SKRIP TEMUBUAL BERSAMA ORANG SUMBER RESPONDEN PERTAMA Nama : Tuan Haji Mohamad Azlan bin Jamaludin Umur : 65 tahun Jawatan : Bendahari Masjid Raja Nazrin Shah Tarikh : 12 Februari 2023 Masa : 2:00 - 3:00 petang Lokasi : Masjid Raja Nazrin Shah, Kampung Rapat Jaya Tambahan, 31350 Ipoh, Perak RESPONDEN KEDUA Nama : Tuan Haji Haris bin Husan Umur : 73 tahun Jawatan : Ahli kariah masjid terawal di Masjid Raja Nazrin Shah Tarikh : 12 Februari 2023 Masa : 2:00 - 3:00 petang Lokasi : Masjid Raja Nazrin Shah, Kampung Rapat Jaya Tambahan, 31350 Ipoh, Perak RESPONDEN KETIGA Nama : Encik Abdul Aziz bin Bahari Umur : 55 tahun Jawatan : Bilal Masjid Raja Nazrin Shah Tarikh : 12 Februari 2023 Masa : 2:00 - 3:00 petang Lokasi : Masjid Raja Nazrin Shah, Kampung Rapat Jaya Tambahan, 31350 Ipoh, Perak Responden Pertama (A) Responden Kedua (B) Responden Ketiga ( C ) Penemubual (D)
D : Asalamualaikum tuan, saya Nurasma Syamimi bersama rakan-rakan saya dari IPG Kampus Ipoh ingin menemubual tuan bagi melaksanakan tugasan kami. Adakah tuan mempunyai masa lapang sekarang? A : Ya, boleh boleh. C : Mengurus apa..aa..jurusan apa ni? A : Ni, diorang buat apa ni aa..buat assignments untuk tugasan diorang. D : Kami ambik jurusan Bahasa Melayu tapi minor Sejarah. Jadi tugasan ni untuk subjek Sejarah. A : Oh, ketiga-tiga sekali lah? D : Ya. A : Saya takut salah fakta je nak bagi nanti. Sebab dia kalau hendakkan cerita ni kena cari orang yang yang orang lame la ataupun…..Berapa lame kat sini? D : Kami dua tahun dekat sini. A : Dia eloknya orang yang tau cerita… C : Dio nak cerita apo sebenarnya ni A : Dia nak cerita sejarah masjid ye. D : Ya, kami nak tau mungkin dari segi pencapaian, aktiviti yang pernah buat kat sini.
A : Pasal video yang orang takut tu. (gelak) D : Video ni untuk sokongan supaya kami dapat dan kami boleh dengar balik rakaman. A : Sebab saya takut dia punya fakta tu bila bukak dalam fb nanti kan, ha apa haji ni bagi salah patutnya. Bukan tahun itu tu. Ha itu yang risau nu. Dia kena ada skrip tu ha masjid bukak bila, tahun berapa, rasmi. Boleh lah kalau tengok plak dekat luar tu tahun berapa ya. Begitu. D : Ya, kami dah tengok. A : Tapi pakcik bukan orang yang macam.. C : Orang otai ye. A : Bukan maksud otai tu. Maksudnya bukan orang yang mula-mula apa namanya, kariah masjid sinilah maksudnya. Ha macam tu. Kalau bagitau orang sejarah ni biasanya dia nak fakta. Betui dak? D : Betul encik. A : Kalau salah fakta kang macam mana… (gelak) Takpe, macam ni. Takyah..toksah ambik video tu dulu. Nak cerita secara gambaran la dulu kan. Okay masjid ni yang pakcik ingat dibina tahun 1996. Atas nama Sultan Nazrin Shah sebabnya atas sumbangan besarnya daripada Raja Nazrin Shah yang pada masa itu dia Raja Muda. Jadi, sekarang ni, dia Sultan Perak lah..kan? D : Ya. A : Raja Nazrin tu dulu. Ha kenal kan. D : Ya.
A : Jadi, dia penyumbangnya. Kos buat masjid ni nilai lebih kurang nak dekat RM1 juta la tapi RM900 ribu lebih la lebih kurang. Tu yang saya kata nak fakta tu. Jadi, perasmiannya tahun ‘98 tak silap saya oleh Sultan Perak pada masa tu iaitu bapak kepada Raja Nazrin ni lah. D : Oh dia.. A : Ya, dialah perasminya. Jadi, masjid tu pada masa tu diikutkan macam inilah rupenye. Cuma adalah tambahan-tambahan sikitkan. Dah diupgradekan kan. Ha, jadi tidak ada banyak yang perubahannya dari struktur asal dia tu. Yang lagi apabila apa namanya..yalah bertukar jawatankuasa apa semua kan..adalah perkara-perkara lain yang contohnya yang paling ketara kamu nampak kan..antaranya dulu takde bilik mandi jenazah. Sekarang dah ade. D : Oh, bilik mandi jenazah kat situ? A : Ya, belah sana. Cuma dia umm, apa namanya fountain tu, air pancut tu dulu depa pakai kolam je kan.. Sekarang buat macam tu, kita upgrade macam tu ja lah. Pahtu, ada la…Tapi asalnya macamnilah dulu. D : Oh, memang macam ni.. A : Memang macamnilah bangunannya. Cuma tambah-tambah sikit macam tu lah. Pastu dia punya landskap tu macam tu la. Ubah-ubah suai je la. Nak tanam pokok la apa la..kan. Banyak la pokok pisang dekat belakang (gelak). Jadi, itu dia tidak ada apa yang nampak macam apa dia panggil konsep. Masjid dia panggil adala, ada yang dia panggil konsep ummm, apa masjid dalam taman lah, masjid dalam kebun lah, macam-macam la kan. Macam Masjid Ulu Kinta, masjid dalam kebun. Kalau masjid yang ni kang, tengok dia punya rekreasi dia macam mana kan. Kalau ikutkan masjid ni masjid orang kate masjid separuh bandar. Urban…urban apa nama urban mosque. Ha
sebab dia kampung ada, belah sana ada rumah sikit.. Begitu. Lebih kurang macam tu lah gambarannya. D : Kiranya kalau macam waktu mula-mula pembinaan masjid ni pun, memang rupa dia macam ni? A : Ya, tiada apa-apa perubahan sangat. Dengan tingkat atasnya apa semua dengan aktiviti dia macam-macam lah. Kelazimannya, aktivitinya biasalah. Kalau misal kata, hari sempena kan. Contohnya kalau, hari-hari kebesaran Islam, adalah kita buat sambutan. Ha macam Hari Raya mestilah tiap-tiap tahun kan. Kalau program sempena apa..lahirnya Rasulullah..apa orang panggil ni, Maulidur Rasul. Pastu ni nak sambut Israk Mikraj ni 18 haribulan. Dia ada lah bentuk-bentuk program tu kadang-kadang kita olah lah. Tapi yang pastinya ada ceramah umum. Kemudian, bila mula Ramadan pulak, ha meriahlah..haa. Biasalah kalau bulan Ramadan meriah, ada Terawih apa semua kan. Tapi meriahnya kadang-kadang 1 Ramadan hingge (gelak) 15 Ramadan jela. Lepastu tengok orang beransur-ansur la. Pastu kita buat la majlis moreh, iftar dekat ni kan. Kemudian kalau Hari Raya kang, kita buat la solat raya apa semua dan disamping itu, kita ada buat macam program khas kan. Contoh ada kerjasama dengan sekolah, kita buat kalau cuti sekolah kang, ada majlis khatan kan. Pastu majlis, baru-baru ni kita buat apa namanya bacaan Yasin untuk budak-budak yang nak ambik SPM. Lepaihtu, apa namanya..ni..pengurusan jenazah..(gelak) Kita buat apa ni semuanya pengurusan jenazah ni mandikan, kiranya ada model la kan, budak-budak tu. Jadi, kita buatlah kursus-kursus macam tu. Pastu dengan sekolah, pahtu ada juge dengan NGO-NGO antaranya baru ni kita buat macam satu sukan memanah dan juga berkuda. Penah buat baru ni. C : Ada. A : Ada namanya tempat, kawasan yang luas kan. Jadi NGO ni buatlah memanah pastu kita ada buat berkuda.
D : Di kawasan masjid ini lah? A : Di kawasan masjid ni. Kawasan masjid. C : Perkarangan masjid. A : Dia buat kat situ kan. Itu antaranya. Kemudian, ada jugak program-program yang kadang-kadang ummm, macam kempen la. Kita buat kempen solat pon kita ada buat dengan kerjasama DBI. Itu tahun lepas le kita buat sempena..rasanya itu bulan apenye tu. Israk Mikraj ke apa ke. Tak ingat saya. Tapi ada la sempenenye kan. Jadi, kita buat kempen solat apa semua. Itu kelaziman yang kita buat la. Yang lain-lain itu ada lah. Apa namanya kempen-kempen oleh anjuran-anjuran jabatan-jabatan lah. Macam contohnya, Kelestarian Masjid kan. Contoh, Jabatan Alam Sekitar. Kita menang, dapat nomber tige. D : Itula, kami ada tengok dekat..papan. A : Oh, ada tengok sijil dah. (gelak) D : Ya, ada tengok kejayaan-kejayaan..Banyak la. A : Pastu adale lah macam anjuran Bank Rakyat pulak, sebab kita salah,,apa menjadi customer kepada Bank Rakyat ni. Kita pencarum, um dapat la Pengurusan Kewangan Tertinggi. Macam tu. Jadi itu antaranya la kan. Sebelum ni ada lah seperti anugerah-anugerah yang lain. Landskap cantek lah apa semua lah kan. Kira lagi kami jawatankuasa dia bertukar-tukar. Ada sesi ni. Tu pon akan datangnya adalah…. D : Dia bertukar macam mana tu. Secara tahunan? A : Dia bertukar dua tahun sekali. Dia punya term tu dua tahun sekali. Jadi jawatankuasa ni bertukar jadi terpulang la kepada jawatankuasa tu la dia nak buat apa
semua program tu. Tu juga ada kita buat kadang-kadang, macam contoh, pegawai masjid, imam, bilal itu kan, dia ada tukor-tukor tu kan. Kadang, ikut keperluan. Ikut keperluan. D : Tuan Haji cakap tadi hubungan Masjid Raja dengan Bank Rakyat. Apa yang..? A : Oh, maksudnye kami ni pen..um…duit dana masjid ni simpan kat Bank Rakyat. Jadi Bank Rakyat, dia ade le dia punya ape orang kate, kempen-kempen simpanan ni orang panggil kan. Jadi kami ni salah sorang customer dia lah. Jadi, dapat la anugerah tu. Dah dua kali dapat dah. Dapat duit pulak tu dia bagi. Mula RM1000 lepastu RM2000 dia bagi. Kalau macam tu bagus le. Itu antaranye la. Ha lagi satu, van jenazah pon kita dapat sumbangan dari Kastam. Kereta bukan calang-calang tu. Tu kerete ape Estima tu. Kereta mewah tu. Jenazah pon..(gelak). Allah Akbar. D : Pihak Kastam dari sekitar sini lah? A : Bukan. Kastam Teluk Intan. Kita mohon la, mohon. Ha, yang ni 18, kita buat iklan tu. Kat TV tu, Israk Mikraj 18 haribulan. Itu antara sempena la. Majlis-majlis sempena. D : Kalau iklan-iklan, atau aktiviti yang dilaksanakan ni, macam mana masjid ni macam menyebarkan untuk..? Cara dia..? A : Oh, maksudnya dari segi kempen la..ye. D: Ya. Ya. A : Antaranya kita buat waktu Jumaat, kita announced la, buat pengumuman. Kemudian, kita ada letak banner lah. Banner tu maksudnya orang awam nampak lah. Pastu kita ada juge group masjid, group Kariah Masjid kan. Kita iklan kan je dalam tu. Itu antaranya. Alhamdulilah, maknanya dari segi maklumat tu sampai pada kariah.
Sampai. Itulah tiga..tiga..tiga apa..tiga medium tu lah yang kita salurkan. Macam tu lebih kurangnye lah. D : Sebab selalunya kan aktiviti ni, orang masjid ja akan sertai. Macam orang luar tu.. A : Iyele. Itu dah semestinye lah. Tapi, yelah, maknanya ada lah cara, ada jugak le bila majlis tu, diorang datang. Macam contoh, kita ada slot Subuh tadi kan. Kita buat le makan-makan, satu cara tarikan la. Kuliah Subuh kita ada makan. Begitu jugak majlis tertentu kan. Bila ada majlis, kita buat makan. Pastu, penyertaan orang awam pulak, bila malam Jumaat pulak, kita buat baca Yasin. Banyak la orang hantar makanan. Pantang malam Jumaat je, kadang-kadang tak termakan. C : Betul ye. A : Sampai lima enam orang orang, apa enam keluarga, apa enam enam apa panggil ni…enam keluarga la C : Enam cabang la. A : Enam cabang la kita kate. Yang hantor makanan.. C : Yang hantor makanan lebih. A : Sampai macam tu sekali. Bila kita..Kadang dah ramai, dah banyak kan, terpaksa bawak balik je la rumah. D : Kiranya, kalau hantar tu, tanpa makluman awal ataupun macam? A : Dia tanpa makluman. Maklumannya bila dia nak hantor je. Kami nak hantor ni. Macam tu je. Dia takdak notis awal tu takde la. Macam tu. Kemudian, kita ada la maksudnya masjid ni kita ada apa dia panggil perancangan jangka pendek, perancangan jangka panjang. Perancangan jangka pendek ni dia mana-mana
keperluan yang perlu cepatkan, kita cepatkan la. Kan. Pastu ada juge jangka panjang, kite nak buat dewan. Itu ada brochure dia. Nak buat Dewan Serbaguna. Sebab masjid ni ada kawasan, kena buat dewan. Tujuan nak buat dewan ni maknanya untuk tujuan masyarakat. Kalau buat ceramah ke. Yelah, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bahkan kalau orang nak buat kenduri kahwin pon, kita buat kat dewan. Kan sekarang ni konsep kita buat kenduri kawen dekat dewan kan, bukan buat kat rumah. Maksudnya, serbaguna lah. Mungkin kalau dewan tu pulak boleh sesuai untuk main badminton ke kan, main takraw ke kan. Kena buat macam tu la. Tapi kita tengok la sebabnye, kita taktau lagi bajet yang kita dapat, apani kutipan yang kita dapat. Jumlah dia kan. Jadi kita dah dalam kempen la sekarang ni untuk proses duit yang terkumpul ade RM150 ribu lebih lah. Macam tu. Kemudian, yang tu lah. Yang lain-lain tu macam mana saya sebut tadi lah, apa namanya tempat wuduk kita upgrade kan, pastu tempat motosikal tu, itu semua baru buat la tu. Pastu ni ha jarang ada masjid pintu orang kate kite berdiri je bukak sendiri ni. Masjid ni. Ade ade masjid lain pon ade sebenarnya. Tujuan deme bukak sendiri pintu die. Itu antara yang projek la. Gitu. Ya lah, mana yang kita patut buat upgrade, kita upgrade lah. Boleh kot yang itu? D : Boleh boleh. A : Sebab yang itu saya berani bagi maklumat la. Tapi kalo sebut bila masjid ni betul-betul.. Ha ini orang lame le. Tahun berapa masjid ni bukak? Ha Haji ni die orang lame kat sini, dia tau. B : Tahun 1995. Piling tahun ‘95. A : Tahun 1995. C : Tahun 1995 cucuk tanah. Piling tu. A : Ha asal cucuk tanah tu. Piling. Siapnya tahun 1996 en. ‘97?
B : Sebab saya ingat piling ni, masa arwah meninggalkan. A : Oh, nak terbit tu. B : Isteri dia meninggal kan. A : Haaa, ye ade ade dia punya kaitan cerita tu. Haa. B : Arwah tanya bangunan apa dia nak buat ye. Ha itu. A : Deme ni dari nu Institut Perguruan Kinta. B : Oh, nak buat, buat ni lah ape.. A : Deme nak buat macam satu tesis tu, bukan tesis la. Tapi lebih kurang la eh gitu. D : Untuk tugasan. Ye betul. A : Untuk assignments. Soal selidik ye. C : Yang dua tak bertanye ke? A : Nak rakam-rakam takpeleh. Pasal takut salah. D : Kami sama. A : Oh, lebih kurang. Sama ye. (gelak) Sebab ada Haji ni kan dia orang yang lame la. Kalau istilah Arabnye, “Assabiqun”. Orang-orang lame. B : Orang putih cakap, veteran.
A : Ha orang putih cakap veteran. Bukan old man ke? Boleh la dia backup, jadi orang lame yang. Sebab saya, duduk di kampung ni tahun 1997 mana masjid ni dah ada. Sekarang ni, pakcik pegang jawatan Bendahari. B : Maknanya, senang le nak ingatnye. ‘96 dah siapnye. A : ‘96 siap. Ye, betul lah tu. Tahun ‘96 siap. Sebab saya pindah ni 1997, tengok dah ada dah. D : Kiranya pakcik ni, lama jugak la. A : Eh lame tu memang ore lame. Udah enam siri. Ha ini tujuh siri. (gelak) Atok-atok dah kami ni. D : Kiranya tanah yang dipilih ni..tanah? A : Ini tanah kerajaan lah. Tanah yang dirizabkan, yang diwartakan sebagai tanah masjid. Kan dia ada tanah yang dikanunkan. Ni dah..dah apa nama..dah diwartakan oleh kerajaan ni untuk masjid, ni untuk perumahan. Jadi salah satu dari tanah ni memang untuk tanah untuk masjid dan keluasannya 3 ekar. 3 ekar lebih macam tu la. Saya pon taktau keluasan sebenar lah. Dulu kan, masa saya baru pindah ni, tanah dia tak macam ni. Taman ni takde dan sebelah sananya hutan, belakang semua hutan, depan tu ade rumah teres besar-besar (gelak) yelah cina itu, kita panggil rumah teres (gelak). Itu rumah teres besar camtu, jadi bila malam-malam tu orang kata balik jauh mesti takut-takut sikit. Orang kata camtulah (gelak). B: Sebenar ni sebelah ni ade getah A: Ah, juga ade estet di belakang tu, dia bila dah naik taman nampak macam meriah. Sebab rumah cantik-cantik belakang ni. Rumah orang kata dekat-dekat dengan juta harga, rumah sebelah ni semua. Jadi dah ramai kan dia meriah lah. Buatkan jalan
semua, dulu jalan ade dekat kubur cina tu je. Untuk keluar masuk access yang dia orang ade. Sekarang ni macam-macam dekat sana boleh masuk, dari sana pun bole masuk, dah macam-macam kemudahan ade dengan pasar raya, TF, Speedmart, Speedmart sampai 3 ade, ni satu, satu belakang (gelak). Ade nak tanya lagi. B : Jemaah ramai lah. A : Ahha, jemaah ramai, jemaah yang paling ramai. B : Jemaah ingat dalam satu mill A: Kalau tiap-tiap hari tu, subur paling ramai , Subur sampai, sebab subur ni orang nak p kerja, kadang-kadang dah ready dah pakai baju kerja kan, solat sebelum pergi kerja tu. Kalau orang bekerja ni, dia zohor ngan asar takde lah, time dia kerja. Sebab deme ni orang muda-muda lagi, dulu sini kampung orang pencen ye kan. Jadi waktu tu bergantung kepada yang ada kan, tapi bila buka taman ni orang yang masih bekerja dia orang duduk, kadang-kadang nak pergi kerja ramai jugak. Bila hari jemaah memang penuh, jemaah orang kata berendang penuh, atas pun penuh , sini pun penuh. Bila hari raya tu kita pasang khemah pulak lagi ramai.(gelak) Orang kampung orang pekan balik kampung , jadi kita pasang khemah. Ade lagi (gelak). D : Kalau macam pendapatan masjid tu sendiri A : OK, pendapatan banyak sumber lah , antaranya tabung lah, tabung-tabung ni semua kutipan derma kariah ade yang berbentuk, yang yang yang orang kata rutinnya hari jumaat lah, hari jumaat. Darimat keharian kadang-kadang nak datang solat tu , waktu tu kan, masukkan duit. Waktu subur orang masuk, waktu zohor pun ade kan. Tabung itu kita buka seminggu sekali. Jadi itu salah satu sumbernya, kemudian adenya sumber kita letak tabung-tabung macam tabung tabung tepi pagar tu, yang tu kita baru lagi buat tu, yang tepi pagar tu kan, ni depan kedai tu, dia orang kadang-kadang lalu kadang-kadang pergi kedai ade syiling lebih tu dia masuk kan, tapi banyak juga . Itu
antaranya. Kemudian kita juga ade sumbangan yang berbentuk macam orang pergi bank dia tau masjid ade account, letak dalam account masjid. Ade juga yang sumbang macam yelah kita letak nama-nama pengurusan jenazah, ade tabung jugak pastu projek dewan dan sumbangan secara contohnya macam takalir kan bila kita buat taklir bagi pastu jugak ade orang yang kadang-kadang ade berlaku meninggal ke apa kan, orang ramai datang kan jugak ade orang sumbang. Tapi sambil itu majlis islam jugak ade bagi untuk elaun bilal, dia ade bagi dia punya posion. Kemudian, sumbangan-sumbangan yelah maksudnya macam-macam ada lah. D : Dari duit ke makanan macam mana A : Yang makanan saya sebut tadi lah jumaat lah. Macam contoh macam kami buat kuliah subur, malam baca yasin, apa namanya ni, budak-budak yang ambil periksa ni baca yasin, masjid ada buat peruntukan untuk makan untuk berapa orang berapa orang tiba-tiba ada individu yang orang kata yang jenis pemurah ni, kata takpe saya nak sumbang apa, jadi daripada seribu ringgit dah tinggal seratus, masjid keluar duit macam tu. Dia buat masjid ni insyaallah memang orang kata banyak pemurah insyaallah sumbang sumbangan ni takde masalah. Tu pasal kami berani nak buat rancang projek besar-besar ni (gelak). Lagi satu macam sumbangan ni kadang-kadang ade berbentuk macam contohnya tak bagi duit, dia bagi macam katalah contoh tengok depan kerusi itu kan, itu sebenarnya masjid takyah keluar duit tau. Kita baru rancang nak meja ceramah dan kerusi bagi elok. Cadangan masjid dah keluar kan tiba-tiba dah ade orang sumbang 3 ribu ke apa-apa.(gelak) Begitu juga benda-benda lain macam contoh tempat wuduk yang baru tu kita buat tu kan, itu bukan semua duit masjid tu kadang elok nak buat sudah ade orang nak sumbang. Sebahagian besar sumbangan tu kan takde keluar dari masjid. B : Termasuk carpet. A : Ye termasuk carpet. Carpet ni lagi ceat kita dapat duit, carpet ni dulu hampir 70 ribu tapi kita kutip duit macam nak wakah carpet kan tinggi lagi daripada costnya, macam tu
lah(gelak). Tambah lagi bulan puasa(gelak), sumbang lagi lebih. Banyak soalan lagi ni? (gelak) C : Dah tanya apa jawatan dia dalam ni A : Dah, dah bagitau, sebagai benderahari C : Agak-agak ade masalah kewangan jumpa dia (GELAK) A : Ni Aziz Bahari namanya, dia ni bilal D : Bilal, ada nama dekat carta organisasi kan? A : Takde, sebab dia gantian kan, nama tu banyak berubah tu. Sebabnya taulah kita lantik tu mungkin ade tempoh dalam tu dia kene pindah ke, kadang-kadang kami ni kan macam orang kata jadi pemerhatian masjid lain jugak. Tengok bilal kami sedap bagi banyak al-zan kan pulak kene kipnap, ade kami bilal baik kan pula pindah masjid lain di dah tukar. Begitu juga iman, kami juga ade seorang iman tu suara dia sedap kan semua kan pula kene beli di masjid di Kl sana D : Owhh, dia boleh buat macam tu A : Ye ada, tapi tak tau lah dia punya mohon, tapi jadi tulah ada dua orang berlaku. Seorang bilal, seorang iman Terpaksalah kita kene cari ganti. Antara bilal Aziz tu dia ganti bilal yang tu lah, bilal yang kene kidnap tu (gelak). Sedap lah kan dengar lah ni orang bilal ni kan ditawarkan. Bukan gaji tinggi ke apa kan macam kerja jugak lah, siapa tawar gaji tinggi(gelak). Bunyinya macam kelaka kan tapi betul lah itu , macam tu, nak buat macam mana kan. Memang bolehlah bukan katanya orang ni mata duit kan apa kan ialah sana lagi tinggi kan, itu pun nak buat macam mane terpaksalah relalah dah pergitu kan, mungkin itu lebih baik menjamin ke apa kan. Kita boleh bagi berapa yang kita mampu lah, itu juga kita naik-naikkan gaji ataupun elaun dia orang ni. Elaun macam
iman, ini boleh cerita tapi takpayah recordlah tapi tinggi seribu ade 4 orang kan, bilal pun dalam tujuh ratus lebih macam tu kan. Kadang-kadang kerja ni bukan 8 jam lah kan, ikut waktu je kan jadi mengikut time lah dia orang boleh kerja lain pula D : kan dia ikut kepada masjid bagilah A : Ye bergantung kepada keputusan jawatan-jawatan kuasa. Dia ni tak selaras dengan ni maknanya bukan masjid islam bilal banyak elaun, takde. Maknanya ade setengah masjid tu kadang kutipan tak banyak macam kita jugak bergantung kepada kemampuan masjid. B : Macam mana boleh datang masjid ini? D :Kami google, cari dekat google A : Sebab saya takut saya ada homestay dengan student UPM, dia orang buat praktikal sebulan di homestay saya tu, saya ingat gang-gang dia datang, deme buat doktor veterinar ni, binatang dia orang buat praktikal Queen tu takrak nombor kuda jadi dia orang pergi buat praktikal dekat apa binatang lah kuda. Sebulan duduk rumah tu agak-agak tak jumpa isteri kan (gelak), rupanya perguruan (gelak). D : Kami mari tadi tak de orang pukul sebelas pagi tadi. A : Kalau bulan ramadhan kan, memang banyak student datang antara UniKl, dia duduk, dia tiap-tiap hari datang ni. Yelah orang kata nak membuka kan masak rumah macam-macam ni kan, ni dah ready. Kita alu-alukan memandangkan kita ramaikan kita meriahkan. Kita orang duduk rumah bukan masak, makan sini jugak (gelak). Tambah lagi bujang-bujang kan( gelak), puasa sampai bulan puasa? D : Ye, sampai bulan puasa
A : Tapi bukan duduk kawasan ni lah D : Jauh jugak lah A : Owh, jauh, tak datang Ramadhan (gelak) ,di Hulu Kinta ye. Ni bukan semua orang Perak ni. Orang Melaka kan D : Melaka, Kedah, Ini Negeri Sembilan. A : Dan Negeri Sembilan ni B : Masjid besar kan A : Besar, dekat dengan Hulu Kinta D : Dekat dengan B : Perguruan A : Ahli parlimen dia PM 10 tu (gelak), betulkan termasuk Tambun D : Ye (gelak) A : Hebat tu (gelak) A & D : OK A : Sekejap ye. D: Sekarangkan digunakan sebagai masjid keraja Dr Nazrin Shah itu?
A: Tapi wartanya masih Dr Nazrin sebab kami tak de lagi arahan untuk tukar Sultan Dr Nazrin lagi. D: Oh, yang ni bukan secara rasmi ya? A: Ya, bukan bukan. sebabnya dia gajetingkan. Warta Arninya bila dia bila asalnya nama itu dia kan, kalau nak berubah tu mungkin. Tak tau lah itu orang kata ada dia punya lagi yang panggil peraturan naik la. Tapi kalau dah sebut Masjid Raja Nazrin, itulah nama dia. Walaupun dia dah ada Sultan ke, dah ada Doktor kan, hah tapi kita masih guna nama tu. Sebab dia melibatkan kadang-kadang senarai kata la tu nama-nama masjid di Perak ketika itu kan. Itulah nama yang digajetkan itu. Dia tak boleh kita pandai-pandai tukar. Tak boleh. Ada juga yang sebut-sebut Dawamiah. Tak boleh macam tu sebabkan bila wartanya macam tu begitulah dari nama kita bagi tu kan (gelak). D: Macam mana kalau untuk pembinaan masjid mula-mula ni dia ilhamkannya? A: Diani kadang-kadang mungkinlah bila kampung ni dah ramaikan, dia boleh komagetnya kot ramai bila kariah itu dah patut ada ramai boleh ada jemaah kan. B: Sini sikit kena buat. Dulu sini Sultan punya surau. A: Hah. ada cat kita. B: Ada anak dia, bapa dia yang selagi anak-anak. A: Hah dia nak cari tapak untuk Pak Cik B: Jadi apa nama, bila keman oleh apa skitaran Perak, kebutulan pula demonisma di sini
A: Lagi orang nak macam ni. B: Dato Nazrin dan bapanya A: Hah, itu cerita dia. Itu saya tak tau B: Tapi yang recommedkan baru dapat sini, jadi adalah ⅔ tempat, jadi pilihan di sini, usyadir A: Usyadir ni Ustaz Perak, Usyadir nama dia, dia ada dua orang jadi Ustaz perak,iman besar di negeri B : Sebab surau dia dulu mereka tengah mengutip duit untuk nak buat masjid A : Kiranya surau tu ada lagi B : Surau tu ada lagi A : Jadi sekolah B : Jadi bila dah dapat harta, masing-masing kata meluah dana kan, last sekali dia dapat A : Maknanya sumbangan daripada dia, saya dengar kalau tak silap, itu pun 960 lebih, hampir sejuta ni . Dia sumbang, maknanya fully la B : Asalnya daripada situ lah yang Nazrin A : Tapi sekarang dapat, ini macam kalau takde 10juta takde lah ,ni tahun 90an dulu. Dah lahir belum? Tahun bila?
B : 2003 (gelak) A : Mana-mana lagi (gelak). B : Awal dia punya rancangan tu.Surau lah A : Tapi lama ni pun nampak segar lah D: Kiranya kami ingatkan masjid ini dia upgrade. A: Upgrade? Tak. D: Sebab kami pon macam nak gambar-gambar lame dia ke. A: Saye cakap tadi macam mane rupe yang ade sekarang itulah seadanye, cume ubah bahagian dalam-dalam macam yang saye sebut tadi, tempat wuduk. Tempat wuduk tu dulu macam kolam, apa dia panggil eh? Kolam tertutup orang panggil kolah. Tapi kami rasa tak sesuai, nak simpan air boleh la eh kan. Tapi kolah ni tahu la kan, takut tak terjage ade macam-macam dalam tu. Tengok dalam tu dia punya keladak tu dekat seinci, macam-macam ada dulu. Jadi bile keluar air kita tak nampak ape kat dalam kan, nak bersihkan macam mane kan. B: Tapi asalnye landskap ni, dah siap tanam anak pokok keliling tu yang menang semua bende tu. A: Banyak, tapi ni sebahagian je lain-lain ade lagi. B: Tapi sekarang dah banyak diubahsuainya, pokok-pokok tu kene tebang nak buat parking sebab dulu-dulu kereta tak banyak tapi sekarang ni kalau sembayang maghrib atau isya ni penuh.
A: Ha, ni pon dah penuh banyak kereta. B: Jadi terpaksa buang pokok. A: Buang pokok jadikan tempat letak kereta, dulu takde la tar dekat situ banyak pokok je. B: Zaman dulu memang sesuai banyak pokok. A: Dulu ada peruntukan untuk pokok semua tu. B: Tapi pokok-pokok yang takde buah la kan, tapi sekarang ni tanam pokok pisang, pokok sukun, pokok mangga. Kurma pon kita tanam tu belakang tu tapi tak naik-naik. Pokok pisang kita buat dekat belakang tu. B: Semua berbuah eh? A: Semua berbuah, ada kami tanam Durian Musang King sepokok kononnya tapi tak jadi. (gelak) D: Jadi daripada pandangan pakcik, apa keistimewaan masjid ni berbanding dengan masjid lain? Macam kelebihan yang masjid ni ada tapi masjid lain takde. A: Dia kalau masjid yang berhampiran ni kan, kami tanah luas sikit la itu kelebihan kami. Contoh masjid dekat Kampung Melayu, laluan untuk masjid macam parking tu kan cramp. Macam masjid dekat sebelah sana tu kan, panggil masjid Pengkalan Jaya tu pon memuatkan untuk masjid saje. Die takde kawasan macam kita sangat nak tanam-tanam ni takdelah. Tu yang kami rancang nak buat dewan sebab tanah luas tu la. Mungkin tu la kelebihan dari yang lain kot, tapi yang lain-lain tu mungkin dorang ade kelebihan sendiri la kan. Macam masjid Kampung Melayu tu dia punya pengerusi dulu
mufti Perak. Hebat la juga kan kelebihan dia. Mufti Perak dah takda da arwah sakit Covid dulu kan dah umur lapan puluh lebih. D: Kirenya perancangan terkini untuk masjid ini adalah dewan serbaguna tu la. A: Ha, kira yang tu projek yang besar. Kami banyak nak buat bende yang kita nak upgrade kan. Baru-baru ni kami upgrade aircon kan tengok aircon yang berdiri tu. Aircon kat atas tu tak mampu nak tampung jemaah, kadang-kadang guna banyak aircon tapi tak sejuk. Baik kami pasang aircon yang berkuasa tinggi sikit jadi terasa la kan, haji ni kene pakai baju dua tiga lapis la kan. Ni kami pasang empat je dah sejuk kat dalam, yang atas pasang sampai dua puloh tapi tak sejuk pon jadi api pon jimat sikit. Jadi macam yang saye sebut tadi tu pintu automatik dengan macam-macam yang boleh kita upgrade. Kita ada juga rancang nak buat bangunan tambahan sikit dekat belakang tu untuk bilik bilal dengan imam bagi selesa sikit. Kadang dalam bilik imam bilal ni kan dah bermacam suis dalam tu jadi diorang pon berserabut kan dengan kamera CCTV semua dalam tu. Jadi kita nampakla semua bende ni macam kesian dekat deme. Macam imam contohkan nak ambikla mase untuk buat hafalan, bacaan surah ke jadi kene ade tempat yang kondusif la kan. Tu kita ade rancangan la untuk pecah dinding tu untuk tambah ruang tapi belanja besar la jugak kan. Tapi kami fikir, duit ade tapi pasal peralihan kuasa biar orang baru yang buat. Karang kita buat kang nanti orang baru ambik takde modal pulak nak buat ape semua orang dah buat. D: Kalau yang dekat bangunan belakang tu? A: Bangunan belakang tu kita jadikan bilik mesyuarat, dulu kita buat jugak kelas-kelas fardhu ain tapi dia kecik sebab dia stor jadi nanti cramp la kan. Kemudian, tempat wuduk ni dulu tak cantik la kan jadi kita cantikkan jadi photobooth, dulu orang kata tempat wuduk macam tu je pastu letak depan masjid pulak kan jadi orang kata tak nampak cantik la macam tu. Jadi kita bagi upgrade biar cantik sebab ni pon tempat nikah juga jadi bila dah nikah boleh ambik gambar dekat photobooth tu. Nak nikah boleh ambik dekat sini. (gelak)
D: Kalau macam kelas mengaji dengan kuliah kire memang aktif la buat dekat sini? A: Kuliah maghrib tu memang boleh dikatakan kira dalam dua puloh hari tu memang adela. Tetiap malam takde cuma malam jumaat kita memang takde kuliah sebab bagi untuk program masjid dan juga tahlil. D: Ada ke macam gambar-gambar? A: Lagi satu korban, korban memang meriah dekat sini. Kita ade buat program korban raya haji. Kemudian, sampai dua puloh ekor, kita ade tempatla buat korban, sesetengah masjid nak buat takde tempat tapi masjid kami okay pasal kawasan dia luas. B: Sampai tak mampu nak buat. A: Sampai tak mampu nak terima sebab dia bergantung kepada pekerja kan, kalau sampai dua puloh ekor tu pon kami buat dua hari. Hari pertame berape ekor, hari kedua berape ekor jenuh. D: Rasanye itu saje soalan kami, boleh kami nak nama pakcik? A: Pakcik name Mohamad Azlan bin Jamaludin umor 65 tahun. Yang ni Tuan Haji Haris bin Husan umor 73 tahun dah.