The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naten637, 2022-11-26 01:17:06

Pengaruh Budaya Barat

Pengaruh Budaya Barat

PENGARUH BUDAYA
LUAR

PRAKATA

Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan rasa syukur
kepada Tuhan kerana
berkat daripadanya kami
dapat menyempurnakan
tugasan efolio bagi kursus
Nilai Masyarakat Malaysia.
Selain itu, dalam usaha
menjayakan efolio ini, saya
ingin mengucapkan
setinggi-tinggi
penghargaan kepada Puan
Fayzatol Jamiyaah binti
Rahim selaku pensyarah
kursus ini. Beliau telah
meluangkan masa dalam
memberi tunjuk ajar dan
membimbing saya dengan
memberi nasihat dan
galakan kepada saya untuk
menyempurnakan kerja
kursus ini. Akhir kata,
dengan hati yang ikhlas
kami ingin menyatakan
terima kasih kepada ahli
kumpulan yang terlibat,
dan ibu bapa kerana telah
membantu kami secara
langsung atau tidak
langsung untuk
menjayakan tugasan efolio
ini.

PENDAHULUAN

Perkembangan pesat teknologi maklumat pada hari ini
telah mendedahkan remaja-remaja Malaysia kepada
budaya luar. ” Segalanya ada di hujung jari anda”
menunjukkan teknologi ini adalah satu medium yang

menyebabkan penyebaran budaya luar ini lebih pantas.
Remaja hari ini mudah terpengaruh dengan ideologi-
ideologi barat terutamanya dari segi pemikiran,
pemakaian, dan sebagainya, yang semakin
membelakangi budaya timur.


Generasi muda yang terdiri dari dua kata majmuk, kata
yang kedua adalah sifat atau keadaan kelompok

individu itu yang masih berusia muda diwarisi oleh cita-
cita dan dibebani hak dan kewajipan. Ianya juga

mengandungi erti populasi remaja, anak muda atau
pemuda yang sedang membentuk dirinya.Remaja pada
hari ini disaran memupuk nilai murni dan budaya bagi

memperkasakan jati diri daripada dikuasai pengaruh
negatif yang kian tersebar kini. Perkara seperti ini

penting bagi memastikan golongan belia berupaya
mempertahankan identiti serta budaya sendiri.



Ramai anak muda kini sudah mula melupakan adat
dan tradisi melayu dalam kehidupan seharian mereka.
Generasi muda adalah pewaris bangsa dan Negara, baik

buruknya bangsa bergantung kepada bagaimana
generasi mudanya. Apakah generasi muda memiliki
keperibadian yang kukuh, semangat nasionalisme dan
sifat yang kuat untuk membangunkan bangsa dan

negaranya. Apakah golongan belia memiliki dan
menguasai pengetahuan teknologi untuk bersaing

dengan bangsa lain.



Belia dalam konteks hari ini,menjadi ‘ejen transformasi’
yang akan memainkan peranan serta mempunyai fungsi

yang tertentu. Cabaran besar hari ini adalah untuk
meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan

integriti dalam diri generasi muda melalui aktiviti,
program serta diri masing-masing. Pembudayaan
integriti memerlukan komitmen dan tanggungjawab

besar dari segala lapisan masyarakat.

OBJEKTIF

1. MENGENALPASTI
APAKAH BUDAYA LUAR
YANG DIPENGARUHI
OLEH REMAJA-REMAJA
PADA MASA KINI.

2. MENGKAJI PUNCA-
PUNCA TERJADINYA
PERKARA YANG DAPAT
MEMPENGARUHI SIKAP
DAN MENTALITI
REMAJA.

3.MENGKAJI IMPAK YANG
BERLAKU SEKIRANYA
TIADA BATASAN DAN
HALANGAN DARIPADA
PELBAGAI PIHAK.

4. MENYELESAIKAN CARA-
CARA UMTUK
MEMBENDUNG
PENGARUH BUDAYA
LUAR DI MALAYSIA.

BARCELONA | 03

ISI KANDUNGAN

1   | 5 FAKTOR CABARAN
2  | 5 KESAN CABARAN
3     | 5 CARA MENGATASI CABARAN
4     | 5 CONTOH ISU
5  | KUIZ UJI MINDA

5 FAKTOR
CABARAN

5 FAKTOR CABARAN

1. Keruntuhan Institusi kekeluargaan.

Konflik dalam keluarga turut memainkan peranan
yang besar dalam mempengaruhi remaja untuk
menjauhi keluarga serta mencari teman rapat atau
pasangan di luar. Masalah dalam perkahwinan,
kewangan, pekerjaan, ibu bapa dan ahli keluarga
lain adalah antara isu yang dikenalpasti menjadi
konflik dalam keluarga. Kegagalan ibu bapa dan ahli
keluarga menangani masalah permasalahan yang
wujud menyebabkan remaja berniat untuk berada
di luar rumah dan melakukan aktiviti yang tidak
sepatutnya.

5 FAKTOR CABARAN

2. Kurangnya pengawasan ibu bapa
Sikap mengejar kemewahan serta pengelibatan
dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa
dan anak kurang jmeluangkan masa bersama
kerana tidak mempunyai masa atau kesempatan
untuk bercakap , berbincang, berdamping
dengan antara satu sama lain. Malah ada juga
yang jarang bersua muka. Keadaan ini
menyebabkan remaja membawa cara hidup
sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

5 FAKTOR CABARAN

3. Kurangnya dorongan agama dalam diri



Pegangan agama dan amalan kerohanian
yang lemah juga adalah faktor yang
mendorong remaja untuk terlibat dalam
pergaulan bebas. Kecenderungan untuk
bergaul dengan rakan-rakan tanpa sempadan
jantina.

5 FAKTOR CABARAN

4. Pengaruh media massa

Kemunculan media sosial yang terlalu meluas
menyebabkan remaja amat mudah terdedah
kepada pelbagai maklumat. Walaupun
pengetahuan kini berada di hujung jari
sahaja, namun tidak semuanya sesuai untuk
diketahui oleh remaja. Masalah keruntuhan
akhlak termasuklah pergaulan bebas adalah
berpunca daripada maklumat-maklumat
tanpa sempadan yang diperolehi oleh remaja.

5 FAKTOR CABARAN

5. Penyebaran budaya barat

Selain daripada itu juga aktiviti clubbing atau
kelab malam juga merupakan salah satu
daripada aktiviti yang dipengaruh budaya
barat.Istilah clubbing diertikan sebagai satu
dunia malam yang penuh dengan
kebebasan.Jadi, faktor yang mempengaruhi
aktiviti clubbing termasuklah kurang
pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak.
Pengaruh rakan sebaya ataupun dipaksa.

5 KESAN
CABARAN

5 KESAN CABARAN

1. Penggunaan bahasa yang kurang sopan

Penggunaan ayat- ayat dan perkataan yang
kurang sopan dan tidak berhemah ini semakin
berleluasa menjadi perbualan santai dalam
kalangan masyarakat khususnya di kalangan
remaja pada masa kini. Ia seakan diterima
pakai dalam masyarakat bila perkataan yang
kurang sopan itu menjadi biasa dalam
perbualan harian atau ketika.

5 KESAN CABARAN

2. Penggunaan pakaian yang menjolok
mata

Antara pengaruh budaya yang menjadi ikutan
remaja atau belia kini adalah budaya
pemakaian yang tidak mencerminkan
masyarakat ketimuran.Ini banyak dilihat pada
busana atau corak pakaian yang menjolok
mata bagi wanita atau lelaki.Kebanyakan gaya
fesyen kini lebih menonjol bentuk badan
pemakaian.

5 KESAN CABARAN

3. Keruntuhan akhlak golongan muda.

Keruntuhan akhlak golongan remaja sudah
sekian lama dibincangkan tapi masih belum
diselesaikan. Oleh itu, perkara ini dipandang
serius kerana apabila generasi muda sudah
rosak akhlaknya maka dikhuatiri negara
kerugian sumber manusia dan seterusnya
menganggu kestabilan negara. Tambahan pula,
terdapat pelbagai jenis hiburan pada zaman
sekarang menyebabkan remaja makin hilang
akhlaknya.

5 KESAN CABARAN

4. Kemusnahan keluarga

Di antara permasalahan keluarga yang timbul
seperti tiada lagi perasaan kasih sayang sesama
keluarga, hamil luar nikah, kesibukan ibu bapa
bekerja dan pelbagai lagi masalah
kekeluargaan. Lebih mengejutkan ada pula
yang tinggal serumah tanpa ada ikatan
perkahwinan.

5 KESAN CABARAN

5. Penerapan amalan budaya barat semakin
berleluasa

Dewasa ini kebudayaan barat sudah
mendominasi segala aspek. Peradaban barat kini
telah menguasai dunia. Banyak perubahan
peradaban yang dilihat pada remaja atau belia
kini. Kebudayaan barat merupakan petaka buruk
bagi masyarakat dan peradaban Timur.
Masyarakat timur yang menonjolkan peradaban
mulia,sedikit demi sedikit mengikuti kebudayaan
barat.

5 CARA
MENGATASI
MASALAH

BARCELONA | 03

5 CARA MENGATASI MASALAH

1. Berpegang teguh pada ajaran agama.

Ini supaya remaja tidak melakukan perkara yang
bertentangan dengan ajaran agama. Oleh sebab
itu, kita haruslah menghayati dan mempraktik
setiap ajaran yang diajar oleh agama kita supaya
kita tidak mudah goyah dengan pengaruh
budaya luar yang boleh merosakkan diri kita
sendiri.

i

5 CARA MENGATASI

2. Mendalami lebih banyak dalam
penghayatan ajaran agama.

Remaja perlulah mendalami lebih banyak
dalam penghayatan ajaran agama. Sebagai
contoh meluangkan sedikit masa untuk
beribadah pada waktu lapang. Bukan itu
sahaja, remaja boleh mengadakan aktiviti
beribadah di pusat institusi masing- masing
pada waktu lapang.

5 CARA MENGATASI

3. Sentiasa berwaspada dengan segala
tindakan

Remaja juga perlu sentiasa berwaspada
dengan segala tindakan yang dilakukan di
kehidupan seharian, ini kerana apabila remaja
bertindak sewenang- wenangnya kemungkinan
remaja akan tersilap langkah dan melakukan
hal yang tidak sepatutnya dilakukan.

5 CARA MENGATASI

4. Memikirkan dan menilai baik buruk
sesuatu tindakan sebelum bertindak.

Sebagai remaja kita haruslah berfikir dan
menilai baik buruk sesuatu tindakan sebelum
bertindak. Ini kerana setiap tindakan kita
akan mempengaruhi masa depan kita.

5 CARA MENGATASI

5. Penguatkuasaan yang lebih ketat
terhadap perkara yang kurang bermoral.

Penguatkuasa juga bertanggungjawab dalam
membantu mencegah pengaruh budaya luar
semakin berterusan. Mereka seharusnya
mengetatkan lagi peraturan berkaitan dengan
kesalahan budaya luar yang telah dilakukan
oleh remaja. Mereka juga boleh memberi
hukuman yang setimpal kepada individu yang
melakukan kesalahan yang berkaitan dengan
budaya luar.

CONTOH ISU





KESIMPULAN

BARCELONA | 03

Secara ringkasnya, dapat disimpulkan
bahawa pengaruh barat adalah segala
budaya yang datang dari barat (termasuk
negara Eropah) yang merosakkan. Ianya

bertentangan dengan nilai-nilai dan
norma budaya yang bertunjangkan
kepada agama masyarakat setempat.
Pengaruh ini bukan sahaja merosakkan
jati diri seseorang itu, malahan boleh
menyebabkan akidahnya menjadi goyah.

Misalnya, pengaruh seks bebas,
homoseksual, black metal, punk,
hedonisme, skin head, dan sebagainya.

LATIHAN PENGUKUHAN

SILA IMBAS QR KOD INI
UNTUK MENJAWAB KUIZ

RUJUKAN

Buku dan Internet :

http://saiyidah22.blogspot.com/2013/05
/pengaruh-budaya-asing-
dikalangan.html

https://anyflip.com/qlrjt/yidh/basic

PENGARUH BUDAYA LUAR
(nilaimasyarakatdat19.blogspot.com)

SINOPSIS

Ebook ini menceritakan tentang
pengaruh budaya luar yang telah
melalaikan golongan masyarakat di
negara kita terutamanya golongan
muda hingga melupakan asal usul
budaya negara sendiri kerana
dipengaruhi dengan budaya luar.


Click to View FlipBook Version