NAMA SEKAWAN ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN UNIT / AMBILAN NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR : : : : : : : MUHAMMAD AMIR MUKHLIS BIN MOHD ROHIM PERANG 2021092340394 021022-03-1047 TESL 3 EN AHMAD SYAWAL BIN MOHAMAD 11 MARCH 2024
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL 21030 KUALA NERUS, TERENGGANU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2021/2026 SEMESTER II TAHUN 2 TUGASAN 1(a): CATATAN LOG NAMA PELAJAR :MUHAMMAD AMIR MUKHLIS BIN MOHD ROHIM ANGKA GILIRAN :2021092340394 NO. KAD PENGENALAN :021022-03-1047 KUMPULAN/UNIT :TESL3 KOD DAN NAMA KURSUS : MPU 3134 UNIT UNIFORM PENGAKAP I NAMA PENSYARAH :ENCIK AHMAD SYAWAL BIN MOHAMAD TARIKH HANTAR :11 MAC 2024 NO. TELEFON :019-9343263 Pengesahan Pelajar PEMERIKSA MODERATOR Markah Tandatangan Cop Tarikh Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah : Markah Tandatangan Cop Tarikh Tarikh: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. TandatanganPelajar: Tarikh:
NAMA : MUHAMMAD AMIR MUKHLIS BIN MOHD ROHIM TARIK LAHIR : 22 OKTOBER 2002 NO KP : 021022-03-1047 NO KUMPULAN : KLM 30 ALAMAT : LOT 1568 KAMPUNG KEDAI BHARU, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN NO TEL : 019-9343263 ALAMAT KLM : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL, BATU RAKIT,21030, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU PANGKAT : PENOLONG PEMIMPIN PENYAKIT : TIADA ALERGI : TIADA
PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat illahi, dengan limpah kurniaNya yang dianugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin menujukan perhargaan saya kepada pensyarah MPU3431a dari unit kokurikulum IPGKDRI yang telah memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang perjalanan saya menyiapkan tugasan ini. Dengan tunjuk ajar dan bimbingan yang padu, dapat saya siapkan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakanrakan saya yang telah banyak memberi sumbangan idea kepada saya untuk menyiapkan buku log ini, jasa kalian semua akan saya ingat selama-lamanya. Akhir sekali, terhadap keluarga tercinta, kalian merupakan sumber kekuatan dalam menghadapi dugaan dan halangan sepanjang mengambil kursus ini. Sesungguhnya, tanpa kalian semua, tidak dapat disiapkan buku log ini.
JALUR GEMILANG MALAYSIA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANGUNDANG, KESOPANAN DAN KESUSILAAN RUKUN NEGARA
Biru Menggambarkan perpaduan rakyat yang terdiri daripada berbilangkaum di negara ini Warna merah menunjukkan keberanian dan kesediaan dalam mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang tercinta Putih melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat dalam mengangkat nama negara ke persada dunia Warna kuning melambangkan warna Diraja, secara khususnya menggambarkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan Bulan & Bintang Menggambarkan Agama Islam sebagai agama persekutuan negara Bintang Pecah 14 Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan 14 jalur berwarna merah dan putih yang sama lebar menggambarkan 13 buah negeri anggota dan sebuah Wilayah Persekutuan yang memiliki keanggotaan yang sama dalam negara Malaysia
PECAHAN TIGA KELOPAK Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga iaitu: 1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara 2. Menolong orang pada setiap masa 3. Menurut undang-undang pengakap WARNA KUNING, HIJAU DAN MERAH Melambangkan unit-unit Pengakap: Kuning bagi Unit Pengakap Kanak-kanak Hijau bagi Unit Pengakap Muda Merah bagiUnit Pengakap Remaja. DUA BUAH BINTANG PECAH LIMA BERWARNA HIJAU PADA KELOPAK KIRI DAN KELOPAK KANAN Melambangkan Undang-Undang Pengakap. IKATAN HIJAU Menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
LINGKARAN TALI BERWARNA KUNING Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan Pengakap Sedunia. ANAK BULAN DAN BINTANG Menunjukkan agama rasmi Malaysia ialah Agama Islam. WARNA KUNING PADA ANAK BULAN DAN BINTANG Menunjukkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja. BINTANG PECAH 14 (WARNA KUNING) Melambangkan 14 buah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan yang terkandung di dalam Malaysia
PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan: Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Menolong Orang Pada Setiap Masa Menurut UndangUndang Pengakap UNDANG-UNDANG PENGAKAP DIPERCAYAI TAAT BERGUNA BERSAUDARA BERBUDI KASIHKAN BINATANG MENURUT PERINTAH TABAH HATI BERJIMAT SUCI FIKIRAN, PERKATAAN DAN PERBUATAN
CARTA ORGANISASI PPM
CARTA ORGANISASI PPM
CARTA ORGANISASI PPM
CARTA ORGANISASI PPM
CARTA ORGANISASI PPM
SEJARAH PENGAKAP DUNIA Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku ”Scouting For Boys ” yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan ” Lord Baden Of Gillwell ” kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84.
ISTIADAT RASMI PENGAKAP TUJUAN Pergerakan Pengakap mempunyai istiadat-istiadat yang sentiasa diamalkan • Fahami dan bina perasaan cintakan Negara - Nyanyi lagu Negaraku/Negeri – kibar bendera - hormat bendera • Bentuk/melatih disiplin /sikap positif dan peraturan - peraturan yang baik • Mengingati semula asas atau asal usul berpengakap • Suburkan semangat persaudaraan dan perpaduan • Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan • Melatihkan diri taat akan Tuhan • Penghargaan kepada pemimpin JENIS-JENIS ISTIADAT RASMI PENGAKAP Istiadat Mengibarkan Bendera Istiadat Menurunkan Bendera Istiadat Laung Agung Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan Istiadat Melantik Istiadat Meningkat Naik
MENGIBARKAN BENDERA Kedudukan Peserta : Dalam Bulatan Jurulatih : Sebaris di belakang tiang bendera, mengadap peserta, Ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua Bendera : Sudah bergulung dan terikat di puncak tiang Perjalanan Upacara Peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih Petugas berdiri di tengah-tengah Bila jurulatih masuk (perintah) “baris sedia” , bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormat) Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara. Petugas : (Beri hormat, pusing belakang - bergerak ke tempat asal ”
Petugas : (perintah) “Doa” - isyarat “Ap” Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “Ap” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia Petugas : “Persetiaan” - isyarat “Ap” Petugas terus angkat tangan, diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua - hormat - lapor “Istiadat selesai - majlis diserahkan kepada tuan” - pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) - perintah “Baris senang diri Jurulatih bertugas : mulakan tugas. Petugas : “Jurulatih, jurulatih sedia” “Keluar ” Petugas : (Beri arahan) Bendera Petugas : (Bergerak menghadap bendera) Pengibar bendera terus tarik tali bendera. Peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik, Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang dan hormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera. Petugas : “Negara ku” - semua menyanyi baris ”
LAUNG AGUNG Laung Agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali membuat perjumpaan atau semasa perkhemahan Pengakap. Berikut urutan istiadat Laung Agung yang perlu dijalankan : Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘ AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “ . Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia menghadap Akela. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ” KAMU BUAT HABIS BAIK ” (intonasi menyoal). PKKyang membalas hormat sambil menjawab ” KAMI BUAT HABIS BAIK “ . Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat).
UNIFORM LENGKAP PENGAKAP
KAWAD KAKI PENGAKAP ASAS PERBARISAN Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatIh melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini, terdapat beberapa pergerakan dalam asas perbarisan. MASUK BARIS Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawad. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’. SEDIA Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan. SENANG DIRI Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh.
KAWAD KAKI PENGAKAP REHATKAN DIRI Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh. KE KANAN LURUS DAN PANDANG DEPAN Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’.
KAWAD KAKI PENGAKAP KE KANAN PUSING Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri. KE KIRI PUSING Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan. KE BELAKANG PUSING Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.
KAWAD KAKI PENGAKAP BUKA BARISAN Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula. TUTUP BARISAN Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.
KAWAD KAKI PENGAKAP LANGKAH KE SEBELAH Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. PARAS Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:- Paras ahli tinggi di tengah; Paras ahli rendah ditengah; Paras ahli tinggi di kiri; dan Paras ahli rendah di kiri..
KAWAD KAKI PENGAKAP KELUAR BARIS Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah. HUKUMAN KAWAD 1. Baris, baris sedia… 2. Baris, senang diri…. 3. Rehatkan diri….. 4. Scout…. 1. Luruskan barisan, 2. Scout, 3. Buka barisan, Gerak…, 1. Ke kanan lurus, 2.Pandang depan…., 1. Bergerak ke kanan, kanan sing.., 2. Menghadap kehadapan, kiri Sing…, 1. Bergerak ke kiri, kiri Sing…, 2. Menghadap kehadapan, kanan Sing…, 1. Menghadap kebelakang, belakang sing…, 2. Menghadap ke hadapan, belakang sing…, 1. Dua langkah ke kiri, Gerak…, 1. Tutup barisan, Gerak…, 2. Keluar……….Baris.
BERKHEMAH MATLAMAT 1. Melatih menyelesaikan tugasan dengan bertanggungjawab. 2. Meluaskan pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kehidupan berkhemah. 3. Memberi peluang mempraktikkan segala kemahiran. 4. Melatih Berdikari. 5. Mengeratkan tali persaudaraan antara pengakap mahupun di antarabangsa 6. Menggalakkan mendapat lencana-lencana kemajuan dan kepandaian. 7. Menyedarkan pengakap agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Tuhan. Daripada berkhemah, pengakap dapat melatih hidup berdikari serta mengamalkan pelajaran yang di ajar dalam pengakap. Pengakap dapat berlatih memasak, bermain, belajar, bekerja dan bersuka ria bersama rakan-rakan pengakap lain.
PERANCANGAN AWAL SEBELUM BERKHEMAH 1.1 Pemilihan tempat atau tapak hendaklah berdasarkan : Objektif perkhemahan. Bilangan peserta. Tempoh perkhemahan. Kemudahan asas yang ada dan diperlukan. 1.2 Ciri-ciri tapak atau kawasan yang sesuai : Mendapatkan kebenaran dan maklumat. Kemudahan asas seperti pengangkutan dan bekalan air. Banyak bahan baker. Kawasan yang lapang bergantung kepada bilangan peserta Tiada gangguan bahaya. Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan. Hutan yang tidak terlalu terlidung daripada cahaya matahari. Tempat yang tidak terlalu lembap, tidak becak dan berlumpur.
PERANCANGAN AWAL SEBELUM BERKHEMAH 1.3 Pembentukan Ahli Jawatankuasa : ~ Mengikut keperluan program. 1.4 Perancangan : ~ Merancang program : Pemilihan kawasan yang sesuai Keselamatan terjamin. Bersesuaian dengan objektif. Berkaitan setiap aktiviti. Mengembirakan peserta Keseimbangan masa. Persiapan peralatan ~ Aktiviti yang dirancang dalam bentuk : ~ Penilaian ~ Pengujian ~ Pertandingan / kuiz ~ Berhalangan ~ Merancang makanan : Tempoh perkhemahan. Mempunyai sumber air yang bersih. Cara memasak berpusat atau latihan memasak. Memerlukan makanan basah jika berdekatan kedai atau pasar. Memerlukan makanan dalam tin jika jauh dari kedai atau pasar. ~ Surat-menyurat : Surat kebenaran. Surat keselamatan. Surat pemberitahuan dll.
PERANCANGAN AWAL SEBELUM BERKHEMAH 1.3 Pembentukan Ahli Jawatankuasa : ~ Mengikut keperluan program. 1.4 Perancangan : ~ Merancang program : Pemilihan kawasan yang sesuai Keselamatan terjamin. Bersesuaian dengan objektif. Berkaitan setiap aktiviti. Mengembirakan peserta . Keseimbangan masa. Persiapan peralatan ~ Aktiviti yang dirancang dalam bentuk : ~ Penilaian ~ Pengujian ~ Pertandingan / kuiz ~ Berhalangan ~ Merancang makanan : Tempoh perkhemahan. Mempunyai sumber air yang bersih. Cara memasak berpusat atau latihan memasak. Memerlukan makanan basah jika berdekatan kedai atau pasar. Memerlukan makanan dalam tin jika jauh dari kedai atau pasar. ~ Surat-menyurat : Surat kebenaran. Surat keselamatan. Surat pemberitahuan dll.
PERANCANGAN AWAL SEBELUM BERKHEMAH 1.5 Persiapan Untuk Menghadiri Perkhemahan : ~ Sebelum Berangkat perlu ada perbincangan : Tempat yang hendak dituju. Hari dan masa bertolak. Tempat berkumpul. Kelengkapan yang perlu disediakan oleh setiap individu dan kumpulan. Pengangkutan yang digunakan. Pembahagian tugas. ~ Semasa hendak berangkat perlu memeriksa dan meneliti : Maklumat atau keterangan daripada ibubapa / penjaga telah diperolehi dan lengkap. Semua peserta berada dalam keadaan sihat. Kelengkapan peralatan individu dan kumpulan dalam keadaan baik. Memakai pakaian seragam pengakap. ~ Semasa tiba di tapak perkhemahan : Menghubungi orang berkenaan. Mendapatkan sedikit maklumat. Memeriksa kawasan sebelum mendirikan khemah.
PERANCANGAN AWAL SEBELUM BERKHEMAH ~ Sepanjang perkhemahan : Semua peserta terlibat secara langsung dalam program. mengetahui segala peraturan. Digalakkan melibatkan penduduk kampong seperti program gotong-royong ~ Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan : Perlukan ada mesyuarat khas . Meruntuhkan khemah dan binaan seperti gedjet. Membersihkan kawasan perkhemahan. Mengemaskan dan menyemak keperluan peribadi dan kumpulan. Memastikan tiada bara api. Menimbus lubang yang dibuat.
PERANCANGAN AWAL SEBELUM BERKHEMAH 1.6 Penyediaan Kelengkapan dan Peralatan ( bergantung kepada tempoh masa perkhemahan, aktiviti dan bilangan peserta ) ~ Keperluan peribadi : Pakaian seragam Baju-T Pakaian sukan / pakaian beribadat Selipar / kasut Duit poket Berus gigi dan ubat gigi Sabun mandi dan sabun basuh Jam Kompas Mancis Pisau dan parang Lampu suluh Tali Alat tulis Sudu dan garpu Pinggan, mangkuk dan cawan atau gelas. Bekas air Perkakas memasak Wisel Tikar Ubat peribadi Dan lain-lain
PERANCANGAN AWAL SEBELUM BERKHEMAH 1.6 Keperluan Kumpulan : Khemah Cangkul Tali Parang / Kapak / Pisau / Gergaji Tukul besi Lampu gasoline atau lain-lain. Ubat nyamuk Dapur minyak atau lain-lain Mancis Baldi Bendera kumpulan Lilin Dan lain-lain
PERANCANGAN AWAL SEBELUM BERKHEMAH 1.7 Keperluan Memasak ( sekiranya dibawa oleh individu atau kumpulan ) . Pisau ( pelbagai jenis ) / Parang kecil Kuali / Cerek Baldi / Besen Papan cincang Penapis Pencedok air Kain pencuci / Kain pelapik Pembuka tin Tali Span / Serbuk pencuci Berus dawai / sabut Beras Rempah-ratus Bahan mentah Bahan-bahan lain
PERANCANGAN AWAL SEBELUM BERKHEMAH 1.8 Mendirikan Khemah : ~ Ciri-ciri yang perlu diketahui : Menentukan arah cahaya matahari terbit dan terbenam bagi khemah yang tidak berpintu. Pastikan cahaya tidak terus memancar ke dalam khemah. Didirikan berlawan dengan arah tiupan angin bagi mengelakkan hujan masuk ke dalam khemah tetapi boleh mengadap tiupan angin ketika musim panas. Tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah yang rata atau lereng bukit atau pergunungan. Elakkan mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah tumbang dan juga jangan mendirikan di tempat yang berumput tebal dan dipenuhi lalang supaya mengelakan serangga atau binatang berbisa. Dirikan di kawasan yang teduh dan selesa. Tempat beristirehat apabila selesai melakukan aktiviti pada siang hari.