CONTOH
APITAN KE-…-AN + KATA DASAR
APITAN KE-…-AN + MALAS = KEMALASAN
APITAN KE-…-AN + TIBA=KETIBAAN
APITAN KE-…-AN + MASYARAKAT = KEMASYARAKATAN
FORMULA
APITAN KE-…-AN + KATA KERJA (DATANG = KEDATANGAN
LANGKAWI ; Jumlah kedatangan pelancong ke Pulau Langkawi mengalami
penurunan kesan daripada penularan berita tidak benar mengenai wabak koronavirus
( covid- 19 ) oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial
Naib pengerusi berkata Razmi Rahmat berkata penularan berita tidak benar itu juga
mencetuskan panik sehingga memberi kesan kepada pengusaha hotel.
Menurutnya . Hampir 50 peratus pelancongan terutamanya dari China membatalkan
tempahan hotel,sedangkan langkawi masih terkawal dan bebas daripada wabak
berkenaan.
Razmi berkata,sebanyak 50 buah hotel bertaraf tiga hingga lima bintang yang
bernaung di bawah persatuan itu terjejas. Bagi mengatasi masalah ini, pihak
pengurusan hotel telah mengambil inisiatif dengan memberikan diskaun kepda
mereka yang menginap di hotel sekitar Langkawi
Pelbagai tawaran menarik dengan harga rendah diberikan kepada mereka yang
membuat tempahan.
Sumber Berita Harian 29 Januari 2020
AKTIVITI ( STAY AND MOVE )
Setiap pelajar haruslah mencari kumpulan yang berbeza dalam setiap ahli , ( tidak
dibenarkan 1 kos )
Pelajar diagihkan dua kertas manjung
Pelajar haruslah membincangkan tajuk tugasan yang diberi untuk dibentangkan
Hasil kerja haruslah ditampalkan
Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberikan penerangan
Ahli yang lain boleh bergerak untuk mendapatkan melihat/ menyoal/mencatatkan hasil
kumpulan lain.
Setelah mendapatkan maklumat ah I yang lain tersebut haruslah mengeluarkan isi
tersebut lalu dibentangkan dihadapan.
51
LATIHAN ( SOALAN INI MENGENAI PE-..-AN , APITAN PER-…-AN DAN KE-…-AN )
1) Adakah betul apitan pe-..-an dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata
kerja untuk menandakan makna tempat atau kawasan yang khusus.
….……………………………………………………………………………..
2) Berikan tiga contoh apitan pe-…-an daripada golongan kata kerja
….……………………………………………………………………………..
3) Berikan tiga contoh apitan ke-…-an daripada golongan kata nama.
….……………………………………………………………………………..
4) Berikan tiga contoh apitan peR-…-an daripada golongan kata adjektif
….………………………………………………………………………….….
5) Bina satu ayat daripada apitan Pe-…-an ,per-…-an dan ke-…-an
….………………………………………………………………………………
7.0 SISIPAN KATA NAMA
Ada tiga bentuk sisipan kata nama,iaitu -el-, -er, dan -em, dan perbezaan bentuk-bentuk itu
bukan berdasarkan fakor fonologi tetapi mofologi, iaitu kelainan bentuk itu bergabung
dengan kata dasar yang berlainan.Dengan penggunaan sekarang bentuk sisipan tidak
produktif lagi; dengan itu ,bolehlah dianggap perkataan yang bersisipan sudah membeku.
7.1) Sisipan -el-
Definisi : Sisipan -el- dapat bergabung dengan kata nama,kata kerja dan kata adjektif untuk
menerbitkan kata nama dengan maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam
kata dasar.
CONTOH
SISIPAN -EL- + KATA DASAR
SISIPAN -EL- + TUNJUK = TELUNJUK
SISIPAN -EL- + KANGKANG = KELENGKANG
SISIPAN -EL- + KUPAS = KELUPAS
FORMULA
SISIPAN -EL- +KATA AJDEKTIF ( KEMBUNG ) = GELEMBUNG
52
KUALA LUMPUR: Pergelangan tangan kanan pelakon Nur Fazura melecur akibat
terkena percikan minyak panas ketika memasak.
Foto menunjukkan bahagian tangan yang melecur itu dikongsi suami, Fattah Amin
menerusi Instagram (IG) Story, kelmarin.
Ketika dihubungi BH Online, pelakon filem Dendam Pontianak ini memberitahu,
insiden berlaku ketika dia sedang memasak.
"Secara tiba-tiba minyak panas meletup lalu terkena tangan kanan saya.
"Sebelum ini, tidak pernah pula berlaku, tapi benda hendak jadi. Fattah banyak kali
mengajak saya ke hospital. Tapi mengenangkan keadaan sekarang dan bimbang
hendak ke hospital pada waktu kritikal begini, saya cuba ubati sendiri," katanya.
Menurut Fazura atau lebih mesra disapa Faz, pada awalnya dia takut melihat ada
gelembung pada pergelangan tangan berikutan percikan minyak panas itu.
Namun, selepas memecahkan gelembung berkenaan dan menyapu ubat pada bahagian
yang melecur, ia mula menunjukkan perubahan positif.
"Selepas saya pecahkan gelembung itu dan sapu minyak gamat, Alhamdulillah,
nampak kesan luka itu semakin mengering.
Sumber Berita Harian , Khamis, 26 March 2020
7.2) Sisipan-er-
Definisi : Sisipan -er- dapat bergabung dengan beberapa perkataan untuk menerbitkan kata
yang membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar.
CONTOH
SISIPAN -ER- + KATA DASAR
SISIPAN -ER -+ KUPING = KERUPING
SISIPAN -ER- + GIGI = GERIGI
SISIPAN -ER- + SULING = SERULING
FORMULA
53
SISIPAN ER + KATA KERJA ( CUCUK ) = CERUCUK
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Hamid Daud, berkata
pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.43 tengah hari sebelum
sepasukan anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian.
“Seramai 10 anggota bersama dua jentera dari BBP Pantai tiba di lokasi enam minit
kemudian dan mendapati seorang pekerja pembinaan mengalami kecederaan tertusuk
besi cerucuk konkrit.
“Kejadian berlaku ketika mangsa melakukan kerja pemindahan besi cerucuk konkrit
menggunakan kren.
“Anggota bomba dari BBP Pantai kemudian mengalihkan timbunan besi cerucuk
konkrit di tempat kejadian bagi memudahkan operasi dijalankan,” katanya dalam satu
kenyataan dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Sumber Berita Harian 2 Januari 2020
7.3) Sisipan-em-
Definsi : Sisipan -em- dapat bergabung dengan beberapa perkataan untuk menerbitkan kata
yang membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar.
CONTOH
SISIPAN -EM - + KATA DASAR
SISIPAN -EM + KUNING = KEMUNING
SISIPAN -EM -+ KUNCUP = KEMUNCUP
SISIPAN -EM -+ GERLAP = GEMERLAP
FORMULA
SISIPAN -EM- + KATA ADJEKTIF ( GENTAR) = GEMENTAR
GEMENTAR itu tetap ada, malah lebih lagi, namun saya bersyukur kerana majlis
pernikahan sempurna hanya dengan sekali lafaz,” kata Muhammad Don Haadi Don
Putra.
Muhammad Don, 29, memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi perasaannya
sewaktu dan selesai melangsungkan majlis akad nikah secara dalam talian .
Sumber Harian Metro 25 April 2020
54
AKTIVITI KOTAK MISTERI
Pelajar diminta untuk membentuk satu kumpulan dengan lima orang ahli setiap
kumpulan
Setiap ketua kumpulan akan mencabut undian didalam kotak misteri
Berdasarkan perkataan tersebut , setiap pelajar perlu berbincang dengan ahli kumpulan
dan perlu membina ayat daripada perkataan tersebut.
Sekurang-kurangnya bina dua ayat daripada perkataan tersebut dan menghantar wakil
setiap kumpulan ialah dua orang.
LATIHAN
1) Nyatakan 3 perkataan yang menggunakan sisipan -er-
….……………………………………………………….
2) Nyatakan 3 perkataan yang menggunakan sisipan -em-
………………………………………………………
3) Nyatakan 3 perkataan yang menggunakan sisipan -el-
….……………………………………………………………
4) Terangkan secara ringkas dan simpulkan apa yang anda faham tentang sisipan kata nama.
…………………………………………………………………………
5) Bina satu karangan pendek dengan menggunakan sisipan -er, -em ,dan el.
……………………………………………………………………………
8.0 PERBEZAAN PENGGUNAAN peN-…-an DENGAN peR-…-an
8.1 peR-…an
Umumnya kata nama terbitan yang menggunakan peR-…-an berasal daripada bentuk kata
kerja yang menggunakan awalan beR-…-an.
Contoh : perlumbaan berasal daripada kata kerja berlumba. Oleh sebab tiada bentuk
*melumba, maka tidak wujud bentuk pelumbaan.
FORMULA
peR-…AN + KATA KERJA ( AWALAN BER )
55
KUALA LUMPUR ; Jika Amirul Azhan berlari di atas padang dalam saingan Liga
Malaysia ( Liga M ), namun Ketika Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ), pertahanan
Perak itu “berlari menyampaikan kepada pelangganya’’
Itulah senario yang dihadapi pemain The Bos Gaurus itu ketika saingan Liga M .
ditangguhkan buat masa ini dan tempoh PKP dimaafaatkan sepenuhnya Amirul untuk
membantu perniagaan kedai makan yang diusahakan di Ipoh
Sumber Berita Harian Jummat,17 April 2020.
8.2 PeN-…-an
Umumnya kata nama terbitan peN-…-an berasal daripada bentuk kata kerja yang
menggunakan imbuhan meN-…-i / kan .
CONTOH
Bentuk penarikan pula berasal daripada kata kerja menarik. Bentuk *bertarik* tidak wujud;
oleh itu tiada bentuk * pertarikan. Demikianjuga, bentuk *pelaksanaan berasal daripada kata
kerja melaksanakan; oleh sebab bentuk *berlaksana tidak wujud maka bentuk perlaksanaan
tidak boleh digunakan untuk menyatakan maksud proses melaksanakan sesuatu.
FORMULA
peN-…-an + KATA KERJA ( MEN-…-I/KAN)
KUALA LUMPUR ; Pendakwa raya menolak representasi dikemukakan bekas
menteri Menteri Tanah dan Pembangunan koperasi. Tan Sri Kasitah Gadam,dalam
kes melucut hak harta yang membabitkan wang RM100,00 yang disita Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) tahun lalu.
Sumber Berita Harian 20 Januari 2020
Terdapat juga bentuk yang boleh menerima kedua-dua peN- .. . -an dan peR-... -an.
Hal ini berlaku kerana bentuk itu berasal daripada dua bentuk kata kerja yang memberikan
makna yang berlainan, seperti yang berikut:
perpisahan berasal daripada kata kerja berpisah
pemisahan berasal daripada kata kerja memisahkan
persekolahan berasal daripada kata kerja bersekolah
AKIVITI ( Soalan Spontan)
Guru boleh memilih secara rawak untuk menyoal pelajar
Pelajar tersebut harus siap siaga menjawab dengan cepat
56
Pelajar yang betul diberikan hadiah.
LATIHAN ( BERDASARKAN PERBEZAAN peR-…-an dan PeN-..-an )
1) Berikan 3 kata kerja yang bermula awalan beR.?
….……………………………………………………………..
2) Berikan 3 kata kerja yang bermula imbuhan men-..-i/kan?
….……………………………………………………………..
3) Berikan rumusan dan fahaman yang anda faham tentang perbezaan ini.
….………………………………………………………………
57
9.0 KATA NAMA MAJMUK
Definisi:
Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang
membawa makna tertentu. Kata Nama Majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu
unit iaitu tidak boleh disisipkan sebarang unsur. Kata majmuk dalam Bahasa Melayu
besar jumlahnya. Kata nama Majmuk boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
I. Rangkai kata bebas
II. Istilah khusus dalam bidang ilmiah
III. Berbentuk kiasan atau simpulan Bahasa
a. Bentuk yang telah mantap
Terdapat beberapa perkataan yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu
perkataan utuh walaupun perkataan tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar.
Perkataan demikian tetap dieja sebagai satu perkataan.
Contohnya; kakitangan
bumiputera olahraga
matahari tandatangan
setiausaha warganegara
kerjasama
Formula: dieja dalam satu perkataan (kata dasar + kata dasar)
Contoh:
Penasihat Undang-Undang GGPS, Datuk Imran Tamrin berkata, kerajaan perlu
menjelaskan sekiranya terdapat perubahan dasar dari segi syarat yang perlu
dipatuhi untuk permohonan kewarganegaraan.
Menurutnya, penjelasan itu penting susulan penularan status kerakyatan
diperoleh warganegara China baru-baru ini menjadi satu isu sensitif yang perlu
diperjelaskan, bukan sekadar dinafikan.
(sumber) : Sinar Harian 8 Mei
2020
58
b. Pengimbuhan kata nama majmuk
Kata nama majmuk boleh juga menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan.
Pengimbuhan kata nama majmuk terbahagi kepada dua bentuk.
1. Kata nama majmuk yang menerima awalan atau akhiran tetap dieja
terpisah
2. Kata nama majmuk yang menerima apitan dieja secara bercantum
9.1 Kata nama majmuk yang menerima awalan atau akhiran
Contohnya:
terima kasih berterima kasih
ulang kaji mengulangkaji
reka bentuk direka bentuk
9.1.1 Kata nama majmuk yang menerima apitan
Contohnya:
anak tiri menganaktirikan
hal milik dihakmilikkan
ibu bapa keibubapaan
Formula: ulang kaji = mengulang kaji
59
Contoh:
Sementara itu, ibu murid dari Sungai Buloh, Nursalwana Tamin, 40, berkata pembatalan
UPSR tidak menjadi halangan kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak terus belajar di
rumah.
Katanya, sejak bermula PKP beliau sudah melatih anaknya untuk mengikuti kelas
pembelajaran maya bagi memastikan anaknya itu tidak tercicir dalam pelajaran.
“Selain mengikuti kelas tuisyen secara dalam talian, anak saya juga turut menyiapkan
tugasan harian yang diberikan oleh guru menerusi kumpulan WhatsApp kelas masing-
masing.
“Saya turut menyediakan jadual harian untuk anak supaya dia dapat mengulang kaji secara
berterusan selain bijak mengatur masa mengikut jadual yang diberi,” katanya.
Aktiviti:
Kotak Beracun
1. Guru menyediakan kotak beracun untuk diberikan kepada pelajar dan guru
memainkan sebuah lagu
2. Kotak beracun akan bergerak ke setiap pelajar apabila lagu diberhentikan
pelajar yang terakhir memegang kotak beracun tersebut akan menjawap soalan
3. Guru akan membaca soalan yang telah disediakan kepada pelajar tersebut
4. Pelajar dikehendaki menjawap soalan yang dikemukakan
Latihan:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kata nama majmuk?
2. Negeri Johor sangat terkenal dengan persembahan tradisional
A dikir barat C wau bulan
B ulik mayang D kuda kepang
60
3. Dia bersikap sedikit semenjak kebelakangan ini
A luar dugaan C luar biasa
B luar sikit D luar perangai
4. Bangunan itu adalah berkonsepkan seni bina Islam
A reka bentuk C reka tinggi
B reka acuan D reka rupa
5. Nyatakan kata nama majmuk yang lazimnya disalah gunakan ?
a)
b)
10. Kata Nama Ganda
Definisi:
Kata nama ganda boleh mengalami proses penggandaan untuk melahirkan makna-makna
tertentu. Kesemua bentuk nama iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata
nama majmuk boleh digandakan. Ada tiga jenis penggandaan yang melibatkan kata dasar
jenis kata nama iaiti
i. Penggandaan penuh
ii. Penggandaan separa
iii. Penggandaan berentak
10.1 Penggandaan penuh
Penggandaan penuh melibatkan seluruh kata dasar jenis kata nama digandakan tanpa
sebarang perubahan bentuk. Kata dasar yang digandakan boleh terdiri daripada kesemua
jenis bentuk iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk.
61
10.1.1 Penggandaan penuh kata nama tunggal
Contohnya:
ayat ayat-ayat
budak budak-budak
tadika tadika-tadika
Formula: kawan + kawan = kawan-kawan
Contoh:
NEW YORK: Lima belas kanak-kanak dimasukkan ke hospital di New York kerana
menghidap penyakit radang yang jarang berlaku dan mungkin berkait dengan COVID-19,
menurut pegawai, semalam.
Penyakit Kawasaki adalah masalah kesihatan misteri, terutama dalam kalangan kanak-
kanak berumur hingga lima tahun, yang menyebabkan keradangan dinding arteri dan
pesakit mengalami demam, kulit mengelupas serta sakit sendi.
(Sumber) Berita Harian 6 Mei 2020
62
10.1.2 Penggandaan penuh kata nama berimbuhan
Contohnya:
pengajar Pengajar-pengajar
pelatih Pelatih-pelatih
kekasih Kekasih-kekasih
Formula: pengajar + pengajar = pengajar-pengajar
Contoh:
Sebelum ini, Arena Metro mendedahkan pasukan itu terpaksa memakai jersi lama yang
tertanggal logonya ketika skuad AMD yang berada dalam Program Pembangunan Bolasepak
Negara (NFDP) diperuntukkan dengan dana yang besar.
Bagaimanapun, masalah jersi itu bakal berakhir selepas disahkan pelatih-pelatih AMD akan
menerima tajaan baharu membabitkan pemberian pakaian sukan jenama tempatan
bermula bulan depan.
(Sumber) Metro Harian 22 Mac 2020
10.1.3Penggandaan Separa
Penggandaan separa kata nama ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja
kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata nama tunggal atau kata nama
berimbuhan.
Contohnya; gegelang
bayangan
gelang Orang-
bayang orangan
orang
Formula: gelang = gegelang
Contoh:
CAMERON HIGHLANDS - Sektor pertanian dan pelancongan di Cameron Highlands, Pahang yang
bernilai RM1.4 bilion setahun kini terancam angkara wabak Covid-19.
Cameron Highlands yang dikenali sebagai syurga agrotani rupakan pembekal utama sayur-
sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan segar ke seluruh negara.
63 (Sumber) Sinar Harian 8 Mei 2020
10.1.4Penggandaan berentak
Penggandaan berentak kata nama ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata
nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan jenis ini
seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
Penggandaan berentak nama dapat dibahagikan kepada tiga jenis.
Contohnya:
Pengulangan vokal Pengulangan konsonan Bebas
sayur sayur-mayur Batu batu-batan Anak anak-pinak
Kuih kuih-muih Suku suku-sakat sedu sedu-sedan
Lauk lauk-pauk Kayu kayu-kayan Ipar ipar-lamai
Formula: sayur = kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
Contoh:
“Nampak biasa namun majlis kami hari ini akan menjadi kenangan yang akan
dikenang sehingga akhir hayat.
“Tarikh baharu majlis kami selepas ini belum diputuskan memandangkan wabak
COVID-19 belum pulih lagi. Mungkin akan ditetapkan selepas ini,” katanya.
Sementara itu, bapa kepada pengantin perempuan, Mat Husin Mohammad, 55,
bersyukur majlis pernikahan anaknya berjalan lancar.
“Sebelum ini kami sudah menjemput 500 tetamu untuk kenduri perkahwinan hari
ini, namun siapa sangka berlaku wabak COVID-19 dan majlis terpaksa dibatalkan.
“Saya juga sudah memaklumkan kepada saudara mara supaya tidak perlu datang
kerana majlis akad nikah dibuat secara sederhana,” katanya.
(Sumber) Berita Harian 4 April
2020
10.1.5 Penggandaan kata nama majmuk
Penggandaan kata nama majmuk terbahagi kepada dua. Pertama ialah kata majmuk yang
dieja berpisah dan hanya bahagian awal kata sahaja digandakan. Kedua kata majmuk yang
dieja bercantum akibat kelaziman penggunaan dan seluruh kata digandakan.
Contohnya:
Kertas kerja kertas-kertas kerja
64
Setiausaha setiausaha-setiausaha
8.1.5 Penggandaan kata nama majmuk
Penggandaan kata nama majmuk terbahagi kepada dua. Pertama ialah kata majmuk yang
dieja berpisah dan hanya bahagian awal kata sahaja digandakan. Kedua kata majmuk
yang dieja bercantum akibat kelaziman penggunaan dan seluruh kata digandakan.
Contohnya:
Kertas kerja kertas-kertas kerja
Setiausaha setiausaha-setiausaha
10.1.6 Aspek makna penggandaan kata nama
Kata nama yang digandakan memiliki sekurang-kurangnya lima aspek. Penguasaan
kelima-lima aspek ini membolehkan kita memahami makna yang dibawa oleh kata ganda
yang berakarumbikan kata nama.
i) Gandaan sebagai penanda jamak
ii) Gandaan sebagai penanda nama haiwan
iii) Gandaan sebagai penanda makna kesamaan atau keserupaan
iv) Gandaan sebagai penanda kepelbagaian jenis
v) Gandaan sebagai penanda tidak tentu
Contohnya:
Meja meja- Biri-biri Gula gula- Sayur Apa apa-
meja gula sayur-mayur apa
Penanda
Penanda nama Penanda Penanda Penanda
jamak haiwan makna kepelbagaian tidak tentu
kesamaan jenis
atau
keserupaan
Aktiviti:
1. Pelajar diminta untuk membentuk sebuah kumpulan dengan empat orang ahli bagi
setiap kumpulan
2. Guru menyediakan beberapa tajuk untuk dipilih oleh wakil kumpulan
3. Setiap pelajar perlu berbincang dengan ahli kumpulan untuk mencari jawapan kepada
tajuk yang di pilih.
4. Pelajar perlu menyediakan jawapan dalam bentuk peta minda dan menerangkan
kepada ahli kumpulan yang lain dihadapan.
Latihan:
1. Senaraikan tiga jenis penggandaan yang melibatkan kata dasar ?
65
a)
b)
c)
2. Yang manakah contoh yang betul bagi penggandaan penuh dan penggandaan berentak?
Penggandaan penuh Penggandaan berentak
A Buku-buku Kuih-muih
B Ayat-ayat gegelang
C Orang-orangan Anak-pinak
D Batu-batan Sayur- mayur
3. Sejak berpindah ke bandar, Syukur tidak lagi tentang perkembangan yang
berlaku di kampong itu.
a ) Tanya-menanya c ) kenal-mengenal
b ) tahu-menahu d ) tengok-menengok
4. Encik Abu membawa dari London untuk kami
a ) otak-otak c ) abuk-abuk
b ) oleh-oleh d) sagu-sagu
5. Senaraikan aspek kata nama yang digandakan ?
i)
ii )
iii )
iv )
vi )
66
KESIMPULAN
Secara tuntasnya, kata nama ini merupakan perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi
binaan frasa nama. Kata nama ini turut merangkumi kata nama khas yang meliputi kata nama
khas hidup manusia dan bukan manusia serta kata nama khas tak hidup. Selain itu, terdapat
juga kata nama am yang merangkumi perkataan yang berlandaskan benda, perkara, atau
konsep umum. Kata ganti nama juga mempunyai banyak pecahan, antaranya ialah kata ganti
nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Seterusnya kata nama tunggal jenis akronim ini
merupakan gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh
diujarkan sebagai satu perkataan. Jika akronim yang dicipta tidak boleh diujarkan secara terus,
maka perkataan itu tidak dikira sebagai akronim. Kata nama terbitan mempunyai imbuhan
awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Manakala lima jenis kata dasar yang menerima imbuhan
ini adalah akar, kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan rangkaian kata sahaja.Kata nama
apitan terbahagi kepada tujuh ,namun setiap kata nama apitan tersebut memberikan makna
yang berbeza. Begitu juga sisipan kata nama ,yang menerima kata dasar untuk memberikan
keterangan .Perbezaan peR-..-an dan peN-..-an melibatkan kata kerja barulah dapat dibezakan
istilah penggunaanya.
Akhir sekali kata nama majmuk merupakan proses yang merangkaikan dua atau lebih kata
dasar Dan bentuk yang terhasil itu membawa makna yang tertentu. Kata majmuk juga
terbahagi kepada tiga iaitu kata majmuk rangkaian bebas, kata majmuk berbentuk istilah
khusus dan kata majmuk simpulan bahasa. Seterusnya kata ganda dimana dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulangi secara
keseluruhan atau bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
67
Rujukan
1. Abdullah Hassan, Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru
dan Pelajar, Pahang : PTS Publication Distributors, 2003.
2. Arbak Othman, Mengajar Tatabahasa, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
1989.
3. Asraf, Petunjuk Tatabahasa Melayu, Petaling Jaya : Penerbitan Sasbadi, 2007.
4. Nik Safiah Karim et al, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2015.
5. Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam, Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan, Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti, 1987.
68