The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-42217106, 2022-10-07 00:01:19

Haiwan Mitos Masyarakat Cina - NAGA

Haiwan Mitos Masyarakat Cina - NAGA

Haiwan Mitos
Masyarakat

Cina
- NAGA

Long (naga) merupakan haiwan imaginasi

yang dibayangkan oleh masyarakat Cina. Bagi
semua peristiwa Cina, diwajibkan bagi mereka

meletakkan gambar long member makna

simbolik seperti tuah, kekayaan, kegembiraan
dan sesuatu yang amat baik dan suci.

Atas kesucian naga,
masyarakat Cina menghormati
naga seperti dewa-dewi
sehingga mereka menamakan
nama anak dan keturunan
mereka dengan menggunakan
long.

Tahukah anda?

Haiwan ini merupakan
percantuman beberapa
anggota badan haiwan
tertentu sehingga menjadi
seekor naga. Kalau ikut
kepercayaan masyarakat Cina,
naga hanya boleh didapati di
syurga dan hanya boleh
digunakan oleh dewa-dewi
atau Tuhan sahaja.

Tahukah anda?

Naga juga dianggap sebagai
pembantu khas dewa-dewi
atau Tuhan. Kalau anda nak
tahu, biasanya warna yang
digunakan untuk melukis dan
mengukir patung naga
adalah merah dan kuning
sebab kedua-kedua warna
tersebut adalah warna tuah
bagi masyarakat Cina.

Tahukah anda?

Tanduk seperti tanduk rusa
jantan; kepala seperti kepala
haiwan acamel; mata seperti
mata syaitan; leher seperti ular;
perut seperti kepah; sisik seperti
ikan kaloi; cakar seperti burung
helang; tapak kaki seperti
harimau; telinga seperti lembu.
Terdapat sesuatu benda yang
berupakan benjolan besar di atas
kepalanya, ia dipanggil sebagai
chi mu yang berfungsi untuk
membolehkan naga naik ke
langit.

Tahukah anda?

Pada masa dulu, masyarakat Cina
menggunakan naga untuk
melambangkan kekuasaan dan
kesucian maharaja Cina. Kalau terlihat
simbol naga, ia bermakna maharaja.
Disebabkan kesucian naga, maharaja
Cina mengharamkan sebarang
penggunaan naga dalam semua tujuan
bentuk ukiran, pemakaian, gambar dan
sebagainya pada rakyat biasa. Ini
bermakna hanya maharaja saja yang
layak menggunakan simbol naga.


Click to View FlipBook Version