Ibu Bapa telah menarik diri
pada 21 Oktober 2021 daripada pelantikan tersebut. Susulan daripada itu,
En. Mohd Nozlan bin Khadri telah dipilih oleh Pn. Hajah Noraini binti Surif,
Penasihat PIBG bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Dipersetujui dan disokong sebulat suara.
Tindakan : Setiausaha PIBG

6.9 Pn. Hajah Noraini binti Surif meminta semua AJK PIBG Ibu Bapa untuk
bersama-sama menyambut kedatangan murid-murid pada awal sesi
persekolahan bulan November.

Tindakan : Semua AJK PIBG Ibu Bapa

6.10 Pn. Nur Hafizah binti Jamal Abdul Nasir meminta semua AJK PIBG Ibu Bapa
untuk menghantar gambar untuk kegunaan carta organisasi PIBG
2021/2022.

Tindakan : Semua AJK PIBG Ibu Bapa

6.11 Pn. Norsharima binti Shaharuddin meminta Pn. Kartini binti Subari, selaku Biro
Keceriaan dan Keselamatan untuk mengemaskini carta organisasi PIBG
2021/2022.

Tindakan : Biro Keceriaan dan Keselamatan

6.166.12 YDP berharap segala program yang dibincang dan dirancang dapat
dijayakan dengan cemerlang. Beliau mengharapkan agar semua AJK PIBG
sesi 2021/2022 dapat memberi komitmen dan kerjasama yang baik dalam
setiap program yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.29 petang

Disediakan oleh,

...................................
( Nur Hafizah Binti Jamal Abdul Nasir )
Setiausaha PIBG
SK Sri Jelok,
Kajang

Bertarikh: 30 Oktober 2021
SNI/sni/mesyuarat AJK PIBG

7


Click to View FlipBook Version