CYBER CRIMEPENYALAHGUNAAN
EDUCATION
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM
KALANGAN BELIA
0101 100
0100 100
SSKKIILLLLSS
MOHD AIQAL BIN YUSRALINI BIN MUHAMMAD ADI SYAWAL BIN
KULILIN YUSUF MOHAMAD ZAPAR
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
IISSII KKAANNDDUUNNGGAANN
a) PRAKATA 1
b) PENGENALAN 2
c) ISU-ISU 3-5
PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT
d) FAKTOR PENYALAHGUNAAN 6-7
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM
KALANGAN BELIA
e) KESAN PENYALAHGUNAAN 8-
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM 12
KALANGAN BELIA
f) LANGKAH MENGATASI 13-
PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI 19
MAKLUMAT DALAM KALANGAN BELIA
g) KESIMPULAN 20
h) RUJUKAN 21
LATIHAN PENGUKUHAN
i)
22-
24
PPRRAAKKAATTAA
Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka kata dalam penghasilan E-
Buku "Penyalahgunaan Teknologi Maklumat Dalam Kalangan Belia". Kumpulan
kami berasa bersyukur kerana mendapat tugasan ini kerana banyak perkara
yang boleh saya pelajari seperti contoh-contoh penyalahgunaan teknologi
maklumat, Faktor mahupun kesan bagi penyalahggunaan teknologi maklumat
dalam kalangan belia dan sebagainya. Kami juga tahu bagaimana menganalisis
dan membuat E-buku berdasarkan maklumat yang dibaca melalui internet
dengan cara yang betul.
Kami ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pensyarah yang
banyak membantu kami iaitu Puan Dayangku Farah Azeila Binti Awg
Mohammat. Beliau banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kami
berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
1
PPEENNDDAAHHUULLUUAANN
Dalam era globalisasi ini, perhubungan atau
komunikasi amat penting dalam penggunaannya dalam
kehidupan seharian manusia. Kita sekarang banyak
menghandalkan teknologi dan aplikasi seperti facebook,
twitter, youtube, instagram dan sebagainya bagi
berhubung diantara manusia. Walaubagaimanapun
kerajaan amat menggesa golongan belia bagi menimba
ilmu teknologi maklumat yang amat diperlukan oleh
negara kita. Dengan penggunaan teknologi, ianya
memberi pelbagai manfaat kepada golongan belia dalam
pembelajaran, komunikasi, pekerjaan dan melahirkan
golongan yang celik IT dalam sesebuah negara kita.
Tetapi, dari sudut pandangan lain pula, kecanggihan
teknologi maklumat menimbulkan masalah sosial
berpunca daripada penyalahgunaan teknologi maklumat
dalam kalangan belia sendiri. Apakah faktor penyalah-
gunaan teknologi maklumat dalam kalangan belia?
Apakah kesan penyalahgunaan teknologi maklumat
dalam kalangan belia ? Apakah langkah bagi mengatasi
masalah tersebut?
2
IISSUU--IISSUU
PPEENNYYAALLAAHHGGUUNNAAAANN
TTEEKKNNOOLLOOGGII
MMAAKKLLUUMMAATT DDAALLAAMM
KKAALLAANNGGAANN BBEELLIIAA
a) MENONTON PORNOGRAFI:
Pornografi adalah bahan tulisan atau visual yang
merangsangkan keinginan seksual. Ianya dapat memberi
kesan negatif pada seseorang jika seseorang tersebut
ketagih menonton pornografi. Antaranya, ianya
menggalakkan seks luar nikah, menyumbang kepada
keganasan seks dan sebagainya.
3
b) MELAKUKAN ANCAMAN ATAU FITNAH:
Ancaman yang kian meningkat ialah buli siber,
dimana seseorang menggunakan telefon bimbit
atau peranti yang dapat menyebarkan teks atau
video digunakan untuk memalukan seseorang.
Selain itu, berlaku juga penyebaran maklumat
palsu di alam maya yang menyebabkan
berlakunya penipuan antara pengguna.
c) PEMBAZIRAN MASA:
Penggunaan teknologi maklumat menyebabkan
seseorang ketagihan menggunakannya untuk
menghiburkan diri sehingga berlebihan.Misalnya,
bermain permainan video, melihat rancangan
hiburan dan sebagainya.
4
d) MELAKUKAN KEGIATAN JENAYAH SIBER:
Jenayah siber merupakan jenayah alaf baharu
dimana dimana ianya terdiri daripada beberapa
ketegori umum. Antaranya ialah penipuan(scam),
kecurian maklumat, skim cepat kaya, pornografi,
judi siber.
5
FFAAKKTTOORR PPEENNYYAALLAAHHGGUUNNAAAANN
TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAAKKLLUUMMAATT DDAALLAAMM
KKAALLAANNGGAANN BBEELLIIAA
PENGARUH RAKAN SEBAYA:
Selain meluangkan masa dengan keluarga mereka turut banyak
meluangkan masa bersama rakan sebaya mereka setiap berada di luar
rumah dan di luar pemantauan ibu dan bapa. Pada saat itu para belia
cenderung untuk terpengaruh dengan sikap yang diamalkan oleh
rakan mereka tak kira baik mahupun buruk dan ini menyebabkan
mereka turut terpengaruh untuk bertindak semberono dalam
menggunakan teknologi. Pada umur tersebut para belia memilih rakan
tanpa melihat pada perilaku namun pada luaran sahaja. Orang bijak
pandai pernah berkata berteman dengan orang yang tidak baik maka
lama-lama kita turut akan terjerat dalam amalan yang tidak baik.
KURANG PENGAWASAN IBU DAN
BAPA:
Seperti yang diketahui umum ibu dan bapa me-
mainkan peranan yang amat penting dalam pem-
bentukan akhlak anak-anak. Namu begitu, terdapat
juga ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan dalam
mendapatkan nafkah sehingga lupa akan masa yang
perlu diluang kepada anak mereka dan hal ini menjurus
kepada kecuaian ibu bapa dalam memantau anak
mereka sehingga semuanya terlambat dan anak mereka
sudah terdedah kepada perilaku yang negatif terutama
dalam penggunaan internet dimana ibu bapa perlu lebih
peka dan perlu memantau aktiviti anak mereka di
internet. Tanpa pemantauan dan had masa anak-anak
cenderung untuk terus melayari ke seluruh dunia
internet sehingga mereka menyentuh hal-hal yang tidak
sepatutnya
6
KURANG PENDEDAHAN KEPADA AGAMA
Agama amat memainkan peranan yang kritikal dalam membentuk
sahsiah yang mantap dalam diri para belia pada masa sekarang.
Penerapan yang kerap dilakukan kepada anak-anak dapat memberi
pencerahan kepada mereka dimana mereka dapat membezakan yang
baik mahupun yang buruk di awal kehidupan mereka . Melalui agama
yang utuh mereka turut akan takut kepada tuhan yang sentiasa
melihat tingkah laku mereka. Ini akan membuatkan mereka
menjauhkan diri dari melakukan perkara yang mampu memudaratkan
diri mereka ataupun orang-orang di sekitar mereka. Tanpa
pendedahan kepada agama mereka akan lebih mudah melakukan
kesemua kejahilan tersebut lalu menjurus kepada kerosakan akhlak
dalam diri mereka.
7
KKEESSAANN PPEENNGGGGUUNNAAAANN TTEEKKNNOOLLOOGGII
MMAAKKLLUUMMAATT DDAALLAAMM KKAALLAANNGGAANN BBEELLIIAA
KESAN POSITIF
MELAHIRKAN INDIVIDU YANG
CELIK IT:
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, dengan
didikan dan pemantauan ahli keluarga pen-
dedahan teknologi maklumat kepada golongan
beli mampu menjana minda mereka untuk mula
mendekatkan diri dengan bidang-bidang peng-
komputeran dimana ianya mapu memberi impak
yang positif kepada diri, keluarga dan masya-
rakat. Golongan belia yang celik IT mampu di-
latih dan dapat membantu dalam memajukan
sistem pendidikan, ekonomi dan lain-lain di
dalam negara. MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN
TEKNOLOGI :
Para belia dapat berlatih dan menguasai pel -
bagai ilmu pengetahuan berlandaskan komputer.
Seiring dengan arus kemodenan ini kemahiran
dalam bidang teknologi maklumat amat diperlukan
dan dapat memberi untung yang lumayan. Dengan
ini jumlah peluang pekerjaan dapat ditingkatkan hal
ini akan menjurus kepada pengurangan jumlah belia
yang akan menganggur selesai sahaja tamat
pembelajaran. Masa depan mereka turut akan
dibaikpulih. Para belia turut akan membantu
menambahbaik sistem pertahan negara dalam
bidang siber dari serangan-serangan penggodam
dari luar negara .
8
MENJIMATKAN MASA:
Pada masa kini setiap individu menginginkan maklumat dalam kadar
yang segera dan di sini teknologi maklumat dapat membantu mereka
dalam mendapatkan maklumat dalam kadar yang segera lagi
berketepatan yang tinggi terutamanya para belia yang menginginkan
maklumat yang gramatis sebagai punca idea mereka dalam menjawab
pelbagai soalan kbat iaitu kemahiran berfikir aras tinggi dalam
peperiksaan mereka. Berbeza dengan kaedah yang lama di mana mereka
perlu mencari buku di perpustakaan ataupun membeli buku di pasaran,
aktiviti tersebut akan memakan masa dan tenaga berbanding teknologi
maklumat yang mampu diperoleh oleh mereka hanya dengan mengetik
telefon pintar ataupun apa-apa gajet mereka di mana sahaja mereka
berada.
9
KKEESSAANN PPEENNGGGGUUNNAAAANN TTEEKKNNOOLLOOGGII
MMAAKKLLUUMMAATT DDAALLAAMM KKAALLAANNGGAANN BBEELLIIAA
KESAN NEGATIF
MEMBERI KESAN TERHADAP
PEMIKIRAN INDIVIDU:
Keupayaan jaringan bebas memudahkan
golongan remaja menyelusup web-web
pornografi misalnya yang menyebabkan
senang untuk bahan-bahan negatif
tersebar luas. Hal ini akan membuatkan
individu tersebut ketagih dengan melayari
laman-laman tersebut. Tidak cukup
dengan gejala itu mereka juga cenderung
dalam menyebarkan hal tersebut kepada
rakan mereka. Masalah ini tidak terhenti
dengan laman haram itu sahaja namun
terdapat juga penyebaran ajaran sesat
yang mampu meracuni kehidupan mereka
sekiranya tidak dipantau dari awal
penggunaan internet mereka.
Permasalahan yang lain seperti isu-isu
perkauman yang meracuni pemikiran
mereka dari melihat ke arah kebenaran
mampu merosakkan keharmonian
kehidupan kemasyarakatan di tempat
tinggal mereka.
10
KKEESSAANN PPEENNGGGGUUNNAAAANN TTEEKKNNOOLLOOGGII
MMAAKKLLUUMMAATT DDAALLAAMM KKAALLAANNGGAANN BBEELLIIAA
MENJEJASKAN
PENCAPAIAN
AKADEMIK:
Seperti yang kita ketahui
teknologi maklumat mampu
membantu para belia dalam
meluaskan pengetahuan namun
tanpa panduan yang baik mereka
akan mula terleka dengan
kepelbagaian yang terdapat di
dalam teknologi maklumat
tersebut sehingga mereka terlupa
akan tanggungjawab mereka
sebagai pelajar. Mereka akan
meninggalkan pembelajaran
mereka dan akhirnya apabila
peperiksaan telah tiba mereka
gagal untuk menunjukkan prestasi
mereka yang baik akibat tidak
mempunyai masa untuk
mengulang kaji. Hal ini
disebabkankan oleh mereka
terleka bermain gajet yang
memberi akses kepada teknologi
maklumat.
11
MEWUJUDKAN GOLONGAN REMAJA/ BELIA YANG
ANTI SOSIAL
Penglibatan belia dalam berkomunikasi adalah amat penting dalam
melatih keyakinan diri walaupun di dalam alam maya. Walaupun begitu
sekiranya mereka hanya berkomunikasi di dalam alam maya sahaja, ianya
akan memberi impak negatif kepada mereka sekiranya mereka
menjejakkan diri ke alam nyata dimana mereka perlu berkomunikasi
secara berdepan dengan seseorang tersebut. Berlainan dengan komunikasi
yang mereka sering lakukan di alam maya dimana mereka tidak perlu
melihat rupa paras masing-masing dan hanya menaip di papan kekunci
masing-masing sahaja. Ini akan memberi impak yang tidak
memberangsangkan sekiranya berterusan sehingga mereka hendak
temuduga pekerjaan di masa hadapan kelak. Mereka akan kurang
keyakinan diri dalam percakapan lalu selalu ditolak dalam setiap
temuduga yang mereka hadiri.
12
LLAANNGGKKAAHH--LLAANNGGKKAAHH
MMEENNGGAATTAASSII PPEENNYYAALLAAHHGGUUNNAAAANN
TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAAKKLLUUMMAATT DDAALLAAMM
KKAALLAANNGGAANN BBEELLIIAA..
Hari ini, internet merupakan salah satu media yang
paling utama dan paling penting. Internet boleh
dikatakan menjadi sumber rujukan utama dalam
mengetahui tentang isu-isu semasa tempatan dan juga
luar negara. Internet juga merupakan media hiburan
utama bagi remaja- remaja dan juga golongan dewasa.
Namun begiitu, terdapat juga segelintir pihak yang
telah menyalahgunakan kemudahan internet ini. Ke-
mudahan internet telah disalahgunakan dengan
dijadikan media atau sumber untuk melawat ke
laman web pornografi ataupun mana mana laman web
yang tidak berfaedah.
13
1 ) PERANAN IBU BAPA
Sebagai langkah berjaga-jaga, disamping untuk mengelakkan
masalah ini kian berleluasa di kalangan remaja dan kanak-kanak
terutamanya , beberapa langkah mengatasi yang harus diambil oleh
ibu bapa. Antara langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa ialah
ibu bapa haruslah memantau aktiviti internet anak-anak mereka.
Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang
mereka daripada mengguna kan internet amatlah tidak
wajar.Namun,langkah-langkah pemantauan amatlah berkesan
dalam mengatasi masalah ini. Ibu bapa boleh memeriksa
penggunaan telefon pintar anak-anak bagi menggelakkan
mereka daripada melayari laman web yang tidak baik.
Selain itu, ibu bapa boleh memberi didikan agama kepada anak-
anak. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan memberikan didikan
agama kepada anak-anak dapat membentuk pemikiran dan akhlak
yang baik kepada anak-anak yang dapat menjadikan mereka
seorang insan yang berdisiplin dan tahu mana yang baik dan mana
yang tidak. Kesannya, melalui kaedah ini, anak-anak mungkin dapat
berfikir dengan matang dahulu sebelum melakukan sesuatu dalam
penggunaan yang melibatkan teknologi maklumat atau digital.
14
Akhir sekali, mengehadkan penggunaan internet juga merupakan salah satu
langkah yang boleh diambil oleh ibubapa untuk mengatasi
masalah ini. Penggunaan internet boleh dilakukan dengan
mengehadkan masa penggunaan ataupun mengehadkan jenis laman
web yang boleh dilawati. Had penggunaan internet wajar dilakukan
kepada kanak-kanak atau remaja bawah umur bagi mengelakkan
kerosakan moral anak-anak remaja kita.Di samping itu juga,
pengehadan penggunaan internet juga boleh membendung golongan
bawah umur daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah
seperti melayari laman web pornografi dan banyak lagi perkara negatif
yang lain.
15
2 ) Peranan Pihak Sekolah
Antara langkah yang boleh diambil pihak sekolah untuk mengatasi
masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kalangan belia
ialah, di sekolah perlu adanya pemantauan yang harus dilakukan oleh
guru-guru yang bertugas. Hal ini dikatakan demikian kerana
memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran sekarang banyak
menggunakan internet, para remaja akan lebih mudah terpengaruh
dengan sesuatuyang boleh mendorong mereka melakukan perkara
yang negatif. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di
dalam minda remaja- remaja bagi mengelakkan masalah ini daripada
bertambah teruk pada masa akan datang.
Selain itu,pihak sekolah juga boleh menjemput peceramah dari luar
untuk mengadakan ceramah motivasi di sekolah yang berkaitan
dengan penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kalangan remaja
terutamanya para pelajar sekolah.Hal ini dikatakan demikian kerana
melalui ceramah ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu para
pelajar untuk mendapat ilmu baru berkaitan bahaya penyalahgunaan
teknologi.Kesannya kepada para pelajar ialah mereka akan mendapat
lebih banyak maklumat yang lebih mendalam berkaitan
penyalahgunaan teknologi yang boleh mengelakkan mereka daripada
terjebak dalam kes penyalahgunaan internet dalam kalangan
pelajar.Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa melalui cara ini dapat
mengurangkan kes penyalahgunaan teknologi maklumat dalam
kalangan remaja terutamanya para pelajar kerana mereka akan
mengetahui tentang bahaya penyalahgunaan teknologi
maklumat pada zaman sekarang.
16
Pihak sekolah juga boleh menyekat laman web yang boleh dilayari di
laptop atau komputer sekolah.Hal ini dikatakan
demikankerana dengan menyekat laman web yang boleh dilayari di
komputer dan laptop sekolah dapat mengelakkan murid-murid
daripada menyalahkan penggunaan laptop dan komputer
sekolah.sebagai contoh ketika cikgu tiada bersama pelajar ketika
menggunakan komputer dan laptop sekolah,pelajar itu mungkin
akan mencuba melayari laman web yang tidak dibenarkan seperti
laman web yang berunsur lucah seperti pornografi.Dengan cara
ini,para guru tidak perlu bimbang lagi untuk tidak memantau
pelajar ketika menggunakan komputer dan laptop sekolah kerana
laptop dan komputer sekolah sudah disekat daripada laman web yang
negatif,permainan video dan sebagainya.Sebagai rumusan,
dengan menyekat laman web yang boleh dilawati di komputer
dan laptop sekolah merupakan salah satu cara yang berkesan
bagi menggelakkan berlakunya kes penyalahgunaan teknologi
maklumat dalam kalangan pelajar sekolah.
17
3 ) Peranan Pihak Kerajaan
Antara langkah yang boleh diambil pihak kerajaan untuk
mengatasi masalah penyalahgunaan teknologi maklumat
dalam kalangan belia ialah dengan menggunakan perisian
yang dapat menyekat akses ke laman web yang tidak
bermoral. Perisian ini sewajarnya telah diketahui umum
kerana ianya merupakan salah satu jalan yang paling baik
dalam mengelakkan masalah penyalahgunaan internet.
Perisian ini wajar digunakan di institusi-institusi pengajian
tinggi dan pejabat-pejabat besar. Perisian ini mampu
menghalang akses ke laman web yang tidak bermoral ini.
Selain itu ialah pihak berkuasa boleh menguatkuasakan undang-
undang berkaitan penyalahgunaan internet dengan mengenakan
hukuman berat kepada masyarakat terutamanya remaja yang
melakukan penyalahgunaan teknologi maklumat. Hal ini
dikatakan demikian kerana dengan menguatkuasakan undang-
undang, ramai masyarakat terutamanya remaja akan takut untuk
melakukan penyalahgunaan kepada teknologi maklumat.
Melalui cara ini akan dapat mengurangkan kes
penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kalangan remaja
serta pelajar. Bukan itu sahaja, melalui cara ini juga boleh
memupuk nilai berdisiplin dalam diri kalangan masyarakat
terutamanya para remaja pada masa kini yang sangat
mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif dan tidak
berfaedah yang boleh didapati di internet.
18
Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran berkaitan
dengan penyalahgunaan teknologi maklumat.Hal ini dikatakan
demikian kerana dengan mengadakan kempen sedikit sebanyak
memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya tidak terlibat
dengan kes-kes berkaitan penyalahgunaan internet ini.Bukan itu
sahaja.masyarakat juga boleh mendapat lebih banyak
pengetahuan yang mungkin berguna kepada mereka supaya tidak
mudah terjebak dalam situasi ini.
Sebagai kesimpulan, masalah penyalahgunaan teknologi
maklumat ini wajar dibendung kerana ia akan merosakkan akhlak
serta moral remaja kita. Justeru, langkah-langkah pencegahan
seperti yang disebutkan di atas amatlah wajar dilaksanakan
kerana banyak manfaat yang dapat kita peroleh dari melakukan
perkara di atas yang boleh mengelakkan anak-anak remaja kita
daripada terjerumus dengan perkara perkara negatif yang tidak
diingini berlaku kepada mereka
19
KKEESSIIMMPPUULLAANN
Kesimpulannya, teknologi boleh membawa kesan
positif dan negatif terhadap kalangan belia.
Kewujudan kedua-dua kesan tersebut adalah
bergantung kepada tujuan dan cara bagaimana
pengguna mengaplikasi teknologi sama ada dengan
cara yang betul atau salah dan sesuai atau tidak
sesuai. Internet sendiri tidak boleh membezakan
mana yang benar atau salah. Dengan ini, belia perlu
betul-betul mempunyai akal dan berfikiran waras
untuk menilai apa yang boleh dilakukan dan apa
yang tidak boleh dilakukan melalui teknologi.
20
RRUUJJUUKKAANN
a) http://thebobodoll.blogspot.com/2010/07/1-
penyalahgunaan-teknologi-internet-di.html
b) http://firafaizila.blogspot.com/2010/06/kajian-tentang-
penyalahgunaan-teknologi.html
c) http://lokkong.blogspot.com/2017/09/langkah-
mengatasi-penyalahgunaan.html
d) http://bravogroup214.blogspot.com/2012/12/kecenderungan-remaja-
membunuh-diri_3.html
21
LLAATTIIHHAANN
PPEENNGGUUKKUUHHAANN
1) Salah satu contoh penyalahgunaan teknologi maklumat
dalam golongan muda ialah pembaziran masa. Terangkan
dan berikan satu contoh yang lain bagi penyalahgunaan
teknologi maklumat dalam kalangan belia?
2) Berikan 5 ketegori jenayah siber?
3) Pada pendapat anda, apakah punca berlakunya
penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kalangan
belia?
22
4) Pelbagai langkah yang perlu diambil bagi mengatasi
penyalahgunaan teknologi maklumat bagi golongan belia.
Huraikan.
5) Apakah kesan kepada pelajar jika menyalahgunakan
teknologi digital ?
a. menjejaskan pencapaian akedemik
b. menyihatkan fizikal dan mental
c. Mengurangkan kadar gula dalam badan
d. Mendapat keputusan cemerlang dalam
pelajaran .
6) Apakah langkah pihak kerajaan bagi mengatasi masalah
penyalahgunaan teknologi maklumat dalam golongan belia?
a. mengenakan hukuman berat dengan
menguatkuasakan undang undang.
b. meringankan hukuman berat ke atas remaja
c. memberi kuota internet percuma kepada setiap
pelajar.
d. memberi kemudahan percuma.
23
7) Apakah peranan ibubapa untuk mencegah anak remaja
mereka daripada menyalahgunaan teknologi maklumat?
a. menjual telefon pintar mereka.
b. merosakkan telefon pinter anak mereka
c.membiarkan anak mereka bermain telefon pintar tanpa
had.
d. Mengehadkan penggunaan internet.
8) Apakah ketegori jenayah siber yang melibatkan penipuan
wang?
a. penipuan(scam)
b. judi siber
c. kecurian maklumat
d.pornografi
24
IT merupakan singkatan kepada Information
Technology (Teknologi Maklumat) yang
merupakan sebarang kaedah untuk menyebarkan
Yusralini Bin Yusuf pelbagai maklumat dengan menggunakan
20DDT21F2031 teknologi. Akan Tetapi ,di sisi lain pula,
penggunaan teknologi disalahgunakan oleh
sesetengah golongan muda yang dapat memberi
imej negatif kepada masyarakat.
E-Buku ini akan menjelaskan lebih terperinci
mengenai "Penyalahgunaan Teknologi Maklumat
Mohd Aiqal Bin Kulilin Dalam Golongan Belia" yang dapat membuka
20DDT21F2034 mata masyarakat mengenai Teknologi Maklumat
Muhammad Adi
Syawal Bin Mohamad
Zapar
20DDT21F2025
Sabah dan sarawak: RM45.50
Semenanjung Malaysia:RM 50.00