PAKAIAN SERAGAM BSMM
TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI
TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI
PERLANTIKAN JAWATANKUASA UNIT Terdapat pelbagai persatuan yang telah ditubuhkan di Malaysia. Setiap dari persatuan tersebut mempunyai cara penubuhan yang berbeza kerana terikat dengan perlembagaan. Terdapat dua cara perlantikan jawatankuasa bagi sesuatu persatuan iaitu: 1.Mesyuarat agong = Semua ahli mempunyai hak untuk mencalonkan, memilih dan melantik sesiapa sahaja di kalangan ahli sebagai ahli jawatankuasa. Antara jawatan yang dipertandingkan ialah Pengerusi, Naib pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli jawatankuasa kerja. Selalunya, pemilihan adalah dengan mengangkat tangan atau undian dalam kertas secara rahsia 1.Pelantikan oleh penasihat = Perlantikan dilakukan melalui perbincangan dengan ahli atau ujian tertentu terutamanya untuk pasukan unit beruniform. Ini berbeza kerana perlantikan melalui nasihat akan mengikut kebolehan seseorang ahli yang tertinggi berbanding dengan ahli yang lain. Selain itu, carta organisasi untuk perlantikan melalui penasihat juga berbeza dari perlantikan yang dilakukan menerusi mesyuarat agong.
PERLANTIKAN JAWATANKUASA UNIT Biasanya, jawatankuasa akan dibentuk mengikut carta organisasi seperti berikut:
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA Persatuan di institusi pendidikan mempunyai pensyarah atau guru penasihat. Guru penasihat peranannya memberi panduan, nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan. Kadangkala beliau bertindak sebagai jurulatih. Penasihat Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan. Pengerusi Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankusa Kerja atau Mesyuarat Agong. 1. 2. Mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja. 3. Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan 4.Membuat kertas kerja dan berbincang dengan pentadbir Naib pengerusi 1.Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir persatuan. Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi apabila ketiadaan pengerusi. • 2. 3.Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan Setiausaha 1. Menyimpan pendaftaran ahli. Membuat urusan surat – menyurat dengan pihak luar, pentadbir institusi pendidikan atau ahli persatuan. • 2. Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis mesyuarat. 3. Berkerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. 4.
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA Penolong setiausaha Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya 1. 2.Menjalankan tugas setiausaha ketika ketiadaan setiausaha 3.Menjalankan tugas yang diarah penasihat dari semasa ke semasa Bendahari 1.Menyimpan rekod dan stok harta persatuan. 2. Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli. 3.Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. 4.Menyimpan dan menyiapkan penyata kira – kira persatuan. Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan persatuan. 5. Penolong Bendahari Bekerjasama dengan bendahari dalam pengurusan kewangan persatuan. 1. Membantu melaksanakan tugas-tugas bendahari ketika ketiadaan bendahari. 2. Ketua Patrol atau Ketua Biro Mengetuai satu kumpulan kecil ahli bagi melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan. 1. Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan. 2.
CARTA ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
CARTA ORGANISASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) IPGKTHO
PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG Struktur Organisasi : Tetapkan struktur organisasi yang jelas dan hierarki yang membantu dalam pengambilan keputusan dan pelaksanaan tugas. Tentukan tugas dan tanggungjawab setiap unit atau jabatan dalam badan beruniform. Pengurusan Sumber Manusia : Rekrut anggota dengan kriteria yang sesuai dengan misi dan nilainilai BSMM. Sediakan latihan dan pembangunan bagi anggota untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Tetapkan prosedur pengurusan prestasi untuk menilai dan memberi ganjaran kepada anggota yang berprestasi. Rancang bajet tahunan yang mencukupi untuk memastikan kelangsungan operasi dan aktiviti badan. Pantau dan laporan kewangan secara berkala untuk memastikan penggunaan dana yang berkesan. Komunikasi dan Koordinasi : Tetapkan saluran komunikasi yang efektif di antara semua peringkat dalam organisasi. Adakan mesyuarat berkala untuk membincangkan isu-isu semasa dan merancang strategi masa depan. Logistik dan Pengurusan Stok : Pastikan persediaan peralatan dan bekalan mencukupi untuk menyokong aktiviti-aktiviti kecemasan atau bantuan kemanusiaan. Rancang sistem pengurusan stok yang efisien untuk mengelakkan kekurangan atau pembaziran.
PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG Pengurusan Risiko : Kenal pasti dan nilai risiko yang mungkin dihadapi oleh badan beruniform. Rancang strategi untuk mengurangkan dan mengurus risiko tersebut. Pemantauan dan Penilaian Prestasi : Pantau pelaksanaan program dan projek secara berkala. Lakukan penilaian prestasi badan beruniform untuk menilai keberkesanan dan mencadangkan perbaikan. Kerjasama dengan Pihak Luar : Bangunkan hubungan yang baik dengan pihak kerajaan, masyarakat awam dan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan kerjasama dan sokongan Teknologi dan Sistem Maklumat : Gunakan teknologi dan sistem maklumat untuk menyokong pengurusan di pemantauan aktiviti, dan pelaporan.
4.2 SEJARAH PENDIDIKAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH
PENGENALAN Pergerakan Antarabangsa Palang Merah atau Bulan Sabit Merah merupakan sebuah gerakan kemanusiaan untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Gerakan atau pertubuhan ini juga merupakan satu organisasi antarabangsa dan merupakan organisasi persendirian yang tiada kawalan atau ikatan dengan mana-mana kerajaan. Gerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah merupakan gerakan yang istimewa kerana merupakan satusatunya pertubuhan persendirian yang tugasnya ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.
IKRAR BSMM Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Berikrar, Taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka BagindaYang DiPertuan Agong dan Pemerintah-pemerintah Di negeri kami, Berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara Bahawa kami berikrar, akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan dan Undang-undang Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan undang-undang yang lain dan arahan walaupun di mana jua kami berada Bahawa kami berikrar, akan sentiasa memberikankhidmat sukarela
IKRAR BSMM Bahawa kami berikrar, akan sentiasa memberikankhidmat sukarela kami, kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman dan bencana, berdasarkan kepada prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia seperti KEMANUSIAAN KESAKSAMAAN BERKECUALI KEBEBASAN KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KESEJAGATAN
SEJARAH PENUBUHAN BSMM DI MALAYSIA 1948- Palang Merah British di Bornea Utara 1950- Palang Merah di British Pulau Pinang 1957- Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu 1963- Persatuan Palang Sabit Merah Malaysia Pengiktirafan oleh Jawatankuasa Palang Merah Merah Antrabangsa (ICRC) 1965- Akta Penubuhan 1965 (540/1965) 1975- Penukaran Nama Kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1995- Kajian semula : Law of Malaysia Act 540
SEJARAH PENUBUHAN BSMM DI MALAYSIA Pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963 Pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Malaysia bermula di Pulau Pinang dan kemudian negeri-negeri lain. Semenanjung Tanah Melayu dipanggil Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu Malaysia ditukar nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Malaysia.
7 PRINSIP ASAS BSMM 1. KESAKSAMAAN (Impartiality) -Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau pun fahaman politik dalam kegiatannya. -Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan. 2.KEBERKECUALIAN (Neutrality) -Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan. -Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi. 3. KEBEBASAN (Independence) -Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam.
4. KHIDMAT SUKARELA (Voluntary Service) -Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan. 5. KETUNGGALAN (Unity) -Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah negara. - Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak - Aktivitinya meliputi seluruh negara. 6. KESEJAGATAN (Universality) - Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia. - Mempunyai tanggungjawab bersama. - Saling bantu membantu di antara satu dengan lain antara negara. 7.KEMANUSIAAN (Humanity) -Memberikan pertolongan tanpa diskrimnasi kepada mereka yang tercedera di medan peperangan. -Mencegah dan meredakan kesengsaraan.
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT ANTARABANGSA
UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA Undang-undang Kemanusian Antarabangsa (UUKA) adalah peraturan yang, atas dasar kemanusiaan, menentukan batasan untuk menghadkan kesan-kesan konflik bersenjata. la melindungi mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam peperangan, dan menghadkan cara dan kaedah peperangan. UUKA adalah sebahagian daripada undang-undang antarabangsa awam. Peraturan UUKA ini terkandung dalam perjanjian atau konvensyen dan juga sebahagian daripada undangundang lazim yang diterima pakai oleh semua negara. UUKA tidak menentukan sama ada sesebuah negara boleh menggunakan kekerasan atau tidak. Ini ditentukan oleh Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan undangundang lain yang menjadi kebiasaan dalam undangundang antarabangsa awam. Tetapi, sebaik sahaja sesebuah konflik bersenjata tercetus, UUKA akan diguna pakai. UUKA berusaha untuk menetapkan cara dan kaedah peperangan dalam kedua-dua jenis konflik bersenjata - konflik antarabangsa dan juga konflik bukan antarabangsa.
PEMBANGUNAN KONVESYEN-KONVESYEN GENEVA -Konvensyen Geneva ditandatangani pada 1949 sebagai rundingan berakhirnya Perang Dunia Kedua 1939-1945, bertujuan mengemas kini terma Perjanjian 1929. -Konvensyen Geneva memperjelas hak asas pihak yang terlibat dalam peperangan melibatkan tentera dan orang awam. -Dalam konvensyen ini termaktub perlindungan terhadap mereka yang cedera dan sakit serta mewujudkan perlindungan ke atas orang awam yang berada dalam persekitaran perang.
PEMBANGUNAN KONVESYEN-KONVESYEN GENEVA -Perjanjian 1949 diratifikasi oleh 196 negara; mengandungi empat perjanjian dan tiga protokol tambahan, lantaran menghasilkan piawaian undang-undang antarabangsa berkaitan layanan kemanusiaan semasa tercetus perang. Geneva sedia ada (empat) Konvensyen, termasuk 12 Ogos 1949 di Geneva membuat kesimpulan lagi empat undang-undang asas kemanusiaan antarabangsa, seperti yang ditetapkan dalam undang-undang antarabangsa untuk standard kemanusiaan. Mereka terutamanya yang berkaitan kepada mangsamangsa perang, rawatan tawanan perang dan orang awam di masa perang.
4 KONVESYEN 1) Konvensyen Geneva Pertama (1864) dan Kedua (1899). ● Anggota tentera yang cedera dan sakit (yang tidak lagi bersenjata) tidak boleh diserang. Mereka hendaklah dilayan dengan baik. Jika ditawan, mereka hendaklah dijaga dengan baik seperti pihak musuh menjaga anggota mereka sendiri yang cedera. ● Pihak-pihak yang bersengketa hendaklah mengambil tindakan seberapa daya yang boleh mencari dan mengumpul mereka yang cedera dan sakit seberapa segera, dan melindungi mereka daripada dianiaya. ●Jika boleh, mereka yang mati hendaklah dikumpul dan dikebumikan atau dibakar dengan penuh penghormatan. Butir-butir díri mereka hendaklah diberi kepada agensi-agensi yang berkenaan supaya saudara mara mereka boleh dihubungi. Barang kepunyaan mereka tidak boleh dicuri.
4 KONVESYEN ● Anggota-anggota perubatan sama ada berkhidmat dengan tentera Palang Merah, atau mana-mana organisasi bantuan yang lain, tidak dianggap sebagai kombatan. Mereka tidak boleh diserang. Mereka dibenarkan merawat orang-orang yang sakit atau cedera tanpa gangguan. ● Pasukan tentera boleh menahan anggota perubatan tentera dan guru agama tentera supaya mereka boleh digunakan untuk memberi rawatan perubatan atau keperluan agama tawanan perang. Mereka tidak dianggap sebagai tawan perang, dan hendaklah dibebaskan bila khidmat mereka tidak diperlukan lagi. ● Semua bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital hendaklah menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya dikenalpasti. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada menjalankan operasi mereka. ● Salah guna lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah salah dari segi undang-undang.
4 KONVESYEN 1)Konvensyen Geneva Ketiga (1929) ● Semua tawanan hendaklah memberi nama, pangkat, tarikh lahir dan nombor pengenalan. Maklumat ini hendaklah dihantar kepada kuasakuasa yang berkenaan supaya mereka dapat dikesan oleh kerajaan mereka. ● Tawanan perang tidak boleh diseksa untuk mendapatkan maklumat. Mereka tidak boleh diancam (seperti mengurung, tidak diberi makanan untuk mendapatkan maklumat. ● Tawanan perang hendaklah sentiasa diberi layanan yang baik. Mereka tidak boleh didera atau digunakan dalam eskperimen perubatan atau sains. ● Tawanan perang tidak boleh dihantar atau ditempatkan dalam kawasan yang terdedah kepada pertempuran. Keadaan hidup mereka (seperti makanan, perlindungan, pakaian) hendaklah sama baiknya dengan anggotaanggota tentera pihak musuh.
4 KONVESYEN ● Pakaian, makanan dan peraturan kesihatan hendaklah baik supaya tawan peang berada dalam keadaan yang selesa. ● Tawanan perang yang sihat boleh ditugaskan membuat kerja yang ringan dan tidak merbahaya serta tidak mempunyai tujuan ketenteraan. Mereka hendaklah dibayar dengan bayaran yang berpatutan. ● Tawanan perang hendaklah dibenar membuat aduan mengenai keadaan hidup mereka atau halhal lain kepada wakil ICRC. Ini hendaklah dilakukan tanpa saksi, dan oleh seorang wakil yang dipilih oleh tawanan-tawanan perang. ● Tawanan perang yang tidak berdaya, sakit tenat atau sakit jiwa hendaklah dihantar pulang. ● Tawanan perang hendaklah dihantar pulang selepas tamat peperangan.
4 KONVESYEN 1) Konvensyen Geneva Keempat (1949) ●Mereka yang cedera, tua, kanak-kanak dan ibu mengandung hendaklah seboleh- bolehnya dipindahkan daripada kawasan pertempuran. ● Rumah sakit awam dan anggota-anggota rumah sakit hendaklah dilindungi daripada serangan dan dibenarkan menjalankan tugas mereka tanpa gangguan. ● Laluan bebas hendaklah diberi kepada peralatan dan bekalan perubatan dan juga keperluan bagi tujuan keagamaan. ● Tindakan harus diambil oleh pihak- pihak bermusuhan untuk menentukan bahawa kanakkanak yatim berusia 15 tahun ke bawah atau mereka yang terpisah dengan keluarga akibat peperangan diberi makanan, pakaian, tempat tinggal dan pelajaran.
4 KONVESYEN ● Orang-orang awam mestilah diberi layanan yang baik. Mereka berhak dihormati mengenai agama, adat, kepercayaan mereka. Wanita tidak boleh dirogol, diserang atau dipaksa menjadi pelacur. ● Dilarang menggunakan paksaan terhadap orang-orang awam untuk mendapat maklumat. ●Mencuri harta awam atau mengambil tebusan adalah dilarang. ● Orang-orang awam yang membuat kesalahan hendaklah dibicarakan oleh mahkamah undangundang (awam).
PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN Protokol Tambahan I -Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa (8 Jun 1977) -Skop perlindungan diluaskan kepada orang awam dan menghadkan kaedah serta cara peperangan. Protokol Tambahan II -Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa (8 Jun 1977). -Mengandungi jaminan asas bagi individu yang tidak mengambil bahagian dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyediakan peraturan berkaitan dengan perlindungan terhadap orang awam dan objek serta kelengkapan penting untuk menjamin keselamatan mereka seterusnya.
PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN Protokol Tambahan III -Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan penggunaan lambang tambahan (8 Disember 2005). -Mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang mana tarafnya adalah sama dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
TANGGUNGJAWAB NEGARA-NEGARA Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia juga bergerak aktif dalam membantu persatuan kebangsaan yang lain terutamanya ketika berlaku bencana besar sejak dari 1970an hingga kini dan diantara bantuan kemanusiaan terbesar yang pernah dihulurkan oleh PBSMM adalah pada 2004 ketika tragedi Gempa dan Tsunami di Banda Aceh dimana PBSMM telah menghantar bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia dan juga para petugas sukarelawan dari pelbagai kemahiran dan latar belakang seperti perubatan, logistik, mencari dan menyelamat. Selain itu, PBSMM juga turut menghantar pasukan respons dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di:
TANGGUNGJAWAB NEGARA-NEGARA 1.Gempa bumi Pakistan 2005 2.Banjir Lumpur Leyte, Filipina 2006 3.Taufan Milenyo (Durian) Filipina 2007 4.Taufan Nargis, Myanmar 2008 5.Gempa bumi Padang 2009 6.Taufan Feng Shen (Frank) Filipina 2009 7.Taufan Feng Shen (Frank) Vietnam 2009 8.Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin 2010 9.Banjir Besar Sind Pakistan 2010 10.Gempa Bumi Tohoku, Jepun 2011 11.Taufan Yolanda, Filipina 2013 12.Gempa bumi Nepal 2015 Gempa bumi Kota Palu, Sulawesi Tengah Indonesia 2018 13. Dalam masa aman Bulan Sabit Merah berlatih menyediakan diri untuk membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih berkesan lagi ketika berlakunya perang atau kecemasan disamping terlibat dalam aktiviti-aktiviti untuk meringankan penderitaan manusia.
KONVENSYEN - KONVENSYEN HAGUE IstIlah "Konvensyen Hague " menerangkan perjanjian dan pengisytharan yang diterima pakal di The Hague dan yang mengandungi peraturan yang mengawal selia peperangan. Ini termasuk sin perjanjian dan pengisytiharan antarabangsa yang diterima pakai pada dua persidangan keamanan antarabangsa pada 1890 dan 1907 dan Konvensyen Hague 1954 mengenal Perlindungan Harta Budaya sekiranya berlaku konflik bersenjata. Peraturan yang terhasil daripada Konvensyen ini - Undang-undang The Hague - mengawal penggunaan cara dan kaedah peperangan, kelakuan permusuhan dan pendudukan, bertentangan dengan Undang-undang Geneva - yang terutama mengawal perlindungan mangsa perang.
OBJEKTIF HAGUE ●Perbincangan berkaitan Undang-undang Antarabangsa ●Perlindungan kepada objek-objek balai seni dan tugu peringatan ●Perlindungan mangsa-mangsa perang dari senjata ●Tandatangani persetujuan dan persefahaman perjanjian antarabangsa 2 KONVENSYEN HAGUE 1. Persidangan Keamanan Pertama 1899 - Terdapat 4 bahagian perjanjian dan 3 sumpahan persefahaman ditandatangani 2. Persidangan Kedua mengenai peperangan laut dan darat pada 1907 - Kebanyakan kandungan Persidangan 1899 digantikan dengan undang-undang lebih lengkap 1907
4 BAHAGIAN PERJANJIAN HAGUE 1. Hal-hal antarabangsa yang menjadi isu-isu pertikaian di Benua Pasifik 2. Undang-undang dan amalan kebiasaan berkenaan dengan peperangan darat 3. Penambahan syarat peperangan di lautan kepada Prinsip Konvensyen Geneva pada tahun 1864 4. Melarang penggunaan bom yang dipancar dan mengebom di udara HAGUE 1 ●Pacific Settlement of International Disputes ●Ditandatangani pada 29 Julai 1899 ●Dikuatkuasa pada 4 september 1900 ●Bertujuan mengekalkan keamanan antara negara ●Jika terdapat pertelingkahan hendaklah ditandatangani secara rundingan sebelum mengangkat senjata ●Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa bertindak sebagai badan pengaman perlu dirujuk jika sesuatu konflik tidak dapat diselesaikan secara diplomasi
HAGUE 2 ●Ditandangani pada 29 Julai 1899 ●Dikuatkuasa pada 4 September 1900 ●Diilhamkan semasa persidangan Brussels 1874 ●Pihak yang bertelagah perlu menghormati undang-undang dan cara-cara peperangan darat ●Undang-undang, hak dan tugas peperanagn perlu dipatuhi oleh semua pihak ●Sekiranya mereka ditawan, mereka berhak dilayan sebagai tahanan perang HAGUE 3 ●Undang-undang peperangan adalah adaptasi peperangan maritim (22 Ogos 1864) ●Prinsip Konvensyen Geneva: Penyesuaian peperangan di laut ●Kemudahan perubatan (hospital kapal tentera) -Kapal tersebut tidak boleh digunakan dalam tujuan peperangan - Dicat dengan warna putih dengan garisan melintang bewarna merah
HAGUE 4 ●Antara persetujuan-persetujuan adalah -Contracting Power telah bersetuju untuk menyekat pembebasan gas beracun -Kewujudan deklarasi tersebut terikat kepada Contracting Power dalam kes peperangan antara dua atau lebih pihak yang terlibat -Deklarasi harus disahkan segera dan pengesahan seharusnya dimulakan di Hague dengan cara menulis notis kepada Kerajaan Netherland.
3 SUMPAHAN PERSEFAHAMAN 1.Berkenaan pelancaran bom udara Berkenaan penggunaan objek akan menyebarkan gas racun melalui udara yang akan membunuh manusia 2. Berkenaan penggunaan peluru yang senang mengembang dan mengalahkan di dalam tubuh manusia 3.
BAB DALAM PERJANJIAN Terdapat 4 bab utama dalam Konvensyen Hague : ●Kawalan ○Director-general of the United Nations Educational, Scientific and CulturalOrganization mempunyai kuasa dalammemastikan bahawa objek-objek dan warisan sesebuah negara yang berlaku konflik adalh terpelihara ●Perlindungan Istimewa ○International Register of Cultural Property under Special Protection ○Sesebuah negara berhak mendaftarkan barangan, objek yang dianggap bernilai dalam masa 30 hari ketika tercetusnya konflik ●Pengangkutan ○United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization akan menyediakan pengangkutan untuk membawa keluar barangan tersebut ke tempat yang lebih selamat
●Lambang kenderaan ○Kenderaan yang membawa barangan ini mestilah melekatkan lambang ini. ○Pihak yang terbabit dalam konflik tidak boleh memusnahkan, merosakkan atau merampas kenderaan tersebut ○Sehingga kini, konvensyen Hague masih lagi digunakan untuk melindungi sesetengah hak barangan untuk kepentingan sejagat.
PENGGUNAAN LAMBANG BULAN SABIT MERAH ●Semasa peperangan ○Sebagai pelindung daripada diserang ○Bersaiz besar dan bersesuaian pada tempat yang digunakan supaya senang diperhatikan dari jauh ○Ia mesti dipasang di tempat yang jelas dilihat dari jauh supaya anggota BSM tidak diserang semasa peperangan ●Semasa keamanan ○Sebagai pengenalan – dikenali pasukan yang bertugas seperti semasa sukan, perhimpunan awam dan sebagainya ○Bersaiz kecil ○Digunakan supaya tidak menimbulkan kekeliruan dengan lambang yang digunakan sebagai pelindung
PENGENALAN/INDIKATIF & PERLINDUNGAN DENGAN PENGGUNAAN LAMBANG DAN SIGNIFIKANNYA ●Peruntukan dalam Konvensyen Geneva 1949 dan Protokol Tambahan menentukan bahawa Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Kristal Merah adalah simbol yang dilindungi oleh undangundang antarabangsa. Peruntukan ini mendefinisikan individu dan perkhidmatan yang berhak menggunakan lambang-lambang tersebut. Penggunaannya adalah dikawal pada setiap masa, waktu aman dan juga ketika konflik bersenjata. Setiap penggunaan lambang tanpa kebenaran adalah dilarang. ●Secara amnya, penggunaan lambang dibenarkan bagi melindungi pasukan perubatan angkatan tentera dan ketika waktu perang, termasuk juga hospital awam. la juga digunakan oleh Persatuan-persatuan Kebangsaan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, Persekutuan Antarabangsa dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).
LANGKAH-LANGKAH DOMESTIK UNTUK MENGAWAL PENGGUNAAN DAN MENGHALANG PENYALAHGUNAAN LAMBANG Tanggungjawab untuk memberi hak penggunaan Palang Merah, Bulan Sabit Merah atau Kristal Merah terletak dalam polisi negara, yang harus selaras dengan terma-terma Konvensyen dan Protokol Untuk memastikan pengawalan penggunaan emblem secara efektif, setiap negara harus mengamalkan langkah-langkah penguatkuasaan seperti berikut: ●Pengenalpastian dan definisi lambang untuk tujuan pengenalan dan perlindungan ●Hak negara untuk mengawal penggunaan lambang ●Entiti-entiti yang diberi kebenaran untuk menggunakan lambang kebenaran penggunaan lambang.