The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SETA FIESTA PRORAM BOOK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nabila Anwar, 2023-10-20 10:47:36

SETA FIESTA

SETA FIESTA PRORAM BOOK

SABTU 07:30 A.M SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH JOHOR BAHRU Fiesta SETA’s 21 OKT "Creating Unforgettable Moments "


KATA ALU - ALUAN PENGETUA SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH KATA ALU - ALUAN PENGETUA SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH HAIRUNIZA BINTI MOHSIN Pengetua Mutiara Kata Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah segala puji dan rasa penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, Sambutan Jubli Emas SMK Sultanah Engku Tun Aminah (SETA) dapat direalisasikan dengan penuh jayanya. Sambutan Jubli Emas yang telah mula dirancang sejak tahun 2022, adalah selari dengan usia SMK Sultanah Engku Tun Aminah yang telah mencapai 53 tahun penubuhannya. Banyak sumber kewangan yang diperlukan bagi menambah baik prasarana ini kerana saya percaya, sekolah yang ceria, mempunyai fasiliti yang kondusif dan terbaik mampu memberi impak kepada pembentukan sahsiah serta kemenjadian murid. Sekolah merupakan tapak semaian dalam penghasilan modal insan yang cemerlang dan berketerampilan. Dalam usaha untuk menterjemahkan hasrat dan objektif pendidikan, saya pasti guru-guru SETA sentiasa memperkemas segala prosedur, sumber dan tenaga dalam organisasi bagi mencapai sasaran KPI dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sepanjang 53 tahun penubuhan sekolah ini, SETA telah melahirkan ramai murid yang cemerlang dalam bidang kerjaya masing-masing dalam sektor awam mahupun swasta. Penubuhan alumni bersempena Jubli Emas ini juga menjadi wadah jalinan hubungan silaturahim serta menerbitkan semangat kebersamaan dalam menyumbang jasa kepada sekolah. Program seperti ini pasti akan menjadi perangsang kepada murid dan generasi akan datang untuk terus menyayangi sekolah, menabur bakti serta menjadikan SETA sebagai Sekolah Dalam Hatiku. Akhir kata, saya mengucapkan syukur, setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua guru AJK pelaksana, Alumni SETA serta barisan PIBG atas sokongan, komitmen dan kerjasama yang padu sepanjang SETA’S Fiesta bermula dari penganjuran Pertandingan Robotic Tug of War Peringkat Kebangsaan, She Runs The World serta SETA Golden Anniversary Gala. Semoga murid-murid SMK Sultanah Engku Tun Aminah akan terus mara, berdisiplin, mengamalkan ADAB ABC, mempunyai watak yang disegani serta menjadi sekolah SPM Top 10 Johor Bahru. SETA Maju Terus Maju


Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani, Terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata. Saya mengambil peluang ini untuk merakam rasa gembira kerana Maljis Sambutan Jubli Emas ke-50, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah ini dapat diadakan. Mudah-mudahan majlis sambutan yang mengandungi pelbagai aktiviti menarik seperti Larian ‘She Runs the World’, SETA’s Fiesta, Malam Gala akan memberikan pengalaman dan memori yang amat bermakna kepada kita semua Seiringan dengan itu, pelbagai cabaran yang telah diharungi oleh pihak sekolah dan Alumni bersama PIBG dalam menjadikan majlis sambutan satu kenyataan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada, Puan Pengetua, AJK PIBG sesi 2023/2024, guru-guru, kakitangan SETA, Alumni SETA, juga ibu bapa and ahli komuniti yang sudi hadir and prihatin sebagai tanda sokongan and komitmen kepada semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Saya juga ingin mengingatkan tentang tanggungjawab kita sebagai ibu bapa agar dapat menyokong aktiviti-aktiviti anak di sekolah dan menyertai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Akhir kata, saya berharap majlis sambutan ini akan berjalan dengan lancar, meriah dan kita semua akan terus barganding bahu membina kecemerlangan sekolah demi masa depan anak-anak kita. KATA ALU - ALUAN YDP PIBG SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH KATA ALU - ALUAN YDP PIBG SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH YDP PIBG SULTANAH ENGKU TUN AMINAH THARMEINDRAN A/L CHANDRAN


KATA ALU - ALUAN ALUMNI KATA ALU - ALUAN ALUMNI SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera . Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam buku program ini sempena Sambutan Jubli Emas SMK Sultanah Engku Tun Aminah. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pihak sekolah kerana dapat menganjurkan satu program yang sangat besar dan bermakna iaitu Sambutan Jubli Emas 50 tahun SMK SETa yang akhirnya dapat direalisasikan pada tahun ini iaitu tahun yang ke-53 setelah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Saya sebagai wakil alumni SETA berasa sangat kagum atas usaha yang tidak putus-putus daripada pihak sekolah dalam menjayakan sambutan ini. Saya juga berasa sangat bertuah kerana dapat menjadi sebahagaian daripada pihak sekolah untuk bersama-sama merancang, mengatur, dan melaksanakan program yang gilang gemilang ini. Sesungguhnya kami barisan alumni akan sentiasa bersama dan terus menyokong pihak sekolah dalam apa jua aktiviti yang boleh menjadikan SMK SETA dan warganya terus maju mengukir nama dalam pelbagai bidang selaras dengan motto sekolah ‘Maju Terus Maju’ Akhir kata, saya merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama para guru, bekas guru, PIBG, KSIB dan semua pihak yang menyokong Sambutan JubliEmas ini. Segala bakti dan sumbangan yang diberikan sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga dan kerjasama bagi kecemerlangan anak didik sekolah ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Sekian, terima kasih. TIARA HALINA BINTI CHE JOHA PENGERUSI ALUMNI SETA


SEJARAH SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah (SMK SETA) terletak di Jalan Sungai Chat 4KM dari Pusat Bandar Raya Johor Bahru. Sekolah ini sekolah yang terletak di atas bukit berhadapan denganstadium latihan bola sepak JDT (Stadium Dato Sulaiman Mohd Noor) ini ditubuhkan pada 4 Januari 1940. Pada bulan Mei 1970 pelajar pelajar ini mula berpindah ke bangunan yang ada sekarang ini dan siap sepenuhnya pada tahun 1978. Pada awal penubuhannya sekolah ini dikenali dengan Sultan Ibrahim 2 dan pernah menumpang selama 5 bulan di Maktab Sultan Abu Bakar. Nama sekolah ini diberikan sempena dengan nama DYMM Almarhum Sultanah Engku Tun Aminah Binti Engku Ahmad. Nenda ke bawah DYMM Baginda Sultan Johor sekarang.


Oh sekolah aku berseru Sedia didik aku Dari kecil hingga dewasa Segala ilmu di dada Asuhlah aku pupuk aku Aku dambakan ilmu Aku kurang pengalaman Dahaga pengetahuan Sekolah SETA! Sekolah SETA! Engkau pengasas kita Setiap langkah wajah srikandi Hidupku penuh erti Selama bawah naunganmu Kuraih sejuta ilmu Dapatku bersahabat erat Berguna sebagai rakyat Guru sumber inspirasiku Mengajar tanpa jemu Sekolah SETA dihatiku Majulah terus maju Sekolah SETA! Sekolah SETA! Engkau pengasas kita Setiap langkah wajah srikandi Hidupku penuh erti LAGU SEKOLAH SETA MAJU TERUS MAJU


OBJEKTIF PROGRAM Mewujudkan budaya kekeluargaan dan semangat perpaduan yang erat dalam kalangan warga SMK Sultanah Engku Tun Aminah (SETA). Memperingati 50 tahun penubuhan SETA. Memperoleh penglibatan yang total dalam kalangan pelajar, guru, ibu bapa dan alumni dalam aktiviti-aktivi yang dirancangkan. Membina kecekapan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang telah ditetapkan. Mengumpul dana bagi menaik taraf pembangunan sekolah


TENTATIF PROGRAM Masa Tentatif 6.00 pagi : 7.00 pagi : Pendaftaran Peserta Zumba She Runs The World 7.20 pagi : Ketibaan Yang Berhormat Tuan Haji Suhaizan bin Kaiat 7.30 pagi : Pelepasan peserta larian She Runs The World 5 km Jualan SETA’S Fiesta 8.30 pagi : Perasmian Galeri Sejarah 9.00 pagi : Tarian Selamat Datang Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta Pameran Yayasan Warisan Johor 10.00 pagi : Demonstrasi masakan oleh chef ADABI Pertandingan SETA’s Masterchef 10.30 pagi : Jamuan VIP 11.30 pagi : Bengkel Penulisan Anekdot oleh Penulis buku DBP 2.00 ptg : Bersurai


PENGERUSI Pn. Hairuniza bt Mohsin Pengetua TIMBALAN PENGERUSI Pn. Siti Maryam Bt Su’ut Penolong Kanan Pentadbiran NAIB PENGERUSI 1 Pn. Siti Anidza Binti Muhamad Penolong Kanan Hal Ehwal Murid NAIB PENGERUSI 2 Pn. Shakira Irfah Binti Abdullah Penolong Kanan Ko Kurikulum FLOOR MANAGER SETIAUSAHA Pn. Aimi Nazihah binti Mohd Rashdi BENDAHARI Pn. Faizah binti Tajudin NAIB BENDAHARI Cik. Darvina Lim PENYELARAS 1 Pn. Nur Hashimah binti Wahid Cik Fatin Haya binti Ismail SHE RUNS THE WORLD Pn. Siti Sakora Binti Wahab Pn. Nor Hanim Binti Mustaffa Cik. Nurul Insana Binti Sabudin VENDOR Pn. Siti Abidah Binti Kamaludin Pn. Ainnor Atiqa binti Marsan@Nyunu Pn. Menaga a/p Varatharaj Pn. Rohaya binti Abu Hassan Pn. Zuraidah binti Mohd Ali BENGKEL PENULISAN Pn. Nasriah binti Md Nasir Cik. Nur Hazwani binti Rushdi PENYELARAS 2 Pn. Julinah Binti Wagiman SETA’S MASTERCHEF Pn. Raja Norzaima binti Raja Sulaiman Pn. Norain binti Idris Cik Aini Norain binti Rosli Cik Nurul Hazwani binti Rushdi Cik Noor Mazlina binti Arbain En. Zakaria Nawi bin Abd Hamid TEMPAT LETAK KERETA En. Muhammad Ili Nurhayat bin Hasan En. Rohaizad bin Hamdan PENYELARAS 3 Cik Fatin Haya Binti Ismail SUKARELAWAN Pn. Yusshaliza binti Yusof Pn. Mok Lee Mei Pn. Nur’aazah binti Abdullah (30 murid) MAKANAN Pn. Rahmah binti Kasim Pn. Nor Suhailah binti Mohd Nor PERTOLONGAN CEMAS Pn. Marlina binti Abd Jalil JAWATANKUASA PELAKSANA JAWATANKUASA PELAKSANA


JAWATANKUASA PELAKSANA JAWATANKUASA PELAKSANA Pn. Azura binti Mazlan Cik. Darvina Lim Pn. Juliana binti Omar Pn. Firdaus binti Amin Pn. Nor Lelawati binti Majid Pn. Noor Marni binti Mohamad Cik Subahshini a/p Jaiseelan Pn. Nik Marjan Hanum binti Khidzir En. Rohaidzad bin Hamdn PENYELARAS 4 Pn. Mohana a/p Vailu BUKU PELAWAT Cik Subashini a/p Jaiseelan GALERI SETA En. Mohd Sharim bin Sahak Cik. Jas Arnina binti Johari Pn. Thong Siew Lee Pn. Nafisah binti Yusop BUKU PROGRAM/ DOKUMENTASI Cik Nabila Binti Noor Anwar Pn. Aimi Nazihah Binti Mohd Rashdi KESELAMATAN En. Azmi bin Ahmad (K) Pn. Thamil Selvi a/p Muniandy DISIPLIN Pn. Nageswarey a/p Panneir Selvam Pn. Hew Mun Yoke CENDERAHATI DAN SIJIL Pn. Juliana binti Omar Pn. Nasriah binti Md Nasir Pn. Mohana a/p Vailu SURAU Cik Nura’azah binti Abdullah PAMERAN


PETA SEKOLAH


PENGHARGAAN & TERIMA KASIH PENGHARGAAN & TERIMA KASIH Pengerusi dan Jawatankuasa SETA’s Fiesta 2023 ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada: Pn. Hairuniza binti Mohsin Pengetua SMK Sultanah Engku Tun Aminah Persatuan Ibu Bapa dan Guru SETA (PIBG) Alumni SETA Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Guru Pasukan Bomba Sukarela Polis Diraja Malaysia Pejabat Kesihatan Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka Kompleks Kraf Johor Yayasan Warisan Johor Young Livings Essentials Oils MAMEE ADABI Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Seta Fiesta sempena sambutan 50 tahun Seta. Salam hormat dan jumpa lagi SETA MAJU TERUS MAJU


Click to View FlipBook Version