PANITIA PENDIDIKAN MUZIKSK LEREH 2026ALATAN MUZIK TRADISIONALBANGSA INDIA, CINA & MELAYUDHOLAKDholak ialah sejenis alat Gendang dua muka berbentuk tong yang dikategorikan sebagai alatMembranofon.DIPERBUAT:Permukaannya yang lebih kecil di sebelah kanan iaitu muka trebel ditutupi dengan kulitkambing yang ditala kepada pic yang lebih tinggi.Manakala di sebelah muka yang lebih besariaiatu muka bes dipasang dengan kulit yang mempunyai lapisan khas di bahagian dalam kulitmukanya.Lapisan khas ini iaitu yang diperbuat dari campuran tar,tanah liat dan pasir halusmenghasilkan pic yang rendah.Baluh alat ini diperbuat daripada kayu dan diikat dengan tali.FUNGSI:Dholak dimainkan untuk mengiringi muzik rakyat.
MANJIRAManjira dikategorikan sebagai alat Idiofon.DIPERBUAT:Ia diperbuat daripada logam gangsa.FUNGSI:Di dalam muzik klasik India,peranannya adalah untuk mengiringi nyanyian dan memainkanirama.Ia merupakan komponan yang penting di dalam muzik bhanjas dan muzik tarian.
SITARSitar adalah sejenis alat muzik dalam kategori Membranofon.Ia merupakan sejenis lute yangberleher panjang dengan tujuh tali logam diregangkan di atas sebuah jambatan yangpanjang.DIPERBUAT:Dasarnya diperbuat daripada sebiji kulit labu keras yang berfungsi sebagai kotak bunyi.Satuset tali-tali halus yang ditala kepada mod raga yang dimainkan bertindak sebagai penggetarbagi menambahkan bunyi gema alat tersebut.FUNGSI:Sitar memainkan peranan yang sangat penting di dalam Muzik Hindustan.
TABLATabla dan Baya dikategorikan dalam kumpulan Membranofon.DIPERBUAT:Tabla ialah Gendang trebel yang diletakkan di sebelah kanan pemain yang diperbuatdaripada beberapa lapisan kayu.Manakala Baya pula adalah gendang bes yang diletakkan dibahagian kiri pemain.Muka kedua-dua Gendang ini ditutupi dengan kulit kambing.FUNGSI:Tabla dan Baya bukan sahaja dimainkan di dalam Muzik Karnatik dan Hindustan diMalaysia,malah ia juga digunakan untuk mengiringi muzik muzik sinkretik seperti ghazal dandangdut.
TAMBURATambura dikategorikan sebagai alat Membranofon.DIPERBUAT:Badannya berbentuk separuh bulat yang diperbuat daripadakayu nangka dipanggil sebagai Kudam.Sebatang leher yang panjang yang dipanggil sebagaiDandi disambungkan kepada Kudam.FUNGSI:Tambura selalunya dimainkan di dalam persembahan.
SERULINGSeruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakansebagai “Zhudi”, disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannyamempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yangmasuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian. Alat ini berserta budayamuzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zamansebelum merdeka.
PIPAPipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat danbelakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali darikayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawahbadan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipadigunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo ataumengiringi nyanyian.
YANG QINYang Qin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulanyang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebutboleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempatpenting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.. Pada masapermulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasanGuangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China. Kemudiandiubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi alat muzik instrumenChina dan namanya diubah sebagai Yang Qin.
ERH HUErh Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestrauntuk mengiringi opera Cina. Erh Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main.Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik padatali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.
KOMPANGKompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu.Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuatdaripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagianbelakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang,bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik iniberasal dari duniaArab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketikazaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13oleh pedagang Arab.
REBANARebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagubudaya. Bagi masyarakatMelayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular,terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagimengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selaindaripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraianbagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana ubi.CANANGSejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat penandamasa(time marker) dalam enssembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan. Dalamkonteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisionalianya disertakan secaraberpasangan iaitu canang ‘ibu’ dan ‘anak’.Kini terapt 2 jenis canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada besi dan gangsa.
GEDOMBAKGedombak merupakan gendang dua muka tetapi hanya pada permukaan dasar sahaja yangdipengan dengan kulit. Dalammkonteks persembahan ianya disertakan secara berpasanganiaitu ibu dan anak yang dimainkan oleh du orang pemain seperti dalam persembahanwayang kulit dan menora di kelantan.GAMBUSSejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannyamembujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernyaialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik inidigunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian sertatarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.