[PILIHAN RAYA BAGI MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN SESI 2022/2023]
Assalamualaikum, Selamat sejahtera & Salam UNIMASku Sayang,
Memandangkan Barisan Majlis Tertinggi PSSK Sesi 2021/2022 akan meletakkan jawatan maka Suruhanjaya Pilihan Raya PSSK 2022/2023 akan memperkenalkan Barisan Majlis Tertinggi PSSK sesi 2022/2022 yang dipercayai mampu memikul amanat yang diberikan.
Bagi membuka tirai baru tampuk kepimpinan PSSK Sesi 2022/2023, barisan Majlis Tertinggi yang ditampilkan mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk menggalas tugas PSSK.
Dengan ini, mahasiswa/mahasiswi FSSK dijemput untuk mengundi calon-calon Majlis Tertinggi PSSK Sesi 2022/2023 seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 02 September 2022
Hari: Jumaat
Masa: 09:00 AM - 09:00 PM
Platform: Google Forms
Adalah diingatkan agar semua mahasiswa/mahasiswi FSSK menggunakan email siswa masing-masing semasa mengundi.
Kerjasama anda amatlah dihargai.
Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
PSSK, ASPIRE TO INSPIRE
Suruhanjaya Pilihan Raya PSSK Sesi 2022/2023
Persatuan Sains Sosial dan Kemanusiaan
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UNIMAS