Rujukan Custom-made Sejarah Tingkatan 2 ALAF SANJUNG SDN. BHD. (516756-V) Wisma Alaf Sanjung No. 23, Jalan Sungai Besi Indah 5/2, Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-8941 0411 / 03-8941 0611 Faks : 03-8941 0041 E-mel : [email protected] © Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau cara lain tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Alaf Sanjung Sdn. Bhd. ISBN 978-629-7512-33-4 Dicetak oleh : World Line Marketing Sdn. Bhd. Anis Yasmin Alaf Sanjung Sdn Bhd
KANDUNGAN Bab 1 : Kerajaan Alam Melayu 1–10Bab 2 : Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 11–17Bab 3 : Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 18–26Bab 4 : Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 27–36Bab 5 : Kesultanan Melayu Melaka 37–52Bab 6 : Kesultanan Johor Riau 53–65Bab 7 : Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor 66–78Bab 8 : Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis 79–88Bab 9 : Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis 89–99Bab 10 : Sarawak dan Sabah 100–120JawapanAlaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 1 Sejarah T2 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 1.1 Konsep Alam Melayu Alam Melayu merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia. Ia dikenali dengan pelbagai istilah seperti Kepulauan Melayu dan Dunia Melayu. Konsep Alam Melayu boleh dibincangkan dari sudut geografi, bahasa dan budaya. Pandangan tokoh "Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan." (Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, ahli arkeologi) "Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina." (Profesor Dr. Ding Choo Ming, pengkaji manuskrip Melayu) "Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea." (Alfred Russel Wallace, sarjana Barat) "Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina." (Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Pendeta (Dr.) Ismail Hussein, ahli bahasa dan budayawan) "Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga selatan Thailand." (Abdul Hadi Haji Hassan, ahli akademik) ___________________________ ___________________________ ___________________________ ___________________________ ___________________________ ___________________________ ___________________________ ___________________________ ___________________________ ___________________________ (A) Geografi Alam Melayu merupakan sebahagian daripada Asia Tenggara yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, selatan Thailand, selatan Myanmar dan selatan Indochina. Nama lain bagi Alam Melayu 1. _________________ _________________ 2. _________________ _________________ Customise your own notes Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 2 Sejarah T2 Pandangan tokoh Contoh persamaan bunyi perkataan dalam beberapa bahasa di Alam Melayu Bahasa Melayu (Malaysia) Bahasa Jawa (Indonesia) Bahasa Melayu (Brunei) Tagalog (Filipina) Melanau (Sibu, Sarawak) Kadazandusun (Sabah) Empat Papat Ampat Apat Pat Apat Lima Limo Lima Lima Limah Limo "Sejak awal lagi, budaya di Alam Melayu ini telah berkembang maju dengan munculnya beberapa kepandaian tertentu dalam bidang kesenian. Contohnya, pembuatan gangsa dan seni mempertahankan diri yang merupakan ciptaan asli di Alam Melayu. Nilai-nilai serumpun juga wujud dalam masyarakat Alam Melayu seperti gotong-royong. Manakala dalam aspek seni persembahan pula, muncul wayang kulit di Kelantan dan Pulau Jawa." (Dato' A. Aziz Deraman, budayawan) ___________________________ ___________________________ ___________________________ ___________________________ __ ___________________________ __ (B) Bahasa Konsep Alam Melayu juga boleh dilihat dari aspek penggunaan bahasa serumpun yang dikaitkan dengan bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga termasuk dalam bahasa Austronesia yang merupakan antara 200 bahasa yang dipertuturkan di Alam Melayu. "Bahasa serumpun di Alam Melayu mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik peribumi. Persamaan ini boleh dikenal pasti melalui kata-kata tertentu. Apabila membuat perbandingan bahasa-bahasa serumpun ini, terdapat pertalian kekeluargaan bahasabahasa ini dengan bahasa Melayu." (Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar, tokoh bahasa) "Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di Alam Melayu sejak awal Masihi lagi. Sifat orang Melayu yang gemar belayar telah mengembangkan lagi bahasa Melayu ke Alam Melayu. Tambahan pula sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah dipelajari membolehkan bahasa ini diterima di Alam Melayu." (Sutan Takdir Alisjahbana, tokoh bahasa) (C) Budaya Penduduk di Alam Melayu mempunyai budaya serumpun yang merangkumi bahasa dan tulisan, persuratan, struktur sosial, kesenian, kepercayaan dan adat. Persamaan budaya ini membuktikan bahawa Alam Melayu merupakan kawasan yang memiliki kebudayaan serumpun. Mengenal pasti aspek keserumpunan Alam Melayu Geografi Bahasa Budaya Ekonomi Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 3 Sejarah T2 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 1.2 Kewujudan Kerajaan di Alam Melayu Kerajaan Alam Melayu bermula dari petempatan kecil kemudian berkembang menjadi pelabuhan dan seterusnya kerajaan. Antara kerajaan tersebut termasuklah Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Nagara. Kerajaan Lokasi Masa Pusat kerajaan 1. Funan Lembah Sungai Mekong Abad pertama Vyadhapura 2. Champa Selatan dan tengah Vietnam Abad kedua Indrapura 3. Srivijaya Lembah Sungai Musi, Sumatera Abad ketujuh Palembang 4. Angkor Lembah Sungai Mekong Abad kesembilan Hariharalaya 5. Majapahit Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur Abad ke-13 Kota Trowulan 6. Kedah Tua Sungai Mas dan Sungai Bujang Abad kelima Sungai Mas dan Pangkalan Bujang 7. Gangga Nagara Pantai barat bahagian tengah Tanah Melayu Abad keenam Pangkalan __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ Melabel lokasi kerajaan-kerajaan awal Alam Melayu Customise your own notes Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 4 SejarahT2Kerajaan Champa Pengasas: Chu-Lien pada tahun 192 M Pusat pemerintahan: Indrapura Latar belakang pengasas: Berjaya membebaskan Champa daripada pengaruh China Zaman kemasyhuran: o Bermula semasa pemerintahan Che Bong Nga. o Beliau berjaya mengatasi ancaman Dai Viet dan meluaskan empayar ke wilayahDai Viet hingga Lembah Sungai Merah. o Serangan Champa ke atas wilayah Dai Viet telah menyebabkan pemerintahnya, RajaTran Due Tong terbunuh. o Che Bong Nga turut mendapat pengiktirafan daripada Dinasti Ming pada tahun 1369. Faktor kemerosotan: o Kematian pemerintah, Indravarman pada tahun 1441. o Serangan Dai Viet ke atas Champa. Champa akhirnya ditawan oleh Dai Viet padatahun 1471 Bab 1 Kerajaan AlamMelayu 1.3 Kerajaan Alam Melayu yang Masyhur Kemasyhuran kerajaan dapat dilihat dalam aspek pemerintahan, ekonomi, agama dan kemunculanpelabuhan. Kerajaan Funan Pengasas: Kaundinya (Brahmin) Pusat pemerintahan: Vyadhapura Latar belakang pengasas: Berkahwin dengan Soma, pemerintah wanita di Sungai Mekong dan membentuk kerajaan Funan Zaman kemasyhuran: o Di bawah pemerintahan Fan Shih-man. o Beliau meluaskan empayar Funan ke Sungai Mekong hingga Teluk Camranhdi sebelah timur, seterusnya menguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra. o Kesannya, Funan menguasai jalan perdagangan utama antara timur dengan barat danmuncul sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu pada abad ketiga. Faktor kemerosotan: o Serangan kerajaan Chenla yang terletak di utara Funan semasa pemerintahan RajaRudravarman _____________________________________________________________________________________________________________________ Tindakan yang dilakukan oleh pemerintah Funan dan Champa sehingga membawa kepada kemasyhuran kerajaan ________________________________________ Customise your own notes Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 5 SejarahT2Kerajaan Srivijaya Pengasas: Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada tahun 683 M Pusat pemerintahan: Palembang Latar belakang pengasas: Memperkukuh kerajaan Srivijaya dengan menakluk kawasansekitar seperti Bangka dan Taruma. Zaman kemasyhuran: o Semasa pemerintahan Sangramadhananjaya pada abad kelapan. o Berjaya menakluk Sumatera, selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra. o Membolehkan Srivijaya menguasai jalan laut antarabangsa, iaitu Selat Melaka danSelat Sunda. o Muncul sebagai kuasa perdagangan utama di Alam Melayu dan menjadi pusat pengajian agama Buddha. Faktor kemerosotan: o Serangan tentera Chola dari selatan India pada tahun 1025 Kerajaan Angkor Pengasas: Jayavarman II dari Chenla Pusat pemerintahan: Hariharalaya Latar belakang pengasas: Berjaya menyatukan wilayah di Lembah Sungai Mekong Zaman kemasyhuran: o Suryavarman II − Meluaskan empayar ke sekitar Lembah Sungai Mekong hinggaselatan Myanmar − Berjaya menghalang ancaman daripada Champa dan Dai Viet − Mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatandengan pedagang luar o Jayavarman VII − Meluaskan empayar Angkor hingga sempadan Annam− Membina Angkor Thom − Mendirikan 102 buah hospital Faktor kemerosotan: o Kematian pemerintah, iaitu Jayavarman VII o Serangan Siam pada tahun 1594 ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Kepentingan penguasaan ke atas jalan laut antarabangsa bagi sesebuah kerajaan __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 6 SejarahT2Kerajaan Majapahit Pengasas: Raden Vijaya Pusat pemerintahan: Kota Trowulan Latar belakang pengasas: Mengasaskan kerajaan dengan bantuan tentera Mongol dalam perebutan kuasa di Jawa pada tahun 1294 Zaman kemasyhuran: o Mula masyhur selepas pelantikan Patih Gajah Mada sebagai Perdana Menteri (Majapahit) oleh pemerintah Tribuana Tunggadewi. o Beliau berjaya mengembalikan keamanan dan keselamatan Majapahit. o Beliau juga meluaskan jajahannya ke timur Pulau Jawa, pesisir pantai timur Sumatera, pesisir selatan dan barat Pulau Borneo, bahagian selatan dan timur Sulawesi dan Kepulauan Maluku. o Majapahit muncul sebagai pusat perdagangan pada abad ke-14. Faktor kemerosotan: o Kematian Patih Gajah Mada o Serangan kerajaan Demak pada tahun 1478 Kerajaan Kedah Tua Pusat pemerintahan: Sungai Mas dan Pangkalan Bujang Latar belakang kerajaan: Bermula dengan penglibatan masyarakat di Guar Kepah yangmenjalankan perdagangan dengan pedagang luar di Sungai Mas. Kewujudan kerajaandiperkukuh dengan catatan golongan agama dan pedagang dari China, India dan ArabParsi. Nama lain kerajaan: Chieh Ch'a (sumber dari China), Kataha (sumber dari India) danKalah-bar (sumber dari Arab) Zaman kemasyhuran: o Dikaitkan dengan kepesatan aktiviti perdagangan di Lembah Bujang serta pusat keagamaan agama Buddha. o Mendorong penguasaan oleh Srivijaya. Faktor kemerosotan: o Serangan tentera Chola dari India pada tahun 1025 menyebabkan kegiatanperdagangan menjadi lemah o Kemunculan pengasasan Kesultanan Kedah yang baharu menyebabkan berlakunyaperubahan pemerintahan pada abad ketujuh ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 7 SejarahT2Kerajaan Gangga Nagara Pengasas: Raja Ganji Sarjuna (atau Raja Khmer dari Kemboja, menurut pendapat lain) Pusat pemerintahan: Pangkalan Latar belakang kerajaan: Muncul pada abad keenam berdasarkan kajian arkeologi, namun telah berfungsi sebagai pusat pelabuhan sejak abad kelima Zaman kemasyhuran: o Bermula pada abad kesembilan. o Kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah telah menarik kedatanganpedagang luar sejak abad kelima. o Berjaya mempertahankan kedaulatan daripada serangan Srivijaya pada tahun 850 M. Faktor kemerosotan: o Serangan tentera Chola dari India pada tahun 1025 sehingga memusnahkanpelabuhan Gangga Nagara Menyenaraikan kerajaan luar yang melakukan serangan ke atas kerajaan AlamMelayu 1. __________________________________ 2. __________________________________ 3. __________________________________ 4. __________________________________ 5. __________________________________ _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 8 Sejarah T2 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 1.4 Kerajaan Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman Kemunculan kerajaan Alam Melayu sezaman dengan kerajaan-kerajaan luar yang lain menunjukkan bahawa kerajaan Alam Melayu membangun dan maju setanding dengan kerajaan tersebut. Kerajaan Alam Melayu juga menjalinkan hubungan perdagangan, keagamaan dan diplomatik dengan kerajaan luar. Kerajaan luar yang sezaman Hubungan perdagangan Pemerintah kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan lain. Hal ini didorong oleh beberapa faktor seperti: (a) kedudukan yang strategik di laluan perdagangan timur dan barat (b) kekayaan hasil bumi seperti bijih timah, emas, perak dan rempah-ratus Sikap keterbukaan para pemerintah kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan perdagangan ini telah membawa kepada kemakmuran ekonomi. Abad Pertama Abad Kesembilan Abad ke-14 Empayar Rom Empayar Parsi Empayar Kushan Dinasti Han Kerajaan Abbasiyah Empayar Byzantine Dinasti Tang Kerajaan Chola Empayar Mongol Kerajaan Turki Uthmaniyah Kesultanan Delhi Kerajaan Champa Kerajaan Angkor Kerajaan Majapahit Kerajaan Champa Kerajaan Srivijaya Kerajaan Angkor Kerajaan Funan Jalan perdagangan Alam Melayu dengan kerajaan luar bermula dari abad pertama hingga abad ke-15 1. Menyenaraikan contoh pelabuhan Alam Melayu _________________ _________________ _________________ _________________ _________________ 2. Menyenaraikan contoh pelabuhan yang terdapat di India _________________ _________________ _________________ _________________ Customise your own notes Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 9 Sejarah T2 Hubungan keagamaan Hubungan kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar telah mendorong penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam. Hal ini menyebabkan wujudnya pengaruh agama dalam pelbagai aspek kehidupan seperti pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosiobudaya. Penyebaran agama-agama ini ke Alam Melayu jelas menunjukkan sikap keterbukaan penduduk Alam Melayu dalam menerima pengaruh dari luar. Cara penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam ke Alam Melayu: _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ Agama Hindu Buddha Islam Cara penyebaran agama Peranan pedagang Peranan tentera Peranan golongan Brahmin Peranan Asoka (pemerintah empayar Maurya) iaitu dengan menghantar samisami Buddha ke Alam Melayu Peranan pedagang Peranan pemerintah Peranan pendakwah Bukti Penemuan artifak pengaruh Hindu di Lembah Bujang, Kedah Penemuan artifak pengaruh Buddha di Lembah Bujang, Kedah Penemuan ukiran pengaruh Islam di Beruas, Perak Menerangkan peranan pemerintah dalam usaha penyebaran agama ke Alam Melayu _______________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 10 Sejarah T2 Mengenal pasti kerajaan Alam Melayu yang menjalinkan hubungan dengan kerajaan luar untuk mengeratkan hubungan persahabatan Funan Champa Majapahit Angkor Srivijaya Kedah Tua Hubungan diplomatik Hubungan diplomatik − hubungan politik antara dua kerajaan. Hubungan ini terjalin antara kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan di China dan India bertujuan untuk: (a) mengukuhkan kedudukan (b) membuka jalan kepada perkembangan perdagangan Tujuan hubungan diplomatik dijalinkan antara kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar: Abad ketujuh Memperkukuh hubungan perdagangan Funan Abad ketiga Memohon bantuan ketenteraan untuk melawan Dai Viet Abad ketiga Memperkukuh hubungan perdagangan dan keagamaan Srivijaya Abad ketujuh Mendapatkan pengiktirafan Memperkukuh hubungan persahabatan dan perdagangan Abad kesembilan Mengeratkan hubungan persahabatan dan keagamaan Majapahit Abad ke-14 Menjalinkan hubungan persahabatan Abad ke-14 Mengeratkan hubungan persahabatan Angkor Abad ke-12 Memperkukuh persahabatan dan perdagangan Abad ke-12 Mengeratkan hubungan persahabatan Champa Abad ketiga Memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China, Dai Viet Kedah Tua CHINA INDIA _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ __ Alaf Sanjung Sdn Bhd