AKADEMIA JULAI 2023 | EDISI EKSKLUSIF Excellent Akademia nombor 1 di Malaysia Layari laman web kami : www.akademiamediasosial.com SHAHRIL SABRI : @shahrilsabri_ INSPIRASI PENGARUH MEDIA SOSIAL ADALAH SATU KERJAYA : @shahrilsabri96 UTAMA ANCAMAN PHISHING TERHADAP MEDIA SOSIAL EDUTAINMENT MOTIVATOR
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya, e-Majalah Excellent Akademia Edisi Eksklusif dapat diterbitkan dengan jayanya. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Editor. Berkat kerjasama dan usaha keras semua individu yang terlibat telah membuahkan hasil sehingga dapat menerbitkan e-Majalah Excellent Akademia Edisi Eksklusif ini. E-Majalah Excellent Akademia Edisi Eksklusif ini akan memaparkan isu yang hangat di Malaysia iaitu "Ancaman Phishing terhadap Media Sosial". Ancaman phishing ialah penipuan dalam bentuk pancingan data yang diperolehi daripada e-mel mangsa. Oleh itu, masyarakat yang berpengaruh dalam media sosial seperti selebriti mahupun individu yang terkenal seperti Tiktoker dan Instafamous. Mereka seperti itu sangat mudah terdedah dengan ancaman yang semakin berleluasa ini. Namun, kesedaran terhadap ancaman phishing ini masih kritikal. Saya mewakili sidang editor e-Majalah Excellent Akademia ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon maaf jika terdapat kekurangan mahupun kelemahan yang terkandung dalam majalah ini. Di sini juga saya berharap bahawa para pembaca berpuas hati dengan hasil ini. Sekian, terima kasih TINTA EDITOR TINTA EDITOR K E T U A E DIT O R A K A D E MIA Rameeza Syahrir
ARTIKEL UTAMA ARTIKEL SAMPINGAN HAK CIPTA EXCELLENT AKADEMIA 2023 WWW.AKADEMIAMEDIASOSIAL.COM JULAI 2023 | MEDIA SOSIAL i KANDUNGAN AKADEMIA | JULAI 2023 01 RUANG UTAMA | SAMPINGAN TINTA EDITOR Ancaman Phishing terhadap Media Sosial Edisi 23 di Universiti Sultan Azlan Shah 03 05 PESTA BUKU E-Dagang Pengaruh Media Sosial Adalah Satu Kerjaya Aktiviti Geng Take Action (GTA) Cabaran Media Sosial Pandangan Pengaruh Media Sosial terhadap Phishing 06 RUANG KREATIF | IKLAN Bahasa Umpama Ibu - Karya Syahirah Rahman Rintik Hujan - Karya Yew Chun Yi 12 SAJAK Perasmian cawangan baru di DKG6, Universiti Utara Malaysia 11 CAFE MANIS & SENYUM Special menu for UUM Event 14 NYUMSPOT SIDANG EDITOR KETUA EDITOR rameeza ilya binti mohd syahrir EDITOR muhammad Ridhwan qayyim bin kamaruddin PEREKA GRAFIK nur syahirah binti abd rahman sidek nurul amni binti ahmad shukry PENULIS ARTIKEL SYARIFAH NUR ATIKAH BINTI SYED ALWI JURU GAMBAR YEW CHUN YI Faktor berlakunya Phishing Kesan berlakunya Phishing Cadangan Penyelesaian DICETAK OLEH: PMI Press Sdn Bhd 31, Jalan Segambut Selatan, Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. IKUTI KAMI Excellent Akademia Magazine 86, Jalan Perhentian, Sentul, 51100 Kualan Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 03-263 2393 [email protected] 03-282 3354 [email protected] PENOLONG EDITOR 3 4 4 4 6 7 8 9 10 12 13
ANCAMAN PHISHING TERHADAP MEDIA SOSIAL ANCAMAN PHISHING TERHADAP MEDIA SOSIAL ISU SEMASA DI MALAYSIA Editor akademia ditulis oleh Ridhwan Qayyim Apa itu Phishing? 15 Julai, 2023 Tujuan menipu pancingan data (phishing) biasanya untuk mencuri maklumat peribadi seseorang melalui e-mel. E-mel pancingan data selalunya kelihatan daripada organisasi terkenal dan meminta maklumat peribadi, seperti nombor kad kredit, nombor akaun atau log masuk dan kata laluan. Di Malaysia, kebanyakan serangan pancingan data menyasarkan pengguna perbankan dalam talian, dengan taktiknya adalah untuk mendapatkan maklumat kewangan mangsa. ARTIKEL UTAMA Julai, 2023 3 IS U S E M A S A M E DIA S O SIAL Untuk penjenayah pancingan data mendapatkan maklumat peribadi anda, mereka akan mengarahkan anda ke tapak sesawang yang kelihatan seperti tapak perbankan dalam talian yang sah tetapi sebenarnya adalah palsu. Ini dilakukan dengan menghantar e-mel yang berpura-pura daripada bank anda dengan pautan tersembunyi yang, apabila diklik, membawa anda ke tapak sesawang palsu. Apabila anda mengisi butiran diri dan seterusnya menghantar melalui laman sesawang palsu, penjenayah siber mungkin boleh mengakses masuk terus ke akaun perbankan dalam talian anda. www.akademiamediasosial.com A M BIL T A H U
Untuk mengatasi ancaman phishing di media sosial, cadangan berikut boleh diambil iaitu meningkatkan kesedaran pengguna melalui kempen pendidikan berterusan tentang teknik pancingan data, tanda amaran dan langkah pencegahan yang harus diikuti apabila berinteraksi di media sosial. Selain itu, platform media sosial harus terus meningkatkan sistem keselamatan mereka dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pembelajaran mesin untuk mengesan dan mencegah serangan phishing, serta menggunakan penapisan anti-phishing yang kuat untuk mengenal pasti dan menghentikan mesej atau pautan phishing. Akhir sekali, adalah penting untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan juga agensi keselamatan siber FAKTOR BERLAKUNYA PHISHING PENYELESAIAN ANCAMAN PHISHING TERHADAP MEDIA SOSIAL ARTIKEL UTAMA Julai, 2023 4 IS U S E M A S A M E DIA S O SIAL www.akademiamediasosial.com KESAN BERLAKUNYA PHISHING Ancaman jenayah siber seperti phishing semakin menjadi perbualan hangat masyarakat. Phishing adalah ancaman utama kepada media sosial, terutamanya golongan muda dan selebriti yang sering menjadi sasaran jenayah ini. Salah satu sebab utama ialah kurangnya kewaspadaan terhadap iklan dalam talian dan serangan phishing. Peningkatan kesedaran dan pendidikan tentang teknik phishing adalah sangat penting untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, kekurangan pengetahuan tentang phishing memudahkan orang ramai menjadi mangsa penipuan. Justeru itu, pendekatan proaktif diperlukan dalam memberikan pemahaman tentang teknik phishing dan aplikasi langkah keselamatan teknikal di media sosial untuk melindungi pengguna daripada penipuan dan penyalahgunaan akaun. Ancaman jenayah siber phishing mempunyai kesan yang besar kepada individu, komuniti dan negara. Individu menjadi mangsa kerugian kewangan kerana mereka mudah terpedaya dengan iklan palsu dan serangan phishing. Selain itu, mangsa juga mengalami tekanan psikologi akibat penipuan yang mereka alami. Masyarakat hilang kepercayaan terhadap kerja di media sosial kerana ia disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Jenayah phishing juga merosakkan sistem keselamatan negara dan boleh mengakibatkan ketidakpercayaan dari negara lain. Memperkukuh keselamatan, pendidikan awam dan tindakan proaktif adalah penting untuk melindungi daripada ancaman phishing ini. AMBIL TAHU bagi menjejak punca ataupun faktor yang menyebabkan berlakunya phishing dengan tegas. Bukan itu sahaja, pihak bertanggungjwab mestilah mengendalikan dengan betul dalam mengatasi masalah serangan sedemikian. Hal ini kerana bertujuan untuk melindungi pengguna media sosial daripada potensi kecurian data dan kerugian lain.
BUKU PESTA BERTEMPAT DI UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH, PERAK | 9 PAGI HINGGA 11 MALAM 23 EDISI 2023 EDISI 23 JOM D A T A NG B E R AMA I- R AMA I 20 - 25 JULAI 2023 CABUTAN BERTUAH MENANTI ANDA CABUTAN BERTUAH MENANTI ANDA
E-DAGANG SEKTOR E-DAGANG MALAYSIA SEKTOR E-DAGANG MALAYSIA E-dagang ialah ruang khas untuk perusahaan kecil dan sederhana yang berminat untuk menjalankan perniagaan dalam talian. Platform e-dagang ini memberi peluang kepada PKS untuk menjual dan memasarkan produk dan perkhidmatan kepada pengguna. Melalui platform e-dagang, PKS boleh mengendalikan dan mengembangkan perniagaan mereka secara digital dalam menghadapi norma perniagaan baharu. Platform ini juga menyediakan akses kepada berbilang platform e-dagang, terutamanya platform tempatan, yang boleh menawarkan pakej kompetitif untuk menyokong PKS tempatan menyertai perniagaan dalam talian. www.akademiamediasosial.com Perdagangan digital di Malaysia dijangka mendapat manfaat yang besar melalui pengesahan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang ditandatangani. Malaysia adalah salah satu daripada 15 negara yang menandatangani perjanjian itu, yang pada asasnya merupakan perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia setakat ini. Ini bermakna perniagaan tempatan kini boleh memenuhi pelbagai keperluan di rantau perdagangan terbesar di dunia. Selaras dengan perkembangan terkini, MDEC dan kerajaan Malaysia komited untuk memastikan semua rakyat mempunyai kemahiran dan peralatan untuk mendapat manfaat daripada ekonomi digital. Beliau berkata, menerusi program yang ditawarkan MDEC, usahawan khususnya dalam sektor kecil, sederhana dan mikro mampu menyesuaikan produk jualan mereka ke peringkat global dengan lebih berkesan. Malah, setakat Oktober tahun lepas, inisiatif seperti Go eCommerce Onboarding dan Shop Malaysia Online telah membantu lebih 500,000 perniagaan mengguna pakai platform e-dagang dan sistem pembayaran elektronik, katanya. ARTIKEL SAMPINGAN Julai, 2023 Perkongsian Ilmiah 6 A M BIL T A H U
www.akademiamediasosial.com "Jika anda adalah jurulatih (trainner), motivator atau penceramah, maafatkan video-video yang bermakna dalam program itu dan paling penting pilih serta tapis terlebih dahulu. Jangan hentam sahaja, kerana dengan satu minit boleh menjadi fitnah, kadang-kadang dengan satu minit boleh jadi gembira dan kadang-kadang dengan satu minit juga sangat berharga " "Detik Terkenalnya Edutainment Motivator @ Geng Take Action (GTA)" Kini Geng Take Action (GTA) semakin aktif dalam pembangunan pelajar, pembangunan individu serta self-development kepada para peserta dalam program seminar Take in Action. Seminar ini berpaksikan kepada pembangunan sahsiah dan jati diri peserta serta menyediakan modul-modul sebagai rujukan. Encik Shahril Sabri juga kini bergiat menjadi penceramah di sekitar seluruh negeri di Malaysia. Namun, menurut beliau hanya lima negeri di Pantai Timur, Sarawak dan beberapa negeri di Semenanjung masih belum dicapai. GTA juga bakal menjalinkan hubungan dengan lebih mendalam secara online dan offline seminar dalam bentuk kolabrasi bersama sekolah, syarikat dan produk. Malah, bakal ada seminar terbuka pada cuti persekolah atau berkala iaitu mingguan dan sebagainya. Beliau juga aktif dalam menyediakan video cara-cara ceramah di Tiktok hampir 55 siri. T E M U B UA L P E N G A R U H M E DIA S O SIA L ARTIKEL SAMPINGAN Julai, 2023 PENGARUH MEDIA SOSIAL SATU KERJAYA PENGARUH MEDIA SOSIAL SATU KERJAYA Geng Take Action (GTA) bermula sejak tahun 2016 di media sosial. Encik Shahril mula dikenali, satu video beliau menjadi viral dan menyebabkan pengikutnya di instagram mula meningkat. Bermulanya viral "video lagu parodi" tersebut, wujudnya seorang influencer terkenal di media sosial yang digelar sebagai wira edutainment motivator. Beliau kini dikenali sebagai Shahril Sabri, di mana pengikutnya mencecah 33.4 ribu di instagram dan sebanyak 245 ribu pengikut di Tiktok dengan jumlah keseluruhan like sebanyak 4.6 juta. Perkembangan Geng Take Action (GTA) 7
ARTIKEL SAMPINGAN Julai, 2023 A K TIVITI GENG TA K E ACTION (GTA) SEMINAR "CONTENT CREATOR" Membantu usahawan Malaysia memasarkan produk melalui media sosial Melahirkan pengaruh media sosial yang berwibawa Meningkatkan pengetahuan terhadap kandungan dalam penyediaan video yang menarik Meningkatkan kreativiti dalam perniagaan PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH Membina jati diri yang utuh Meningkatkan keyakinan dalam berkomunikasi Melahirkan insan yang berguna Menambah ilmu pengetahuan EDUTAINMENT MOTIVATOR P E N G A R U H M E DIA S O SIA L 8 : @shahrilsabri_ : @shahrilsabri96 www.akademiamediasosial.com
ARTIKEL SAMPINGAN Julai, 2023 CABARAN SOSIAL MEDIA "Cabaran pertama semasa saya memasuki media sosial ini adalah antara kita dengan diri kita, engkau malas ka engkau rajin untuk upload sesuatu. Dalam sosial media ini, The Best Will Win, The Most Will Win. Paling kerap, paling ada, paling konsisten, anda ada peluang yang tinggi untuk berjaya dalam media sosial." ~ Shahril Sabri ~ Beliau juga menjelaskan apabila kita berada dalam landasan, mestilah melakukannya dengan sehabis baik. Contohnya, jika kita hendak berada dalam tempat yang selesa, berhawa dingin dan mewah, sama seperti tiket kapal terbang di kelas pertama. Tujuannya bukan untuk menunjuk atau berlagak dengan orang, tetapi melakukannya untuk diri kita. Oleh itu, untuk atasi cabaran pertama adalah dengan mengubah diri kita untuk terus berada di landasan dan tidak terbabas ke arah yang negatif. Dengan cara ini, kita akan menjadi seorang pengaruh yang terbaik dan konsisten dalam menyediakan content yang menarik dan positif dalam media sosial. "Cabaran kedua adalah dari segi masa, ubahlah masa untuk mencari idea, ubahlah masa untuk bekerja, ubahlah masa untuk urusan lain dan cari the best time untuk you create some content untuk media sosial. Bila you jumpa the best time, you mula praktikkan rutin di situ dan ia akan menjadi suatu kebiasaan kepada diri kita untuk terus create content" ~ Shahril Sabri ~ Berdasarkan hasil temu bual, Encik Shahril dan Geng Take Action (GTA) mengatasi cabaran kedua ini adalah apabila menghadiri program, mereka akan merekod video setiap hari hingga menjadikan satu kebiasaan bagi mereka. Malah, melalui video yang dirakam tersebut juga boleh dijadikan sebagai content di media sosial. P E N G A R U H M E DIA S O SIA L 9
PANDANGAN PENGARUH MEDIA SOSIAL TERHADAP "PHISHING" PANDANGAN PENGARUH MEDIA SOSIAL TERHADAP "PHISHING" Sepanjang Encik Shahril aktif dalam media sosial, pernah diserang "Phishing" ? Media sosial kini menjadi kancah jenayah sosial atau dikenali sebagai phishing dalam penipuan laman sesawang. Jenayah ini kini seperti menjadi pekerjaan bagi golongan yang tidak bertanggungjawab. Hal ini dikatakan demikian kerana menurut pandangan Encik Shahril Sabri yang merupakan salah seorang influencer berpendapat bahawa sepanjang beliau aktif dalam media sosial, beliau tidak pernah diserang oleh ‘phishing", namun beliau berpendapat bahawa golongan phishing ini menjadi “fake person” atau dalam kata lain menyamar sebagai orang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana penjenayah ini menggunakan kauan media sosial orang lain bertujuan utntuk menlakukan penipuan sama ada penipuan untuk mendapatkan wang ringgit orang lain atau maklumat peribadi individu lain untuk kepentingan sendiri. Penjenayah ini juga menggodam akaun orang lain untuk tujuan jenayah dan antara akaun yang selalu dijadikan platfom ‘phishing’ ini adalah seperti akaun Instagram, facebook, tiktok, youtube dan lain-lain. Sekiranya tahap keselamatan akaun pemilik tersebut lemah golongan ‘phishing’ ini akan lebih mudah menggodam akaun tersebut. ARTIKEL SAMPINGAN Julai, 2023 Hasil Temu bual Pengaruh Media Sosial Terkenal 20 Julai 2023 Hasil Temu bual Pengaruh Media Sosial Terkenal 20 Julai 2023 Pada pandangan Encik Shahril , apakah pemahaman Encik terhadap kegiatan "Phishing" ini ? Selain itu, pandangan lain yang diberikan oleh Encik Shahril adalah kefahaman beliau terhadap kegiatan ‘phishing’. Beliau berpendapat bahawa sesetengah masyarakat yang terlibat ini tiada nilai tanggungjawab atas sesuatau Tindakan yang diambil. Hal ini dikatakan demikian kerana penjenayah ini menggunakan akaun palsu bagi mengelabui mata pihak berkuasa dalam mengesan aktiviti haram mereka. selain daripada itu, sikap masyarakat ang tidak cakna terhadap keselamatan akaun media sosial mereka juga menjadi factor jenayah ‘phishing’ ini semakin berleluasa. Mereka tidak mengambil peduli tentang privasi diri dalam aturan akaun mereka itu sendiri sehingga memudahkan golongan tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan diatas kealphaan mereka. Oleh itu, disebabkan kelekaan mereka menyebabkan ramai masyarakat terutama golongan tua yang menjadi mangsa ‘phishing’ ini. Komen terhadap isu "Phishing" yang berleluasa di media sosial Menurut Encik Shahril melalui temu bual, beliau berpendapat bahawa akan terus menggunakan akuan media sosial sebagai medium untuk menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Hal ini kerana ilmu yang bermanfaat akan dapat mendidik masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif dalam masa yang sama mampu menyelesaikan sesuatu masalah dengan fikiran dan tindakan yang lebih positif dan betul terutama dengan gejala phishing yang semakin berleluasa kini. Oleh itu, beliau akan terus menyebarkan konten yang positif dan bermakna kepada seluruh masyarakat tanpa mengira lapisan umur agar dengan kongsian ilmu beliau dapat membantu sedikit sebanyak golongan yang memerlukan bantuan beliau. Jika media sosial Encik Shahril diserang "Phishing", bagaimanakah cara untuk mengatasinya ? Seterusnya, komen yang diberikan oleh Encik Shahril tentang Tindakan awal menghadapi jenaayah ‘phishing’ ini adalah bertenang dan tidak mengambil keputusan atau tindakan yang terburu-buru dalam mengatasi masalah ini. Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya tindakan terburu-buru diambil, ia berkemungkinan akan mengakibatkan kerugian kepada diri sendiri. Mangsa hendaklah memikirkan dahulu sekiranya akaun media sosial tersebut berkitan dengan maklumat kewangan atau tidak dan sekiranya berkaitan hendaklah membatalkan akaun kewangan dengan akaun media sosial tersebut dan kemudian membuat laporan sekiranya akaun digodam oleh aplikasi ‘phishing’. Dengan ini, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan tindakan wajar dan mengurangkan risiko kerugian kepada mangsa. Perkongsian Ilmiah T E M U B UA L P E N G A R U H M E DIA S O SIA L 10
CAFE MANIS & SENYUM RM 5.00 MYSTICAL PAPILLION SUSAN LILY MINUM SEKALI PASTI TERSENYUM KINI DIBUKA 27 JULAI 2023 HANYA DKG 6 UUM, SINTOK
RUANG KREATIF Julai, 2023 12 S A J A K B A H A S A Adakala lisan membawa kekecewaan, adakala ilmu membawa kesesatan, adakala budi membawa keburukan, adakala kejayaan membawa kegagalan, itu hanya kerana bahasa yang digunakan. Maka anggaplah, bahasa adalah ibu, kita adalah anak, mulut adalah perhubungan, minda adalah kejayaan. Bahasa ini umpama seorang ibu, tanpa bantuan ibu, kita tidak boleh bertutur, kita tidak boleh bertatih. Jadi, mampukah kita berjasa seperti ibu yang mulia, mampukah kita bertutur dengan bahasa mulia, maka, mampukah kita membawa kejayaan melalui mereka? Ingatlah! tanpa bahasa kita tidak mampu berjasa, tanpa bahasa kita juga tidak mampu bertutur, umpama bernilai setitis susu ibu. Tanpa bahasa tiadalah lisan, tanpa bahasa tiadalah ilmuwan, tanpa bahasa tiadalah budiman, tanpa bahasa tiadalah kejayaan. Percayalah, betapa besarnya jasamu bahasa, terima kasih kerana membantuku berbahasa, tanpamu ku tidak mampu berjaya, jasamu akan kukenang sehingga nyawaku melayang. Terima kasih bahasa, adanya berkat dan jasamu seperti ibu, akanku taburkan kepada masyarakat, agar mereka lebih berbudi bahasa. BAHASA BA H ASA UMPAMA IB U Syahirah Rahman Lata Tebing Tinggi, Selama
R I N T I K H U J A N K A R Y A JU L AI 2 0 2 3 S A J A K RUANG KREATIF Julai, 2023 Rintik Hujan Hujan datang, turun dengan lembut, menyentuh tanah, menghapus jerebu, rintik-rintik jatuh, membasahi daun, membawa kehidupan, menumbuhkan kembali kehijauan. Di bawah payung hujan yang dingin, aku berjalan dalam perjalanan yang indah, menyaksikan titik-titik hujan jatuh, seluruh dunia tenggelam dalam suara sedih. Titik titik di lantai, suara berbunyi halus, membuat hati tenang, menghilangkan gelisah, mendamaikan jiwa, menenangkan fikiran, seolah-olah dunia berhenti sekejap, hanya hujan yang terdengar jelas. Hujan juga membawa kesejukan di siang hari, mengurangi panas, membuat udara lebih sejuk, seolah-olah memeluk kita dengan erat, memberikan kenyamanan, membawa damai yang abadi. Hujan, kau begitu berharga, mengajarkan kita tentang keindahan alam, dan betapa pentingnya menjaga kelestarian bumi, mari kita jaga bumi, agar hujan selalu turun dengan indahnya. Yew Chun Yi Universiti Utara Malaysia, Sintok 13 S A J A K H U J A N
FOLLOW & LIKE @Excellent_Akademia SCAN ME MAJALAH AKADEMIA NO 1 DI MALAYSIA www.akademiamediasosial.com