MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Terbitan 2022
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 – 8, Blok E9, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
MODUL PEMBELAJARAN TERADUN
ISBN 978-967-420-672-71. Science-Study and teaching (Preschool).
2. Education, Preschool.
3. Govenment publication--Malaysia
I. Malaysia. Kementerian Pendidikan. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 507.1
PENYELARAS:
DR. NORINA MELATI BINTI MOHD YUSOFF
ABDUL BASITH MUHAMMAD BIN A. WAHID
Unit Projek Khas dan Inovasi
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum
KHIDMAT GRAFIK:
SITI NURULHUDA BINTI RAJA AZMI
SMK Tengku Idris Shah, Klang, Selangor
NOR AZWA BINTI AB. MUTALIP
SMK Seksyen 16, Shah Alam, Selangor
DICETAK OLEH:
Unit Percetakan, Bahagian Pembangunan Kurikulum
PENGHARGAAN
PENASIHAT
HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
PENGERUSI
RAMLAN BIN HAJI ABU TALIB
Timbalan Pengarah
Sektor Kesenian dan Kesihatan
PANEL PENULIS
KAMARIAH BINTI MOHD YASSIN Sektor Kesenian dan Kesihatan
OLIZA BINTI OMAR Sektor Pendidikan Khas
KAMARUL AZLAN BIN AHMAD Sektor Sains dan Matematik
AHMAD RUJHAN BIN IBRAHIM Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum
HAJAH RASMUNA BINTI MUHAMAD ALI Sektor Bahasa dan Kesusasteraan
VIJAYA MALANI A/P VERASAMY Sektor Sains Sosial
MOHD RAIZUDDIN BIN HAMAT Sektor Pendidikan Khas
NOR AZUAD BIN MD YUSOF Sektor Kesenian dan Kesihatan
PAKAR RUJUK
PROF. DR. NOR AZIAH BINTI HAJI ALIAS Universiti Teknologi MARA (UiTM)
TURUT MEMBANTU
ZAHARIMAH BINTI SUBAINI PPD Petaling Perdana, Selangor
HAMIR BIN HABEED MOHD ABDUL SETTAR Sekolah Seri Puteri, Selangor
RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
SAPTUYAH BINTI LATIP SMK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya
MUHAMMAD FIRDAUS BIN YUSUP SMK Desa Serdang, Selangor
DR. MOHD YUSRI BIN KAMARUDDIN SK Cherana Puteh, Melaka
NORMASAYU BINTI MAT RESID SK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya
NOOR AZLINDA BINTI SHUHAIMI SK RTB Bukit Changgang, Selangor
CHUAH JOON MING SJKC Pei Eng, Kedah
IRENE JEBAMALAR A/P THUMBARAYAN SJKT Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
ISI KANDUNGAN
RUKUN NEGARA .....................................................................................................vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN .............................................................. viii
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN ....................................................................ix
KATA ALU-ALUAN.....................................................................................................xi
PRAKATA ................................................................................................................ xiii
PENGENALAN........................................................................................................... 1
MATLAMAT................................................................................................................ 2
OBJEKTIF .................................................................................................................. 2
DEFINISI PEMBELAJARAN TERADUN .................................................................... 3
PERANAN.................................................................................................................. 4
CIRI-CIRI.................................................................................................................... 6
ELEMEN YANG BOLEH DIADUN ............................................................................. 7
ASPEK PENTING YANG PERLU DIAMBIL KIRA...................................................... 8
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN .................................................................... 9
PENTAKSIRAN........................................................................................................ 10
MODEL PEMBELAJARAN TERADUN .................................................................... 11
CONTOH PEMBELAJARAN TERADUN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN: MODEL PUTARAN STESEN ............................................ 16
CONTOH PEMBELAJARAN TERADUN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN: MODEL PUTARAN MAKMAL ........................................... 23
CONTOH PEMBELAJARAN TERADUN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN: MODEL KELAS BERBALIK .............................................. 25
RUMUSAN ............................................................................................................... 31
LAMPIRAN
Penggunaan Teknologi dalam Pembelajaran Teradun .................................... 32
Elemen Yang Boleh Diadun............................................................................. 33
SOALAN LAZIM ....................................................................................................... 34
GLOSARI ................................................................................................................. 36
BIBLIOGRAFI........................................................................................................... 37
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak;
mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan
yang kaya dan pelbagai corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
viii
x
x
x
x
x
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN
x
x
3. Kurikulum Kebangsaan
x
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan
yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini
dan untuk menyampaikan pengetahuan.
x
x
Sumber: Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
[PU(A)531/97.]
ix
“ Pelaksanaan kurikulum yang harmoni dan berkesan mencakupi
aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang berlaku di dalam
dan di luar bilik darjah untuk melahirkan insan yang seimbang.”
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Penerbitan Siri Bahan Sokongan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2022 (BSBPK
2022) merupakan satu usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
memastikan pelaksanaan kurikulum persekolahan dilaksanakan dengan lebih efektif.
Pembangunan kurikulum bukan sahaja melibatkan aspek kandungan dan pentaksiran
sesuatu bidang disiplin ilmu malah juga merangkumi aspek pedagogi iaitu cara
kandungan kurikulum diterjemah dan dilaksanakan oleh guru.
Pembelajaran murid di sekolah akan lebih bermakna apabila dipacu dengan
pengajaran dan pentaksiran yang berkesan serta disokong oleh kepimpinan yang
berkaliber. Penerbitan Siri BSBPK 2022 adalah bertepatan dalam memastikan
kelancaran pelaksanaan kurikulum oleh guru di dalam dan di luar bilik darjah seperti
yang termaktub dalam definisi Kurikulum Kebangsaan. Setiap modul dalam siri ini
mengandungi pelbagai panduan dalam bentuk contoh aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta situasi pragmatik yang boleh diadaptasi oleh guru mengikut
kesesuaian sekolah masing-masing.
Tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) atas
penerbitan siri BSBPK 2022 ini. Terima kasih dan syabas juga kepada semua pihak
yang telah menjayakan penerbitan siri ini. Semoga Siri BSBPK 2022 dapat
dimanfaatkan oleh semua guru dan warga KPM dalam menjayakan pelaksanaan
kurikulum kebangsaan di sekolah.
Datuk Hajah Nor Zamani Abdol Hamid
“ Pendekatan pedagogi yang bersesuaian dengan keperluan murid dapat
memastikan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna berlaku.”
Prakata
PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah membangunkan pelbagai bahan
sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan
pembelajaran (PdP) serta modul penerangan am berkaitan pengurusan dan
pelaksanaan kurikulum sebagai rujukan guru dan warga Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Siri Bahan Sokongan BPK (BSBPK) 2022 kali ini merupakan
kompilasi modul pedagogi terbitan 2001 yang telah ditambah baik dan beberapa
modul baharu berkonsepkan mesra pengguna bagi menyokong serta memudahkan
pelaksanaan kurikulum di sekolah.
Siri BSBPK 2022 terdiri daripada lima bahan sokongan PdP dan dua bahan
penerangan am. Bahan sokongan PdP tersebut ialah: Modul Pedagogi Terbeza;
Modul Pembelajaran Masteri; Modul Pembelajaran Teradun; Modul Pembelajaran
Berasaskan Projek; dan Modul Kecerdasan Pelbagai. Bahan sokongan PdP yang
dirangka merangkumi konsep, strategi dan contoh aktiviti PdP bermula dari peringkat
prasekolah hingga ke peringkat sekolah menengah. Contoh aktiviti PdP dalam bahan
sokongan ini juga disertakan dengan panduan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik
darjah.
Bahan penerangan am pula menerangkan konsep dan amalan berkaitan dengan
pengurusan kurikulum dan PdP di sekolah. Bahan penerangan am tersebut ialah:
Modul Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah dan Modul Pembelajaran
Akses Kendiri.
Semoga dengan penerbitan Siri BSBPK 2022 ini dapat menjadi panduan yang
bermanfaat kepada guru untuk melaksanakan PdP dan Pentaksiran Bilik Darjah
dengan lebih berkesan. BPK mengucapkan terima kasih dan merakamkan
penghargaan atas kerjasama dan sumbangan semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan Siri BSBPK 2022 ini.
Haji Azman bin Haji Adnan
Siri BSBPK 2022 boleh digunakan untuk pelaksanaan kurikulum
di dalam dan di luar bilik darjah sebagaimana yang termaktub
dalam definisi Kurikulum Kebangsaan.
Kurikulum Kebangsaan
Kurikulum Kokurikulum
Segala rancangan pendidikan Apa-apa kegiatan yang
yang dikendalikan oleh dirancang selain daripada
sesebuah sekolah atau institusi proses PdP di dalam bilik darjah
pendidikan untuk mencapai (kurikulum).
matlamat pendidikan.
Pelaksanaan kurikulum yang harmoni dan berkesan mencakupi aspek
kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang berlaku di dalam dan di luar
bilik darjah untuk melahirkan insan yang seimbang.
xvi
PENGENALAN PEMBELAJARAN
TERADUN
1
Pendidikan abad ke-21 menuntut perubahan dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi
menghasilkan impak positif kepada kemenjadian
murid.
Murid disediakan untuk meneroka ilmu dan maklumat
baharu, mengaplikasi kemahiran dalam kehidupan
seharian serta bersedia untuk bersaing dengan trend
dunia digital terkini.
Pembelajaran teradun (Blended Learning) merupakan
pengintegrasian beberapa strategi PdP, mod
pembelajaran, lokasi, teknologi dan cara menilai
penguasaan murid yang pelbagai. Pengintegrasian ini
dapat melahirkan murid yang lebih aktif, dinamik dan
kreatif.
1
MODUL 2 MATLAMAT & OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
TERADUN
Modul Pembelajaran Teradun disediakan
untuk memberi kefahaman kepada guru untuk
dilaksanakan secara berkesan dalam PdP.
Modul ini dibangunkan untuk menjawab APA,
MENGAPA dan BAGAIMANA pelaksanaan
pembelajaran teradun digunakan oleh guru
sebagai kaedah PdP berpusatkan murid.
Modul Pembelajaran Teradun membolehkan guru
dan murid mencapai objektif berikut:
• Menggunakan pelbagai strategi PdP yang
berpusatkan murid.
• Menggunakan teknologi untuk PdP yang interaktif,
dinamik dan menarik.
• Membolehkan penerokaan ilmu dan bahan yang
dipelajari dengan lebih mendalam dan berfokus.
• Membentuk sikap kepimpinan dan mengasah
minat untuk belajar serta saling bekerjasama
dalam kumpulan.
• Mengesan pencapaian kendiri melalui pelbagai
aktiviti dan gaya pembelajaran.
• Memberi peluang kepada murid untuk belajar
dan mengulang kaji mengikut tempoh masa
pembelajaran dan kebolehan kendiri.
2
DEFINISI PEMBELAJARAN TERADUN PEMBELAJARAN
TERADUN
3
Pelbagai takrifan yang diketengahkan oleh ahli
akademik dan penyelidik dalam menggambarkan
konsep pembelajaran teradun. Pendekatan ini
didefinisikan berdasarkan tiga konteks. Definisi
pertama, pembelajaran teradun merupakan
kombinasi di antara pembelajaran secara bersemuka
dengan dalam talian (online). Definisi kedua ialah
kombinasi di antara media dengan teknologi.
Contohnya pembelajaran tersebut dijalankan
sepenuhnya dalam talian dengan menggunakan
medium yang berbeza tanpa kelas secara bersemuka.
Definisi ketiga ialah kombinasi beberapa kaedah
PdP (Pete Sharma, 2010).
Sejajar dengan penyataan di atas, pembelajaran
teradun dapat diringkaskan sebagai amalan
PdP yang menggabungkan mod pengajaran
bersemuka secara tradisional dengan mod teknologi
dalam talian. Pembelajaran teradun merupakan
pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan
murid mengawal sendiri kadar pembelajaran
dengan menggunakan pelbagai teknologi dalam
talian (Carman, 2005).
Berdasarkan konteks pendidikan di Malaysia,
KPM mendefinasikan Pembelajaran Teradun
sebagai pembelajaran berpusatkan murid yang
menggabungkan pelbagai strategi pengajaran
dan pembelajaran (PdP), sokongan teknologi
dan dilaksanakan di dalam serta di luar bilik
darjah.
3
MODUL 4 PERANAN
PEMBELAJARAN
TERADUN
PENTADBIR Kejayaan pelaksanaan
pendekatan Pembelajaran
• Menyediakan akses Teradun ini berkait rapat
kepada teknologi dengan gabungan peranan
seperti komputer, pentadbir, guru, murid, ibu
peranti dan jaringan bapa dan komuniti seperti
internet. keterangan yang berikut:
• Menyediakan ruang IBUBAPA
perbincangan bagi
diskusi profesional • Membantu anak
untuk meningkatkan jagaan mendapat
keupayaan guru. maklumat berkaitan
dengan sesi
• Menyediakan pembelajaran
peluang latihan ataupun tugasan
untuk guru. yang diberikan
guru.
• Memastikan garis
panduan dipatuhi. • Membantu anak
jagaan mengakses
DELIMa, TV
Pendidikan,
EduwebTV (koleksi
video) Cikgootube
dan lain-lain pautan
yang berkaitan.
4
PERANAN PEMBELAJARAN
TERADUN
4
GURU KOMUNITI MURID
• Menyediakan • Memberi bantuan • Mengikuti jadual
bahan dan kepada sekolah pembelajaran yang
prasarana dari segi material telah ditetapkan
pembelajaran. seperti bahan atau oleh guru (tugasan
peralatan. bersemuka dan
• Mengenali online).
pengalaman dan • Memberi sokongan
pengetahuan asas dan perkhidmatan • Mengamalkan etika
murid. dalam bentuk yang betul dalam
idea, tenaga dan penggunaan media
• Mengenal pasti kemahiran. sosial.
tahap interaktiviti
yang akan • Mengikuti garis
dilaksanakan. panduan yang telah
disediakan oleh
• Menggunakan pihak sekolah.
strategi penilaian
yang sesuai.
• Mengadakan
refleksi pelaksanaan
pembelajaran
teradun.
• Mengadakan
perbincangan
dengan ibubapa/
penjaga untuk
menyokong
pembelajaran
murid.
5
MODUL 5 CIRI-CIRI
PEMBELAJARAN Ciri-ciri untuk melaksanakan PdP
Pembelajaran Teradun adalah
TERADUN seperti berikut:
6
ELEMEN YANG BOLEH DIADUN PEMBELAJARAN
TERADUN
6
Elemen yang boleh diadun dalam PdP
Pembelajaran Teradun adalah strategi
dan pendekatan PdP, Teknologi dan
media. Senarai elemen yang boleh
diadun adalah seperti berikut:
7
MODUL 7 ASPEK PENTING YANG PERLU
DIAMBIL KIRA
PEMBELAJARAN
TERADUN
Selain daripada elemen yang
diadun dalam melaksanakan PdP
Pembelajaran Teradun, berikut
adalah beberapa aspek penting
yang perlu diambil kira:
8
LANGKAH - LANGKAH PEMBELAJARAN
PELAKSANAAN
TERADUN
8
Bagi merancang PdP Pembelajaran Teradun guru
digalakkan mengikut langkah-langkah pelaksanaan
seperti dalam gambar rajah .Setiap langkah
memerlukan guru meneliti, memilih dan membuat
keputusan agar pelaksanaan Pembelajaran Teradun
mencapai objektif dan sasaran PdP.
9
MODUL 9 PENTAKSIRAN
PEMBELAJARAN
TERADUN
Pentaksiran hendaklah dilaksanakan
secara berterusan bagi menentukan
tahap penguasaan murid sama
ada secara pemerhatian, lisan atau
penulisan berdasarkan perancangan
PdP oleh guru.
10
MODEL PEMBELAJARAN TERADUN PEMBELAJARAN
TERADUN
10
Model Pembelajaran Teradun (Blended
Learning Models) terdiri daripada pelbagai
bentuk. Berdasarkan kajian literatur, terdapat
empat model pembelajaran teradun. Model
tersebut ialah Model Putaran (Rotation
Model), Model Flex, Model A la Carte dan
Model Enriched-Virtual yang menepati
ciri-ciri pembelajaran teradun dan sesuai
dilaksanakan bagi yang memerlukan
kepelbagaian dalam kaedah PdP.
Sumber: Christenseninstitute.org
Rajah 1: Model Pembelajaran Teradun
11
MODUL 10 MODEL PEMBELAJARAN TERADUN
PEMBELAJARAN
TERADUN
MODEL PUTARAN
Modul PdP ini menekankan Model
Putaran sahaja berdasarkan kesesuaian
pelaksanaannya di sekolah. Contoh
Pembelajaran Teradun dalam PdP disediakan
berdasarkan kurikulum prasekolah, sekolah
rendah dan sekolah menengah untuk
memberi kefahaman yang jelas kepada
guru. Namun begitu, guru juga diberi
fleksibiliti menggunakan model-model lain.
Pelaksanaan
model ini melibatkan
pergerakan murid untuk pembelajaran dari
satu modaliti ke modaliti yang lain. Dalam
Model Putaran ini terdapat empat model di
bawahnya iaitu Putaran Stesen, Putaran
Makmal, Kelas Berbalik dan Putaran
Individu.
Walau bagaimanapun, hanya TIGA model
sahaja yang dipilih iaitu Putaran Stesen,
Kelas Berbalik dan Putaran Makmal mengikut
kesesuaian pelaksanaannya
di sekolah.
12
MODEL PEMBELAJARAN TERADUN PEMBELAJARAN
TERADUN
10
a) PUTARAN STESEN
Dalam model ini, murid beredar melalui semua stesen yang
berbeza mengikut jadual yang tetap atau budi bicara guru
bagi mengikuti pembelajaran yang dirancang. Stesen putaran
ini dijalankan hanya dalam satu bilik darjah. Murid bergerak
dari stesen ke stesen melaksanakan tugasan yang berbeza,
mempelajari perkara baharu atau menyiapkan tugasan.
Putaran itu termasuk sekurang-kurangnya satu stesen untuk
pembelajaran dalam talian. Stesen lain mungkin termasuk
aktiviti dalam kumpulan kecil atau pengajaran kelas, projek
kumpulan, tunjuk ajar individu, dan tugasan pensil dan kertas.
Pembelajaran dalam talian Pembelajaran dengan guru
Pembantu Guru
Aktiviti secara kolaboratif PETUNJUK
Sumber: https://www.blendedlearning.org/models Guru Pembantu Guru Murid
Rajah 2: Model Putaran Stesen
13
MODUL 10 MODEL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN
TERADUN
b) PUTARAN MAKMAL
• Murid akan belajar dari satu lokasi ke lokasi dalam sekolah
secara putaran mengikut jadual yang ditetapkan oleh guru.
• Salah satu lokasi pembelajaran adalah di makmal komputer
bagi pembelajaran secara dalam talian.
• Model ini membolehkan penyediaan jadual yang fleksibel.
+- Pembelajaran
x= secara bersemuka
Pembelajaran (Bahasa)
secara bersemuka
(Matematik)
Pembelajaran Pembelajaran
secara bersemuka di Makmal Matematik,
(Sains) Sains & Bahasa
PETUNJUK
Sumber: https://www.blendedlearning.org/models Guru Pembantu Guru Murid
Rajah 3: Model Putaran Makmal
14
MODEL PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
TERADUN
10
c) KELAS BERBALIK
Pelaksanaan pembelajaran melibatkan dua situasi seperti
di bawah:
• Situasi pertama, murid berada di luar kelas atau di
rumah untuk mendapatkan maklumat pembelajaran
secara dalam talian sama ada melalui klip video atau
bacaan sebelum mengikuti aktiviti pembelajaran yang
akan dilakukan di dalam kelas.
• Situasi kedua, murid melakukan aktiviti berasaskan
projek secara bersemuka bersama-sama dengan guru di
sekolah.
Pembelajaran Pembelajaran
secara dalam talian secara bersemuka
PETUNJUK
Sumber: https://www.blendedlearning.org/models Guru Murid
Rajah 4: Model Kelas Berbalik
15
MODUL 11 CONTOH PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP
PEMBELAJARAN
MODEL PUTARAN STESEN
TERADUN
Bahasa Melayu Tahun 5
Komputer dan Internet
Stesen 1
Murid mencari maklumat dalam talian
berkaitan alam sekitar serta
kepentingannya.
Tajuk: Teknologi Hijau Stesen 2
Standard Pembelajaran:
1. Bertutur dan menghuraikan maklumat Guru menerangkan mengenai alam
sekitar dengan merujuk beberapa bahan
tersurat dan tersirat yang dikenal pasti bacaan yang disediakan.
dengan menggunakan idea yang kritis Murid berbincang dan berkongsi
dan kreatif. maklumat.
2. Membaca dan memahami maklumat
tersurat dan tersirat untuk memberikan Stesen 3
respons.
3. Mendraf dan menghasilkan penulisan Murid menghasilkan risalah/Power
berformat, dan tidak berformat. Point/komik/lukisan untuk menyatakan
maklumat mengenai kepentingan alam
Objektif Pembelajaran sekitar.
Pembentangan murid berdasarkan bahan
Pada akhir pembelajaran murid dapat: yang dihasilkan dalam kumpulan
Menyampaikan maklumat dan idea berkaitan masing-masing.
tajuk yang dibaca.
Menghasilkan penulisan tidak berformat PETUNJUK
berkisar tentang alam sekitar.
Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif
Pentaksiran
Hasil kerja murid (risalah/PowerPoint
/komik/lukisan)
Rekod Berterusan (Pentaksiran guru semasa
murid membincangkan tugasan secara lisan)
16
CONTOH PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP
TERADUN
11
MODEL PUTARAN STESEN
Bahasa Inggeris SJK Tahun 2
Computer and Internet
Station 1
Pupils listen to the song “The Old House”.
Pupils read the lyric of the song.
Title: The Old House Station 2
Learning Standard: Teacher explains about the song.
1. Understand the main idea of simple Teacher gives task to the pupils by group.
sentences. Station 3
2. Understand specific information and Pupils work and discuss in group.
Pupils complete worksheets.
details of simple sentences. Quiz Kahoot.
Learning Objectives
At the end of the lesson pupils can:
State 4 main ideas of simple sentences.
State 4 specific information and details of
simple sentences.
Assessment
Worksheet
Kahoot
PETUNJUK
Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif 17
MODUL 11 CONTOH PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP
PEMBELAJARAN
MODEL PUTARAN STESEN
TERADUN
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Tingkatan 1
Komputer dan Internet
Tajuk: Sepak Raga Ratus Stesen 1
Standard Pembelajaran:
1. Melakukan kemahiran permainan tradisional Murid meneroka permainan sepak raga
ratus dengan melayari internet dan
sepak raga ratus. menonton video sepak raga ratus.
2. Mengenal pasti cara mengawal bola untuk
Stesen 2
mendapatkan bilangan terbanyak sepak
raga ratus. Guru memberi penerangan dan murid
3. Bekerjasama menyelesaikan masalah yang berbincang dalam kumpulan kecil
berlaku semasa melakukan aktiviti fizikal dan berdasarkan info yang didapati dari
bersepakat dalam membuat penyelesaian. tontonan video dan carian di Internet.
Objektif Pembelajaran Stesen 3
Murid bermain permainan sepak raga
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: ratus antara kumpulan.
Bermain sepak raga ratus.
Menjelaskan dan menggunakan strategi Murid menggunakan strategi yang telah
mengawal bola. dirancang semasa bermain antara
Bekerjasama menyelesaikan masalah. kumpulan.
Pentaksiran PETUNJUK
Lembaran kerja (jadual/latihan) Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif
Pentaksiran Rakan Sebaya (pembentangan
dalam bilik darjah)
Rekod Berterusan (Pentaksiran guru semasa
murid membentangkan dan membincangkan
soalan secara lisan)
18
CONTOH PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP
TERADUN
11
MODEL PUTARAN STESEN
Pendidikan Khas Prasekolah
(Masalah Pembelajaran)
Pentaksiran
Hasil kerja murid – Buku Skrap, Buku Aktiviti
dan Borang senarai Semak Bergambar.
Kaedah: Pemerhatian. Bertulis dan Lisan.
Tajuk: Deria Saya Komputer dan Internet
BM Stesen 1
1. Mendengar dan memberi respons kepada
Murid mencari gambar berkaitan deria
arahan mudah secara gerak laku dan lisan. dan fungsi deria manusia di Internet
2. Mendengar, memahami dan memberi respons dengan bimbingan guru.
Murid menggunakan perisian pembelajaran
secara gerak laku dan lisan. berkaitan deria dalam talian dengan
3. Menunjukkan respons secara gerak laku dan lisan. bimbingan guru.
KD Stesen 2
1. Menggunakan kemahiran sosial dalam hubungan
Penerangan guru mengenai tajuk dan
dengan orang lain. pengkongsian murid terhadap maklumat
yang diperolehi melalui bacaan dan
SA pencarian dalam talian.
1. Menunjukkan sikap saintifik dan nilai murni. Murid melihat replika anggota manusia
2. Mengenal pasti anggota badan. yang dipamerkan.
PETUNJUK
BM - Bahasa Melayu
KD - Ketrampilan Diri
SA - Sains Awal
Objektif Pembelajaran Stesen 3
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: Murid menghasilkan buku skrap
mengenai deria.
Mengenal anggota badan dan lima fungsi Pembentangan murid berdasarkan bahan
deria manusia. yang dihasilkan.
Menyatakan secara berpandu tentang lima
deria masing-masing.
PETUNJUK
Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif 19
MODUL 11 CONTOH PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP
PEMBELAJARAN
MODEL PUTARAN STESEN
TERADUN
Pendidikan Khas Tahun 2: Kemahiran Asas Individu
Ketidakupayaan Penglihatan (Kaikup)
Komputer dan Internet
Tajuk: Anggota Badan dan Deria Saya Stesen 1
Standard Pembelajaran:
1. Mengenal anggota badan manusia. Murid dipertontonkan video dan
2. Memerihalkan fungsi anggota badan mendengar lagu ʻAnggota Badan Sayaʼ.
Murid memadankan fungsi anggota
serta rangsangan deria. badan dan kaitannya dengan kehidupan
seharian berdasarkan aktiviti dalam
Objektif Pembelajaran talian.
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: Stesen 2
Menyebut fungsi anggota badan yang utama Guru menerangkan mengenai alam
dengan betul. sekitar dengan merujuk beberapa bahan
Menyebut perkaitan rangsangan deria dengan bacaan yang disediakan.
kehidupan seharian. Murid berbincang dan berkongsi
Merakamkan video bahagian anggota badan. maklumat.
Pentaksiran Stesen 3
Penghasilan video Murid menghasilkan risalah/Power
Pembentangan hasil kerja Point/komik/lukisan untuk menyatakan
maklumat mengenai kepentingan alam
sekitar.
Pembentangan murid berdasarkan bahan
yang dihasilkan dalam kumpulan
masing-masing.
PETUNJUK
20 Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif
CONTOH PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP
TERADUN
MODEL PUTARAN STESEN
11
Bahasa Perancis Tingkatan 3
Komputer dan Internet
Tajuk: Cerita Dongeng Fantasi - Harry Potter Stesen 1
Standard Pembelajaran:
1. Mendapatkan maklumat utama dalam Murid menonton sorotan filem Harry
Potter bertajuk ʻThe Sorting Ceremonyʼ
dokumen terkini. dan membuat catatan.
2. Menceritakan perkara yang telah berlaku Murid menonton sorotan filem yang sama
2. Meminta dan memberikan maklumat dalam versi Bahasa Perancis dan
menjawab soalan dalam Google Forms
peribadi. yang diberi.
Objektif Pembelajaran: Stesen 2
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Penerangan guru tentang kandungan PdP
Menjawab 10 soalan dengan betul. serta perbincangan murid dalam kumpu-
Membuat tiga ringkasan watak dengan tepat. lan untuk tugasan ringkasan watak.
Pentaksiran: Stesen 3
Pembentangan slaid Murid berbincang dalam kumpulan untuk
Soal jawab semasa perbincangan tugasan menyediakan ringkasan watak dan
Jawapan murid di Google Forms. membuat pembentangan hasil kerja
melalui PowerPoint.
PETUNJUK
Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif 21
MODUL 11 CONTOH PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP
PEMBELAJARAN
MODEL PUTARAN STESEN
TERADUN
Bahasa Perancis Tingkatan 4
Komputer dan Internet
Tajuk: Cinderella Stesen 1
Standard Pembelajaran:
1. Memberi respons kepada arahan dan Murid menonton video dalam Bahasa
Inggeris bertajuk ʻCinderellaʼ. Murid
panduan. memahami dan membuat catatan
2. Meminta pengulangan kerana kenyataan berdasarkan kefahaman mereka.
tidak jelas. Stesen 2
3. Menulis mengenai aspek kehidupan
Guru memberi penerangan dan murid
seharian berbincang dalam kumpulan kecil untuk
membuat sinopsis cerita dalam versi
Objektif Pembelajaran Bahasa Perancis. Hasil kerja
dibentangkan dalam bentuk PowerPoint.
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
Menghasilkan satu sinopsis dengan Stesen 3
menggunakan passé composé.
Melakon semula versi mereka sendiri dalam Murid berbincang dalam kumpulan kecil
bentuk video pendek. untuk menghasilkan satu cerita
berdasarkan cerita Cinderella dengan
Pentaksiran versi mereka sendiri.
Murid menghasilkan dialog
Pembentangan PowerPoint dan membuat rakaman video untuk versi
Penghasilan dialog dan video cerita mereka.
PETUNJUK
22 Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif
CONTOH PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP
TERADUN
MODEL PUTARAN MAKMAL
11
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 5
Lokasi: Padang
Tugasan 1
Tajuk: Asas Berlari Murid melakukan asas pergerakan
Standard Pembelajaran: berlari.
1. Berlari dan melakukan pertukaran baton Murid berlari dan melakukan pertukaran
baton dalam zon pertukaran.
dalam zon pertukaran.
2. Mengenal pasti tempat penerima baton Tugasan 2
Permainan tukar baton.
mula berlari bagi menerima baton di zon
pertukaran. Lokasi: Makmal Komputer
3. Berkomunikasi antara rakan, guru dan
ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti. Tugasan 3
Objektif Pembelajaran Murid menonton video acara lari
berganti-ganti.
Pada akhir pembelajaran murid dapat: Murid diminta meneliti dan menjelaskan
Murid berlari dan melakukan pertukaran zon pertukaran baton.
baton dalam zon pertukaran.
Murid dapat menjelaskan tempat penerima Lokasi: Padang
baton mula berlari bagi menerima baton di
zon pertukaran. Pertandingan mini relay 50m x 4.
Murid dapat berkomunikasi antara rakan, Sesi soal jawab: Murid perlu menjelaskan
guru dan ahli kumpulan semasa melakukan tempat penerima baton mula berlari bagi
aktiviti. menerima baton di zon pertukaran.
Pentaksiran Lokasi: Rumah
Tugasan 4
Pentaksiran Rakan Sebaya (borang penilaian Murid juga diberi soalan pengayaan
pertukaran baton) dalam bentuk lembaran kerja - Google
Lembaran kerja - Google Forms (lakaran zon Forms.
pertukaran baton)
Rekod Berterusan (Pemerhatian dan soal
jawab lisan)
PETUNJUK
Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif 23
MODUL 11 CONTOH PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP
PEMBELAJARAN
TERADUN
MODEL PUTARAN MAKMAL
Fizik Tingkatan 5
Lokasi: Makmal Sains
Tajuk: Prinsip Archimedes Stesen 1
Standard Pembelajaran: Melaksanakan Eksperimen
1. Memerihalkan perkaitan antara daya Penerangan dari guru tentang langkah
melaksanakan eksperimen.
apungan dengan perbezaan tekanan cecair Murid melaksanakan eksperimen dan
pada aras kedalaman yang berbeza bagi menyediakan pelaporan eksperimen
objek yang terendam. Murid berbincang dalam kumpulan kecil
2. Mengaitkan keseimbangan daya dengan tentang dapatan daripada eksperimen
keadaan keapungan suatu objek dalam dan membuat pembentangan melalui
bendalir. kaedah Gallery Walk.
Murid dan guru membuat maklumbalas.
Objektif Pembelajaran
Lokasi: Makmal Komputer
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
Stesen 2
Menentukan hubungan di antara daya
apungan F dengan isipadu cecair yang Murid mencari maklumat tentang Prinsip
tersesar V dengan menjalankan eksperimen. Archimedes dalam internet.
Murid menonton video tentang Prinsip
Pentaksiran Archimedes melalui sumber Youtube,
Nearpod atau Khanacademy.org dan
Pembentangan dapatan eksperimen membuat catatan dalam buku nota.
Pelaporan eksperimen
Jawapan murid di Google Forms (Latihan
pengukuhan)
PETUNJUK
24 Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif
CONTOH PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP
TERADUN
11
MODEL KELAS BERBALIK
Sejarah Tahun 4
Komputer dan Internet
Lokasi: Luar Bilik Darjah
Tajuk: Mari Belajar Sejarah Tugasan 1
Standard Pembelajaran:
1. Menyatakan nama dan alamat sekolah. Murid mencari maklumat asas berkaitan
2. Menerangkan kepentingan tanggungjawab sekolah iaitu nama dan alamat sekolah
serta kepentingan sekolah.
murid terhadap sekolah.
Lokasi: Dalam Bilik Darjah
Objektif Pembelajaran
Tugasan 2
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
Menyatakan nama dan alamat sekolah. Murid berbincang dalam kumpulan
Menghuraikan tiga kepentingan sekolah dengan sokongan bahan bantu mengajar.
sebagai sebagai sebuah institusi yang
membina masyarakat dan negara. Tugasan 3
Pentaksiran Murid menghasilkan (brosur/PowerPoint
/komik/lukisan) untuk menyatakan
Hasil kerja murid (brosur/PowerPoint/komik maklumat asas sekolah dan menghuraikan
/lukisan) kepentingan sekolah sebagai sebuah
Rekod Berterusan (Pentaksiran guru semasa institusi yang membina masyarakat dan
murid membincangkan tugasan secara lisan) negara.
PETUNJUK
Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif 25
MODUL 11 CONTOH PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP
PEMBELAJARAN
MODEL KELAS BERBALIK
TERADUN
Sejarah Tingkatan 1
Komputer dan Internet
Lokasi: Luar Bilik Darjah
Tugasan 1
Tajuk: Pengenalan Ilmu Sejarah Murid mencari maklumat tentang penger-
Standard Pembelajaran: tian sejarah secara umum dan mengikut
1. Menyatakan pengertian sejarah secara umum. pandangan sejarawan secara dalam
2. Menjelaskan pengertian sejarah mengikut talian/di pusat sumber.
pandangan sejarawan seperti Herodotus, Lokasi: Dalam Bilik Darjah
E.H Carr, Ibn Khaldun, dan Mohd.Yusuf
Ibrahim. Tugasan 2
3. Menerangkan kepentingan mengaplikasikan
ilmu Sejarah dalam kehidupan. Murid akan dibahagikan kepada empat
kumpulan iaitu Herodotus, E.H Carr, Ibn
Objektif Pembelajaran Khaldun dan Mohd. Yusuf Ibrahim. Murid
akan berbincang tentang skrip untuk main
Pada akhir pembelajaran murid dapat: peranan/lakonan pengertian sejarah
mengikut pandangan sejarawan.
Menyatakan pengertian sejarah secara umum.
Menjelaskan pengertian sejarah mengikut Tugasan 3
pandangan sejarawan seperti Herodotus, E.H
Carr, Ibn Khaldun dan Mohd. Yusuf Ibrahim. Murid akan menyampaikan pandangan
Menerangkan tiga kepentingan sejarawan dalam bentuk main peranan/
mengaplikasikan ilmu Sejarah dalam lakonan dengan menerangkan kepentingan
kehidupan. mengaplikasikan ilmu Sejarah dalam
kehidupan.
Pentaksiran
PETUNJUK
Rekod Berterusan
Pentaksiran guru semasa murid
membincangkan tugasan secara lisan
dan melalui aktiviti main peranan/lakonan
Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif
26
CONTOH PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP
TERADUN
11
MODEL KELAS BERBALIK
Pendidikan Moral Tingkatan 1
Komputer dan Internet
Tema: Moral, peraturan dan undang-undang Tugasan 1
Standard Pembelajaran:
1. Menyenaraikan hak asasi kanak-kanak. Murid membaca maklumat tentang hak
2. Menceritakan perasaan apabila hak asasi kanak-kanak (perkara 1 hingga
perkara 10) menerusi link yang disertakan
kanak-kanak dilindungi oleh pelbagai oleh guru:
pihak tanpa mengira kaum. http://www.suhakam.org.my/
3. Mengambil tindakan melindungi hak wp-content/uploads/2013/11/K-on-Hak
kanak-kanak tanpa mengira kaum. Kanak22005.pdf atau dalam bentuk Pdf
dalam kumpulan Whatsapp/Telegram.
Objektif Pembelajaran
Tugasan 2
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
Murid menjawab soalan dalam Google
Menyenaraikan tiga hak asasi kanak-kanak Forms berdasarkan bahan yang dibaca.
Menjelaskan perasaan apabila hak
kanak-kanak dilindungi oleh pelbagai pihak Tugasan 3
tanpa mengira kaum.
Mengambil tindakan supaya hak asasi Murid akan berbincang dalam kumpulan
kanak-kanak terpelihara dalam kehidupan tentang hak asasi kanak-kanak,
seharian. kepentingan melindungi kanak-kanak dan
tindakan pihak berkuasa dalam melindungi
Pentaksiran hak asasi kanak-kanak.
Kuiz (Google Forms) Tugasan 4
Pentaksiran Rakan Sebaya (pembentangan
dalam bilik darjah) Murid akan membentangkan hasil kerja
Rekod Berterusan (Pentaksiran guru semasa melalui Gallery Walk di dalam bilik
murid membentangkan dan membincangkan darjah.
soalan secara lisan)
PETUNJUK
Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif
27
MODUL 11 CONTOH PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP
PEMBELAJARAN
MODEL KELAS BERBALIK
TERADUN
Pendidikan Moral Tahun 2
Komputer dan Internet
Tema: Saya dan Keluarga Tugasan 1
Standard Pembelajaran:
1. Menyenaraikan sikap adil terhadap keluarga. Murid diminta menyediakan jadual
2. Menceritakan perasaan bersikap adil tugasan harian keluarga secara adil
mengikut kreativiti masing-masing.
terhadap keluarga. Murid menghantar tugasan melalui
3. Mengamalkan sikap adil terhadap keluarga DELIMa.
Objektif Pembelajaran Tugasan 2
Pada akhir pembelajaran murid dapat: Murid membentangkan jadual tugasan
harian keluarga di dalam kelas.
Menyenaraikan tiga sikap adil terhadap Guru menilai pembentangan murid
keluarga. Murid membuat latihan dengan bimbingan
Menceritakan perasaan bersikap adil guru.
terhadap keluarga.
Menunjukkan sikap adil terhadap keluarga.
Pentaksiran
Lembaran kerja (jadual/latihan)
Pembentangan hasil kerja murid
PETUNJUK
28 Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif
CONTOH PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP
TERADUN
MODEL KELAS BERBALIK
11
Reka Bentuk Teknologi Tahun 4
Komputer dan Internet
Lokasi: Luar bilik darjah
Tugasan 1
Murid mencari maklumat tentang
Pseudokod dan Carta Alir Pengaturcaraan
dalam Internet.
Tajuk: Reka Bentuk dan Pengaturcaraan Tugasan 2
Standard Pembelajaran:
1. Menulis pseudokod dan melukis carta Murid menonton video tentang Pseudokod
dan Carta Alir Pengaturcaraan melalui
alir struktur kawalan jujukan dalam sumber Youtube atau Khanacademy.org
situasi ringkas. dan membuat catatan dalam buku nota.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid dapat: Lokasi: Dalam bilik darjah
Menulis pseudokod Tugasan 3
Melukis satu carta alir struktur kawalan
jujukan dalam situasi ringkas. Murid mendengar penerangan guru
tentang Pseudokod dan Carta Alir
Pentaksiran: Murid melakar contoh Pseudokod dan
Carta Alir dengan menggunakan MS
Pembentangan hasil kerja oleh murid PowerPoint atau MS Word.
Jawapan murid di Google Form (Latihan
pengukuhan) Tugasan 4
Murid berbincang bersama guru tentang
contoh-contoh Pseudokod dan Carta Alir
daripada setiap kumpulan.
Murid dan guru membuat maklum balas.
PETUNJUK
Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif 29
MODUL 11 CONTOH PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP
PEMBELAJARAN
MODEL KELAS BERBALIK
TERADUN
Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4
Komputer dan Internet
Lokasi: Luar bilik darjah
Tajuk: Puisi Moden Tugasan 1
Standard Pembelajaran:
1. Mengenali dan memahami puisi moden (sajak) Murid menonton video berkaitan hidupan
laut.
i) Mengkaji bentuk Murid membuat catatan berkaitan video
ii) Membaca, memahami dan menerangkan yang ditonton.
maksud. Lokasi: Dalam Bilik Darjah
iii) Membaca, memahami dan menerangkan
Tugasan 2
tema dan persoalan.
iv) Menganalisis gaya bahasa Perbincangan murid dan guru tentang
v) Menganalisis nada maksud puisi alam sekitar.
vi) Membincangkan nilai Perbincangan dan penerangan diteruskan
vii) Menghuraikan pengajaran kepada bentuk puisi.
2. Menghasilkan sekurang-kurangnya satu
karya asli yang menepati ciri-ciri penulisan puisi. Tugasan 3
Murid akan menghasilkan slaid
Objektif Pembelajaran pembentangan tentang isu pencemaran
hidupan laut.
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
Tugasan 4
Memahami dan menerangkan maksud puisi.
Mengkaji bentuk puisi. Murid menghasilkan sebuah puisi tentang
Menghasilkan satu karya asli. hidupan laut dan mendeklamasikan puisi
tersebut dalam bentuk video.
Pentaksiran Seterusnya murid menghasilkan sebuah
puisi tentang hidupan laut.
Hasil kerja murid (mentafsir maksud puisi
dan menghasilkan puisi) PETUNJUK
Rekod Berterusan (Pentaksiran guru semasa
murid membincangkan tugasan secara lisan) Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif
– pemerhatian dan pembentangan
30
RUMUSAN PEMBELAJARAN
TERADUN
12
Pembelajaran teradun adalah
pendekatan PdP yang memberi
peluang kepada guru meneroka pelbagai
strategi, mod, lokasi, teknologi dan penguasaan
murid supaya pembelajaran lebih menarik dan
menyeronokkan. Murid juga boleh menentukan
cara belajar dan boleh menggunakan pelbagai
sumber teknologi dalam dan luar talian dengan
sokongan guru. Murid juga berpeluang meneroka
pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui
pengalaman pembelajaran mengikut cara sendiri.
31
MODUL 13 LAMPIRAN
PEMBELAJARAN
TERADUN
LAMPIRAN 1
32