The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhayati saleh, 2020-04-27 19:23:17

Tazkirah 5 Ramadan 1441H

Tazkirah 5 Ramadan 1441H

Iaitu mereka yang tidak melaksanakan ibadah
puasa dengan penuh keimanan dan ikhlas
kepada Allah, sebaliknya berpuasa dengan
perasaan riak dan puasa adat sahaja,
sedangkan Nabi bersabda, sesiapa yg berpuasa
di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan
dan keikhlasan, akan diampunkan dosanya
yang telah lalu.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Mereka yang tidak beribadah pada
malamnya (dengan solat tarawih dll)
kerana bermalas-malasan dan sengaja
memberatkan diri dari melakukan
ketaatan, maka tiada habuan

keampunan dosa bagi mereka di bulan
Ramadhan

Mereka yang berterusan mengamalkan akhlak
yang buruk di mana puasanya tidak sedikit pun
menghalangnya dari berkelakuan buruk itu dan
dari melakukan perkara haram

Mereka yang banyak menghabiskan masa
dan saat-saat keemasan di bulan Ramadhan
dengan tidur, lalai dengan menonton TV,
mendengar lagu dan nyanyian, menonton
cerita-cerita yang dimurkai Allah,
sedangkan Nabi bersabda, boleh jadi orang
yang berpuasa hanya mendapat lapar dan
dahaga.

Mereka yang mensia-siakan solat 5 waktu,
tidak berkunjung ke masjid dan surau
bersama para jemaah, (waktu PKP
ini,rebutlah solat berjamaah di rumah
bersama ahli keluarga)

Mereka yang merosakkan puasa mereka
dengan sengaja melakukan perkara-perkara
yang membatalkan puasa seperti makan dan
minum dan melakukan larangan seperti
mengadu domba, mengumpat, hasad dengki,
mengejek-ngejek dan mempermainkan orang
lain, menyebut kata-kata kotor, dan
sebagainya

Mereka yang berkunjung ke tempat-tempat
maksiat sama ada di awal bulan Ramadhan atau
di pertengahannya supaya dapat melakukan dosa
dan maksiat dengan bebas

Mereka yang hanya bersungguh-
sungguh dalam beribadah di awal
Ramadhan serta berazam untuk
bertaubat dan beristiqamah dalam
beribadah, tetapi bertukar sebaliknya
dengan menjalani kehidupan yang sia-
sia dan melalaikan

Mereka yang meninggalkan Al-Quran
di bulan Ramadhan di mana Al-Quran
tidak dibaca dan ditadabbur
maknanya serta tidak bertadarus Al-
Quran,

Mereka yang bakhil dengan harta yang
dianugerahkan oleh Allah kepada mereka
dan tidak menafkahkannya ke jalan Allah
dengan memberi makan orang yang lapar,
tidak memberi makanan berbuka kepada

orang yang berpuasa dan tidak memberi
pakaian kepada orang yang tiada pakaian.

‫‪Jom meriahkan RAMADAN dengan‬‬
‫‪• Solat Terawih‬‬
‫‪• Qiamullail‬‬
‫‪• Tadarus & Tadabbur Al-Quran‬‬
‫‪• Sedekah‬‬
‫‪• Zikir‬‬

‫اللهم إنك عفوكريم تحب العفو فاعف عنا وعن والدينا وعن جميع المسلمين‬
‫والمسلمات‪.‬اللهم اشف مرضانا وارحم موتانا‬


Click to View FlipBook Version