SBV3013 ECOLOGY (A211)
GROUP B
ASSOCIATE PROFESSOR DR. HUSNI BIN IBRAHIM
BAB 9 - EKOSISTEM
BIOFUN
TINGKATAN 5
ISI KANDUNGAN
1.Komuniti dan Ekosistem
Komponen biosis dan abiosis dalam
ekosistem
Nutrisi autotrof dan nutrisi heterotrof
Komponen biosis mengikut aras trof
Pengaliran tenaga dalam rantai
makanan
Piramid ekologi
Jenis interaksi antara komponen biosis
Ekosistem paya bakau
2. Ekologi Populasi
Faktor yang mempengaruhi taburan
populasi
Anggaran saiz populasi organisma
KOMUNITI DAN
EKOSISTEM
HABITAT
Ialah persekitaran tempat tinggal semula
jadi sesuatu organisma
SPESIES
Ialah sekumpulan haiwan yang serupa
boleh membiak dan menghasilkan anak
POPULASI
Ialah sekumpulan organisma yang sama
spesies dan hidup di habitat yang sama
KOMUNITI
Ialah semua populasi organisma daripada
epesies yang berlainan yang hidup dalam satu
habitat serta saling berinteraksi antara satu
sama lain
EKOSISTEM
Ialah beberapa komuniti yang tinggal bersama
dalam satu habitat, saling berinteraksi antara
satu sama lain termasuk dengan komponen
bukan hidup seperti air, udara dan tanah
Ekosistem di Savana
NIC
Ialah peranan sesuatu organisma dalam
ekosistem yang merangkumi tingkah laku serta
interaksinya dengan komponen biosis dan
abiosis dipersekitaran habitatnya
NIC EKOLOGI
Peranan sesuatu spesies
dalam persekitarannya
Nic NIC SPESIES
Cara sesuatu spesies berinteraksi
dengan komponen biosis dan
abiosis di persekitarannya
Ekosistem
BIOSIS ABIOSIS
Pengeluar Nilai pH
Pengguna Suhu
Pengurai Keamatan Cahaya
Topografi
Iklim Mikro
Kelembapan Udara
Komponen Abiosis
Nilai pH
Nilai pH tanah sangat mempengaruhi taburan
organisma hidup dalam sesuatu habitat.
Kebanyakan organisma mampu hidup secukupnya
dalam keadaan di mana nilai pH sama ada neutral atau
hampir neutral.
Tanah adalah habitat bagi ratusan juta cacing dan
mikroorganisma seperti bakteria, kulat dan protozoa.
Sedikit perubahan nilai pH mengganggu aktiviti
mikroorganisma yang hidup di dalam tanah dan
mengurangkan kesuburannya.
Suhu
Suhu sekeliling mempengaruhi aktiviti fisiologi
tumbuhan.
Sedikit perubahan suhu menyebabkan pengurangan
kadar metabolisme organisma kerana semua enzim
yang memangkinkan tindak balas fisiologi adalah sensitif
terhadap perubahan suhu.
Komponen Abiosis
Keamatan Cahaya
Keamatan cahaya dan tempoh cahaya matahari yang
diterima oleh kawasan tertentu boleh sangat
mempengaruhi taburan organisma terutamanya bagi
tumbuhan yang menjalankan fotosintesis.
Tumbuhan yang lebih tinggi di hutan hujan tropika yang
terdedah kepada keamatan cahaya tinggi membentuk
kanopi yang memberikan keamatan cahaya rendah di
bawahnya.
Hanya tumbuhan kecil seperti paku pakis sahaja yang
boleh tumbuh di bawah kanopi.
Hutan konifer di kawasan dengan iklim sederhana
mempunyai ketumpatan tumbuhan yang lebih rendah
kerana keamatan cahaya yang rendah.
Tumbuhan di dalam hutan konifer lebih pendek serta
lebih kecil saiznya.
Komponen Abiosis
Topografi
Topografi menentukan kelembapan, suhu, dan
keamatan cahaya di dalam ekosistem.
Altitud Kecerunan Aspek
Semakin tinggi Lereng bukit yang Aspek merujuk kepada
altitud, semakin curam lebih mudah arah tiupan angin dan
rendah kelembapan terhakis akibat sinaran cahaya
relatif, tekanan pergerakan air deras. matahari.
atmosfera dan Lapisan tanah Lereng bukit yang
kandungan oksigen. menjadi lebih nipis menghadap ke laut
Tumbuhan yang dan kering. lebih padat dengan
hidup pada altitud Kawasan ini kurang tumbuhan berbanding
yang berbeza ditumbuhi pokok lereng bukit yang
mempunyai jenis, saiz kecuali tumbuhan menghadap ke
dan kepadatan yang gunung yang renek, daratan.
berbeza. berduri serta Lereng ini mendapat
Sebagai contohnya, berdaun kecil dan taburan hujan yang
pokok pain yang runcing. lebih.
hidup di altitud yang Lereng yang menerima
lebih tinggi bersaiz lebih cahaya matahari
lebih kecil daripada mempunyai tumbuhan
pokok meranti yang yang lebih padat.
hidup di hutan hujan
tropika.
Komponen Abiosis
Iklim Mikro
Iklim mikro merujuk kepada keadaan iklim bagi satu
kawasan kecil yang berbeza daripada kawasan di
sekitarnya.
Iklim mikro mungkin berlaku di bawah batu atau di
bawah rimbunan pohon besar dalam kanopi hutan.
Iklim mikro bergantung kepada suhu, kelembapan,
keamatan cahaya, keseimbangan haba, tekanan
atmosfera, sejatan air serta keupayaan tanih menakung
air di kawasan tersebut bagi mengekalkan kelembapan.
Kelembapan Udara
Kelembapan udara, iaitu kuantiti wap air dalam udara mempengaruhi
taburan organisma di dalam sesuatu habitat.
Lebih banyak organisma mendiami kawasan yang berkelembapan
tinggi.
Kelembapan udara yang rendah meningkatkan kehilangan air dari
stoma melalui transpirasi.
Keadaan ini meningkatkan penyerapan air dan garam mineral dari
dalam tanah.
Transpirasi juga memberi kesan penyejukan kepada tumbuhan bagi
mengekalkan suhu optimum tindakan enzim.
NUTRISI AUTOTROF DAN
NUTRISI HETEROTROF
Nutrisi ialah cara
organisma
memperoleh nutrien
dan tenaga daripada
makanan yang
dimakan untuk proses
hidup.
Terdapat dua jenis
nutrisi, iaitu autotrof
dan heterotrof.
Autotrof
Autos = sendiri
Trophos = makan
Heterotrof
Heteros = yang lain
Trophos = makan
Fotoautotrof Tumbuhan hijau
Fotoautotrof
ialah organisma
yang mensintesis
sebatian organik
daripada karbon
dioksida dan
cahaya matahari.
Fotoautotrof
dapat
mensintesis
makanan sendiri
melalui proses
fotosintesis.
Kemoautotrof
Kemoautotrof mewakili
beberapa jenis bakteria
yang mensintesis
sebatian organik tanpa
menggunakan cahaya.
Kemoautotrof
memperoleh tenaga
melalui pengoksidaan
bahan tak organik
seperti hidrogen sulfida
dan ammonia melalui Nitrobacter sp.
kemosintesis.
Saprotrof Kulat
Saprotrof ialah
organisma saprofit
yang memperoleh
nutrien daripada
bahan organik
yang mati dan
mereput.
Pencernaan
dilakukan di luar
organisma
sebelum nutrien
diserap ke dalam
badan.
Holozoik
Organisma yang
memakan bahan
organik pepejal yang
kemudian
mencernakannya dan
diserap ke dalam
badan.
Manusia dan hampir
semua jenis haiwan
ialah holozoik.
Tupai
Parasit Kutu
Parasit ialah
organisma yang
menyerap
nutrien
daripada
perumah.
Sebagai
contohnya kutu
dan cacing pita
yang menyerap
nutrien
daripada
perumah iaitu
manusia.
KOMPONEN BIOSIS
MENGIKUT ARAS TROF
Komponen biosis terdiri daripada
organisma yang memerlukan
tenaga untuk menjalankan proses
hidup.
Manusai dan haiwan memperoleh
tenaga dengan makan organisma
lain termasuk tumbuhan yang
berfotosintesis.
Oleh yang demikian, sumber
tenaga yang paling utama untuk
semua organisama berasal dari
matahari.
Komponen biosis terdiri daripada
tiga kumpulan iaitu pengeluar,
pengguna dan pengurai.
Pengguna tertier
Karnivor yang makan
pengguna sekunder
Pengguna sekunder
Karnivor yang makan pengguna primer
atau omnivor yang makan pengguna
primer dan pengeluar.
Pengguna primer
Herbivor yang memperoleh
tenaga dengan makan
pengeluar.
Pengeluar
Autotraf yang mensintesis bahan organik
daripada bahan tak organik. Pengeluar terdiri
daripada tumbuhan hijau yang mensintesis
glukosa daripada air dan gas karbon dioksida
dengan bantuan daripada cahaya matahari.
Pengurai
Mikroorganisma yang mengurai bahan buangan
serta organisma yang mati atau reput kepada
bahan organik yang lebih ringkas seperti gas
karbon dioksida dan ammonia.
PENGALIRAN TENAGA DALAM
RANTAI MAKANAN
RANTAI
MAKANAN
Ialah satu urutan pemindahan tenaga dari satu aras trof ke aras trof
yang berikutnya, bermula dengan pengeluar
Dimulai dengan pengeluar dan diakhiri dengan pengguna sekunder
atau pengguna tertier
Organisma akan makan organisma daripada araf trof sebelumnya
Tenaga dipindahkan dari organisma yang dimakan kepada organisma
yang memakannya
Organisma yang memakan organisma lain mendapat tenaga daripada
tisu badan organisma yang dimakan.
Tenaga ini dipindahkan kepada organisma apabila makanan dicerna
dan diasimilasikan untuk membentuk tisu baharu
Menggambarkan hubungan SIRATAN
MAKANAN
pemakanan dalam sesebuah komuniti
Ia terbentuk daripada beberapa
rantai makanan
Organisma dalam semua rantai
makanan saling bersandaran antara
satu sama lain dalam aspek
pemakanan
Dimulakan oleh pengeluar yang
berfotosintesis dan menukarkan
tenaga cahaya daripada matahari
kepada tenaga kimia dalam bentuk
makanan yang disimpan didalam
organ akar, buah, batang atau daun.
PIRAMID EKOLOGI
PIRAMID BILANGAN
Piramid bilangan ialah rajah yang menunjukkan
bilangan organisma pada setiap aras trof
dalam satu rantai makanan.
Bahagian paling bawah mempunyai
bilangan paling besar dan merupakan aras
trof pertama = Bilangan pengeluar.
Bahagian seterusnya ialah aras trof kedua =
Bilangan pengguna primer, pengguna
sekunder dan pengguna tertier.
Semakin tinggi bahagian atas piramid,
semakin kurang bilangan organisma dalam
setiap aras dan semakin besar saiz
organisma.
PIRAMID TENAGA
PIRAMID BIOJISIM Piramid tenaga ialah jumlah tenaga yang
Piramid biojisim ialah rajah yang menunjukkan ada dalam ekosistem.
jumlah biojisim per unit kawasan semua Sumber tenaga dalam ekosistem ialah
organisma dalam setiap aras trof. Biojisim tenaga cahaya dari matahari yang
diukur dengan menggunakan jisim kering. diserap oleh tumbuhan untuk
Biojisim boleh dibekalkan kepada fotosintesis dan penukaran kepada
organisma dalam aras trof berikutnya. tenaga kimia.
Contoh: Jumlah biojisim pengeluar yang Tenaga akan dipindahkan ke aras trof
boleh dimakan oleh pengguna primer berikutnya apabila pengguna primer
adalah lebih tinggi daripada biojisim makan tumbuhan pengeluar.
pengguna primer dalam ekosistem. 10% tenaga dipindahkan ke aras trof
Jumlah jisim pengguna sekunder lebih berikutnya.
rendah daripada pengguna primer. 90% tenaga hilang ke persekitaran
Semakin tinggi ke bahagian atas piramid, melalui haba, perkumuhan dan
semakin rendah jumlah biojisim per unit penyahtinjaan.
kawasan.
Jenis Interaksi antara
Komponen Biosis
SAPROFITISME SIMBIOSIS MUTUALISME
Saprofitisme Simbiosis berlaku Mutualisme ialah
merupakan interaksi apabila spesies interaksi yang
berlainan hidup
organisma yang bersama dan memberikan keuntungan
mendapat makanan kepada kedua-dua
berinteraksi antara organisma. Sebagai
daripada bahan satu sama lain.
organik mati. contohnya, burung tiung
mendapat makanan, iaitu
kutu di badan kerbau,
manakala kerbau bebas
daripada kutu.
KOMENSALISME PEMANGSAAN PARASITISME
Komensalisme ialah Interaksi yang Parasitisme ialah
interaksi yang melibatkan satu interaksi yang
memberikan manfaat organisma menguntungkan satu
kepada salah satu (pemangsa) yang organisma sahaja dan
organisma tetapi makan organisma lain memudaratkan
tidak memudaratkan (mangsa). organisma yang satu
organisma yang satu Sebagai contohnya, lagi.
lagi. pemangsa burung Sebagai contohnya,
Sebagai contohnya, hantu menangkap cacing pita, iaitu
ikan jerung tidak dan makan parasit di dalam usus
mendapat apa-apa mangsanya, iaitu manusia menyerap
keuntungan daripada tikus. nutrien dan
ikan remora, menyebabkan
sedangkan ikan manusia (perumah)
remora mendapat kekurangan nutrien.
makanan daripada
serpihan makanan
ikan jerung.
Jenis Interaksi antara
Komponen Biosis
Persaingan
Persaingan berlaku apabila organisma
dalam satu habitat bersaing untuk
mendapatkan keperluan asas seperti
makanan, air, cahaya dan pasangan.
Persaingan interspesies
Sebagai contohnya, persaingan antara
tumbuhan yang berlainan spesies untuk
mendapatkan cahaya matahari.
Persaingan intraspesies
Sebagai contohnya, persaingan
antara haiwan yang sama spesies
untuk mendapatkan pasangan
untuk mengawan.
EKOSISTEM PAYA BAKAU
Hutan paya bakau terletak di kawasan air di tepi laut. Hutan
paya bakau menyumbang kepada ekonomi dengan sumber
lautnya yang kaya serta kayu yang bermutu tinggi
Komponen Biosis Komponen Abiosis
-Lotong Kelabu -Pokok bakau Percambahan biji benih di kawasan pasang
-Monyet Belanda -Cendawan surut air
-ular -Burung Bangau terdedah kepada keamatan cahaya matahari
-ikan belacak yang tinggi
-belangkas Kandungan garam didalam tanah yang tinggi
-ketam dan kepekatan oksigen terlarut yang sangat
rendah di dalam air
Terdedah kepada tiupan angin yang kencang
Tanah yang lembut, berlumpur dan kurang
pengudaraan
Terdedah kepada ombak dan pasang surut air
monyet belanda Nasalis larvatus
Kepentingan Ekosistem Paya Bakau
Zon Perlindungan
Berfungsi sebagai pemampan semula jadi
terhadap ombak dan angin kencang di kawasan
pinggir pantai. Ia juga menjadi tempat
perlindungan kepada haiwan kecil daripada
pemangsa serta arus ombak yang kuat. Ia juga
merupakan kawasan mencari makanan dan
perlindungan pelbagai species burung.
Sumber Perikanan
Paya bakau merupakan sumber pendapatan
kepada para nelayan. ia kaya dengan hasil laut dan
nadi kepada industri sangkar terapung
Sumber Perhutanan
kayu bakau boleh digunakan untuk membuat
sampan, perangkap ikan dan kerangka bangunan.
Kayu bakau juga merupakan salah satu sumber
bahan api bagi penghasilan kayu arang.
Kilang kayu arang Kuala sepetang
PENYESUAIAN
POKOK BAKAU
DAUN AKAR
Pokok bakau mempunyai PNEUMATOFOR
daun berkutikel tebal
serta stoma terbenam unjuran akar pendek
Daun yang tua dapat dari permukaan tanah
menyimpan garam dan sebagai pengudaraan
gugur bila kepekatan kawasan yang
garam disimpan terlalu ditenggelami air
banyak membantu pertukaran
gas antara akar dan
DAUN POKOK BAKAU atmosfera melalui
lentisel
AKAR JANGKANG AKAR BANIR
ia tumbuh bercabang akar dengan struktur AKAR PNEUMATOFOR
dari bahagian bawah kepingan yang menebal
pokok bakau supaya luas permukaan
mencengkam tanah dan dasar bertambah
memberi sokongan menyokong pokok yang
terhadap tiuan angin tumbuh di atas tanah
dan ombak lembut yang bersempadan
dengan daratan
BIJI BENIH BIJI BENIH VIVIPARITI
biji benih vivipariti
bercambah dan tumbuh
semasa masih melekat
pada pokok induk
ini supaya biji benih akan
jatuh terpacak atas
tanah lumpur dan tidak
hanyut oleh air
Pengkolonian dan sesaran
pengkolonian sesaran
Tumbuhan mula menakluki temat sesetengah spesies tumbuhan
yang belum diduduki, membiak yang dominan di suatu habitat
dan membentuk koloni di perlahan-lahan digantikan oleh
kawasan tersebut spesies lain yang dipanggil
penyesar
loved
zon garis pantai
zon yang paling terdedah kepada ombak besar
sistem akar yang meluas dan pneumatofor membantu pokok memerangkap
lumpur dan bahan organik dari air pasang.
lumpur terkumul secara perlahan-lahan dan tanah menjadi lebih tinggi dan
padat
zon tengah
terletak di sepanjang sungai berdekatan dengan muara
tumbuh pokok seperti pokok bakau minyak yang mempunyai akar jangkang
berselirat
lumpur terperangkap dan terhasil mendapan yang lebih pantas
tebing menjadi lebih tinggi dan kering kerana kurang dilimpahi air laut semasa
air pasang zon belakang
terletak jauh ke daratan
tanah yang lebih tinggi, keras dan hanya dilimpahi air laut semasa air pasang
proses pemendapan membentuk paya baharu yang mengunjur ke laut
EKOLOGI POPULASI
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
TABURAN POPULASI
KESAN KEPADA TUMBUHAN
SUHU AIR
Suhu optimum = 25℃ - 30℃ Diperlukan untuk aktiviti:
Suhu yang tinggi menyebabkan enzim ØEnzim
ternyahasli. ØFotosintesis
Proses biokimia dalam tumbuhan akan ØPengangkutan dan sokongan tumbuhan
terganggu dan: herba
- Merencat pertumbuhan tumbuhan
- Meningkatkan kadar sejatan air secara Kawasan kering seperti gurun dan kawasan
transpirasi tundra seperti kutub mempunyai taburan
- Menurunkan kadar fotosintesis populasi dan kepadatan tumbuhan yang
rendah.
Suhu rendah mengurangkan aktiviti enzim.
CAHAYA pH TANAH
Penting untuk fotosintesis Untuk penyerapan nutrien oleh akar.
Kawasan yang kurang menerima pH tanah yang terlalu berasid
cahaya mempunyai bilangan menyebabkan penyerapan nutrient
tumbuhan yang sedikit. menjadi rendah.
KANDUNGAN
GARAM MINERAL
Memberikan kesan akan penyerapan air secara osmosis oleh akar
Kandungan garam tinggi, kehilangan air secara osmosis.
Mineral menghasilkan protein, enzim, nukleotida, vitamin dan lain-lain.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
TABURAN POPULASI
KESAN KEPADA HAIWAN
SUHU AIR
Kawasan yang terdedah pada Haiwan tertumpu di kawasan yang
suhu yang tinggi dalam suatu mempunyai sumber air yang
habitat kurang diduduki haiwan. mencukupi untuk minum dan
Contohnya cacing dan siput. menyejukkan badan.
TEMPAT MEMBIAK BEKALAN MAKANAN
Tempat yang sesuai dan selamat Penting untuk kemandirian
diperlukan untuk melahirkan dan Haiwan ialah heterotrof yang
membesarkan anak. bergantung kepada tumbuhan
dan haiwan lain sebagai
makanan.
ANGGARAN
SAIZ POPULASI
ORGANISMA
DUA FAKTOR PENTING UNTUK KAJIAN POPULASI
Saiz populasi contoh kaedah persampelan kuadrat
Bilangan organisma yang terdapat di dalam sesebuah populasi
Kepadatan populasi
Bilangan individu sesuatu spesies per unit keluasan habitat
TEKNIK PERSAMPELAN KUADRAT
Teknik ini menganggarkan saiz populasi tumbuhan atau haiwan yang tidak aktif atau bergerak
dengan amat perlahan. Bilangan organisma di dalam kawasan kuadrat merupakan sampel yang
mewakili keseluruhan kawasan yang dikaji. Data yang diperolehi daripada semua kuadrat boleh
digunakan untuk menganggarkan populasi kawasan kajian.
Frekuensi, Kepadatan dan Peratus Litupan
Frekuensi ialah kebarangkalian untuk memperolehi individu sesuatu spesies tumbuhan dalam
setiap kuadrat
kepadatan ialah bilangan individu purata sesuatu spesies per unit luas kawasan kajian
Litupan merupakan luas permukaan tanah yang dilitupi oleh pucuk tumbuhan spesies tersebut.
Peratus litupan ialah peratus permukaan tanah yang dilitupi oleh tumbuhan
KAEDAH TANGKAP-TANDA-LEPAS-TANGKAP SEMULA
1) Haiwan yang dikaji ditangkap secara rawak di dalam kawasan kajian
2) Bilangan haiwan yang ditangkap dicatatkan
3) Setiap haiwan yang ditangkap ditanda
4) Haiwan yang telah ditanda dilepaskan ke kawasan kajian yang sama semula
5) Selepas satu jangka masa tertentu, tangkapan kedua dibuat secara rawak di kawasan
kajian yang sama
6) Jumlah semua haiwan dalam tangkapan kedua, iaitu bilangan haiwan yang bertanda dan
tidak bertanda dicatatkan
VIDEO RINGKAS
SUMBER: YOUTUBE
https://youtu.be/8mWNUpr6DeY
https://youtu.be/Jim9VatLLyU
SOALAN
KUIZ !
PERINGATAN: SILA
SALIN (COPY) CODE
SEBELUM
MEMULAKAN QUIZIZZ
0562 6649
LINK QUIZIZZ
joinmyquiz.com