AKTIVITI SEKOLAH PELAJAR SAHSIAH BULANAN PENCAPAIAN MURID KARYA MURID SMK SUNGAI ACHEHMOMENTUM BULETIN EDISI PERTAMA 2024 | AKTIVITI MAC HINGGA APRIL @smk.sungai.acheh SMK Sungai Acheh smksungaiacheh_
TINTA, PRAKTA DAN ALUAN SOROTAN BULANAN (MAC) KANDUNGAN MOMENTUM | MAC-APRIL 2024 01 RUANG UTAMA | SAMPINGAN | RUANGAN KREATIF MAKLUMAT SEKOLAH 02 Orientasi Tingkat 1 & 4 Pelancaran Program Pembentukan Karakter Karamah Insaniah & Pelancaran Program Ihya' Ramadan Pelancaran we are the “BEST” & Tabung Penyayang Majlis Iftar Jamaie Asrama Majlis Jaulah Ramadan 03 Tinta Pengetua Prakata Penolong Kanan Pentadbiran Kata Alu-Aluan Ketua Editor 2 3 4 5 5 6 6 7 SOROTAN BULANAN (APRIL) Majlis Penutup Ihya’ Ramadhan Majlis Penyerahan “ Button Badge ” Perintis Kecemerlangan Bahasa Melayu SPM Peluncuran Program Mentor Mentee Program 1 “Million Tree Planting”, Pulau Pinang Program Jom Baca Bersama 10 Minit Program Promosi Pusat Masakan Sg Tongkang Bengkel Catan Majlis Jamuan Sambutan Hari Raya Asrama 05 9 10 10 11 12 13 13 14 HASIL KARYA MURID (MAC) Suara Generasi ABC Model Perniagaan Tingkatan 4UM dan 4UKM 04 8 8 HASIL KARYA MURID (APRIL) Sajak Bahasa Umpama Ibu (Tingkatan 3) Sajak Perjalanan Seorang Insan Kerdil (Tingkatan 5) 06 15 16 ANUGERAH SAHSIAH BULANAN Bulan Mac Bulan April 07 17 18 Visi KPM Misi Moto Sekolah Lagu Sekolah 1 1 1 1 PENCAPAIAN BULANAN Pertandingan Bola Jaring Pertandingan Sepak Takraw Pertandingan Scrabble 08 19 19 19
SMK SUNGAI ACHEH Pendidikan Berkualiti Insan Terbaik Negara Sejahtera 4 VISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi negara MISI We Are The BEST MOTO SEKOLAH LAGU SEKOLAH (HIDUP BERILMU) Demi agama, bangsa dan negara Berpegang teguh prinsip Rukun Negara Tekun berusaha mencapai cita-cita Mengukir nama pelbagai cara SMK Sungai Acheh pasti berjaya Di sini kasih curahan setia Sumbangsihku demi namamu jua Tempat besarku tempatku dewasa Mengenal diri mengenal dunia SMK Sungai Acheh Kan ku tabur bakti Nama dan maruah Kujunjung tinggi Semasa di sini Semasa tiada lagi Hidup berilmu Kan teguh di hati
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, Assalamualaikum wbt salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi atas nikmat, rahmat dan kasih sayang-Nya yang tiada terhingga kepada kita semua. Dengan izin-Nya yang Maha Mulia, kita bersyukur SMK Sungai Acheh dapat menerbitkan Buletin sekolah buat julung kalinya. Terima kasih tidak terhingga kepada Ketua Editor iaitu Cik Nur Diyna Qadrina binti Ahmad dan semua AJK buletin. Untuk pengetahuan semua, buletin ini dikenali sebagai MOMENTUM yang membawa maksud: M – Motivation / Motivasi: Motivasi adalah asas kepada pencapaian cemerlang iaitu menggalakkan semangat dalam diri para guru dan murid, membina jati diri dan semangat untuk menimba ilmu. O – Opportunity / Peluang: Setiap peluang adalah jalan menuju kejayaan di mana sekolah perlu berusaha untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran dan pengembangan diri bagi memperluaskan minda dan bakat murid-murid. M – Mastery / Penguasaan: Kecekapan dalam pelajaran adalah penting. Para guru dan murid digalakkan untuk menguasai ilmu dalam pelbagai bidang, menimba pelbagai kemahiran dan mempersiapkan diri ke arah cabaran yang mendatang terutama dalam bidang digital. E – Energy / Tenaga: Tenaga yang positif dan sihat adalah kunci kepada kecemerlangan. Gaya hidup yang sihat, persekitaran yang kondusif dan selamat dapat menyokong kemajuan fizikal dan mental para guru dan murid. N – Nurturing / Pembangunan: Setiap murid perlu dibangunkan secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek secara menyeluruh di mana para guru menjadi sumber sokongan yang berterusan. T – Tenacity / Ketabahan: Dalam menghadapi cabaran, ketabahan adalah penentu kejayaan. Guru berperanan menjadi pendorong untuk memupuk sikap kegigihan, ketekunan dalam mengejar impian bagi mencapai matlamat para guru murid. U – Understanding / Pemahaman: Setiap murid adalah unik. Mereka perlu dihargai, dihormati, disayangi dan difahami selaras dengan salah satu KPI KPM dalam menghasilkan Karamah Insaniah dan ABC iaitu Anak Baik lagi Cerdik. M – Mindset / Pemikiran: Ianya bermaksud menanam minda yang positif, proaktif, kreatif dan inovatif dalam kalangan guru dan murid. Setiap guru dan murid mempunyai potensi dan pelbagai kemahiran di mana mereka berupaya menghadapi setiap cabaran dengan penuh keyakinan dan keberanian. Dengan terhasilnya "M.O.M.E.N.T.U.M" ini, saya berharap bulletin ini akan menjadi budaya bulanan yang berkekalan bagi mempamerkan setiap program, aktiviti dan kecemerlangan sekolah untuk pengetahuan dan informasi para warga sekolah. Sekian wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum wbt. PN. SAMSIAH BINTI OMAR Pengetua Cemerlang SMK Sungai Acheh Tinta Pengetua
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya Buletin MOMENTUM dapat menemui khalayaknya pada tahun ini. Tahniah saya ucapkan kepada Sidang Editor kerana bertungkus-lumus menyiapkan buletin yang bakal menjadi album kenangan kepada seluruh warga SMK Sungai Acheh bagi tahun 2024 ini. Ucapan terima kasih juga saya iringkan kerana memberi peluang kepada saya untuk mencatatkan sepatah dua kata dalam majalah ini. Buletin ini walaupun tidak sama dengan hasil penerbitan arus perdana yang lain, namun bakal menjadi satu produk yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh seluruh warga SMK Sungai Acheh. Hal ini kerana di dalamnya terhimpun hasil karya dan idea murid-murid yang berketerampilan serta rekod-rekod yang menjadi bukti kemegahan SMK Sungai Acheh dalam menyertai pelbagai aktiviti. Syabas kepada seluruh warga pendidik, kakitangan serta anak didik yang dikasihi sekalian. Teruskan usaha murni demi kecemerlangan bersama. Selaras dengan peningkatan arus pendidikan kini, maka wajarlah kita prihatin dan cakna terhadap perkembangan sistem pendidikan pada dekad ini. Dasar PPP yang diperkenalkan dan sedang dilaksanakan memerlukan komitmen jitu daripada para pendidik bagi melahirkan modal insan yang berkebolehan dalam semua perkara. Malah kerjasama yang jitu daripada para ibu bapa juga amat dihargai dalam menjayakan matlamat dasar ini. Akhir kata, sebagai peneraju pentadbiran sekolah ini saya ingin mengucapkan setingg-tinggi penghargaan kepada para pendidik, murid-murid dan ibu bapa atas sokongan dan kerjasama bagi mengharumkan dan mengangkat nama SMK Sungai Acheh di peringkat daerah, negeri malah kebangsaan. Syabas dan teruskan usaha. Sekian, terima kasih. PN. WAN NORKURSIAH BINTI ZAINOL @ ABDULLAH Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sungai Acheh Prakata Penolong Kanan Pentadbiran
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pertama sekali, saya ingin melafazkan rasa syukur kehadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita menjayakan penerbitan buletin ini yang menjadi tanda ingatan buat warga SMK Sungai Acheh. Tanpa izin dan ilhamnya, tidaklah wujud buletin ini yang akan menjadi satu titik permulaan baru kepada warga SMK Sungai Acheh. Sekalung penghormatan dan terima kasih kepada barisan pentadbir Puan Samsiah binti Omar, Pengetua Cemerlang SMK Sungai Acheh dan Puan Wan Norkursiah binti Zainol @ Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sungai Acheh kerana memberi peluang serta kepercayaan kepada kami untuk menerbitkan buletin MOMENTUM edisi pertama bagi sekolah ini. Buletin MOMENTUM merupakan hasil pertama yang dapat saya sumbangkan kepada SMK Sungai Acheh. Diharap buletin MOMENTUM ini akan dapat berterusan dengan kandungan-kandungan yang lebih menarik di masa akan datang. “We never lose. Either WE win or WE learn” Sekian, terima kasih. NUR DIYNA QADRINA BINTI AHMAD Ketua Editor MOMENTUM SMK Sungai Acheh Kata Alu-Aluan Ketua Editor
SOROTAN BULANAN MAC | APRIL S M K S U N G A I A C H E H
PROGRAM Orientasi bagi Tingkatan 1 dan 4 telah diadadakan selama 3 hari iaitu bermula pada 1 Mac 2024 sehingga 3 Mac 2024. Tujuan orientasi sekolah dilaksanakan bagi memberi panduan kepada pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 dalam menyesuaikan diri dengan suasana baru, membina persahabatan, dan memahami keperluan akademik serta kokurikulum." Orientasi Tingkat 1 & 4 Sorotan Bulanan Pada 11 Mac 2024 SMK Sungai Acheh telah berjaya melancarkan Program Pembentukan Karakter, Sahsiah Karamah Insaniah dan Pelancaran Ihya’ Ramadan dengan penuh semangat. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan nilai-nilai murni dan moral dalam kalangan pelajar, serta meraikan keistimewaan bulan Ramadan. Pelancaran Program Pembentukan Karakter Karamah Insaniah & Pelancaran program ihya' Ramadan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ACHEH MAC
Pada 18 Mac 2024, acara "We are the BEST" telah berjaya dilancarkan untuk membentuk murid-murid mempunyai keempat- empat elemen penting ini iaitu Behaviour, Education, Skill dan Talent. Tujuan program ini diperkenalkan bagi memperkukuhkan potensi murid untuk masa depan yang cemerlang. Pada masa yang sama, pelancaran tabung penyayang turut diadakan untuk mendorong sumbangan sukarela murid-murid bagi memupuk nilai-nilai murni yang baik di kalangan murid-murid. Pelancaran we are the “BEST” & Tabung Penyayang SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ACHEH Sorotan Bulanan PROGRAM Pada 27 Mac 2024 dan 31 Mac 2024, Majlis Iftar bersama dengan murid-murid asrama telah diadakan dengan penuh kegembiraan. Majlis ini bertujuan untuk meraikan bulan Ramadan bersama-sama dengan seluruh warga SMK Sungai Acheh, terutamanya bersama dengan murid asrama. Selain aktiviti berbuka puasa bersama, pihak sekolah juga telah memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Majlis Iftar Jamaie Asrama MAC
PROGRAM Pada Ahad, 31 Mac 2024, SMK Sungai Acheh telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Negeri Pulau Pinang. Majlis yang dianjurkan bersama YB Fadhlina Sidek . Majlis ini menjadi satu acara yang bermakna bagi warga SMK Sungai Acheh. Majlis bermula pada waktu petang dan berlangsung dengan penuh kegembiraan. YB Fadhlina turut menyampaikan sumbangan kepada 50 orang murid terpilih, menambah kegembiraan dan keberkatan dalam majlis yang dijalankan. Majlis Jaulah Ramadan 31 M A C 2 0 2 4 | @ D E W A N B E S T A RI, S M K S A Sorotan Bulanan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ACHEH Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sempena majlis Jaulah Ramadan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah tadabbur al-Quran, berbuka puasa bersama, solat tarawih, dan sesi moreh. Majlis Jaulah Ramadan KPM 2024 di SMK Sungai Acheh telah mencipta satu kenangan yang tidak akan dilupakan oleh semua yang hadir. MAC
TETAPLAH KREATI F , TERU S KAN AKTI F HI D UP INDAH DALAM BERKARYA TETAPLAH KREATI F , TERU S KAN AKTI F HI D UP INDAH DALAM BERKARYA Hasil Karya Murid ABC S U A R A G E N E R A S I KARYA MURID PERNIAGAAN 4UM & 4UKM
PROGRAM APRIL Pada 4 April 2024, telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya’ Ramadhan yang bertempat di Dewan Seri Bitara, SMK Sungai Acheh. Majlis ini bertujuan untuk menutup bulan Ramadhan serta menyampaikan hadiah bagi murid yang menyertai pertandingan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Majlis Penutup Ihya’ Ramadhan Seiring dengan Majlis Penutupan Ihya’ Ramadhan, SMK Sungai Acheh turut meraikan perarakan Majlis Khatam Al Quran dengan perarakan iringan alunan kompang berserta tilawah Al-Quran. Majlis Khatam Al Quran Sorotan Bulanan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ACHEH
PROGRAM APRIL Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan satu program pada 15 April 2024 untuk menunjukkan penghargaan kepada murid-murid cemerlang Bahasa Melayu. Beberapa murid yang terpilih telah dianugerahkan dengan sebiji ‘Button Badge’ yang dipakaikan di bahagian lencana oleh barisan guru pentadbir. Telah berlangsungnya Peluncuran Program Mentor Mentee yang telah dirasmikan oleh Puan Samsiah binti Omar Pengetua Cemerlang SMK Sungai Acheh pada 15 April 2024. Program ini adalah untuk membimbing semua pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Majlis Penyerahan ‘Button Badge’ Perintis Kecemerlangan Bahasa Melayu SPM Sorotan Bulanan Peluncuran Program Mentor Mentee SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ACHEH
PROGRAM APRIL Pada 22 April 2024, telah berlangsungnya program Penanaman Sejuta Pokok dalam Sehari di seluruh negeri Pulau Pinang bersempena dengan Hari Bumi 2024. Program ini telah dilaksanakan oleh barisan pentadbir, barisan guru dan semua murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Sorotan Bulanan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ACHEH Program 1 ‘Million Tree Planting’, Pulau Pinang
PROGRAM APRIL Pada 23 April 2024, semua warga SMK Sungai Acheh menjalankan program Jom Baca Bersama 10 minit di kelas masing-masing. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran serta minat warga sekolah untuk membaca. Program ini telah disertai oleh seluruh warga SMK Sungai Acheh bermula jam 10.50 pagi hingga 11.00 tengahari. Sorotan Bulanan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ACHEH Program Jom Baca Bersama 10 Minit
PROGRAM APRIL Bengkel catan ini telah diadakan pada 27 dan 28 April 2024 bersama Cikgu Ismail. Bengkel ini bertujuan meningkatkan teknik melukis murid-murid SMK Sungai Acheh. Bengkel ini lebih berfokus kepada murid yang mengambil subjek atau bidang Pendidikan Seni Visual (PSV). Bengkel Catan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ACHEH Sorotan Bulanan
PROGRAM APRIL Program Promosi Pusat Masakan telah diadakan di Sg Tongkang pada 30 April 2024. Seramai 28 orang murid terlibat terdiri dari pelajar sekolah dan peserta baru. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Rukiman Shah Bin Haron Pegawai Khas YB ADUN merangkap YDP SMK Sg Acheh Asrama SMK Sungai Acheh telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 30 April 2024. Majlis ini melibatkan semua warga asrama SMK Sungai Acheh dan dihadiri oleh barisan pentadbir serta barisan guru SMK Sungai Acheh. Program Promosi Pusat Masakan Sg Tongkang Sorotan Bulanan Majlis Jamuan Sambutan Hari Raya Asrama SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ACHEH
RUANG KREATIF SAJAK BAHASA Adakala lisan membawa kekecewaan, adakala ilmu membawa kesesatan, adakala budi membawa keburukan, adakala kejayaan membawa kegagalan, itu hanya kerana bahasa yang digunakan. Maka anggaplah, bahasa adalah ibu, kita adalah anak, mulut adalah perhubungan, minda adalah kejayaan. Bahasa ini umpama seorang ibu, tanpa bantuan ibu, kita tidak boleh bertutur, kita tidak boleh bertatih. Jadi, mampukah kita berjasa seperti ibu yang mulia, mampukah kita bertutur dengan bahasa mulia, maka, mampukah kita membawa kejayaan melalui mereka? Ingatlah! tanpa bahasa kita tidak mampu berjasa, tanpa bahasa kita juga tidak mampu bertutur, umpama bernilai setitis susu ibu. Tanpa bahasa tiadalah lisan, tanpa bahasa tiadalah ilmuwan, tanpa bahasa tiadalah budiman, tanpa bahasa tiadalah kejayaan. Percayalah, betapa besarnya jasamu bahasa, terima kasih kerana membantuku berbahasa, tanpamu ku tidak mampu berjaya, jasamu akan kukenang sehingga nyawaku melayang. Terima kasih bahasa, adanya berkat dan jasamu seperti ibu, akanku taburkan kepada masyarakat, agar mereka lebih berbudi bahasa. BAHASA BA H ASA UMPAMA IB U Hasil Karya Murid Tingkatan 3 SMK Sungai Acheh
Dulu aku seorang insan yang rapuh, kehidupanku penuh onak dan duri, kehidupanku menjadi haru biru, sehinggalah aku tersasar jauh. Hidup tanpa arah tujuan, hidup tanpa ketakwaan, sehingga setitis air mata gugur, seperti diri tertusuk duri. Mana perginya keimananku? mana perginya kesabaranku? mana perginya ilmu yang ditaburkan? semuanya luluh dalam bayangan. Tetapi itu dahulu, ketikaku tidak memahami arah tujuan, ketikaku tidak mengenali sebuah kehidupan, ketikaku tidak menghargai didikan. Hanya kerana aku berasa kosong, umpama membuka buah tiada isinya, sehingga menganggap Tuhan tidak adil, mana perginya kepercayaanku? betapa jauhnya aku tersasar dahulu. Tetapi kini, perjalananku, semuanya sempurna, dengan suci hati. Kumula mendekati diri dengan-Nya, agar aku dapat menghadapi liku-liku perjalanan, yang penuh dengan dugaan. Apabila dekat dengan-Nya aku mula mengerti, apabila diuji bermakna engkau disayangi, maka dekatilah Tuhanmu, carilah ketenangan, kerana pasti ada sinar dalam kehidupan. KER O H ANIAN PERJALANAN SEORANG INSAN KER D IL Hasil Karya Murid Tingkatan 5 SMK Sungai Acheh SAJAK KEROHANIAN
Amsyar Muizzuddin Bin Abd Malek 5 UIAM P E L A J A R S A H S I A H M A C P E L A J A R S A H S I A H M A C Norfaizzatul Akma Binti Sukor 5 UTM
Muhamad Adam Haikal Bin Hasbullah P E L A J A R S A H S I A H A P R I L P E L A J A R S A H S I A H A P R I L Nur Hasnida Binti Hashim 4 UMS 4 UIAM
PENCAPAIAN BULANAN 2. Pertandingan Sepak Takraw 3. Pertandingan Scrabble Pasukan Sepak Takraw SMK Sungai Acheh telah membawa pulang pingat Emas sempena Pertandingan Sepak Takraw peringkat Daerah. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan guru pembimbing. Pasukan Scrabble SMK Sungai Acheh telah memperoleh nama pada tempat Kedua dalam Pertandingan Scrabble Peringkat Daerah. Tahniah diucapkan kepada wakil sekolah yang berjaya membawa nama sekolah ke peringkat yang tinggi. 1. Pertandingan Bola Jaring Pasukan Bola Jaring SMK Sungai Acheh telah mendapat tempat Pertama dalam Pertandingan Bola Jaring peringkat Daerah. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing serta barisan pemain Bola Jaring SMK Sungai Acheh.
we are the BEST are the BEST Barisan Editor B E S T e h a v i o u r d u c a t i o n k i l l s a l e n t
Follow & Like S M K S U N G A I A C H E H MOMENTUM EDISI PERTAMA S M K S U N G A I A C H E H SCAN ME