The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PPISMP AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2 BMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA (PB3: PENGHASILAN PRODUK)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 753-9-celine, 2022-05-08 10:56:02

CELINE OOI YI HUI

PPISMP AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2 BMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA (PB3: PENGHASILAN PRODUK)

PPISMP AMBILAN JUN 2021 SEM 2

Keterampilan
Berbahasa
BMMB1134

TUGASAN 3:
PENGHASILAN PRODUK
Disediakan oleh: Celine Ooi Yi Hui

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pengenalan
3
Halangan Komunikasi dalam Keterampilan Berbahasa
4
2. 2.1) Gangguan Luaran 5
2.2) Penyampaian Menerusi Saluran Kedua 6-7
8-9
2.3) Gangguan Emosi
10
Isu Keterampilan Berbahasa 11
12-13
3. 3.1) Isu Bahasa 14-16
3.2) Isu Budaya
17
3.3) Isu Media Sosial

4. Penutup

1. PENGENALAN

Keterampilan berbahasa merupakan kemampuan dan kecekapan
seseorang individu menggunakan bahasa yang meliputi kemahiran

mendengar (menyimak), membaca, berbicara dan menulis.
Keterampilan berbahasa telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

lisan dan bukan lisan. Bagi pengetahuan umum, keterampilan
berbahasa amat penting untuk dikuasai oleh setiap individu kerana

masyarakat akan saling berhubungan dengan melakukan proses
komunikasi. Dengan adanya kemahiran keterampilan berbahasa,
proses komunikasi akan berjalan dengan lancar kerana fikiran kita
dapat disampaikan, perasaan kita dapat dieksprestasikan dan fakta

dapat disampaikan kepada pihak pendengar.

2. HALANGAN KOMUNIKASI DALAM
KETERAMPILAN BERBAHASA

HALANGAN KOMUNIKASI

2.1 2.2 2.3
Gangguan Penyampaian Gangguan
Luaran Menerusi Saluran
Emosi
Kedua

Gangguan Luaran

1 CONTOH GANGGUAN LUARAN

Halangan ini berlaku kerana pendengar sukar Faktor Persekitaran: Bunyi bising semasa memotong
menerima maklumat yang disampaikan oleh penutur rumput menyebabkan proses komunikasi terjejas.
lalu menyebabkan proses komunikasi berlaku dengan
tidak lancar. Sekiranya pendengar membuat andaian

sendiri mengenai mesej yang disampaikan, salah
faham mungkin akan tinbul kerana penerima telah

salah mentafsir maklumat yang diberi.

2 Penyampaian Menerusi

Saluran Kedua

Situasi ini berlaku apabila penutur ingin menyampaikan maklumat kepada penerima tetapi
terpaksa disampaikan kepada pihak pengirim terlebih dahulu. Pada masa itu, kemungkinan
maklumat yang disampaikan telah ditambah mesej yang berbeza kepada penerima. Jadi,
salah faham akan timbul dan komunikasi berjalan dengan tidak berkesan pada ketika itu.

Ali, saya tidak akan pergi Baiklah, May. Saya HARI Selamat pagi cikgu. Saya ingin Baik, terima
ke sekolah selama dua hari. akan maklumkan KEDUA maklumkan kepada cikgu bahawa kasih Ali.
kepada Cikgu Siti.
Tolong saya maklumkan May tidak akan datang ke
kepada Cikgu Siti. sekolah selama tiga hari.

Simulasi Penyampaian Menerusi
Saluran Kedua

Melalui perbualan yang dilakukan oleh May dan Ali, kita akan
mendapati bahawa faktor murid turut membawa kesan

terhadap proses komunikasi yang dilakukan. Ini kerana Ali
yang memainkan peranan sebagai pengirim telah salah

menyampaikan maklumat kepada pihak penerima. Situasi ini
berlaku kerana pengirim berkemungkinan kurang fasih

terhadap ayat yang digunakan dan maksud yang disampaikan
disebabkan pendedahan terhadap proses komunikasi dan
penerimaan didikan yang tidak mencukupi.

3 GANGGUAN EMOSI

Gangguan emosi turut menjadi halangan dalam proses komunikasi. Ini kerana
pendengar akan menerima dan meneliti mesej yang diterima berdasarkan

perasaan, kehendak dan keperluannya pada masa itu. Sekiranya penerima beremosi
apabila menerima maklumat yang disampaikan, maka individu tersebut tidak

dapat memberi tindak balas kepada penutur dengan berkesan dan rasional. Jadi,
emosi pada seseorang yang dibawa ke dalam proses komunikasi akan menjadi
salah satu halangan terhadap proses tersebut.

SEBAB

Situasi ini berlaku disebabkan individu dipengaruhi oleh sesebuah keluarga
terutamanya ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa sering
berkomunikasi dengan cara yang kurang tepat antara satu sama lain. Sebagai
tamsilnya, ibu bapa menggunakan nada suara yang kuat dan terlalu beremosi
semasa berkomunikasi. Situasi ini menyebabkan anak turut terpengaruh lalu emosi
menjadi tidak stabil. Maka, cara pertuturan mereka akan menjadi lebih emosional.

Individu tersebut akan menjadi kurang keyakinan
ataupun sikapnya menjadi panas baran dan tidak
mudah untuk berkomunikasi dengan orang lain.

3.1 Isu Budaya 3.2 Isu Bahasa

Ejaan Jawi 3. Isu Keterampilan Ejaan Rumi
Berbahasa

3.3 Isu Media Sosial

1. Isu Budaya
(Ejaan Jawi)

TULISAN JAWI IDENTITI MALAYSIA

Ejaan Jawi berkait rapat dengan https://youtu.be/qGd8MW8xNkI
budaya agama Islam. Oleh itu,
ejaan Jawi amat sukar diterima

oleh bangsa-bangsa lain. Dengan
itu, timbulnya isu budaya

daripada aspek ejaan Jawi. Oleh
itu, pembelajaran ejaan Jawi
telah diseru untuk
diperkenalkan sebagai mata
pelajaran pilihan para pelajar.

2. ISU BAHASA: EJAAN RUMI

Penggunaan bahasa penting dalam proses
komunikasi seharian bagi menonjolkan

keterampilan berbahasa seseorang. Penggunaan
bahasa yang silap akan menyinggung perasaan
orang lain tanpa sengaja. Dengan itu, ejaan rumi
harus dikuasai oleh setiap individu dengan baik
bagi mewujudkan proses komunikasi yang baik.

SIMULASI PENGGUNAAN KATA KESAT
YANG MENJADI ISU DALAM

KETERAMPILAN BERBAHASA

Kau pandai, kau Takkanlah benda senang
buat bagi habis pun kau tidak dapat
siapkan? Bodoh!
sajalah!

3. ISU MEDIA SOSIAL

Media sosial memberi manfaat kepada masyarakat
untuk saling berkomunikasi dan berinteraksi antara
satu sama lain. Walaupun begitu, media sosial telah

membawa kesan kepada proses komunikasi dalam
aspek keterampilan berbahasa masyarakat.

Penggunaan bahasa rojak Penggunaan bahasa singkatan

MCEODNIATOSHOSISIAUL
DALAM

KEBTEERRBAAMHPAISLAAN

SIMULASI SITUASI PERBUALAN TENTANG

PENGARUH MEDIA SOSIAL YANG MENJADI

ISU KETERAMPILAN BERBAHASA

Hi, Ahmad. Hi, Abu. Kami akan
Bilakah korang bertolak ke Kuala
akan pergi ke
Kuala Lumpur? Lumpur besok
malam.

4. PENUTUP

Bagi menyampaikan komunikasi berkesan, penguasaan
keterampilan berbahasa misalnya penggunaan bahasa
yang tepat perlu dikuasai oleh masyarakat. Bukan itu
sahaja, masyarakat perlu bijak mengatasi halangan yang
dihadapi di samping mengelakkan diri menggunakan
bahasa yang kurang sopan kerana tindakan tersebut akan
menyebabkan proses komunikasi terjejas. Jadi, setiap pihak
perlu bekerjasama membendung masalah yang dihadapi
dalam aspek keterampilan berbahasa agar mewujudkan

suasana komunikasi yang selesa.

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version