The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanisafie.96, 2022-04-08 14:09:48

MINIT MESYUARAT BIL 3 2021/2022

MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI JELOK ,
KAJANG, SELANGOR.

MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL 3 SESI 2021/2022

Tarikh :12.2.2022 (Sabtu)

Masa : 8.15 malam – 10.00 malam

Tempat : Secara atas talian (google meet)

Pengerusi : En. Ahmad Syujairi Bin Hassan

Kehadiran(Bilangan) : 22 orang

Nama Yang Hadir : 1. En. Ahmad Syujairi bin Hassan
2. En. Ismail Hakim bin Sukemi
3. Pn. Noor Syazwani binti Safie
4. Pn. Nur Hidayah binti Mansor
5. En. Shairuli Famie bin Ramli
6. En. Muhamad Azhari binti Mohamad Nordin
7. Pn. Zainon binti Sidik
8. Pn. Hanidzah binti Ismail
9. Pn. Hazrina binti Hamidon
10. Pn. Kartini binti Subari
11. Pn. Hasinawati binti Hashim
12. En. Mohd Roseli bin Embong
13. Pn. Normah binti Harun
14. Pn. Hasinawati binti Hashim
15. En. Mohd Munaim bin Mahmud
16. En. Illias bin Azmi
17. Pn. Nur Azlin binti Zulkifli

Turut Hadir : 1. Pn. Hajah Noraini binti Surif (Guru Besar)
2. Pn. Nor Sharima binti Shaharuddin (PKP)
3. Pn. Halina binti Ali(PK HEM)
4. En. Fairos Azmi bin Marzah (PK Kokurikulum)
5. En. Jimi bin Jusoh (PK Petang)

Nama Yang Tidak Hadir : 1. En. Mohd Nozlan bin Khadri
2. En. Mohd Shahriza bin Ismail
3. Pn. Aileen Halinda binti Abdul Hamid

1

AGENDA MESYUARAT
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Ucapan Penasihat
3.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Bil 2 2021/2022
4.0 Pembentangan Kewangan
5.0 Makluman Pelantikan Setiausaha Kehormat dan Naib Setiausaha 2022/2023
6.0 Perkara Berbangkit

5.1 Kutipan Sumbangan PIBG Sesi 2022
5.2 Pembentangan Kertas Kerja Seroje Berjimat
5.3 Pembentangan Kertas Kerja Projek Kipas
5.4 Pembentangan Kertas Kerja Majlis Khatam Al-Quran
7.0 Hal-hal lain
8.0 Penutup

1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 YDP selaku pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua AJK PIBG sesi
2021/2022 dan mengucapkan terima kasih kerana hadir ke mesyuarat
PIBG kali ketiga.
1.2 Beliau juga mengalu-alukan kedatangan semua barisan pentadbir
SKSJ.
1.3 Sebelum memulakan mesyuarat, bacaan doa telah dibaca oleh Ustaz
Shairuli Famie bin Ramli.
1.4 YDP menyuarakan kebimbangan beliau untuk mengadakan mesyuarat
secara bersemuka memandangkan kes covid 19 yang semakin
meningkat. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, mesyuarat kali ini
diadakan secara atas talian menerusi google meet.
1.5 Beliau juga menyatakan jika ada di kalangan ibu bapa yang mengalami
kesusahan di fasa pandemik ini perlu beritahu guru dan pihak sekolah.
Tindakan : Semua AJK PIBG

2.0 UCAPAN PENASIHAT
2.1 Pn. Noraini binti Surif menyatakan kesyukuran dapat bersama-sama
mengadakan mesyuarat PIBG kali ke 3 ini walaupun terpaksa diadakan
secara atas talian, namun beliau berharap tujuan utama mesyuarat kali
ini dapat dicapai.
2.2 Beliau mewar-warkan beberapa program yang dirancang telah berjaya
dilaksanakan dengan jayanya. Antaranya ialah projek Infak SMART TV.
Sebanyak 16 buah kelas termasuk bilik muzik berjaya dibekalkan dengan
Smart TV. Seterusnya, program Sambutan Hari Kanak-Kanak juga telah
berjaya dilaksanakan dan perhimpunan mingguan juga berjaya
diadakan di mana murid berada di dalam kelas bagi mengikuti SOP yang
terkini.
2.3 Beliau memaklumkan terdapat beberapa program akan menyusul dan
dijalankan bagi meningkatkan keselesaan murid-murid SK Sri Jelok.

Makluman

2

3.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT BIL 1/2021
3.1 Pn. Noor Syazwani binti Safie membentangkan Minit Mesyuarat Bil
2 yang telah diadakan pada 3 Disember 2021 yang lalu.
3.2 En. Mohd Roseli bin Embong mencadangkan Minit Mesyuarat Bil 1 disahkan
dan disokong oleh Pn. Hanidzah binti Ismail.

Makluman : Semua AJK PIBG

4.0 LAPORAN KEWANGAN

3. 4.1 Pn. Nur Hidayah binti Mansor membentangkan laporan kewangan sehingga
11 Februari 2022 dengan jumlah kutipan sumbangan PIBG adalah sebanyak
RM 17 580.00. Beliau memaklumkan seramai 352/646 telah memberi
sumbangan PIBG dengan anggaran 54.34% keluarga yang telah
membayar. Hal ini menunjukkan berlaku peningkatan yang sangat
memberansangkan kerana pembayaran boleh dilakukan secara dalam
talian.
Makluman

3. 4.2 Pn. Nur Hidayah binti Mansor membentangkan laporan kewangan sehingga
11 Februari 2022;
4.3.1 Makan Malam Amal : RM 32 398.65
4.3.2 Akaun Tumpang Komisen Sahabat : RM 1.47
4.3.3 Infaq - Smart TV : RM 1020.00
4.3.4 Infaq - Kertas A4 : RM 60.00
4.3.5 Infaq – Coway : RM 4944.00
Makluman

4.3 Pn. Nur Hidayah binti Mansor membentangkan laporan kewangan sehingga
31 Disember 2021;
4.2.1 Caj bank : RM 4.50
4.2.2 Faedah bank : RM 61.08
Makluman

3. 4.4 Pada bulan Januari 2022, dana telah disalurkan kepada bilik khas,
penambahbaikan infrastruktur sekolah dan pembelian cenderahati seperti
yang telah dipersetujui dalam mesyuarat yang lepas.
4.4.1 Bayaran spotlight : RM 1800.00
4.4.2 Bilik Muzik : RM 2000.00
4.4.3 Bayaran Hari Kanak-Kanak : RM 1900.00
4.4.4 Baiki DB Bilik Muzik : RM 750.00
Makluman

4.5 Pn. Nur Hidayah juga memaklumkan jumlah perbelanjaan pada tahun 2021
ialah sebanyak RM 21 373.70, manakala jumlah pendapatan pada tahun
2021 ialah sebanyak RM 32 063.59. Keseluruhan dana yang tinggal ialah
sebanyak RM10 689.89.
Makluman

4.6

3

Pn. Nur Hidayah binti Mansor memaklumkan jumlah kutipan untuk program
Infaq Smart TV adalah sebanyak RM 36434.00.

Makluman

4.7 En. Ahmad Syujairi bertanya tentang dana bilik PIBG, perancangan
4.8 pelaksanaan dan keperluan pelaksanaan bilik PIBG.

4.9 Pn. Hajah Noraini memberi maklum balas bahawa pelaksanaan bilik PIBG ini
4.10 merupakan perancangan guru besar yang lama. Beliau menyatakan
bahawa kebanyakan mesyuarat PIBG dijalankan secara google meet dan
sekiranya bersemuka, mesyuarat tersebut akan diadakan di bilik yang sedia
ada seperti bilik wawasan. Beliau mencadangkan untuk menggunakan
dana bilik PIBG ini digunakan untuk mewujudkan bilik kawalan PA sistem
disebabkan kebanyakan program secara rakaman dan live di dewan
menyebabkan wayar bersimpul.

Tindakan: Bendahari PIBG

Beliau juga memaklumkan bahawa kos untuk mewujudkan bilik kawalan PA
sistem ini agak tinggi.

En. Fairos memaklumkan kos untuk mewujudkan bilik kawalan PA sistem ini
sebanyak RM 20 000.00.

Makluman

4.11 En. Ahmad Syujairi menjelaskan tiada keperluan untuk mewujudkan bilik PIBG
dan dana tersebut perlu digunakan untuk penambahbaikan kemudahan
murid-murid di sekolah.

4.12 Pn Nor Hidayah mengajukan soalan tentang lebihan dana akaun tumpang
Smart TV.

4.13 Pn Hajah Noraini mencadangkan untuk dimasukkan dana tersebut ke projek
kipas dinding.
Dipersetujui sebulat suara.
Tindakan: Bendahari PIBG

4.14 Pn. Hanidzah binti Ismail mencadangkan penyata kewangan disahkan dan
disokong oleh En. Fairos bin Azmi.
Makluman

4.15 Maklumat kewangan boleh dirujuk dalam lampiran sehingga 2 Disember
2021
Rujuk lampiran 1

4

5.0 PELANTIKAN SETIAUSAHA KEHORMAT DAN NAIB SETIAUSAHA PIBG 2022/2023
5.1 Pn. Hajah Noraini binti Surif memaklumkan pelantikan baharu Setiausaha dan
Naib Setiausaha PIBG sesi 2022/2023 bagi menggantikan Pn. Nur Hafizah Bt
Jamal Abdul Nasir yang telah berpindah ke negeri Perlis.
5.2 Pn. Hajah Noraini binti Surif memaklumkan Pn. Noor Syazwani binti Safie telah
dilantik sebagai Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2022/2023 dan Pn. Nur Azlin
binti Zulkifli dilantik sebagai Naib Setiausaha PIBG sesi 2022/2023.
Makluman: Semua AJK PIBG

6.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

6.1 Kutipan Sumbangan PIBG Sesi 2022
6.1.1 Pn. Noraini binti Surif memaklumkan kepada semua AJK PIBG bahawa
kutipan sumbangan PIBG akan dijalankan kepada murid tahun 1.
6.1.2 Pn Halina binti Ali selaku GPK HEM memaklumkan taklimat pendaftaran
tahun 1 akan diadakan 1 Mac 2022 dan kutipan sumbangan PIBG akan
dilakukan pada 2 Mac 2022. Seramai 135 orang murid tahun 1 telah
mendaftar, 25 orang dan seramai 5 orang lagi murid tahun 1 sedang
menunggu pengesahan.
6.1.3 Pn. Noraini binti Surif memaklumkan terdapat peningkatan jumlah murid
tahun 1 bagi tahun 2022.
6.1.4 Beliau juga memaklumkan jumlah sumbangan PIBG yang akan dikutip
adalah sebanyak RM 50.00 per keluarga.
6.1.5 Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat seorang guru di kaunter
untuk menguruskan pembayaran sumbangan PIBG tersebut.
6.1.6 Pn. Hajah Noraini berharap jumlah kutipan sumbangan pada tahun 2022
akan melonjak naik daripada tahun sebelumnya iaitu sebanyak 54%.
Makluman

5.2 Pembentangan Kertas Kerja Seroje Berjimat
Dibentangkan oleh Pn. Hanidzah binti Ismail
5.2.1 Pn . Hanidzah mengucapkan ucapan terima kasih kepda PIBG atas
sumbangan dana untuk menjayakan Sambutan Hari Kanak-Kanak.
Beliau memohon maaf dan memaklumkan cadangan kutipan
sumbangan kepada ibu bapa tidak dapat dilaksanakan setelah
berbincang dengan Pn. Syarifah Nadia Binti Syed Amiruddin atas
sebab-sebab tidak ingin membebankan ibu bapa, tidak ingin
membebankan guru untuk menyimpan wang hasil kutipan tersebut
dan dana yang telah dikumpul telah mencukupi untuk menjayakan
program tersebut.
5.2.2 Puan Hanidzah memaklumkan tujuan program “Seroje Berjimat”
dijalankan untuk membantu murid-murid yang tidak berkemampuan
dari segi pakaian sekolah. Matlamat program ini juga untuk meringankan
keluarga membeli pakaian sekolah, membudayakan amalan berjimat
cermat dan membudayakan amalan 3R (Reduce,
Reuse, Recycle).
5.2.3 Puan Hanidzah memaklumkan cadangan tarikh untuk mengadakan
jualan iaitu pada cuti sekolah selama 3 minggu (26 Februari 2022 – 20
Mac 2022).

5

5.2.4 Puan Hanidzah mencadangkan tempat pengumpulan barang dan
pakaian terpakai di Bilik Kemahiran Hidup.

5.2.5 Puan Hanidzah mengajukan soalan kepada semua ahli jawatankuasa
PIBG untuk menetapkan sama ada program “Seroje Berjimat” dapat
diteruskan atau sebaliknya. Sekiranya dapat diteruskan terdapat
beberapa barang yang diperlukan untuk pelaksanaan program seperti:
5.2.6.1 Penyangkut baju
5.2.6.2 Railing
5.2.6.3 Plastik

5.2.6 Pn. Hajah Noraini mengajukan soalan tentang jumlah pakaian yang
telah berjaya dikumpul.

5.2.7 Pn. Hanidzah memaklumkan terdapat 10 beg besar pakaian yang
dikumpul daripada guru-guru dan 2 kotak yang berisi pakaian sekolah.

5.2.8 Pn. Sharima mencadangkan jualan secara online menerusi facebook
sekolah dan membuat makluman dalam group sekolah sebelum live di
facebook.

5.2.9 En. Fairos memberi cadangan untuk membuat jualan online secara live
di facebook menerusi facebook sekolah. Beliau meminta Pn Hanidzah
untuk memilih AJK pelaksana jualan secara online. Beliau juga
memaklumkan follower di facebook sekolah seramai 2000 orang.

5.2.10 Pn. Hanidzah bertanya tentang proses penghantaran barang kepada
pembeli sekiranya jualan dilakukan secara online.

5.2.11 Pn. Hajah Noraini menjelaskan sekiranya jualan dijalankan secara online,
pembeli boleh datang ambil di sekolah. Namun, sekiranya terdapat
pembeli yang tinggal jauh dari sekolah perlu dilakukan pengeposan
barang tersebut dan penetapan satu hari untuk pengeposan barang
tersebut. Kita juga perlu bertanya harga bagi sekilo berat barang dan
perlu dianggarkan mengikut barang yang dipos tersebut.

5.2.12 En. Mohd Roseli mencadangkan untuk melakukan jualan di tapak pasar
malam berdekatan dengan sekolah.

5.2.13 Pn Hajah Noraini memaklumkan bahawa jualan akan dilakukan kepada
guru dan murid terlebih dahulu. Selebihnya, jualan akan dilakukan
secara online atau di pasar malam.
Rujuk lampiran 2

5.3 Pembentangan Projek Penambahbaikan Infrastruktur Bilik Darjah (Kipas
Dinding)
Dibentangkan oleh En. Jimi bin Jusoh

5.3.1 En. Jimi memaklumkan matlamat projek ini untuk menambah
keselesaan kepada murid SK Sri Jelok dengan adanya kemudahan
yang baik dan selesa.

5.3.2 En. Jimi memaklumkan sasaran projek ialah 16 buah kelas akan
dipasang kipas dinding iaitu sebanyak 4 buah kipas dinding di setiap
kelas (2 kipas dinding dipasang di sebelah kiri kelas dan 2 kipas
dinding dipasang si sebelah kanan kelas).

5.3.3 Kos yang diperuntukkan untuk pelaksanaan projek tersebut ialah:
5.3.3.1 Kos pendawaian dan pemasangan kipas : RM 8480.00
5.3.3.2 Kos pembelian kipas : RM 11520.00 (180.00 seunit x 64)

6

5.3.4 En. Ahmad Syujairi mengajukan soalan tentang jenama kipas dinding
tersebut.

5.3.5 Pn. Hajah Noraini memaklumkan jenama kipas dinding tersebut ialah
Panasonic.

5.3.6 En. Jimi memaklumkan bahawa kutipan sebanyak RM32.00 bagi satu
keluarga.

5.3.7 En. Ahmad Syujairi bersetuju untuk melakukan kutipan sebanyak RM
32.00 untuk satu keluarga dan mencadangkan untuk membuka
kepada keluarga dan orang luar yang ingin menaja atau
menyumbang kipas dinding sama ada pemberian wang secara
tunai atau kipas dinding.
Dipersetujui sebulat suara.

5.3.8 En. Ahmad Syujairi mencadangkan untuk memohon sumbangan
daripada TNB.

5.3.9 Pn. Noor Syazwani mengajukan soalan tentang pemasangan kipas
dinding tersebut termasuk prasekolah atau sebaliknya kerana
prasekolah telah membeli 2 kipas dinding tapi belum dipasang lagi.

5.3.10 Pn. Hajah Noraini memberi maklum balas projek kipas ini termasuk
prasekolah. Oleh itu, prasekolah akan dipasang dua sahaja kipas
dinding dan selebihnya boleh dipasang di bilik-bilik khas yang lain.

Rujuk lampiran 3

5.4 Pembentangan Kertas Kerja Majlis Khatam Al-Quran
Dibentangkan oleh Pn. Nur Hidayah binti Mansor

5.4.1 Pn. Nur Hidayah selaku wakil daripada Panitia Pendidikan Islam
memohon peruntukan untuk membeli cenderahati kepada murid
tahun enam yang telah berjaya khatam al-quran.

5.4.2 Pn. Nur Hidayah memaklumkan dana yang ingin dimohon adalah
sebanyak RM 490.00.

5.4.3 En, Ahmad Syujairi meluluskan permohonan dana yang dipohon bagi
pembelian cenderahati sempena Majlis Khatam Al-Quran.
Rujuk lampiran 4

6.0 HAL - HAL LAIN

6.1 Pn. Hajah Noraini binti Surif memaklumkan terdapat kes kecurian di sekolah
yang melibatkan pemadam api di aras bawah bangunan sekolah. Pemadam
api tersebut telah dibawa dan ditabur serbuk pemadam aoi tersebut di
sekolah agama. Kemudian, bilik guru juga digeledah dan didapati terdapat
kehilangan wang milik guru. Hal ini menyebabkan SK Sri Jelok berada dalam
keadaan yang tidak selamat.

6.2 Beliau juga memaklumkan pencuri tersebut tidak dapat dikenalpasti lagi dan
waktu berlakunya kejadian tersebut juga tidak diketahui. Hal ini demikian
kerana, pada hari Sabtu dan Ahad pintu pagar besi di setiap tangga dikunci,
namun pencuri tersebut dapat memasuki bilik guru.

6.3 En. Ahmad Syujairi mengajukan soalan sama ada CCTV dipasang di dalam
bilik guru atau sebaliknya.

6.4 Pn. Hajah Noraini memberi maklum balas bahawa CCTV tidak berfungsi
dengan baik dan kebanyakannya telah rosak.

7

6.5 Pn. Hajah Noraini meminta pandangan daripada tentang langkah
keselamatan yang perlu dilakukan kerana beliau mengkhuatiri kejadian
tersebut berulang kembali dan melibatkan kecurian dan kerosakan benda lain
terutama Smart TV.

6.6 Beliau mencadangkan untuk memasang palang besi di setiap pintu kelas.
6.7 En. Ahmad Syujairi bertanya tentang lampu koridor masih berfungsi dengan

baik atau sebaliknya.
6.8 Pn. Hajah Noraini menjelaskan bahawa kebanyakan lampu koridor berfungsi

dengan baik, namun pencahayaan lampu solar agak malap. Kemudian,
lampu spotlight di kawasan parkir kereta terbakar dan perlu diganti
mentolnya.

Makluman

7.0 PENUTUP

6.167.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang hadir. YDP
YDP berharap segala program yang dibincang dan dirancang untuk
penambahbaikan sekolah dapat berjalan dengan lancar. Beliau juga
berpesan untuk memberi pemberitahuan awal kepada ibu bapa tentang
jumlah sumbangan yang ingin dikutip sebelum masuk awal persekolahan
tahun 2022.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.37 malam.

Disediakan oleh,

...................................
( Noor Syazwani binti Safie )
Setiausaha PIBG
SK Sri Jelok,
Kajang

Bertarikh: 16.2.2021
SNI/sni/mesyuarat AJK PIBG

8

9


Click to View FlipBook Version