DAERAH TANGKAK
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan di bawah bidang kuasa Unit Bimbingan Dan Kaunseling di setiap sekolah. Ini kerana Guru Kaunseling di sekolah merupakan guru yang ditugaskan untuk membantu murid di sekolah yang memerlukan khidmat nasihat bagi menangani masalah murid. Oleh itu, guru kaunseling memerlukan murid yang mempunyai komunikasi yang berkesan di kalangan murid agar dapat menjadi agen guru kaunseling bagi menjadi orang tengah di sekolah. Mereka yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan latihan khusus dalam komunikasi dan dikenali sebagai ahli PRS di sekolah. Oleh itu, PRS perlu dibekalkan kemahiran menolong dan komunikasi agar dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan murid-murid lain di sekolah. Selain itu, mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji di kalangan guru dan rakan sebaya agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna di kalangan murid.
Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah rendah adalah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Secara keseluruhannya, di sekolah rendah PRS bermula dari Tahun 4 dan mereka hanya boleh melalui modul Tahap Bongsu sahaja.
Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah menengah adalah seorang pelajar yang telah dilatih mengikut 4 tahap iaitu tahap bongsu, muda, sulong dan bestari. Setiap tahap mempunyai modul-modul yang perlu diikuti. Seterusnya, ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Secara keseluruhannya, di sekolah menengah PRS bermula dari Tingkatan 1 pada tahap Bongsu, Tingkatan 2 pada tahap Muda, Tingkatan 3 pada tahap Sulong dan tahap Tertinggi mereka adalah tahap Bestari iaitu pelajar Tingkatan 4 hingga Pra Universiti.
MASA AKTIVITI 7.30am – 8.00am Pendaftaran & Taklimat Program 8.00am - 9.30am Slot 1 : Ice Breaking 9.30am – 10.00am REHAT 10.00am – 11.30am Slot 2 : Pengenalan PRS 11.30am – 1.00pm Slot 3 : Kesedaran Kendiri MASA AKTIVITI 7.30am – 9.30am LDK : Asas Komunikasi 9.30am - 10.00am REHAT 10.00am – 11.00am Slot 4 : Penilaian Tahap Bongsu 11.00am – 12.30pm Slot 5 : Peersediaan Awal Remaja 12.30pm – 1.00pm Majlis Penutupan
MASA AKTIVITI 7.30am – 8.00am Pendaftaran & Taklimat Program 8.00am - 9.30am Slot 1 : Pembahagian Kumpulan – Pengenalan PRS 9.30am – 11.00am Slot 2 : Kemahiran Interpersonal 11.00am – 11.30am REHAT 11.30am – 2.00pm Slot 3 : Kemahiran Kepimpinan MASA AKTIVITI 7.30am – 8.00am Pendaftaran 8.00am - 9.00am Slot 4 : Ujian Tahap Sulong 9.00am – 10.30am Slot 5 : Kemahiran Kaunseling Membuat Keputusan 10.30am – 11.00am REHAT 11.00am – 12.00pm Slot 6 : Menyelesaikan Masalah 12.00pm – 2.00pm Majlis Penutupan
Pengerusi EN. AZMAN BIN SAFII Pegawai PPD Tangkak Timbalan Pengerusi PN. HAJAH ROPIAH BINTI MOHAMED Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangunan Murid ) Penyelaras EN. SUBRI BIN SUMIRIN Penolong PPD, Hal Ehwal Murid (Pembangunan Murid) Penolong Penyelaras 1 CIKGU MUHAMMAD AFIQ FIKRI BIN MISLAN SMA Darul Ulum Penolong Penyelaras 2 CIKGU KARTHIGEYAN A/L JANARDANAN SMK Sagil Penolong Penyelaras 3 CIKGU NUR FIRDAUS BINTI SAFIE SK Bukit Gambir Setiauasaha CIKGU MAIZURA BINTI MUSLIMAN SMK Sagil Penolong Setiausaha CIKGU KHATIJAH BINTI MINHAT SK Parit Bunga Bendahari CIKGU AINUL RADIAH BINTI KASSIM SMK Persisiran Perdana Penolong Bendahari CIKGU KO SIEW MOI SJK (C) CHI MING 1 Jurulatih Utama 1. CIKGU ROHAIDA BINTI ALI (SMK Ledang) 2. CIKGU LEE AI CHEN (SMK Bukit Gambir) 3. CIKGU KO SIEW MOI (SJK C Chi Ming 1) 4. CIKGU CHANG SAE LEE (SJK C Chi Ming 2)
BIL. JAWATANKUASA KERJA NAMA GURU HURAIAN TUGASAN 1Urusetia dan Pendaftaran 1. Cikgu Hidayatul lmaniah binti Mohd Hambali • Menyediakan link pendaftaran / Borang kehadiran setiap sesi. • Menyediakan borang penilaian. • Mengumpul borang markah. • Menyediakan senarai nama peserta yang layak ke peringkat negeri. 2Ketua Fasilitator 1. Cikgu Ko Siew Moi Menyampaikan taklimat kepada Guru Penasihat Menyampaikan taklimat simposium kepada fasilitator dan peserta. Memastikan kelancaran perjalanan simposium. 3Fasilitator 1 Fasilitator 2 Fasilitator 3 Fasilitator 4 1. Cikgu Siti Anisah binti Mohmood 2. Cikgu Fauziah binti Fadzil 1. Cikgu Noor Esah binti Mohamad 2. Cikgu Karthigeyan A/L Janardanan 1. Cikgu Sik Poh Keng 2. Cikgu Ng Kai Xin 1. Cikgu Nur Firdaus binti Safie 2. Cikgu Muhamad Adam bin Tukiran Mengendalikan sesi perbincangan, pembentangan dan temuduga dalam kumpulan kecil. Menguruskan peserta dalam kumpulan masing-masing. Membuat penilaian markah peserta dalam kumpulan masingmasing. Menyerahkan markah penilaian peserta kepada JK Urusetia.
4 JK Jamuan 1. Cikgu Mohd Akmal bin Omar 2. Cikgu Norhalizah binti Abd Rahman Menempah makanan dan memastikan makanan cukup untuk Guru dan Peserta. 5 JK Teknikal 1. Cikgu Lukman bin Mohd.Uzir (K) 2. Cikgu Nagarajan A/L Kupusamy Menyediakan persembahan mulitemedia semasa Majlis Penutupan Rasmi. Menyediakan backdrop majlis Penutupan Rasmi. Menyediakan PA Sistem dan memastikan PA Sistem berfungsi dengan baik. 6 JK Rakaman dan Dokumentasi 1. Cikgu Ainul Radiah binti Kassim 2. Cikgu Vanitha A/P Subramaniam Merakam perjalanan program. Menyediakan dokumentasi program untuk diserahkan kepada pihak JPN. 7 JK Majlis Penutupan 1. Cikgu Rozaidah binti Muni (K) 2. Cikgu Mohd Alias bin Ramli Mengurus Majlis Penutupan Rasmi. Memilih peserta yang sesuai untuk menjadi pengacara, pembaca doa dan wakil peserta untuk memberikan ucapan. 8 JK Surat Jemputan Majlis Penutupan 1. Cikgu Lee Ai Chen 2. Muhammad Afiq Fikri bin Mislan • Membuat surat jemputan / kad jemputan kepada Pegawai PPD Tangkak bagi Majlis Penutupan Rasmi.
9 JK Buku Program (Anyflip) 1. Vickgneshwari A/P Kanagaveloo Membina dan mereka buku program berdasarkan ketetapan program. Menyediakan buku program secara anyflip. 10 JK Sijil dan Hadiah 1. Cikgu Suliza binti Subani 2. Cikgu Karthigeyan A/L Janardanan Menyediakan sijil / hadiah / cenderahati kepada peserta dan AJK yang terlibat. 11 Penceramah Sekolah Menengah : 1. Pengenalan PRS 2. Kemahiran Interpersonal 3. Kemahiran Kepimpinan 4. Menyelesaikan Masalah 5. Membuat Keputusan 6. Kemahiran Kaunseling 1.Cikgu Lee Ai Chen 2. Cikgu Rohaida binti Ali 3. Cikgu Ko Siew Moi 4. Cikgu Lee Ai Chen 5. Cikgu Chang See Lee 6. Cikgu Hjh Rosmah binti Abdullah Menyediakan PPT yang berkaitan dengan Modul Tahap Sulong. Mempersembahkan kepada murid-murid. 12 Penceramah Sekolah Rendah : 1. Pengenalan PRS 2. Konsep Kendiri 3. Asas Komunikasi 4. Persediaan Awal Remaja 1. Cikgu Lee Ai Chen 2. Cikgu Chang See Lee 3. Cikgu Ko Siew Moi 4. Cikgu Rohaida binti Ali Menyediakan PPT yang berkaitan dengan Modul Tahap Bongsu. Mempersembahkan kepada murid-murid.
Kami dengan ini berikrar dan menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya tahun / sesi ___________ Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa dan rakan. Berpegang teguh kepada etika dan prinsip - prinsip Pembimbing Rakan Sebaya. Berusaha menjadi pelajar contoh. Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.
Pembimbing Rakan Sebaya menawar khidmat bakti menjana kegemilangan wawasan Negara Kami berdiri megah dengan tekad dan harapan membantu dan membimbing penuh kasih mesra korus PRS pemangkin masyarakat penyayang berilmu beramal,bentuk jati diri amanah diberi,janji ditepati amalan mulia,jadikan panduan Pembimbing Rakan Sebaya siap sedia berjasa membentuk dan membina hidup yang bermakna
Sekapur sireh ………. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada: Pegawai PPD Tangkak Semua Pengetua Sekolah Menengah Semua Guru Besar Sekolah Rendah Semua Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah Menengah dan Rendah Para peserta program Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung