The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA PENTAKSIRAN BERTERUSAN PENGHASILAN PRODUK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by harithjnal10, 2023-06-27 21:07:36

ISU KESANTUNAN BERBAHASA DALAM MEDIA SOSIAL

BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA PENTAKSIRAN BERTERUSAN PENGHASILAN PRODUK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 3 PENTAKSIRAN BERTERUSAN TUGASAN 2 NAMA ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN NAMA KUMPULAN KOD DAN NAMA KURSUS NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR : MUHAMMAD HARITH FAHREZI BIN JAINALOFIDDIN : 2022042310033 : 041021130949 : PPISMP JUN 2022 BM SK 2 : BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA : PUAN HALIFAH BINTI AHMAD ENCIK IPOT ANAK ANGKI : 28 JUN 2023


BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA NAMA ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN NAMA KUMPULAN NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR : MUHAMMAD HARITH FAHREZI BIN JAINALOFIDDIN : 2022042310033 : 041021130949 : PPISMP JUN 2022 BM SK 2 : PUAN HALIFAH BINTI AHMAD ENCIK IPOT ANAK ANGKI : 28 JUN 2023 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG KUCHING, SARAWAK SEMESTER 3


SOALAN TUGASAN MEDIA SOSIAL MERUPAKAN MEDIUM YANG MEMBENARKAN MANUSIA UNTUK BERKOMUNIKASI ANTARA SATU SAMA LAIN DENGAN LEBIH CEPAT. TERDAPAT PELBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI YANG DIGUNAKAN OLEH MASYARAKAT PADA HARI INI TERMASUKLAH WHATSAPP, TWITTER, INSTAGRAM, FACEBOOK DAN LAIN-LAIN. MEDIA SOSIAL MESKIPUN BESIFAT LAMAN PERIBADI, NAMUN KITA TETAP MEMERLUKAN UNSUR-UNSUR KESOPANAN DAN KESANTUNAN KETIKA BERICARA ATAU BERKOMUNIKASI BERSAMA-SAMA KENALAN. ASPEK KOMUNIKASI BERKESAN MELALUI PENGGUNAAN BAHASA DAN ASPEK TATABAHASA SUPAYA MESEJ YANG DISAMPAIKAN MUDAH DIFAHAMI DAN TIDAK DISALAH ANGGAP (NAZARIYAH SANI, 2015) SECARA INDIVIDU ANDA DIKEHENDAKI MENCIPTA SATU E-BOOK YANG MEMBINCANGKAN ISU-ISU PENGGUNAAN BAHASA YANG KURANG SOPAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI MEDIA SOSIAL. BERIKAN JUSTIFIKASI DAN CADANGKAN CARA-CARA MENGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA INI AGAR MASYARAKAT KITA DIKENALI SEBAGAI MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI JATI DIRI YANG TINGGI. KPBB (IDEA UTAMA: MENERIMA KEPELBAGAIAN BUDAYA)


ISI KANDUNGAN PENGENALAN KESANTUNAN BERBAHASA ISU- ISU KESANTUNAN BERBAHASA FAKTOR ISU KESANTUNAN BERBAHASA CARA MENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA I) PERANAN IBU BAPA II) PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN III) PERANAN KERAJAAN IV) PERANAN MEDIA MASSA


PENGENALAN Awang Sarian (2015) Kesantunan berbahasa melambangkan ciri yang amat penting bagi bangsa yang bertamadun Asmah Haji Omar (1996) Kesantunan berbahasa definisikan sebagai penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran dan rasa tersinggung daripada para pendengar Ahmad Johari Moain (1996) Kesantunan berbahasa merupakan komunikasi sama ada melalui lisan ataupun tulisan yang mengandungi kesopanan dan kehalusan dalam penggunaannya Kesantunan bahasa secara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menujukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara kita


ISU-ISU KESANTUNAN BERBAHASA Penggunaan bahasa rojak Bahasa rojak merupakan bahasa campur kod dan alih kod (Asmah Haji Omar, 2007) Bahasa rojak adalah bahasa yang mempunyai unsur atau elemen asing yang digunakan dalam menyampaikan sesuatu maklumat Bahasa rojak kerap digunakan oleh masyarakat kita terutamanya generasi muda pada masa kini Bukti penggunaan bahasa rojak adalah seperti rajah berikut dimana penyampaian mesej dengan menggunakan bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris menyebabkan mesej yang disampaikan sukar untuk difahami oleh pembaca


BAHASA SLANGA ISU-ISU KESANTUNAN BERBAHASA Menurut Nik Safiah Karim (1981), bahasa slanga merupakan bahasa yang digunakan oleh satu kelompok dan hanya difahami oleh kelompok mereka sahaja Penggunaan bahasa slanga menyebabkan kecelaruan terhadap para pendengar menyebabkan mereka menyalahtafsir mesej yang disampaikan. Kebiasaannya bahasa slanga banyak dipengaruhi dengan suayu tempat di mana hanya kelompok di tempat tersebut yang memahami bahasa slanga mereka. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengekalkan ketulenan bahasa Melayu di mana bahasa Melayu adalah bahasa utama yang dijadikan sebagai bahasa pengantar tidak kira latar belakang masyarakat. Contoh penggunaan bahasa slanga adalah berdasarkan rajah tersebut di mana pengguna media sosial tersebut menggunakan perkataan "lu banyak langsi ma" merupakan bahasa slanga. Konteks ayat yang dibuat oleh pengguna tersebutini adalah membawa impak negatif keranan penggunaan bahasa yang kurang sopan dan tidak bermoral


Bahasa basahan adalah bahasa yang digunakan dalam percakapan hari-hari tanpa menenkankan tatabahasa yang hanya menitik beratkan kefahaman antara penutur dan pendengar ISU-ISU KESANTUNAN BERBAHASA B A H A S A B A S A H A N Penggunaan bahasa basahan digunakan oleh masyarakat dalam perbualan mereka seharian secara tidak formal. Kebiasaannya, bahasa basahan juga dikenali dengan bahasa pasar atau dialek dan longhat Isu ini menyebabkan masyarakat kita langsung tidak menjaga bahasa Melayu baku dengan baik. Kesannya, generasi akan datang tidak dapat mempraktikkan bahasa Melayu dengan betul. Contoh penggunaan bahasa basahan ini adalah seperti di dalam rajah berikut di mana dua orang pengguna media sosial yang saling berkomunikasi dengan menggunakan bahasa basahan yang berdialek Sabah. Penggunaan bahasa ini menyebabkan hanya mereka sahaja yang memahami antara satu sama lain.


BAHASA KASAR / KESAT (Kamus Dewan edisi ketiga, 2002) Bahasa kasar merupakan bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi secara lisan atau tulisan yang boleh menyakitkan hati orang lain apabila mendengar atau membacanya. ISU-ISU KESANTUNAN BERBAHASA Bahasa kasar sering diguna oleh generasi pada masa kini. Hal ini kerana mereka memandang enteng terhadap kesopanan dan kesantunan dalam berbicara. Terutamanya pada era yang serbah canggih pada masa kini di mana ia membuka peluang kepada mereka dengan pendedahan perkara yang negatif. Contoh penggunaan kata kasar adalah seperti di dalam rajah atas di mana dua remaja berkomunikasi melalui aplikasi Whatsapp memanggil antara satu sama lain nama panggilan yang tidak sopan dan kurang bermoral seperti "babi" atau "gilak" yang bererti "gila".


PENGGUNAAN PANGGILAN / GELARAN YANG TIDAK SESUAI ISU-ISU KESANTUNAN BERBAHASA Kata panggilan merupakan kata yang dituturkan untuk menegur atau menyapa seseorang. Dalam isu ini, masyarakat kita banyak menggunakan perkataan yang tidak sesuai dan kurang sopan dalam menyapa kenalan mereka. Penggunaan gelaran atau panggilan yang kurang sopan dan tidak sesuai boleh menyebabkan permasalahan di mana sesetengah pihak akan berasa kecil hati yang akan menimbulkan isu serta konflik. Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarakat majmuk, kita seharusnya menjaga hati orang lain bagi mengekalkan perpaduan. Pada masa kini, kebanyakan generasi muda tidak diterapkan dengan nilai perpaduan. Isu ini masih lagi berlaku yang menyebabkan rusuhan kaum. Masalah ini adalah berpunca daripada bahan yang negatif yang disebar melalui media sosial.


FAKTOR / JUSTIFIKASI ISU KESANTUNAN BERBAAHASA


MASYARAKAT Masyarakt pada masa kini kurang memberi perhatian trhadap penggunaan bahasa mereka dalam berkomunikasi secara lisan mahupun tulisan. Segelintir masyarakat juga lebih mengutamakan budaya luar daripada budaya sendiri kerana tidak ingin "ketinggalan zaman". Kebanyakan masyarakat juga tidak mempunyai rasa sentitif terhadap sifat perkauman menyebakan isu perkauman semakin berluasa PENGARUH MEDIA MASSA kemajuan teknologi yang dialami akan memudahkan generasi muda untuk mengakses maklumat. Kemajuan ini juga menyebabkan mereka terpengaruh dengan budaya luar yang membawa kepada impak negatif FAKTOR / JUSTIFIKASI ISU KESANTUNAN BERBAAHASA BUDAYA BARAT Pengaruh budaya barat kebiasaannnya terjadi melalui media sosial. Hal ini kerana media sosial mempunyai rangkaian yang besar ke seluruh dunia. Pengaruh ini menybabkan mereka tidak lagi mengenali erti kesopanan dan moral dalam aktiviti harian mereka. PENGARUH RAKAN SEBAYA Pengaruh rakayan sebaya sering terjadi di sekolah. Remaja masa kini sememangnya hanya mengikuti "trend" terkini tanpa memikirkan akibatnnya. Mereka berasa gembira dan dihargai apabila membuat sesuatu perkara yang boleh menjatuhkan maruah mereka sendiri. Sebagai contoh bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi antara rakan sebaya adalah tidak sopan dan boleh mendatangkan fitnah IBU BAPA ibu bapa yang terlalu menfokuskan kepada kerja mereka menyebabkan kurang pemantauan terhadap anak-anak mereka. Selain itu, segelintir ibu bapa menggunakan kata kesat atau bahasa kasar apabila berkomunikasi di depan anak mereka merupakan suatu punca kepada anak mreka tidak mempunyai kesantunan dalam berbahasa ketika berkomunikasi


CARA MENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA PERANAN IBU BAPA Ibu bapa seharusnya mendidik anak mereka dalam menggunakan bahasa secara sopan dan betul. Ibu bapa juga perlu membimbing anak mereka dalam menggunakan media sosial secara berhemah bagi menjaga perasaan mana-mana pihak ketika berkomunikasi dalam menggunakan media sosial PERANAN KERAJAAN Pihak kerajaan perlu menitik beratkan kesantunan berbahasa dalam penggunaan media sosial. Hal ini bagi mengelakkan isu dan konflik terjadi seperti isu perkauman. Peranan yang boleh diambil oleh kerajaan adalah seperti mengadakan kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Kerajaan juga perlu membuat undang-undang dan akta yang berkaitan dengan penggunaan media sosial INSTITUSI PENDIDIKAN Institusi pendidikan juga perlu memainkan peranan mereka dalam membentuk sahsiah diri pelajar. Di sekolah, guru-guru perlu menerapkan nilai murni kepada mereka dan pengajaran yang memfokuskan tentang penggunaan bahasa dalam media sosial. Dengan penekanan terhadap aspek kemahiran berbahasa, pelajar dapat berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang sopan seterusnya mengekalkan kesantunan dalam berbahasa MEDIA MASSA Media massa merupakan aspek yang paling penting dalam era teknologi pada masa kini. Hal ini kerana setiap generasi muda sekarang mempunyai telefon pintar masing-masing. Oleh itu, setiap perkara yang ada di dalam media massa dapat mempengaruhi gaya kehidupan mereka. Media masssa perlu lah dipenuhi dengan rancanganrancangan yang meliputi kesantunan berbahasa. Ini akan memberikan impak yang postif terhadap pemikiran mereka. Seterusnya syarakit penerbit perlulah aktif dalam menerbitkan buku-buku bahasa untuk mempraktikkan kesantunan berbahasa dalam diri generasi muda.


SEKIAN TERIMA KASIH


SENARAI RUJUKAN Dewan Tamadun Islam. (2022). Kesantunan Berbahasa dalam Media Sosial. https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/2022/05/26/2599/ Ainal Akmar Ahmad, Maizatul Yahya, Nasihah Hashim & Noor Aida Mahmor. (2016). Kesantunan Bahasa semasa Berkomunikasi di Laman Sosial. Proceeding of the International Conference on Government & Public Affair, 1-15. Hariyati Ariffin. (2019). Bahasa Kurang Sopan Ubah Cara Komunikasi Remaja Masa Kini. https://www.sinarharian.com.my/article/57798/khas/pendapat/bahasa-kurang-sopan-ubah-carakomunikasi-remaja-masa-kini Azura Halid. (2019). "Wa" , "Lu" , "kencing" , "Bro" dan Tersalah Emoticon: Cabaran Kesantunan dalam Media Sosial. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/wa-lu-kencing-bro-dan-tersalahemoticon-cabaran-kesantunan-dalam-media-sosial-197277 Mohd Norazizi Samsudin & Mardiah Shah Omar. (2022). Penggunaan Unsur Bahasa Negatif Terhadap Hantaran Isu 1MDB oleh Penggunan Facebook. Jurnal Pengajian Melayu, 33(1), 87-107.


SENARAI RUJUKAN St Mislikhah. (2020). Kesantunan berbahasa. Ar-Raniry. International Journal of Islamic Studies, 1(2), 285-296. Shafiee, H., Mahamood, A. F., Manaf, A. R. A., Yaakob, T. K. S. T., Ramli, A. J., Mokhdzar, Z. A., Jamaluddin, J., Bajuri, M., & Ali, M. E. M. (2019). Pengaruh Bahasa Rojak di Media Baharu Terhadap Bahasa Kebangsaan. International Journal of Law, Government, and Communication, 4(15), 141-153. 10.35631/ijlgc.4150015


Click to View FlipBook Version