The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhayati saleh, 2021-04-12 20:16:21

TINTA RAMADAN SEGAR

TINTA RAMADAN SEGAR

TINTA RAMADAN # MAKDIS SMK SENGGARANG # APRIL 2021 RAMADAN 1442H

PAKEJ RAMADAN

1. Puasa genap sebulan.
2. Tadarus Al-Quran tanpa henti.
3. Solat tarawih berjemaah bersama keluarga.
4. Bersedekah tanpa sempadan.
5. Diampunkan dosa & digandakan pahala
6. Qiam di sepuluh akhir Ramadan
7. Satu malam yang pasti lebih baik dari seribu bulan.

Berpuasa di Bulan Ramadhan Rasulullah S.A.W memberi penekanan dengan menjelaskan
kerana Allah SWT kemuliaan Ramadan menerusi satu khutbah Baginda iaitu:

Daripada Abu Hurairah RA “ Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan
bahawa Nabi SAW bersabda : yang besar lagi penuh keberkatan iaitu bulan yang di dalamnya
Sesiapa yang berpuasa ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan di
Ramadhan kerana iman dan
ketaatan kepada Allah, serta mana Allah jadikan puasa adalah kefarduan dan qiam di
mengharapkan keredhaannya, malamnya adalah satu tambahan.Sesiapa yang mendekatkan diri
akan diampunkan semua kepada Allah dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah
dosanya yang telah lepas.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardu di bulan
Muslim) yang lain.

\ MUTIARA HADIS
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“ Apabila datangnya bulan Ramadan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala
pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hakcipta@ummumarziyad

SEGAR2021
ISBN 1807-07-1977

IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

LAFAZ NIAT PUASA RAMADAN

‫نَ َو ْي ُت َص ْو َم َغ ٍد َع ْن أَدَا ِء فَ ْر ِض َر َم َضا َن َه ِذ ِه ال َّسنَةَ ِّلَِّلِ تَعَالَى‬

Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala

1 TANAMKAN RASA GEMBIRA
Tanamkan rasa gembira dalam hati apabila bulan mulia ini tiba.Sebuah hadis ada menyatakan , “
2
Barangsiapa yang di hatinya merasa gembira dengan kedatangan bulan Ramadan, maka Allah
haramkan jasadnya untuk masuk ke neraka.”

MEMOHON KEMAAFAN
Pohonlah maaf daripada ibu bapa, adik beradik, sahabat handai, atau sesiapa sahaja yang berhubungan

dengan kita setiap hari. Lupakan kesalahan yang pernah berlaku di antara kita selama ini.

3 BERSIHKAN HATI
Bersihkan hati daripada perasaan iri hati, hasad dengki, tamak haloba, sombong, mencela, dendam dan
4
berbohong. Elakkan dari perbuatan tersebut sebelum mahupun selepas puasa.

NIAT UNTUK BERSUNGGUH-SUNGGUH
Niat dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan bersungguh-sungguh dan

sekuat tenaga untuk menjalankan ibadah-ibadah sunat dan tambahan yang lain.

5 TINGKATKAN IMAN DAN TAKWA
Lakukan dan ikuti aktiviti yang melibatkan keagamaan yang dijalankan
6 secara online seperti tazkirah, ceramah agama dan sebagainya.Lakukan aktiviti berfaedah yang mampu
7
8 meningkatkan kualiti ibadah puasa kita.

TINGGALKAN MAKSIAT
Tinggalkan dan elakkan melakukan maksiat pada bulan yang penuh keberkatan ini. Perbuatan yang

tidak baik ini hanya akan mengurangkan pahala puasa kita.Banyakkan membaca Al-Quran.
Seelok-eloknya cuba khatam Al-Quran pada bulan mulia ini.

USAHAKAN UNTUK BERQIAMULLAIL
Usahakan untuk bangun malam serta banyakkan amalan ibadah

terutama pada 10 malam terakhir.

JANGAN MEMBAZIR
Jangan membazir akibat berbelanja keterlaluan ketika menyediakan juadah berbuka

dan ketika membuat persiapan menyambut aidilfitri.

MUTIARA HADITH
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “ Sekiranya umatku mengetahui kebesaran

dan kelebihan Ramadan, nescaya mereka akan meminta Ramadan itu setahun penuh.

MUTIARA HADITH

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaran, penglihatan
dan lidahmu turut berpuasa daripada segala yang haram.Jauhilah daripada suka menyakiti jiran, hendaklah kamu

bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan berpuasa adalah sama.
( Riwayat Bukhari )

PUASA SEMPURNA
Menahan rohani dan rasa

PUASA SEDERHANA
Menahan indera dan juga anggota

PUASA BIASA
Hanya menahan lapar dan dahaga

Lalu dimanakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama?

DOA’ BERBUKA PUASA

‫اللّ ُه َّم لَ َك ُص ْم ُت َوبِ َك آ َم ْن ُت َو َعل َى ِر ْزقِ َك أَ ْف َط ْر ُت ِب َر ْح َمتِ َك َياأَ ْر َح َم ال َّرا ِح ِم ْي َن‬

SEMPURNA (KHUSUS AL-KHUSUS)
Seseorang Islam berjaya mengawal puasanya

daripada melakukan segala perkara yang
membatalkan puasanya, bukan setakat makan dan

minum, tetapi mencakupi keseluruhan
perbuatan atau tindakan lain yang boleh
membatal atau mengurangkan pahala

puasanya.

SEDERHANA (KHUSUS)
Seseorang yang berjaya dan berusaha menahan diri
daripada melakukan segala perbuatan yang boleh
membatalkan puasanya, tetapi masih lagi tidak dapat

mencegah diri daripada maksiat batin.

BIASA (UMUM)
Seseorang yang berpuasa dan berusaha untuk menahan diri daripada
melakukan apa juga perbuatan yang membatalkan puasanya tetapi masih
lagi tidak dapat menghindarkan diri melakukan maksiat zahir dan batin

DOA’ SEPANJANG RAMADAN

‫اللّ ُه َّم إِنَّ َك َعفُ ٌّو َك ِر ْي ٌم َتُواِْلح ُم ُّْبؤ ِام ْلنِ ْيعَ ْفَن َو َوفَااْل ُمْع ْؤ ُِمف َنا َعنَِّتا بِ َوَر َعْح ْ َنمتِ َوَاك ِل ِيَداْي َنأَا ْرَو َح َعَم ْنال َّ َرج ِِعح ْي ِم ْعِي انْل ُم ْس ِل ِم ْي َن َوا ْل ُم ْس ِل َما ِت‬

MAKAN DAN MINUM DENGAN BEBAS SELEPAS BATAL PUASA DENGAN SENGAJA.
Sesiapa yang batal puasanya secara sengaja dilarang makan dan minum lagi atau melakukan apa juga
perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu.Ia dikira denda yang pertama baginya,
selain kewajipan menggantikannya kemudian.Keadaan ini disebut di dalam hadis; “Sesungguhnya sesiapa

yang makan (batal puasanya) hendaklah dia berpuasa baki waktu harinya itu.” (Riwayat Bukhari)
BERSAHUR PADA WAKTU TENGAH MALAM KERANA MALAS BANGUN PADA AKHIR MALAM.
Jelasnya individu yang melakukan amalan ini terhalang daripada mendapat keberkatan dan kelebihan

yang ditawarkan oleh Nabi S.A.W, malah bercanggah dengan sunnah baginda.
BERSAHUR DENGAN HANYA MAKAN DAN MINUM SAHAJA TANPA IBADAH LAIN.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam masa kini, waktu berkenaan pada hakikatnya antara waktu terbaik
untuk beristighfar dan menunaikan solat malam.Firman Allah S.W.T ketika memuji orang mukmin, ertinya;
“ Dan ketika waktu-waktu sahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar” (Az-Zariyyat:18)

TIDAK MENUNAIKAN SOLAT KETIKA BERPUASA.
Ia satu kesilapan maha besar.Memang benar solat bukannya syarat sah puasa.Namun, ia
menjadi rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman seseorang.Justeru, ponteng solat dengan

sengaja akan menyebabkan pahala puasa sesorang itu menjadi kurus kering pastinya.
TIDAK MENGUTAMAKAN SOLAT SUBUH BERJAMAAH SEBAGAIMANA TARAWIH.
Ini jelas satu kelompongan yang ada dalam masyarakat kita ketika berpuasa.Ramai yang lupa dan tidak
tahu kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjamaah

yang disebutkan Nabi S.A.W bagi orang yang mendirikannya secara
berjamaah, maka beroleh pahala menghidupkan malam.
BERMALASAN DAN TIDAK PRODUKTIF DALAM BEKERJA.

Malas dan tidak produktif dalam urusan kerja dengan alasan berpuasa, sedangkan kerja-kerja yang
dilakukan di pejabat dengan niat ibadat pasti menambah lagi pahala.Justeru, umat Islam sewajarnya

mengaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya pada Ramadan.
MEMPERBANYAKKAN TIDUR DI SIANG HARI DENGAN ALASAN IA IBADAT.
Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadis yang menyebut mengenai tidur orang berpuasa

itu adalah ibadah adalah lemah.
MENGANGGAP WAKTU IMSAK SEBAGAI ‘LAMPU MERAH’
Waktu sebenarnya tidak lain hanya ‘lampu amaran oren’ yang dicadangkan oleh beberapa ulama demi
mengingatkan bahawa waktu sahur hamper tamat.Ia bukan waktu tamat untuk makan sahur, tetapi
waktu amaran sahaja.Lalu, jangan ada yang memeberi alasan lewat bangun dan sudah masuk waktu
imsak lalu tidan dapat berpuasa pada hari itu.Waktu yang disepakati ulama sebagai penamat waktu sahur

adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh).

MUTIARA KATA
Tidak ada pelajar yang memperoleh pengetahuan ataupun mendapat faedah daripada

pengetahuan yang diperolehnya melainkan dia menghormati pengetahuan dan
orang-orang yang mempunyai pengetahuan.-Al-Zarnuji


Click to View FlipBook Version