The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-FOLIO CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG PENDIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sw, 2021-11-27 07:00:49

E-FOLIO CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG PENDIDIKAN

E-FOLIO CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG PENDIDIKAN

CABARAN-CABARAN
DALAM MEMBENTUK

MASYARAKAT
MALAYSIA TENTANG

PENDIDIKAN

Chong Siaw Wei Doreen Chung Zhi Ling Jong Shi Ru Sia Chin Phae
Pensyarah: Puan Zainab Mohamad Ahmad

① Objektif 1

② Pengenalan 2

③ Isi Huraian 3
4
Faktor-faktor Cabaran 5
● Pengaruh Media Sosial 6
● Rakan Sebaya 7
● Masalah Kemiskinan 8
● Menangani Isu Sosial 9
Kesan-kesan Cabaran 10
● Kemerosotan Pencapaian Akademik Pelajar 11
● Pengaruh Positif Dan Negatif Rakan Sebaya 12
● Kekurangan Pendidikan 13
● Terlibat Dalam Gejala Sosial 14
Cara mengatasi Cabaran
● Melaksanakan Sistem Pembelajaran Yang Lebih Moden 15
16
Dan Ideal 17
● Bijak Memilih Rakan & Elakkan Berpasangan
● Memberi Bantuan 18
● Teladan Yang Baik

④ Rumusan

⑤ Rujukan 19

⑥ Carta Gantt 20

Memupuk Mampu menaik
semangat taraf hidup
persaingan
yang tinggi setiap individu
di Malaysia
untuk yang
memperolehi
kejayaan yang berpendidikan.

baik.

Objektif

Menjamin masa Membentuk
depan generasi masyarakat
Malaysia yang
muda yang
cerah. berjaya
terutamanya
dalam aspek
pendidikan.

1

Pengenalan

Pada era globalisasi ini, pendidikan adalah nadi
pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem
pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan
perkembangan zaman, maka bolehlah dianggap bangsa atau
negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab
memartabatkan sesuatu bangsa atau negara. Peranan sistem
pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara.
Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan
wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem
pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik
yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan
amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar
dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.

Selanjutnya dunia era globalisasi kini memperlihatkan
perkembangan ilmu yang sangat pantas. Kemajuan dalam
teknologi maklumat member kesan secara langsung atau
tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan.
Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut
membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem
pendidikan kita.Sistem pendidikan akan berubah sejajar
dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik
Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka
dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan
tersingkir. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan
dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu
berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada
pembangunan bangsa dan negara.

2

Faktor-faktor Cabaran

3

Pengaruh
Media Sosial

Pada era globalisasi yang serba canggih kini,
masyarakat cenderung terhadap penggunaan media sosial
untuk berhubung, menjalankan perniagaan, dan menuntut
ilmu. Hal ini menjadi salah satu faktor dalam membentuk
masyarakat. Media sosial boleh memberi kesan yang baik
atau buruk berdasarkan cara penggunaan individu tersebut.
Namun, media sosial disalahgunakan oleh masyarakat pada
masa kini hingga menyebabkan perpecahan dan perbalahan
berlaku sesama kaum. Selain itu, Kemunculan media sosial
yang terlalu meluas menyebabkan remaja mudah terdedah
kepada pelbagai maklumat. Kebanyakan maklumat yang
mudah didapati di media sosial tidak sesuai untuk diketahui
oleh remaja yang masih di bawah umur. Contohnya, masalah
sosial seperti pergaulan bebas dalam kalangan remaja adalah
berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa sempadan
yang terdapat dalam media sosial. Sebagai golongan yang
masih belum mampu untuk menapis maklumat secara
rasional, remaja akan terpengaruh dengan melibatkan diri
dalam gejala sosial.

4

Rakan Sebaya

Selepas itu, rakan sebaya juga menyumbang kepada
pembentukan masyarakat malaysia tentang
pendidikan. Rakan sebaya dapat mempengaruhi
tingkah laku remaja. Contohnya, rakan sebaya yang
mempengaruhi rakan yang lain kerana usia yang
hampir sama membolehkan kepercayaan
diperolehi dengan mudah. Rakan sebaya juga yang
saling berkongsi masalah yang sama menyebabkan
remaja merasa rakan adalah orang yang paling
memahami dirinya dan sering memberi jalan
penyelesaian terhadap masalah tersebut. Sesetengah
remaja juga sanggup melakukan gejala sosial kerana
ingin diterima oleh rakan-rakan yang lain. Mereka
juga ingin dikatakan mudah mengikut arus
perubahan yang telah ditunjukkan oleh rakan-
rakan.

5

MASALAH KEMISKINAN

Kemiskinan yang bukan lagi menjadi masalah baru
yang melanda di negara kita. Memang tidak dapat
dinafikan bahwa isu kemiskinan menjadi salah satufaktor
utama yang menyebabkan berlakunya jurang pedidikan di
negara kita. Walaupun kerajaan telah mengambil insiatif
dalam membendung perkara ini namun ia masih
membelenggu masyarakat kita pada hari ini. Ia memberi
masalah kepada jurang pendidikan di mana kebanyakan
tempat tinggal penduduk luar bandar adalah terletak di
kawasan pedalaman. Jarak antara tempat tinggal mereka
dan sekolah biasanya sangat jauh.Keadaan ini telah
menyusahkan pelajar untuk pergi ke sekolah. Hal ini dapat
dibuktikandengan pelajar di Kampung Marudi, Sarawak
yang perlu menaiki bot dan berjalan kaki kesekolah.
Kekurangan kemudahan pengangkutan akibat kemiskinan
menyusahkan pelajar untuk menuntut ilmu. Kelengkapan
sekolah juga mereka dalam serba kekurangan dan
menyebabkan mereka belajar dalam keadaan yang kurang
kondusif dan akan meberi kesan kepada pembelajaran
mereka. Jadi jurang pendidikan akan terus menjadi serius.
Secara tuntas, kemiskinan telah mengundang masalah
jurang pendidikan. Ramai anak bangsa telah menjadi
mangsa dalam isu kemiskinan dan terabai daripada
pendidikan.

6

MENANGANI ISU SOSIAL

Dewasa ini, isu sosial menjadi buah mulut warga
Negara Malaysia. Kita sering disajikan dengan pelbagai isu
sosial remaja yang rata-rata terdiri dari mereka yang
menghuni institusi pendidikan terutama sekolah. Terlalu
banyak isu sosial yang kita dengar, antara kes masalah sosial
seperti buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar
sekolah, isu ponteng sekolah, merokok, dadah, minuman
keras dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam
daging kepada sektor pendidikan , yang seterusnya boleh
menghalang perkembangan pendidikan secara positif.
Banyak masa, wang dan tenaga digembleng untuk
menaganinya. Dari hari kesehari ia membiak bak kudis
buta yang tiada berkesudahan pada dunia pendidikan.
Andai ia tidak ditangani oleh semua pihak dengan bijak , isu
ini boleh menyebabkan keruntuhan sistem pendidikan kita
pada hari ini.

7

Kesan-kesan Cabaran

8

Kemerosotan Pencapaian
Akademik Pelajar

Penggunaan media Apabila berlangsungnya
sosial menyebabkan golongan sesuatu peperiksaan
remaja menjadi lalai dalam markah yang diperolehi
melakukan sesuatu tugasan. merosot dari
Kepelbagaian aplikasi yang peperiksaan sebelum
menarik seperti permainan ini menyebabkan
yang terdapat dalam laman mereka tercari-cari
sosial mampu menarik minat kesilapan yang telah
pengguna laman sosial tersebut. dilakukan untuk
Hal ini menyebabkan pengguna diperbetulkan.
akan berasa seronok sehingga Golongan pelajar yang
leka dan lalai untuk menjadi tunjang
menyempurnakan urusan kecemerlangan negara
mereka. Tambahan pula, tidak dapat dilahirkan
penggunaan laman sosial juga ekoran penggunaannya
memberikan kesan kepada yang melalaikan
prestasi pelajaran dalam masyarakat. Oleh itu,
kalangan remaja. Hal ini akan penggunaan laman
menyebabkan mereka menyebabkan
mengabaikan pelajaran kerana seseorang itu membazir
tiada masa yang diperuntuk masa.
untuk mengulang kaji pelajaran.

9

Pengaruh Positif Dan
Negatif Rakan Sebaya

Rakan Sebaya boleh memberi pengaruh yang positif
atau kebaikan antara satu sama lain dan kadang kala
boleh mempengaruhi dalam bentuk yang negatif
atau kejahatan. Rakan Sebaya yang terdiri daripada
pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam
aktiviti-aktiviti yang lebih memberi kesan positif
kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam
aktiviti kokurikulum & aktiviti meningkatkan
kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada
kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan
memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang
lain.

Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi
rakan sebaya yang lain untuk bertingkah laku
bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-
norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam
di kalangan pelajar sejak kanak-kanak lagi mungkin
tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap
pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan
tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya.
Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya
adalah satu kemahiran penting yang perlu
diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh
berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.

Rakan Sebaya bukan sahaja mempengaruhi
seseorang individu secara negatif' melalui
pujukan dan paksaan tetapi juga secara positif
dengan memberi khidmat, sokongan dan
peluang untuk membincangkan pandangan-
pandangan yang bertentangan. Pengaruh kuat
rakan sebaya boleh
digunakan scacara konstruktif untuk
membentuk tingkah laku yang positif di
kalangan mereka.

10

KEKURANGAN PENDIDIKAN

Pelajar daripada golongan miskin berisiko tidak
mampu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Kesempitan wang menyebabkan ramai tidak mampu
meneruskan cita-cita untuk ke menara gading.
Kebanyakkannya mengambil keputusan untuk tidak
meneruskan pengajian ke universiti malah memilih untuk
bekerja membantu keluarga.
Mereka sedar, menyambung pelajaran akan memerlukan
wang yang banyak. Mereka terpaksa melupakan segulung
ijazah demi membantu keluarga menampung kehidupan.
Berbeza dengan pelajar daripada golongan kaya, mereka
mampu meneruskan pelajaran tanpa perlu risau beban
kewangan yang terpaksa ditanggung keluarga.

Segelintir pelajar daripada golongan miskin pula
terpaksa memgambil keputusan untuk berhenti belajar.
Mereka berfikir bahawa kos pendidikan akan
membebankan keluarga. Mereka memilih untuk bekerja
untuk membantu ekonomi keluarga. Meskipun tidak
mempunyai kelulusan tinggi namun wang adalah yang
utama bagi meneruskan kehidupan.

11

Terlibat dalam gejala sosial

Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing. Gejala
sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang
melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini
bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan
dewasa malahan kanak-kanak juga turut telibat dalam
masalah.

Majoriti remaja memilih untuk
mencuba hal yang baru untuk
menghibur diri mereka
dengan hal yang tidak
berfaedah seperti:
1. Ponteng sekolah
2. Merokok
3. Meminum minuman keras
4. Mengambil ubat-ubat

terlarang iaitu dadah
5. Lumba haram
6. Menjalin hubungan yang

terlarang sebelum
berkahwin

12

Cara mengatasi Cabaran

13

Melaksanakan sistem
pembelajaran yang lebih

moden dan ideal

Pihak sekolah bolehlah
melaksanakan sistem pembelajaran
yang lebih moden dan ideal selaras
dengan perkembangan semasa.
Perkembangan sains dan teknologi
telah membantu guru dalam
menyampaikan ilmu serta
maklumat dengan mudah.

Penggunaan peralatan pembelajaran
moden dapat meningkatkan kualiti serta
kredibiliti seorang guru kepada murid-
murid seperti penggunaan projector,
smart tv dan komputer dalam kelas.
Murid-murid akan lebih berminat untuk
menimba ilmu serta memberi perhatian
semasa guru mengajar dalam kelas yang
serba lengkap.
Penerangan guru semasa sesi pengajaran
lebih jelas dan mudah difahami. Sistem
pembelajaran berupaya untuk menghidari
murid menjadi bosan serta mengantuk dan
tidak fokus. Selain itu, kewujudan aplikasi
dan laman web internet seperti kahoot dan
quizzs juga sangat membantu proses
pembelajaran.
Kesannya pencapaian akademik anak-anak dalam
kelas akan melonjak dalam semua matapelajaran jika
kerajaan memandang serius penggunaan sistem
sekolah yang moden. Oleh hal yang demikian kerajaan
haruslah menyediakan peralatan pembelajaran kepada
semua sekolah selaras dengan pembangunan negara.

14

Bijak Memilih Rakan &
Elakkan Berpasangan

Sesuai dengan sifat ingin tahu yang tinggi
serta gemar untuk berkawan, sudah tentulah
remaja akan mudah didampingi oleh ramai
rakan-rakan tanpa mengira peringkat usia.
Adalah penting bagi seorang remaja untuk
mendampingi rakan-rakan yang baik untuk
menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik.
Rakan yang baik akan mengajak remaja
untuk belajar bersungguh-sungguh supaya
berjaya dalam pelajaran, mendengar nasihat
ibu bapa serta menjadikan guru-guru
sebagai idola untuk maju dalam kehidupan.
Rakan yang tidak baik pula mendorong
remaja untuk mencuba perkara-perkara
yang negatif serta tidak mengendahkan
nasihat ibubapa dan guru-guru. Rakan yang
tidak baik juga akan memperkenalkan
remaja dengan orang lain tanpa arah tujuan
yang khusus serta sering mengajak
melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah.

Pada peringkat remaja, perkembangan fisiologi, emosi dan seksual
adalah seiring dan secara tidak langsung menyebabkan wujud
perasaan ingin berpasangan. Namun begitu, perlu difahami oleh
remaja bahawa pada usia ini tumpuan diperlukan untuk pelajaran
bagi memastikan peluang yang lebih baik di masa hadapan.
Sebagai individu yang masih muda, remaja tidak mampu untuk
melakukan pelbagai perkara besar dalam satu-satu masa. Sebagai
contoh, mempunyai teman wanita atau teman lelaki akan
menyebabkan pemikiran remaja banyak tertumpu kepada
hubungan tersebut, sekaligus mengurangkan tumpuan kepada
pelajaran. Selain itu, dibimbangi juga hubungan tersebut sampai ke
peringkat yang melampaui batas pergaulan seperti hubungan seks
luar nikah serta mengandung.

15

MEMBERI BANTUAN

Untuk membendung
masalah kemiskinan sudah
termaktub dalam dasar
Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk merapatkan
jurang pendidikan antara
lokasi, tahap sosioekonomi
dan tahap keupayaan pelajar.
Matlamat KPM adalah memastikan semua sekolah dan pelajar
mempunyai peluang yang sama untuk cemerlang supaya akses,
ekuitidan kualiti dapat ditingkatkan. Ia boleh dilakukan dengan
menyediakan kemudahan danbekalan di semua sekolah
terutamanya sekolah pedalaman. Kemudahan dan bekalan
pelajaran yang disediakan adalah banyak serta beraneka jenis
masing-masing mempunyai hubung-kait yang tersendiri dengan
kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di
sekolah-sekolah. Antara kemudahan lain ialah kemudahan
fizikal, asrama, buku teks,perpustakaan, bantuan makanan
tambahan dan sekolah redah pusat. Bantuan tersebut memberi
kemudahan kepada para pelajar dan seterusnya dapat
membendung jurang pendidikan. Contohnya, asrama dibina
dengan tujuan untuk memberi kemudahan tempat tinggal yang
berdekatan dengan sekolah kepada murid-murid datang dari
jauh, terutamanya mereka yang miskin. Pelbagai program juga
boleh diadakan seperti contoh

‘ProgramOutreach’
untuk mengenal pasti kanak-
kanak berkeperluan khas di
bawah lingkungan umur
persekolah. Melalui program
ini,maklumat berkaitan program
pendidikan khas, kebajikan murid
serta hal berkenaan
masalahpendengaran, pertuturan,
penglihatan serta masalah
pembelanjaran dapat disebarkan.

16

Teladan yang baik

Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan
ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi
contoh dan teladan yang baik kepada anak-
anak. Suri teladan ibu bapa mampu
membentuk sahsiah anak-anak. Tambahan
pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-
apa sahaja yang dilihatnya. Bak kata peribahasa,
“bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Ibu bapa
perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti
merokok, minum alkohol, mengakses laman
web lucah dan lain-lain lagi. Bapa borek anak
rintik merupakan peribahasa yang perlu
dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang
ego, individualistik, materialistik, dan bongkak
akan mencanai generasi muda yang berakhlak
biadab dan berbudaya sumbang

Dalam menangani gejala sosial,
masyarakat juga boleh memainkan
peranan untuk mengatasi gejala sosial.
Anggota masyarakat perlu menunjukkan
contoh yang baik, khususnya kepada
golongan muda, seperti tidak melakukan
perkara yang tidak senonoh di hadapa
golongan muda. Jika terdapat golongan
muda yang melakukan gejala sosial
seperti penyalahgunaan dadah dan
pergaulan bebas, masyarakat setempat
hendaklah menegur sikap negatif
tersebut. Jika didapati gejala sosial masih
juga berlaku, aduan kepada pihak
berkuasa perlulah dibuat dengan segera.

17

Rumusan

Kesimpulannya, pada era globalisasi ini
atau dunia tanpa stransformasi sempadan telah
memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk
melalui era yang sangat dirasai gelombangnya.
Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial,
politik dan teknologi seharusnya menjadi
penunjuk asas kepada sistem pendidikan dan
persekolahan untuk memenuhi keperluan
tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang
berkualiti, asas nilai dan moral yang
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan,
semangat patriotisme dan memelihara
perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan
manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik
adalah wahana yang boleh menentukan corak
manusia yang mampu menghadapi alaf baru,
abad ke-21. Semoga segala cabaran yang
dihadapi dalam pendidikan ini dapat diatasi

18

Rujukan

• https://tajuk3.blogspot.com/
• https://www.scribd.com/document/358356649/Pengar

uh-Rakan-Sebaya
• https://www.scribd.com/document/427587106/Cabara

n-Jurang-Pendidikan-Dan-Langkah-Mengatasinya
• https://theinspirasi.my/masalah-kewangan-dan-

kesihatan-mental-dalam-kalangan-pelajar-di-
universiti-serta-cara-mengatasinya/

19

Carta Gantt E-folio

BILL PROSES/MINGGU MINGGU MINGGU MINGGU MINGGU
1-2 3-6 7-10 11-12

Perbincangan tajuk e-folio
1 dan perbincangan dengan

pensyarah kursus

Pembahagian tugasan
2 kumpulan dan pengumpulan

data dan maklumat

Memasukkan bahan-bahan
yang dibincangkan,proses
3 editing bagi penghasilan e-

folio

Penambahan bahan
maklumat dan proses
4 kemaskini dengan maklumat

tambahan

Kemaskini semua item,
5 semakan ejaan dan hantar

link kepada pensyarah

20


Click to View FlipBook Version