The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yusma Design, 2024-05-28 02:53:13

MEMAHAMI KEUTAMAAN DALAM TINDAKAN

BIDANG AL-QURAN TINGKATAN 5

Keywords: FIQH AL-AULAWIYYAT

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orangorang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.


Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.


Maksud Fiqh Aulawiyyat


Maksud Fiqh Aulawiyyat Mengutamakan perkara yang sepatutnya didahulukan berdasarkan prinsip syarak.


Bersumberkan dalil syarak Mengutamakan perkara yang diutamakan oleh syarak Mengambil kira keperluan semasa dan setempat Mengutamakan keperluan atau manfaat bersama berbanding manfaat peribadi Mengambil kira tahap keupayaan individu PRINSIP ASAS FIQH AULAWIYYAT


Pelaksanaan Fiqh Aulawiyyat dalam Kehidupan Bidang pelaksanaan Fiqh Aulawiyyat Ilmu dan pemikiran Amalan Tuntutan syarak


Ilmu Dan Pemikiran Prinsip Am Aplikasi


Ilmu Dan Pemikiran Prinsip Am Mengutamakan usaha untuk menuntut ilmu dan memahaminya berbanding dengan melaksanakan sesuatu amalan. Aplikasi 1. Mengutamakan ilmu fardu ain berbanding dengan ilmu fardu kifayah. Contohnya: Mengutamakan ilmu menunaikan solat yang betul berbanding dengan ilmu lain. 2. Mengutamakan ilmu fardu kifayah yang menjadi keperluan semasa dan pelengkap bagi umat islam. Contohnya: mengutamakan mempelajari ilmu dalam bidang perubatan dari ilmu kejuruteraan.


Amalan Prinsip Am Aplikasi


Amalan Prinsip Am Mengutamakan amalan yang banyak manfaat berbanding amalan yang kurang bermanfaat. Aplikasi 1. Mengutamakan amalan yang banyak manfaat kepada masyarakat berbanding dengan amalan yang kurang manfaat mengikut keperluan dan situasi. Contohnya: utamakan sedekah berbanding gotong-royong. 2. Mengutamakan aktiviti kemasyarakatan berbanding ibadat sunat yang berbentuk peribadi. Contohnya: mengutamakan program kemasyrakatan berbanding amalan sunat peribadi.


Tuntutan Syarak Prinsip Am Aplikasi


Tuntutan Syarak Prinsip Am Mengutamakan perkara pokok berbanding perkara cabang. Aplikasi 1. Mengutamakan amalan fardu ain berbanding fardu kifayah. Contohnya mengutamakan pelaksanaan zakat yang wajib sebelum bersedekah. 2. Mengutamakan amalan fardu berbanding amalan sunat. Contohnya: mengutamakan membantu ibu bapa berbanding iktikaf. 3. Mengutamakan akidah berbanding perkara syariat. Contohnya: mempelajari asas –asas akidah Islam terlebih dahulu sebelum memperhalusi isu-isu feqah.


Kepentingan Fiqh Aulawiyyat Terhadap Individu Dan Masyarakat Memastikan tindakan manusia terkawal dan sistematik Mengamalkan semua tuntutan islam mengikut susunan yang tepat. Mengimbangkan kehidupan masyarakat dalam pelaksanaan tuntutan syariat.


Kepentingan Fiqh Aulawiyyat Terhadap Individu Dan Masyarakat Memastikan tindakan manusia terkawal dan sistematik Membuahkan hasil kerja yang berkualiti dan efektif. Mengamalkan semua tuntutan islam mengikut susunan yang tepat. Mewujudkan kesejahteraan sosial dalam melestarikan pengurusan kehidupan. Mengimbangkan kehidupan masyarakat dalam pelaksanaan tuntutan syariat. Mewujudkan masyarakat yang berjaya menguruskan sistem kehidupan yang cekap.


Pengajaran Ayat


Kita hendaklah sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dan hari akhirat kerana keimanan ialah kunci penerimaan segala ibadat. Kita hendaklah sentiasa berazam untuk berjihad dengan tenaga dan harta supaya kita mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Kita hendaklah berhijrah kepada yang lebih baik supaya menjadi insan yang produktif. Kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan kerana kebaikan itu akan diberi ganjaran pada hari akhirat. Pengajaran Ayat


Click to View FlipBook Version