The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by itadin7485, 2022-07-06 00:39:48

Digest 2022

Digest 2022 KKJS

Keywords: Digest 2022 KKJS

soalan berbentuk kajian kes. Dengan alat ini, pelajar lebih mudah memahami
dan merasai situasi yang diceritakan dalam kajian kes tersebut. Alat ini dapat
membantu kelancaran proses pdp bagi kursus Etika Profesional. Hasil
pembelajaran bagi kursus ini adalah untuk pelajar menguasai dan
mengaplikasikan pengetahuan berkenaan etika dalam menyelesaikan kajian
kes dan juga dalam kerjaya perakaunan mereka di masa depan.

6. Kesimpulan
Melihat pada tahap penerimaan yang positif dan maklum balas yang
diberikan, alat bantu mengajar ini mempunyai potensi untuk meningkatkan
minat dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran kursus Etika Profesional.
Alat ini dapat berfungsi untuk memberikan pengalaman kepada pelajar bagi
merasai bagaimana menggunakan ilmu etika yang dipelajari untuk
menyelesaikan kajian kes yang diberikan. Penggunaan alat ini juga memberi
keseronokan dalam belajar kerana adanya unsur interaktif sepanjang proses
pdp dilaksanakan. Dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai
dalam pdp, pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang isi pembelajaran
akan meningkat. Sebagai pendidik, alat E-S Investigator dan Values Flashcard
ini dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas.
Pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan dapat menarik perhatian dan
mengekalkan minat pelajar sepanjang proses pdp berlangsung.

Rujukan

Abdullah, M., Abdullah, A. H., Rosman, A. S., & Ilias, M. F. (2015). Garis
panduan hafiz al-quran menurut pandang al-nawawi. Kertas
dibentangkan dalam International Conference on Islamic Education
and Social Entrepreneurship 2015. Dicapai dari
https://www.academia.edu/19775153/Garis_Panduan_bagi_Hafiz_al
-Quran_Menurut_Pandang_Al-Nawawi

Abdullah, R., Wan Mat Ali, W. N., & Jusoh, A. (2021). The Use of Teaching
Aids

(BBM) in the Subject Theme of “Colonization in Southeast Asia in the
19th Century”. Perspektif: Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 13(1),
1-13. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol13.1.1.2021. Dicapai
dari
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/3466

Bakhir, N. M. & Zamri, M. Z. I. (2016) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Berasaskan Papan Pelbagai Sentuh Untuk Pembelajaran Sains Tahun
Tiga. Kertas dibentangkan dalam 2nd International Conference on
Creative Media, Design & Technology (REKA) 2016, Pulau Pinang,

46

Malaysia. Dicapai dari
http://eprints.usm.my/39549/

DeYoung, S. & DeYoung, S. (2003). Teaching strategies for nurse educators.
Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall Health.

Herreid, C. F., Schiller, N. A., Herreid, K. F., & Wright, C. (2011). In case you

are interested: Results of a survey of case study teachers. Journal of College
Science Teaching, 40(4), 76–80.

Ilias, M. F., Ismail, M. F., & Jasmi, K. A. (2013). Faktor dorongan dan
halangan penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru Pendidikan Islam di
sekolah bestari. Kertas dibentangkan dalam 3rd International Conference on
Islamic Education, EPF Institute, Kajang, Selangor. Dicapai dari

http://eprints.utm.my/id/eprint/37714/

Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H., & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Amalan

penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang

Pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysia. Journal of Islamic and
Arabic Education, 3(1), 59-74. Dicapai dari
http://journalarticle.ukm.my/2370/

Kaddouro, M. A. (2011). Critical thinking skills of nursing students in lecture-

based teaching and case-based learning. International Journal for the

Scholarship of Teaching and Learning, 5(2), 1–18.
https://doi.org/10.20429/ijsotl.2011.050220. Dicapai dari

https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1136284.pdf

Khoiri, N., Huda, C., Saefan, J. & Kurniawan, W. (2021). Development of

Current Stick Teaching Aids to Improve Students' Generic Science
Skills. Jurnal Ilmu Pendidikan Fisika, 6(1), 39-44. Retrieved from
https://journal.stkipsingkawang.ac.id/index.php/JIPF/article/view/

1907

Lambri, A., & Mahamood, Z. (2019). Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam
Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan Pendekatan Pembelajaran

Berpusatkan Pelajar. International Journal of Education, Psychology
and Counseling, 4 (33), 78-94.
DOI: 10.35631/IJEPC.433007. Dicapai dari

http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2019-33-12-07.pdf

Libau, C. M. & Ling, Y. L. (2020). Peranan bahan bantu mengajar dan

persekitaran maklum balas dalam meningkatkan kualiti pembelajaran
pelajar. Kertas dibentangkan dalam Conference: National Research
Innovation Conference (NRICon 2020), Kuching, Sarawak. Dicapai dari
https://www.researchgate.net/publication/344781071_Peranan_bah
an_bantu_mengajar_dan_persekitaran_maklum_balas_dalam_mening
katkan_kualiti_pembelajaran_pelajar

Mahdi, O. R., Nassar, I. A & Almuslamani, H. A. I. (2020). The Role of Using

Case Studies Method in Improving Students' Critical Thinking Skills in
Higher Education. International Journal of Higher Education, 9(2), 297-
308.

47

DOI:10.5430/ijhe. v9n2p297. Dicapai dari
https://www.researchgate.net/publication/339798114_The_Role_of_

Using_Case_Studies_Method_in_Improving_Students'_Critical_Thinkin
g_Skills_in_Higher_Education

Mokhtar, M. M., Jamil, M., Mansor, E. I., Sharef, N. M., & Khambari, M. N. M.
(2021). Inovasi Video Pengajaran 360 Darjah: Penerimaan Bakal Guru

Bahasa Melayu Terhadap Penggunaan Teknologi Realiti Maya (Virtual
Reality) dan Aplikasi ThingLink. International Journal of Modern
Education, 3(10), 19-31.
DOI: 10.35631/IJMOE.310002. Dicapai dari
http://www.ijmoe.com/PDF/IJMOE-2021-10-09-02.pdf

Nordin, M. K. (2011). Pelancaran Pelan Tindakan Fasa 2 Pelan Strategik

Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Kementerian Pengajian Tinggi,
Malaysia. Dicapai dari

https://www.yumpu.com/id/document/read/8892806/pelan-
tindakan-pengajian-tinggi-negara-fasa-2-kementerian-

Ordu, U. B. A. (2021). The Role of Teaching and Learning Aids/Methods in a
Changing World. BCES Conference Books. Retrieved from
https://files.eric.ed.gov/fulltext/ED613989.pdf

Othman, M. A. (2007). Keberkesanan kaedah pengajaran berbantukan
komputer di kalangan pelajar pencapaian akademik rendah bagi mata
pelajaran Geografi tingkatan 4 di Negeri Sembilan (Unpublished
Doctoral Thesis). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Dicapai dari
http://eprints.usm.my/29417/1/Keberkesanan_kaedah_pengajaran_
berbantukan_komputer_di_kalangan_pelajar_pencapaian_akademik_r
endah_bagi_mata_pelajaran_geografi_tingkatan_4.pdf

Othman, N. F. (2010). Tahap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Kalangan
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Tesis Sarjana.
Universiti Teknologi Malaysia.

Popil, I. (2011). Promotion of critical thinking by using case studies as
teaching

method. Nurse Education Today, 31(2), 204–207.
https://doi.org/10.1016/j.nedt.2010.06.002

48

E-KOLEKSI APLIKASI CARIAN TAJUK MINI PROJEK
DALAM KURSUS PENGATURCARAAN VISUAL BASIC

Fadilah Binti Mat Assain @ Hashim
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson

E-mail: [email protected]

Noremy Binti Che Azemi
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson

E-mail: [email protected]

Abstrak
E-Koleksi telah digunakan sebagai aplikasi mencari tajuk mini projek bagi
kursus Pengaturcaraan Visual Basic program Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Komputer) di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port
Dickson. Tiga Objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti i) tahap kefahaman
pelajar mencari tajuk mini projek kursus Pengaturcaraan Visual Basic yang
mengikut kehendak silibus; ii) Persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi
E-Koleksi dalam mencari tajuk mini projek kursus Pengaturcaraan Visual
Basic; dan iii) tahap kesediaan pelajar menyediakan tajuk mini projek bagi
kursus Pengaturcaraan Visual Basic menggunakan aplikasi E-Koleksi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Sampel responden terdiri daripada 55 orang
pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang mengikuti kursus
Pengaturcaraan Visual Basic. Soal selidik digunakan sebagai instrumen
kajian untuk mengukur tahap kesediaan responden dari segi persepsi pelajar
dalam menggunakan aplikasi E-Koleksi. Berdasarkan dapatan yang
diperoleh, kefahaman pelajar mencari tajuk mini projek kursus
Pengaturcaraan Visual Basic mengikut kehendak silibus berada pada tahap
tinggi dengan jumlah skor min 4.50 dan sisihan piawai 0.0301. Seterusnya
persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi E-Koleksi dalam mencari
tajuk mini projek kursus Pengaturcaraan Visual Basic berada pada tahap
tinggi dengan jumlah skor min 4.45 dan sisihan piawai 0.0351. Seterusnya
tahap kesediaan pelajar menyediakan tajuk mini projek bagi Kursus
Pengaturcaraan Visual Basic berada pada tahap tinggi dengan jumlah skor

49

min 4.35 dan sisihan piawai 0.723. Kajian yang dijalankan telah
membuktikan aplikasi E-Koleksi berjaya meningkatkan tahap kesediaan
responden dalam mencari tajuk mini projek Pengaturcaraan Visual Basic.
Justeru, penggunaan aplikasi ini diharap dapat membantu pelajar kursus
Pengaturcaraan Visual Basic mencari tajuk mini projek yang selaras
kehendak silibus.
Kata Kunci: E-Koleksi, Aplikasi, Pengaturcaraan Visual Basic, Mini Projek,
Kesediaan Pelajar

1.0 Pengenalan
Budaya carian maklumat secara atas talian merupakan teknologi yang
membantu proses pengajaran dan pembelajaran masa kini. Kaedah ini bukan
sekadar memudahkan proses pembelajaran malahan dapat menarik minat
dan menjadikan hasil matlamat pembelajaran lebih tercapai. Peningkatan
penggunaan pencarian maklumat elektronik ini sedikit sebanyak telah
mengubah pencarian secara tradisional yang biasa dilakukan oleh mereka.
Ini memberi satu pengertian bahwa pengguna sedang menuju ke satu era
ledakan maklumat yang tiada had dan batasannya (Azlina,2004).
Aplikasi carian yang terdiri dari beberapa komponen interaktif seperti teks,
grafik dan animasi menjadikan pilihan untuk pencarian maklumat lebih
meluas. Teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan
kecekapan pelajar dalam penggunaan peralatan dan aplikasi teknologi
maklumat bagi memastikan mereka dapat terus bersaing dalam era ekonomi
berasaskan pengetahuan ini (Zul Hilmi, Halimaton Shahrudin dan Ahmad
Nazrul, 2016).

1.1 Pernyataan Masalah
Beberapa pernyataan masalah dikenalpasti sehingga aplikasi ini
dibangunkan. Antaranya adalah:

I. Kesukaran pelajar Kursus Pengaturcaraan Visual Basic bagi Program
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) mendapatkan idea tajuk
mini projek yang selaras dengan keperluan silibus.

II. Kesukaran pelajar mengenalpasti tajuk mini projek yang dicadangkan
agar tidak sama dengan tajuk kumpulan pelajar lain.

50

III. Tiada platform pangkalan data yang selamat untuk simpanan tajuk-
tajuk mini projek yang telah dilaksanakan.

1.2 Objektif
Kajian ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif yang telah dikenalpasti.
Antaranya adalah seperti berikut:

I. Tahap kefahaman pelajar mencari tajuk mini projek kursus
Pengaturcaraan Visual Basic yang mengikut kehendak silibus.

II. Persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi E-Koleksi dalam
mencari tajuk mini projek kursus Pengaturcaraan Visual Basic.

III. Tahap kesediaan pelajar menyediakan tajuk mini projek bagi kursus
Pengaturcaraan Visual Basic menggunakan aplikasi E-Koleksi dalam
pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Kajian Literatur

Keberkesanan penggunaan aplikasi dalam talian bagi tujuan pembelajaran
diakui efektif dan efisien (Lim dan Fakhrul Anuar, 2002). Menurut Al-
Mobaideen, Allahawiah, & Alkhawaldeh (2012), revolusi dalam pembelajaran
dan aplikasi pendidikan komputer dan juga penggunaan komputer dalam
pendidikan adalah masih baru dan berkembang dari hari ke hari sehingga
akhirnya konsep pembelajaran dalam talian berpandukan teknikal
diperkenalkan untuk membekalkan ilmu pendidikan kepada pelajar melalui
cara yang efektif.
Penggunaan aplikasi dalam talian memberi kesan perubahan dalam proses
pendidikan. Ia boleh membentuk semula era pendidikan yang memerlukan
konsep baru dan menarik. Kesannya, penggunaan aplikasi dalam talian
sebagai medium pembelajaran amat luas digunakan (Mad dan Mohd, 2012).
Menurut pandangan Yusup (2012), penggunaan aplikasi dalam talian yang
berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran serta model dan amalan
terbaik penggunaan aplikasi pembelajaran dalam talian. Beliau mendapati
banyak kajian menunjukkan bahawa pembelajaran dalam talian telah
meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan atau latihan di institusi
pengajian tinggi (IPT) khususnya di institusi yang mengamalkan pendidikan
terbuka dan jarak jauh atau yang mengamalkan mod pembelajaran teradun.
Ledakan teknologi masa kini juga menjadikan penggunaan aplikasi dalam
talian bagi tujuan pembelajaran adalah lebih terbuka dan masa pelajar yang
diperuntukkan untuk belajar juga lebih anjal dan fleksibel menurut Hui Yong

51

Tay (2015). Turut diakui oleh R. Kurniawan (2012) menekankan kelebihan
penggunaan aplikasi dalam talian sebagai platform pembelajaran yang boleh
dijalankan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa. Ini menunjukkan
pembelajaran dalam talian dapat melatih pelajar lebih berdikari dan belajar
mengikut kesesuaian sendiri dan menjadikan seseorang pelajar lebih
berkeyakinan dan produktif dalam pelajaran mereka.

3.0 Metodologi Kajian
Proses pembangunan aplikasi ini juga telah melalui beberapa fasa bermula
dari proses idea sehingga kepada produk akhir. Pemilihan model reka bentuk
Hannafin dan Peck telah dipilih sebagai fasa pembangunan aplikasi. Model
reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) dalam Rajah 1 melibatkan beberapa
fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan fasa pembangunan.
Manakala proses penilaian dilakukan pada setiap fasa Setiap fasa ini dinilai,
diuji dan disemak secara berasingan untuk melihat keberkesanan secara
berterusan (Nurul, 2016).

Rajah 1: Model Reka Bentuk Hannafin dan Peck
Pada fasa analisis keperluan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan yang
melibatkan pelajar-pelajar program Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Komputer) Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson, Sesi
1:2021/2022 yang mengikuti kursus Pengaturcaraan Visual Basic.
Instrumen soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat
demografi responden dan soalan-soalan yang berkaitan bagi membangunkan
aplikasi ini. Seramai 55 orang responden telah memberi kerjasama menjawab
soalan soal selidik dalam tinjauan ini.
Skala Likert 5 Mata digunakan sebagai mengenal pasti tahap persetujuan
responden bagi setiap pernyataan. Tahap persetujuan Skala Likert 5 Mata
yang digunakan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

52

Jadual 2: Skala Lima Mata Yang Digunakan Dalam Borang Soal Selidik

Kenyataan/Skor Peringkat Skala
Min

Tahap Rendah Sangat Tidak 1
1.00-2.33 Setuju

(STS)

Tahap Sederhana Tidak Setuju (TS) 2
2.34 – 3.66 Tidak Pasti (TP) 3
4
Setuju (S)

Tahap Tinggi Sangat Setuju (SS) 5
3.67 – 5.00

Sumber: Diadaptasi daripada Mohd Majid (2000)

Fasa kedua dalam perlaksanaan kajian ini adalah reka bentuk aplikasi.
Segala maklumat yang telah di analisis daripada fasa pertama digunakan
untuk melaksanakan fasa reka bentuk aplikasi yang mempunyai ciri-ciri yang
dapat membantu proses pembelajaran dan pengajaran dalam talian dengan
lebih berkesan. Langkah seterusnya adalah mengenalpasti dan
menyenaraikan semua keperluan bagi membangunkan aplikasi tersebut.
Lakaran aplikasi telah dilakukan untuk memberi gambaran jelas tentang
rekabentuk aplikasi yang sebenar. Lakaran adalah seperti dalam Rajah 2 di
bawah.

Rajah 2: Lakaran antaramuka paparan menu

53

Setelah mendapat rekabentuk yang sesuai, fasa seterusnya adalah fasa ketiga
iaitu proses pembinaan aplikasi pembelajaran. Semasa proses tersebut, perlu
dipastikan setiap fungsi aplikasi adalah berfungsi dengan baik dan lancar.
Rajah 3 menunjukkan paparan antaramuka yang terdapat dalam aplikasi E-
Koleksi.

Rajah 3: Paparan antaramuka yang terdapat dalam aplikasi

4.0 Dapatan dan Analisis
Soal selidik pelajar dilaksanakan bagi menganalisis keberkesanan aplikasi.
Antara elemen yang dijalankan di dalam soal selidik pelajar adalah tahap
kefahaman pelajar mencari tajuk mini projek kursus Pengaturcaraan Visual
Basic yang mengikut kehendak silibus, persepsi pelajar terhadap penggunaan
aplikasi E-Koleksi dalam mencari tajuk mini projek kursus Pengaturcaraan
Visual Basic dan tahap kesediaan pelajar menyediakan tajuk mini projek bagi
kursus Pengaturcaraan Visual Basic menggunakan aplikasi E-Koleksi dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Seramai 55 orang responden yang terdiri dari pelajar-pelajar Sesi
1:2021/2022 yang mengambil kursus Pengaturcaraan Visual Basic telah
memberi kerjasama menjawab soal selidik yang diberikan. Rajah 4 dibawah
merujuk bilangan responden yang terlibat.

54

Rajah 4: Jumlah responden yang menjawab soal selidik
Rajah 5 dibawah menunjukkan tahap kefahaman pelajar mencari tajuk mini
projek kursus Pengaturcaraan Visual Basic yang mengikut kehendak silibus.
Sebanyak 6.7% responden menilai tidak pasti, 38.17% responden menilai
setuju dan 54.53% responden telah menilai sangat setuju. Ini menjelaskan
bahawa kefahaman pelajar mencari tajuk mini projek yang mengikut
kehendak silibus adalah tinggi dengan peratus tertinggi 54.53% dan jumlah
skor min 4.45 dan sisihan piawai 0.0351.

Rajah 5: Tahap Kefahaman Pelajar
Rajah 6 dibawah menunjukkan peratusan penilaian dari responden untuk
persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi E-Koleksi dalam mencari
tajuk mini projek kursus Pengaturcaraan Visual Basic. Sebanyak 12.71%
responden menilai tidak pasti, 36.10% menilai setuju dan 50.91% menilai
sangat setuju. Ini jelas menunjukkan bahawa persepsi pelajar dalam
menggunakan aplikasi ini sangat tinggi peratusan 50.91% dan jumlah skor
min 4.45 dan sisihan piawai 0.0351.

55

Rajah 6: Persepsi Pelajar
Rajah 7 dibawah menunjukkan peratusan tahap kesediaan pelajar
menyediakan tajuk mini projek bagi kursus Pengaturcaraan Visual Basic
menggunakan aplikasi E-Koleksi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Responden telah menilai 18.20% tidak pasti, 32.70% setuju dan 49.10%
sangat setuju. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa tahap kesediaan
pelajar tinggi dengan peratus 49.10% dan jumlah skor min 4.35 dan sisihan
piawai 0.723.

Rajah 7: Tahap Kesediaan Pelajar

4.1 Kepentingan aplikasi E-Koleksi
Berikut merupakan kepentingan aplikasi E-Koleksi yang telah dibangunkan
dan memberi banyak faedah kepada pelbagai pihak. Antaranya adalah seperti
berikut:
4.1.1 Kepentingan kepada pelajar
Merupakan platform rujukan khas bagi pelajar yang mengambil Kursus
Pengaturcaraan Visual Basic yang menyediakan contoh tajuk-tajuk mini

56

projek. Sebelum pelajar didedahkan penggunaan aplikasi E-Koleksi pelajar-
pelajar kekurangan idea untuk memilih tajuk mini projek yang sesuai bagi
penilaian kursus ini. Tambahan pula dari sampel item soal selidik 45.5%
responden tidak tahu tajuk mini projek perlu dicari oleh mereka sendiri
walaupun telah diberi penerangan Course Outline oleh pensyarah di awal
semester.

4.1.2 Kepentingan kepada pensyarah
Aplikasi E-koleksi sangat membantu kepada pensyarah kerana tidak perlu
lagi mengambil masa yang lama memberikan contoh-contoh tajuk mini projek
yang pernah dibangunkan kepada pelajar sewaktu pemilihan tajuk mini
projek. Masa untuk sesi pemilihan tajuk mini projek antara pensyarah dan
pelajar dapat dikurangkan. Manakala masa yang selebihnya boleh
diperuntukan untuk perbincangan berkaitan proses dan panduan
pelaksanaan mini projek.

4.1.3 Menjimatkan masa
Penggunaan aplikasi E-koleksi menjimatkan masa. Pelajar boleh merujuk
aplikasi ini dimana-mana sahaja tanpa mengira masa dan tempat sekiranya
tiada cabaran talian internet. Masa yang diperuntukan oleh pelajar untuk
menunggu pensyarah sewaktu didalam kelas bagi berbincang contoh tajuk
mini projek dapat dikurangkan sebanyak 56.4% sangat setuju dan 30.9%
setuju berdasarkan soal selidik sangat yang telah dilakukan.

4.1.4 Menjimatkan kos
Pembangunan aplikasi E-koleksi ini menggunakan perisian sumber terbuka
(open source) dan secara dalam talian. Tiada kos berbayar dikeluarkan untuk
proses pembangunan aplikasi ini. Secara umumnya kaedah capaian untuk
aplikasi ini tanpa perlu melibatkan pembayaran oleh pelajar.

4.2 Fenomena yang berlaku sebelum aplikasi E-Koleksi dijalankan.
Kaedah tradisional telah dilaksanakan sepanjang semester setiap kali tiba
sesi penghantaran proposal tajuk mini projek. Walaupun telah diberi
penerangan berkaitan pembangunan mini projek pelajar masih tidak dapat
memberi tajuk yang mengikut keperluan silibus. Secara umumnya mini
projek kursus Pengaturcaraan Visual Basic mengikut ketetapan Course
Learning Outcomes (CLO) dan Programme Learning Outcomes (PLO) mesti

57

menepati di antara topik 1 sehingga ke topik 5. Topik 5 berkaitan Data Access
Control atau Kawalan Capaian Data yang melibatkan penggunaan pangkalan
data yang perlu pelajar bangunkan bersama antaramuka yang sesuai bagi
menghasilkan mini projek kursus ini.
Kombinasi antara dua perisian yang berbeza untuk pembangunan mini
projek ini telah ditetapkan selaras keperluan silibus bagi menguji keupayaan
pelajar setelah dipelajari. Pelajar yang mengambil kursus Pengaturacaran
Visual Basic telah pun mengikuti kursus Sistem Pangkalan Data pada
semester sebelumnya. Selaras keperluan silibus pelajar membangunkan
antaramuka pengguna menggunakan perisian Visual Basic dan penyediaan
pangkalan data menggunakan perisian Microsoft Access. Oleh itu kesesuaian
tajuk perlu diutamakan bagi melancarkan objektif setiap mini projek yang
dicadangkan oleh pelajar. Pemilihan tajuk yang kurang sesuai akan
menyukarkan pelajar untuk melaksanakan penilaian berterusan mini projek
mereka.
Tajuk mini projek yang sama bagi beberapa kumpulan pelajar sering berlaku
pada setiap semester. Hal ini berlaku kerana pelajar tiada platform rujukan
untuk carian tajuk mini projek mereka. Jadi proses penyediaan proposal
perlu dilakukan lebih dari satu kali bagi menghasilkan tajuk mini projek yang
berbeza dengan kumpulan pelajar yang lain dan menepati objektif yang
ditetapkan. Tajuk yang berulang pada setiap semester juga sering berlaku
disebabkan tiada pangkalan data untuk carian tajuk-tajuk yang telah
dilaksanakan.

4.3 Fenomena yang berlaku selepas aplikasi E-Koleksi dijalankan.

Aplikasi E-Koleksi banyak membantu proses pencarian tajuk mini projek.
Antaranya pelajar hanya membuat carian tentang tajuk-tajuk yang telah
dilaksanakan oleh pelajar-pelajar lain dalam E-Koleksi bagi mencari idea
tanpa banyak berurusan dengan pensyarah bertanya tentang pemilihan
tajuk. Namun proses memberi idea dan memberi panduan tentang mini
projek masih dilaksanakan antara pensyarah dan pelajar.
Proses penyediaan tajuk mini projek menjadi mudah oleh pelajar. Pelajar
hanya membuat carian dan menyemak tajuk yang ingin dicari. Kaedah carian
secara atas talian amat membantu pelajar. Pelajar mendapat idea dan tajuk
yang sesuai dengan mudah dan proses penyediaan proposal dapat dilakukan
mengikut garis panduan yang betul.

58

5.0 Kesimpulan
Aplikasi E-Koleksi merupakan sesuatu yang baru bagi pengajaran dan
pembelajaran kursus Pengaturcaraan Visual Basic di Jabatan Kejuruteraan
Elektrik, Politeknik Port Dickson. Aplikasi ini dibangunkan bagi
meningkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian maklumat yang sedia ada
(Haslina, 2020).

Aplikasi E-Koleksi Berjaya dibangunkan sebagai platform carian kepada
pelajar yang mengambil kursus Pengaturcaraan Visual Basic. Ia juga
membantu pelajar dalam mencari maklumat berkaitan kursus Visual Basic
tanpa mengira masa dan tempat. Pembangunan aplikasi ini dapat
meningkatkan kadar kefahaman pelajar dalam menyediakan tajuk mini
projek. Oleh itu aplikasi ini menyokong dasar kerajaan yang menggalakkan
penyampaian maklumat secara mudah alih dalam talian disamping
menyokong konsep paperless dalam penyampaian maklumat.

Rujukan
Al-Mobaideen, Allahawiah, & Alkhawaldeh (2012) Factors Influencing The

Effectiveness Of E-Learning Systems In The Educational Process
("Electronic Learning System") (Eduwave): Jordan Case Study

Azlina M. Yazid (2004). Penggunaan Sumber Elektronik Di Kalangan Pelajar-
pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Fakhrul Anuar Aziz (2002). Memanfaatkan Sumber-sumber Percuma Internet
dan WWW untuk Pendidikan. Dalam Seminar Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Dalam Pendidikan Maktab Perguruan Batu Lintang, 18-
19 September 2002, Kuching.
URL:http://www.geocities.com/athens/academy/5578/semtmk/

Hazwani Mohd Najib1, Noor Raudhiah Abu Bakar1, Norziah Othman1 (2017)
E-Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Di Sebuah Institusi Pengajian
Tinggi Selangor.

Hui Yong Tay (2015), Curriculum, Teaching and Learning (CTL) Academic
Group, National Institute of Education, Nanyang Technological
University, Singapore.

Lim, Jonathan LH. (2002). E-Learning: A New Frontier in Education. Dalam
Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan
Maktab Perguruan Batu Lintang, 18-19 September 2002, Kuching.
URL: http://www.geocities.com/athens/academy/5578/semtmk/

59

Mad, N. dan Mohd, H. (2016). E-Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Subjek Teknologi Maklumat & Komunikasi IPG Kampus
Tawau.

R. Kurniawan, H. Henderi, and F. Nursetianingsih, “Penggunaan iPad
Mendukung Pembelajaran pada Mahasiswa iLearning”, CCIT Journal,
vol. 6, no. 1, pp. 76-91, Sep. 2012

Yusup Hashim (2012) Penggunaan e-Pembelajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Konvensyen Kebangsaan Pendidikan
Guru (KKPG) 2012, (October 2012),1–25.

Zul Hilmi Abdullah, Halimaton Sa’adiah Ariffin, Shaharudin Ismail & Ahmad
Nazrul Rosli (2016) Kebolehpercayaan Maklumat Elektronik: Tinjauan
Awal Terhadap Pelajar Tamhidi.

60

KESAN SIFAT RED CLAY DAN PUTTY FILLER SEBAGAI
BAHAN SIMENFERO DALAM PEMBUATAN TEKNOLOGI

SIMENFERO

Mashudi Hj. Nahrawi
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer

Politeknik Kuala Terengganu
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk membuktikan campuran Red Clay (Tanah Liat Merah)
dan Putty Filler (Gam Simen) dalam penghasilan simenfero mampu mengambil masa
yang singkat untuk disiapkan, malahan objek simenfero lebih ringan dan mudah
untuk dibawa serta dialihkan. Simenfero menjadi alternatif kerana lebih praktikal,
tahan lama dan murah berbanding material asal seperti kayu cengal atau kayu
tembusu. Dengan penemuan Red Clay dan Putty Filler sebagai pembolehubah dan
unsur tambahan dalam bancuhan simen semestinya menambah kreativiti landskap
kerana penghasilannya lebih cepat, menarik dan yang paling penting mudah digubah
mengikut kemahuan seseorang malahan produknya mampu bertahan daripada
runtuh walaupun penghasilannya lekat pada dinding atau condong 90º. Metodologi
penghasilan simenfero telah dijalankan menggunakan gabungan bahan semula jadi
Red Clay dan Putty Filler dalam pembuatan produk simenfero. Hasil dapatan kajian
ini menunjukkan bahan semulajadi tanah liat merah dapat digunakan sebagai
produk landskap simen fero. Produk landskap simenfero yang menggunakan Red
Clay adalah cepat dihasilkan dan menjadi lebih ringan, mesra alam, mudah
diselenggara dan mudah alih berbanding produk landskap simenfero yang
menggunakan bahan asas simen dan pasir sahaja dan dianggap berat dan pegun.

Kata kunci: Red Clay, simenfero, bancuhan simen

1. Pengenalan
Perkataan ’Simenfero’ dikatakan hasil gabungan dua komponen yang kontra
iaitu antara simen dan besi. Simenfero diperbuat daripada konkrit yang
biasanya terdiri daripada mortar simen bersama lapisan jaringan dawai besi
kecil sebagai tetulang (ACI, 1997). Sejarah simenfero di Malaysia bermula
pada sekitar tahun 1989 dan berkembang lebih ketara apabila ia mula
dikomersialkan oleh syarikat pertama di Batu Pahat, Johor yang membuat
kerja-kerja landskap taman dan air terjun untuk tempahan yang dibuat oleh

61

buruh mahir Indonesia.
Industri landskap di Malaysia banyak menggunakan simenfero sebagai teknik
asas pembuatan produk landskap. Simenfero telah mendapat tempat dan
kian popular kerana ia dikatakan mampu merealisasikan alternatif daripada
objek sebenar seperti kayu balak, objek haiwan dan sebagainya. Kreativiti
landskap taman menggunakan simenfero semakin popular di negara ini
kerana dikatakan mampu menjadikan konsep taman hiasan riadah dan
rekreasi tidak kira sama ada semula jadi atau kontemporari. Kepelbagaian
rekaan seperti eleman kayu dalam penghasilan simenfero sudah cukup untuk
menilai konsep pilihan pembuat simenfero bahawa sebagai objek alternatif
bagi menggantikan kesukaran mendapatkan material asal seperti kayu
cengal, kayu tembusu dan kayu resak dimana kulit dan urat-urat dalam
keretan rentasnya dikatakan mempunyai seni yang terendiri. Simenfero lebih
tahan lama, ada corak kesenian yang tersendiri dan lebih murah. Kepayahan
menghasilkan sebuah taman hiasan rekreasi yang dihiasi oleh batu-batu
semula jadi menjadikan simenfero pilihan untuk mendapatkan objek-objek
berikut seperti untuk menghasilkan air terjun buatan manusia maka
simenfero paling sesuai kerana binaannya seolah-olah mampu
mengabungkan batu-batu besar yang boleh dicipta seperti suasana
semulajadi di hutan.
Simenfero mempunyai sifat yang setanding dengan bahan binaan
konvensional dan lebih murah. Tambahan pula dengan teknik pembinaan
yang mudah, justeru ia amat sesuai digunakan di mana-mana kawasan.
Dalam menghasilkan seni simenfero, tiada gred atau klasifikasi simen
ditetapkan kerana perkara paling penting ialah nisbah keseimbangan
bancuhan antara simen, air dan pasir. Dari aspek ketahanan sehinggalah
kepada karakter semula jadi, segalanya diambil kira bagi mewujudkan
suasana yang diinginkan sebaik sahaja diletakkan di dalam taman.
Peningkatan industri landskap yang menjual produk landskap simenfero
menjadi titik tolak kepada penghasilan inovasi baharu dalam pembuatan
produk landskap simenfero. Kepelbagaian inovasi simenfero banyak
membantu mengubah persepsi pengguna terhadap produk landskap
simenfero yang bukan lagi di anggap sebagai objek berat dan pegun tetapi
boleh menjadi lebih lestari, mudah alih dan mesra alam (Shafie, 2018).

62

1.1 Penyataan Masalah
Simenfero yang dihasilkan adalah campuran simen dan pasir menjadikan
produk yang dihasilkan adalah berat kerana campuran simen dan pasir. Ini
membawa kepada persepsi pengguna yang mengatakan produk landskap
simenfero adalah produk landskap berat, sukar untuk dibuat sebagai produk
mudah alih dan rumit untuk diselenggara.
Sebelum pengkaji menemui Red Clay dan Putty Filler sebagai pembolehubah
tambahan dalam bancuhan simenfero, kerja-kerja penyiapan produk
memakan masa tiga kali ganda daripada hari yang dilakukan kerja. Justeru
itu, kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan Red Clay dan Putty Filler
mampu menjadikan hasil teknologi simenfero lebih praktikal, tahan lama dan
murah berbanding material asal. Malahan, bancuhan yang dicampur Red
Clay dan Putty Filler menjadikan produk simenfero lebih cepat disediakan,
lebih mudah untuk diproses atau dibentuk dan risiko simenfero runtuh
adalah kurang kerana unsur sebatian dalam campuran lebih kuat.

1.2 Objektif Kajian
Berdasarkan penyataan masalah sebelum ini, objektif kajian teknikal ini
adalah untuk:
1. Mengatasi kesukaran melakukan kerja teknologi simen akibat mengambil

masa terlalu lama untuk disiapkan kerana risiko bangunan runtuh.
2. Memperkenalkan pembolehubah tambahan dalam campuran simen, iaitu

Red Clay yang stabil walaupun ia dibina pada dinding atau condong 45º.

1.3 Rekabentuk Kajian
Rekabentuk kajian Red Clay dan Putty Filler mampu memberi kesan dalam
pembuatan teknologi simenfero adalah seperti berikut:

Fasa I: Penyiasatan Awal
Sebelum memulakan pembinaan landskap halaman rumah, fasa ini penting
bagi mengenalpasti masalah-masalah yang boleh menganggu atau melicinkan
lagi perjalanan dalam pembikinan simenfero.

Fasa II: Rekabentuk
Rekabentuk yang dihasilkan jika bancuhan tidak dicampur Red Clay dan
Putty Filler adalah terlalu terhad reka bentuknya kerana bancuhan ini tidak

63

mempunyai daya ikatan yang kuat dan berisiko seperti mudah runtuh,
memakan masa yang lama iaitu tiga (3) kali ganda masa diperlukan dan
kepayahan untuk mengolah bentuk-bentuk yang rumit seperti lekat di tembok
dan membina objek yang bersudut.

Fasa III: Implementasi
Campuran Red Clay dan Putty Filler dalam bancuhan kesannya dapat
menghasilkan produk yang menyerupai ‘wajah’ asal seperti kayu tembusu,
air terjun tiruan serta objek haiwan seperti replika burung helang di Langkawi
sebagai contoh produk simenfero dan bila melihatnya seolah-olah tiada beza
dengan yang asli.

Fasa IV: Pengujian
Pengujian perlu untuk menentukan kesahihan yang dinyatakan pengkaji
bahawa produk yang dihasilkan mampu disiapkan lebih awal iaitu tiga (3)
kali ganda daripada yang biasa dilakukan oleh orang awam. Rajah 3
menunjukkan graf hasil pembikinan produk simenfero yang mengunakan
bancuhan yang dicampur Red Clay dan Putty Filler.

Fasa V: Analisis
Data yang membuktikan bahawa mencampur Red Clay dan Putty Filler
mampu menghasilkan produk lebih cepat untuk di siapkan. Rujuk carta
sebagai gambaran.

2. Kajian Literatur
Abang Abdullah, Syed Mansur, Megat Johari, S.K. Salam, Lee Teang Shui
(2006), berpendapat bahawa menurut kajian yang dijalankan mendapati
pelopor simenfero di Malaysia sebahagian besar peratusannya didominasi
oleh etnik Melayu, satu projek kajian yang cukup realistik, biasa dijumpai
tetapi tidak semua mampu melakukannya.
Arresh, V (2002), dalam pencariannya semasa membuat kajian bahawa, Pier
Luigi Nervi telah menemui sifat-sifat simenfero pada tahun 1970an dimana
beliau memanipulasi akan kelebihan struktur simenfero dan telah
merekabentuk serta membina rekaan simenfero dan mendapati bahawa
konkrit bertetulang jejaring dawai menghasilkan satu bahan bersifat
mekanikal yang homogen dan boleh menahan hentaman yang tinggi.

64

Parameter yang digunakan untuk mengkaji kesesuaian konkrit dengan
simenfero adalah dengan nisbah campuran simen dan pasir di mana beratnya
5% kurang daripada rekaan asal manakala harganya 40% lebih rendah.
Berdasarkan kajian Barros (2013), kelebihan menggunakan rumpai laut asli
sebagai bahan polimer tambahan menghasilkan mortar simen menunjukkan
prestasi cemerlang dari segi mekanisme ikatan, kekuatan dan ketahanan
simenfero. Ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan semula jadi selain
pasir dalam pembuatan simenfero seperti Red Clay dan Putty Filler boleh
digunakan dan memenuhi keperluan produk yang mampan untuk alam
sekitar.

3. Metodologi Kajian
Inovasi ini dijalankan dengan menghasilkan produk landskap simenfero
yang direka bentuk menyerupai potongan log kayu yang dipotong dan
disusun pada tembok pagar. Sampel produk landskap simenfero yang
dihasilkan merangkumi 2 jenis iaitu produk landskap simenfero dengan
bahan semula jadi konvensional pasir dan simen sahaja dan produk landskap
simenfero dengan bahan campuran Red Clay dan Putty Filler. Bahan yang
diperlukan untuk menghasilkan produk landskap simenfero ialah air, pasir,
simen, red clay dan putty filler.
Rajah 1 di bawah menunjukkan bagaimana langkah dari peringkat awal
mencampur bahan asas simenfero hingga siap sepenuhnya.

65

Pasir Simen Red Clay
30% 25% 20%
Putty Filler
Air
20% 5%

Lima (5) material diadun sehingga
sebati

Adunan ditimbang, berat dan masa
dicatat sebelum digubah mengikut

bentuk tertentu

Proses finishing (penyudahan) untuk
mendapatkan persamaan objek

sebenar

Mencatat masa sebaik selesai proses
penyudahan bagi membuat

perbandingan
Rajah 1: Carta Alir Pembuatan Produk Simenfero dengan mencampur material

Red Clay dan Putty Filler di dalam bancuhan.

4. Keputusan Dan Perbincangan
Rajah 2 dan Rajah 3 di bawah adalah hasil ujian ke atas bancuhan simenfero yang
sebelum dicampur Red Clay dan Putty Filler dan selepas dicampur Red Clay dan
Putty Filler. Dapatan menunjukkan bahawa tempoh masa yang lama diperlukan
untuk menyiapkan objek yang menggunakan bancuhan tanpa Red Clay dan Putty
Filler iaitu 1 jam untuk berat objek 5 kilogram. Sebaliknya, bancuhan yang dicampur
Red Clay dan Putty Filler tidak memerlukan masa yang lama iaitu 15 minit untuk
berat objek 5 kilogram dan mampu menghasilkan berat objek 20 kilogram dalam
masa 1 jam.
Dapatan juga mendapati produk landskap simenfero yang menggunakan bahan Red
Clay dan Putty Filler menunjukkan hasil yang positif iaitu produk simenfero berjaya
dihasilkan dan lebih ringan. Tekstur yang ringan ini memudahkan pemasangan
simenfero dan bersifat mudah dibawa dan dialihkan.

66

Rajah 2: Graf menunjukan hasil pembikinan produk simenfero yang
mengunakan bancuhan tanpa Red Clay dan Putty Filler.

Rajah 3: Graf menunjukan hasil pembikinan produk simenfero yang
mengunakan bancuhan yang dicampur Red Clay dan Putty Filler

67

Berikut merupakan pembuatan produk simenfero dengan mencampur material
Red Clay dan Putty Filler di dalam bancuhan.

Rajah 4: Contoh Red Clay 20% campuran yang digunakan sebagai material
utama simenfero.

Rajah 5: Contoh Putty Filler (Gam Simen) 5% campuran yang digunakan
sebagai material utama simenfero.

Rajah 6: Contoh produk ‘Tunggul kayu dan Cendawan’ dari simenfero yang
dicampur Red Clay dan Putty Filler.
68

Rajah 7: Contoh produk ‘Tembok/Pagar’ dari simenfero yang dicampur Red
Clay dan Putty Filler.

Rajah 8: Contoh produk ‘tempayan’ dari simenfero yang dicampur Red Clay
dan Putty Filler.

Rajah 9: Contoh produk ’mini kolam ikan’ dari simenfero yang dicampur Red
Clay dan Putty Filler.
69

Rajah 10: Contoh produk ’set meja taman’ dari simenfero yang dicampur Red
Clay dan Putty Filler.

Rajah 11: Contoh produk ’tembok batas tanaman’ dari simenfero yang
dicampur Red Clay dan Putty Filler.
70

Rajah 12: Rangkuman produk dari simenfero yang dicampur Red Clay.

5. Kesimpulan Dan Cadangan
Sebagai kesimpulan, kajian ini adalah untuk mengatasi kesukaran melakukan
kerja teknologi simenfero dengan kaedah yang boleh ditambahbaik
menggunakan pembolehubah Red Clay dan Putty Filler. Ianya adalah cukup
realistik dan relastik, mudah dilakukan dan mampu diaplikasikan. Di samping
itu, penggunaan bahan Red Clay dan Putty Filler sebagai inovasi simenfero, mudah
dibentuk dan mudah dilepa berbanding penggunaan bahan berasaskan pasir dan
simen sahaja. Penghasilan produk dengan menggunakan bahan inovasi ini juga
tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan, malahan objek simenfero lebih
ringan dan mudah untuk dibawa serta dialihkan.
Berdasarkan kajian Barros (2013), kelebihan menggunakan bahan semula jadi
seperti rumpai laut dalam pembuatan simenfero menunjukkan prestasi yang sangat
baik dari segi mekanisme ikatan, kekuatan dan ketahanan. Kajian ini juga disokong
oleh kajian Shafie (2018), penggunaan bahan semula jadi sesuai seperti sabut
kelapa digunakan dalam penghasilan produk landskap simenfero dan tidak
mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Justeru, dengan penemuan bahan
semula jadi Red Clay dan Putty Filler sebagai pembolehubah dan unsur
tambahan dalam bancuhan simen sudah semestinya akan menambah lagi
kreativiti landskap kerana penghasilannya lebih cepat, menarik dan yang paling
penting mudah digubah atau dibentuk mengikut kemahuan sesorang ditambah
produknya mampu bertahan daripada runtuh walaupun penghasilnya lekat di
dinding atau condong 45º.

71

Rujukan
ACI Committee 307, (1997) “Standard Practice For The Design And Contruction ff

Cast In Place Reinforced Concrete Chimneys (ACI 307-98)”. American
Concrete Institute, Farminton Hiils, MI, 1998, 32 pp. Also ACI Manual of
Concrete Practice
A.M. Neville. (2004). ”Sifat Konkrit”. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Abang Abdullah, Syed Mansur. Megat Johari, S.K. Salam, Lee Teang Shui (2006).
”Teknologi Simenfero.”. Rangkaian Penerangan Simenfero, Fakulti
Kejuruteraan Universiti Putera Malaysia (UPM)
Amran Hamzah. (1999). ”Ciri-ciri Pengembangan Dan Pengecutan Panel Simenfero
Menggunakan Campuran Simen Slag”. Projek Sarjana Muda Universiti
Teknologi Malaysia (UTM)
Arresh Vhinna Narayanan. (2002). ”Application of Slag Cement Based Aerated
Lightweight In Non- Lod Bearing Wall Panels”. Projek Sarjana. Universiti
Teknologi Malaysia (UTM).
Barros, FCN., da Silva, DC., Sombra, VG., Maciel, JC, Feitosa, JPA., Freitas, ALP.,
de Paula, RCM. 2013. “Structural Characterization Of Polysaccharide Obtained
From Red Seaweed Gracilaria Caudata (J Agardh)”, Short Communication,
Carbohydrate Polymers 92, pp. 598–603
Shafie, M. A. N. (2018, March). “Kajian Tentang Penghasilan Simenfero Dengan
Menggunakan Sabut Kelapa”. In iCompEx18 Pembentangan Kertas
Penyelidikan Akademik.

72

PEMBELIAN UNIT PEMILIKAN SYARIKAT MENGGUNAKAN
PERGERAKAN PURATA & MOVING AVERAGE

CONVERGENCE DIVERGENCE (MACD) DI BURSA SAHAM
KUALA LUMPUR

Mohd Azhar Ibrahim
Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail

Email: [email protected]

Izham Effendy Ismail
Politeknik Nilai

Email: [email protected]

Norhasmawi Hassan
Politeknik Sultan Azlan Shah
Email: [email protected]

ABSTRAK

Kuala Lumpur Compoxite Index (KLCI) adalah tempat bagi syarikat-syarikat penyenaraian
awam di Malaysia bagi membolehkan orang awam mendapatkan pegangan saham atau
pemilikan terhadap syarikat yang terlibat. Proses pemilikan ini berlaku di platform
pembelian yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti. Pelbagai cara boleh digunakan
untuk membeli saham syarikat sama ada menggunakan teknik analisa teknikal atau
analisa fundamental. Setiap analisa tersebut mempunyai pelbagai pendekatan yang
digunakan oleh sebab itu boleh dikatakan tiada satu teknik yang boleh menjamin
keuntungan sepenuhnya. Oleh itu kertas kajian ini mengkaji tentang teknik yang
digunakan berdasarkan kepada metodologi yang digunakan iaitu pergerakan purata dan
MACD. Ujikaji dibuat dengan menggunakan platform pembelian Malacca Securities
beserta skop pembelian kepada 3 syarikat sahaja dan objektif yang ditetapkan dengan
menggunakan gabungan pergerakan purata dan MACD serta akhirnya pembelian dapat
menghasilkan keuntungan atau kerugian kepada pedagang. Ujikaji ini dijalankan pada
tahun 2021 ketika Malaysia dan dunia dilanda wabak Covid-19 serta pertukaran ketua
kerajaan yang berlaku sebanyak dua kali.

Kata kunci: MACD, pergerakan purata

73

Pengenalan
Bursa Saham Kuala Lumpur atau dipanggil KLCI adalah tempat syarikat-
syarikat di Malaysia yang telah disenaraikan secara awam. Di mana pemilikan
syarikat-syarikat ini boleh dibeli oleh orang awam di luar bagi mendapatkan
pemilikan syarikat yang diingini untuk melabur. KLCI dikawal selia oleh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. KLCI menawarkan tiga pilihan pasaran kepada
syarikat yang ingin disenaraikan di Malaysia iaitu Pasaran Utama, ACE Market
dan Pasaran Leap. Di dalam Pasaran Utama syarikat yang mula hendak
ditawarkan kepada awam perlu melalui beberapa syarat sebagai contoh syarat
keuntungan di mana syarikat. Dari segi pemilikan unit saham bagi Pasaran
Utama sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah saham syarikat dan minimum
1,000 orang pemegang saham awam memegang tidak kurang daripada 100
saham setiap orang (Bursa Malaysia Securities Berhad Main Market Listing
Requirements, 2021). Bagi Pasaran ACE sekurang-kurangnya 25% daripada
jumlah saham syarikat dan minimum 200 orang pemegang saham awam
memegang tidak kurang daripada 100 saham setiap orang (Bursa Malaysia
Securities Berhad, ACE Market Listing Requirements, 2021).
Pembelian dan penjual setiap unit saham di dalam KLCI hendaklah
menggunakan Central Depository System (CDS) akaun di mana akaun ini boleh
dibuka di mana-mana syarikat pelaburan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya
Sekuriti seperti RHB Investment, Maybank Investment, CIMB Investment,
Malacca Securities, Rakuten Trade, Hong Leong Investment dan banyak lagi.
Setiap syarikat ada menyediakn sendiri platform pembelian dan penjualan
mengikut kepada caj yang ditetapkan.
Setiap syarikat penyenaraian awam KLCI diwakili oleh pergerakan harga yang
dapat dilihat melalui platform masing-masing. Oleh itu pergerakan harga ini
diwakili graf yang diplot pada setiap hari, jam dan minit seperti candlestick, bar
chart, heikin ashi dan close price line. Pelabur akan menggunakan graf ini sebagai
petunjuk pembelian iaitu asas kepada analisa teknikal. Terdapat dua jenis
pembeli saham iaitu trader dan investor di mana trader bagi orang yang membeli
dan menjual saham dalam jangka masa pendek manakala investor orang yang
membeli dan menjual pegangan saham dalam jangka masa panjang. (Seri
Edukasi Beginner, 2021). Perkara begini ditentukan oleh mereka yang hendak
melibatkan diri pelaburan saham KLCI supaya pendekatan lebih jelas agar dapat
meminimakan kerugian dan meningkatkan keuntungan.

74

Kajian Literature
Pembelian unit saham syarikat di KLCI boleh menggunakan pelbagai teknik.
Setiap pergerakan harga saham diterjemahkan dalam graf candlestick pada
platform pelabur dan ia berlaku disebabkan oleh bekalan dan permintaan
terhadap harga saham tersebut. Di mana bekalan itu adalah penjual saham dan
permintaan itu adalah pembeli saham. Sekiranya berlaku bekalan yang tinggi
dan permintaan yang kurang akan dijangkakan harga akan turun begitu
sebaliknya apabila permintaan yang tinggi dan bekalan berkurang dijangka
harga akan menaik (Siti Afizah, 2021).
Pergerakan purata adalah petunjuk yang biasa digunakan secara meluas oleh
pelabur yang menggunakan analisa teknikal sebagai teknik untuk membeli.
Pergerakan purata adalah kaedah statistik untuk menganalisis titik data yang
dikumpulkan bagi mendapatkan ramalan akan datang dengan menjana nilai
subset untuk mendapatkan nilai min bagi pelbagai subset. Oleh itu, pergerakan
purata adalah kaedah yang dapat menyediakan mekanisme yang cekap bagi
memperoleh nilai untuk meramalkan siri masa pegun. Teknik ini sekadar
aritmetik purata bagi masa yang lepas dengan panjang masa yang ditentukan
secara optimum bagi kitaran asas yang ada pada data. (Parth Parekh & Vaibhavi
Ghariya, 2015). Sebagai contoh paling mudah pergerakan purata (12) atau MA
(12) adalah purata harga pada 12 hari kebelakang.
MACD adalah Moving Average Convergence Divergence merupakan indikator
yang telah lama diperkenalkan oleh Gerald Appel. Nilai parameter yang paling
biasa digunakan untuk MACD adalah 12, 26 dan 9 hari. Walau bagaimanpun,
nilai parameter MACD yang berbeza telah diuji iaitu parameter (12, 26, 9),
parameter (12, 26, 0) dan parameter (8, 17, 9) untuk melihat samaada model
MACD dan RSI secara asas boleh menjana keuntungan untuk pasaran saham
negara OECD (Itali, Kanada, Jerman, Amerika Syarikat dan Jepun) (Chong et
al.2014). Penggunaan MACD sangat meluas dan telah terbukti dengan ujian
dilakukan pada S&P 500 iaitu penggunaan MACD yang telah dioptimumkan
setelah melalui proses ujilari dan mendakwa tanpa mengambil kira kos
berdagang di mana keuntungan yang boleh dijana adalah 17710% pulangan
daripada 1970 hingga 2001 (Zitlsperger, 2002). Terdapat kajian yang telah
meneliti keberkesanan MACD di mana kajian ini meliputi empat analisis teknikal
yang popular termasuk MACD dengan parameter (12, 26, 9) yang telah mencapai
keuntungan yang besar bagi syarikat pasaran berterusan Sepanyol dari tahun
1986 hingga 2009. (Rosillo, Rafael, David de la Fuente, and Jose Brugos, 2013).

75

Teknik dalam mengaplikasi ke atas pembelian dengan nilai wang yang besar
mengganggu emosi pelabur dan setiap indikator tidak sempurna seratus peratus
kerana terdapat kajian yang meneliti MACD (12, 26, 9) dan strategi beli dan
menyimpan untuk menentukan yang lebih efektif di mana kajian dijalankan
pada South African Stock Market Index (FTSE/JSE Top 40) dari 2001 hingga 2010
di mana keputusan menyatakan strategi beli dan menyimpan kurang berkesan
dengan menggunakan MACD. (Du Plessis, Anton Wouter, 2013).

Pernyataan Masalah
Di dalam pembelian saham tiada teknik yang tepat untuk mendapat keuntungan
kerana melabur saham adalah berkait dengan kebarangkalian. Melabur saham
berkait rapat dengan teknik dan juga emosi pelabur serta sentimen sekeliling
yang berlaku di mana ia akan membuat sesuatu harga saham itu naik dan turun.
Kebolehlaksana masa untuk berdagang telah lama diperdebatkan. Pengkaji
mempersoal kebergunaan teknik dan kerap menghujahkan yang kebanyakan
teknik berdagang tidak dapat menjana keuntungan berbanding teknik beli dan
simpan (Wong.2003). Dengan perubahan maklumat secara rawak, maka harga
saham juga berubah secara rawak. Jika pasaran separuh kuat (positif)
bermaksud semua maklumat tersebar secara terbuka dan menjadi tumpuan
para penganalisis untuk menaikkan harga dan cuba mendapat keuntungan. Jika
pasaran sangat kuat (positif) bermaksud semua maklumat tersebar secara
terbuka dan menyebabkan pergerakkan harga yang tinggi dengan bantuan orang
dalam (direktor syarikat, proksi direktor syarikat dan lain-lain).

Objektif Kajian
1. Melakukan pembelian unit saham menggunakan kaedah Pergerakan Purata

dan MACD
2. Pembelian ini menghasilkan keuntungan atau kerugian.

Skop Kajian
Kajian ini dijalankan pada tahun 2021 dan pembelian dijalankan pada saham di
Kuala Lumpur Compoxite Index. Pembelian unit saham menggunakan platform
Malacca Securities dan setiap pembelian dianggarkan sebanyak maksimum
20,000-unit saham. Saham yang patuh syariah sahaja yang akan dibeli dan
mempunyai momentum kenaikan yang baik. Tiada pemilihan sektor yang
dikhususkan kerana pembelian akan hanya menggunakan graf candlestick dan

76

analisa teknikal. Kajian ini akan melibatkan 3 kaunter sahaja dan mengambil
kira emosi dan keadaan semasa pasaran. Sebarang pembelian di dalam kajian
ini tiada unsur untuk panggilan untuk membeli atau panggilan untuk menjual
dan hanya sekadar untuk kajian akademik sahaja.

Metodologi Kajian
Pembelian akan berdasarkan graf candlestick pada platform Malacca Securities
yang akan menggunakan strategi jangka pendek dengan anggaran pulangan 3%-
10% sahaja. Penggunaan teknik pembelian ini menggunakan gabungan
beberapa kaedah yang dijangka memberi kebarangkalian yang tinggi untuk
untung. Menurut Gencay dan Stengis (1998) prestasi penggunaan pergerakan
purata di dalam peraturan pembelian dan digabungkan dengan indicator lain
memberi impak yang positif. Menurut Ming-Ming dan L. Siok-Hwa (2006) jarak
20 hari dan 60 hari menunjukkan pergerakan purata yang lebih
menguntungkan. Selain itu kajian akan melibatkan penggunaan pergerakan
purata 6 hari. Tetapan bagi MACD (12, 26, 9) digunakan dengan merujuk kepada
kajian Rosillo (2013) yang telah meneliti keberkesanan MACD dengan parameter
12, 26, 9 di mana kajian ini meliputi empat analisis teknikal yang popular
termasuk MACD dengan parameter (12, 26, 9) yang telah mencapai keuntungan
yang besar bagi syarikat pasaran berterusan Sepanyol dari tahun 1986 hingga
2009. Disebabkan oleh penggunaan wang yang besar faktor emosi pelabur
diambil kira iaitu berkemungkinan pembelian awal dan lambat serta faktor
supply dan demand harga di platform. Apabila garis MACD (garis biru) menyilang
bawah garis isyarat menunjukkan tren graf telah berubah ke arah aliran
menurun. Apabila garis MACD (garis biru) menyilang ke atas garis isyarat
menunjukkan tren graf telah berubah ke arah aliran menaik (Alexander
Londoño,2014).

77

Keputusan

Rajah 1: Graf Candlestick Scanwolf Corporation Berhad
Scanwolf adalah syarikat dikategorikan sebagai sektor servis dan produk industri
sub sektor bahan bangunan. Rajah 1 menunjukkan pada keadaan menaik
berdasarkan kepada pergerakan purata 20 hari. Pembelian telah dibuat pada 19
Julai 2021 (anak panah hijau) secara berperingkat dengan jumlah terkumpul
sebanyak 12,300-unit saham. Unit saham yang sama telah dijual pada tarikh 29
Julai 2021 (anak panah merah) dengan kadar kenaikan sebanyak 0.36 sen
kepada 0.405 sen. Keuntungan yang diperolehi sebanyak 11% daripada jumlah
nilai kenaikan dengan mengabaikan caj yang dikenakan kepada platform
pembelian. Berdasarkan Rajah 1 proses pembelian dan mengambil untung
sebanyak 6 hari berdagang.

Rajah 2: Graf Candlestick SMIS Corporation Berhad

78

Smiscor adalah syarikat dikategorikan sebagai sektor servis dan produk industri
sub sektor bahagian auto. Rajah 2 menunjukkan pada keadaan menaik
berdasarkan kepada pergerakan purata 20 hari. Pembelian telah dibuat pada 27
Julai 2021 (anak panah hijau) secara berperingkat dengan jumlah terkumpul
sebanyak 5,500-unit saham. Unit saham yang sama telah dijual pada tarikh 29
Julai 2021 (anak panah merah) dengan kadar kenaikan sebanyak 0.937 sen
kepada 0.97 sen. Keuntungan yang diperolehi sebanyak 3.32% daripada jumlah
nilai kenaikan dengan mengabaikan caj yang dikenakan kepada platform
pembelian. Berdasarkan Rajah 2 proses pembelian dan mengambil untung
sebanyak 3 hari berdagang.

Rajah 3: Graf Candlestick Pekat Group Berhad

PEKAT adalah syarikat dikategorikan sebagai sektor servis dan produk industri
sub sektor servis industri. Rajah 3 menunjukkan graf tidak penuh dimana
syarikat ini baru diapungkan kepada pegangan awam pada akhir bulan Jun
2021. Rajah 3 juga menunjukkan pada keadaan menaik berdasarkan kepada
pergerakan purata 20 hari. Pembelian telah dibuat pada 30 Julai 2021 dan 2
Ogos 2021 (anak panah hijau) secara berperingkat dengan jumlah terkumpul
sebanyak 12,900-unit saham. Unit saham yang sama telah dijual pada tarikh 20
Ogos 2021 (anak panah merah) dengan kadar kenaikan sebanyak 0.755 sen
kepada 0.78 sen. Keuntungan yang diperolehi sebanyak 3.31% daripada jumlah
nilai kenaikan dengan mengabaikan caj yang dikenakan kepada platform
pembelian. Berdasarkan Rajah 3 proses pembelian dan mengambil untung
sebanyak 16 hari berdagang.

79

Kesimpulan
Di dalam 3 ujikaji ini menghasilkan keuntungan dan kerugian dapat dielakkan
dengan jayanya. Berdasarkan keputusan yang diperolehi gabungan metodologi
perlu untuk berdagang di dalam saham dan keuntungan diperoleh minimum
3.31% dan maksimum sebanyak. Jangka masa yang paling singkat untuk
memperolehi keuntungan selama 3 hari berdagang dan masa paling lama ialah
selama 16 hari berdagang. Jangka masa keuntungan diperolehi tidak dapat
ditentukan untuk jangka masa singkat kerana berdagang saham melibatkan
beberapa faktor yang berlaku ketika tarikh tersebut seperti pergolakan politik
yang kritikal, penarikan dana pelabur asing serta dasar-dasar kerajaan yang
tidak konsisten menyebabkan jumlah dagangan berkurang dan hanya banyak
melibatkan pelabur runcit. Berdagang saham dapat menghasilkan keuntungan
dengan cara yang betul, emosi yang terkawal serta disiplin yang tinggi manakala
kerugian dapat diminimakan kerana berdagang banyak melibatkan
kebarangkalian dan juga faktor luar yang lain seperti dasar kerajaan, kestabilan
politik dan juga dasar kerajaan melawan pandemik Covid-19 di Malaysia.
Dicadangkan agar kajian dipanjangkan kepada faktor-faktor yang
mempengaruhi pelabur yang mempengaruhi pelabur membeli sesuatu saham
syarikat seterusnya boleh mengenalpasti tingkah laku pelabur yang sangat
subjektif.

Rujukan
Bursa Malaysia (2021). Main Market Listing Requirements. Retrieved from

https://www.bursamalaysia.com/regulation/listing_requirements/
main_market/listing_requirements.

Bursa Malaysia (2021). Ace Market Listing Requirements. Retrieved from
https://www.bursamalaysia.com/regulation/listing_requirements/
main_market/listing_requirements.

Panin Sekurities (2020). Seri Edukasi Beginner-Part 2.
https://www.pans.co.id/assets/docs/edukasipemulapart02.pdf

Siti Afizah Rincing. (2021). Konsep supply dan demand dalam saham.
https://www.mahersaham.com/konsep-supply-demand-dalam-saham/

Parth Parekh, Vaibhavi Ghariya (2015). Analysis of Moving Average Methods
International Journal of Engineering and Technical Research (IJETR). ISSN:
2321- 0869.

Rosillo, Rafael, David de la Fuente, and Jose Brugos. (2013). Technical
Analysis and the Spanish Stock Exchange: Testing the RSI, MACD,
Momentum and Stochastic Rules using Spanish Market Companies.

80

Applied Economics 45: 1541–50.

Du Plessis, Anton Wouter. (2013). The Effectiveness of a Technical Analysis
Strategy versus a Buy-and-hold Strategy on the FTSE/JSE Top

40 Index Shares of the JSE Ltd: The Case of the Moving Average

Convergence Divergence Indicator.

Ming-Ming, L. and L. Siok-Hwa (2006). The profitability of the simple moving

averages and trading range breakout in the Asian stock markets.
Journal of Asian Economics 17(1): pp.144-170.

Alexander Londoño. (2014). How to use the MACD indicator to determine
trend direction By Alexander Londoño.

Chong, Terence Tai-Leung, Wing-Kam Ng, and Venus Khim-Sen Liew. (2014).
Revisiting the Performance of MACD and RSI Oscillators. Journal of Risk
and Financial Management 7: 1–12

Wong, M. Manzur and B.K Chew (2003). How Rewarding is Technical Analysis,
evidence from Singapore Stock Market. Applied Financial Economics.

81

TAHAP KEPUASAN PESERTA KURSUS ASAS FOTOGRAFI
TERHADAP PERLAKSANAAN KURSUS ANJURAN UNIT
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) DI KOLEJ
KOMUNITI JASIN MELAKA

Khamerliyanora binti Khalid
Kolej Komuniti Jasin (KKJS)
[email protected]

Nor Azilah binti Azmil
Kolej Komuniti Jasin (KKJS)

[email protected]

Syahira binti Md Desa
Kolej Komuniti Jasin (KKJS)

[email protected]

Abstrak
Kolej Komuniti merupakan hub sepanjang hayat yang mana bermula dari penubuhannya
Kolej Komuniti diminta untuk menganjurkan kursus pendek dibawah pembelajaran
sepanjang hayat. Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap kepuasan peserta
kursus Asas Fotografi terhadap perlaksanaan kursus anjuran Unit Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti Jasin. Kajian telah dilakukan ke atas 94 orang
peserta kursus. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan borang soal
selidik dari Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) dan digunapakai di semua kolej
komuniti sebagai instrumen kajian. Data-data yang diperolehi seterusnya dianalisis
dengan menggunakan perisian IBM SPSS versi 17. Hasil dapatan kajian mendapati
bahawa tahap kepuasan perlaksanaan terhadap kursus pendek di KKJS berada pada
tahap sederhana tinggi dengan skor min sebanyak 3.50. Kesimpulan yang diperolehi dari
kajian ini adalah peserta yang hadir untuk menyertai setiap kursus yang dijalankan
menginginkan setiap aspek yang berkaitan ke arah mencapai objektif kursus adalah
perlu dititikberatkan ke arah sistem pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti.

Kata Kunci: Kepuasan pelanggan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti

82

1.0 Pengenalan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi seluruh Kolej Komuniti di Malaysia
adalah untuk membangunkan komuniti setempat sebagai tenaga kerja
berpengetahuan dan terlatih untuk memenuhi tuntutan dunia pekerjaan melalui
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional dan Pembelajaran Sepanjang
Hayat.

1.1 Latar Belakang Kajian
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) memainkan peranan penting dalam
sesebuah komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan untuk mewujudkan
peluang, membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan. Demi
memenuhi visi Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Jasin
memempunyai beberapa objektif yang perlu dicapai salah satu antaranya adalah
menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat
setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
Terdapat 9 kluster yang disediakan oleh Komuniti Komuniti Jasin Melaka (KKJS)
bagi memenuhi permintaan komuniti setempat. Antaranya adalah Kursus Asas
Fotografi dari Kluster Grafik dan Multimedia. Bagi memperkukuhkan lagi dari
segi Pelaksanaan kursus tersebut beberapa aspek perlu dilihat dari segi suasana
persekitaran tempat kursus yang baik, selesa dan berkualiti. Aspek ini perlu
diutamakan bagi memenuhi keperluan dan kepuasan peserta kursus dalam
memastikan Kursus Asas Fotografi menjadi salah satu pilihan utama daripada
komuniti setempat.
Pembelajaran sepanjang hayat adalah satu proses pembelajaran yang boleh
dipelajari oleh pelbagai peringkat umur dari seusia yang muda sehinggalah umur
yang boleh dikategorikan warga emas. Peluang pembelajaran boleh dilaksanakan
dalam dua keadaan iaitu melalui institusi atau daripada komuniti itu sendiri dan
juga dari bahan cetakan atau teknologi (Kassim, 2008)
Menurut Mustafa et al, (2007) kepuasan pelanggan merupakan kunci kepada
sesebuah perniagaan. Maka kepuasan peserta kursus PSH amat penting dalam
memastikan kursus yang dilaksanakan dengan baik. Jesteru itu, pihak Kolej
Komuniti Jasin Melaka perlu menjadi sebuah institusi yang dapat memenuhi
kepuasan pelanggan terhadap kualiti pelaksanaan kursus bagi mencapai suatu
tahap yang cemerlang. Peserta yang berpuas hati berkemungkinan akan
menyertai lagi kursus – kursus dalam kluster yang sama atau lain dalam
meningkatkan lagi kemahiran mereka yang sedia ada.

83

1.2 Permasalahan kajian
Sebagai institusi pemberi latihan, kolej komuniti jasin perlu mengambil kira
persepsi peserta kursus di dalam setiap kursus anjurannya kerana sebagai
pemberi latihan, KKJS memerlukan peserta yang berpuas hati dengan
perkhidmatan yang diterima untuk meningkatkan kualiti dan kesetiaan peserta
(Smith, Grealish, & Henderson, 2018) dalam menjadikan KKJS sebagai peneraju
latihan yang menjadi pilihan penduduk setempat. Walaupun KKJS merupakan
organisasi bukan untung, tetapi untuk bersaing dalam industri pendidikan
kepuasan pelanggan merupakan aspek penting perlu dititikberatkan (Wu, Hsieh,
& Lu, 2015) yang mana ia turut mengambilkira berkaitan isu tenaga pengajar
kandungan kursus dan juga fasiliti yang digunakan. Justeru satu kajian telah
dijalankan untuk melihat tahap kepuasan peserta Kursus Asas Fotografi
memandangkan fotografi merupakan bidang tujahan di KKJS.

1.3 Persoalan Kajian
Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat tahap kepuasan peserta kursus Asas
Fotografi terhadap perlaksanaan kursus anjuran unit PSH di Kolej Komuniti
Jasin dari pelbagai elemen seperti seperti penyampaian isi kandungan mencapai
objektif, cara penyampaian menarik, kandungan kursus teratur, tempat kursus
sesuai, penyampaian jelas dan difahami dan akhir sekali masa dan tempoh
kursus mencukupi.

1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan peserta
kursus Asas Fotografi terhadap perlaksanaan kursus anjuran unit PSH di Kolej
Komuniti Jasin.

1.5 Kepentingan Kajian
1.5.1 Membantu institusi dalam mengekalkan kualiti sesuatu kursus yang akan
dijalankan dari segi persekitaran kursus yang selesa dan menyenangkan.
1.5.2 Meningkatkan lagi mutu tenaga pengajar ketika mengajar dalam sesuatu
kursus dengan mempelbagaikan teknik penyampaian dan kandungan kursus
yang lebih teratur.
1.5.3 Pihak institusi dapat memastikan enrolmen peserta kursus pendek
meningkat dari semasa ke semasa.

84

2.0 Ulasan Literatur
Menurut Suriyana et al., (2017) dalam meningkatkan tahap kepuasan peserta
sesuatu kursus, tenaga pengajar perlu diberi latihan berterusan dalam
meningkatkan kualiti penyampaian dan kandungan kursus.
Selain dari itu Nur Angriani et a.,l (2017) dalam kajiannya menyatakan bahawa
apa yg dia kaji terhadap tahap kecenderungan dalam kesediaan pembelajaran
sepanjang hayat di kalangan pelajar Kolej Komuniti Tawau Sabah (KKTS) adalah
tinggi. Bagi memastikan peserta kursus sentiasa berkeinginan untuk menyertai
semula program PSH, maka penganjur perlu memastikan bahawa setiap peserta
yang hadir dapat mencapai objektif kursus yang dianjurkan bagi memastikan
tahap kepuasan peserta berada pada tahap yang baik (Mashiroh & Abdul Rasid,
(2016).
Kajian Mohd Fahmi et al., (2018) menyatakan bahawa tahap kepuasan pengguna
terhadap kemudahan di Kolej Komuniti Jempol berada dalam keadaan yang
sederhana. Jesteru itu pengkaji merasakan perlu ada beberapa cadangan dalam
meningkatkan mutu dan kualiti kemudahan kolej untuk memenuhi kepuasan
pelanggan.
Mustafa Dakian (2009) menyatakan onsep pembelajaran sepanjang hayat atau
lifelong learning bukanlah merupakan satu konsep yang baru dalam sistem
pendidikan negara. Namun, ekoran daripada perubahan persekitaran baru, di
mana ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi menjadi keutamaan,
konsep pembelajaran sepanjang hayat telah diberikan penekanan dalam
pembangunan negara.

3.0 Metodologi Kajian
3.1 Rekabentuk Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal
selidik kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti sebagai instrumen
kajian. Data kajian diperolehi melalui borang soal selidik. Pendekatan ini juga
dikenali dengan kaedah kuantitatif kerana melibatkan aspek penomboran dan
statistik. Menurut Rohana Yusof (2004:193) kaedah ini dilakukan ke atas
sejumlah besar individu dengan menggunakan soalan yang berbentuk tertutup.

85

3.2 Populasi dan sampel
Sampel bagi kajian ini adalah terdiri daripada 94 peserta kursus Asas Fotografi
daripada kluster Grafik yang mana telah dijalankan dari bulan Februari sehingga
Oktober tahun 2016.

3.3 Instrumen Kajian
Alat ukuran yang digunakan adalah borang soal selidik yang digunapakai oleh
semua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) Kolej Komunti di seluruh
Malaysia. Ianya terdiri daripada biodata responden, tahap pelaksanaan kursus,
keberkesanan kursus dan cadangan atau komen daripada responden.
Dalam kajian ini hanya dua bahagian sahaja di ambil sebagai kajian iaitu
bahagian A, mengukur demografi responden dan bahagian B pula berkaitan
dengan Pelaksanaan kursus di mana responden perlu menanda takat atau unit
pada skala likert 4 iaitu 1untuk Lemah , 2 untuk Sederhana, 3 untuk Baik dan
4 untuk Amat Baik. Analisis Bahagian A dan B dibuat berdasarkan peratusan
dan skor min.

3.4 Pengumpulan dan Analisis Data
Pengumpulan data diperolehi daripada peserta – peserta Kursus Asas Fotografi
melalui borang soal selidiik selepas selesai kursus. Borang – borang tersebut
dikumpul pada hari yang sama. Data-data yang diperolehi daripada borang soal
selidik dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Versi 17. Interpretasi skor
min yang digunapakai untuk kajian ini adalah dari Nunnally dan Bernstein
(1994) bagi menjawab persoalan kajian kepuasan peserta kursus terhadap
perlaksanaan kursus pembelajaran sepanjang hayat (PSH) bagi Kursus Asas
Fotografi di Kolej Komuniti Jasin seperti dalam Jadual 3.1 berikut:

Skor Min Interpretasi

1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00
3.01 – 4.00 Sederhana Rendah
4.01 – 5.00
Sederhana Tinggi

Tinggi

(Sumber: Nunally & Bernstein, 1994)

Jadual 3.1: Jadual Interprestasi Skor Min Skala min skor Tahap

86

Item yang dianalisis dalam tahap interpretasi yang rendah menunjukkan tahap
kepuasan peserta adalah berada pada julat skor min 1.00 -2.00. Jika julat skor
min pula pada 2.01 – 3.00 menunjukkan tahap kepuasan sederhana rendah
terhadap sesuatu Pelaksanaan kursus. Sekiranya tahap kepuasan peserta dalam
sederhana tinggi maka julat skor min berada dalam 3.01 – 4.00. Manakala skor
min berada pada 4.01- 5.00 pula menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi
terhadap perlaksanaan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi
Kursus Asas Fotografi di Kolej Komuniti Jasin Melaka.

4.0 Analisa dan Dapatan Kajian
Maklumat yang diperolehi daripada borang soal selidik kursus pendek
menggunakan kaedah deskriptif yang mana data diproses menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 17. Analisis deskriptif
digunakan untuk mendapatkan berapa ramai responden yang menjawab borang
soal selidik itu mengikut jantina berdasarkan frekusensi dan peratus manakala
kedua adalah untuk mencapai persoalan kajian berdasarkan skor min.
Bahagian ini merupakan penganalisaan terhadap demografi responden yang
melibatkan jantina peserta. Data – data menunjukkan secara terperinci jantina
peserta yang terlibat sebagai responden berdasarkan Jadual 4.1.

JANTINA JUMLAH PERATUS

LELAKI 32 34

PEREMPUAN 62 66

Jumlah 94 100

Jadual 4.1 : Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Purata jumlah keseluruhan min bagi tahap kepuasan peserta kursus terhadap
Pelaksanaan kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi Kursus Asas
Fotografi Di Kolej Komuniti Jasin Melaka adalah sederhana tinggi iaitu sebanyak
3.50. Min – min bagi setiap item dalam tahap kepuasan terhadap kursus tersebut
adalah ditunjukkan dalam Jadual 4.2.

87

No Item Skor Tahap

Item Min Kepuasan

1 Penyampaian isi kandungan 3.54 Sederhana

mencapai objektif Tinggi

2 Cara penyampaian menarik 3.50 Sederhana

Tinggi

3 Kandungan kursus teratur 3.51 Sederhana

Tinggi

4 Tempat kursus sesuai 3.53 Sederhana

Tinggi

5 Penyampaian jelas dan difahami 3.55 Sederhana

Tinggi

6 Masa dan tempoh kursus mencukupi 3.38 Sederhana

Tinggi

Purata Jumlah Keseluruhan 3.50 Sederhana

Tinggi

Jadual 4.2: Kepuasan Peserta Kursus Terhadap Pelaksanaan Kursus

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi Kursus Asas Fotografi

5.0 Perbincangan, Rumusan dan Cadangan
Penyampaian isi kandungan objektif berada dalam min 3.54 yang mana berada
pada tahap sederhana tinggi. Ini menunjukkan tenaga perlu meningkatkan lagi
dari segi isi kandungan sesuatu untuk memastikan peserta kursus jelas apa
yang hendak disampaikan oleh tenaga pengajar.
Cara penyampaian menarik oleh tenaga pengajar juga perlu dipertingkatkan agar
suasana pembelajaran yang lebih efektif dan tidak membosankan peserta
kursus. Dapatan kajian menunjukkan cara penyampaian menarik bagi kursus
Asas Fotografi pada tahap sederhana tinggi di mana skor min ialah 3.50.
Aspek yang seterusnya kandungan kursus teratur juga mempunyai tahap
kepuasan sederhana tinggi di mana skor min ialah 3.51. Ini menunjukkan tenaga
pengajar perlu memperkemaskan lagi kandungan supaya selari dengan objektif
kursus.
Tempat kursus perlu dipertingkatkan lagi dari kesesuaian sesebuah kursus bagi
mendapat kepuasan yang tinggi oleh peserta kursus. Tahap kepuasan yang
dicapai adalah sederhana tinggi yang mana skor min ialah 3.53.

88

Tenaga pengajar perlu pertingkatkan lagi dari segi penyampaian supaya lebih
jelas dengan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran dan pengajaran.
Tahap kepuasan bagi penyampaian jelas dan difahami adalah sederhana tinggi
di mana skor min ialah 3.55.
Masa dan tempoh sesebuah perlu mencukupi agar peserta dapat mencapai apa
objektif kursus yang hendak disampaikan. Bagi aspek yang terakhir ini, tahap
kepuasan juga dalam keadaan sederhana tinggi pada skor min 3.38.
Hasil dapatan kajian yang dijalankan ini dapat menunjukkan bahawa
pelaksanaan sesebuah kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat yang akan
dijalankan merupakan elemen penting bagi memenuhi kepuasan seseorang
peserta. Dalam meningkatkan lagi tahap kepuasan peserta kursus Asas Fotografi
khususnya perlu melihat semula objektif, kaedah penyampaian , tempat dan
masa yang mencukupi sebelum melaksanakan kursus.
Kajian yang dijalankan ini juga memberi maklumat dalam memperbaiki
pelaksanaan kursus di Kolej Komuniti Jasin Melaka. Berpandukan kepada hasil
dapatan kajian yang telah diperolehi dapatlah disimpulkan bahawa tahap
kepuasan seorang peserta kursus merangkumi pelbagai aspek antaranya
penyampaian tenaga pengajar, tempat kursus dan masa.

Rujukan
A. Ashraf, M. & Ibrahim, Y. (2009). Quality Education Management at Private

Universities in Bangladesh: An Exploratory Study. Jurnal Pendidik dan
Pendidikan, 24, ms. 17–32 Becket, N. & Brookes, M (2008).

Kassim, P. I. (2008, 8 6). Manfaatkan pembelajaran sepanjang hayat. Retrieved 9
22,2018,http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0806
&sec=Kampus&pg=ka_01.htm

Kirby, J.R. Knapper, C., Lamon, P., & Egnatoff, W.J. (2010). Development of a
scale to measure lifelong learning. International Journal of Lifelong
Education, 29(3), 291-302.

Mashiroh Binti Abdul Ghani & Dr Abdul Rasid Bin Abdul Razzaq (2016). Persepsi
Peserta Terhadap Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Di Mini Rtc Di
Negeri Kedah Retrieved 22 September 2018, from the World Wide Web:
http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=119079

Mohd Fahmi Bin Ab Rahman dan Norazah Binti Abdullah (2018) Tahap
Kepuasan Pengguna Terhadap Kemudahan Di Kolej Komuniti Jempol.
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition
(iCompEx’18).

89

Mustafa, Z. et al (2007). Pengelasan Atribut Kualiti bagi Meningkatkan Kepuasan
Pelanggan. Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis, 3(1), (149-159)

Mustafa Dakian( 2009) Pembangunan Modal Insan : Misi 2057 berteraskan Islam
dan konvensional. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.

Nunally, J., & Bernstein, I. (1994). Psychometric theory. Edisi ke-3. New York:
McGraw Hill

Nurul Agriani binti Nurja, Mohd Zulhasnan, Chang Vui SEng, Wilson. (2017).
Tahap Kesediaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Kalangan Pelajar
Semester Akhir Kolej Komuniti Tawau. Politeknik & kolej Komuniti Journal
of Life Long Learning, 1(1), 72-84.

Portal Rasmi Pembelajaran Sepanjang Hayat. (2018, 9 2). Retrieved from
http://www.mohe.gov.my/portalpsh/?p=14778

Smith, M. R., Grealish, L., & Henderson, S. (2018). Nurse Education Today
Shaping a valued learning journey: Student satisfaction with learning in

undergraduate nursing programs, a grounded theory study ☆. Nurse

Education Today, 64(January), 175–179.

https://doi.org/10.1016/j.nedt.2018.02.020

Suriyana binti Sulaji, Suhaila binti Hassan, Wna Fadilah Bin Wan Hitam. (2017).
Mengenalpasti Tahap Kepuasan Peserta Terhadasp Pelaksanaan Kursus

Pendek Di Kolej Komuniti Selandar, Melaka. Politeknik & Kolej Komuniti
Journal of Life Long Learning, 1(1), (132-142)

Wu, Y., Hsieh, L., & Lu, J. (2015). What’s the Relationship Between Learning
Satisfaction and Continuing Learning Intention? Procedia - Social and

Behavioral Sciences, 191, 2849–2854.

https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.04.148

90

Terbitan :
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
Kolej Komuniti Jasin
Jabatan Pendidikan Politeknik Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi

e ISBN 978-967-16548-6-6

9789671654866


Click to View FlipBook Version