The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM PIBG 2022 FINAL DRAF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-72186457, 2022-05-12 09:35:22

Mesyuarat Agung PIBG

BUKU PROGRAM PIBG 2022 FINAL DRAF

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S
1. ATURCARA MAJLIS & AGENDA MESYUARAT 1
2. UCAPAN YDP PIBG 2
3. UCAPAN PENASIHAT PIBG 3
4. NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE – 21 4
5. CARTA ORGANISASI PIBG SESI 2021/2023 5
6. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 20
7. LAPORAN TAHUNAN PIBG 6 - 14
8. LAPORAN KEWANGAN 2021 15 - 16
9. PENYATA KEWANGAN PIBG (AKAUN INDUK)
10. PENYATA KEWANGAN PIBG (AKAUN SUMBANGAN) 17
11. PENYATA KEWANGAN PIBG (AKAUN KECEMERLANGAN) 18 - 19
12. PROFIL SEKOLAH
13. LAPORAN PRESTASI SPM 5 TAHUN 20
14. CARTA GANTT PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 21
15. ANALISIS KEHADIRAN MURID ( 2015 - 2021 ) 22
16. PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 23
17. AKTIVITI PRIHATIN SEKOLAH 24
18. PEMBENTANGAN USUL DARIPADA IBU BAPA & SEKOLAH 25
19. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS 26
27 - 31
32 -36
37

ATUR CARA MAJLIS

8.30 - 9.00 pagi PENDAFTARAN GURU & AJK PIBG
9.00 - 9.30 pagi PENDAFTARAN KEHADIRAN IBU BAPA
9.30 - 9.40 pagi DOA
9.40 - 10.30 pagi MESYUARAT AGUNG PIBG BERMULA
11.00 pagi BERSURAI

AGENDA MESYUARAT AGUNG
SESI 2022 / 2023

1.1 KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS

1.2 NYANYIAN LAGU NEGARAKU

1.3 NYANYIAN LAGU NEGERI PERAK

1.4 NYANYIAN LAGU SEKOLAH

1.5 DOA

1.6 UCAPAN PENASIHAT PIBG SMKTR

1.7 PROFIL SEKOLAH

1.8 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

1.9 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 20

1.10 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG
BAGI TAHUN 2021

1.11 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN LAPORAN
PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021

1.12 PEMBAHASAN USUL - USUL

1.13 HAL - HAL LAIN

1.14 UCAPAN PENANGGUHAN

1

SEKAPUR SIRIH SELAYANG PANDANG
YANG DIPERTUA PIBG SMKTR

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha Encik Mohamat Adek Bin Abdul Rahman, Pengetua
SMK Tanjong Rambutan, barisan pentadbir sekolah, guru-guru serta
ibu bapa yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana
kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-21 pada tahun ini.

Pertama sekali, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua
AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada
tahun ini. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat
meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Secara peribadi, saya berasa amat bangga
dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini kerana ia membuktikan
komitmen dan iltizam yang tinggi terhadap tanggungjawab serta peranan kita sebagai
pendokong kecemerlangan sekolah. Mudah-mudahan menerusi mesyuarat ini, idea- idea
baharu akan diperolehi bagi tujuan pembangunan anak-anak dan sekolah ini.

Kecemerlangan sesebuah organisasi amat bergantung kepada kesepakatan dan tindakan
secara bersama semua ahli. Oleh itu saya menyeru supaya kita semua sentiasa berpadu
tenaga membangunkan PIBG demi kecemerlangan pendidikan anak-anak murid SMKTR.
Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan
tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Kami sentiasa memikirkan
kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik
walaupun kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan.
Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik-
baiknya untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di
sekolah.

Bersama kita doakan agar pihak sekolah sentiasa berusaha tanpa rasa jemu dan terus
menyusun strategi dan tindakan demi kejayaan dan kecemerlangan anak-anak kita. Pihak
PIBG mengucapkan terima kasih atas komitmen tuan puan dalam apa jua bentuk
sumbangan yang diberi samada segi kewangan maupun cetusan idea. Terima kasih sekali
lagi. Saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

“BERSEPADU BERTEKAD GEMILANG”

“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”

2

SEKAPUR SIRIH SELAYANG PANDANG
PENASIHAT PIBG SMKTR

Bismillahhirrahmanirahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya,
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 dapat dilaksanakan secara dalam
talian dan bersemuka bagi meneruskan kerjasama antara pihak
sekolah, ibu bapa serta penjaga terus terjalin. Terima kasih atas
sokongan dan kehadiran semua ibu bapa. Kehadiran tuan puan amat
dihargai dan ini menunjukkan sokongan yang padu bagi
merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik, kokurikulum, adap dan sahsiah anak-anak kita. Terima kasih juga diucapkan
kepada semua guru yang sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam
menjayakan majlis kali ini.

Pembelajaran ialah sesuatu proses yang tidak hanya berlaku di kawasan sekolah malah
boleh berlaku di rumah dan juga dalam komuniti. Untuk itu, sekolah sentiasa berusaha
menyediakan jalinan hubungan kerja positif antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti.
Kemenjadian murid boleh dipacu secara komunikasi dua hala antara sekolah dengan
kerjasama ibu bapa. Oleh itu, rasa tanggungjawab yang dikongsi bersama antara ibu
bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid dapat direalisasikan
melalui sarana ibubapa ini. Kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid
dapat diperluaskan lagi melalui peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam
meningkatkan kecemerlangan anak-anak.

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang baik
dalam mejayakan semua program sekolah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
barisan AJK PIBG yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak
sekolah. Saya percaya dengan keprihatinan semua, kita mampu untuk terus
meningkatkan kecemerlangaan sekolah. Semoga usaha murni kita dapat melahirkan
modal insan SMKTR yang berkualiti dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan adap.
(AKSA). Akhir kata, semoga Allah memberkati segala usaha kita dan saya mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam majlis ini.

Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

“BERSEPADU BERTEKAD GEMILANG”

.....................................................................................
( ENCIK MOHAMAT ADEK BIN ABDUL RAHMAN )
Pengetua,
SMK Tanjong Rambutan

3

SURAT JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2021

3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8

4

CARTA ORGANISASI PIBG
SESI 2021 / 2023

PENASIHAT : ENCIK MOHAMAT ADEK BIN ABDUL RAHMAN
YANG DIPERTUA : TUAN HAJI AYOB BIN HAJI ZENAL
NAIB YANG DIPERTUA : PUAN ROHANA BINTI AHMAD TAJUDIN
SETIAUSAHA : PUAN MAIZATUL AIZA BINTI ZAIDI
BENDAHARI : ENCIK MOHIDDEEN BIN MUKRI

AJK IBU BAPA :
ENCIK MOHD SAYUTI BIN MAT YUSUF
ENCIK SEGAR A/L RAMIAH
ENCIK MOHD AZMAN BIN RAMLI
PUAN NORIZAN BINTI JAAFAR
PUAN AZLYNDA BINTI RAMLI

AJK GURU :
CIK KALAIVANI A/P MURUTHY
ENCIK ADNAN BIN ABD RAHMAN
PUAN NOR SHAH BINTI ZAKARIA
PUAN SAKINAH BINTI OMAR

JURUAUDIT :
PUAN NORUL HUDA BT HASSAN (GURU)
ENCIK SYAHARUDDIN BIN ABDUL RANI (IBU BAPA)

*Semua AJK Guru adalah lantikan sekolah.

5

...
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJONG RAMBUTAN
KALI KE - 20 SESI 2021 / 2023

Tarikh : 25 September 2021(Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Pejabat/Kediaman masing-masing (Google Meet)
Perasmi : Tn Hj Ayob bin Hj Zenal

Pengerusi PIBG SMK Tanjong Rambutan
Kehadiran : Ibu Bapa (342 orang)

Guru (53 orang)

BIL AGENDA

1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

1.1 Tuan Haji Ayob bin Haji Zenal selaku Yang Dipertua memberi salam dan mengalu-alukan
kedatangan Tuan Pengetua, iaitu Encik M. Abu Bakar bin NS Mohamed Sariff, penolong-
penolong kanan, warga sekolah dan semua ibu bapa yang hadir pada hari ini.

1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran AJK PIBG sesi 2019/2021 dan
semua hadirin mesyuarat dalam talian.

1.3 Beliau menyatakan bahawa mesyuarat agung PIBG merupakan platform yang amat baik
untuk membincangkan hala tuju PIBG SMK Tanjong Rambutan.

1.4 Beliau berharap bahawa pelbagai idea dapat diketengahkan melalui mesyuarat PIBG kali
ini untuk mengatasi pelbagai permasalahan, serta membuat penambahbaikan demi untuk
anak-anak SMKTR.

1.5 Beliau juga berharap bahawa pemilihan jawatankuasa PIBG 2021/2023 dapat
dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

1.6 Beliau turut berharap jawatan kuasa PIBG sesi 2021/2023 dapat membantu
merealisasikan kehendak sekolah untuk menjadikan SMKTR digeruni oleh pihak PPD
dalam daerah Kinta Utara.

1.7 Beliau juga berharap semua ibu bapa memberi sokongan yang baik untuk mencapai
segala perancangan yang dibuat oleh pihak sekolah dan PIBG kerana hasrat ini tidak
dapat dicapai sekiranya ibu bapa tidak memberi sokongan yang baik.

1.8 Beliau menyatakan bahawa ibu bapa juga boleh memberi sumbangan dari segi idea dan
bantuan tenaga serta kemahiran lain dimiliki untuk pencapaian semua murid.

1.9 Beliau menerangkan bahawa dalam pandemik COVID-19 ini warga pendidik SMKTR telah
berkorban demi kepentingan semua murid. Walaupun pelajar tidak dapat hadir ke sekolah,
guru mengambil peluang yang baik untuk membantu semua murid.

1.10 Beliau memaklumkan bahawa Guru SMKTR banyak membuat aktiviti kebajikan demi
membantu keluarga SMKTR. Pihak PIBG akan berusaha untuk memberi bantuan kepada
warga sekolah yang memerlukan bantuan pada musim COVID-19 ini.

1.11 Tuan Haji Ayob bin Haji Zenal selaku Yang Dipertua dengan berbesar hati merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 dengan harapan mesyuarat kali ini dapat dijayakan
dengan baik. Beliau juga berharap PIBG memberikan kerjasama yang baik demi
kejayaan murid-murid SMKTR.

6

BIL AGENDA

2. UCAPAN PENGETUA SMK TANJONG RAMBUTAN

2.1 Encik M. Abu Bakar bin NS Mohamed Sariff, pengetua SMKTR merangkap penasihat PIBG
merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ahli dalam Mesyuarat Agung
PIBG yang diadakan secara atas talian bagi sesi tahun 2021/2023.

2.2 Tuan Pengetua menerangkan bahawa Mesyarat Agung PIBG sepatutnya perlu diadakan
sebelum 30 Jun 2021 dan pihak sekolah telah merancang Mesyuarat Agung PIBG diadakan
pada 29 Mei 2021 tetapi pihak MKN tidak membenarkan untuk mengadakan mesyuarat PIBG
semasa PKP 3.0 bermula 12 Mei 2021.

Beliau juga memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 22 Julai 2021 telah
mengeluarkan Standard Operation Procedure (SOP) yang membenarkan mesyuarat
pertubuhan berdaftar dilaksanakan dalam talian seperti Mesyuarat Agung Tahunan,
Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi, Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi dan Penubuhan
Pertubuhan bagi tahun 2020 dan 2021 di negeri/zon yang berada Fasa 2 Pelan Pemulihan
Negara.

Oleh itu, KPM memaklumkan sekolah yang berada di negeri/zon Fasa 2 dan Fasa seterusnya
yang masih belum melaksanakan MAT PIBG Tahun 2020 dan Tahun 2021 boleh
melaksanakan MAT tersebut pada atau sebelum 30 Oktober 2021 dengan mematuhi
peraturan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah dinyatakan dalam
surat KPM.100 1/3/1 Jld 4(67) bertarikh 27 Januari 2021 dan memenuhi SOP yang ditetapkan
oleh MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Melalui Mesyuarat AJK PIBG pada 4 September 2021 telah bersetuju MAT PIBG bagi tahun
2021 diadakan pada 25 September 2021 (Sabtu) secara dalam talian.

2.3 Beliau memaklumkan bahawa disebabkan oleh mesyuarat ini diadakan secara dalam talian,
maka menghadapi banyak kekangan masa dan perlu mengatur masa supaya semua agenda
yang ditetapkan dalam Mesyuarat Agung PIBG dapat dibincangkan.

2.4 Beliau menerangkan bahawa Penolong Kanan Kokurikulum yag sedia ada di SMKTR telah
dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK ST Bernadette’s Convent, Batu Gajah.
Walaubagaimanapun jawatan PK Kokurikulum di SMKTR belum diisi.

2.5 Berikut merupakan perkara perkara yang disentuh oleh Tuan Pengetua dalam ucapan beliau:

A. Profil sekolah

- Bilangan murid : 657 orang
- Bilangan guru : 51 orang
- Bilangan Staf : 11 orang
- Kebersihan : 10 orang
- Keselamatan : 4 orang
- Pengusaha kantin : 6 orang

B. Pelaporan Akademik Dalam Peperiksaan Awam SPM & Target 2021

- Peratus Lulus SPM Tahun 2020 ialah 81.36% dan Gred Purata Sekolah(GPS) SPM Tahun
2020 ialah 5.53.

- Target Peratus Lulus SPM Tahun 2021 ialah 84.17% manakala Target Gred Purata
Sekolah (GPS) Tahun 2020 ialah 4.75.

7

BIL AGENDA

C. Kehadiran Murid
- Kehadiran Murid Tahun 2020 ialah 87.48 %.
- Target Kehadiran Murid Tahun 2021 ialah 90.00%.

D. Program Transformasi Sekolah 2025
- SMKTR telah dicalonkan dalam program Transformsi Sekolah 2025 (TS 25 KOHORT 6)
- Tujuan Program Transformasi Sekolah 2025 ialah bagi membentuk sekolah yang berkualiti
dan memfokuskan kemenjadian murid.
- Komitmen ibu bapa dan guru amat diperlukan untuk mencapai objektif Program
Transformasi Sekolah 2025.

E. Pelbagai Aktiviti dijalankan sepanjang tahun di SMKTR melalui pandu lalu. Antara aktiviti
ialah seperti berikut:

a) Aktiviti Prihatin Murid Sekolah
- Bantuan Persekolahan 2021 Murid Fakir Miskin Dari Maipk (Majlis Agama Islam Adat
Melayu Perak), Pada 4 Mac 2021 Pada Murid Ting.3 - 6, Ting.4 - 6, Ting.5 - 9.

b) Program Tuisyen Cikgu Saarani di bawah Kerajaan Negeri Perak, 3 & 4 Februari 2021
dan 8 & 9 Februari 2021 dirasmikan Oleh YDP PIBG, Tn.Hj. Ayob bin Zenal diperingkat
sekolah.

c) Bakul Nurkasih - Bantuan Kerjasama antara pihak sekolah, PIBG SMK Tanjong Rambutan
Bersama Komuniti Setempat untuk warga SMKTR yang memerlukan:
- Lion Club Ipoh Perak pada bulan April, Mei dan Ogos 2021
- Charity Jelapang pada bulan Julai dan Ogos
- Amirul Mart pada bulan Julai dan Ogos 2021
- Kolej MSU pada bulan Julai 2021
- Guru SMK Tanjong Rambutan bulan Ogos 2021
- Food Bank Perak bulan Ogos 2021
- Sumbangan Ibu bapa/Penjaga murid kepada murid B40 bulan Julai 2021
- Pusat Khidmat Rakyat N24 Ulu Kinta
- YTL Melalui Malaysia Hindu Sanggam Perak Bulan 0gos 2021 ibu bapa/Penjaga.

f) Sumbangan komputer kepada murid oleh Perak Chinese Chamber Of Commerce And
Industry.

d) Murid-murid juga diberi bantuan dari segi penyerahan modul di sekolah dan murid yang
tidak hadir guru menghantar modul ke rumah murid berkenaan.

e) Sumbangan ikhlas warga sekolah dan PIBG kepada murid kehilangan ibu bapa.

g) Sumbangan Telefon Pintar dan keperluan asas kepada murid oleh Dato’ Rumaizi bin
Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.

h) Rumusan Pelaporan PdPR
- Kehadiran murid kelas PdPR dapat ditingkatkan dengan bantuan pihak ibu bapa dengan
adanya intervensi.

i) Intervensi Kehadiran Murid dalam PdPR
- Pelbagai program dijalankan untuk murid yang tidak dapat hadir kelas PDPR.

j) Intervensi Guru menjalankan PdPR
- Pelbagai intervensi turut dijalankan kepada guru. Guru diberi LADAP dan kursus untuk
mengatasi masalah guru dalam meningkatkan tahap potensi guru.
- Membantu menyelesaikan masalah guru dalam mengadakan PdPR sepanjang masa.

8

BIL AGENDA

2.6 Tuan Pengetua juga memaklumkan semua aktiviti yang dijalankan mematuhi SOP yang
ditetapkan oleh MKN dan KKM serta PDRM. Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua hadirin.

3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

3.1 Pn. Maizatul Aiza Binti Zaidi selaku Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2020/2021
membentangkan minit mesyuarat agung yang lepas.

3.2 Encik Abdullah bin Ma’mor (bapa murid) mencadangkan agar minit mesyuarat PIBG sesi
2019/2021 diterima dan disahkan. Cadangan ini disokong oleh Puan Rosna binti Mohd Nasir
(ibu murid).

4. PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada perkara berbangkit.

5. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN

5.1 Encik Mohiddeen Bin Mukri selaku Bendahari Kehormat PIBG membentangkan laporan
kewangan PIBG sesi 2020/2021 yang berakhir pada 31 Disember 2020.

5.2 Encik Mohd Azman bin Ramli (bapa murid) mencadangkan agar laporan kewangan tersebut
diterima dan disokong oleh Puan Norizan binti Jaafar (ibu murid).

6. PEMBAHASAN USUL DARIPADA IBU BAPA/ PENJAGA DAN SEKOLAH

6.1 Puan Prema a/p Narayaman mencadangkan pihak sekolah perlu menyediakan rak buku untuk
setiap kelas untuk membuat nilam.

- Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Ayob Bin Haji Zenal selaku Tuan Pengerusi menjelaskan
bahawa pihak sekolah pernah membuat sudut bacaan di setiap kelas tetapi banyak kerosakan
buku (vandelisme) yang terjadi dan menyebabkan banyak kos untuk menggantikan buku-buku
yang telah rosak. Tindakan sekolah ialah mengalihkan buku-buku yang masih elok ke sudut
Santai Ilmu yang berada bersebelahan dengan Dewan Sepadu.

6.2 Encik Muhd Rusli bin Long memohon supaya kebersihan tandas dijaga.
- Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa perkara 6.2 telah diusahakan iaitu pihak sekolah telah
mengarahkan pekerja kebersihan untuk mencuci tandas sebanyak tiga kali sehari iaitu pada
jam 8.00 pagi, 11 pagi dan 3.30 petang dan pastikan dengan jadual tersebut kebersihan tandas
dapat dijaga.

6.3 Hjh Norhasnah binti Mohd Idris mencadangkan agar memperkenalkan program E-Sukan
kepada pelajar seimbang dengan kemajuan teknologi masa kini sebagai persediaan masa
depan.

- Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa pihak sekolah ada melaksanakan program secara
dalam talian yang melibatkan Kurikulum dan Kokurikulum yang mana telah di tetapkan oleh
PPD dan JPN. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar dan diwar-warkan dalam Whats App
semua kelas.

9

BIL AGENDA

6.4 Encik M. Sazali bin Ulop mencadangkan untuk menambahkan perabot sekolah yang telah
rosak.

- Tuan Pengerusi menerangkan bahawa pada bulan Mac tahun 2021 sebanyak 30 buah
meja pelajar dan 30 buah kerusi untuk kegunaan pelajar telah diterima oleh sekolah.

6.5 Encik Rizal bin Uda Seman mencadangkan untuk mengadakan kelas tambahan untuk Nilam.

- Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa cara untuk melaksanakan program Nilam telah
diberi dalam What Apps semua kelas sebelum ini. Sekolah merancang akan mengadakan
kursus ringkas pada bulan Jun atau Julai tahun ini.

6.6 Encik Roslan bin Mohd Salleh mohon adakan bonggol di jalan utama masuk ke sekolah di
sebelah kiri dan kanan.

- Tuan Pengerusi memberitahu bahawa pihak sekolah pihak sekolah telah membuat
permohonan kepada JKR tetapi pihak JKR menjelaskan bonggol tidak sesuai kerana jalan
berselekoh di hadapan kawasan sekolah membahayakan kenderaan terutama di waktu
malam. Oleh itu, pihak JKR telah meletakkan lampu isyarat pejalan kaki dan menaik taraf
jalan di hadapan sekolah.

6.7 En. Ahmad Hasharmilee bin Mohamad Yunus mencadangkan untuk mengadakan kelas
tambahan bagi pelajar yang menduduki SPM tahun 2021 pada hari Sabtu dan Ahad.

- Tuan Pengerusi menjelaskan bahawa pihak Sekolah akan mengadakan kelas tambahan
tetapi bergantung kepada keadaan semasa kerana pandemik Covid-19 yang melanda
sekarang. Kelas tambahan akan diadakan pada hari persekolahan (Isnin hingga Khamis)
selepas sesi persekolahan.

6.8 En. Subramaniam a/l Karapayah memberitahu bahawa pengedaran buku teks bagi sesi
tingkatan satu 2021 adalah tidak mencukupi. Buku teks Bahasa Inggeris hampir 90% tidak
dapat.

- Tuan Pengerusi menjelaskan bahawa sekolah mengalami kekurangan buku teks
(PULSE2) semasa agihan buku dilakukan. Sekolah telah membuat pesanan tambahan
mengikut bilangan pelajar tingkatan 1 bagi tahun 2021. Pihak sekolah akan mengagihkan
buku PULSE 2 kepada pelajar selepas sesi persekolahan bersemuka dibuka.

6.9 Puan Norazita binti Abdul Saat (ibu murid) mencadangkan untuk menerima semua usul 6.9
dan cadangan disokong oleh Puan Rosna binti Mohd Nasir (ibu murid). Hadirin sebulat
suara menerima semua usul 6.9 oleh pihak sekolah.

6.10 Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa usul 6.9 (iii) akan dibawa ke JPN untuk mendapat
kelulusan. Yuran Kutipan sumbangan ini belum pasti lagi memandangkan negara di dalam
situasi pandemik Covid-19. Cadangan ini tertakluk kepada kelulusan dari Jabatan
Pendidikan Negeri Perak.

10

BIL AGENDA

6.11 Encik Nadzeri bin Hassan (PK HEM) mencadangkan tiga (3) usul disusuli rasionalnya
adalah seperti berikut:

Bil Usul Rasional

1 Larangan membawa telefon ke sekolah. Mengelakkan timbul pelbagai
masalah disiplin seperti hilang,
bergaduh, salah guna dan lain-
lain.

Pertukaran masa Kokurikulum iaitu pada

jam 7.30 - 8.30 pagi setiap Rabu untuk sesi i) Keadaan tidak panas sebelah
pagi dan Kokurikulum sesi petang diubah pagi.
2 kepada jam 5.40 - 6.40 petang dan murid

bukan Islam balik 6.40 petang manakala ii) kehadiran Kokurikulum 100%.
murid Islam sesi petang balik selepas solat

asar 6.50 petang.

i) Program dan aktiviti dapat di
tambah dan ditingkatkan.

3 KUTIPAN SUMBANGAN PIBG ii) Kos dan bahan PdPR
bertambah.

iii) Program kecemerlangan
tingkatan 4 dapat dijalankan
untuk persediaan SPM 2022.

KUTIPAN SUMBANGAN PIBG adalah seperti berikut:

Perkara / Tingkatan Peralihan T1 T2 T3 T4 T5
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
Sumbangan PIBG
(sekeluarga) 50 50 50 50 50 50
50
Kecemerlangan - - - 30 30
100
Majalah (SUWA) RM 0 (Tiada terbitan Majalah sekolah)

Jumlah 50 50 50 80 80

11

BIL AGENDA

7. PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2019/2021

7.1 Tuan pengerusi mengumumkan pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2021.

7.2 Tuan Pengetua mencadangkan Tn Hj Ayob bin Hj Zenal, YDP PIBG sesi 2019/2021
menjadi pengerusi sementara untuk meneruskan mesyuarat agung sesi 2021/2023.
Hadirin sebulat suara bersetuju dengan cadangan ini.

8. PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2021/2023

8.1 Encik Nadzeri bin Hassan (PK HEM) telah mencadangkan nama-nama AJK baharu.
Cadangan beliau adalah seperti berikut:

AJK Ibubapa

1. Hj. Ayob bin Hj Zenal – YDP PIBG
2. Pn Rohana bt. Ahmad Tajudin – NYDP PIBG
3. Pn Nor Azlynda binti Ramli
4. En Segar a/l Ramiah
5. Pn Norizan bt. Jaafar
6. En Mohd Sayuti bin Mat Yusuff
7. En Mohd Azman bin Ramli
8. En. Syaharuddin bin Abdul Rani - Juruaudit

AJK Guru

1. Pn Maizatul Aiza bt. Zaidi– S/U PIBG
2. En. Mohiddeen bin Mukri - Bendahari
3. En Adnan bin Abd Rahman
4. Cik Kalaivani A/P Muruthy
5. Pn Nor Syah bt. Zakaria
6. En.Nazrie bin Rahim
7. Pn Sakinah bt. Omar
8. Pn Nurolhuda bt. Hj. Hassan – Juruaudit

8.2 En Aliodin bin Damsah (bapa murid) mencadangkan untuk menerima cadangan 8.1 dan
disokong oleh Puan Imah binti Che Mat (ibu murid). Hadirin sebulat suara setuju menerima
semua usul 8.1 oleh pihak sekolah.

8.3 En Ali bin Md Zin (Pk Pentadbiran) mencadangkan cadangan ditutup dan disokong oleh
Puan Norazita binti Mohd Saat (ibu murid).

8.4 Tn Pengerusi memaklumkan bahawa oleh kerana sebulat suara setuju dengan cadangan
AJK baharu sesi 2021/2023 maka diteruskan dengan agenda berikutnya.

12

BIL AGENDA

9. HAL-HAL LAIN

9.1 Tuan Pengetua memaklumkan beberapa maklumat penting kepada semua hadirin.
Antara perkongsian beliau seperti berikut:

9.1.1 Potongan Rambut

A. Potongan Rambut Murid-Murid Lelaki Sekolah.
Rambut di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua telinga.
Rambut di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi
Rambut di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian
daripadannya dan sideburn melebihi garisan tengah hidung
Rambut di atas : Rambut lebih daripada 6 inci panjang

B. Menyimpan misai atau janggut atau kedua-duanya, maka:
(a) Pihak sekolah memaklumkan akan memanggil ibu / bapa / penjaga untuk
dibawa pulang dan memotong rambut tersebut di luar sebelum kembali ke
sekolah dan juga tindakan yang sama diambil bagi murid lelaki yang
mewarnakan rambut serta berambut berfesyen.
(b) Murid lelaki yang beragama Sikh boleh berambut panjang jika mereka
memakai serban tetapi yang tidak berserban, peraturan seperti di atas akan
dikuatkuasakan.

9.1.2 Pelaksanaan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) bagi murid SM 2021.
Ibu bapa perlu mengetahui tentang Skim Takaful dan kebaikkannya kepada anak-
anak murid. Skim ini disediakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad kepada
semua murid sekolah yang berdaftar di bawah sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan dengan nombor sijil TPSM: PTP-P001933004-DIR-21. Perlindungan skim ini
adalah seperti berikut:

(a) Tempoh 1.1.2021 hingga 31.12.2021
(b) Perlindungan 24 jam
(c) Murid dibayar RM 1.50 setahun oleh KPM kepada TPSM manakala murid

bukan warganegara murid perlu bayar kepada sekolah RM 1.50 setahun untuk
dibayar kepada TPSM.
(d) Perlindungan ini tamat serta merta apabila murid tersebut berhenti atau
diberhentikan daripada sekolah
(e) Manfaat perlindungan adalah seperti tema syarat yang ditetapkan oleh Syarikat
Takaful Malaysia Berhad, rujuk pihak sekolah.

9.1.3 Beliau juga memaklumkan Program Vaksinasi Covid-19 Murid Sekolah Kohort Umur
16-17 Tahun. Program Vaksinasi murid adalah arahan daripada KKM yang bertarikh
1 September 2021. Bagi perhatian semua ibu bapa/penjaga, Murid Tingkatan 3, 4 & 5
yang lahir pada tahun 2004 & 2005 sahaja menerima Suntikan vaksin Covid-19
secara percuma dijadualkan seperti berikut:

Tarikh : seperti tertera dalam mysejahtera

Masa : seperti tertera dalam mysejahtera

Tempat : seperti tertera dalam mysejahtera

Jenis vaksin : Pfizer

Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa peka dengan notifikasi janji temu
melalui aplikasi mysejahtera. Beliau menyambung lagi, jika dapat janji temu lebih
awal maka wajib hadir di tempat yang ditetapkan. Borang Persetujuan dan Surat
Perwakilan akan diedarkan kepada ibu bapa/penjaga bermula pada pukul 1.00 ptg,
22.9.2021 (Rabu) sehingga 26.9.2021 (Ahad). Ibu bapa perlu mendapatkan borang
persetujuan vaksinasi di pondok pengawal sekolah dan mengisi borang tersebut
sebelum ke pusat vaksinasi.

13

Bagi urusan cetakan sendiri, softcopy borang dalam bentuk PDF akan diberikan melalui
group Whatsapps kelas anak/jagaan masing-masing. Beliau juga mengingatkan murid-
murid hendaklah berpakaian sopan dan berkasut serta bersesuaian semasa menghadiri
ke pusat vaksinasi. Berdasarkan arahan KKM vaksinasi secara Walk-in dibatalkan dan
ibu bapa dinasihatkan melihat barang info vaksinasi sekiranya ada pertanyaan.

9.1.4 Tuan Pengetua memaklumkan pembukaan sekolah adalah secara berperingkat
mengikut fasa PPN bermula 3 Oktober 2021. Murid kelas peperiksaan awam sekolah
harian akan dibenarkan ke sekolah mulai Fasa 3 secara pengiliran dan kehadiran murid
ke sekolah adalah 50% dalam setiap kelas. Beliau juga memaklumkan PK HEM SMKTR
akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada ibu bapa tentang tarikh pembukaan
sekolah dalam tempoh masa dua minggu sebelum pembukaan sekolah. Kehadiran
murid tingkatan lima ke sekolah adalah mengikut penggiliran iaitu bersemuka (50%)
manakala PdPR (50%) bagi setiap kelas. Kehadiran murid berkenaan ke sekolah adalah
mengikut penggiliran dan jadual kehadiran akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Akhir
sekali beliau memaklumkan bahawa sesi persekolahan 2021 dilanjutkan sehingga
hujung bulan Februari 2022.

9.2 Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa maklumat yang diberikan oleh Tuan Pengetua
amat jelas berkaitan sesi pembukaan sekolah mengikut fasa di setiap negeri. Semua
pelajar Tingkatan Lima (5) di negeri yang berada di Fasa 3 akan hadir secara penggiliran
setelah dimaklumkan oleh pihak sekolah.

9.3 Puan Azrina binti Zamri (ibu murid) mencadang bahawa sesi pembelajaran bersemuka
boleh disiarkan kepada 50% murid yang PDPR untuk mengurangkan bebanan guru.

- Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih atas cadangan itu. Beliau menerangkan
bahawa semua murid Tingkatan 5 dibekalkan dengan modul latihan bagi semua subjek
untuk sepanjang tahun. Modul yang sama akan digunakan ketika bersemuka dan PdPR
bagi mengurangkan beban guru.

10. UCAPAN PENANGGUHAN

10.1 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa kerana sambutan
mesyuarat kali ini amat menggalakkan. Beliau juga berharap semoga mesyuarat pada
hari ini memberi pencapaian yang terbaik dan semua program yang dirancang oleh
sekolah berjaya dilaksanakan dimasa hadapan. Selain itu beliau juga berharap semua ibu
bapa akan memberi sokongan sepenuhnya kepada perancangan yang dibuat oleh
sekolah. Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan sebagai
dilantik sebagai Yang Dipertua PIBG dan mengucapkan tahniah kepada AJK baharu
serta berharap AJK sesi 2021/2023 memberi komitmen yang baik.

Mesyuarat Agung PIBG sesi 2021/2023 ditangguhkan pada jam 11.00 Pagi.

Setiausaha PIBG sesi 2021/2023

14

LAPORAN TAHUNAN PIBG 2021 / 2022
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

1.0 MESYUARAT AGUNG PIBG

Tarikh : 25 September 2021
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Pejabat / Kediaman masing-masing (Google Meet)
Perasmi : Tuan Haji Ayob Bin Haji Zenal (Yang Dipertua PIBG SMKTR)

2.0 AHLI JAWATANKUASA PIBG

Penasihat : Encik Mohamat Adek bin Abdul Rahman
Yang Dipertua : Tuan Haji Ayob Bin Haji Zenal
Naib Yang Dipertua : Puan Rohana binti Ahmad Tajudin
Setiausaha : Puan Maizatul Aiza binti Zaidi
Bendahari : Encik Mohiddeen Bin Mukri

AJK Ibu Bapa

1. Encik Mohd Azman bin Ramli
2. Encik Mohd Sayuti bin Mat Yusuf
3. Puan Norizan binti Jaafar
4. Encik Segar A/L Ramiah
5. Puan Azlynda binti Ramli

AJK Guru

1. Puan Sakinah binti Omar
2. Encik Adnan bin Abd Rahman
3. Puan Norshah binti Zakaria
4. Cik. Kalaivani A/P Muruthy

Juru Audit

1. Puan Norulhuda binti Hassan (Wakil guru)
2. Encik Syaharuddin bin Abdul Rani (Wakil ibu bapa)

3.0 MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA DAN KEHADIRAN

3.1 Sepanjang sesi 2021/2022, mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG SMK Tanjong Rambutan
telah diadakan sebanyak tiga kali. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:

Bil Tarikh Hari Masa Tempat
1 22/2/2022 Sabtu 09.00-10.00 pagi Dewan Komuniti Taman Seri
2 14/4/2022 Khamis 3.00-4.15 petang
3 26/4/2022 Selasa 5.30-6.45 petang Tanjong
Dalam Talian ‘Goole Meet’

Bilik Gerakan SMKTR

15

4.0 AKTIVITI-AKTIVITI PIBG SMK TANJONG RAMBUTAN TAHUN 2021 DAN 2022

Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah memberikan kerjasama dan sokongan yang padu kepada
pihak sekolah untuk menjayakan beberapa aktiviti dan program yang dirancangkan:

4.1 Program Kecemerlangan Akademik

i. Hari Pendaftaran / Orientasi Murid Tingkatan Satu 2022
ii. Kelas Tambahan Dalam Talian Untuk Pelajar SPM Tahun 2021
iii. Program Peningkatan Akademik SPM ( Modul Latih Tubi dan Latihan Masa

Cuti )
iv. Program Kecemerlangan Nurkasih
v. Kelas Tambahan Tuisyen Cikgu Saarani

4.2 Program Kecemerlangan Sahsiah

i. Program Sambutan Tahun Baru Cina & Hari Raya Peringkat Sekolah
ii. Program Jom Kembali ke Sekolah
iii. Program “Empower Yourself to help others “ (Tahap Bongsu)
iv. Program ADAB dan Ziarah Cakna
v. Program Prihatin Murid
vi. Bakul Nurkasih Komuniti Setempat

4.3 Program Kokurikulum

i. Pertandingan Inovasi STEM
ii. Karnival Bahasa Tamil Peringkat Daerah.
iii. Menulis cerpen Peringkat Daerah.
iv. Cabaran KRS Kinta Utara.
v. Pertandingan Scrabble Sekolah Menengah
vi. Generasi E-Sukan.

4.3 Penambahbaikan Prasarana sekolah

i. Aktiviti Pengoperasian Pembukaan Sekolah
ii. Projek Menebang Pokok
iii. Keceriaan dan Papan Tanda
iv. Projek Naik Taraf Pagar Sekolah

5.0 PENUTUP

Semua AJK PIBG SMK Tanjong Rambutan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga, barisan pentabir sekolah, guru-guru, staf
sokongan dan para pelajar di atas kerjasama dan sokongan yang telah dihulurkan dalam
memantapkan persatuan ini. Semoga komitmen yang diberikan akan berterusan dalam usaha
menjalin permuafakatan yang utuh ke arah kecemerlangan sekolah. Akhir kata, barisan AJK
PIBG sesi 2021/2023 memohon kemaafan atas sebarang kelemahan dan kekurangan dalam
pelaksanaan aktiviti sepanjang tempoh tersebut.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha PIBG sesi 2021/2023

16

LAPORAN KEWANGAN 2021

17

PENYATA KEWANGAN PIBG SMKTR

AKAUN INDUK

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK TANJONG RAMBUTAN

01 JANUARI 2021 HINGGA 31 DISEMBER 2021

18

19

PENYATA KEWANGAN PIBG SMKTR

AKAUN SUMBANGAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK TANJONG RAMBUTAN

01 JANUARI 2021 HINGGA 31 DISEMBER 2021

20

PENYATA KEWANGAN PIBG SMKTR

AKAUN KECEMERLANGAN 2020

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK TANJONG RAMBUTAN

01 JANUARI 2021 HINGGA 31 DISEMBER 2021

21

PROFIL SMKTR
STATISTIK SMK TANJONG RAMBUTAN

ANALISIS GURU

GURU LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
SESI PAGI 6 28 34
SESI PETANG 8 12 20
JUMLAH 14 40 54

ANALISIS BUKAN GURU

KATEGORI LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
ANGGOTA KUMPULAN 1 9 10
PERKHIDMATAN (AKP)
KONTRAKTOR KEBERSIHAN 4 6 10
DAN KHIDMATAN (KBK) 4 0 4
1 5 6
PENGAWAL KESELAMATAN 10 20 30

PENGUSAHA KANTIN SEKOLAH

JUMLAH

ANALISIS MURID

TINGKATAN SESI ENROLMEN BILANGAN
PERALIHAN
PERSEKOLAHAN L P JUMLAH KELAS

46 10 1

TINGKATAN SATU PETANG 84 64 148 5
TINGKATAN DUA 63 68 131 5

JUMLAH PETANG 151 138 289 11

TINGKATAN TIGA 66 77 143 5

TINGKATAN EMPAT PAGI 63 71 134 5
TINGKATAN LIMA 56 59 115 5

JUMLAH PAGI 185 207 392 15
JUMLAH SELURUH 336 345 681 26

22

PELAPORAN AKADEMIK DALAM
PEPERIKSAAN AWAM SPM

PERBANDINGAN SPM ( 5 TAHUN )
TARGET 2021 & 2022

90 5.8
5.64
5.6
80
5.53 5.4
70 5.42

60 5.2

50PERATUS 5.2 4.96 5
GPS
40 84.96
4.8
30
4.75 4.7
20
4.6
77.37
70.54 82.91 81.36 84.17 85.00
10
4.4

0 4.2

2016
2017
2018
2019
2020
TARGET 2021
TARGET 2022
TAHUN

PERATUS GPS

23

CARTA GANTT PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
SESI 2022/2023

PROGRAM AKADEMIK PERINGKAT SEKOLAH

24

KEHADIRAN MURID
(KPI MELEBIHI 90.92%)

ANALISIS KEHADIRAN MURID
2016 - 2021 & TARGET 2022

100

95 96.66
90
95.00
85 86.14
PERATUS 87.48
80
84.78

81.93

75

70 2018 2019 2020 2021 TARGET 2022
2017

TAHUN

25

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH

2025

26

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJONG RAMBUTAN

AKTIVITI SEKOLAH

OKTOBER 2021 - MEI 2022
1. PIBG & KELAB GURU DAN STAF

- Majlis Berbuka Puasa ( 26.4.2022 )

2. UNIT KOKURIKULUM
- Mesyuarat Agung Unit-unit PBB ( 28.04.2022 )

27

3. UNIT KURIKULUM
- Penghargaan pelibatan aktif PdPR ( 26.11.2021 )
- “Tuisyen Cikgu Saarani” Calon SPM 2021 ( 28.2.2022 - 27.03.2022 )
- Pelancaran Guru Penyayang & Kempen Bulan Membaca ( 20.4.2022 )
- Program Mentor Mentee A+ ( 29.4.2022 )
- Dialog Prestasi Calon SPM 2022 ( 09.05.2022 - 11.05.2022 )

28

29

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing :

Sumbangan Ikhlas Daripada warga SMKTR dan PIBG

3. UNIT HAL EHWAL MURID
- Sarapan percuma calon SPM 2021 ( 19.01.2022 )
- Sambutan Tahun Baru Cina ( 27.01.2022 )
- Agihan Bantuan Awal Persekolahan ( 07.02.2022 )
- Sumbangan KFC daripada PIBG kepada calon SPM 2021 ( 24.02.2022 )
- Agihan Zakat dan Duit Raya ( 22.04.2022 )
- Pemberian buku kerja sumbangan Pengetua ( 29.04.2022 )

30

31

MESYUARAT AGUNG KE-21
USUL DARIPADA IBU BAPA DAN PENJAGA

USUL BERKAITAN KESELAMATAN

Bil Nama penjaga dan Usul Tindakan Sekolah
pelajar

1. Mohd Azizul bin Menambah bilangan Bilangan pengawal keselamatan

Yahya anggota keselamatan yang ada adalah mengikut

berkawal di hadapan peruntukan diberikan oleh KPM.

Muhammad Aliff sekolah pada waktu pagi Pengawal yang sedia ada telah

Azfar (3 Sepakat) dan petang atas sebab membantu lalu lintas dan akan

keselamatan murid dipertingkatkan lagi usaha

sekolah pada waktu membantu mengawal lalulintas.

balik.

2. Saras Kumari a/p Mengatur kawasan Kawasan berkumpul memang

Bala Krishnan berkumpul semasa sedia ada. Guru bertugas telah

murid balik bagi murid ditugaskan menjaga waktu hadir

Trilokesh a/l sesi petang untuk serta waktu pulang pada sesi pagi

Thanaselvam mengelakkan murid dan sesi petang. Sekolah akan

(1 Sepakat) meluru keluar ke jalan meminta guru mengawal murid

raya semasa waktu balik dengan lebih tegas supaya tidak

sekolah. meluru keluar semasa tamat sesi

persekolahan.

3. Zaleha binti Mat said Memohon pihak sekolah Untuk membuat bonggol di jalan,

meletakkan bonggol di pihak sekolah perlu memohon

Ammar Thaqif bin jalan hadapan sekolah dengan pihak MBI dan JKR. Pihak

Mohd Safrinizan dari selekoh Kg.Kolam sekolah telah beberapa kali

(1 Tekad) kerana laluan itu sangat memohon bonggol sejak sekolah

bahaya untuk murid dibina lagi. Yang terkini, pada dua

Aqil Naufal bin Mohd melintas jalan. tahun lepas, pihak sekolah sekali

Safrinizan lagi memohon untuk membuat

(3 Tekad) bonggol namun pihak JKR daerah

Kinta telah memberi maklum balas

bahawa bonggol tidak sesuai di

hadapan sekolah atas sebab-

sebab keselamatan pengguna

jalan raya. Oleh itu, pihak JKR

telah membuat beberapa naik taraf

jalan di hadapan sekolah

antaranya memasang lampu

isyarat melintas pejalan kaki.

32

4. Nora binti Zakaria Meletakkan bonggol di Bonggol - jawapan sama seperti
kiri dan kanan jalan diusul nombor tiga.
Iddin bin Idris utama untuk
(4 Sepakat) mengelakkan
kenderaan bergerak laju
dan memudahkan murid
melintas jalan tanpa
teragak-agak kerana
kebanyakan kenderaan
tidak mematuhi had laju
yang ditetapkan.

ISU BERKAITAN HAL-HAL LAIN (UMUM)

5. Indra a/p Manogaran i) Memanjangkan waktu i) Peruntukkan masa untuk rehat
rehat murid-murid. murid adalah selaras bagi semua
Narvin A/L Manogaran sekolah mengikut ketetapan yang
( 3 Sepakat ) dibuat oleh PPD dan JPN. Jadi, pihak
sekolah perlu akur ketetapan yang
telah dibuat.

ii) Pelajar tidak perlu ii) Tatacara pemakaian murid-murid
memakai uniform pada adalah tertakluk dengan SPI
hari rabu dan hanya Kementerian Pendidikan Malaysia
memakai T-shirt sukan. (KPM), Pihak sekolah mesti akur
dengan arahan KPM.

iii) Menyediakan iii) Sekolah tidak mempunyai
kenderaan bas/van kenderaan yang diberikan oleh KPM
untuk murid yang tidak dan tiada peruntukkan kewangan
mempunyai yang diberikan untuk menampung
pengangkutan. kos pengangkutan.

iv) Setiap pelajar wajib iv) Murid-murid telah diajar
menghafal sifir menghafal sifir dari sekolah rendah
sekurang-kurangnya dan akan diteruskan hingga ke
dua sifir dalam tempoh sekolah menengah. Guru-guru akan
seminggu. cuba sedaya upaya untuk mendidik
murid-murid mengikut silibus yang
ditetapkan oleh KPM.

v) Makanan yang dijual v) Sekolah juga akan berbincang
di kantin hendaklah dengan pengusaha kantin untuk
berkhasiat dan harga menyediakan menu yang berkhasiat
berpatutan. dan memastikan harga berpatutan.

33

6. Annie Margerat a/p i) Tiada makanan yang i) Sekolah juga akan berbincang
Sandela Raran berzat yang dijual di dengan pengusaha kantin untuk
kantin hanya ada nasi menyediakan menu yang berkhasiat
Jarisha Jocelyn a/p lemak sahaja, dan memastikan harga berpatutan.
John Joshua Menu pada bulan puasa adalah
(3 Aktif) terhad.

ii) Tandas sekolah tidak ii) Pihak sekolah telah mengarahkan
dijaga dan sangat kotor. pekerja kebersihan untuk mencuci
tandas sebanyak empat kali sehari
iaitu pada jam 7.00 pagi, 10 pagi
dan 12 tengah hari dan 3.30 petang.
Pihak sekolah juga berharap ibu
bapa dapat melatih anak-anak
menggunakan tandas sebaik
mungkin dan menggunakan pam
selepas menggunakan tandas bagi
keselesaan semua murid.

7. Nazleen binti Sidek Pihak sekolah perlu Pihak sekolah telah mengatur jadual
Mohd menyediakan loker waktu yang sesuai untuk murid-
untuk menyimpan nota murid. Oleh itu murid-murid
Nurazzlyn Baalqis binti harian bagi disarankan membawa buku yang
Mohamed Azam shah mengurangkan beban mengikut jadual waktu sahaja.
(4 Gemilang) pelajar membawa beg
berat ke sekolah.

8. Punitha Sakthivel a/p Menambah tandas Pihak sekolah akan mengemukakan
K.Sathewelusamy duduk di tandas murid permohonan menaik taraf tandas
perempuan untuk sedia ada kepada PPD.
Hemanandhini a/p kemudahan murid yang
Sugumaran ada masalah berat
(4 Gemilang) badan, masalah
kesihatan kaki, lutut dan
Hemalackshmi a/p lain-lain.
Sugumaran
(2 Gemilang)

9. Nor Hazimah bt Nor Meningkatkan Sekolah telah mewujudkan
Anua penggunaan media ’WhatsApp’ mengikut kelas,
sosial dalam ‘Facebook’ SMKTR dan telegram
Nur Ainin Sofea binti menyalurkan maklumat PIBG/PIBKS SMKTR. Sekolah akan
Mohd Saiful aktiviti sekolah seperti lebih aktif memasukkan maklumat
(3 Gemilang) Kokurikulum, waktu terkini dalam media sosial tersebut.
pulang dan
pertandingan yang
dianjurkan oleh JPN
dan lain-lain.

34

10. Lajan anak Jayan i) Memberi pendedahan i) Pihak sekolah maklum perkara
kepada murid yang tersebut dan telah menyusun aktiviti
Shannone Amanda baharu di dalam dalam setiap perjumpaan
Anak Lajan penglibatan kokurikukum. Semua aktiviti
(3 Gemilang) Kokurikulum dan kokurikukum dibuka penyertaan
bukannya murid yang kepada semua murid dan telah
kerap terlibat sahaja. disebarluaskan melalui group
Whatsapp kelas. Murid-murid
digalakkan proaktif untuk
membangunkan potensi diri.

ii) Perbanyakkan ii) Sekolah sentiasa menyediakan
soalan-soalan dan memberi pendedahan soalan-
peperiksaan tahun- soalan peperiksaan tahun-tahun
tahun lepas kepada lepas kepada murid yang
murid yang akan menghadapi peperiksaan khasnya
menduduki peperiksaan. PT3 dan SPM.

iii) Mengadakan ‘Quick iii) Pihak sekolah mengambil
Quizz’ sebelum bermula maklum akan perkara ini. Sekolah
sesi pembelajaran iaitu mengucapkan ribuan terima kasih
seawal pagi melibatkan atas cadangan ini.
murid menengah
rendah iaitu tingkatan 3,
tingkatan 2 dan
tingkatan 1.

35

USUL DARI SEKOLAH
MESYUARAT AGUNG KE-21
( UNIT HAL EHWAL MURID SMKTR )

UNIT HEM : EN. NADZERI BIN HASSAN (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Bil Usul Rasional

1. Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah. Jika murid didapati ü Mengelakkan kes
membawa telefon bimbit ke sekolah sepertimana yang ditetapkan kehilangan /
kecurian harta
oleh KPM, telefon bimbit akan dirampas oleh pihak sekolah dan benda.

tindakan berikut akan diambil: ü Mengelakkan
penyebaran
a) Ibu bapa perlu hadir ke sekolah untuk membayar RM30 sebagai gambar / video
denda bagi kesalahan pertama dan pihak sekolah akan yang tidak
menyerahkan semula telefon bimbit tersebut hanya kepada ibu dibenarkan.
bapa murid.
ü SPI Bil 2 2009
b) Ibu bapa perlu hadir ke sekolah untuk membayar RM50 sebagai
denda bagi kesalahan kali kedua dan pihak sekolah akan ü AJK PIBG
menyerahkan semula telefon bimbit tersebut kepada hanya ibu menerima pakai
bapa murid. Pihak sekolah akan memberi kaunseling kepada usul tersebut
murid tersebut dan amaran secara bertulis juga akan dikeluarkan. sebulat suara.

c) Ibu bapa perlu hadir ke sekolah untuk membayar RM100 sebagai
denda bagi kesalahan kali ketiga dan pihak sekolah akan tidak
akan menyerahkan semula telefon bimbit tersebut sehingga tamat
sesi persekolah tahun tersebut (hujung tahun). Murid akan diberi
sesi kaunseling serta surat amaran secara bertulis yang kedua
akan diberikan.

2. Mencadangkan wang sumbangan PIBG seperti berikut: ü Program dan
aktiviti dapat
Perkara / Peralihan T1 T2 T3 T4 T5 ditambah dan
Tingkatan (RM) (RM) (RM) (RM) ditingkatkan.
(RM) (RM)
Sumbangan 50 50 50 50 ü Program
PIBG 50 50 kecemerlangan
tingkatan 4
(Sekeluarga) dapat
dijalankan
Kecemerlangan - - - 50 20 50 untuk
persediaan
Majalah RM 0 (Tiada terbitan Majalah sekolah ) SPM 2023.
(SUWA)
ü AJK PIBG
Jumlah 50 50 50 100 70 100 menerima pakai
usul tersebut
sebulat suara.

36

SENARAI JAWATANKUASA
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-21

Pengerusi : Encik Mohamat Adek bin Abdul Rahman (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Encik Nadzeri bin Hassan (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 1 : Puan Norsa’adah binti Abdullah (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Encik Mazlan bin Mohamad Zaki (PK Petang)
Naib Pengerusi 3 : Puan Norhawati binti Salimuddin (PK Kokurikulum)
Setiausaha : Puan Maizatul Aiza bt Zaidi (S/U PIBG)
AJK : Semua Guru Kanan

Kaunselor Sekolah
Semua Guru

AHLI JAWATANKUASA : 2.0 Bacaan doa

1.0 Bendahari PIBG 2.1 Ustaz Daud bin Zakaria
2.2 Encik Adnan bin Abd Rahman
1.1 Encik Mohiden bin Mukri
4.0 Pendaftaran Ibu bapa
3.0 Penyambut Tetamu / SOP kehadiran
Encik Shamsudin bin Abdul Gani
Puan Fazirah bt Ariffin
4.1 Puan Hasliza bt Abu Hassan (K)
3.1 Encik Sivabalan A/L Muniandy (K) 4.2 Puan Nazatul Firdaus binti Zainon
3.2 Puan Arhaslinda bt Arshad 4.3 Puan Rosnita binti Saha @ Shahruddin
3.3 Puan Sapura bt Saad 4.4 Encik Magainthiran A/L Renggasamy
3.4 Puan Norulhuda binti Hassan 4.5 Puan Rohaida bt Yaakub
3.5 Puan Farina bt Ibrahim 4.6 Puan Siti Aminah bt Megat Mohamed Yusuf
3.6 Puan Uma A/P Mariappan 4.7 Encik Nor Azizi bin Mohd Nor
3.7 Puan Guan Ngah Ginn 4.8 Tuan Ahmad Shahril bin Tuan Nor Affandi
3.8 Puan Gayah bt Jamaluddin
6.0 Persembahan / ’Power Point’
5.0 Buku Program
Puan Roslina Bt Che Omar
Puan Norkasumahasanati bt Abd Wahab
6.1 Puan Maizatol Nora bt. Noordin (K)
5.1 Cik. Kalaivani A/P Muruthy (K) 6.2 Puan Norshah bt Zakaria
5.2 Puan Nurul Najwa binti Yusoff 6.3 Cik. Asalama bt Mamat
5.3 Puan Adibatunnaim binti Ismail 6.2 Puan Nur Ellina bt Mohamad Salin
5.3 Puan Surayah binti Othman 6.3 Cik. Nurul Shuhada bt Abdul Aziz
5.4 Encik Mohd Akram bin Mohd Idris 6.4 Puan Faizah binti Johari
5.5 Encik Nik Hasrul Anuar bin Nik Hassan
5.6 Cik. Nabilah binti Mohd Yajid 8.0 Juruacara

7.0 Pencatat Minit 8.1 Puan Sakinah bt Omar (K)
8.2 Puan Wan Intan Sharina bt. Wan Abdul Majid
7.1 Puan Nur’ ain binti Yusseri (K) 8.3 Puan Rohana bt Mohd Nawi
7.2 Puan Zaleha binti Abdul Hamid
7.3 Puan Norazalina bt Ramli

9.0 Dokumentasi / Fotografi

9.1 Puan Nurul Hananoon bt Mohd Azahari
9.2 Puan Amila binti Fudzali
9.3 Encik Mohd Azmir bin Ab Rahman
9.4 Puan Nor Azah bt Hussin
9.5 Puan Umi Kalsom binti Jamil

Setiausaha PIBG sesi 2021/2023

37

SEKALUNG BUDI

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih untuk Yang Berbahagia
Tn Hj Ayob Bin Hj Zenal atas kesudian merasmikan
majlis, jutaan terima kasih diucapkan kepada
semua AJK PIBG atas sumbangan dan kehadiran
tuan puan sebagai penyeri majlis .

Majlis amat terhutang budi kepada semua ibu
bapa dan waris yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung bagi menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG SMKTR kali ke 21 ini.
Semoga segala usaha murni dan muafakat yang
terjalin ini akan diberkati-Nya.

“Bulat Air Kerana Pembentung,
Bulat Manusia Kerana Muafakat”

Terima Kasih Atas Kerjasama

“ We Love SMKTR”


Click to View FlipBook Version