KANDUNGAN Bahagian : Sistem Bahasa 1 – 36 Bahagian : Pemindahan Maklumat 37– 55 Bahagian : Karangan Respons Terhad 56 – 59 Bahagian : Karangan Respons Terbuka 60 – 111 © Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau cara lain tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Alaf Sanjung Sdn. Bhd. ISBN 978-629-7512-44-0 Dicetak oleh : Metrobay Industry Sdn. Bhd. Nur Ain Mohamad ALAF SANJUNG SDN. BHD. (516756-V) Wisma Alaf Sanjung No. 23, Jalan Sungai Besi Indah 5/2, Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-8941 0411 / 03-8941 0611 Faks : 03-8941 0041 E-mel : alafsanjung@hotmail.com Jawapan Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 1 Bahasa Melayu T1 Bahagian : Sistem Bahasa 5.1.1 Kata Nama Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menamakan manusia, benda, haiwan, tumbuhan, tempat dan konsep / abstrak secara umum. Mestilah ditulis dengan huruf kecil melainkan pada pangkal atau permulaan ayat. Kata nama khas ialah perkataan yang digunakan secara khusus untuk merujuk nama manusia, haiwan, benda, institusi, bangsa, negara, pangkat dan seumpamanya. Kata nama khas MESTI ditulis dengan huruf besar di mana-mana sahaja dalam ayat. Kata Nama Am Kata nama majmuk berdasarkan gambar. (a) __________________ _ (b) __________________ _ (c) __________________ _ Kata Nama Khas Kata Nama Am Kata nama am hidup Manusia • cikgu • peguam • askar • petani • doktor Bukan manusia • kucing • ayam • monyet • pokok • bunga Kata nama am tak hidup Institusi • masjid • sekolah • klinik • balai bomba • kantin Bukan institusi • Konkrit: kereta • Abstrak (berbilang): senyuman • Abstrak (tak berbilang): udara Kata Nama Khas Kata nama khas hidup Manusia • Cikgu Azura • Leftenan Adnan • Tun Dr. Mahathir Bukan manusia • Si Comel • Si Jalak • Chot Kata nama khas tak hidup • Proton Saga • Universiti Sains Malaysia • Restoran Maju • Hospital Kuala Lumpur • Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra Customise your own notes Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 2 Bahasa Melayu T1 Pemajmukan Kata Nama Contoh kata nama am majmuk Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata dasar 3 Kata majmuk (a) cari (+) gali – cari gali (b) alam (+) semula (+) jadi alam semula jadi Kata Ganti Nama Diri Kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama diri terdiri daripada bentuk tunggal dan bentuk jamak. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri orang, iaitu: Contoh kata nama khas majmuk Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata dasar 3 Kata majmuk (a) perdana (+) menteri (+) Malaysia Perdana Menteri Malaysia (b) rukun (+) tetangga (+) Taman Mulia Rukun Tetangga Taman Mulia Pemajmukan merupakan proses merangkaikan dua kata atau lebih yang mendukung satu makna tertentu. Kata Ganti Nama Bentuk tunggal saya, beta, daku, aku, patik, hamba Diri pertama Merujuk kepada orang yang sedang bercakap Bentuk jamak kita, kami Bentuk tunggal awak, kamu, tuanku, engkau, dikau, saudari, saudara, anda, tuan hamba Diri kedua Merujuk kepada orang yang dilawan bercakap Bentuk jamak kalian Ingat, kata ganti nama diri ‘beta’ digunakan untuk merujuk kepada diri raja atau sultan, manakala ‘patik’ ketika bercakap dengan raja atau sultan. Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 3 Bahasa Melayu T1 Kata Ganti Nama Diri Tanya – Kata ganti nama diri tanya pula ialah kata yang digunakan untuk membina ayat tanya. Contoh: bila (digunakan untuk menanyakan waktu) mengapa (digunakan untuk menanyakan sebab) siapa (digunakan untuk menanyakan manusia) apa (digunakan untuk menanyakan binatang atau benda) mana (digunakan untuk menanyakan tempat) bagaimana (digunakan untuk menanyakan cara) Kata Ganti Nama Tunjuk – Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu benda, perkara atau tempat. ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ Bentuk tunggal dia, baginda, ia, nya, beliau Diri ketiga Merujuk kepada orang yang diperkatakan Bentuk jamak mereka Kata Ganti Nama Tunjuk itu ini Umum Tempat sana sini situ Digunakan untuk menunjukkan benda atau perkara Digunakan untuk menunjukkan tempat Kata ganti nama dan fungsinya. (a) _____________________ Melibatkan yang bertutur dan yang mendengar (b) _____________________ Hanya melibatkan yang bertutur (c) _____________________ Merujuk ‘saya’ apabila bercakap dengan sultan atau kerabat raja (d) _____________________ Merujuk ‘awak’ yang digunakan pada zaman dahulu (e) _____________________ Merujuk ‘dia’ untuk sultan atau kerabat raja (f) _____________________ Merujuk ‘dia’ untuk orang yang berjawatan dan dihormati. (g) _____________________ Menunjukkan sesuatu yang dekat (h) _____________________ Menunjukkan tempat yang jauh Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 4 Bahasa Melayu T1 Bahagian : Sistem Bahasa 5.1.2 Kata Adjektif Kata adjektif ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu sifat atau keadaan. Kata adjektif terbahagi kepada 9 jenis: Kata adjektif boleh digunakan untuk menyatakan tiga darjah penghabisan: Jenis Keterangan Contoh Warna Menerangkan warna Hitam, merah jambu Sifat / keadaan Menerangkan sifat atau keadaan Cerdik, bijak, pandai, rajin, lemah, sihat Ukuran Menerangkan ukuran Pendek, rendah, tinggi Bentuk Menerangkan bentuk atau rupa Bulat, bujur, leper, kemek, buncit, lekuk Waktu Menerangkan konsep masa Lambat, cepat, baru, silam, lama Jarak Menerangkan konsep ruang antara dua benda atau keadaan Jauh, dekat, rapat, hampir Cara Menerangkan keadaan kelakuan atau ragam Pantas, perlahan, jarang, laju, deras, sering Perasaan Menerangkan konsep perasaan Cinta, sayang, suka, rindu, sedih Pancaindera Menerangkan konsep rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh Bising, wangi, kasar, manis, pahit, masam, masin, licin Darjah biasa Menunjukkan darjah biasa Contohnya : Hidup keluarga itu sederhana. Darjah bandingan (i) Bandingan yang sama, iaitu menggunakan kata adjektif awal se-. Contohnya : Rumah Amran sebesar rumah datuknya. (ii) Bandingan berbeza, iaitu menggunakan kata penguat lebih atau kurang Contoh : Rumah Amran lebih besar daripada rumah datuknya. Darjah penghabisan (i) se + kata adjektif + gandaan + kata nama Contoh : sepandai-pandai tupai (ii) ter + kata adjektif Contoh : terpandai (iii) paling + kata adjektif Contoh : paling pandai (iv) kata adjektif + sekali Contoh : pandai sekali (v) ter + amat / sangat + kata adjektif Contoh : teramat pandai / tersangat pandai (vi) amat/ sungguh/ sangat + kata adjektif + sekali Contoh : Sungguh cantik sekali Contoh kata adjektif berdasarkan gambar. ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ________________________ 1 2 3 4 Customise your own notes Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 5 Bahasa Melayu T1 Bahagian : Sistem Bahasa 5.1.3 Kata Praklausa Kata praklausa ialah kata yang hadir sebelum klausa. Kata praklausa terdiri daripada: Kata seru Kata yang berfungsi untuk menyatakan perasaan seseorang sama ada sedih, gembira, marah, terkejut, hairan dan sebagainya. Digunakan dalam ayat seruan dan ditandai dengan tanda seru (!) pada akhir ayat. Contoh kata seru Huraian Contoh penggunaan dalam ayat ah Menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu Ah, aku tetap akan pergi walaupun ada yang menghalangnya! aduh Menyatakan rasa sakit Aduh, sakitnya kakiku terpijak paku itu! aduhai Menyatakan perasaan sedih atau dukacita Aduhai, malang sungguh nasibku kali ini! amboi Menyatakan perasaan kagum, hairan atau untuk mengusik seseorang Amboi, cantiknya rumah baharu kamu! cis Menggambarkan perasaan marah, mengejek atau menyindir Cis, berani budak-budak nakal itu membuli kamu! hai Memulakan perbualan, menegur, mencuba atau menarik perhatian Hai, sudah lama kita tidak bertemu! nah Menarik perhatian dan pelbagai maksud lain Nah, ambillah majalah ini untuk bacaan kamu pada waktu lapang! oh Menyatakan perasaan terkejut, kecewa dan hairan Oh, anak kamu yang berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara! syabas Menyatakan perasaan gembira atau bangga terhadap sesuatu kejayaan Syabas, cikgu bangga dengan semangat dan kebolehan kamu! wah Menggambarkan perasaan kagum akan sesuatu yang dilihat atau didengar Wah, cantiknya pemandangan di kawasan pantai ini! wahai Untuk menggambarkan perasaan duka atau untuk mendapatkan perhatian Wahai anak muda sekalian, janganlah kamu terikut-ikut budaya orang barat! Kata seru Kata tanya Kata perintah Kata pembenar Kata pangkal ayat Kata praklausa Customise your own notes Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 6 Bahasa Melayu T1 Kata tanya Kata tanya berfungsi untuk menanyakan sesuatu. Konsepnya begini: o Jika kata tanya hadir di hadapan ayat, maka partikel -kah MESTI disertakan. o Jika kata tanya hadir di belakang ayat (akhir ayat), maka partikel -kah tidak diperlukan. Contoh: (a) Apakah faktor-faktor berlakunya kejadian tanah runtuh? (a) Faktor-faktor berlakunya kejadian tanah runtuh apa? Kata tanya Kegunaan Contoh penggunaan dalam ayat apa Untuk bertanya tentang benda, haiwan atau perkara Apakah nama kucing kamu? Kucing kamu nama apa? siapa Untuk bertanya tentang orang / manusia Siapakah wanita berbaju kebaya songket itu? Wanita berbaju kebaya songket itu siapa? berapa Untuk bertanya tentang bilangan atau harga Berapakah harga selonggok durian yang kamu jual? Harga selonggok durian yang kamu jual berapa? bila Untuk bertanya tentang masa Bilakah tarikh cuti Tahun Baharu Cina pada tahun ini? Tarikh cuti Tahun Baharu Cina pada tahun ini bila? mana Untuk bertanya tentang tempat Di manakah kamu tinggal? Kamu tinggal di mana? mengapa Untuk bertanya tentang sebab Mengapakah kamu bersedih? Kamu bersedih mengapa? bagaimana Untuk bertanya tentang keadaan atau cara Bagaimanakah keadaan ibu kamu selepas keluar hospital? Keadaan ibu kamu selepas keluar hospital bagaimana? Kata perintah Bertugas untuk mewujudkan tindakan berdasarkan arahan, perintah, silaan, larangan atau permintaan. Boleh disertai partikel -lah bagi menjadikan ayat perintah lebih lembut. Kata perintah Kegunaan Penggunaan dalam ayat Jangan / Usah Digunakan untuk tujuan melarang seseorang daripada melakukan sesuatu Janganlah melawan kata-kata ibu jika mahu berjaya dalam hidup. Usah dikenang peristiwa pahit itu. Jemput / Sila Digunakan untuk tujuan menjemput, mengajak atau meminta dengan hormat supaya melakukan sesuatu Jemput datang ke rumah saya pada hari Jumaat ini. Silalah kamu rasa kuih akok yang saya masak ini. Tolong Digunakan untuk tujuan meminta bantuan atau mengarah seseorang Tolong bayar yuran pendaftaran kelas tuisyen pada minggu hadapan. Harap Digunakan untuk tujuan meminta supaya terjadi sesuatu perkara Harap para hadirin dapat bersabar kerana pertandingan nyanyian lagu patriotik akan dimulakan sebentar lagi. Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 7 Bahasa Melayu T1 Kata pembenar Contoh kata pembenar Fungsi Penggunaan dalam ayat Ya Berfungsi untuk mengeyakan, membenarkan atau mengesahkan sesuatu pertanyaan yang diutarakan Ya, sayalah yang menanam sayur-sayuran di belakang rumah ibu. Benar Benar, kami akan berangkat ke Mekah pada hari esok. Betul Betul, kamu dan Irwan murid harapan sekolah ini. Kata pangkal ayat Hadir di hadapan sesuatu ayat dan dijadikan penanda kesinambungan atau perkaitan sesuatu fakta atau cerita. Kata pangkal ayat juga lazimnya digunakan dalam bahasa Melayu klasik. Kata pangkal ayat Maksud Penggunaan dalam ayat alkisah Ceritanya begini… Alkisah Si Miskin menyatakan hasrat untuk merantau ke negeri orang. hatta Maka… Hatta setelah kematian orang tuanya Si Abang mengerjakan tanah pusaka untuk kelangsungan hidup. syahadan Setelah itu… Syahadan sesudah menjadi kaya, Si Miskin malu hendak mengaku Si Abang yang cacat itu abang kandungnya. sebermula Pada mulanya… Sebermula Si Miskin tidak menghiraukan panggilan abang kandungnya. arakian Akhirnya… Arakian Si Miskin mula sedar akan kesilapannya itu tetapi segalanya sudah terlambat. kalakian Sejurus atau ketika itu… Kalakian berlakulah ribut petir dan ombak mengganas dengan tiba-tiba. \ Contoh ayat berdasarkan kata praklausa. 1 wah ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ 2 benar ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ 3 siapa ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 8 Bahasa Melayu T1 Bahagian : Sistem Bahasa 5.1.4 Kata Kerja Tak Transitif Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua subgolongan, iaitu: (a) Kata kerja tak transitif tak berpelengkap - Kata kerja tak transitif tak berpelengkap bermaksud kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek. - Contoh ayat: Pokok kelapa di belakang rumah Anita tumbang. - KKTT tak berpelengkap boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi sebagai maklumat tambahan. - Contoh ayat: Pokok kelapa di belakang rumah Anita tumbang ketika ribut pada petang semalam. - Berikut ialah contoh KKTT tak berpelengkap: pulang pergi berjalan bangun menangis berkibaran tumbang melancong tersenyum duduk menjerit terpegun (b) Kata kerja tak transitif berpelengkap - KKTT berpelengkap mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. - Pelengkap berbeza daripada objek atau penyambut. - Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan dan unsur pelengkap ini boleh terdiri daripada beberapa jenis, iaitu kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama. Contohnya seperti berikut: Kata adjektif Frasa sendi nama Kata nama Ibunya sudah beransur sihat. Lori balak itu membelok ke kiri. Adiknya menjadi doktor. Analisis: ‘tumbang’ ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek. ‘ketika ribut pada petang semalam’ dalam ayat ialah unsur keterangan yang berfungsi sebagai maklumat tambahan. KKTT KKTT pelengkap KKTT pelengkap KKTT pelengkap (a) Kata kerja tak transitif tak berpelengkap (b) Kata kerja tak transitif berpelengkap Kata kerja tak transitif (KKTT) Customise your own notes Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 9 Bahasa Melayu T1 Berikut merupakan contoh KKTT berpelengkap: beransur (sihat) tinggal (di bandar) menjadi (jurutera) berbuat (baik) membelok (ke kiri) ada (rumah) bertambah (akrab) balik (ke kampung) berbantalkan (lengan) Hukum dan peraturan menggunakan KKTT Jika selepas KKTT ada frasa nama (FN), maka mesti ada atau diikuti kata sendi nama. Contohnya: Aisya sekeluarga balik kampung. (×) Aisya sekeluarga balik ke kampung. (√) Penggunaan KKTT yang berapitan ber-…-kan, tidak memerlukan kata sendi. Contoh: Pemuda itu bertanyakan tentang arah ke bandar. (×) Pemuda itu bertanya tentang arah ke bandar. (√) Pemuda itu bertanyakan arah ke bandar. (√) KKTT yang memerlukan imbuhan awalan tidak boleh digunakan tanpa imbuhan awalan. Contohnya: Akmal dan rakan-rakannya sedang lari di padang sekolah. (×) Akmal dan rakan-rakannya sedang berlari di padang sekolah. (√) Contoh ayat menggunakan kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan berpelengkap. No. Kata kerja tak transitif tak berpelengkap Kata kerja tak transitif berpelengkap 1 Menangis _____________________________________ _____________________________________ beransur _____________________________________ _____________________________________ 2 Berkibaran _____________________________________ _____________________________________ tinggal _____________________________________ _____________________________________ 3 menjerit _____________________________________ _____________________________________ menjadi _____________________________________ _____________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 10 Bahasa Melayu T1 Bahagian : Sistem Bahasa 5.2.1 Kata Ganda Proses menggandakan kata dasar. Terdapat tiga jenis penggandaan dalam bahasa Melayu, iaitu: Contoh penggandaan penuh Perkataan Penggunaan dalam ayat Kata tunggal Meja-meja, kerusi-kerusi, bukubuku, budak-budak, rumahrumah, masjid-masjid Aisya mengemas buku-buku di atas meja itu. Kata berimbuhan: Awalan Pemimpin-pemimpin, ketuaketua, pelatih-pelatih, peladangpeladang Ketua-ketua kelas tingkatan lima perlu menghadiri taklimat di pusat sumber sekolah. Akhiran Jualan-jualan, amalan-amalan, ajaran-ajaran Pihak berkuasa harus menangani ajaran-ajaran sesat di negara ini dengan segera. Apitan Persatuan-persatuan, pertandingan-pertandingan, permainan-permainan, perlawanan-perlawanan, kementerian-kementerian Hafiz sering menyertai pertandingan-pertandingan nyanyian kerana amat berminat dalam bidang seni suara. Contoh penggandaan separa Perkataan Penggunaan dalam ayat Kata tunggal Lelaki, pepohon, gegelang, tetikus, jejari, sesiku, bebola Pertandingan itu terbuka kepada golongan lelaki sahaja. (a) Penggandaan penuh (b) Penggandaan separa (b) Penggandaan berentak Penggandaan berentak berdasarkan rentak bunyi tertentu. Penggandaan Penuh Proses menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Penggandaan Separa Proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja sama ada kata dasar tersebut kata tunggal atau kata terbitan. Customise your own notes Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 11 Bahasa Melayu T1 Kata berimbuhan: Awalan (kata kerja) ber- : berlari-lari, berkata-kata ter- : tersenyum-senyum, terngiang-ngiang di- : dirisik-risik, disoal-soal meN- : mencari-cari, bantumembantu Kita perlu bantumembantu dalam hidup bermasyarakat agar keharmonian berkekalan. Awalan (kata adjektif) Se- : sebaik-baik, setinggi- tinggi, sepandai-pandai, sebodoh-bodoh Aina mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan sahabatnya itu. Akhiran (kata nama) -an : kenang-kenangan, orang-orangan, buah-buahan Kami memetik buahbuahan yang sudah masak di kebun datuk. Akhiran (kata kerja) -kan : doa-doakan, tanya-tanyakan -i : amat-amati “Doa-doakan kejayaan saya dalam peperiksaan SPM nanti,” kata Nurul kepada ibunya. Akhiran (kata adjektif) -an : rindu-rinduan, mati-matian Pasukan kami akan bermain mati-matian untuk memenangi perlawanan itu. Apitan (kata kerja) ber-…-an : bersalam-salaman meN-…-kan : memburuk-burukkan meN-…-i : mengawas-awasi di-…-kan : dimanja-manjakan di-…-i : dimarah-marahi “Usah dimanjamanjakan sangat anak kamu itu, Nabila,” nasihat ibu. Apitan (kata adjektif) Ke-…-an : kebarat-baratan, kemerah-merahan Kulitnya kemerahmerahan akibat digigit kerengga. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ Alaf Sanjung Sdn Bhd
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V) 12 Bahasa Melayu T1 Jenis penggandaan berentak Contoh perkataan Penggunaan dalam ayat Penggandaan berentak pengulangan vokal (mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal) (a) Kata nama : kuih-muih, lauk-pauk, sayur-mayur (b) Kata kerja : cerai-berai, gotong-royong (c) Kata adjektif : hiruk-pikuk, hina-dina Mahfuzah berasa tenang ketika bercuti di Pulau Tioman kerana jauh daripada hiruk-pikuk di kota raya. Penggandaan berentak pengulangan konsonan (mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu) (a) Kata nama : batu-batan, gunung-ganang (b) Kata kerja : mundarmandir, huyung-hayang, bolak-balik (c) Kata adjektif : huru-hara, serbah-serbih Kawasan perbukitan yang dipenuhi batu-batan itu telah menyukarkan usaha mencari mangsa nahas pesawat. Penggandaan berentak bebas (tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan) (a) Kata nama : anak-pinak, saudara-mara, ipar-duai, sahabat-handai (b) Kata kerja : ulang-alik (c) Kata adjektif : remehtemeh, lintang-pukang Adila menjemput saudaramara dari kampung untuk meraikan majlis kesyukuran di rumah ibunya. Jenis kata ganda berdasarkan contoh. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ Bukit-bukau Bersiar-siar kekabu 1 Penggandaan Berentak Proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan berentak juga terbahagi kepada tiga jenis. Alaf 2 3 Sanjung Sdn Bhd