The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 946-16-nurhaziqah, 2021-12-28 01:49:13

Flip Book Asmah Hj Omar

PENDETA
BAHASA ASMAH

HJ. OMAR

Dihasilkan oleh: Siti Nur
Haziqah Binti Hasim BM 5

BIODATA

PROF. EMERITUS DATO’ DR. HAJAH ASMAH HAJI OMAR

Dilahirkan pada 5 Mac 1940.
Dilahirkan di Jitra, Kedah.
Dilahirkan dalam keluarga yang
berpendidikan tinggi.
Mendapat pendidikan sekolah rendah
di Sekolah Melayu Jitra, Kedah dan
Kampong Baharu Girls School, Alor
Setar.
Mendapat pendidikan sekolah
menengah di Malay Girls College,
Kuala Lumpur dan Sultan Abdul Hamid
College, Alor Setar.
Institusi Pengajian Tinggi:
Sarjana Muda dalam Bahasa dan
Kesusasteraan Indonesia, Universitas
Indonesia, Jakarta, 1961.
Sarjana dalam Bahasa dan
Kesusasteraan Indonesia, Universiti
Indonesia, Jakarta, 1963.
Ph. D. dalam General Linguistics,
University of London, 1969 dan Doktor
Persuratan (D. Litt.) Linguistik Melayu,
Universiti Malaya, 1998.

PERANAN ASMAH HJ. OMAR DALAM
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

1.Menghasilkan banyak karya yang berkaitan
dengan bahasa dan linguistik. Hal ini
dikatakan demikian kerana beliau
merupakan seorang penulis yang prolifik
dan produktif. Buktinya, beliau
menerbitkan buku pertama beliau pada
tahun 1964 dan bermula dari situ, buku-
bukunya mengenai bahasa Melayu dan
linguistik hampir diterbitkan setiap tahun.

2.Selain daripada menghasilkan buku
mengenai bahasa dan linguistik, beliau
juga menghasilkan banyak artikel dan
jurnal bagi memartabatkan lagi bahasa
Melayu. Sebagai contoh, beliau
menghasilkan artikel mengenai bahasa
Melayu dan sebahagian besarnya berjaya
diterbitkan dalam Jurnal Dewan Bahasa.

PERANAN ASMAH HJ. OMAR DALAM
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

3. Melaksanakan pelbagai projek akademik dan kebahasaan.
Sebagai contoh, projek kajian penggunaan Bahasa Malaysia
di Jabatan-jabatan Kerajaan dan juga Badan-badan Berkanun.
Hasil daripada kajian tersebut, Asmah Hj. Omar berjaya
menghasilkan sebuah lagi buku yang bertajuk Penggunaan
bahasa Malaysia di Jabatan-jabatan Kerajaan. Selain itu,
beliau juga melakukan projek akademik lain bagi
memartabatkan lagi bahasa Melayu. Projek akademik tersebut
ialah projek analisis semantik bersama professor khas dalam
bidang linguistik yang dilakukan di University of Goteborg,
Sweden.
4. Asmah Hj. Omar juga melakukan kajian manuskrip lama dan
karya agung bangsa Melayu dalam usaha memartabatkan
bahasa Melayu. Kajian manuskrip lama dan karya agung
bangsa Melayu ini telah memberikan sumbangan besar dalam
pengajian Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana Asmah
telah mengkaji karya agung ‘Aqaid al-Nasafi dalam bukunya
yang berjudul Bahasa Melayu abad ke-16: Satu Analisis
Berdasarkan Teks Melayu ‘Aqaid al-Nasafi. Dalam kajian ini,
Asmah dapat mengemukakan tentang gambaran tulisan Jawi
dalam bahasa Melayu pada abad ke-16

PEMIKIRAN ASMAH HJ. OMAR DALAM
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

1. Pemikiran tentang susur galur sejarah bahasa Melayu.
Berdasarkan pemikiran Asmah Hj. Omar, bahasa Melayu
yang merupakan bahasa rumpun Austronesia terbahagi
kepada empat keluarga iaitu Nusantara, Polinesia,
Melanesia dan juga mikronesia. Beliau juga berpendapat
bahawa bahasa-bahasa dalam keluarga Nusantara
dikenali sebagai Austronesia Barat dan tiga keluarga lagi
dikenali sebagai Austronesia Timur. Asmah Hj. Omar juga
ada menyataakan pemikiran atau teori beliau tentang
pergerakan bahasa Austronesia dengan berpandukan
beberapa teori sarjana dunia.

2. Pemikiran tentang bahasa dan alam Melayu. Asmah Hj.
Omar meneroka alam pemikiran Melayu dengan
melakukan penelitian terhadap bahasa kanak-kanak dan
juga bahasa orang dewasa. Penelitian ini dibuat secara
sementara dan perbincangan ini berfokuskan kepada
pelbagai unit dan kegunaan bahasa.

3. Pemikiran tentang nahu dan tatabahasa. Beliau
menghuraikan pembentukan kata dan ayat menurut pola
dalam karyanya. Rumusnya, beliau mempunyai
pemikirannya tersendiri dalam mendefinisikan ayat dan
tatabahasa.

ANTARA HASIL KARYA
ASMAH HJ. OMAR:

Beliau telah menghasilkan puluhan buah buku
mengenai bahasa dan linguistik. Ratusan makalah
dan kertas kerja yang sebahagiannya diterbitkan
dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Antaranya
ialah:

Morfologi – Sintaksis Bahasa melayu Malaya)
dan Bahasa Indonesia: Satu Perbandingan Pola
(1968).
The Iban Language of Sarawak: A Grammatical
Description (1969).
Nahu Melayu Mutakhir (1980, 1982 & 1992).
Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu (1986 &
1988).
Bahasa Malaysia Saintifik (1987).
Malay in its Sociocultural Context (1988).
Setia dan Santun Bahasa (2002).

PN

SEKIAN TERIMA
KASIH

PN


Click to View FlipBook Version