TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA
SK TOK MUDA TAHUN 2022
BIL PERKARA CATATAN
Umumkan Mengumumkan ketibaan
ketibaan VIP Yang Berbahagia, Datuk Hj. Mohd Roslee b.
Abd Hamid. Pengerusi Majlis Pembangunan
Ucapan alu-aluan Koperasi dan Usahawan Parlimen Kapar.
Bismillah hirrahman nirrahim….Assalamualaikum
w.b.t…..Salam Sejahtera…Salam Keluarga Malaysia
Teguh Bersama dan Selamat Datang ke Kejohanan
Sukan Olahraga SK Tok Muda bagi tahun 2022.
Yang Berbahagia Datuk Hj. Mohd Roslee b.
Abd Hamid. Pengerusi Majlis Pembangunan
Koperasi dan Usahawan Parlimen Kapar.
Yang Berusaha,Puan Norazian bt Yusoff, Guru
Besar SK Tok Muda
Yang dihormati,En. Asmawi bin Hj Moklas, YDP
PIBG SK Tok Muda,
Yang dihormati En. Abdul Halim b.Hj Moklas,
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan &
Keselamatan Kampung (Persekutuan) Kampung
Tok Muda,
Yang dihormati En Shamsuddin bin Liman,
Pengerusi Permuafakatan Komuniti Kampung Tok
Muda.
Yang dihormati, Inspektor Che Muhammad
Firdaus b. Che Ariffin- Peg Perhubungan
Sekolah.
Barisan guru penolong kanan Sk Tok Muda
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Tok Muda,
Guru-guru,
Tamu-tamu jemputan,
Para ibu bapa dan penjaga seterusnya murid-
murid SK Tok Muda yang dirahmati Allah sekalian.
Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola
kejohanan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Olahraga SK
Tok Muda bagi tahun 2022. Semoga dengan
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan
menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit
muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.
Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai Kejohanan Sukan
hormat Olahraga ini, marilah sama-sama kita saksikan
perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang
mengambil bahagian.
*lagu*
Menjemput VIP Majlis dengan hormatnya menjemput Yang
menerima tabik Berusaha Puan Norazian bt Yusoff, Guru Besar
hormat dari SK Tok Muda, mempersila dan mengiringi Yang
peserta Berbahagia Datuk Hj. Mohd Roslee b. Abd
perbarisan Hamid. Pengerusi Majlis Pembangunan Koperasi
dan Usahawan Parlimen Kapar ke pentas khas
untuk membalas tabik hormat daripada setiap
kontinjen yang mengambil bahagian
Dipersilakan.
- MUZIK PERBARISAN-
Perbarisan Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa
Bendera bendera kejohanan yang diketuai oleh
kejohanan adik Mujibburrahman bin Basri.
Beliau merupakan pemain sofbol yang telah
mewakili Selangor dalam Kejohanan Sofbol
MSSM yang berlangsung
Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Waja
Waja yang menggunakan warna Ungu sebagai lambang
perjuangan. Kontijen ini mendapat bimbingan Puan
Husni bt Harun dan diketuai oleh adik Syed
Amer Mustaqim bin Syed Idrus dan dianggotai
seramai 33 orang peserta. Waja Membara
ialah motto kontinjen yang diharap akan membawa
tuah kepada rumah Waja pada hari ini.
Perbarisan Rumah Berikut pula ialah kontinjen daripada rumah Wira.
Wira yang dianggotai seramai 33 orang peserta
perbarisan. Kontinjen ini dibimbing oleh Pn Nora
binti Jaffar dan diketuai oleh adik Akif Iqmal
bin Muhammad Kamarul Ikhwan. Dengan
mottonya “Wira Pahlawan Perkasa Pantang
Dicabar”. Kita percaya Rumah Wira mampu
membuat kejutan dalam kejohanan kali ini.
Perbarisan Rumah Seterusnya pula ialah kontinjen rumah Juara.
Juara Kontinjen ini mendapat bimbingan daripada Cik
Faiezah binti Mohd Yusof dan diketuai oleh adik
Muhammad Zulkasyfi bin Zamzuri dan disertai
seramai 33 orang peserta. Motto ‘ Juara Tetap
Teguh Bersama’ diharap dapat menjadi penguat
semangat rumah Juara untuk terus mengejar
kejayaan dalam kejohanan kali ini.
Perbarisan Rumah Menyusul di belakang ialah pasukan yang tampil
Satria dengan warna MERAH iaitu kontigen dari rumah
Satria. Kontijen rumah Satria ini dibawah
bimbingan Cik Nur Afidah Hanim binti Abd Aziz
, diketuai oleh adik Mohd Adam Raziq bin Aznan
dan dianggotai seramai 33 orang peserta.Dengan
motto Merah Membara…Semangat
Satria…Rumah Satria bertekad untuk merebut
gelaran juara pada tahun ini.
Prasekolah Kontinjen yang terakhir yang turut memeriahkan
acara perbarisan pagi ini adalah merupakan murid-
murid Prasekolah yang terdiri daripada 25 orang
murid. Dengan Mottonya Badan Sihat, Otak
Padu, Hati Gembira!! Horaaa Horaaa!!!
Kontinjen ini diketuai oleh adik Aisy Hareez
Reefqi bin Mohammad Ismail di bawah
bimbingan Pn.Hjh Nur Farhana bt Hj.Mohd
Radzi dan turut dibantu oleh Pn Nurhazwani Bt
Hasanuddin.
Majlis merakamkan terima kasih kepada kerana
sudi menerima tabik hormat daripada kontinjen
Nyanyian Lagu perbarisan.
Negaraku Yang Berbahagia, tuan-tuan dan puan-puan,
marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Selangor
“Duli yang Maha Mulia” dan Lagu Sekolah “Ilmu
Teras Kecemerlangan”.
-Nyanyian-
Bacaan Doa Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian
itu tadi. Yang Berbahagia, tuan-tuan dan puan-
puan dipersilakan duduk.
Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon
keberkatan marilah kita sama-sama menadah
tangan untuk mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh al-fadil Ustaz Mohd Shamsul
Bahari bin Ngah
Dipersilakan. ….
(Bacaan doa)…amin……………..
Majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada Ustaz Mohd Shamsul Bahari bin Ngah.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita
akan berjalan dengan lancar serta diberkati oleh
Allah s.w.t. Insya-Allah.
Ucapan Guru Aturcara majlis diteruskan dengan mempersilakan
Besar Yang Berusaha ,Puan Norazian bt Yusoff, Guru
Besar SK Tok Muda, untuk menyampaikan ucapan
Ucapan Perasmian aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(UCAPAN)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Yang Berusaha Pn. Norazian bt Yusoff
Tidak sempurna Majlis kita pada hari ini tanpa
mendengar ucapan perasmian. Untuk itu Majlis
dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang
Berbahagia, Datuk Hj. Mohd Roslee b. Abd
Hamid untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan
Olahraga SK Tok Muda bagi tahun 2022. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.
……………………
(gimik perasmian)
Upacara Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang
menaikkan Berbahagia, Datuk Hj. Mohd Roslee b. Abd
bendera Hamid di atas ucapan perasmian itu tadi dan
setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi
merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga SK Tok
Muda bagi tahun 2022.
Majlis diteruskan lagi dengan upacara naikkan
bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan 4
orang atlet sekolah untuk menyempurnakan
upacara naikkan bendera kejohanan. Dipersilakan
Yang Berbahagia, tuan-tuan dan puan-puan sama-
sama berdiri bagi menghormati bendera
kejohanan.
………….. – LAGU ……
Menjemput Terima kasih. Yang berbahagia, tuan-tuan dan
pembawa bendera puan-puan dipersilakan duduk
mengiringi Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan
pembaca ikrar Olahraga SK Tok Muda bagi tahun 2022.
Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera
Lafaz ikrar kontinjen yang bertanding maju ke hadapan untuk
kejohanan bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan
yang akan diketuai oleh adik Mujiburrahman bin
Basri.
*Ikrar*
Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz
ikrar kejohanan itu tadi.
Perbarisan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar
padang padang oleh kontinjen yang mengambil bahagian
untuk masuk ke khemah masing-masing.
Acara Sukan – MUZIK PERBARISAN
Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis
Penyampaian perasmian Kejohanan Sukan Olahraga SK Tok
hadiah (1) Muda bagi 2022. Majlis merakamkan terima kasih
kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian
dalam perbarisan lintas hormat.
Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan
dimulakan acara Kejohanan Balapan Dan Padang
SK Tok Muda bagi tahun 2022.
Acara balapan pada pagi ini dimulakan dengan
acara:
Larian Terus 80 meter Tahun 1
Diminta kepada semua peserta untuk mengambil
tempat masing-masing kerana acara akan
dimulakan sebentar lagi.
Untuk itu majlis menjemput Yang Berbahagia,
Datuk Hj. Mohd Roslee b. Abd Hamid untuk ke
tengah padang bagi merasmikan acara pertama.
Dipersilakan.
Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya
menjemput dan mempersilakan Puan Guru Besar,
Puan Norazian bt Yusoff mengiringi Yang
Berbahagia, untuk menyampaikan hadiah kepada
para pemenang. Dipersilakan.
Bagi acara…………
Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada
rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…dari
rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang
Berbahagia, Datuk Hj. Mohd Roslee b. Abd
Hamid kerana telah sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah itu tadi.
Sebagai tanda terima kasih daripada kami,
dijemput yang berusaha Puan Norazian bt Yusof
bagi menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berbahagia, Datuk Hj. Mohd Roslee b. Abd
Hamid di atas kesudian merasmikan kejohanan
dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Terima kasih diucapkan kepada Pn Norazian bt
Yusof kerana sudi menyampaikan cenderamata itu
tadi.
Majlis penutupan Kejohanan Sukan Olahraga SK Tok Muda tahun
kejohanan dan 2022 kini tiba ke penghujungnya.
penyampian
hadiah Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua
kontijen masuk ke padang dan berada di hadapan
pentas utama untuk acara penyampaian hadiah dan
penutupan kejohanan.
Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah
berjaya pihak majlis mempersilakan Puan
Norazian bt Yusof Guru Besar SK Tok Muda,
dengan diiringi oleh Pn Siti Norwati bt Sarnin,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Tok Muda.
Diumumkan keputusan pertandingan perbarisan
bagi rumah sukan pada hari ini..
- Pra Sekolah
-Tempat keempat jatuh kepada rumah...................
-Tempat ketiga disandang oleh rumah.....................
-Tempat kedua jatuh kepada rumah ......
-Johan berjaya disandang oleh pasukan rumah....
Seterusnya pihak majlis mempersilakan En. Mohd
Halim b. Moklas , Pengerusi Jawatankuasa
Kemajuan & Keselamatan Kampung (Persekutuan)
Kampung Tok Muda, dengan diiringi oleh Pn
Norazian bt Yusof, Guru Besar SK Tok Muda.
Untuk menyampaian hadiah kepada pemenang
Olahragawan dan Olahragawati.
-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran
Olahragawan Sekolah ialah ______________.
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi
acara_____________________________
Kini diumumkan pula olahragawati sekolah tahun
ini.
Olahragawati Sekolah pada tahun ini jatuh kepada
____________________________
Beliau telah meraih pingat_________________
Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita
umumkan secara rasmi kedudukan bagi rumah-
rumah sukan yang telah bertanding.
Tempat ketiga dengan mata ____ jatuh kepada
rumah______.
Seterusnya Naib Johan berjaya dirangkul oleh
rumah ________dengan mata ______.
Dan Johan Keseluruhan bagi Kejohanan Sukan
Olahraga SK Tok Muda 2022 jatuh kepada rumah
______ dengan mata ______. Dipersilakan ketua
rmh sukan utk mengambil hadiah.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
yang En. Abdul Halim b. Moklas atas kesudian
menyempurnakan majlis.
Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan
Sukan Olahraga SK Tok Muda . Oleh itu, dijemput
En. Abdul Halim b. Moklas , Pengerusi
Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung
(Persekutuan) Kampung Tok Muda,
untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan
perasmian penutupan Kejohanan Sukan Olahraga
SK Tok Muda bagi tahun 2022
Dengan hormatnya dipersilakan.
***ucapan****
Majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Dengan itu, maka berakhirlah Kejohanan Sukan
Olahraga SK Tok Muda bagi tahun 2022.
Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-
peserta yang Berjaya. Kepada yang gagal teruskan
berusaha jgn putus asa.
Akhir kata dari kami berdua.
Maaf atas keterlanjuran kata dan ahasa. Syabas
untuk semua .
Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum
w.b.t
PENGUMUMAN ACARA BALAPAN
Hadirin yang dihormati,
Sebentar lagi akan berlangsung acara ____________________________
Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah
Di lorong yang pertama_____kedua_____ketiga_____ dan ke4_____
Peserta-peserta untuk acara ini bersedia utk dilepaskan
PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara________________
Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.
Bagi acara ...............................
Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..
Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha
Encik.....(jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
Seterusnya dipersilakan .............................. menyampaikan cenderahati kepada
...................................