PELAJARI PERIBAHASA GKEB 1072
Peribahasa merupakan susunan kata yang mengandungi makna tertentu. Lazimnya merujuk kepada maksud berkias atau tersirat. APAKAH PERIBAHASA? Simpulan bahasa Kata bidalan Pepatah Perumpamaan 1. 2. 3. 4. Peribahasa Terbahagi Kepada berapa Jenis?
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SIMPULAN BAHASA? APAKAH DEFINISI KATA BIDALAN? Simpulan bahasa mempunyai maksud yang berlainan daripada makna kata yang membentuknya. Bidalan merujuk kepada katakata yang sering kali disebut dan mengandungi nasihat atau peringatan.
APAKAH MAKNA UNTUK PEPATAH? APAKAH TAKRIFAN BAGI PERUMPAMAAN? Pepatah merupakan kata-kata yang mengandungi nasihat atau ajaran daripada orang-orang tua. Perumpamaan ialah peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Perumpamaan biasanya menggunakan kata bandingan seperti ibarat, bagai, umpama, laksana dan seperti.
CONTOH SIMPULAN BAHASA: Batu api Apakah maksud peribahasa batu api? Batu api merujuk kepada penghasut. Mengapa batu dan api merujuk kepada penghasut? Batu merupakan suatu benda yang bersifat keras manakala api adalah sesuatu yang panas dan semakin marak apabila ditambah sifatnya.
CONTOH SIMPULAN BAHASA: Batu api Bagaimana peribahasa batu api digunakan dalam ayat? Batu api dalam pergaduhan antara Ifah dan juga Aira ialah Zila.
CONTOH SIMPULAN BAHASA: Kaki botol Ketagihan minuman keras Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa kaki botol? Mengapa kaki botol merujuk kepada ketagihan minuman keras? Kaki merujuk kepada perbuatan yang sering dilakukan atau gemar manakala botol merujuk kepada minuman keras.
CONTOH SIMPULAN BAHASA: Kaki botol Ayah Zamir sering mendera isterinya dalam keadaan yang mabuk kerana dia seorang kaki botol. Bagaimana peribahasa kaki botol diaplikasikan dalam ayat?
CONTOH KATA BIDALAN: Ada udang di sebalik batu Apakah definisi bagi peribahasa ada udang disebalik batu? Ada udang di sebalik batu didefinisikan sebagai perbuatan atau tindakan yang dilakukan mempunyai maksud yang tersirat.
CONTOH KATA BIDALAN: Ada udang di sebalik batu Hidupan seperti udang sering berselindung di sebalik batu, iaitu tempat yang tersembunyi dan sukar untuk dilihat. Mengapa hidupan seperti udang dan juga batu merujuk kepada maksud peribahasa tersebut?
CONTOH KATA BIDALAN: Ada udang di sebalik batu Warga asing yang berjalan di belakang wanita itu sungguh mencurigakan kerana gerak gerinya seperti ada udang disebalik batu. Bagaimana peribahasa ada udang di sebalik batu di aplikasikan dalam ayat?
CONTOH KATA BIDALAN: Nasi sudah menjadi bubur merupakan suatu penyesalan yang tidak bermakna. Nasi sudah menjadi bubur Apakah yang ditakrifkan dengan nasi sudah menjadi bubur? Mengapa nasi yang telah menjadi bubur bermaksud sedemikian? Nasi yang sudah menjadi bubur tidak akan kembali menjadi nasi semula. Maksudnya, perkara yang dilakukan selepasnya adalah sia-sia.
CONTOH KATA BIDALAN: Penyesalan Adam yang mendapat keputusan tidak cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kesan daripada dirinya yang tidak menumpukan perhatian di dalam kelas adalah perkara yang sia-sia kerana nasi sudah menjadi bubur. Nasi sudah menjadi bubur Bagaimana peribahasa nasi sudah menjadi bubur diaplikasikan dalam ayat?
CONTOH PEPATAH: Kebijaksanaan atau tingkah laku ibu bapa yang menjadi ikutan anak-anak. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya?
CONTOH PEPATAH: Ibu bapa merupakan individu yang terdekat dan paling rapat dengan anak-anak, maka tidak hairanlah segala tindak-tanduk mereka menjadi ikutan kepada anak-anak. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Mengapa peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya? bermaksud sedemikian?
CONTOH PEPATAH: sIfat penyayang yang dimiliki oleh Raisya mencerminkan ibunya, sebagaimana acuan begitulah kuihnya menyebabkan dia di senangi oleh orang- orang di sekelilingnya. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Bagaimanakah peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya diaplikasikan dalam ayat?
CONTOH PEPATAH: Lokasi yang menjadi tumpuan ramai kerana terdapat banyak rezeki. Ada gula ada semut Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa ada gula ada semut? Mengapa peribahasa menggunakan gula dan semut sebagai pepatah? Gula adalah sesuatu yang manis dan sangat disukai oleh serangga seperti semut, maka semut akan mengerumuni kawasan yang terdapatnya gula.
CONTOH PEPATAH: Pusat bandar di diami oleh ramai penduduk kerana lokasi tersebut adalah lubuk rezeki, bak kata peribahasa ada gula ada semut. Ada gula ada semut Bagaimana peribahasa ada gula ada semut diaplikasikan dalam ayat?
CONTOH PERUMPAMAAN: Dua orang individu yang tidak boleh bersua muka kerana meraka akan bertelingkah. Seperti anjing dengan kucing Apakah maksud peribahasa seperti anjing dengan kucing? Mengapa haiwan anjing dengan kucing digunakan dalam peribahasa tersebut? Anjing dan kucing adalah binatang yang sering berbalah apabila mereka bertemu, maka situasi ini dirujuk dalam kehidupan manusia.
CONTOH PERUMPAMAAN: Dua orang adik beradik itu sering bertengkar antara satu sama lain setiap kali mereka bertembung seperti anjing dengan kucing. Seperti anjing dengan kucing Bagaimanakah peribahasa seperti anjing dengan kucing di aplikasikan dalam ayat?
CONTOH PERUMPAMAAN: Peribahasa bagai pinang dibelah dua membawa maksud pasangan yang secocok . Bagai pinang dibelah dua Apakah makna bagi peribahasa bagai pinang dibelah dua? Mengapa peribahasa bagai pinang dibelah dua bermaksud sedemikian? Apabila pinang dibelah kepada dua, buah tersebut kelihatan sama atau sepadan.
CONTOH PERUMPAMAAN: Pasangan pengantin di atas pelamin itu bagai pinang dibelah dua kerana mereka sama cantik atau tampan dan berpendidikan tinggi. Bagai pinang dibelah dua Bagaimanakah peribahasa bagai pinang dibelah dua di aplikasikan dalam ayat?
SEKIAN, TERIMA KASIH.