PSV10623 Hafiz Syahmi Bin Hamidi
PORTFOLIO PENGENALAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
psvk 3263
PSV10623 Hafiz Syahmi Bin Hamidi
Nama - HAFIZ SYAHMI BIN HAMIDI
Kumpulan/Unit - PSV 11G
Angka giliran - 2021252340505
Kod dan Nama kursus - PSVK 3263 (Pengenalan
Pendidikan Seni Visual)
Pensyarah - ANANTHAN A/L NAGU
IC - 030909-12-0715
Penghantaran tugas - 20 SEPTEMBER 2022
tERAPI SENI
TERAPI SENI
PENEROKAAN TERAPI SENI
ISI KANDUNGAN
TERAPI SENI
pENGENALAN KONSEP KEPERLUAN
PERKEMBANGAN TEMA KAEDAH
TERAPI SENI
TERAPI SENI KONSEP
PENGENALAN KONSEP - Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan
pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang
Definisi - Profesion perkhidmatan ilmu Pendidikan Seni Visual. Seni visual pula sebagai instrumen yang
kemanusian yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan
mempergunakan media seni, imej, tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses
proses kreativiti seni dan tindak pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian. Terapi seni
balas klien/pesakit untuk sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Juga
menghasilkan produk sebagai merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan
mencerminkan perkembangan emosi pesakit. Ini berdasarkan kepercayaan proses kreatif
individu, kebolehan, personaliti, membabitkan luahan artistik individu membantu mereka
minat, kerisauan dan menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran
pertelingkahan. dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan,
meningkatkan jati diri). Luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran,
lukisan atau binaan (sculptures) membantu minda mereka memberi
tumpuan pada hasil seni. Proses teraputik ini perlahan-lahan
membantu mereka mengawal kecelaruan dalam minda. Melalui
luahan artistik dan prosedur diagnostik lain pula, doktor berupaya
membuat penilaian rawatan yang lebih tepat pada pesakit.
KEPERLUAN terapi seni
KEPERLUAN TERAPI SENI - Terapi seni merupakan salah satu terapi di mana pesakit atau kanak-
kanak yang bermasalah pembelajaran dapat melahirkan isi hati mereka sendiri melalui idea serta
gubahan yang mereka buat dalam aktiviti seni visual. Salah satu keperluan dalam terapi seni
adalah untuk menyelesaikan konflik emosi yang di alami oleh kanak-kanak pendidikan khas. Selain
itu, meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri dalam diri setiap murid pendidikan khas juga
merupakan keperluan terapi seni dalam diri mereka. Tidak terkecuali, keperluan terapi ini juga turut
membina kesedaran sosial dan mengubah tingkah laku sama ada secara langsung atau pun
tidak. Ada di antara mereka yang dapat di ubah tingkah laku dalam jangka masa yang pendek
dan ada juga yang terpaksa mengambil masa yang panjang bagi mengubah tingkah laku murid
pendidikan khas ini. Ke semua permasalah bergantung kepada tahap penyakit yang mereka
hadapi serta tahap keintelektual pemikiran mereka. Akhir sekali, keperluan terapi seni ini juga turut
membina strategi penyelesaian masalah yang dapat difikirkan oleh guru bagi meningkatkan
tahap penguasaan pembelajaran dalam diri murid pendidikan khas dan tidak lupa juga murid
bermasalah ini juga dapat meningkatkan kemahiran penguasaan hidu dalam deria mereka.
PERKEMBANGAN terapi seni
SEJARAH - Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai instrumen pemantapan emosi dan
sahsiah, tetapi, negara negara barat seperti Kanada, Amerika Syarikat, Great Britain dan lain lain lagi
telah mengiktiraf dan kini menjadi suatu bidang yang dipelajari di sekolah, kolej dan universiti universiti.
Permintaannya tinggi dan diiktiraf menjadi karier kategori profesional.
Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris dan psikoanalis di hospital
di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan dan catan sebagai proses terapi. Ini
menjadikan lukisan dan catan suatu sumbangan yang amat berharga kepada proses terapi. Di antara
1940an dan 60an, Ramai pelukis dan guru lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan
klinik yang kemudiannya dilantik sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan. Mereka ini
mempunyai kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam perubatan, sehingga itu, kepakaran mereka
diiktiraf dan diserapkan ke jawatan tetap. Sehinggalah June 1980 di hospital hospital dan pada 1990,
National Joint Service for Social services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat perkhidmatan Terapi
seni. Maka semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari ini.
terapi seni
Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya ‘Teori Perkembangan Kanak-kanak’
menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura
ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang tersirat. Gambaran sebenarnya
memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi
penekanan sebegitu rupa. Victor Lowen Seld mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi
pengertian yang tersurat dan tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi
mengakui kepentingan terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar pelajar.
Selain daripada itu, terapi seni juga wujud sejak dari zaman dahulu kala dan usianya adalah sejak
kurun kemunculan manusia dari zaman dahulu kala, dimana zaman pra-sejarah dengan imej
haiwan di gua-gua, simbol yang estetik menghiasi keranda masyarakat Mesir serta lukisan-
lukisan eksotik yang wujud pada zaman roman dan corak-corak dekorasi yang diguna pakai pada
baju-baju besi pahlawan Gladiator sebagai perlindungan juga dikira sebagai terapi seni.
terapi seni kreativiti berhemah negara selamat
TEMA
Bagi tema untuk
kaedah penghasilan
Terapi Seni adalah
Kreativiti Berhemah
Negara Selamat
TERAPI SENI
KAEDAH
KAEDAH - Kaedah pelaksanaan terapi ini boleh dilakukan di dalam kelas sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran bermula. Guru juga boleh menerapkan unsur seni visual
dalam pengajaran mereka supaya pengajaran pada hari itu lebih menarik dan
menyeronokkan. Unsur terapi seni ini boleh di masukkan dalam langkah pengajaran
mereka sama ada dalam langkah dua atau tiga. Ia juga boleh di jadikan salah satu
aktiviti yang boleh menarik minat pelajar untuk terus mengikuti P&P guru tersebut. Antara
aktviti seni yang boleh dilakukan adalah seperti seni lukisan, catan, kolaj, montaj.
terapi seni
LUKISAN
LUKISAN - Ia adalah seni yang
menggambarkan objek atau pelan dengan
garisan di atas permukaan rata dengan
menggunakan media kering atau
menggunakan warna paling sedikit seperti
pensil warna dan krayon. Unsur garisan
amat ditekankan di mana ia adalah kerja
asas untuk menghasilkan catan, cetakan
atau mural. Ia juga adalah terhasil secara
spontan mengikut gerak hati atau perasaan
pelukis itu.
terapi seni
KOLAJ
KOLAJ - Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong,
mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-
bahan di atas permukaan rata atau 2D. Bahan-bahan yang
digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-
bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan
fabrik.
Terapi seni
CATAN
CATAN - Catan adalah hasil seni
bahantara pigmen warna di atas
permukaan rata. Ia terhasil melalui sapuan
warna ke atas permukaan rata dengan
menggunakan berus atau alatan lain. Ia
memberi ruang kepada pelukis meluahkan
perasaan, membuat interpretasi
pandangan atau merakamkan gambaran
pemikiran atau rekaan tertentu sama ada
yang nyata atau abstrak.
terapi seni
MONTAJ
MONTAJ - Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan
potongan gambar dari pelbagai sumber atau sumber yang sama
untuk menimbulkan mesej pengajarana, alam sekitar dan lain-lain.
Aktiviti montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal
dan mencantum. Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan
gambar (mozek) boleh digabungkan dan digunakan dalam aktiviti
montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej
baru.Teknik super impose, image editing photography digunakan
dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.
Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada
tema landskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna
harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk
menarik perhatian pemerhati.
terapi seni
SUMBER RUJUKAN
Sue., (2013, April 23). "http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/04/terapi-seni.html"
Razis. M., (2020, November 4). "https://www.hmetro.com.my/WM/2020/11/637828/terapi-seni-penawar-tekanan"
Noor. A., (2012, Januari 14). "http://specialneeds2014.blogspot.com/p/terapi-seni.html"
project 01 "http://aesnote.blogspot.com/2012/12/terapi-seni.html"
Kamarul., ( 2014, Oktober 4). "http://nyampendidikankhas.blogspot.com/p/terapi-seni-visual.html"