The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota kata bantu, kata penegas dan kata arah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-sk3637tmp04, 2021-08-03 02:02:31

Tatabahasa Kata Prafasa

Nota kata bantu, kata penegas dan kata arah

Keywords: Kata Prafasa

BAHASA MELAYU
TINGAKATAN 2

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU NISHA

KATA BANTU

KATA BANTU

• KESALAHAN penggunaan kata bantu:

1. Kata bantu boleh tidak boleh digunakan untuk menggantikan kata bantu dapat. 3. Kata bantu mesti diletakkan sebelum kata kerja/frasa kerja.

Kata bantu boleh lebih sesuai untuk maksud memberi izin. Ayat contoh:
Kata bantu dapat lebih sesuai untuk maksud keupayaan/kemampuan. Lili menulis masih bukunya.(SALAH)
Lili masih menulis bukunya.(BETUL)
Ayat contoh:
Jerubu boleh diatasi jika pembakaran terbuka dihentikan.(SALAH)
Jerebu dapat diatasi sekiranya pembakaran terbuka dihentikan. (BETUL)

2. Kata bantu hendak tidak sesuai digunakan dalam ayat tanya. Kata bantu mahu lebih sesuai digunakan dalam ayat tanya.

Kata bantu hendak bermaksud berniat untuk melakukan sesuatu.
Kata bantu mahu bermaksud keinginan yang timbul kerana adanya ajakan atau pelawaan.

Ayat contoh:
Hendakkah kamu ikut saya?(SALAH)
Mahukah kamu ikut saya?(BETUL)

KATA PENEGAS

KATA PENEGAS

• Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
• Dua jenis kata penegas.

(a) Kata penegas yang hanya menegaskan frasa predikat iaitu -lah, -kah dan -tah.
(b) Kata penegas yang menegaskan frasa nama sebagai subjek dan frasa predikat iaitu juga, jua, pun, sahaja, hanya dan memang.
Kata penegas dan penggunaannya:

-lah : Menegaskan sesuatu suruhan, permintaan, doa atau penyataan.
-kah : Menegaskan sesuatu pertanyaan atau memberikan penekanan kepada sesuatu ayat tanya.
-tah : Menegaskan sesuatu pernyataan, maksud hairan atai tidak sabar.
hanya : Menegaskan sesuatu pernyataan.
jua / juga : Menegaskan sesuatu pernyataan.
lagi : Memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat tanya.
pun : Memberikan penekanan kepada ayat penyata.
sahaja : Memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat perintah.

KATA ARAH

• Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata

sendi nama.

• Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.
• Contoh: Atas, Bawah, Tepi, Antara, Hadapan, Utara, Sisi, Luar

Semua hidangan itu diletakkan di atas meja.
Kucing Siam itu tidur di bawah pokok.
Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah.


Click to View FlipBook Version