The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Arvin, 2019-04-13 08:24:11

CERPEN GERHANA MANUSIA

CERPEN










GERHANA










MANUSIA











(AMINAH







MOKHTAR)

SINOPSIS


Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan kesibukan di Wad ICU sebuah

hospital. Ketika itu, di wad ICU terlantar Tuan Dayusa yang sedang mengalami jangkitan kuman dalam
paru-paru akibat gaya hidupnya yang tidak sihat. Tuan Dayusa memerlukan pek darah yang banyak

untuk meneruskan hidup. Nusia seorang jururawat yang bertugas membantu Dr Prajudi dan Dr Moralis
di Wad ICU yang menempatkan Tuan Dayusa. Dr Prajudi dan Dr Moralis bertanggungjawab merawat

semua pesakit di wad tersebut.

Ketika itu, terdapat beberapa orang pesakit lain yang memerlukan darah untuk membantu

merawat mereka. Antaranya ialah Solehah yang tenat akibat keguguran dan Al-Hafiz pula terlibat dalam
kemalangan yang teruk. Pada wad yang sama terdapat seorang bayi yang dibuang di tepi jalan dan

telah cedera digigit oleh anjing liar. Selain itu, terdapat seorang gadis yang menjadi mangsa sumbang
mahram oleh ayahnya dan seorang mahasiswa yang mengidap leukimia.


Nusia telah dipertanggungjawab untuk membantu Dr Moralis merawat semua pesakit di wad ICU
dan dipantau oleh Dr Prajudi. Dr Prajudi lebih memberi perhatian kepada Tuan Dayusa kerana Tuan

Dayusa merupakan seorang ahli korporat yang ternama. Tuan Dayusa banyak memberi sumbangan
kepada kelab elit hospital berkenaan. Selain itu, Tuan Dayusa juga telah menderma beratus ribu ringgit
untuk majlis makan malam hospital tersebut. Nusia tidak berpuas hati apabila Dr Prajudi tidak

memperdulikan pesakit lain disebabkan taraf sosial berbeza.

Nusia tidak berpuas hati dengan arahan Dr Prajudi yang menyuruhnya membawa lima pek darah

untuk merawat Tuan Dayusa sedangkan darah-darah tersebut sangat diperlukan oleh pesakit lain. Tuan

Dayusa memang tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Nusia tidak berpuas hati terhadap tindakan

Dr Prajudi lalu menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada Dr Moralis.

Dr Moralis tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Dr Prajudi lebih berkuasa di wad tersebut.

Namun demikian, akhirnya Tuan Dayusa telah meninggal dunia dan Dr Moralis telah dipersalahkan
kerana tidak memberi bantuan darah kepada Tuan Dayusa. Dr Moralis sedar bahawa setiap insan wajib
ditolong tidak kira pangkat dan darjat. Nusia dan Dr Moralis sendiri akhirnya yang menderma darah

mereka untuk membantu 4 orang pesakit di wad tersebut yang masih memerlukan darah.

TEMA


Tema Gerhana Manusia menjurus kepada konflik terhadap etika kerja. Konflik antara memenuhi etika

seorang jururawat dan tuntutan dari pihak atasan dalam membantu pesakit yang lebih berpengaruh.


Contoh:

Doktor Prajudi menyuruh Nausia memberi bantuan darah kepada Tuan Dayusa kerana Tuan Dayusa

banyak memberi sumbangan kewangan kepada hospital sedangkan pada masa yang sama masih ramai
lagi pesakit lain yang sangat memerlukan darah tersebut.

PERSOALAN


1. Persoalan tanggungjawab seorang doktor terhadap pesakit.

● Dr Prajudi dan Dr Moralis bertanggungjawab merawat pesakit di hospital.


2. Persoalan perbezaan golongan berpangkat dengan masyarakat.
● Tuan Dayusa diberi layanan istimewa berbanding pesakit lain kerana dia seorang korporat

ternama dan juga menjadi penyumbang kepada kelab elit hospital.

3. Persoalan kepentingan menderma darah dalam masyarakat.

● Tuan Dayusa, Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu amat memerlukan bekalan
darah untuk merawat mereka.


4. Persoalan peranan wad ICU kepada pesakit kritikal.

● Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu dimasukkan ke wad ICU kerana
memerlukan rawatan yang rapi.


5. Persoalan pengambilan alkohol memudaratkan kesihatan.
● Tuan Dayusa telah dijangkiti dengan virus pada paru-paru akibat pengambilan alkohol.

WATAK & PERWATAKAN


1. Nusia

● Seorang jururawat yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital.
● Seorang yang bertanggungjawab. Dia berusha untuk memberikan khidmat rawatan terhadap

pesakitnya, Tuan Besar Musa dangan penuh bertanggungjawab.
● Seorang yang bersimpati. Dia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang

ditanggung oleh Solehah.
● Seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan
pesakit-pesakitnya.


2. Doktor Murni

● Seorang pegawai perubatan muda di sebuah hospital.
● Seorang mementingkan aspek kemanusiaan pesakit. Dia menyerahkan surat peletakan

jawatannya sebagai doktor kerana tidak berpuas hati dengan keadah rawatan untuk pesakit
di hospital itu.

● Seorang yang berpendirian tegas. Dia menyerah surat peletakan jawatan sebagai doktor
perubatan tanpa sebarang syarat.
● Seorang yang bertanggungjawab. Dia melakukan tugasnya sebagai doktor dengan

memberikan rawatan kepada pesakit-pesakitnya.


3. Profesor Doktor Juaidi
● Seorang pegawai perubatan senior di sebuah hospital.

● Seorang yang mementingkan ganjaran material daripada nilai kemanusiaan. Dia berasa

tertekan apabila Tuan Besar Musa meninggal dunia kerana kelab elitnya hospitalnya akan
kehilangan tajaan berjumlah RM100 ribu.
● Seorang yang bijak dalam menyelesaikan masalah. Dia meminta Doktor Murni

menghubungi hospital lain bagi mendapatkan bekalan darah tulen untuk mengisi tabung
darah di hospitalnya.

● Seorang yang mementingkan aktiviti sosial. Dia dan ahli kelab elit akan berpesta dengan
minuman keras ketika majlis sosial.


4. Tuan Besar Musa

● Seorang ahli korporat yang memiliki gedung perniagaan yang besar.
● Seorang yang dermawan
● Suami kepada wanita jelita yang tidak setia.

● Mempunyai seorang anak yang menjadi penagih dadah.
● Dia mengambil minuman keras selama bertahun-tahun.

● Seorang penyumbang utama dana kepada kelab elit hospital. Dia pernah memberikan
sumbangan sebanyak RM100 ribu kepada kelab itu.

LATAR TEMPAT



1. Wad Unit Rawatan Rapi
● Tempat Doktor Murni dan Nusia bertugas.

2. Bank darah
● Tempat stok pek darah disimpan.
3. Hospital

● Tempat Profesor Doktor Juaidi, Doktor Murni dan Nusia bertugas.

LATAR MASA

1. 2 hari

● Peristiwa berlaku sepanjang 2 hari.
2. Hari ini

● Profesor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa namun
gagal.
3. Hari semalam

● Nusia telah memasukkan 50 pek darah ke dalam tubuh Tuan Besar Musa tetapi 50 pek
darah itu keluar semula melalui rongga hidung dan melalui punggung.

LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang prihatin terhadap pesakit

● Nusia berusaha memberikan khidmat rawatan terhadap pesakit-pesakit di wad Unit Rawatan
Rapi (ICU).

2. Masyarakat yang berhati mulia dan murah hati
● Doktor Murni bersama-sama ke bank darah untuk menderma darah bagi menyelamatkan
pesakit-pesakit ICU yang lain.

3. Masyarakat yang bijak dalam menyelesaikan masalah
● Profesor Doktor Juaidi meminta Doktor Murni menghubungi hospital lain untuk mendapatkan

bekalan darah.
4. Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan terhadap kesihatan pesakit lain.

● Profesor Doktor Juaidi hanya memberikan perhatiannya terhadap Tuan Besar Musa serta
mengabaikan pesakit-pesakit lain.

5. Masyarakat yang mementingkan ganjaran material semata-mata.
● Profesor Doktor Juaidi hanya mementingkan kesihatan Tuan Besar Musa kerana beliau
merupakan penyumbang utama kepada majlis sosial tahunan kelab elit itu.

GAYA BAHASA



1. Bahasa Arab
● Syahadah

● Yasin
● Masya-Allah

2. Bahasa Inggeris
● gelafundin

● hazelnut
3. Istilah sains perubatan
● alveolus paru-paru

● platelet
● atropine

4. Personifikasi
● kilau kilatnya gagal memadamkan amarah hati.
● renungan mata Doktor Murni menikam anak mataku.

● Tekanan darah meluncur turun hingga tiada catatan angka.
● Dua puluh botol gelafundin kosong tergolek di dalam tong sampah.

● Tajam mata liar garangnya menangkap wajah lembut Doktor.
5. Simile

● “.... Firasat itu umpama mimpi barangkali, dia tidak perlu dihidupkan”.

● .... salur darah di ruang foraks, memancut bagai paip bocor.

6. Metafora (konkrit + abstrak)
● bank darah
● ambang sakaratulmaut

● minuman keras
● kacang goreng

7. Sinkope
● “....kenapa tak ada waris yang datang menjenguknya?”

● “Kita tak mahu dia mati”
● Tidak terdaya kuangkat muka menentang suara yang menyakitkan hatiku itu.

8. Inversi (ayat songsang)
● “Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya?”
● Besar sungguh nilai pembaziran Profesor Doktor Juaidi.

9. Peribahasa
● nyawa-nyawa ikan

● lintah daratnya

NILAI




1. Kasih sayang.
● Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap pesakit-pesakitnya.
2. Tanggungjawab.

● Sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab untuk merawat semua pesakitnya
tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.

3. Baik hati
● Doktor Murni bersedia untuk mendermakan darahnya bagi menampung bekalan darah yang
kehabisan.

4. Keberanian.
● Nusia berani menanggung risiko berhubung dengan tindakannya yang mendesak juruteknik

makmal darah agar menyerahkan 5 pek darah sejuk kepaadanya.
5. Murah hati.

● Tuan Besar Musa merupakan seorang dermawan yang prihatin dengan menyumbang majlis
sosial tahunan kelab elit hospital tersebut.

6. Keyakinan.
● Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya kerana dia yakin ada hospital lain
yang akan mengambilnya sebagai doktor perubatan.

PENGAJARAN

1. Kita mestilah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang.

● Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.
2. Kita haruslah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi.

● Sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab merawat semua pesakitnya.
3. Kita wajarlah bersifat penyayang sesama insan.

● Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
4. Kita hendaklah berani bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menghindari perbuatan yang

mungkar.
● Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Profesor Doktor Juaidi
disebabkan nilai kemanusiaan yang diabaikan di hospital itu.

TERIMA KASIH








Click to View FlipBook Version